The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Linda, 2023-03-15 07:14:32

KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1 2023

KERTAS KERJA TRANSISI TAHUN 1 2023

FASA KESEDIAAN 3 - 14 APRIL 2023


HARI: ISNIN - JUMAAT TARIKH: 3 - 7 APRIL 2023 MINGGU : 3 HARI/TARIKH PERKARA TINDAKAN CATATAN BAHASA MELAYU ( MINGGU 3 ) ISNIN 3 APRIL 2023 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN ( COVID 19 ) OBJEKTIF : i) Bercerita tentang cara-cara mereka mengamalkan norma baharu di sekolah ii) Menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah diri daripada jangkitan COVID19 iii) Menyatakan cara-cara mengamalkan kehidupan yang sihat tanpa jangkitan COVID 19 secara lisan AKTIVITI : ✓ Guru menayangkan video “Norma Baharu Di Sekolah”atau menunjukkan poster “ Norma Baharu di Sekolah “ ✓ Guru berbincang dengan murid berkaitan video atau poster tersebut. ✓ Guru meminta murid bercerita mengenai amalan pencegahan jangkitan COVID-19 ✓ Murid menjawab lembaran ✓ Jom baca Guru BM BAHASA MELAYU ( MINGGU3 ) SELASA 4 APRIL 2023 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : BADAN SAYA BERSIH OBJEKTIF : I) Murid tahu cara penjagaan kebersihan diri yang betul. II) Mengeja perkataan dengan betul. III) Menulis perkataan dengan kemas AKTIVITI : ➢ Bercerita tentang kepentingan menjaga anggota badan lain seperti gigi, kuku, rambut, telinga dan sebagainya. ➢ Bercerita tentang cara memberus gigi dengan betul berdasarkan gambar. ➢ Membaca dan menyalin / menulis perkataan berkaitan dengan anggota badan. ➢ Jom baca. GURU BM Guru Subjek Sediakan Bahan


BAHASA MELAYU (MINGGU 3) RABU 5 APRIL 2023 TEMA : DUNIA SEKELILING KITA SUB TEMA : WARNA OBJEKTIF : i) Mengenal pasti warna yang terdapat di sekeliling mereka. ii) Menamakan warna iii) Menyusun huruf untuk membentuk perkataan iv) Menyatakan warna kegemaran masing-masing AKTIVITI : ➢ Guru membawa murid ke persekitaran sekolah dan meminta murid menamakan objek-objek yang dilihat. ➢ Guru meminta murid menghuraikan tentang objek Contoh : I) Bunga ini kecil ii ) Bunga ini berwarna merah Iii) padang itu besar. ➢ Guru menunjukkan kad imbasan dan meminta murid menyatakan warna. ➢ Murid diminta menyatakan warna-warna yang terdapat di sekeliling mereka. ➢ Guru memberi kad huruf kepada setiap kumpulan untuk menyusun menjadi perkataan Contoh : ➢ Guru meminta murid mengeja dan membaca perkataan yang dibentuk. ➢ Buru meminta murid berkongsi cerita tentang warna kegemaran mereka kepada kawan-kawan. ➢ * guru meminta murid melaksanakan aktiviti secara individu atau kumpulan berdasarkan tahap dan minat murid. ❖Menulis tentang pengalaman lawatan ke persekitaran sekolah . ( Tahap Tinggi ) ❖ Bercerita tentang pengalaman lawatan ke sekolah ( Tahap Sederhana ) ❖ Melukis, mewarna dan melabel objek yang dilihat di persekitaran sekolah ( Tahap Rendah ) ➢ *cadangan aktiviti terbeza ini noleh diubahsuai mengikut tahap murid masing-masing. Guru BM Aktivit boleh diubah mengikut kesesuaian murid. u i b r


