RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA
KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Kami Yang Telah Dilantik Berkhidmat Dengan Kerajaan Malaysia, Membuat Ikrar Di Sini, Bahawa
Semasa Dan Selagi Kami Berkhidmat Dengan Kerajaan Malayisa, Kami Patuh Dan Mengamalkan
Teras-Teras Perkhidmatan Semasa Menjalankan Tugas-Tugas Ke Arah Ini, Kami:
Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan
Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab
Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri
Berkhidmat Dengan Muhibbah Dan Kemesraan
Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat Dan Penbangunan Negara
Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan Dan Musuh-Musuh Negara
Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama
2
IKRAR INTERGERITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan
memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :
Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika
jabatan;
Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang
perlakuan jenayah rasuah;
Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai
awam; dan
Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara.
MOTO SEKOLAH
Usaha, Amanah, Cemerlang
3
1. ETIKA KERJA
Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah
organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian
untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.
Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Tuhan
Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan
adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka
bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya
setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas
daripada pandangan-NYA.
Bekerja Dengan Ikhlas Dan Amanah
Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil
permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh
kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri
dan keluarga dengan rezeki yang halal.
Bekerja Dengan Tekun dan Cekap
Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap
pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya
mereka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila
seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu
akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.
Bekerja Dengan Semangat Satu Pasukan Dan Berpadu Fikiran
Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan
dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan
menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira.
4
2. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia sedar bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak mulia,
berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi. Kebebasan perseorangan
dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan masyarakat dapat membentuk anak mudanya memahami kebudayaan
mereka memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan
mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mendapat kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai
panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang
tinggi.
3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
3.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.
3.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi sosial, keturunan atau agama.
3.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
3.4 Membimbing atau mengajar seorang pelajar di dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
3.5 Menunjukkan satu cara berpakaian, peraturan dan tingkahlaku yang memberi contoh yang
baik kepada pelajar.
3.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
4.1 Menghormati tanggungjawab ibu bapa yang utama terhadap anak-anak mereka.
4.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
4.3 Menganggap maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4.4 Mengelakkan diri dari menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibubapa pelajar.
4.5 Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana.
5
4.6 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau jagaan mereka.
4.7 Menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar semasa di kawasan sekolah sentiasa berusaha
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan kerjasama ibubapa mereka.
5. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
5.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat dan negara atau yang bertentangan dengan Rukun Negara.
5.2 Memupuk di dalam diri setiap pelajar dan nilai membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, agama dan keturuna
5.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian di dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
5.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5.5 Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
5.6 Bermuafakat dengan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan atau swasta untuk
meningkatkan mutu pendidikan di sekolah ke arah pendidikan bertaraf dunia.
6. TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
6.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau membuat sesuatu yang
boleh menjatuhkan maruah seseorang.
6.2 Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai seorang guru.
6.3 Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan menggalakkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
6.4 Sentiasa mengawasi diri daripada mencemarkan nama baik dan imej profesion perguruan.
6.5 Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
6.6 Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa dan ambil
inisiatif untuk membaiki sesuatu keadaan atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan
cepat, adil, cekap dan saksama.
6
7. PERATURAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
7.1 Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat
setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan kerajaan.
Seorang pegawai tidak boleh :-
7.1.1 berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.
7.1.2 berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam.
7.1.3 kurang cekap atau kurang berusaha
7.1.4 tidak jujur atau tidak amanah
7.1.5 tidak bertanggungjawab
7.1.6 ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan
7.1.7 cuai dalam melaksanakan tugasnya
7.2 Seorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. Seorang pegawai dianggap sebagai
telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :-
7.2.1 Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan
tugas-tugas mereka.
7.2.3 Cuba mewujudkan suasana yang tegang di pejabat (atau bilik guru) dengan melaga-
lagakan rakan-rakan sejawat untuk keperluan diri sendiri.
7.2.4 Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
7.2.5 Tidak mempedulikan atau menjaga harta kerajaan sebagaimana yang sepatutnya
kerana harta tersebut bukan hartanya.
7.2.6 Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah.
Tindakan tatatertib boleh diambil atas pegawai-pegawai yang melanggar Peraturan Pegawai
Awam.
8. SENARAI KRITERIA PENILAIAN GURU
Guru mempunyai pengetahuan yang baik terhadap mata pelajaran.
8.1 Guru menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar.
8.2 Guru menunjukkan perhatian dan keperluan dan minat individu.
8.3 Guru sentiasa mencari idea-idea, bahan-bahan dan pengalaman baru.
8.4 Objektif guru adalah selaras dengan objektif sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia)
8.5 Guru mencari pertubuhan profesional (melawat, belajar, kajiselidik dan sebagainya)
8.6 Guru menunjukkan semangat dan minat terhadap mata pelajaran
7
8.7 Guru menghubungi guru jika perlu
8.8 Guru bekerja dengan murid-murid di luar bilik darjah (kelab, aktiviti dan sukan)
8.9 Guru mengelola dan bersedia dengan baik
8.10 Guru menguruskan bilik darjah dengan baik
8.11 Guru adil dan saksama terhadap murid-murid
8.12 Guru dapat berkomunikasi dengan cara yang jelas dan berkesan
8.13 Guru memahami apa menguji/taksiran/penilaian
8.14 Guru menghargai dan menerima setiap murid sebagai seorang individu
8.15 Guru membuat tugas pentadbiran dengan baik (laporan, kedatangan, yuran sekolah)
8.16 Matlamat kelas adalah jelas kepada guru dan murid
8.17 Guru dihormati oleh murid, rakan sejawat dan lain-lain staf
8.18 Guru mempunyai pertalian yang baik dengan murid dari berbagai kaum
8.19 Guru berkebolehan mendorong murid berfikir dan belajar
8.20 Guru pantas dan memulakan kelas tepat pada waktunya
8.21 Guru menggunakan kaedah disiplin dengan tegas tetapi adil
8.22 Guru sentiasa meminta nasihat dan pandangan dengan penasihat bimbingan
8.23 Guru menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk melihat prestasi
8.24 Kedatangan guru adalah sangat baik
8.25 Guru bekerja dengan guru-guru lain khususnya dari matapelajaran atau jabatan yang sama
8.26 Guru berpandangan luas dan sedia berubah.
8.27 Guru mempunyai matlamat dan tujuan yang diiktirafkan dengan baik.
8.28 Murid dilibatkan di dalam sesuatu aktiviti yang jelas berkait dengan bidang matapelajaran.
atau objektif matapelajaran yang diajar.
8.29 Murid adalah berminat dan menyertai aktiviti kelas dengan aktif.
8.30 Murid menghormati di antara satu sama lain dan dengan guru.
8.31 Mewujudkan suasana yang mesra dan penyayang dalam bilik darjah mahupun di
kawasan sekolah.
8.32 Menangani murid-murid dengan persefahaman, kasih sayang dan penghargaan diri
khususnya murid-murid bermasalah.
8.33 Menjalankan semua tugas dengan penuh tanggungjawab, komitmen yang tinggi dan cara
yang imaginatif, inovatif dan kreatif.
8
9. KEHADIRAN GURU
9.1 Penggunaan sistem “Thumb Print” adalah WAJIB kepada semua guru dan kakitangan di
sekolah ini.
9.2 Guru-guru adalah diminta “Thumb Print” apabila sampai ke pejabat sekolah dan sekali lagi
sebelum pulang ke rumah.
9.3 Guru yang tidak “Thumb Print” kehadiran dianggap sebagai tidak hadir bertugas.
9.4 Untuk kegiatan kokurikulum dan sebarang aktiviti sekolah, guru-guru diminta mencatat
nama di dalam buku kedatangan yang disediakan.
10. CUTI : Perintah AM Bab “C‟
10.1 Cuti bukan satu hak tetapi merupakan satu keistimewaan/kemudahan. Cuti Rehat Khas 10
hari setahun.
10.2 Cuti Umrah/Cuti Keagamaan adalah 7 hari sekali dalam perkhidmatan.
10.2 Kuasa melulus cuti adalah Ketua Jabatan atau kuasa-kuasa lain yang ditentukan.
11. SIJIL SAKIT
11.1 Jika seseorang guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau kerana sebab-sebab
kesihatan, guru berkenaan hendaklah memberitahu Guru Besar/Penolong Kanan
Pentadbiran/Penolong Kanan Petang/Penolong dan Ketua Pembantu Tadbir sebelum
sekolah bermula atau lewat-lewatnya sebelum waktu pertama belajar pada hari tersebut.
11.2 Sijil sakit yang dikemukakan hendaklah mengikut PERINTAH AM BAB C para 15.
“Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu bila
seseorang pegawai itu disahkan oleh seorang pegawai perubatan atau oleh sebuah
Lembaga Perubatan (Bab F) atau oleh seorang Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk
menjalankan tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang
diterima seperti dalam Perintah Am (xi). Ketua Jabatan boleh menerima mengikut budi
bicaranya sendiri, sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seorang doktor swasta tanpa
sokongan seorang pegawai perubatan, apabila sijil-sijil itu memberi cuti tidak melebihi DUA
hari yang berturut-turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang diberi Ketua Jabatan atau sijil-sijil
demikian tidak akan melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun”
11.3 Sijil-sijil sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Guru Besar.
11.4 Semua perkara yang berkaitan dengan cuti sakit adalah tertakluk kepada PERINTAH AM
BAB C Perkara (iii) Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan.
9
12. CUTI REHAT KHAS ( CRK )
12.1 Jumlah cuti – 10 hari setahun. Kemudahan untuk diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja
(isteri/suami,ibu dan bapa) Tujuan :
12.1.1 Menziarahi ahli keluarga yang rapat yang sakit tenat / meninggal dunia (Ahli
keluarga – suami / isteri / anak-anak). Keluarga rapat – ibubapa / adik
beradik / mertua / datuk / nenek /isteri/suami.
12.1.2 Perayaan Agama
12.1.3 Kecemasan (semasa banjir)
12.1.4 Tambahan cuti haji
12.1.5 Kursus suai kenal (Luar Kampus)
12.1.6 Majlis konvokesyen bagi guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka
12.1.7 Temuduga kenaikan pangkat
12.1.8 Tujuan perkahwinan guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka
12.2 Tidak dibenarkan untuk mengambil cuti rehat khas bagi urusan peribadi seperti untuk
menghadiri Ujian Memandu.
13. CUTI URUSAN SENDIRI TANPA GAJI
13.1 Permohonan cuti urusan sendiri tanpa gaji tidak digalakkan kecuali sesuatu perkara yang
tidak dapat dielakkan sesuai dan tidak menganggu pentadbiran sekolah dan kepentingan
murid tidak terkorban.
13.2 Pemohonan Cuti Tanpa Gaji perlu dikemukakan kepada Guru Besar TIGA BULAN lebih
awal daripada tarikh diperlukan.
14. CUTI TANPA REKOD
14.1 Setiap guru boleh mendapatkan cuti tanpa rekod sekiranya mempunyai hal yang difikirkan
penting dan permohonan cuti tersebut bolehlah dibuat kepada Guru Besar.
