PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK NILAI IMPIAN ISRA’ DAN MIKRAJ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa, yang kami berkati sekelilingnyauntuk memperlihatkan kepadanyatanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Al-Isra’ Ayat 1)
Berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan, bersamaan tahun 621M ketika Rasulullah berumur 52 tahun . Tahun ini dikenali sebagai tahun dukacita kerana Rasulullah kehilangan bapa saudara, Abu Talib dan isteri, Khadijah binti Khuwailid yang meninggal dunia. Rasulullah dan anak angkatnya, Zaid Ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. ➢ Israk = perjalanan daripada Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) ➢ Mikraj = perjalanan daripada Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha Israk dan Mikraj? Kenderaan Dengan menaiki Buraq (seperti kuda/keldai) Bila berlaku?
Kronologi Israk & Mikraj ➢ Sebelum memulakan perjalanan Malaikat Jibril membelah dada Rasulullah untuk membersihkan hati dengan membuang ketul hitam menggunakan air zam-zam. ➢ Semasa perjalanan Israk Rasulullah melalui beberapa tempat iaitu Madinah (hijrah), Bukit Tursina (wahyu kepada Nabi Musa), Baitul Laham (tempat lahir nabi Isa) dan Masjidil Aqsa. Setiap persinggahan, Rasulullah akan solat dua rakaat. ➢ Selesai proses Israk Rasulullah diangkat ke langit melepasi tujuh lapisan menaiki tangga yang datangnya dari syurga. ➢ Proses perjalanan Mikraj Rasulullah bertemu dengan Nabi Adam AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Idris AS, Nabi Harun AS, Nabi Musa AS dan Nabi Ibrahim AS mengikut lapisan merentasi langit. Sampai di tingkat teratas iaitu Hadhratul Qudus dan Hadratul Arbab membolehkan Rasulullah melihat Allah. Perintah solat fardhu sebanyak 50 waktu difardhukan kepada umat Rasulullah tetapi Rasulullah memohon kepada Allah SWT mengurangkan solat fardhu kepada 5 rakaat setelah 9 kali rayuan. ➢ Akhir perjalanan Rasulullah turun semula ke bumi kembali ke Masjidil Aqsa untuk kembali semula ke Mekah menaiki Buraq.
Peristiwasimbolikuntuk peringatan Pengajaran yang besar juga daripada Isra’ dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya. Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Antaranya ialah : ➢ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). ➢ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. ➢ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
Peristiwasimbolikuntuk peringatan ➢ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail : Itulah orang yang makan riba. ➢ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. ➢ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail : Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. ➢ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. ➢ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Peristiwasimbolikuntuk peringatan ➢ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. ➢ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua. ➢ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat. Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi s.a.w. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.
Bertemu denganNabi terdahulu Rasulullah SAW telah bertemu dengan para nabi bermula di ➢ Langit 1 : bertemu Nabi Adam AS ➢ Langit 2 : bertemu Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS ➢ Langit 3 : bertemu Nabi Yusuf AS ➢ Langit 4 : bertemu Nabi Idris AS ➢ Langit 5 : bertemu Nabi Harun AS ➢ Langit 6 : bertemu Nabi Musa AS ➢ Langit 7 : bertemu Nabi Ibrahim AS Pengajaran Israk dan Mikraj ➢ Membuktikan kebesaran Allah ➢ Menguji akidah/keimanan ➢ Gambaran kehidupan dan balasan di akhirat ➢ Berwaspada dengan godaan syaitan dan perancangan halus Yahudi dan Nasrani ➢ Solat kemuncak ibadat ➢ Banyakkan muhasabah dan tazkiayun-nafs
Misteri Israk Mikraj Peristiwa menakjubkan tetapi benar Perjalanan Nabi Muhammad SAW sebuah misteri Israk dan Mikraj mukjizat nabi Dari Mekah ke Masjid Aqsa Perjalanan malam anugerah Tuhan Terus ke langit melepasi Sidratul Muntaha Aneh itulah kuasa-Mu Hening malam 27 Rejab Jibril menjelma Perintah Allah membawa nabi Tujuh lapisan langit menemui Ilahi Solat amanah wajib dipenuhi 50 waktu tak mampu digalas Akhirnya 5 waktu solat fardhu menjadi kewajipan Syukur nikmat kasihNya rahmat Nabi Muhammad SAW terpaku Hukuman Allah ditunjukkan sudah Beri pedoman pada umat Bukan dongengan namun pasti Benar segala bicara Jibril membantu solat diajari Bilangan rakaat setiap fardhu Umat Bersatu Jemaah dihajati Terpelihara iman tiang amalan Sayap Takwa Hati bercahaya Kembali pada-Nya Mawar Putih 10 Mac 2014 Norlizah Mohd Yassin Gombak, Selangor