The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURSYAZA BT MOHD ALI KPM-Guru, 2023-03-26 09:56:39

IHYA RAMADHAN 2023

IHYA RAMADHAN 2023

HARI : ISNIN TARIKH : 27 MAC 2023/ 5 RAMADHAN 2023 TEMPAT : ARENA JAUHARI PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SEBENIH SAHAM AKHIRAT BULAN DAKWAH BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL IKLIM DINIE ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SURAU AL-MUSTAQIM PROGRAM GARAPAN SIMBIOSIS DUNIAWI WA UKHRAWI DIRASMIKAN OLEH : CIKGU HARIANI BINTI MOHD HAMDAN GURU BESAR SKKKB


PENGENALAN Bulan Ramadan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah. . MATLAMAT Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.


Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan. Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid. . OBJEKTIF


7:30 Pagi : Murid berkumpul di Arena Jauhari 7:35 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis 7:40 pagi : Ucapan perasmian Majlis Pelancaran Program Ihya’Ramadan oleh : Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu ( Cikgu Hariani binti Mohd Hamdan) 7.45 Pagi : Gimik pelancaran/penerangan program 8.00 Pagi : Bersurai ATUR CARA IHYA’ RAMADHAN


PENGERUSI : Cikgu Hariani Binti Mohd Hamdan ( Guru Besar ) NAIB PENGERUSI 1 : Cikgu Muhammad Faizal bin Sani ( GPK Hal Ehwal Murid ) NAIB PENGERUSI 2 : Cikgu Anisah binti Jamian ( GPK Pentadbiran ) NAIB PENGERUSI 3 : Cikgu Nurol Wahida binti Hassan ( GPK Kokurikulum ) NAIB PENGERUSI 4 : Cikgu Nurzakiah binti Harun ( GPK PPKI ) KETUA PANITIA : Cikgu Nafisah Binti Mohd Said ( Tadarus) PENYELARAS : Cikgu Mawarni binti Suaid ( Pengacara majlis/risalah) SETIAUSAHA : Cikgu Farhana binti Mohd Noh (gimik/hadiah) BENDAHARI : Cikgu Noor Aliza binti Sarif ( gimik &hadiah) AJK : Cikgu Zahari bin Ismail ( Khatam tadarus ) : Cikgu Nursyaza binti Mohd Ali ( Buku program ) : Cikgu Rohaizad bin Aziz ( Kuiz/azan/mewarna ) : Guru-guru SK Kuala Kubu Bharu ( disiplin) AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 1. TAZKIRAH TIP TOP RAMADHAN Tarikh : Sepanjang Ramadan / 7:15 -7:20 pagi Tempat : Dataran Arena Jauhari Kaedah : Disampaikan oleh guru pendidikan Islam dan murid yang dilantik oleh Panitia Pendidikan Islam. Sasaran : Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan murid dan insan yang berilmu serta dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari. 2. Memberi suntikan semangat kepada diri dan jiwa bagi merasai ganjaran yang ditawarkan sempena Ramadhan. 3. Memberi kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin. Kaedah Pelaksanaan : a. Memberi tazkirah berpandukan buku Tip Top Ramadhan b. Makluman dan tazkirah ringkas oleh guru Pendidikan Islam dan murid yang dilantik.


AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 2. TADARUS QURAN MURID DAN GURU-GURU SERTA STAF SOKONGAN/SOLAT DHUHA Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadan Tempat : Kelas masing-masing/surau Masa : Tahap 1 (9.30 – 10.00/Waktu Rehat ) Tahap 2 (10.00pagi – 10.30pagi/ waktu rehat) Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari. 3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan. Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwuduk. b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia. c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.


AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 3. KUIZ/MEWARNA/AZAN Tarikh : Sepanjang Ramadan Tempat : Kelas dan surau Masa : Mengikut waktu guru pendidikan Islam Sasaran : Murid Tahap 1 dan Tahap 2 Objektif : 1. Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri muridmurid. 2. Menyemai rasa cinta dan meninggikan Syiar Islam. Kaedah pelaksanaan : a. Guru akan memberi soalan kuiz berdasarkan isi kandungan risalah yang ditampal didalam kelas. b. Pertandingan azan - murid tahap 2. c. Pertandingan mewarna - murid tahap 1 d. 3 pemenang bagi setiap kelas


AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 4. MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN Tarikh : 18 April 2023 Tempat : Arena Jauhari Masa : 8.00 – 10.00 pagi Sasaran : Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di bulan Ramadan. 2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran. 3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw. Kaedah Pelaksanaan : a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah. b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran. c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar bacaan al-Quran. d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah. e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telur dan paluan kumpulan kompang. f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai. g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin. h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.


5. RISALAH RAMADHAN Tarikh : Pada masa program Perdana Ihya’ Ramadan Tempat : Arena Jauhari, SK Kuala Kubu Bharu Masa : Sepanjang Ramadan Sasaran : Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al Mubarak. 2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi. Kaedah Pelaksanaan : a. Guru pendidikan Islam akan membuat beberapa salinan risalah berkaitan puasa dan kelebihan bulan Ramadan. b. Risalah tersebut akan ditampal di dalam kelas sebagai bahan bacaan kepada murid c. Soalan kuiz akan diberikan berdasarkan kandungan risalah yang diberikan. AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN


6. MAJLIS PERUTUSAN AIDIL FITRI Tarikh : 19 April 2023 Tempat : ArenaJauhari Tempoh Masa : 30 minit Sasaran : Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang Ramadhan. 2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam. 3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal. Kaedah Pelaksanaan : a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah. b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar. c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik. AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN


SEKALUNG PENGHARGAAN SEKALUNG BUDI SETULUS PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN PROGRAM GARAPAN SIMBIOSIS DUNIAWI WA UKHRAWI SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version