14.2 Cuti Tanpa Rekod boleh dipohon untuk tujuan berikut:
14.2.1 Kematian ahli keluarga kandung dan ibu bapa mentua (3 hari). (Pekeliling
Perkhidmatan Bil 4/2015)
14.2.2 Cuti isteri bersalin bagi suami (7 hari) terhad kepada 5 kali sepanjang
perkhidmatan.(Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2017)
14.2.3 Menunaikan umrah atau upacara keagamaan (7 hari) sekali dalam
perkhidmatan. .(Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2017)
14.2.4 Menunaikan haji (40 hari) sekali dalam perkhidmatan. .(Pekeliling
Perkhidmatan Bil 4/1984)
10
14.3 Sebarang cuti yang lain disebut di atas jika diperlukan hendaklah memohon dengan
menggunakan borang khas supaya dapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
(cuti menduduki peperiksaan dan lain-lain).
15. TUGAS / KERJA GANTI
15.1 Tugas/Kerja ganti (relief work) hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana
sebab-sebab kesihatan dan urusan rasmi..
15.2 Tugas/Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat-
mesyuarat/kursus bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan
atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Selangor atau Kementerian
Pendidikan Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-
Pekeliling Perkhidmatan.
15.3 Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti
adalah WAJIB dilaksanakan.
16. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
16.1 Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada masa bertugas tanpa tujuan
yang benar-benar penting.
16.2 Guru yang keluar dari kawasan sekolah dikehendaki mendapat kebenaran terlebih dahulu
dari Guru Besar dengan mengisi borang KEBENARAN KELUAR SEKOLAH dan
menandatangani buku KELUAR SEKOLAH yang boleh didapati di kaunter pejabat sekolah.
16.3 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan
yang berlaku semasa mereka berada di luar sekolah.
16.4 Guru-guru tidak digalakkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rasmi kerja.
17. PERHIMPUNAN
17.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari ISNIN, 7.30 – 8.00 (sesi pagi), 1.15 tengah
hari – 1.45 tengah hari (sesi petang). Perhimpunan ringkas akan diadakan pada setiap hari
selama 10 minit sebelum P&P bermula. Sesi pagi 7.15 pagi – 7.25 pagi, Sesi petang 1.00
tengah hari – 1.10 tengah hari.
17.2 Lagu Negaraku, Lagu Kebangsaan Negeri Selangor dan Lagu Sekolah akan dinyanyikan
dengan penuh semangat oleh semua murid dan guru sambil bendera dinaikkan pada setiap
perhimpunan hari rasmi.
17.3 Guru-guru akan membawa masuk murid-murid ke kelas masing-masing selepas
perhimpunan dalam keadaan yang senyap dan teratur.
17.4 Semua guru adalah bertanggungjawab menentukan setiap murid faham dan mengikut
peraturan perhimpunan. Ini termasuklah murid berbaris dengan penuh disiplin, teratur dan
sentiasa dalam keadaan senyap ketika perhimpunan.
11
17.5 Guru bertugas pada hari itu hendaklah memastikan aturcara dijalankan dengan lancar dan
disiplin pelajar terkawal.
17.6 Perkara-perkara yang harus menjadi pengumuman dalam perhimpunan itu ialah perkara
yang tercatat dalam buku LAPORAN HARIAN guru bertugas dan tajuk-tajuk penting
mengenai pembelajaran dan pendidikan.
17.7 Guru bertugas hendaklah menyampaikan satu ucapan ringkas (tidak melebihi 5 minit) atas
tajuk-tajuk yang sesuai dan bermanfaat kepada pelajar-pelajar. Gunakan Buku Panduan
Tatacara Perhimpunan Harian
17.8 Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bertali leher lelaki) semasa perhimpunan
rasmi . Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian rasmi yang kemas, memakai tali leher
rasmi sekolah bagi pengawas dan ketua kelas kecuali murid yang memakai baju kurung.
17.9 Semua guru DIWAJIBKAN hadir di perhimpunan rasmi.
17.10 Segala arahan dan pengumuman mestilah dibuat dengan ringkas dan jelas.
17.11 Atur cara pada masa perhimpunan rasmi adalah seperti berikut :
17.11.1 Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
17.11.2 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah
17.11.3 Ikrar yang diketuai oleh pengawas bertugas.
17.11.4 Ucapan guru bertugas
17.11.5 Laporan guru bertugas
17.11.6 Penyampaian sijil / hadiah jika ada
17.11.7 Ucapan Guru Besar/Penolong Kanan
1.11.8 Masuk kelas.
17.12 Guru-guru tidak dibenarkan berucap selepas ucapan Guru Besar/Penolong Kanan.
18. MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH / KELAS
18.1 Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas.
18.2 Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan
pelajaran dan membimbing murid dalam proses pembelajaran.
18.3 Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik
darjah ketika mengajar melainkan untuk memberi bimbingan dan perhatian individu murid.
18.4 Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas
supaya tidak bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi
warganegara yang berdisiplin dan berilmu.Kembangkan potensi dan modal insan dalam
kalangan murid.
18.5 Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam
satu-satu minggu . Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan
dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.
12
18.6 Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi
perlu disemak dan diperiksa . Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah
dicatat dalam buku rampaian murid bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang
dibuat.
18.7 Guru yang menjalankan tugas/kerja ganti (relief) diminta mengajar matapelajaran yang
terdapat pada jadual waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar .
Sengaja duduk dalam kelas adalah TIDAK digalakkan . Penggunaan Pusat Sumber
Sekolah untuk tujuan „relief‟tanpa sebarang aktiviti tidak digalakkan.
18.8 Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang
munasabah . Guru yang membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi KAD
PAS atau TANDA NAMA guru berkenaan sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru
berkenaan untuk keluar kelas.
18.9 Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah
sama dengan bilangan yang tercatat di dalam Buku Kawalan Kelas.
18.10 Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah
memastikan persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta
strategi PdPc yang berkesan. PdPc guru hendaklah berfokuskan PAK 21.
19. KETEPATAN MASA
19.1 Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajar-
pelajar.
19.2 Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu . Guru adalah
bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; PdPc hendaklah diberi
keutamaan . Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain.
19.3 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar . Kalau terpaksa
meninggalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan
dinasihatkan supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid sekolah
terkawal sebelum meninggalkan kelas.Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah
atau yang terhampir.
19.4 Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit
selepas sesuatu waktu pembelajaran bermula belajar . Jika guru masih tidak dapat dicari,
Penolong Kanan atau guru kanan mestilah diberitahu.
19.5 Guru-guru mestilah menjadi CONTOH teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk
ucapan-ucapan sekolah. Jika mesyuarat bermula jam 1.30 tengah hari misalnya, maka guru
yang sepatutnya bertugas mestilah berada 10 minit sebelum jam 1.30 tengah hari.
19.6 Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pendidikan hendaklah
diselesaikan dan di hantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang
ditetapkan.
13
20. DISIPLIN
20.1 Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan pelajar.
Guru seumpama ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha
mendisiplinkan pelajar.
20.2 Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru . Sebarang masalah
yang berkaitan dengan disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru .
Jangan bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja.
20.3 Kementerian Pendidikan melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang
HUKUMAN atau DERA kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Guru Besar .
20.4 Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman atau dera
kepada murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin.
20.5 Semua kesalahan mestilah direkodkan ke dalam Buku Disiplin dan Sistem SSDM. Rekod ini
akan dirujuk ketika menyediakan sijil berhenti dan surat akuan pelajar.
20.6 Guru-guru kelas serta guru-guru matapelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid
dalam buku kawalan kelas di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam hal disiplin.
20.7 Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru terhadap murid
adalah seperti berikut :
20.7.1 Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru
20.7.2 Mencuri, menipu atau bercakap bohong
20.7.3 Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murid lain
20.7.4 Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-
lain seumpamanya
20.7.5 Menipu tandatangan dan yang seumpamanya
20.7.6 Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
20.7.7 Meniru dalam peperiksaan (kecurangan akademik)
20.7.8 Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan
sekolah tanpa tujuan
20.7.9 Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan
20.7.10 Pergerakan murid dari kelas ke bilik-bilik khas, padang permainan, Pusat
Sumber dan lain-lain.
20.7.11 Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas
20.7.12 Merosakkan harta benda sekolah
20.7.13 Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain
20.7.14 Bergaduh dan bertumbuk
20.7.15 Berambut panjang
20.7.16 Pakaian yang tidak kemas
20.7.17 Berjudi
20.7.18 Terlibat dengan dadah
20.7.19 Menghisap rokok
20.7.20 Ponteng dan lewat datang sekolah
14
20.7.21 Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran
20.7.22 Sila rujuk buku peraturan sekolah
20.8 Guru juga perlu mencatat amalan baik yang dilakukan oleh murid dalam Sistem SSDM.
21. KEHADIRAN MURID
21.1 Guru kelas perlu mengambil kehadiran murid pada setiap hari persekolahan. Kehadiran
murid MESTI diisi dalam sistem e-kehadiran sebelum pukul 8.30 pagi untuk sesi pagi dan
sebelum 2.15 petang untuk sesi petang.
21.2 Jika seorang murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 3 hari dalam
satu minggu atau selalu tidak hadir, guru kelas hendaklah memberitahu ibubapa atau
penjaga dengan kadar segera. Surat/Borang untuk perkara tersebut boleh didapati dari
pejabat sekolah.
21.3 Jika tidak ada jawapan daripada ibubapa,/penjaga, guru kelas dikehendaki mengemukakan
satu peringatan. Jika masih tidak ada jawapan, tindakan untuk memberhentikan murid dari
sekolah hendaklah diambil. Ibubapa / Penjaga boleh diberi 14 hari berjumpa dengan Guru
Besar.
22. BUKU REKOD PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN / E-RPH
22.2 Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran / E-RPH ini mestilah dikemaskinikan dan
sentiasa berada dengan guru ketika mengajar dan boleh ditunjukkan apabila diminta oleh
pentadbir/PPD/JPN. Guru hendaklah mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu
yang tertentu.
22.3 Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran / E-RPH ini akan diperiksa pada bila-bila masa
oleh Guru Besar, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah.
22.4 Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran / E-RPH hendaklah mengandungi Rancangan
Pengajaran Tahunan dan Rekod Pengajaran Harian yang disediakan setiap hari.
22.5 Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod
Mengajar:
22.5.1 Takwim Sekolah
22.5.2 Maklumat Diri
22.5.3 Akujanji Penjawat Awam
22.5.4 Jadual waktu kelas dan persendirian guru
22.5.5 Rancangan Pengajaran Tahunan
22.5.6 Rancangan Pengajaran Harian
22.5.7 Rekod markah kemajuan murid bagi setiap ujian
22.5.8 Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan
22.5.9 Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid
22.5.10 Butir-butir mengenai kutipan wang PIBG
22.5.11 Catatan profesional
15
22.6 Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran/ E-RPH dihantar/dimuat naik pada tiap-tiap hari
Jumaat atau selewat-lewatnya pada pagi Isnin tiap-tiap minggu untuk disemak atau
diperiksa oleh pentadbir.
22.7 Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran / E-RPH akan
diberikan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah dan mesyuarat-mesyuarat panitia
matapelajaran.
22.8 Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran/E-RPH ini hendaklah diberikan pada mana-
mana pegawai yang hendak menyelia dan mencerap sebelum P&P bermula.
22.9 Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran/E-RPH merupakan satu dokumen rasmi yang
penting. Buku ini akan dirujuk semasa penilaian prestasi guru dibuat.
23. BUKU STOK & INVENTORI
23.1 Guru-guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyimpan buku stok dan inventori-inventori
hendaklah :
23.1.1 Sentiasa mengemaskinikan buku Stok & Inventori sekurang-kurangnya sekali
dalam sepenggal dan mestilah disemak dan diperiksa oleh Guru Kanan.
