MODUL LATIHAN SENI HALUS
MODULKLAETIRHATN KAERSTA2S 2SSPPMMPKP PSEKNI PKidSSSE20N20 SIPMKidSS
2020 SPM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIDURONG
DISUSUN OLEH : MISNIE BINTI SAMSUDIN
SENI KidSS 2020
#seronokbelajarseni“
“ PRACTICE MAKES PERFECT ”
Arahan kepada calon.
a. Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang No. Kad Pengenalan , Nama, Tingkatan, Kod Mata Pelajaran,
No. Soalan dan Ruang markah mengikut susunan yang ditetapkan disudut kanan
sebelah atas,ruang belakang lukisan anda (Lihat gambar rajah di bawah)
Sudut Kanan Sebelah Atas Belakang kertas Lukisan
5 CM NO. KAD PENGENALAN : ………………………
NAMA : ………………………………………
TINGKATAN : ………………………………
KOD MATA PELAJARAN : ……………………...
NO. SOALAN : ……………………………………
MARKAH : ………………………………………..
8 CM
b. Hasil kerja anda hendaklah asli.
c. Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi kertas lukisan itu kecuali ruang 5 cm x 8 cm
yang ditetapkan.
d. Anda tidak dibenarkan membawa masuk sebarang lakaran ke dalam bilik peperiksaan.
e. Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja
yang telah siap.
f. Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan.
g. Anda bebas menggunakan apa jua teknik menggambar kecuali teknik semburan atau
“assemblaj”. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna
bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah dan perca kain yang dibawa sendiri.
h. Hasil kerja anda itu hendaklah dalam bentuk 2D sahaja.
Jawab satu soalan sahaja. (latihan seni halus kertas 2 part 1)
1. Berhampiran tunggul mati dipinggir hutan terdapat seekor ibu ayam sedang mencari makan
bersama- sama anaknya. Penekanan dari segi bentuk, jalinan, ruang dan aksi.
2. Seorang penebang pokok sedang bertungkus lumus menebang sebatang pokok yang besar
di dalam hutan. Gambarkan situasi ini dalam jarak yang dekat dengan memberi penekanan
kepada bentuk, jalinan, ruang dan warna.
3. Beberapa buah kraf tangan melayu tradisional disusun diatas tikar mengkuang. Anda
dikehendaki menggambarkan dari satu sudut pandangan yang menarik. Gambarkan dari
jarak dekat. Beri penekanan terhadap cahaya, bentuk dan jalinan.
4. Di dalam mimpi, anda bersama rakan sedang memanjatkan kasut gergasi menggunakan
tali kasutnya yang terjuntai dari atas meja yang berlaci. Di dalam laci tersebut, terdapat
tiga batang pensil dan pemadam di sebelah kasut tersebut. Gambarkan suasana tersebut,
dengan memberi penekanan dari segi komposisi, bentuk dan jalinan.
5. Di atas sebuah meja solek, kelihatan bedak, sebotol minyak wangi, sikat dan lain-
lain peralatan solek disusun secara rambang. Gambarkan objek itu dari jarak dekat.
Beri penekanan pada cahaya, bentuk dan jalinan.
6. Di sebuah pantai yang indah, kelihatan ramai pelancong yang datang ke situ untuk tujuan
berehat dan bersantai. Ada antaranya yang ber mandi manda, bermain dan lain-lain aktiviti.
Terdapat juga beberapa buah bot diletakkan di sepanjang pantai. Gambarkan suasana
tersebut. Beri penekanan kepada unsur ruang,bentuk dan pencahayaan.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 1
Berhampiran tunggul mati dipinggir hutan terdapat seekor ibu ayam sedang mencari makan
bersama- sama anaknya. Penekanan dari segi bentuk, jalinan, ruang dan aksi.
