The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurafrinizzati, 2025-03-13 06:28:01

PORTFOLIO PSVK3293 (NUR AFRIN)

PORTFOLIO PSVK3293 (NUR AFRIN)

Keywords: #PSVK3293 # PEDIDIKANSENIVISUAL

PORTFOLIO Disediakan oleh Nur Afrin Izzati Binti Madiusa


MAKLUMAT PELAJAR Nama : Nur Afrin Izzati Binti Madiusa Angka Giliran : 2024012440130 No. Matrik : P23012806 Opsyen/ Ambilan : PISMP PSV AMB. OGOS 2023 - JULAI 2028


RUANG KOMEN PENSYARAH RUANG KOMEN PENSYARAH


PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan penuh rasa syukur kepada Illahi atas kurnia dan rahmat-Nya saya telah diberi peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus portfolio bagi kursus Reka Bentuk Corak dan Rekaan, yang berkod (PSVK3293). Kursus ini telah dibimbing dengan jayanya oleh Tuan Jimmy@Azmi Santaim. Setiap ilmu yang dicurahkan oleh beliau amat saya hargai. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan khas buat kedua ibu bapa saya yang menjadi sumber semangat kepada saya dalam melaksankaan tugasan kerja kursus ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih ini kepada rakan seperjuangan saya yang tidak jemu memberi tunjuk ajar tatkala saya berasa susah dan tidak memahami sesuatu topik. Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang penghasilan kerja kursus ini dilaksanakan. Setiap ilmu yang diberikan amat saya hargai. Ilmu ini akan sentiasa saya terapkan dalam kehidupan dan kepada orang lain juga. Semoga ilmu ini bermanfaat bukan kepada saya sahaja namun kepada mereka semua yang lain. Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN PENGENALAN KONSEP DAN PRINSIP REKA BENTUK CORAK DAN REKAAN


ISI KANDUNGAN PENYEDIAAN PORTFOLIO PENGHASILAN CORAK DAN REKAAN


PENGENALAN KONSEP DAN PRINSIP REKA BENTUK CORAK DAN REKAAN


PENGENALAN Corak dan rekaan merupakan antara bidang kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual semasa di sekolah rendah. Bidang ini memberi murid untuk belajar memahami dan menghasilkan pelbagai corak dan mengaplikasikannya ke suatu corak lain untuk mencipta suatu rekaan lain. Pada awalnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni daripada seni tradisional tidak akan berhasil. Dalam erti kata lain, corak dan rekaan adalah asas kepada penghasilan karya seni. Corak merupakan susunan motif sama ada secara bebas, terancang atau teratur. Corak terdiri daripada Corak Terancang dan Coran Tidak Terancang. Corak juga dapat dibentuk daripada Motif tidak Bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam suatu rekaan ataupu gubahan yang terdiri daripada motif flora, fauna, orgsnik dan geometrikal. Motif merupakan unsur visual yang terdapat dalam setiap hasil kraftangan dan berfungsi sebagai lambang untuk memperindah fabrik buatan tangan. Pereka bentuk motif biasanya mendapat inspirasi daripada alam sekitar kerana pada zaman dahulu, kehidupan mereka dikelilingi oleh flora dan fauna. Fabrik yang kosong tanpa corak atau motif akan kelihatan hambar dan kurang menarik. Terdapat pelbagai motif yang sering digunakan sebagai elemen hiasan dalam seni reka corak fabrik tradisional Malaysia.