23.1.2 Merekod dan melaporkan kepada Guru Besar jika berlaku sebarang
kerosakan, kehilangan atau kekurangan barang-barang atau alatan dibawah
jagaannya.
23.1.3 Mengambil tindakan segera merekodkan semua barang, bahan atau alat-alat
perkakas yang diterima atau dibeli dengan segera dalam buku stok serta
kad-kad Stok Inventori.
23.1.4 Bersedia menyerahkan atau menunjukkan stok dan buku stok kepada Juru
Audit Dalam atau sekolah yang akan datang memeriksa dan menyemak
pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
24. PEMBELIAN PESANAN BARANG-BARANG
24.1 Guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah memohon secara rasmi menggunakan
borang nota minta untuk membeli barang-barang yang perlu. Selepas mendapat kebenaran
Guru besar dikehendaki menggunakan borang pesanan khas yang disokong dan
ditandatangani oleh Guru Besar. Pesanan pembelian yang tidak disokong dan tidak
ditandatangani oleh Guru Besar tidak akan dibayar oleh sekolah. Guru yang berkenaan
dikehendaki membayar sendiri barang dipesan atau dibeli.
24.2 Senarai barang atau alatan yang digunakan atau diperlukan oleh sesuatu bahagian atau
unit hendaklah dikemukakan pada awal tiap-tiap penggal.
24.3 Hanya barang atau bahan kegunaan Sains, RBT dan Pejabat sahaja boleh dibeli pada bila-
bila masa diperlukan.
16
24.4 Ketua Panitia Mata pelajaran adalah bertanggungjawab menyemak sebarang pembelian
dan menandatangani borang pesanan di sebelah kiri sebelum mendapat sokongan dan
tandatangan Guru Besar.
24.5 Elakkan dari membuat pesanan atau membeli barang-barang yang telah sedia ada atau
barang yang tidak diperlukan.
24.6 Ketua Panitia adalah bertanggungjawab dalam hal-hal pembeli dan pendaftaran dalam buku
stok dan kad-kad inventori sekolah dengan kadar yang segera.
24.7 Ketua Panitia Matapelajaran juga bertanggungjawab menjamin penjagaan dan keselamatan
alat-alat atau barang-barang yang dibeli.
24.8 Semua bahan bantu mengajar (BBM) mesti direkodkan dalam buku stok Pusat Sumber
Sekolah.
25. PEJABAT SEKOLAH
25.1 Pejabat sekolah adalah tempat bekerja dan tersimpannya rekod-rekod dan dokumen-
dokumen penting. Ia bukan tempat untuk berehat.
25.2 Guru-guru / kakitangan sekolah dan murid-murid tidak perlu berada di pejabat sekolah
tanpa sebarang urusan.
25.3 Alat-alat atau barang-barang keperluan pejabat tidak boleh dibawa keluar tanpa sebarang
kebenaran terlebih dahulu. Sila rekodkan ke dalam buku jika menggunakan atau meminjam
alat-alat atau barang-barang pejabat.
25.4 Pejabat sekolah bererti pejabat am yang termasuk bilik Guru Besar, bilik Guru-guru
Penolong Kanan, Bilik Cetak, Bilik Fail dan „Pantry‟.
26. TELEFON
26.1 Telefon sekolah adalah untuk kegunaan rasmi sahaja.
26.2 Panggilan persendirian (private) tidak boleh digalakkan kecuali panggilan kecemasan atau
sangat penting sahaja.
26.3 Panggilan persendirian akan dikenakan bayaran . Semua panggilan akan direkodkan di
dalam buku khas oleh Pembantu Tadbir sekolah. Sila gunakan telefon awam/telefon bimbit
untuk membuat panggilan peribadi.
26.4 Panggilan yang diterima akan diambil pesanan dan kemudian akan dimaklumkan kepada
penerima/guru berkenaan. Pejabat tidak akan memanggil guru berkenaan untuk menjawab
panggilan telefon.
27. BILIK REHAT GURU
27.1 Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan, kekemasan, keindahan dan
keselesaan bilik guru.
17
27.2 Murid-murid TIDAK DIBENARKAN masuk ke bilik guru tanpa kebenaran atau bersama
guru. Anak-anak guru juga TIDAK DIBENARKAN MASUK ke bilik guru.
27.3 Guru-guru dinasihatkan supaya tidak menyimpan barang-barang bernilai dan berharga
mahal di dalam bilik guru. Sebarang kehilangan atau kerosakan adalah tanggungjawab guru
itu sendiri.
27.4 Kelab guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik guru dan menentukan ia
kemas, bersih dan teratur.
28. MENGHISAP ROKOK
28.1 Menghisap rokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan sekolah. SEKOLAH
ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK.
29. PAKAIAN DAN RAMBUT
29.1 Guru-guru dimestikan memakai pakaian kemas ketika menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran atau tugas-tugas rasmi yang lain. Pakaian berseluar pendek, baju T, batik
bukan Malaysia atau jenis Hawaii atau Filipina yang terkeluar tidak digalakkan bila-bila
masa. Semua guru-guru lelaki dimestikan memakai pakaian yang mencerminkan etika
profesion keguruan. Guru-guru wanita dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan tidak
mencolok mata. Sila lihat Pekeliling Ikhstisas Bil. 8/85 KP/BS/Jld. (36) bth. 9 Mei 1995.
29.2 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian Pendidikan
Jasmani yang sesuai, seelok-eloknya berwarna putih; Baju T berkolar dan seluar track
hitam / biru gelap.
29.3 Sebagai contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid, guru-guru lelaki dinasihatkan
supaya menyimpan rambut yang sesuai. Mereka yang berambut panjang dikehendaki
supaya memendekkannya.
29.4 Semua guru diwajibkan memakai Tanda Nama di dada sebelah kiri ketika menjalankan
tugas-tugas rasmi sekolah dan di luar sekolah. Guru-guru yang belum mempunyai tanda
nama diharap dapat menyediakannya sendiri.
29.5 Guru-guru lelaki dikehendaki memakai pakaian rasmi yang lengkap dan bertali leher
semasa perhimpunan rasmi.
29.6 Selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN dipakai di kawasan bangunan sekolah semasa
hari persekolahan.
30. BERJUMPA DENGAN ORANG LUAR
30.1 Sebarang orang luar / ejen-ejen syarikat yang hendak berjumpa dengan guru-guru atau
kakitangan sekolah hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.
18
31. RAHSIA SEKOLAH
31.1 Adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah. Sila patuhi Perintah AM.
32. PENGELUARAN BAHAN-BAHAN SEKOLAH
32.1 Sebarang bahan-bahan bercetak adalah untuk edaran dalaman sahaja. Risalah-risalah
yang dikeluarkan mestilah juga sesuai tanpa berbau politik, sensitif atau subversif.
Kebenaran dari Guru Besar hendaklah didapati terlebih dahulu sebelum risalah dikeluarkan.
Satu salinan hendaklah diberikan kepada Guru Besar sebelum ia diedarkan. Begitu juga
harta benda sekolah, tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa keluar dari sekolah. Jika
ada keperluan, sila membuat permohonan rasmi kepada Guru Besar dan melengkapkan
rekod pergerakan aset/harta sekolah.
33. LAPORAN
33.1 Guru mestilah melaporkan kegiatan-kegiatan setelah satu-satu program atau aktiviti yang
telah diadakan dari masa ke semasa. Contohnya seperti mengadakan rombongan lawatan,
guru yang terlibat hendaklah menyiapkan laporan dengan segera.
33.2 Apabila menghadiri mesyuarat, perjumpaan, taklimat di PPD/JPN guru perlu mengisi borang
Minit Curai. Minit Curai hendaklah diserahkan kepada GB/Penolong Kanan.
33.3 Guru perlu mengadakan LADAP bagi kursus yang telah dihadiri.
34. URUSAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN / JABATAN PENDIDIKAN NEGERI /
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
34.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke Kementerian/jJabatan/Pejabat Pendidikan
untuk menguruskan hal-hal perjawatan tanpa kebenaran bertulis daripada Guru Besar.
Tindakan tatatertib boleh diambil jika sekiranya melanggar peraturan ini. Sekiranya pergi ke
Kementerian/ Pejabat Pendidikan, pastikan pakaian guru kemas dan lengkap.
35. MESYUARAT GURU / TAKLIMAT MINGGUAN / KURSUS, CERAMAH DAN LAIN-LAIN
AKTIVITI SEKOLAH
35.1 Tiap-tiap guru mesti hadir ke mesyuarat guru / taklimat . Mesyuarat guru / taklimat adalah
merupakan urusan penting bagi melicinkan pentadbiran dan perjalanan sekolah. Jika
terdapat sesuatu masalah yang serius yang tidak membolehkan hadir ke mesyuarat /
taklimat itu guru hendaklah memberitahu Guru Besar secara bertulis dan lisan sebelum
mesyuarat / taklimat dijalankan.
35.2 Guru-guru adalah diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh ketua-ketua panitia
/ unit / bahagian yang lain.
35.3 Guru-guru hendaklah memberi keutamaan kepada mesyuarat, taklimat, perkembangan staf
serta kegiatan lain sekolah tanpa mementingkan hal peribadi atau urusan lain. Sebarang
keuzuran dan ketidakhadiran hendaklah dengan memberi surat tunjuk sebab beserta
dokumen sokongan kepada Guru Besar.
19
36. URUSAN KE LUAR NEGARA
36.1 Kebenaran daripada Jabatan Pendidikan hendaklah diperolehi apabila guru-guru hendak
pergi ke luar negara (Seberang Laut) iaitu dengan menggunakan borang permohonan 5
minggu sebelum tarikh lawatan selepas mendapat kelulusan daripada Guru Besar.
37. ARAHAN PEKELILING
37.1 Tiap-tiap arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM /JPN /PPD /Guru Besar
hendaklah dibaca dengan teliti. Sekiranya pekeliling dan arahan diberi terus, hendaklah
dimasukkan dalam fail unit berkenaan.
37.2 Apabila guru-guru menerima arahan pekeliling/edaran, guru adalah bertanggungjawab
mengambil tindakan segera sebelum tarikh akhir sesuatu arahan itu.
37.3 Arahan/Pekeliling/Surat Panggilan juga akan disampaikan melalui aplikasi Telegram Rasmi
Sekolah/Whatsapp Rasmi Sekolah dan WAJIB dipatuhi.
38. GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM
38.1 Gerak kerja luar atau kokurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan pengajaran dan
kerja-kerja persekolahan . Guru-guru adalah diwajibkan melaksanakan dan kedatangan
adalah wajib apabila ia dijalankan.
39. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS
39.1 Apabila arahan / ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan / tugas projek atau lain-
lain misalnya: mewakili mesyuarat, pergi ke pejabat kerajaan, mengiringi murid-murid,
mematuhi kehendak pekeliling dan lain-lain hendaklah diambil tindakan sendiri tidak boleh
pihak yang ditugaskan itu mengarahkan pihak lain pula melaksanakannya tanpa
pengetahuan Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dilaksanakan oleh pihak yang lain atau
persetujuan sesama sendiri, maka ia mestilah sampaikan ke pengetahuan Guru Besar.