Soalan ini boleh dilukis menggunakan media basah atau media kering
Subjek utama dilukis dengan jarak dekat
Penuhi kehendak soalan ( seekor ibu ayam dan lebih dari seekor anak ayam)
Pilih sudut pandangan yang menarik
Lukis memenuhi keseluruhan kertas lukisan
Olahan subjek utama dengan lebih detail berbanding latar belakang
Elakkan menggunakan warna terus dari tiub. Cuba campur warna untuk mendapatkan
ton warna yang menarik.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 2
Seorang penebang pokok sedang bertungkus lumus menebang sebatang pokok yang besar di
dalam hutan. Gambarkan situasi ini dalam jarak yang dekat dengan memberi penekanan
kepada bentuk, jalinan, ruang dan warna.
Suasana : Di dalam hutan
Fokus : seorang lelaki sedang beraksi menebang pokok. ( jarak dekat )
Bentuk tambahan : beberapa batang pokok berhampiran atau pokok renek.
Teknik warna : Watercolor, pensil warna atau pensil ( drawing )
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 3
Beberapa buah kraf tangan melayu tradisional disusun diatas tikar mengkuang. Anda
dikehendaki menggambarkan dari satu sudut pandangan yang menarik. Gambarkan dari
jarak dekat. Beri penekanan terhadap cahaya, bentuk dan jalinan.
Tips:
Soalan ini boleh di buat dalam bentuk warna atau hitam putih sebab soalan
tidak menyatakan secara jelas
Subjek utama di lukis dengan jarak dekat
Pilih sudut yang menarik
Penuhi kehendak soalan
Tentukan arah cahaya
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Olahan subjek utama dengan lebih detail berbanding latar belakang
Utamakan jalinan setiap objek
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna untuk mendapatkan
ton warna yang menarik.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 4
Di dalam mimpi, anda bersama rakan sedang memanjatkan kasut gergasi menggunakan
tali kasutnya yang terjuntai dari atas meja yang berlaci. Di dalam laci tersebut, terdapat
tiga batang pensil dan pemadam di sebelah kasut tersebut. Gambarkan suasana tersebut,
dengan memberi penekanan dari segi komposisi, bentuk dan jalinan.
Tips:
Soalan ini boleh di buat dalam bentuk warna atau hitam putih sebab soalan
tidak menyatakan secara jelas
Subjek utama di lukis dengan jarak dekat
Pilih sudut yang menarik
Penuhi kehendak soalaniaitu mesti ada 2 orang, pensel, pemadam meja berlaci
Tentukan arah cahaya
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Olahan subjek utama dengan lebih detail berbanding latar belakang
Hasilkan jalinan yang sesuai dengan objek yang dilukis
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna agar nampak
lebih menarik.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 5
Di atas sebuah meja solek, kelihatan bedak, sebotol minyak wangi, sikat dan lain-
lain peralatan solek disusun secara rambang. Gambarkan objek itu dari jarak dekat.
Beri penekanan pada cahaya, bentuk dan jalinan.
Tips:
Soalan ini boleh di buat dalam bentuk warna atau hitam putih sebab soalan
tidak menyatakan secara jelas
Subjek utama di lukis dengan jarak dekat
Pilih sudut yang menarik
Penuhi kehendak soalan
Tentukan arah cahaya
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Olahan subjek utama dengan lebih detail berbanding latar belakang
Hasilakan jalinan yang sesuai dengan objek
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna untuk mendapatkan
ton warna yang menarik.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 6
Di sebuah pantai yang indah, kelihatan ramai pelancong yang datang ke situ untuk tujuan
berehat dan bersantai. Ada antaranya yang ber mandi manda, bermain dan lain-lain aktiviti.
Terdapat juga beberapa buah bot diletakkan di sepanjang pantai. Gambarkan suasana
tersebut. Beri penekanan kepada unsur ruang,bentuk dan pencahayaan.
Tips:
Soalan ini boleh di buat dalam bentuk warna atau hitam putih sebab soalan
tidak menyatakan secara jelas
Pentingkan unsur perspektif( jauh dekat)
Pilih sudut yang menarik
Penuhi kehendak soalan
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Olahan subjek utama dengan lebih detail berbanding latar belakang
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna untuk mendapatkan
ton warna yang menarik.