BAHASA MELAYU (MINGGU 3) KHAMIS 6 APRIL 2023 TEMA : ALAM SEKITAR SUBTEMA : HAIWAN OBJEKTIF : i) Menamakan jenis haiwan yang terdapat di persekitaran ii) Menyatakan nama haiwan peliharaan iii) Bercerita mengenai haiwan peliharaan iv) Menjawab soalan secara lisan dan bertulis. AKTIVITI : ➢ Guru meminta murid menamakan jenis haiwan yang mereka lihat di persekitaran ➢ Guru menayangkan video atau menunjukkan gambar berkenaan haiwan ➢ Guru meminta murid menamakan haiwan yang dilihat dalam video atau gambar. ➢ Guru meminta murid membaca cerita pendek dan bersoal jawab dengan murid. ➢ *Guru meminta murid melaksanakan aktiviti secara individu atau kumpulan berdasarkan tahap dan minat murid. ➢Menulis jawapan pemahaman berdasarkan petikan yang dibaca. ( tahap tinggi) ➢Melukis dan mewarna haiwan peliharaan atau haiwan kesukaaan (tahap sederhana ) ➢Mencantum puzzle dan menamakan haiwan yang dilihat ( tahap rendah) ➢ Jom baca. Guru BM BAHASA MELAYU ( MINGGU 3 ) JUMAAT 7 APRIL 2023 TEMA : ALAM SEKITAR SUBTEMA : JOM KENAL HAIWAN OBJEKTIF: I) Mengenal pasti tempat tinggal / habitat haiwan II) Menyalin / menulis ayat berkaitan . AKTIVITI : ➢ Bercerita tentang haiwan yang dilihat atau pernah dilihat. ➢ Tonton video tentang haiwan ➢ Kelaskan habitat/tempat tinggal haiwan dalam jadual. ➢ Menulis ayat berkaitan haiwan dengan tulisan yang kemas . Guru BM Guru sediakan bahan yang sesuai.


BAHASA INGGERIS ( MINGGU 3) ISNIN 3 APRIL 2023 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN ACTIVITY : ✓ Name things such as hand sanitizer, thermometer, hand wash, face mask, soap and towel. ✓ Make a zigzag book ✓ Draw and label the objects learnt. Guru BI Guru subjek sediakan bahan. BAHASA INGGERIS MINGGU 3 SELASA 4 APRIL 2023 TEMA : DUNIA SEKELILING KITA SUB TEMA : WARNA ACTIVITY : ✓ Identify colours ✓ Follow instructions when teacher recites “ Simon Says” ✓ Identify initial sounds of words ✓ Blend phonemes to spell words Guru BI Guru subjek sediakan bahan BAHASA INGGERIS MINGGU 3 RABU 5 APRIL 2023 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN ACTIVITY : ✓ Teacher plays audio of animal sounds. Pupils guess the sounds. ✓ Teacher gives letter cards to each group. Pupil arrange letters to form words. Example : elephant, duck, spider, lizard, rat, cat and frog. ✓ Teacher puts up sentence strips for pupils to read. Example : I like my cat. A don’t like rats. ✓ * Teacher asks pupils to complete individual or group activities based on pupil’s level and interest. i. Pupils draw and write a sentence of their favourite animal ( high level ) ii. Pupils complete the crossword puzzle in their workbook. ( medium level ) iii. Pupils draw and name their favourite animal Guru BI Guru subjek sediakan bahan.


BAHASA INGGERIS MINGGU 3 KHAMIS 6 APRIL 2023 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : TUBUH SAYA ACTIVITY : ✓ Teacher asks pupils to identify and name the body parts shown by teacher correctly. ✓ Teacher sings ‘ Head, Shoulder ,Knees and Toes’ .Pupils listen. https://youtube.com/watch?v=f0BG900WwrA&feature=share ✓ Teacher asks pupils to sing the song. ✓ Teacher instructs pupils to match the word cards to correct body parts. Guru BI Bahan disediakan oleh guru subjek BAHASA INGGERIS MINGGU 3 JUMAAT 7 APRIL 2023 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA :ME AT SCHOOL OBJECTIVE : Pupils will bw able to: ✓ Introduce themselves correctly. ACTIVITY : ➢ Teacher guides pupils to introduce themselves. ➢ Some pupils try to say and greet the words in front of others. Guru BI Bahan disediakan oleh guru subjek SAINS MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF : ✓ Mengenal pasti deria manusia ✓ Memerihalkan ciri objek dan persekitaran menggunakan pelbagai deria ✓ Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. AKTIVITI : ➢ Guru membawa pelbagai bahan seperti makanan, alat muzik perkusi, bunga, pewangi, boneka, pasir dan garam kasar. ➢ Guru memberi bahan-bahan tersebut kepada setiap kumpulan. Murid melaksanakan eksplorasi dengan bahanbahan tersebut. ➢ Guru menayangkan video tentang ‘Deria Manusia’ ➢ Guru menunjukkan gambar persekitaran yang kotor dan berbincang tentang deria yang digunakan untuk mengesan keadaan yang kotor. ➢ Guru berbincang dengan murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Guru Sains Guru subjek sediakan bahan