40. KELAB GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN (KGK)
40.1 Semua guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di sekolah adalah secara automatik
menjadi ahli kelab ini. Jumlah yuran adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat agung
kelab tersebut. Setiap ahli wajib membayar yuran.Setiap ahli yang dilantik menganggotai
Ahli Jawatankuasa hendaklah berkhidmat sepenuh hati seperti mana prinsip perkhidmatan
awam Malaysia.
20
41. PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP)
41.1 Semua guru dan kakitangan sekolah adalah ahli PSKPP dan seterusnya mengambil
bahagian di dalam aktiviti sama ada di peringkat daerah atau negeri mahu pun kebangsaan.
41.2 Yuran sebanyak RM5.00 setahun seorang akan dikutip melalui Kelab Guru dan Kakitangan
(tertakluk pada pindaan).
42. MENGAMBIL PEPERIKSAAN
42.1 Guru-guru / kakitangan yang ingin mengambil sebarang peperiksaan hendaklah membuat
permohonan menggunakan borang khas terlebih dahulu untuk dipanjangkan ke Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor.
43. KERJA SAMBILAN
43.1 Guru-guru yang ingin membuat kerja sambilan di luar sekolah seperti guru tuisyen, jurujual,
agen insurans dan lain-lain hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu dengan
menggunakan borang khas kepada Guru Besar. Guru-guru tidak digalakkan membuat kerja-
kerja sambilan yang menjejaskan imej Perkhidmatan Pendidikan dan sebagai seorang
penjawat awam.
44. MEMBERI KENYATAAN AKHBAR
44.1 Guru-guru adalah dilarang sama sekali membuat sebarang kenyataan akhbar.
45. HAL-HAL LAIN
45.1 Sebarang surat menyurat PPD mengenai perjawatan hendaklah melalui Guru Besar dan
juga Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor iaitu mengikut saluran-saluran tertentu
sebagaimana Perintah AM Bab B & D. Jika gagal berbuat demikian tindakan tatatertib boleh
diambil.
45.2 Guru tidak dibenarkan menggunakan „letter head‟ sekolah untuk sebarang tujuan.
21
BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. Beberapa orang guru akan ditugaskan mengawasi, memeriksa dan mengambil tindakan-
tindakan yang perlu serta melaporkan pada setiap hari persekolahan.
2. Guru bertugas diminta berada di sekolah 30 minit sebelum sekolah bermula dan balik
selepas semua murid selamat pulang. Jika ada sebarang kegiatan sekolah pagi atau petang
guru bertugas diwajibkan berada di sekolah pada hari tersebut.
3. Guru bertugas perlu menjalankan tugas tiap-tiap hari sekolah dan melaporkannya ke dalam
BUKU LAPORAN HARIAN dan membawa buku tersebut kepada Guru Besar pada hari
yang berikut, waktu pertama.
4. Ringkasan ucapan khas pada hari Perhimpunan Mingguan hendaklah dicatatkan dalam
buku Laporan Perhimpunan dan dihantar kepada Guru Besar pada hari pertama minggu
berikutnya.
5. Guru bertugas perlu membuat rondaan mengelilingi kawasan sekolah sebelum sekolah
bermula, masa rehat dan selepas sekolah ditutup untuk memeriksa dan membuat laporan
tempat-tempat berikut :
5.1 bilik-bilik khas
5.2 bilik-bilik makmal sains dan bilik kemahiran hidup
5.3 tandas murid dan guru
5.4 kantin sekolah
5.5 bilik-bilik khas seperti pusat sumber, pengawas, kaunseling dan lain-lain
5.6 kawasan am dan lain-lain
6. Laporan pemeriksaan hendaklah ditulis pada tiap-tiap hari persekolahan kedua-dua sesi.
Laporan hendaklah jelas, tepat dan lengkap dengan menyatakan masa, tempat, jenis dan
sebagainya.
7. Guru bertugas perlu merujuk kepada laporan dalam LAPORAN HARIAN apabila membuat
laporan atau pengumuman di perhimpunan atau apa-apa tindakan yang berkaitan dengan
tugasnya.
8. Guru bertugas adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal menjaga dan mengawal
disiplin pelajar-pelajar dan perjalanan pembelajaran sekolah pada hari tersebut.
9. Guru bertugas bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan yang perlu seperti
mengarahkan pelajar mengutip sampah, mencuci kelas, memeriksa kebersihan kelas,
memeriksa kebersihan diri pelajar dan lain-lain yang difikirkan perlu.
10. Bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bertindak apabila berlaku sesuatu
kemalangan atau kecemasan yang berlaku di sekolah pada hari tersebut.
11. Bertindak dan mengambil langkah-langkah positif jika berlaku sesuatu keadaan yang kurang
memuaskan seperti kelas bising, kelas kotor, kelas tidak ada guru, murid lewat ke sekolah,
tandas-tandas kotor dan sebagainya.
12. Menentukan perjalanan jadual waktu sekolah berjalan dengan lancar dan lonceng sekolah
berbunyi pada waktu yang betul.
22
13. Membantu / melaporkan kepada guru penyelaras jadual waktu guru ganti jika ada guru yang
tidak hadir bertugas pada hari tersebut.
14. Guru bertugas memastikan pelajar berbaris sebelum masuk ke kelas dan berbaris sebelum
pulang.
15. Guru bertugas bertanggungjawab menghantar pelajar ke klinik, hospital jika perlu dan ke
rumah bagi kes istimewa.
16. Guru bertugas hendaklah membantu pengawas-pengawas bersiap sedia untuk
perhimpunan mingguan lengkap dengan pembesar suara, bendera-bendera dan lain-lain
keperluan.
17. Guru bertugas bertanggungjawab untuk mengawas kelas tambahan di sebelah petang atau
pada hari Sabtu/Ahad.
BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN SEMASA PERHIMPUNAN RASMI
1. Datang lebih awal (30 minit) bagi memastikan agar semua murid berhimpun pada masa
yang ditetapkan.
2. Menentukan agar semua murid telah berhimpun pada masa yang ditetapkan.
3. Menentukan agar semua murid mematuhi peraturan sekolah seperti pakaian, lencana,
rambut, kasut dan berdiri dengan betul dan tertib.
4. Alat-alat pembesar suara dalam keadaan siap sedia.
5. Tempat duduk guru dan alatan lain disediakan.
6. Bendera telah disediakan.
7. Semua guru bertugas mesti berada di belakang perhimpunan bagi tujuan mengawasi
disiplin murid-murid kecuali guru yang mengendalikan perhimpunan.
8. Orang yang paling akhir meninggalkan tempat perhimpunan setelah tamat dan menentukan
agar semua peralatan yang digunakan dikembalikan ke tempat asal.
BIDANG TUGAS GURU MATAPELAJARAN
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
matapelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai
diakhir tiap penggal bagi tiap darjah.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar / e-rph yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi matapelajaran yang diajar dengan lengkap untuk
setahun / sepenggal / seminggu / harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut
rancangan pelajaran yang disediakan.
23
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan semula secepat mungkin.
6. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar / wakilnya pada masa
yang dikehendaki.
7. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Merekodkan soalan-soalan dari
keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
8. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.
9. Menjadi ahli dalam panitia matapelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan
keputusan mesyuarat panitia.
10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah.
11. Memastikan keselamatan murid di bilik Sains / bengkel RBT serta mengawasi penggunaan
peralatan.
12. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai matapelajaran yang berkenaan samaada yang
dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri / PPD.
13. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran dan
pembelajaran.
14. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
15. Melaporkan kepada Ketua Panitia tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk
tindakan selanjutnya.
16. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.
17. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan
Pusat Sumber sekolah.
18. Mengadakan sudut-sudut matapelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
19. Membantu menguruskan bank soalan.
BIDANG TUGAS GURU KELAS
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas.
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, AJK
Kebersihan dan AJK Keceriaan
1.2 Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan hitam,
menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah
1.3 Memastikan AJK menyusun kerusi meja dan membuang sampah.
1.4 Memastikan AJK menyusun sentiasa mengemaskini papan kenyataan papan maklumat dari
masa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
24
1.5 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
1.5.1 Jadual waktu (Saiz A3)
1.5.2 Jadual tugas.
1.5.3 Perabot kelas seperti kerusi, meja murid, meja guru dan papan hitam diinventorikan
menggunakan Borang Kew 17.
1.5.4 Moto kelas
1.5.6 Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
1.6 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
1.7 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
1.8 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
1.9 Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan dokumen berikut
untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid.
1.9.1 Slip Peperiksan/Slip PBD
1.9.2 Borang Maklumat Murid
1.9.3 Kad SEGAK
1.9.4 Sijil Berhenti dan lain-lain
1.9.5 Kad Pergigian
1.9.6 Kad Kesihatan
1.10 Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat.
Kerjasama Pembantu AM Rendah (Pejabat) perlu diminta.
2. Kehadiran Murid
2.1 Mengisi kehadiran murid dalam e-kehadiran sebelum jam 8.30 pagi (sesi pagi) dan 2.15
petang (sesi petang) setiap hari.
2.2 Mengemaskini semua maklumat murid (SMM) yang terkini dalam APDM.
2.3 Memastikan kelas mempunyai buku kawalan kelas dan merekodkan jumlah kehadiran murid
setiap waktu.
BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS ALIRAN
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid di bawah jagaannya. Persetujuan Guru
Penolong Kanan diminta terlebih dahulu.
2. Membantu guru kelas membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).
3. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Kebajikan memilih murid yang layak untuk
diberi bantuan.
25
4. Memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan jumlah murid dalam setiap kelas dari
masa ke semasa.
5. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar masuk
(ikut kelas) dengan kemas dan teratur.
6. Bekerjasama dengan guru kelas bagi menyiapkan perkara berikut di peringkat sekolah iaitu:
5.1 Sijil berhenti sekolah
5.2 Sijil Pentaksiran Berdasarkan Sekolah
5.3 Sijil UPSR
5.4 Sijil Aktiviti Kokurikulum
5.5 Sijil Penghargaan dan lain-lain.
7. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan UPSR, Ujian Sumatif dan PBD.
8. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
9. Memastikan dan memantau guru kelas memberi nombor pendaftaran dan memasukkan
butir-butir pelajar dan memastikan ia dikemaskini.
10. Menyemak kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskini.
11. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini disimpan
di pejabat.
12. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru dalm fail daftar mengikut kelas.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
BIDANG TUGAS GURU SIARAYA (P.A. SISTEM)
1. Bertanggunjawab memastikan bahawa sistem P.A sekolah berfungsi dengan sempurna dan
disimpan di tempat yang selamat.
2. Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan
siaran lain yang dibuat melalui sistem P.A. sekolah.
3. Bertanggungjawab membuat inventori dam menyimpan stok alat-alat pembesar suara.
4. Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat P.A. oleh pihak awam dan
pertubuhan-pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan pemulangan dibuat
mengikut tarikh dan dalam keadaan baik.
5. Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem P.A. berfungsi
dengan baik berkesan.
6. Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kerosakan.
7. Menyemak stok pada akhir setiap penggal.
26
ARAHAN TETAP GURU BESAR SK SERI KUNDANG 2020
Di bawah ini terdapat beberapa arahan penting mengenai beberapa perkara tertentu dalam
pentadbiran dan pengajaran. Diharap kita dapat sama-sama menghayati dengan tujuan jentera
pentadbiran sekolah akan berjalan lancar, kemas dan licin.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
1. Perintah Am
Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan arahan-arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan. Lantaran itu semua guru dikehendaki memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut.
