红土坎本律平民国民型华文小学 SJKC PING MIN, PUNDUT 32200 LUMUT, PERAK 05-6835754
红土坎本律平民国民型华文小学 Kod Sekolah: ABC 1049 SJK(C) PING MIN, PUNDUT LUMUT, PERAK. No. Telefon: 05-6835754 1. TATASUSILA SOPAN SANTUN 1.1 menjaga kebersihan diri sendiri dari segi fizikal, mental dan mempunyai nilai-nilai mui 1.2 menghormati guru besar,guru-guru,pengawas sekolah,ketua kelas,staf sokongan dan ibubapa atau penjaga. 1.3 berilah hormat dan salam kepada semua guru dan staf sekolah apabila bertemu. 1.4 mengamalkan konsep Rukun Negara dan mematuhi undang-undang. 2. PAKAIAN 2.1 Pakaian seragam Jelaki 2.1.1 Murid-murid lelaki mesti memakai baju putih yang berlengan pendek dan seluar pendek atau panjang berwarna biru tua. 2.1.2 Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah berwarna biru tua atau hitam dan kepalanya tidak berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 5cm termasuk kepala tali pinggang. 2.2 Pakaian seragam perempuan 2.2.1 Pakaian murid perempuan adalah berwama biru tua dan labuhnya hendaklah melepasi ke paras bawah lutut.Blouse adalah berwama putih dan berlengan pendek.Tudung murid perempuan yang beragama Islam adalah berwarna putih. 2.3 Pakaian ketika bersenam dan bersukan 2.3.1 Murid lelaki dan murid perempuan dikehendaki memakai seluar pendek atau seluar panjang sesuai yang berwarna biru tua dan baju 'T'sukan sekolah semasa latihan sukan,waktu Pendidikan Jasmani,kegiatan ko-kurikulum dan 1 Murid 1 Sukan. Tudung murid perempuan yang beragama Islam juga mesti berwarna putih. 2.4 Kasut 2.4.1 Murid mesti memakai stokin dan kasut berwarna putih atau hitam pada waktu sekolah atau semasa aktiviti kokurikulum kecuali mendapat kebenaran guru pada situasi tertentu. 2.5 Lencana 2.5.1 Semua murid mesti memakai pakaian seragam yang mempunyai lencana sekolah jenis kain. Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid. Tanda nama murid dijahit dan berada di bawah lencana sekolah. Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang tampalan / jahitan lencana dan tanda nama. (Sila rujuk gambar dalam lampiran) 2.6 Pakaian Pengawas 2.6.1 Pengawas sekolah akan memakai baju seragam yang berwarna putih dan bertali leher yang berwama biru tua untuk ahli lembaga disiplin manakalan tali leher berwarna merah untuk pengawas pusat sumber sekolah. Pelajar-pelajar dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan sekolah berikut:
3. RAMBUT 3.1 Rambut Murid Lelaki (Sila rujuk gambar lampiran) 3.1.1 Rambut murid lelaki mesti pendek, bersih dan kemas serta tidak berfesyen. 3.1.2 Tidak boleh mendandan dan mewarnakan rambut. 3.1.3 Rambut belakang tidak boleh mencecah kolar baju sekolah. 3.1.4 Rambut depan tidak boleh melebihi bulu kening. 3.1.5 Rambut tepi tidak boleh menutupi kedua-dua belah telinga atau sebahagian daripadanya. Jambang (sideburn) tidak boleh melebihi garisan tengah hidung. 3.1.6 Rambut atas / rambut bergel (brush up with gel) tidak melebihi 2 inci atau 5 cm. 3.2 Rambut Murid Perempuan (Sila rujuk gambar lampiran) 3.2.1 Rambut mesti pendek,bersih dan kemas serta tidak berfesyen. 3.2.2 Murid perempuan dinasihatkan berambut pendek. Sekiranya rambut belakang melepasi paras bahu perlu diikat dengan kemas dan tiada anak rambut di tepi telinga. 3.2.3 Pengikat rambut yang berwarna biru tua atau hitam dan tidak berfesyen dibenarkan sahaja. 3.2.4 Rambut depan tidak melebihi kening atau disepit dengan kemas. 3.2.5 Dilarang mewarnakan rambut. Tidak dibenarkan membuat fesyen luar biasa pada rambut. 4. TANGGUNGJAWAB MURID 4.1 Murid-murid mesti bersopan-santun dan berbudi pekerti 4.2 Murid-murid dilarang bertutur dalam bahasa loghat dan menggunakan kata-kata kesat di sekolah. 4.3 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah kelas kecuali mendapat keizinan guru atau memakai "pas keluar". 4.4 Murid-murid dikehendaki berbaris dan berjalan teratur untuk menghadiri perhimpunan rasmi sekolah,ke makmal,bengkel kemahiran hidup, pusat sumber, dewan dan semasa sekolah bersurai. 4.5 Murid -murid bersedia untuk berkhidmat dalam kerja-kerja kebajikan dan menceburi diri dalam segala aktiviti yang disediakan oleh sekolah demi menaikkan nama baik keluarga dan sekolah 4.6 Murid-murid dilarang meludah dan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. 4.7 Murid-murid dilarang membawa: a) alat: telefon bimbit, radio, cd, kaset, alat mainan dan lain-lain lagi. b) majalah: magazine,cerita lucah dan lain-lain lagi. c) lain-lain : alat-alat tajam, pisau, pembaris besi, pensel automatik( mata pensel tajam) d) hiasan : anting-anting, rantai, gelang tangan. 4.8 Murid-murid tidak dibenarkan membawa wang saku yang banyak ke sekolah. 4.9 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru,pejabat sekolah , bilik khas tanpa kebenaran. 4.10 Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan telefon pejabat tanpa kebenaran. 4.11 Murid-murid dilarang mengugut,membuli dan bergaduh. 4.12 Murid-murid dilarang menghisap dadah,berjudi,menghisap rokok,minum arak serta menyertai aktiviti yang tidak baik. 4.13 Murid-murid tidak dibenarkan mencuri,menyimpan barang-barang hak sekolah. 4.14 Dilarang menyebar maklumat tidak sahih atau memburukkan nama sekolah atau nama cikgu di media sosial. 4.15 Dilarang menonton video atau membaca majalah lucah.