SAINS MINGGU 3 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : WARNA OBJEKTIF: ✓ Mengenal pasti jenis bunga yang terdapat di sekeliling mereka. ✓ Menamakan bunga ✓ Menaytakan warna bunga ✓ Bercerita tentang bunga kesukaan mereka. AKTIVITI: ➢ Guru memperkenalkan pelbagai jenis bunga yang terdapat di persekitaran murid, Guru menyediakan beberpaa jenis bunga / kad bunga daripada pelbagai warna. ➢ Guru memberi bunga kepada murid untuk diperhati. ➢ Guru meminta murid menyatakan nama dan warna bunga. ➢ Guru meminta murid melaksanakan aktiviti berdasarkan tahap dan minat : ✓ Mengklasifikasi bunga yang berbau dan tidak berbau ( tahap tinggi) ✓ Menyenaraikan bunga yang terdapat di persekitaran ( tahap sederhana) ✓ Menyusun kad gambar bunga mengikut warna ( tahap rendah ) Guru Sains Guru subjek sediakan bahan AGAMA MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KESIHATAN OBJEKTIF : ✓ Menyatakan cara -cara menjaga kebersihan diri ✓ Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. AKTIVITI : ➢ Guru menunjukkan peralatan penjagaan kebersihan diri dan minta murid menamakan peralatan tersebut seperti sabun, tuala, berus gigi serta ubat gigi. ➢ Guru membimbing murid mengeja peralatan tersebut dalam jawi. ➢ Murid memadankan kad gambar dengan perkataan ( jawi ) ➢ Guru bercerita tentang cara-cara menjaga kebersihan diri mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dan kepentingannya. Guru Agama Guru subjek sediakan bahan


AGAMA MINGGU 3 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : WARNA OBJEKTIF : ✓ Menyebut huruf awal bagi perkataan yang dipilih. ✓ Menyalin huruf jawi tunggal bagi perkataan yang dipilih dengan cara yang betul. ✓ Menyebut nama-nama warna dengan betul. AKTIVITI: ➢ Guru meminta murid membuat pemerhatian di sekitar kelas/sekolah. ➢ Guru meminta murid mengecam warna dan menyebut nama warna bagi objek yang ditemui. ➢ Guru membimbing murid menyebut huruf jawi tunggal. ➢ Guru meminta murid menyebut nama warna objek yang dipilij dan memadankan dengan huruf jawi tunggal yang betul. ( contoh: kuning - huruf kaf ) ➢ Murid menyurih huruf jawi tunggal. Guru Agama Guru subjek sediakan bahan AGAMA MINGGU 3 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN OBJEKTIF : i) Menamakan jenis haiwan yang terdapat di persekitaran ii) Menyatakan nama haiwan peliharaan iii) Mengeja nama haiwan dalam jawi. AKTIVITI : ➢ Guru meminta murid menamakan jenis haiwan yang mereka lihat di persekitaran ➢ Guru menayangkan video atau menunjukkan gambar berkenaan haiwan( jawi ) ➢ Guru meminta murid menamakan haiwan yang dilihat dalam video atau gambar. ➢ Guru meminta murid mengeja dan menyebut nama haiwan dalam jawi. ➢ Murid memadankan nama haiwan ( jawi ) dengan gambar. Guru Agama Guru subjek sediakan bahan AGAMA MINGGU 3 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : SAYA BERSIH, SAYA SEGAR OBJEKTIF : ✓ Menyebut lafaz wuduk dengan betul ✓ Melabelkan anggota wuduk AKTIVITI : ➢ Tayangan video amali wuduk ➢ Simulasi berwuduk oleh murid dengan bimbingan guru. ➢ Latihan menyurih niat dan melabelkan anggota wuduk. Guru Agama Guru subjek sediakan bahan