Jawab satu soalan sahaja. (latihan seni halus kertas 2 part 2)
1. Pada suatu pagi di pinggiran sebuah kampung, kelihatan seorang pemuda
sedang mengembala beberapa ekor lembu untuk diberi makan di padang
ragut. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur
ruang, suasana dan bentuk.
2. Di atas meja kerja seorang pelukis, beberapa alatan mewarna berselerakkan, kelihatan
bekas warna, segulung kertas lukisan, bekas air dan beberapa alatan melukis yang lain.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan dari segi
bentuk, komposisi dan ruang.
3. Melalui imaginasi anda, gambarkan beberapa ekor kura-kura beraksi seperti
manusia sedang bermain bola sepak. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi
penekanan kepada aksi , bentuk dan ruang.
4. Di sebuah kebun pisang, seorang petani keletihan. Dia sedang berehat sambil bersandar
di sebatang pokok, disisinya kelihatan beberapa tandan pisang yang dilonggokkan.
Gambarkan dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan
jalinan.
5. Di suatu kawasan jeram, air mengalir dengan tenang. Kelihatan di tepinya terdapat
sebuah pondok yang telah usang. Di sekelilingnya tumbuh pelbagai pohon-pohon yang
hidup subur merimbun. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada
ruang, bentuk dan jalinan.
6. Di tepi tunggul kayu terdapat sebuah sarang burung. Sarang burung tersebut dibina
dari pelbagai daun dan ranting kayu. Kelihatan ibu burung sedang memberi makan
anak-anaknya. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada
ruang, bentuk dan aksi.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 1
Pada suatu pagi di pinggiran sebuah kampung, kelihatan seorang pemuda sedang
mengembala beberapa ekor lembu untuk diberi makan di padang ragut. Gambarkan situasi
tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur ruang, suasana dan bentuk.
Tips:
Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Subjek utama perlu dilukis dengan jarak dekat iaitu samada di latar hadapan atau paling
kurang di latar tengah. Elakkan subjek utama dilukis di latar belakang.
2 pekara penting yang mesti ada ialah pengembala dan lembu berlatar belakangkan
pinggir kampung
Beri penekanan terhadap unsur bentuk, ruang dan jalinan
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna untuk mendapatkan
ton warna yang menarik.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 2
Di atas meja kerja seorang pelukis, beberapa alatan mewarna berselerakkan, kelihatan bekas
warna, segulung kertas lukisan, bekas air dan beberapa alatan melukis yang lain.Gambarkan
situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan dari segi bentuk, komposisi dan
ruang.
Tips:
Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Gambarkan dari jarak dekat
Pilih sudut yang menarik
Ikut kehendak soalan.
Beri penekanan terhadap unsur bentuk, komposis(susun atur) dan ruang dekat
Perlu dielak dari melukis keseluruhan bentuk meja. Lukis hanya sebahagian meja sahaja.
Meja bukan subjek utama
Tentukan satu arah cahaya terhadap objek-objek ( dari kiri atau kanan)
Fokus terhadap susunan ton dan bayang-bayang berdasarkan arah cahaya
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warna untuk mendapatkan
ton warna yang menarik.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 3
Melalui imaginasi anda, gambarkan beberapa ekor kura-kura beraksi seperti manusia sedang
bermain bola sepak. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada aksi ,
bentuk dan ruang.