PENGENALAN Motif adalah lakaran yang diulang secara berulang-ulang untuk menghasilkan bentuk corak gubahan yang semourna serta menjadi elemen utama dalam sesebuah karya. Ia merupakan unsur penting yang kebiasaannya memiliki makna tersendiri Selain itu, motif memainkan peranan dalam memperlihatkan konsep dan tema sesuatu karya (Ocvirk, wt al., 2002). Motif banyak dihasilkan daripada flora, fauna, alam semula jadi, geometrikal dan organik Bentuk motif yang direka sering kali berasakan pengalaman hidup serta apa yang dialami dan berlaku di kehidupan seharuan. Contohnya, awan sering dikaitkan dengan awan larat, ombak laut yabg beralun, gunung-ganang, bukit-bukau dan elemen lain yang turut diubah suai untuk dijadikan motif (Siti Zainon Ismail, 1986). Haziayah Russin (2006) menyatakan secara keseluruhannya, motif berasaskan tumbuh-tumbuhan merupakan yang paling dominan. Motif ini telah melalui pelbagai modifikasi sehingga ia suar untuk dikenali dalam bentuk asalnya. Motif daripada flora memerlukan kebijaksanaan dan kreativiti perekanya dalam mengubah bentuk tapi masih mengekalkan identiti motif tersebut. Di Malaysia, corak motif daripada pengaruh agama Islam mengubah bentuk corak pemikiran orang melayu dalam semua aspek kehidupan harian mereka.


KONSEP CORAK DAN REKAAN Corak merujuk kepada susunan atau pengulangan motif yang membentuk satu gubahan visual yang menarik. Coral terdiri daripada pelbagai elemen seni seperti garisan, rupa, bentuk, warna dan tekstur yang disusun mengikut pola tertentu. Corak sering digunakan dalam seni tekstil, seni hias dan seni bina untuk menjadikan sesuatu permukaan atau objek kelihatan cantik dan menarik C O R A K


KONSEP CORAK DAN REKAAN Rekaan adalah proses mencipta atau menghasilkan sesuatu dengan tujuan tertentu sama ada sebagai fungsi praktikal atau nilai estetika. Dalam konteks seni dan kraf, rekaan merangkumi konsep, motif, warna, dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya. R E K A A N R E K A A N


MOTIF DAN SUSUNAN Motif merujuk kepada unit asas dalam rekaan yang digunakan untuk membentuk corak atau hiasan pada sesuatu permukaan. Ia boleh diilhamkan daripada pelbagai sumber seperti alam semula jadi, geometri, budaya, dan unsur abstrak. Motif sering kali digunakan dalam seni tekstil, seni bina, ukiran, dan seni kraf tradisional. Susunan motif merujuk kepada cara motif diatur untuk membentuk corak yang harmoni dan menarik. Susunan ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan keseimbangan visual dalam sesuatu rekaan.


JENIS SUSUNAN MOTIF


JENIS SUSUNAN MOTIF


JENIS SUSUNAN MOTIF


KAEDAH KREATIVITI ALEXANDER OSBORN Alexander Osborne merupakan pengasa kepada Creative Problem Solving (CPS). Beliau banyak mengutarakan model-model pemkiran yang produktif. Beliau menyatakan sesuatu masalah dapat diselesaikan secara kreatif melalui model CPS. Menurut Osborne (1963), terdapat tujuh cara untuk mengembangkan idea, seperti diubah, dikecilkan, dibesarkan, digantikan. disusun semula, diterbalikkan dan digabungkan. Dikecilkan Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat serangga eperti karya “Honey! I shrunk The KIds Diubah Mengubah scenario dalam cerita seperti dalam cerita si Tanggang, andai si Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan hidup bersama-sama hingga ke akhir hayat mereka.


KAEDAH KREATIVITI ALEXANDER OSBORN Dingatikan Watak-watak dalam cerita teladan kanak-kanak boleh digantikan seperti menggantikan watak Sang Kancil dengan watak baharu yang dipikirkan lebih cerdik seperti anjing. Disusun Semula Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Buluh Betong. Dibesarkan Gambaran atau situasi sebenar yang diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman dinasaur. Apakah yang akan dilakukan oleh murid tersebut untuk berhadapan dengan ancaman itu?


KAEDAH KREATIVITI ALEXANDER OSBORN Digabungkan Menggabungkan beberapa idea atau scenario atau cerita menjadi sebuah cerita baru Diterbalikkan Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti : Bagaimana jika watak pak Pandir adalah ceridk/ Bagaimana kalau Bawang Putih tidsk menjadi ikan Kaloi


SENIMAN DAN HASIL KARYA Hexagonal Tessellation with Animals: Study Of Regular Division of the Plane with Reptiles. Nama pelukis: M.C. Esher Karya Terkenal: Circle Limit I, Sky and Water I, Knot Metamophorsis III