Panduan peraturan am perkhidmatan ini adalah sebagai membantu guru memahami bidang
tugas dan melicinkan lagi jentera pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, dengan adanya
panduan dan peraturan ini, guru-guru dapat berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dalam
memikul amanah sebagai seorang guru seterusnya sebagai seorang penjawat awam yang
efisyen.
2. Kedatangan & Waktu Rasmi Persekolahan
2.1 Waktu persekolahan rasmi ialah seperti berikut :-
Isnin hingga Khamis
Sesi pagi : 7.30 pg – 1.00 tgh
Sesi petang : 1.15 tgh – 6.15 ptg
Jumaat
Sesi pagi : 7.30 pg – 12.00 tgh
Sesi petang : 2.15 ptg – 6.15 ptg
Rabu ( Aktiviti Kokurikulum )
Sesi pagi : 2.00 ptg – 4.00 ptg
Sesi petang : 11.45 pagi – 12.45 tgh
2.2 Guru-guru adalah diwajibkan hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari waktu
persekolahan.
2.3 Guru-guru dikehendaki hadir ke sekolah 15 minit sebelum sesi persekolahan
bermula dan dibenarkan pulang 15 minit selepas berakhir sesi persekolahan.
2.4 Waktu kehadiran guru ke sekolah :
Isnin hingga Khamis
Sesi pagi : 7.15 pg – 1.15 tgh
Sesi petang : 1.00 tgh – 6.30 ptg
27
Jumaat
Sesi pagi : 7.15 pg – 12.15 tgh
Sesi petang : 2.15 ptg – 6.30 ptg
Rabu ( Aktiviti Kokurikulum )
Sesi pagi : 1.45 ptg
Sesi petang : 11.30 pagi
2.5 Semua guru hendaklah “thumb print” setiap hari apabila sampai sekolah dan pada
waktu balik untuk dimasukkan ke dalam keberadaan guru (e-operasi). Guru
dianggap tidak hadir bertugas jika gagal “thumb print” waktu sampai dan waktu balik
dari sekolah.
2.6 Guru yang tidak hadir kerana Cuti Sakit atau kerana kecemasan DIWAJIBKAN
menghubungi Guru Besar atau Penolong Kanan dengan SEGERA sebelum pukul
7.00 pagi (sesi pagi) dan sebelum 12.00 tengah hari (sesi petang) supaya jadual
guru ganti dapat disediakan.
2.7 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan (terdesak).
2.8 Setiap hari Khamis pukul 7.15 pagi, semua guru dan murid sesi pagi akan
mengadakan aktiviti Bacaan Surah Yaasin. PdPc akan bermula pada pukul 7.30
pagi.
2.9 Pelaksanaan aktiviti persekolahan
a. Sesi pagi
Masa Aktiviti
7. 00 pagi – 7.15 pagi Murid berkumpul di dataran
7.15 pagi – 7.25 pagi Taklimat
7.25 pagi – 7.30 pagi Murid masuk ke kelas
20 minit
Rehat 1 : 9.30 – 9.50 Rehat
Rehat 2 : 10.00 – 10.20
7 minit Murid berkumpul/ Taklimat
3 minit Murid bergerak ke kelas
7.30 pagi – 12.55 tgh Pdpc
12.55 – 1.00 tgh Membersihkan kelas
28
b. Sesi Petang Aktiviti
Waktu Persekolahan Murid berkumpul di Balai
Budaya
12.45 tgh – 1.00 tgh Taklimat
Murid bergerak ke kelas
1.00 tgh – 1.10 tgh Pdpc
1.10 tgh – 1.15 tgh Rehat
1.15 tgh – 6.15 ptg
20 minit Membersihkan kelas
Rehat 1 : 2.55 – 3.15 ptg Murid balik
Rehat 2 : 3.25 – 3.45 ptg
Rehat 3 : 3.55 – 4.15 ptg
6.10 ptg
6.15 ptg
3. Kebenaran Keluar
3.1 CUTI REHAT KHAS (CRK) hanya boleh dipohon atas sebab-sebab tertentu (rujuk
pekeliling) dan upacara keagamaan bagi tempoh 10 hari tidak berturut-turut dalam
tempoh setahun.
3.2 Guru yang ingin mengambil CUTI REHAT KHAS (CRK) hendaklah membuat
permohonan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh dipohon bagi
memudahkan urusan pentadbiran.
3.3 Adalah menjadi tanggungjawab guru yang memohon CUTI REHAT KHAS (CRK)
untuk mengisi permohonan secara atas talian di dalam Sistem HRMIS.
3.4 Guru yang bercuti sakit DIWAJIBKAN melapor diri kepada Guru Besar atau
Penolong Kanan apabila kembali bertugas dan menyerahkan sekali Sijil Akuan Cuti
Sakit (MC) tersebut.
3.5 Guru yang mendapat Sijil Akuan Cuti Sakit (MC) berpanjangan hendaklah
menyerahkan Sijil Akuan Cuti Sakit (MC) tersebut dalam tempoh 3 hari untuk
tindakan pihak sekolah.
3.6 Kegagalan guru menyerahkan Sijil Akuan Cuti Sakit (MC) kepada pihak pentadbiran
membolehkan gaji guru dipotong mengikut bilangan hari bercuti.
3.7 Guru yang mendapat kebenaran Cuti Tanpa Rekod, berkursus atau urusan rasmi di
luar dikehendaki menyerahkan satu salinan surat rasmi pihak berkaitan kepada
Guru Besar atau Penolong Kanan untuk kebenaran terlebih dahulu serta
menyerahkan Buku Rancangan Mengajar serta bahan berkaitan pdpc (MMI) bagi
memudahkan guru ganti membuat rujukan dan persediaan.
29
3.8 Guru yang hendak ke luar negara mesti memohon dan mendapatkan kelulusan
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Permohonan keluar negara
hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan dikembalikan semula ke
pejabat selewat-lewatnya lima minggu sebelum tarikh dipohon.
3.9 Guru yang tidak hadir kerana berkursus atau bercuti hendaklah menyediakan bahan
MMI bagi kelas yang ditinggalkan atau menggantikannya pada hari yang lain.
4. Cuti
4.1 Guru-guru diminta meneliti kandungan arahan Perintah Am Bab „C‟ juga beberapa
siaran Guru Besar / Jabatan / Kementerian Pendidikan mengenai cuti ini. Cuti
Tanpa Rekod, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Separuh Gaji, Cuti Keluar Negara dan lain-lain
tertakluk kepada kelulusan Pengarah Pendidikan Selangor. Semua permohonan
perlu dibuat dengan memenuhi Borang Permohonan Cuti yang boleh diperolehi di
Pejabat Sekolah dan disediakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh cuti
dipohon.
4.2 Cuti Rehat Khas
Cuti CRK hendaklah dipohon tiga (3) hari lebih awal. Selepas mendapat kelulusan
dari Guru Besar, guru diminta mengisi permohonan cuti secara atas talian melalui
aplikasi HRMIS untuk disokong dan disahkan oleh pentadbir.
4.3 Cuti Sakit / Cuti Kecemasan.
Guru-guru yang mengambil cuti sakit / kecemasan hendaklah memaklumkan segera
kepada pihak sekolah sebelum jam 7.30 pagi pada hari berkenaan untuk
membolehkan Pengurusan menyediakan relief guru ganti. Kenyataan cuti sakit
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar selepas hadir ke sekolah atau
selewat-lewatnya tiga (3) hari.
5. Pakaian
5.1 Guru-guru wajib mematuhi kehendak surat Pekeliling Kementerian Pendidikan
mengenai pakaian guru di sekolah. Pakaian guru perlulah kemas, bersih, sopan dan
sesuai. Guru lelaki juga dikehendaki mempunyai fesyen rambut yang sesuai
berstoking dan digalakkan bertali leher terutama pada hari Perhimpunan Rasmi atau
masjlis rasmi.
5.2 Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai
pakaian yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran tersebut.
Pakaian guru lelaki : memakai tshirt berkolar, seluar sukan serta memakai kasut
sukan dan bertoking putih (surat siaran KP/KPPM/5 (49). Guru lain tidak dibenarkan
memakai baju PJ kecuali ketika mengadakan latihan sukan/permainan.
30
5.3 Pada setiap hari Khamis semua guru dan staf perlu memakai baju batik ke sekolah.
Baju jubah dan kupiah adalah dilarang sama sekali dipakai kepada guru lelaki,
manakala baju jubah bagi guru perempuan adalah tidak digalakkan kecuali
mengandung. Sila patuhi surat siaran berkaitan etika pemakaian ke penjawat awam.
6. Perhubungan Antara Guru
6.1 Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga
diharapkan akan wujud perasaan „ kekitaan‟ dalam kalangan guru-guru.
6.2 Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan atau
fahaman atau pendapat atau kepercayaannya pada guru ataupun murid atau
kakitangan sekolah yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk „clique‟ yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dikehendaki sama sekali di
sekolah ini.
7. Bilik Guru
7.1 Sebuah jawatankuasa dilantik ( AJK Kelab Guru ) untuk menguruskan segala hal
yang berkaitan dengan bilik guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada
jawatankuasa ini.
7.2 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
7.3 Guru-guru hanya dibenarkan berada di dalam bilik guru semasa mereka tidak
mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai „non-teaching‟ dan
bukannya „free period‟. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa tersebut
untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
(SPI Bil 3/1981)
7.4 Guru tidak boleh membenarkan murid-murid berada di bilik guru bersendirian tanpa
guru yang berkenaan termasuk anak-anak guru.
7.5 Guru-guru yang sedang berada di bilik guru hendaklah sama-sama
bertangungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu
ketenteraman sekolah.
7.6 Hal-hal yang berkaitan dengan bilik guru hendaklah dirujuk kepada PK HEM.
31
8. Inisiatif Guru
8.1 Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi melaksanakan
tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan lagi. Penyediaan sebelum masuk
kelas amat perlu untuk membolehkan proses PdP berjalan dengan berkesan.
8.2 Guru-guru diminta melaksanakan PdPc abad ke 21 dengan melibatkan penyertaan
murid sepenuhnya. Pembelajaran di dalam kelas mesti berfokus kepada murid.
8.3 Guru-guru digalakkan mempelbagaikan kaedah PdPc di dalam kelas untuk menarik
minat murid-murid.
9. Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran
9.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, sila maklumkan
sama ada kepada pegawai kerani yang berkenaan atau kepada Guru Besar.
9.2 Jika guru-guru menghadapi masalah dalam bidang PdPc mereka boleh memberitahu
mengenainya sama ada kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran, Guru Penolong
Kanan ataupun Guru Besar.
10. Tugas
10.1 Guru-guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum,
pentadbiran dan juga sukan dan permainan. Mereka hendaklah melaksanakan
tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab serta sentiasa
menunjukkan semangat dan minat yang sihat terhadap tugas-tugas tersebut (sila
lihat senarai tugas guru dalam Buku Pengurusan Sekolah).
11. Buku Rekod Pembelajaran dan Pengajaran (BRPP) / E-RPH
11.2 BRPP / E-RPH guru hendaklah sentiasa ditulis dengan berpandukan sukatan dan
rancangan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.
11.3 BRPP / E-RPH ini hendaklah diserahkan ke pejabat / dimuat naik pada tiap-tiap hari
Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan
Pentadbiran / wakilnya.