Tips:
Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Sekurang-kurangnya 2 ekor kura-kura perlu dilukis. Lebih tidak mengapa
Bentuk kura-kura dan aksi mereka perlulah di lukis dengan menarik
Penekanan pada bentuk, ruang terbuka dan aksi
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warnauntuk mendapatkan
ton warna yang menarik
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 4
Di sebuah kebun pisang, seorang petani keletihan. Dia sedang berehat sambil bersandar di
sebatang pokok, disisinya kelihatan beberapa tandan pisang yang dilonggokkan. Gambarkan
dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang dan jalinan
Tips:
Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Penuhi kehendak soalan
Fokus utama ialah petani yang keletihan sedang bersandar dan longgokan tandan pisang
Penekanan kepada unsur bentuk terutama figura petani dan tandan pisang
Kebun pisang sebagai latar belakang sahaja
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 5
Di suatu kawasan jeram, air mengalir dengan tenang. Kelihatan di tepinya terdapat sebuah
pondok yang telah usang. Di sekelilingnya tumbuh pelbagai pohon-pohon yang hidup subur
merimbun. Gambarkan situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan
jalinan.
Tips:
Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan tidak
menyatakan secara jelas
Pilih sudut yang menarik
Olahan komposisi (susun atur) perlu menitikberatkan nilai pergerakan (Prinsip Rekaan)
Gunakan warna-warna yg pelbagai. Elakkan dari menggunakan warna-warna monokrom (
warna yg menggunakan campuran putih dan hitam)
Subjek utama (rumah Usang) boleh disusun di latar hadapan atau latar tengah. Elakan
dari latar belakang
Pelbagaikan jenis-jenis pokok, elakkan dari jenis yang sama.
Pastikan susun atur tidak terlalu padat. Pastikan ada ruang yg lapang
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warnauntuk mendapatkan
ton warna yang menarik.
PANDUAN MENJAWAB KERTAS 2
SOALAN 6
Di tepi tunggul kayu terdapat sebuah sarang burung. Sarang burung tersebut dibina dari pelbagai
daun dan ranting kayu. Kelihatan ibu burung sedang memberi makan anak-anaknya. Gambarkan
situasi tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, bentuk dan aksi.
Tips:
Soalan ini boleh dijawap dalam bentuk berwarna atau hitam putih sebab soalan
tidak menyatakan secara jelas.
Subjek utama perlu dilukis dengan jarak dekat.
Penekanan pada unsur bentuk (burung), jalinan (sarang) dan ruang cetek
Penekanan juga perlu dititikberatkan tentang aksi ibu burung memberi makan dan
aksi anak yang sedang menerima makanan.
Pastikan anda mahir menghasilkan ton jika menggunakan media pensil agar objek
dapat ditimbulkan dengan jelas mengikut kehendak soalan.
Penuhi semua ruang kertas dengan warna. Jangan biarkan putih tanpa warna
Olahan subjek utama dengan lebih detail berbanding latar belakang
Corak pada alas meja jangan terlalu menonjol sehingga menengelamkan subjek utama
Elak menggunakan warna terus dari tiub. Cuba buat campuran warnaagar dapat
menghasilkan ton warna yang menarik.
SKEMA PEMARKAHAN UMUM ( SEBAGAI RUJUKAN UNTUK MARKAH )
Bil Perkara Markah Penuh
INTEPRESTASI
KARYA MENGIKUT KEHENDAK SOALAN.
1 LUKIS SEMUA OBJEK YANG DIMINTA. 10 MARKAH
GUBAHAN
PECAHAN RUANG YANG SEIMBANG DAN
MEMENUHI KESELURUHAN KERTAS.
PERSPEKTIF.
LUKIS BENTUK YANG TEPAT.
APLIKASI UNSUR/ ASAS SENI DAN PRINSIP
2 REKAAN. 15 MARKAH
WARNA
PERSPETIF WARNA
MEDIA KERING/MEDIA BASAH
-OLAHAN DAN TEKNIK MEWARNA
3 -MENIMBULKAN KESAN MOOD DAN RUANG 15 MARKAH
NILAI
KESESUAIAN MEDIA DAN TEKNIK
KEKEMASAN HASIL KERJA
4 KEASLIAN 10 MARKAH
MOGA BERMANFAAT & SELAMAT MENCUBA
#seronokbelajarseni
“ PRACTICE MAKES PERFECT ”