SENIMAN DAN HASIL KARYA The Tree of Life Nama pelukis: Gustav Klimt Karya Terkenal: The Kiss, Potrait of Fritza Riedler, Three Ages of Woman Potrait of Adele Bloch-Bauer


SENIMAN DAN HASIL KARYA Po II Nama pelukis: Anni Albers Karya Terkenal: Sunny, Enmeshed I, Unexecuted Wall Hanging. Enmeshed I


SENIMAN DAN HASIL KARYA Appearance of Crosses 2015-B23 Nama pelukis: Ding Yi Karya Terkenal: Appearance of Crosses Series Appearance of Crosses 96-36


SENIMAN DAN HASIL KARYA Sea Nama pelukis: Yayoi Kusama Karya Terkenal: Petals, Infinity Nets Yellow, Field in Spring Waves on the Hudson River


SENIMAN DAN HASIL KARYA Venom Nama pelukis: Arif Rafhan Karya Terkenal: Venom: Last Dance, Tunku Tunku


TEMA Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Flora membawa maksud keseluruhan tumbuhtumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa manakala fauna pula bermaksud seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. F L O R A & F A U N F A L O R A & F A U N A


TAJUK “Tulip” kebiasaannya dikaitan dengan makna kasih sayang, kemewahan, keagungan dan keindahan. Manakala” Lily of the Valley” pula dikaitkan dengan makna kesucian, keabadian, dan kerendahan hati. Apabila digabungakan, Tulip (Keagungan), dan LIly of the valley (Keabadian mecipta simbolik makna yang kuat tentang cinta yang suci dan keindahan yang abadi. Kedua-dua bunga ini melambangkan kehalusan hidup. Saya memilih tajuk ini untuk memperlihatkan bagaimana keindahan yang berkekalan boleh membuatkan kita berasa bahagia dan gembira. G R A C E E & T E R N I T Y G R A C E E & T E R N I T Y


PENYADIAAN PORTOFOLIO PENGHASILAN CORAK DAN REKAAN


SUBJECT MATTER Convallaria Majalis, atau lebih dikenali sebagai Bunga Bakung lembah adalah bunga yang berasal daripada keluarga Asparagaceae. Bunganya berbentuk seperti loceng, manakala daunnya pula berbentuk bujur dan di tepi daunnya ia tidak bergigi. Walaupun bunga ini kelihatan tidak berbahaya, buah bunga ini sangat beracun. Dalam Bahasa bunga, Bakung Lembah membawa maksud kesucian, harapan dan kelahiran semula. Bunga ini hanya tumbuh pada bulan Mei Sehingga Jun pada setiap tahun.


SUBJECT MATTER LILY OF THE VALLEY


SUBJECT MATTER Bunga Tulip berasal dari kawasan Asia Tengah, Turki dan bunga ini mula popular dalam kalangan negara Eropah pada abad ke-16. “Tulipa” nama saintifik bagi bunga Tulip diambil daripada perkataan Turki “Tulbent” yang bermaksud turban. Seperti bunga lainnya yang mempunyai makna tersirat, Bunga Tulip melambangkan cinta yang sempurna dan mendalam. Maknanya boleh berubah-ubah mengikut warna bunga tersebut. Bagi karakteristiknya pula, ia berbentuk seperti sebuah cawan dan daunnya berbentuk panjang dan tirus.


SUBJECT MATTER TULIPS


LAKARAN SUBJECT MATTER


LAKARAN IDEA BERDASARKAN SUBJECT MATTER


OLAHAN IDEA OLAHAN IDEA YANG TELAH SAYA TUKAR ADALAH DENGAN MELETAKKAN BUNGA LILY OF THE VALLEY DI TENGAH LINGKARAN BUNGA TULIP


SUSUNAN MOTIF IDEA SUSUNAN MOTIF YANG TELAH SAYA PILIH


OLAHAN WARNA BERWARNA HITAM DAN PUTIH


MEMBUAT LAKARAN UNTUK BATANG PROSES PENGHASILAN KARYA MEMBUAT DAUN DAN KELOPAK BUNGA MEMBUAT LAKARAN DAUN SUPAYA SEIMBANG