11.4 Jika seseorang guru bercuti, BRPP ini mestilah diserahkan kepada Guru Besar /
Guru Penolong Kanan terlebih dahulu untuk diserahkan kepada guru pengganti atau
tindakan selanjutnya.
11.5 Kegagalan menghantar / memuat naik BRPP / E-RPH boleh dikenakan tindakan
surat tunjuk sebab kepada guru berkenaan.
32
12. Jadual Waktu
12.1 Tiap-tiap orang guru akan diberikan satu salinan jadual waktu persendirian dan
jadual waktu kelas untuk dilengkapkan dalam buku rekod serta lengkap
bertandatangan guru dan disahkan oleh Guru Besar.
12.2 Guru-guru kelas dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu Kelas untuk
dipamerkan di kelas masing-masing dalam bentuk A3 yang telah disahkan oleh
Guru Besar.
12.3 Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran pentadbir.
13. Kehadiran Murid
13.2 Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh Guru Kelas sendiri dan guru mata
pelajaran pertama, kecuali jika beliau tidak hadir ke sekolah pada hari itu, akan
diuruskan oleh guru penyelaras aliran atau guru ganti. Maklumat mengenai
kedatangan harian ini hendaklah dipenuhi dan dilengkapkan dalam e-kehadiran
dengan teliti sebelum pukul 8.30 pagi bagi sesi pagi dan sebelum pukul 2.15 petang
bagi sesi petang.
14. Kedatangan Murid
14.1 Guru-guru hendaklah merujuk kepada ibu bapa atau penjaga untuk mendapatkan
maklumat bagi murid-murid yang tidak hadir sekolah. Sila hubungi penjaga murid
(hantar surat), jika berlaku ketidakhadiran murid seperti mana yang diperuntukan di
dalam undang-undang persekolahan, dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
15. Menghukum Murid
15.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid samada
secara mental atau fizikal. Guru-guru dikehendaki menjaga tuturkata mereka
terhadap murid-murid. Murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa
kepada pengetahuan Penolong Kanan Hal ehwal Murid atau Guru Besar. Segala
tingkahlaku berkaitan disiplin hendaklah dimasukkan ke dalam sistem SSDM.
16. Buku Teks
16.1 Guru-guru Buku Teks bersama Guru Kelas hendaklah menguruskan Skim Bantuan
Pinjaman Buku Teks selaras dengan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Semua jenis borang dan keperluan biasa hendaklah
disempurnakan dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang ditetapkan. Guru-
guru kelas dan guru mata pelajaran mestilah sentiasa menyelia buku teks tersebut.
33
17. Keselamatan Harta Benda Sekolah
17.1 Guru hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah, serta mengambil tindakan terhadap murid-murid yang merosakkan
harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak untuk tindakan
selanjutnya.
17.2 Ketua Panitia Mata Pelajaran dan Penyelaras Bilik-bilik Khas berkenaan hendaklah
memastikan ada peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu seperti Bilik
Sains, Bilik RBT, Bilik Komputer, Bilik Muzik, Bilik J-Qaf, Bilik Seni Visual dan bilik-
bilik khas yang lain.
18. Kebersihan
18.1 Setiap orang guru mestilah menitikberatkan mengenai kebersihan dan
adalah menjadi kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal
kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas masing-masing
hendaklah disediakan oleh guru kelas. Pelaksanaan membersihkan kelas 5 minit
setiap hari sebelum balik perlulah diamalkan oleh guru mata pelajaran terakhir
termasuk yang berada di bilik khas.
18.2 Alatan kebersihan kelas perlulah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan
selamat. Boleh minta di pejabat sekolah jika sudah uzur dan rosak.
18.3 Guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik
Kaunseling, Bilik Disiplin, Bilik Kesihatan dan sebagainya adalah bertanggungjawab
untuk menjaga kebersihan bilik-bilik tersebut.
19. Kutipan Bayaran
19.1 Kutipan sumbangan PIBG pada sesi persekolahan 2020 adalah seperti yang telah
dipersetujui oleh PIBG dan Pendaftar Pelajaran.
19.2 Guru-guru kelas akan diberi suratkuasa untuk mengutip yuran tersebut. Guru-guru
kelas hendaklah memastikan resit-resit dikeluarkan kepada murid-murid yang
membayar yuran.
19.3 Semua wang yang dikutip hendaklah diserahkan kepada Bendahari PIBG pada hari
yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan
Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru kelas hendaklah
mempastikan mereka diberikan resit apabila membuat serahan wang dan
menyimpan resit tersebut.
19.4 Guru-guru kelas adalah dilarang sama sekali mengutip sebarang bentuk yuran /
bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan daripada Guru Besar.
34
20. Surat Menyurat
20.1 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan melalui
Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan untuk diambil
tindakan.
20.2 Jika surat itu ditujukan kepada pihak yang berkenaan dengan „melalui‟ dan „salinan‟
kepada Guru Besar, guru bolehlah menyimpan surat itu dalam fail yang ada
dengannya, setelah mengambil tindakan mengenainya.
20.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkan surat
tersebut untuk tindakan guru berkenan, maka guru hendaklah :-
• Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail tiada di dalam
simpanannya.
• Mengambil tindakan yang diperlukan berkaitan dengan surat.
• Mengembalikan semula fail yang diambil untuk diambil tindakan berkaitan
dengan surat tersebut ke pejabat.
• Segala surat rasmi dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti
atau berada di luar sekolah / negeri, maka surat tersebut ditandatangani oleh
PK Pentadbiran / PK HEM / PK Kokurikulum bagi pihak Guru Besar atas
kebenaran.
21. Pelawat
21.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar atau PK / wakilnya terlebih
dahulu sebelum membuat apa-apa urusan dengan pihak sekolah. Guru-guru tidak
dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual-jurujual dari mana-
mana syarikat kecuali dengan Guru Besar atau wakilnya.
22. Membeli Barang
22.1 Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendaklah
melengkapkan borang nota minta mengenainya yang boleh didapati di pejabat.
Borang ini kemudiannya ditandatangani oleh Guru Besar sebagai tanda
persetujuannya untuk membeli barang tersebut.
22.2 Guru-guru hendaklah menyemak barang yang dihantar, sama seperti borang
pesanan.
22.3 Pastikan setelah barang-barang dibeli, sila lengkapkan stok, inventori yang
berkenaan.
35
23. Perpustakaan
23.1 Guru hendaklah mengisi borang tempahan untuk menggunakan perpustakaan pada
waktu persekolahan.
23.2 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan tanpa diiringi oleh guru yang
berkenaan. Oleh itu guru-guru hendaklah berada bersama murid-murid sepanjang
masa.
23.3 Hanya 2 kelas sahaja dibenarkan berada di perpustakaan pada satu masa.
23.4 Guru-guru hendaklah merancang aktiviti / kerja murid-murid terlebih dahulu sebelum
masuk ke perpustakaan.
23.5 Keutamaan penggunaan bilik diberi untuk aktiviti NILAM.
24. Kegiatan Kokurikulum
Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat / Guru Penjaga dan sebagainya
untuk kegiatan Kokurikulum di sekolah ini. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap
dan teratur. Keselamatan murid semasa aktiviti Kokurikulum adalah di bawah
tanggungjawab guru yang bertugas pada hari yang ditetapkan.
25. Perhimpunan Rasmi Sekolah
25.1 Perhimpunan mingguan/rasmi akan diadakan pada setiap hari Isnin iaitu pada jam
7.30 - 8.00 pagi bagi sesi pagi dan 1.15 – 1.45 petang bagi sesi petang.
25.2 Perhimpunan akan dijalankan di Dataran Cemerlang / Balai Budaya kecuali hari
hujan. Jika hari hujan program Mento Mentee akan dilaksanakan bagi menggantikan
perhimpunan rasmi.
25.3 Semua guru dikehendaki menghadirinya dengan pakaian yang lengkap dan bertali
leher (guru lelaki). Guru hendaklah bersama-sama berada bersama murid serta
menyanyikan Lagu Kebangsaan, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
25.4 Guru dilarang berada di tempat lain ketika perhimpunan rasmi dan dilarang
bercakap.
25.5 Pengumuman penting hendaklah dihebahkan semasa perhimpunan di samping
membuat pemeriksaan mengejut ke atas murid-murid.
25.6 Semua guru perlu merancang isi yang hendak disampaikan kepada murid-murid
agar dapat menepati masa yang ditetapkan.
25.7 Budayakan murid mencatat dalam buku komunikasi setiap maklumat yang
disampaikan.
36
26. Mesyuarat Guru
26.1 Dari semasa ke semasa, Guru Besar akan mengadakan mesyuarat guru.
Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan dan guru diminta datang lebih
awal. Ketidakhadiran tanpa sebab boleh dikenakan tindakan pentadbiran.
27. Mesyuarat Jawatankuasa
27.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang
terdapat di sekolah ini. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang
dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.
27.2 Guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa,
hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada
Guru Besar selepas 7 hari mesyuarat.
27.3 Fail yang lengkap mengenai jawatankuasa yang dianggotai hendaklah diwujudkan
sebagai rujukan dan semakan.
28. Keahlian Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KGK) dan PIBG
28.1 Semua guru dan kakitangan adalah secara automatik menjadi ahli kepada Kelab
Guru dan Kakitangan (KGK) dan juga PIBG sekolah ini.
29. Latihan Kebakaran
29.1 Arahan khas Guru Besar mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti.
Latihan-latihan kebakaran akan diadakan pada bila-bila masa pada hari
persekolahan. Guru dan murid sentiasa bersedia dan mematuhi semua bahan yang
terkandung dalam surat arahan tersebut. Guru-guru kelas dikehendaki menerangkan
arahan ini kepada murid mereka masing-masing.
30. Lawatan Sambil Belajar
30.1 Guru-guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah murid-
murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Guru
Besar dan persetujuan darinya hendaklah diperolehi. Selepas itu segala prosedur
mengenainya, seperti mendapatkan surat kebenaran dari ibu bapa atau penjaga
hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Segala surat menyurat mengenainya
hendaklah diuruskan terlebih dahulu dan ditandatangani oleh Guru Besar.
30.2 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan terlebih dahulu atau
tanpa pengetahuan Guru Besar dan juga prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
30.3 Semasa lawatan dijalankan, guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi dan
mengawal selia murid-murid mereka dengan baik.
37
30.4 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyediakan laporan
bertulis dan serahkan kepada Guru Besar.
30.5 Guru-guru unit beruniform yang ingin membawa ahlinya berkhemah, hendaklah
terlebih dahulu membincangkannya dengan Guru Besar.
30.6 Permohonan lawatan melalui aplikasi e-strip mestilah dilakukan lima (5) minggu lebih
awal dan disahkan oleh Guru Besar.
31. Mengiringi Pasukan Sekolah
31.1 Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu di luar
kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya.
31.2 Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut prosedur
yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah mengawasi dan
mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka.
32. Visi, Misi, Falsafah, Matlamat Dan Objektif Sekolah.
32.1 Semua guru dikehendaki memahami serta menghayati visi dan misi KPM serta
sekolah, falsafah, matlamat dan objektif sekolah. Oleh itu mereka hendaklah sama-
sama berusaha gigih bagi membolehkan matlamat dan objektif dapat dicapai dan
dihayati serta bermakna.