4.16 Dilarang membaling atau membuang objek dari tingkat atas bangunan sekolah. 4.17 Pihak sekolah hanya membenarkan murid memakai bingkai mata yang berwarna gelap sahaja dan tidak berfesyen. 5. BILIK DARJAH 5.1 Murid-murid mesti menjaga kebersihan bilik darjah masing masing. 5.2 Murid-murid dilarang menjerit,kejar-mengejar dan makan di dalam bilik darjah 5.3 Murid-murid mesti mengamalkan sikap berjimat-cermat. Pastikan lampu dan kipas dipadamkan semasa semua murid sebelum meninggalkan bilik darjah. 5.4 Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan semasa berada di bilik-bilik seperti makmal sains,bengkel kemahiran hidup,pusat sumber dan bilik komputer. 5.5 Murid-murid dilarang menconteng meja, kerusi, almari, dinding, papan kenyataan dan segala harta-benda sekolah. 5.6 Murid-murid dilarang menyentuh smart board dalam bilik darjah tanpa kebenaran guru. 6. KEBERSIHAN DI TANDAS 6.1 Sentiasa menjaga kebersihan tandas dan menggunakan tandas dengan cara yang betul. 6.2 Murid dilarang menconteng dan merosakkan peralatan di tandas. 6.3 Dilarang membuang sampah,kertas plastik pembalut makanan ke dalam lubang tandas. 7. TATASUSILA DI KANTIN 7.1 Murid-murid hanya dibenarkan makan/minum di kantin sekolah pada waktu rehat. 7.2 Murid-murid dikehendaki berbaris, tidak boleh berebut-rebut semasa membeli makanan dan minuman. 7.3 Murid-murid dikehendaki meletakkan semula pinggan mangkuk di basin yang ditetapkan selepas digunakan. 7.4 Murid- murid tidak dibenarkan menbazirkan makanan. 7.5 Sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain semasa berada di kantin. 7.6 Murid-murid dilarang membawa minuman kotak atau tin masuk ke kawasan sekolah dari kantin. 8. HAK MILIK SEKOLAH 8.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga hak milik sekolah. 8.2 Semua buku teks pinjaman sekolah mesti dijaga dengan baik dan mesti dipulangkan pada akhir tahun. Segala kerosakan atau kehilangan buku akan digantikan oleh murid berkenaan. 8.3 Kerosakkan harta-benda oleh murid-murid akan didenda bayaran dua kali ganda harga asalnya. 8.4 Murid-murid tidak dibenarkan mengeluarkan alat-alat dari makmal sains ,bengkel RBT, pusat sumber, bilik komputer dan stor sukan tanpa kebenaran guru. 9. KESELAMATAN 9.1 Berhati-hati semasa melintas jalan raya 9.2 Murid-murid tidak dibenarkan menunggang basikal di koridor sekolah dan di padang sekolah. 9.3 Jangan bersaing ketika menunggang basikal 9.4 Murid-murid dilarang menunggang motosikal 10. KETEPATAN MASA DAN KETIDAKHADIRAN 10.1 Murid-murid dikehendaki berada di sekolah 5 minit sebelum persekolahan bermula. 10.2 Semua murid adalah wajib hadir di perhimpunan sekolah dan menyertai aktiviti-aktiviti sekolah.
