The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bijakkamus22, 2023-01-12 05:06:14

Nota KATA GANTI NAMA DIRI

NOTA KATA GANTI NAMA DIRI

Keywords: TATABANAHASA SEKOLAH RENDAH

NOTA TATABAHASA
SEKOLAH RENDAH



KATA GANTI NAMA DIRI

CIKGU RAHAYU

KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama diri ialah

perkataan yang digunakan

untuk menggantikan nama


seseorang.

KATA GANTI NAMA DIRI

pertama kedua ketiga

saya ,aku, kita,
kamu,awak, kalian,
ia , dia,
kami,hamba,beta,
hamba, tuanku beliau, mereka

patik,

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA

aku- digunakan apabila bercakap dengan kawan

atau berdoa dengan Tuhan.

saya- digunakan apabila bercakap dengan

orang lain .
beta- digunakan oleh raja atau sultan ketika bercakap

dengan rakyat.

patik- digunakan oleh rakyat biasa apabila

bercakap dengan raja atau sultan .
kami - digunakan untuk diri sendiri serta kawan

ketika bercakap dengan orang lain.

kita - digunakan untuk diri sendiri serta orang lain.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA

anda- digunakan kepada orang kedua apabila tidak

berhadapan dengannya.
awak- digunakan untuk orang kedua dalam

hubungan rapat.
engkau- digunakan untuk orang kedua yang sangat

rapat.
kamu- digunakan untuk orang yang rapat dengan

kita.

tuanku - digunakan apabila bercakap dengan raja

atau sultan.
kalian - digunakan ketika semasa beberapa orang

diajak bercakap.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA

baginda- digunakan untuk raja atau sultan.

beliau- digunakan untuk orang ketiga yang

dihormati.
dia- digunakan untuk orang ketiga yang umum.

ia- digunakan dalam tulisan untuk orang ketiga.

mereka - digunakan untuk orang ketiga yang lebih

dari seorang.

Tahukah Anda

Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk haiwan.

Contoh:
Amni memelihara seekor arnab. Arnab itu diberi nama Si Gebu. (/)
Amni memelihara seekor arnab. Ia diberi nama Si Gebu. (x)

Kata ganti nama beliau hanya untuk orang yang dihormati

seperti ibu bapa, pemimpin,orang tua.
Contoh:
Beliau murid kelas 6 Majah.(x)
Dia murid kelas 6 Majah (/)

Kuiz latihan tatabahasa boleh didapati
di FB page bijakkamus:

https://www.facebook.com/bijakkamus

Sekian


Click to View FlipBook Version