The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zairyr93, 2021-06-15 22:59:37

Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Keunikan Warisan Masyarakat Alam Melayu

Keunikan Warisan
Masyarakat Kerajaan Alam
Melayu Bab 4 Tingkatan 2

Pengenalan

Keunikan warisan bermaksud legasi kebijaksanaan dan
keunggulan yang ditinggalkan oleh pemerintah terdahulu
untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.

Kerajaan Alam Melayu memiliki
keunikan warisan seperti sistem pemerintahan beraja,
kebijaksanaan pemerintah, perkembangan
kegiatan ekonomi, perkembangan sosiobudaya dan amalan
beragama.

Keunikan warisan inilah yang menjadikan tamadun Melayu
gemilang seperti tamadun-tamadun dunia yang lain

Sistem Pemerintahan Beraja

Raja menjadi tonggak utama
kerajaan. Kedudukan raja
diperkukuh dengan sistem
pemerintahan yang dibantu oleh
para pembesar dan memperoleh
ketaatan daripada rakyatnya

Kreteria Raja dalam
Masyarakat

1. Pemilihan Raja

• Pemilihan raja berasaskan keturunan dan
pembesar mengesahkannya.
• Keturunan diraja dianggap suci dan
Berdaulat
• Raja juga boleh dipilih daripada golongan
tentera seperti dalam kerajaan Funan dan
Champa.
• Wanita keturunan diraja boleh dilantik
sebagai pemerintah seperti dalam kerajaan
Majapahit.

2. Kedudukan Raja

• Semasa pengaruh Hindu dan Buddha
berkembang, raja dianggap sebagai
titisan
dewa dan mesti dihormati.
• Kedatangan Islam memperkenalkan
konsep khalifah.
• Raja-raja sentiasa ditaati.

Mengingkari
raja dianggap mengingkari tuhan dan
perbuatan tersebut adalah
menderhaka.

3. Gelaran Pemerintah

Pengaruh Hindu dan Buddha memasyhurkan
gelaran Raja dan Maharaja.

Gelaran Sultan digunakan setelah kedatangan
Islam. Raja juga digelar bagi menggambarkan
kebesaran kuasa seperti Raja di Gunung dan
Maharaja di Pulau. Terdapat golongan raja yang
diberi gelaran mengikut identiti dan keunikan
kerajaan mereka. Misalnya, Raja Funan,
Champa, Angkor dan Srivijaya yang
menggunakan gelaran Sanskrit “varman”.

Kebijaksanaan Pemerintah

1. Memilih dan Membangunkan Pusat
Pemerintahan

• kawasan subur seperti lembah
sungai, contohnya di Angkor dan
Majapahit. Sungai juga berfungsi
sebagai laluan pengangkutan utama.

• memilih tempat yang menjadi laluan
antarabangsa

• petunjuk arah yang memudahkan
pedagang singgah di pelabuhan
seperti bukit atau gunung dan teluk.

Menjalinkan Hubungan Diplomatik

• Kerajaan Srivijaya mengirimkan
utusan persahabatan ke China.

• Maharaja Chola dari India
menghantar bantuan tentera ke
Srivijaya.

• Perkahwinan pemerintah Majapahit.

Menjalinkan Hubungan Diplomatik

• Kerajaan Srivijaya mengirimkan
utusan persahabatan ke China.

• Maharaja Chola dari India
menghantar bantuan tentera ke
Srivijaya.

• Perkahwinan pemerintah Majapahit.

Kegiatan Ekonomi

Memanfaatkan Kesuburan Tanah

Lembah Sungai Brantas yang masih
menjadi tapak pertanian hingga hari ini.

Mencipta Sistem Pengairan

Baray bersebelahan Angkor Wat.

Membina Pelabuhan

Pemerintah dan masyarakat kerajaan Alam
Melayu telah mendirikan pelabuhan di lokasi
yang strategik dan mudah dikunjungi oleh
para pedagang dari timur dan barat


Click to View FlipBook Version