33. Buku Stok
33.1 Mana-mana mata pelajaran dan bahagian yang perlu menggunakan buku stok
seperti Sains, Bengkel RBT, Pendidikan Jasmani, Sukan, Perpustakaan,
Pengurusan Bilik Komputer dan lain-lain, maka Ketua Panitia bagi mata pelajaran
atau setiausaha tersebut hendaklah memastikan bahawa maklumat-maklumat di
dalam buku tersebut adalah tepat, lengkap dan kemaskini. Buku ini akan disemak
dari masa ke semasa oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan.
33.2 Guru-guru boleh mendapatkan maklumat atau borang-borang yang berkaitan dari
Ketua Pembantu Tadbir yang mengurus stok.
34. Buku Rekod Pengambilan Barang Dari Stor / Pejabat
34.1 Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru-guru dikehendaki mencatatkan
di dalam „Buku Rekod Pengambilan Barang‟ yang terletak di bilik stor, apabila
mereka memerlukan alatan seperti kertas, pen, pensil dan lain-lain ( sila berhubung
dengan Pn. Azlida/Pn Nor Hayati ).
34.2 Apabila mengambil barang dari pejabat / stor, guru-guru diharapkan mengambil
mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi untuk mengelakkan pembaziran.
38
34.3 Segala barang / alatan yang dipinjamkan dari pejabat, hendaklah dikembalikan
semula selepas digunakan dengan keadaan yang masih baik.
35. Lencana Nama/ Name Tag
35.1 Semua guru dikehendaki sentiasa memakai lencana nama mereka pada hari
persekolahan, di hari-hari keramaian di sekolah dan juga semasa menghadiri
sebarang majlis rasmi di luar sekolah.
36. Kebersihan / Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah
36.1 Guru-guru kelas hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam kelas di
bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan keselamatan bilik darjah
masing-masing. Walau bagaimanapun guru-guru hendaklah memastikan bahawa
bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk
murid-murid.
37. Penggunaan Bilik Komputer / BilikTayang / Perpustakaan / Bilik Seni Vidual / Bilik
RBT
37.1 Guru yang ingin menggunaan bilik-bilik tersebut haruslah mendapat kebenaran
daripada penyelaras dan selepas menggunakan perlulah kembali semula kunci yang
diambil daripada penyelaras.
37.2 Murid-murid tidak dibenarkan masuk tanpa diiringi oleh guru.
37.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa peralatan lain selain daripada yang
dibenarkan.
37.4 Semua pengguna bilik ini tidak dibenarkan membawa makanan / minuman dan
makan minum di dalamnya.
39
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Menepati Masa Masuk dan keluar Kelas
1.1 Semua guru diminta menepati masa masuk ke kelas dan memberi salam pada
murid-murid. Sebelum memulakan kelas, ketua kelas hendaklah membaca doa
selepas menjawab salam.
2. Kawalan Kelas
2.1 Kawalan dan disiplin murid-murid adalah sangat penting bagi sesebuah kelas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semua guru diminta menganggap bahawa ini
adalah tugas bersama, oleh itu guru perlu memberi kerjasama yang sepenuhnya
dalam perkara ini. Kegagalan dalam mengawal disiplin murid di kelas akan memberi
kesan negatif kepada prestasi pencapaian murid-murid.
2.2 Keselamatan murid-murid adalah tanggungjawab guru berkenaan sepanjang waktu
PdPc.
2.3 Guru-guru perlu melengkapkan Buku Kawalan Kelas setiap kali masuk ke kelas.
2.4 Kenalpasti murid-murid yang tiada di kelas. Jika tiada, rekodkan sebagai ponteng di
dalam Buku Kawalan Kelas dan menghantar nama murid-murid tersebut ke Unit
Disiplin ( Borang Aduan Guru ) untuk tindakan seterusnya.
2.5 Guru wajib menandatangani Buku Kawalan kelas bagi setiap sesi pembelajaran.
3. Perlakuan Waktu Mengajar
3.1 Guru-guru hendaklah berada dalam keadaan cergas serta membolehkan mereka
mengawal murid dengan berkesan agar pengajaran dapat dijalankan dengan teratur.
Ini bermakna mengajar sambil duduk / bertenggek adalah tidak sesuai, kecuali
dengan sebab-sebab kesihatan. Penggunaan telefon bimbit selain tujuan
pembelajaran dan pengajaran adalah dilarang di dalam kelas.
4. Alatan Mengajar / Bahan Mengajar
4.1 Tanggungjawab guru untuk menyediakan alatan bantu mengajar dan bahan sumber
yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
4.2 Alatan / bahan sumber yang terdapat di Pusat Sumber hendaklah digunakan dengan
semaksima mungkin dalam pengajaran.
4.3 Semua guru sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat bantu
mengajar yang terdapat di Pusat Sumber.
4.4 Setelah menggunakan alat bantu mengajar hendaklah disimpan di tempat yang telah
disediakan agar mudah bagi guru lain yang akan menggunakannya semula.
40
5. Alatan Sukan
5.1 Semua jenis alatan sukan akan disenaraikan oleh setiausaha sukan. Kelengkapan
dan kesempurnaan alatan itu perlu diawasi dengan teliti. Hanya guru dan Ketua
kelas / Ketua Pasukan sahaja dibenarkan mengambil alatan sukan dari setor.
Semua alatan sukan perlu dijaga dengan sempurna.
6. Buku Kerja / Buku Nota Murid
6.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid menggunakan buku tulis / buku
komunikasi yang dijual di kedai buku sekolah untuk kegunaan mereka.
6.2 Guru hendaklah sentiasa mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan
bersih, kemas dan teratur.
6.3 Guru-guru diminta menghantar buku-buku latihan dan buku-buku nota murid kepada
Ketua Panatia / Guru Penolong Kanan / Guru Besar pada bila-bila masa
dikehendaki.
7. Latihan Bertulis Dan Peperiksaan
7.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid mengikut “volume
kerja” yang telah dirancang. Mana-mana pelajaran yang sesuai diberi latihan di
rumah, guru hendaklah menyemak kerja yang telah dijalankan oleh murid. Di
samping itu guru juga diminta memberi kerja berbentuk ujian seberapa kerap yang
boleh.
7.2 Latihan yang diberikan hendaklah latihan yang boleh mencabar kebolehan dan
keupayaan murid.
7.3 Pemeriksa latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan
secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru ditegah menyimpan buku
latihan murid lebih dari satu minggu di bilik guru / di rumah.
7.4 Guru juga diminta memeriksa buku nota dari semasa ke semasa untuk memastikan
nota mereka lengkap, kemas dan teratur.
8. Ujian Sumatif / Peperiksaan / Pentaksiran
8.1 Dari semasa ke semasa guru-guru akan menjalankan Ujian Sumatif / Peperiksaan /
Pentaksiran. Sila lihat kalendar sekolah mengenai ujian bulanan dan juga penggal.
8.2 Bagi ujian bulanan, ujian diagnostik, guru-guru diminta menjalankan pada tarikh
yang ditetapkan dan markah-markah ujian hendaklah dimasukkan ke dalam ruang
yang berkenaan di dalam Buku Rekod mengajar guru. Guru-guru mata pelajaran
hendaklah memasukkan markah masing-masing secara online dalam laman
sesawang SAPS sebelum tarikh tutup.
41
8.3 Bagi ujian penggal pula, arahan mengenainya akan dibuat dari semasa ke semasa
dan guru dikehendaki mematuhi arahan ini.
8.4 Soalan-soalan ujian / peperiksaan hendaklah disahkan oleh Penolong Kanan.
9. Pencerapan Guru
9.1 Pencerapan ini akan dijalankan dua kali setahun pada bila-bila masa dengan tujuan
untuk melihat keadaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menggunakan
Borang Standard 4 SKPMg2.
10. Pemeriksaan Oleh Nazir Sekolah / Pegawai JPN / PPD
10.1 Dari semasa ke semasa sekolah akan didatangi oleh Nazir / Pegawai JPN / PPD
untuk menyelia pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu. Guru
diminta memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka. Guru-guru boleh
berbincang dengan pegawai yang berkenaan bukan hanya setakat mendengar dan
menerima sahaja.
11. Buku Kemalangan
11.1 Guru-guru yang mengajar RBT, Sains, Pendidikan Jasmani dan lain-lain, perlu
menyediakan buku rekod kemalangan. Jika berlaku kemalangan semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan hendaklah direkod ke dalam buku berkenaan sebelum
membuat laporan bertulis mengenainya dan disampaikan kepada Guru Besar.
12. Guru Relief
12.1 Guru yang ditugaskan untuk „relief„ bagi guru-guru yang tidak hadir ke sekolah, wajib
masuk ke kelas yang berkenaan. Murid-murid boleh dibenarkan membuat kerja
sendiri dan guru tersebut hendaklah mengawas dan mengawal murid-murid supaya
tidak mengganggu kelas-kelas lain. Namun begitu, guru digalakkan menjalankan
aktiviti mudah kepada murid-murid seperti menghafal sifir, melukis, menghafaz surah
lazim, vle frog dan aktiviti NILAM.
13. Pencerapan Oleh Rakan Sebaya / Lesson Study
13.1 Pencerapan oleh rakan sebaya adalah digalakkan bagi meningkatkan tahap
profesionalisme guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan selepas
pencerapan adalah perlu bagi membincangkan masalah dan kekuatan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Panitia adalah bertanggungjawab dalam memastikan
aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya serta dibuat laporan bertulis.
42
14. Mendenda Murid
14.1 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif. Denda yang keterlaluan boleh
merugikan murid di dalam pembelajaran dan mencederakan murid. Sebarang
denda/tindakan yang diambil hendaklah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP)
KPM. Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap tindakan yang diambil.
43
JAWATANKUASA PERANCANG SEKOLAH
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
Setiausaha Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
Pen.Setiausaha En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
AJK : Pn. Rafiza Binti Mahmood
: Pn. Rozalina Binti Ahmad Zaini
: 1. Pn. Dewi Farhati Binti Mohd Sanusi – Setiausaha HEM
2. Pn. Latifah Binti Othman – S/U Kokurikulum
3. Pn. Siti Azizah Binti Ab Aziz – Ketua Pembantu Tadbir
4. En. Che Shaari Bin Abd Rahman – S/U Peperiksaan UPSR
5. En. Wan Norhisyam Bin Wan Abd Satar – S/U Peperiksaan Dalaman
6. Pn. Noraznida Binti Rani – Penyelaras Prasekolah
7. En. Norfrizat Bin Dahari – S/U Latihan Dalam Perkhidmatan
8. En. Ahmad Hafidz Bin Rofie @ Rafie – Ketua Unit Penyelenggaraan
9. En. Mohd Zafiru Bin Mohd Zin – Ketua Unit Keselamatan & Kebakaran
10. Penyelaras Aliran Tahun 1-6
11. Pn. Ruhana Binti Md Zaki – S/U PIBG
12. Pengerusi KGK
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid serta
memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Membimbing guru dan kakitangan sokongan dalam menjalankan tugas harian mereka.
3. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
4. Merancang program latihan serta kursus dalaman untuk guru dan staf sokongan.
5. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti setempat dan agensi-agensi luar.
6. Bertanggungjawab sebagai jawatankuasa bertindak ke atas sesuatu masalah yang timbul
meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain.
7. Menyelaras dan memastikan pelaksanaan program-program sekolah.
8. Bertindak sebagai jawatankuasa penilai bagi setiap program sekolah yang dijalankan.
9. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan dan keceriaan.
10. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dalam Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia.