10.3 Murid yang tidak hadir ke sekolah mesti mengemukakan surat atau dokumen-dokumen seperti surat perubatan doktor, surat daripada jabatan kerajaan, surat akuan daripada ibubapa atau surat yang diakui oleh pihak sekolah. 10.4 Murid yang sakit, ada hal keceamasan di rumah dan hal-hal yang ada bukti yang tidak boleh memohon cuti sebelumnya hendaklah memohon selepas itu. 10.5 Murid-murid diingatkan bahawa kegiatan sekolah mesti diutamakan daripada aktiviti- aktiviti luar. 11. TINDAKAN TATATERTIB 11.1 Jika tidak hadir ke sekolah berturut-turut: 11.1.1 Selama tiga(3)hari tanpa sebarang alasan dengan surat bertulis, surat amaran pertama akan dikirim kepada ibubapa, 11.1.2 Selama tujuh (7) hari selepas amaran pertama, surat amaran kedua akan dikirim kepada ibubapa dengan pos berdaftar; 11.1.3 Selama tujuh (7) hari selepas amaran kedua, surat amaran ketiga akan dikirim kepada ibubapa dengan pos "akuan penerima” 11.1.4 Selama empat belas (14) hari selepas amaran ketiga, murid ini dianggap gantung sekolah, surat gantung sekolah akan dikirim kepada ibubapa dengan pos “akuan penerima”. 11.2 Jika tidak hadir tidak berturut-turut: 11.2.1 Melebihi sepuluh(10) hari, surat amaran pertama akan dikirim kepada ibubapa, 11.2.2 Melebihi dua puluh (10) hari selepas amaran pertama, surat amaran kedua akan dikirim kepada ibubapa dengan pos berdaftar; 11.2.3 Melebihi dua puluh (20) hari selepas amaran kedua, amaran ketiga akan dikirim kepada ibubapa dengan pos “akuan penerima", 11.2.4 Melebihi dua puluh (20) hari selepas amaran ketiga, murid ini dianggap gantung sekolah, surat gantung sekolah akan dikirim kepada ibubapa dengan pos “akuan penerima”. 12. HUKUMAN DAN TINDAKAN KE ATAS JENIS KESALAHAN: Kesalahan Berat Kesalahan Sederhana Kesalahan Ringan Tindakan: 1.Hubungi ibubapa/ penjaga 2.Hubungi agensi berkaitan/ polis 3.Laporan kepada JPN Perak 4.Kaunseling 5.Mendokumentasi Tindakan: 1.Surat kpd ibubapa/ penjaga 2.Kaunseling 3.Mendokumentasi Tindakan: 1.Surat kpd ibubapa/ penjaga 2.Kaunseling 3.Mendokumentasi Hukuman: 1.Amaran keras 2.Rotan 3 kali 3.Bayar ganti rugi 4.Gantung persekolahan tidak melebihi 14 hari 5.Buang sekolah 6.Mahkamah Hukuman: 1.Amaran 2.Amaran keras 3.Rotan 1-3 kali 4.Gantung persekolahan Hukuman: 1.Amaran 2.Amaran kedua 3.Amaran keras / akhir 4.Aktiviti gotong-royong/ hukuman penahanan [detention] Kuasa Pelaksana: 1.Guru Besar 2.Guru yang diberikan kuasa Kuasa Pelaksana: 1.Guru Besar 2.Guru yang diberikan kuasa Kuasa Pelaksana: 1 Guru Besar 2.Guru yang diberikan kuasa
LAMPIRAN DISIPLIN POTONGAN RAMBUT MURID LELAKI 1) Rambut depan tidak boleh melebihi bulu kening. 2) Rambut tepi tidak boleh menutupi kedua-dua belah telinga atau sebahagian daripadanya. 3) Jambang (sideburn) tidak boleh melebihi garisan tengah hidung. 4) Rambut belakang tidak boleh mencecah kolar baju sekolah. 5) Rambut atas / rambut bergel (brush up with gel) tidak melebihi 2 inci atau 5 cm. 6) Rambut berfesyen atau berwarna tidak dibenarkan.
LAMPIRAN DISIPLIN POTONGAN RAMBUT MURID PEREMPUAN 1) Rambut depan tidak melebihi kening atau disepit dengan kemas. 2) Murid perempuan dinasihatkan berambut pendek. Sekiranya rambut belakang melepasi paras bahu perlu diikat dengan kemas dan tiada anak rambut di tepi telinga. 3) Pengikat rambut yang berwarna biru tua atau hitam dan tidak berfesyen dibenarkan sahaja. 4) Tidak dibenarkan membuat fesyen luar biasa pada rambut. 5) Dilarang mewarnakan rambut.
LAMPIRAN CONTOH JAHITAN TANDA NAMA & LENCANA SEKOLAH PADA PAKAIAN SERAGAM LELAKI DAN PEREMPUAN 1) Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid. 2) Tanda nama murid dijahit dan berada di bawah lencana sekolah. 3) Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang tampalan / jahitan lencana dan tanda nama. 4) Jarak antara lencana dan tanda nama adalah 2cm sekiranya jahitan pada baju kurung sekolah atau tudung.