Cerita LukisanAmir karya Ahmadazimazwan hashimfahmi
Di sebuah kampung kecil yang dikelilingi oleh bukit-bukit hijau, tinggallah seorang kanak-kanak bernama Amir bersama ibunya, Nyonya Fatimah. Mereka hidup dalam kemiskinan namun penuh kasih sayang. 1
Amir juga mempunyai sahabat baik iaitu Ah Meng dan Raju. Mereka selalu datang ke rumah Amir untuk bermain bersama-sama 2
Amir selalu menunggu ibunya pulang bekerja di halaman rumah. Amir berasa kasihan terhadap ibunya yang sering bekerja keras untuk mendapatkan wang 3
Amir mempunyai impian untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada ibunya. Pada suatu hari, ketika sedang berjalan-jalan di pasar bersama ibunya, Amir terpandang sebuah pertandingan lukisan kanakkanak yang dianjurkan oleh sebuah galeri seni tempatan. 4
5
Amir bersemangat ingin menyertai pertandingan itu,akan tetapi alatan untuk melukis tidak mencukupi. Ah Meng dan Raju memberikan sokongan yang penuh kepada Amir dengan memberikan cat dan berus yang terpakai. 6
Dengan tekad yang kuat, Amir menggunakan kertas kosong dan cat yang terpakai untuk mencipta lukisan. Lukisannya menggambarkan keindahan alam sekitar kampung mereka. 7
Keunikan lukisan Amir menarik perhatian para juri dan Amir dianugerahkan hadiah pertama. Kemenangan Amir membawa kegembiraan kepada mereka dan juga perhatian seorang pelukis terkenal yang menawarkan untuk menjadi mentornya. 8
Amir Azim Irfan 9
Dengan bimbingan mentornya, Amir semakin berkembang dalam bakat seninya. Semakin usianya meningkat, semakin terserlah bakatnya. 10
Lukisannya menjadi terkenal dan dihargai tinggi di pasaran antarabangsa, menjadikan Amir kaya dan terkenal. 11
Namun, Amir tidak pernah melupakan asal-usulnya dan sahabat baik yang sentiasa ada dan membantu dirinya ketika dalam kesusahan. Selain itu, dia sentiasa menghargai nilai-nilai tradisi serta budaya tempatan kampungnya. 12
Amir menggunakan lukisannya untuk mempromosikan keindahan alam kampungnya kepada dunia luar, menyumbang kepada pemahaman dan penghargaan terhadap warisan budaya tempatan. 13
Akhir sekali, impian Amir untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada ibunya sudah tercapai. Ibu Amir tidak lagi bersusah payah bekerja untuk menyara Amir. Sekarang, Amir dan ibunya hidup bahagia dengan kemewahan yang dikurniakan oleh Tuhan. 14
Kita sewajarnya sentiasa tekun dan semangat dalam membuat perkara yang kita minati Walaupun berlainan bangsa, kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain Kita seharusnya memartabatkan alam sekitar PENGAJARAN 15
Amir, seorang kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan bersama ibunya, menyertai pertandingan lukisan kanak-kanak tanpa peralatan lukisan yang mencukupi. Namun, dengan bantuan ibunya dan kawan-kawannya, dia mencipta lukisan yang unik dan memenangi hadiah pertama. Kemenangan itu menarik perhatian seorang pelukis terkenal yang menjadi mentornya. Amir kemudian menjadi terkenal dan kaya melalui bakat seninya tetapi tidak melupakan asal-usulnya. Dia menghargai nilai-nilai tradisi dan menggunakan lukisannya untuk mempromosikan keindahan alam kampungnya. Sinopsis