44
JAWATANKUASA PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
Setiausaha Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
Pen.Setiausaha En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
AJK : Pn. Rafiza Binti Mahmood
: Pn. Rozalina Binti Ahmad Zaini
: 1. Pn. Dewi Farhati Binti Mohd Sanusi (S/U HEM)
2. Pn. Latifah Binti Othman (S/U Kokurikulum)
3. Pn. Norlaili Binti Abu Umar - Penyelaras PAK 21
4. En. Azahar Bin Saary - Penyelaras KBAT / I-Think
5. Pn. Noraini Binti Md Said – Guru Cemerlang (Coaching & Mentoring)
6. En. Mohd Shahril Bin Mohd Isa– PdPc / Learning Walk
7. Pn. Norliza Binti Zaini – PLC
8. Pn. Suzy Binti Mohamed – Prasarana / Ekosistem
9. En. Norfrizat Bin Dahari - Penyelaras LADAP/Kaunselor
10. Pn. Aznin Haida Binti Abu Hasan (GPM)
11. Semua Ketua Panitia Mata pelajaran
12. Semua Penyelaras Aliran
13. Semua Guru Kelas
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Melaksanakan peningkatan pedagogi guru bersama Guru Besar.
2. Merancang Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Latihan) guru.
3. Merancang dan menyelaras Pelan Strategik sekolah jangka pendek dan jangka panjang.
4. Menyelaras pelaksanaan pencerapan, pemantauan dan penilaian program sekolah.
5. Melaksanakan bimbingan dan peningkatan pedagogi guru.
6. Membantu penyediaan bahan pelaporan yang berkaitan kepada PPD, JPN atau KPM.
45
JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
Penyelaras Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
Setiausaha En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
AJK : Pn. Noraznida Binti Rani
: Pn. Ruziah Binti Abdul Rahman
: 1. En. Mohd Shahril Bin Mohd Isa – Ketua Panitia B.Melayu
2. En. Muhamad Najib Bin Abdul Jamil – Ketua Panitia B.Inggeris
3. Pn. Norliza Binti Zaini – Ketua Panitia Matematik
4. Pn. Siti Rahayu Binti Ab Rahman – Ketua Panitia Pendidikan Islam
5. Pn. Nor Faridah Binti Abd Ghani – Guru P.Islam
6. Pn. Norhashimah Binti Bakar – Pembantu Pengurusan Murid
7. Pn. Nor Nik Ilah Binti Zahari – Pembantu Pengurusan Murid
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang dan menyediakan takwim tahunan untuk program dan aktiviti prasekolah.
2. Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian
berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
3. Mengurus permohonan kemasukan murid ke prasekolah.
4. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk semua keperluan dan
aktiviti prasekolah.
5. Memeriksa bahan, peralatan dan kemudahan prasekolah dari semasa ke semasa dan
menyediakan laporan kerosakan jika ada.
6. Memastikan persekitaran kelas yang kondusif dan persekitaran luar bilik darjah yang selamat
untuk proses PdPc murid prasekolah.
7. Merancang dan menyediakan jadual penilaian,melengkapkan rekod, menyimpan rekod serta
merancang program intervensi untuk mengatasi kelemahan murid dalam pembelajaran.
8. Merancang dan menguruskan program yang melibatkan Pewaris PraSekolah.
9. Merancang dan menyediakan menu untuk murid prasekolah setiap hari.
10. Melatih murid lebih awal untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh PPD,
JPN dan KPM.
46
JAWATANKUASA SKPMg2 SEKOLAH (JKSS)
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
Setiausaha Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
Pen.Setiausaha En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
AJK : Pn. Nadya Binti Shafii
: Pn. Nur Atikah Binti Zolkifli
: 1. Pn. Rafiza Binti Mahmood – S/U Kurikulum
2. Pn. Dewi Farhati Binti Mohd Sanusi – S/U HEM
3. Pn. Latifah Binti Othman – S/U Kokurikulum
4. Semua Ketua Panitia Mata pelajaran
5. Semua Ketua Unit HEM
6. Semua Ketua Unit Kokurikulum
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Memastikan setiap Standard dalam SKPMg2 dilaksanakan dengan telus.
2. Mengumpul data dan evidens untuk dilengkapkan dalam Sistem SKPMg2.
3. Memastikan semua data yang diperoleh sahih dan disimpan dengan selamat.
4. Melengkapkan data dalam Sistem SKPMg2 mengikut tarikh yang dikeluarkan oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti.
______________________________________________________________________________
Orang hebat mampu melahirkan beberapa karya bermutu,
Tetapi guru yang bermutu
Mampu melahirkan ribuan orang yang hebat…
47
JAWATANKUASA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(PBPPP)
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Setiausaha : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
AJK : 1. En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
2. Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
3. En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
4. Pn. Siti Azizah Binti Ab Aziz (KPT)
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Merancang, menyelaraskan dan memantau aktiviti penilaian peringkat organisasi.
2. Mencadangkan dan mengemukakan senarai Pegawai Penilai (PP) untuk diperakukan mengikut
kriteria yang ditetapkan.
3. Mengemukakan senarai PP untuk mendapat kelulusan.
4. Merancang dan melaksanakan latihan dalaman bagi PP peringkat organisasi.
5. Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian pada peringkat organisasi.
6. Membuat penyelarasan skor apabila ada ketidaktekalan skor (perbezaan skor melebihi 10
antara PP1 dan PP2)
7. Menentukan proses tindakan pelaksanaan PBPPP mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa PBPPP organisasi dan KPM.
_______________________________________________________________________________
A great teacher takes a hand,
Open a mind, and… Touches a heart…
48
JAWATANKUASA KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
Setiausaha Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
AJK En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
Pn. Siti Azizah Binti Ab Aziz (Ketua Pembantu Tadbir)
: Pn. Siti Normila Binti Md Shairi – PT Kewangan
: 1. Pn. Aznin Haida Binti Abu Hasan – Guru Perpustakan & Media
2. Pn. Noraznida Binti Rani – Penyelaras Prasekolah
3. Pn. Norain Binti Mukhtaruddin – Penyelaras J-Qaf
4. En. Norfrizat Binti Dahari – Guru Bimbingan & Kaunseling
5. Semua Ketua Panitia Mata pelajaran
6. Pn. Noor Hanani Binti Yusoff – Juruaudit Dalaman
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Mengadakan mesyuarat kewangan 4 kali setahun.
2. Membaca dan memahami surat dan pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari semasa ke semasa.
3. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada penyelaras tingkatan, guru kelas dan
pembantu tadbir
4. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
5. Mengagihkan buku resit kepada guru kelas dan penyelaras tingkatan.
6. Memastikan semua terimaan dimasukkan ke dalam bank.
7. Memastikan semua pembelian / pembayaran mengikut peraturan kewangan.
8. Menyediakan buku tunai Kerajaan/ Asrama / SUWA / Panjar Wang Runcit / subsidiari.
9. Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran JPN.
10. Memastikan peruntukan kewangan dihabiskan dalam tahun semasa.
11. Memastikan setiap pembelian yang dibuat mengikut prosedur kewangan yang sedang
berkuatkuasa.
12. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
49
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI SEKOLAH
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
Naib Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
Setiausaha Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
N.Setiausaha En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
AJK : Pn. Norzaima Binti Mahaidin – Pegawai Aset
: Pn. Amalina Binti Mahidin – Pen. Pegawai Aset
: 1. Pn. Hayati Binti Ariffn – Peg. Pemeriksa Aset
2. Pn. Haslinda Binti Hussin – Peg. Pemeriksa Harta Modal & Inventori
3. En. Mohd Fadzli Bin Hj Sofian – Pegawai Pemeriksa Aset
4. En. Mohd Azizi Bin Ali – Pegawai Pemeriksa Aset
5, En. Mohd Jazlan Bin Abd Ghani – Pegawai Pemeriksa Pelupusan Stok
6. En. Mohd Nor Bin Sariman – Pegawai Pemeriksa Pelupusan Stok
5. Pn. Fakhriah Binti Muda - Pegawai Pemeriksa Pemverifikasi Stor
6. Pn. Nur Sakina Binti Jidin – Pegawai Pemeriksa Pemverifikasi Stor
7. Pn. Zuriana Binti Abd Rahim – Pegawai Stor
8. Pn. Noraznida Binti Rani – Penyelaras Prasekolah
9. Penyelaras Tahun 1 - Tahun 6
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan KPM, JPN dan PPD berkaitan
pengurusan aset dan inventori
2. Memastikan semua penerimaan/pembelian harta modal/inventori/bekalan pejabat direkodkan
dalam Daftar Harta Modal/ Daftar Inventori / Daftar Bekalan Pejabat
3. Semua harta modal dan Inventori didaftar dalam Sistem Aset Sekolah.
4. Menguruskan semua harta benda sekolah yang hendak dilupuskan mengikut peraturan.
5. Memasti semua harta modal dan inventori telah dilabel
6. Mengenal pasti keperluan perabot.
7. Memastikan sistem inventori dilaksanakan .
8. Memastikan semakan inventori dilaksanakan pada setiap akhir tahun.
9. Menguruskan penyelenggaraan dan baik pulih harta modal.
10. Memastikan keselamatan semua harta benda sekolah.
11. Memastikan semua murid dan guru memulangkan semua peralatan sekolah yang dipinjam
12. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
50
JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN MAKLUMAT SEKOLAH (JKPMS)
Pengerusi : Pn. Norliana Binti Basri (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : En. Muhamad Rizal Bin Haron (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : En. Hawadi Bin Md Tarotan (PK HEM)
Setiausaha Pn. Yusnida Binti Md Ghazali (PK Kokurikulum)
Pen.Setiausaha En. Md Norhalim Bin Jalaluddin (PK Petang)
AJK : Pn. Nadya Binti Shafii (Guru Data)
: Pn. Nur Atikah Binti Zolkifli (Data e-Sarana)
: 1. Pn. Rafiza Binti Mahmood – S/U Kurikulum
2. Pn. Dewi Farhati Binti Mohd Sanusia – S/U HEM
3. Pn. Latifah Binti Othman – S/U Koko (PAJSK)
4. En. Mohd Fadzli Bin Hj Sofian – Guru ICT / Data SSQS
5. En. Norfrizat Bin Dahari – BnK/Psikometrik/Data SSDM
6. Pn. Nor Nabihah Binti Johari – Data APDM (Pagi)
7. Pn. Siti Hajar Binti Che Zuhar – Data APDM (Petang)
8. En. Mohd Zafiru Bin Mohd Zin – Data SEGAK
9. En. Zaid Bin Mazlan – Data Pelaporan J-Qaf
10. Pn. Azeyana Binti Ahmat Brahim – Data Pemulihan
11. Pn. Yusmiza Binti Yub – Data PBD
12. En. Che Shaari Bin Abd Rahman – Data Peperiksaan UPSR
13. En. Wan Norhisyam Bin Wan Abd Satar – Data SAPS
14. En. Mohd Azizi Bin Ali – Data i-KePS
15. Pn. Aznin Haida Binti Abu Hasan – Guru Perpustakaan & Media
16. Pn. Norfizahwati Binti Shamsudin – Data NILAM
17. Pn. Juwita Binti Salihin – Data HIP
18. Pn. Siti Normila Binti Md Shairi – Data ESPKWS
19. Pn. Ruzita Binti Asri – HRMIS & e-Operasi
20. Pn.Zuriana Binti Abd Rahim – Data Keberadaan Guru
51