PROSES PENGHASILAN KARYA MEMASTIKAN KEDUA-DUA BAHAGIAN SIAP WARNA KEDUADUA BAHAGIAN LAKAR SATU LAGI FLORA DI TENGAH


PROSES PENGHASILAN KARYA MULAKAN PROSES MEWARNA PASTIKAN TON WARNA YANG DIGUNAKAN SAMA HASIL KARYA SIAP


PROSES PENGHASILAN KARYA


PROSES PENGHASILAN KARYA TAMBAH SEDIKIT LATAR BELAKANG YANG BERKAITAN DENGAN FLORA MENGGUNAKAN CANVA


HASIL KARYA AKHIR


Secara keseluruhannya, konsep dan prinsip memainkan peranan penting dalam penghasilan corak dan rekaan untuk menciptakan karya dalam suatu portfolio. Untuk menghasilkan karya seni yang menarik, kita hendaklah membuat eksperimen terhadap kajian warna dengan menggunakan warna yang tenang dan susunan yang unik dapat membantu untuk membentuk rekaan yang lebih menarik. Penggunaan prinsip reka bentuk seperti keseimbangan, irama dan pergerakan serta harmoni dapst membantu menciptakan komposisi yang bermakna dan estetik. Selain itu, penggabungan teknik manual dan digital dalm penghasilan karya dapat meningkatkan makna artistik serta memperkaya kreativiti. Teknik manual yang digunakan iaitu lukisan tangan membantu untuk memudahkan lakaran awal sebelum karya dihasilkan. Kita juga dapat mengeksplorasi pelbagai efek dalam perisian reka bentuk digital iaitu, perisian yang digunakan, Ibis Paint x. Dengan bantuan teknologi, artis dapat bereksperimen dengan pelbagai konsep dan variasi warna yang telah sedia ada pada perisian. Dengan memanfaatkan kedua-dua teknik ini, hasil seni bukan sahaja lebih ekspresif tetapi ia juga lebih dinamik dan berdaya saing. Aktiviti membuat corak dan rekaan dalam sesi apresiasi seni dapat memberikan wawasan mendalam tentang proses kreatif serta meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap seni. Melalui aktiviti ini, pelajar atau pencipts seni dapat memahami a langkah dan atur cara untuk mencipta karya yang lebih bermakna dan estetik. KESIMPULAN


RUJUKAN Ahmad Rashidi bin Hassan et. Al, Proceeding Isme: Jati Diri, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Melaka. Artland Magazine, The Art of Repetition: Top Pattern Artist, https://magazine.artland.com/the-art-ofrepetition-top-10-pattern-artists/ Haziyah Russin. 2006. Motif alan1 dalam batik dan songket Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. House Beautiful, Lily of the Valley Plant: Its Meaning and Why it's Poisonous, https://www.housebeautiful.com/uk/garden/plants/a41245028/lily-of-the-valley/ Invaluable, 15 Contemporary Chinese Artist You Should Know, https://www.invaluable.com/blog/contemporarychinese-artists/ Jenis Susunan Motif, SlideShare, https://www.slideshare.net/slideshow/jenis-susunan-motif/6211213 Membuat Corak dan Rekaan, Scribd, https://www.scribd.com/doc/102124343/MEMBUAT-CORAK-DAN-REKAAN National Gallery of Art, Who is Anni Albers?https://www.nga.gov/stories/who-is-anni-albers.html Ocvirk G.O., Robert R. S., Philip R. W., Robert o. B.& David L. C. 2002. Art Fundan1ental. Ninth Edition. New York: Glencoe/McGraw-Hill.


RUJUKAN Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tamarai Selvi A/P Tamil Selvan, Kreativiti Seni dan Kanak-Kanak, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. White on White, Bunga Tulip: Eksplorasi Jenis, Sejarah, dan Fakta Unik, https://whiteonwhite.co/my/blog/bungatulip-jenis-jenis-asal-usul-dan-fakta-menarik-yang-mungkin-anda-tidak-tahu/? srsltid=AfmBOoobhWjJGNYRY4XKzXlQnmXfvkHXftPZIYArN5M3JGw5Zmw74mrz


THANK YOU


Click to View FlipBook Version