BMMB2092M
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM
PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SYERIL PATRISIA BTE KINING NO. ANGKA GILIRAN
PDPP BM AMBILAN OKTOBER
020072420016
NAMA
PENSYARAH:
DR RAHMAH
ABD. GHANI
TUTORIAL 1
1. Fungsi Sastera
2. Penerapan Nilai Teras Sivik
- Bertanggungjawab
- Kebanggaan
Fungsi Wadah Pendidikan
Sastera Dokumentasi Masyarakat
Kritikan Masyarakat
Medium Hiburan
Kritikan Masyarakat
Sastera adalah gambaran
kehidupan manusia
sebagaimana yang ditegaskan
oleh Usman Awang, A. Samad
Said dan Dharmawijaya.
Sastera bertujuan untuk
menegur, mengkritik atau
menyampaikan mesej kepada
masyarakat.
Wadah
Pendidikan
Pengalaman-pengalaman para
pengarang ini diterjemahkan
melalui kisah-kisah yang ditulis
oleh mereka yang terangkum
didalamnya pelbagai bidang ilmu
seperti ekonomi, politik,
sosiologi dan agama. Pengalaman
mereka ini dijadikan prosa atau
puisi dan diadun dengan unsur-
unsur pengajaran,moral atau ilmu
pengetahuan yang tinggi nilainya
yang mana akan dapat dikutip oleh
para pembaca maka berlakulah
pendidikan secara tidak langsung.
Medium Hiburan
— Dalam masyarakat Melayu tradisi,
sastera sebagai hiburan dapat
dikesan melalui aktiviti tradisi
lisan seperti persembahan wayang
kulit, aktiviti berceritta yang
disampaikan oleh individu tertentu
dan nyanyian lagu-lagu rakyat.
Dokumentasi Karya ulung Sejarah
Masyarakat Melayu serta pantun
dan peribahasa adalah
rakaman dan
dokumentasi tentang
kehidupan masyarakat
Melayu dari sudut
pelbagai aspek serta
sifat masyarakat
Melayu yang halus
budi pekerti dan
tinggi
intelektualnya.
Penerapan Takrifan tentang nilai
Nilai murni sebagai:
Nilai murni dapat "Nilai-nilai murni
didefinisikan sebagai merupakan tanggapan
perlakuan yang baik, berkenaan perkara-perkara
peradaban dan
tatasusila individu yang dihajati dan pada masa
manusia dalam yang sama juga menjadi
hubungannya sesama
manusia, alam dan kriteria atau ukuran.
tuhan. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya
diasaskan kepada agama.
baik dan berakhlak mulia”
Penerapan Penerapan nilai- nilai
Nilai murni melalui teks
kesusasteraan Melayu
juga dapat di kongsi
bersama melalui tindakan
yang bersepadu dalam
menentang berlakunya
penularan pelbagai
penyakit masyarakat yang
berpunca dari
kepelbagaian gelojak
teknologi yang mengheret
remaja dan masyarakat
terjebak dengan pelbagai
masalah masyarakat.
Pembentukan nilai – nilai murni melalui teks
sastera berdasarkan peranannya sebagai agen
masyarakat boleh diterapkan berdasarkan
pembelajaran teks Kesusasteraan Melayu
pelbagai jenis genre seperti puisi iaitu
pantun, syair, teromba, gurindam, cerpen,
novel dan drama yang menjuruskan ke arah
membentuk masyarakat yang bersopan santun dan
berbudi pekerti.
Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak
dengan menggunakan unsur kesenian yang indah
dan menarik menyebabkan nilai – nilai yang
ingin disampaikan dapat diterapkan kepada
pelajar. Terdapat sebanyak 17 nilai yang
terdapat didalam teks sastera pada peringkat
SPM. Antara nilai tersebut seperti kasih
sayang, baik hati, tolak ansur ,
bertanggungjawab, cekal, tabah dan
sebagainya.
Penggunaan gaya bahasa yang
pelbagai seperti pengulangan
kata, perlambangan, paradoks
dan sebagainya sedikit
sebanyak telah melahirkan
unsur puitis dalam pelukisan
watak secara tidak langsung
nilai – nilai murni yang
cuba diterapkan oleh
pengarang dapat dilakukan
dengan secara tidak
langsung.
Sekian dan
terima kasih.