SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIDURONG
JOM PAKAT
ULANG KAJI
SENI
Nota Ringkas Pendidikan Seni Visual
KOMUNIKASI VISUAL
A. REKA BENTUK GRAFIK
1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain
adalah sebagai grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah,
pembungkusan, digital dan sebagainya.
CONTOH REKA BENTUK GRAFIK
2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa
lipatan dan seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol
dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan
Sarkis
CONTOH RISALAH
3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan
dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama
ii. Keterangan
iii. Gambar / ilustrasi
iv. Logo, nama dan syarikat
CONTOH PEMBUNGKUSAN
4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu
seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan
sebagainya
CONTOH LOGO
5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi
e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan
f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.
CONTOH SIMBOL
6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau
haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya.
CON TOH MASKOT
SENI HALUS
A. LUKISAN
1. Pengenalan
- Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon,
pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
- Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan
2. Teknik-teknik lukisan
- Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak,
garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran
3. Proses melukis
- Pilih objek yang hendak dilukis
- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya
- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
- Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut
- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang
CON TOH LUKISAN
B. CATAN
1. Pengenalan
- Catan merupakan hasil seni 2 dimensi yang menggunakan media basah
- Catan memerlukan bahan pelarut seperti air untuk warna air dan minyak untuk cat minyak (cat
kilat)
2. Sejarah catan
- Sejarah awal catan bermula pada zaman Yunani Purba
- Zaman Renaissance abad ke-14 hingga 16 merupakan zaman kemuncak, pelukis yang terkenal
ialah Leonardo Da Vinci dengan lukisannya ‘Mona Lisa’
- Zaman Baroque dan Rococo abad ke-17 hingga 18
- Zaman Romantik dan impression abad ke 19 mengutamakan gaya Impressionisme,
Ekspressionisme dan Kiubisme
- zaman Seni Moden abad ke-20 mengutamakan gaya Surealisme
3. Aliran seni lukis / gaya catan
a- Realisme – lukisan / catan dibuat tepat dan menyerupai bentuk sebenar
b- Impresionisme – mengutamakan kesan suasana atmosfera dan tumpuan kepada pencahayaan
c- Ekspresionisme – menekankan pernyataan emosi, bentuk objek tidak jelas digambarkan
d- Ekspresionisme Abstrak – catan yang spontan, imej yang abstrak dan tiada sifat realistic
f- Kiubsisme – mementingkan bentuk-bentuk geometri yang dipecah-pecah serta menimbulkan
ilusi 3 dimensi
g- Surealisme – menggambarkan imej bawah sedar atau khayalan
h- Seni Pop – menggunakan unsur-unsur tampak iklan atau bidang komersial
i- Seni Op (optic) – reka bentuk geometri, garisan dan warna tertentu untuk menghasilkan imej
gerak pada penglihatan
4. Teknik Catan
a- Teknik impasto – menggunakan warna pekat terus daripada tiub warna kepada berus atau
pisau palet ke atas kanvas
b- Teknik glazing – mewarna selapis demi selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin dan
berkilau
c- Teknik titik (pointilisme) – menghasilkan titik-titik menggunakan berus untuk membentuk
objek
d- Teknik Hard Edge – mempunyai rupa bentuk yang jelas dan perbatasan yang tepat,
menggunakan ‘masking tape’ untuk memisahkan warna
e- Teknik Scumbling (melembut) – menggunakan lapisan nipis warna legap di atas warna latar
untuk menimbulkan kesan lutsinar atau kesan kusam
f- Teknik kolaj – menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan/catan untuk menghasilkan
kesan tertentu
g- Teknik asemblaj – teknik mengabungkan bahan kutipan seperti kayu, logam, dan sebagainya
untuk menghasilkan karya 3 dimensi dalam membuat kolaj timbulan atau arca
CON TOH CATAN
C. ARCA
1. Pengenalan
- Arca merupakan karya seni berbentuk 3 dimensi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya
- Arca merupakan karya seni yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai
2. Jenis-jenis arca
a- Arca Berfungsi – arca yang mempunyai nilai keindahan dan diguna untuk tujuan tertentu
seperti patung berhala untuk disembah
b- Arca Estetika – arca yang menjadi bahan tatapan sahaja untuk dinikmati nilai seninya
3. Bahan binaan arca
- Arca biasanya dibina menggunakan tanah liat, kayu, batu, logam dan campuran bahan-bahan
tersebut
4. Teknik membina arca
a- Arca luakan – memerlukan pengurangan, pembuangan dan pemotongan bahagian tertentu
sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil
b- Arca binaan – satu bahan utama digunakan dan dibuat penambahan sehingga terbentuk hasil
yang dikehendaki
c- Arca asemblaj – menggunakan bahan-bahan yang berlainan seperti kayu, logam, batu dsb
untuk membentuk sesuatu yang menarik
d- Arca acuan – dibuat dengan menuang bahan seperti ‘plaster of paris’, lilin, simen, tanah liat
dsb ke dalam acuan
e- Arca timbulan – bentuk 3 dimensi tersembul keluar dari permukaan 2 dimensi, alat yang biasa
diguna seperti pahat, tukul, pengikir, dan pengikis
f- Arca bergerak/mobail/kinetik – arca ini boleh bergerak atau berputar, biasanya ia dibuat
daripada besi dawai, kepingan logam, dan bahan yang ringan
g- Arca dinding – dihasilkan di atas kepingan kayu atau logam nipis dan dijadikan hiasan
dinding, meja atau digantung pada siling
h- Arca gabungan – gabungan beberapa jenis arca di atas
CON TOH ARCA
D. CETAKAN
1. Pengenalan
- Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau
bahan lain
- Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinanyang asli
2. Jenis-jenis cetakan
a- Cetakan timbul – proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak
cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
b- Cetakan benam – dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan
dahulu sebelum mencetak
c- Cetakan litografi – menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak
dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
d- Cetakan gurisan asid – menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parit
e- Cetakan saring sutera/stensil – menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan
kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto
3. Kaedah cetakan stensil
a- Kaedah kertas pendua – imej digunting di atas kertas pendua
b- Kaedah profilem – filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk
melekatkan filem laker pada pemidang
c- Kaedah skrin foto – menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses
dedahan cahaya lampu (250W – 500W) atau cahaya matahari
CON TOH CETAKAN
PRINSIP REKAAN
Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu
dalam gubahan seni visual
1. Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
2. Kontra
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan
kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
3. Penegasan
- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam
sesuatu gubahan
- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek
yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan
‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-
ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan
5. Irama dan Pergerakan
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
- Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap
sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb
6. Kepelbagaian
- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam
sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna
yang pelbagai dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
ASAS SENI REKA
A. UNSUR SENI
1. Garisan
- Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
- Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk,
ruang, dan pergerakan.
2. Rupa
- Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
- Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
- Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
3. Bentuk
- Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
- Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat,
dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau
catan.
4. Jalinan
- Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
- Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan
catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan
seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.
5. Ruang
- Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam
sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan
cetakan (bukan sebenar)
6. Warna
- Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna
lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning +
Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
- Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan
seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar,
kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada
gelap)
- Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna
(menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk,
sedih, damai dan tenang)
ASAS SENI REKA