MORAL MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF: ✓Mengetahui tentang tanggungjawab diri ✓Menceritakan tentang tanggungjawab diri dan tanggungjawab terhadap rakan ✓Menyatakan amalan menjaga kebersihan dan keselamatan diri dalam kehidupan seharian. AKTIVITI : ➢ Guru menayangkan video dan berbincang dengan murid berkaitan pandemik CIVID-19 ➢ Guru dan murid berbincang tentang tanggungjawab diri dalam mememrangi pandemik COVID-19 ➢ Guru membuat simulasi tentang langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah ( penjarakan sosial, cuci tangan ). Guru meminta murid membuat simulasi. Guru Moral Guru subjek sediakan bahan MORAL MINGGU 3 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : WARNA OBJEKTIF: ✓Menyatakan nilai yang terdapat dalam cerita yang didengar ✓Menyatakan amalan nilai yang harus diikuti. AKTIVITI : ➢ Guru memperdengarkan cerita kepada murid (rujuk KIT Transisi muka surat 48) ➢ Guru meminta murid menjawab soalan berkaitan cerita. ➢ Contoh soalan: ❖ Namakan tempat yang dilawati oleh murid Tahun 1 Delima. ❖ Siapakah nama guru mereka? ❖ Bagaimanakah murid Tahun 1 Delima menaiki bas? ❖ Apakah jenis bunga yang mereka lihat di taman bunga? ❖ Apakah tugasan yang Cikgu Salmah berikan? ❖ Apakah pesanan yang diberikan oleh Cikgu Salmah supaya pokok bunga yang ditanam tumbuh dengan baik? ❖ Pada pendapat anda, apakah yang diperlukan oleh pokok bunga untuk tumbuh dengan subur? ➢ Murid melukis bunga kegemaran dan mewarnakannya. Guru Moral Guru subjek sediakan bahan


MORAL MINGGU 3 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN OBJEKTIF: ✓ Bercerita tentang haiwan kesayangan mereka. ✓ Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keselamatan haiwan kesayangan mereka. AKTIVITI: ➢ Guru meminta murid memeperihalkan tentang haiwan kesayangan mereka. ➢ Guru dan murid berbincang tentang cara menjaga haiwan peliharaan ➢ Guru dan murid berbincang tentang kasih sayang dan tanggungjawab manusia terhadap haiwan. ➢ Aktiviti berdasarkan tahap dan minat ❖ Menulis diari penjagaan haiwan peliharaan ( tinggi) ❖ Melukis cara menjaga haiwan peliharaan ( sederhana) ❖ Bercerita tentang haiwan peliharaan (rendah) Guru Moral Guru subjek sediakan bahan. MORAL MINGGU 3 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : TUBUH SAYA OBJEKTIF: ✓ Menyatakan cara menjaga kebersihan diri ✓ Menjelaskan kesan tidak menjaga kebersihan diri ✓ Menyatakan nilai moral kasih sayang dan tanggungjawab AKTIVTI: ➢ Guru menayangkan video “Kebersihan Diri” ➢ Guru meminta murid menyenaraikan cara menjaga kebersihan diri ➢ Guru meminta murid menyenaraikan peralatan yang boleh digunakan untuk menjaga kebersihan diri ➢ Guru dan murid berbincang tentang kesan tidak menjaga kebersihan diri. Guru Moral Guru subjek sediakan bahan


MATEMATIK MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF : ✓ Membilang objek. ✓Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti. ✓Membandingkan kuantiti dua kumpulan objek. AKTIVITI : ➢ Guru menunjukan objek seperti alat pengimbas suhu, pensanitasi tangan, sabun dan tuala. Murid menamakan objek tersebut. ➢ Guru menyediakan himpunan objek di kelas. ➢ Murid mengenal pasti bilangan paling banyak dan paling sedikit. ➢ Guru meminta murid melaksanakan aktiviti berdasarkan tahap dan minat murid: ✓ Menyatakan angka yang paling rendah atau tinggi nilainya dalam lembaran kerja yang disediakan ( tahap tinggi) ✓ Membilang bahan/objek dan menulis angka tersebut dalam lembaran kerja.( tahap sederhana) ✓ Mengenal pasti dan menyatakan kuantiti bahan dalam lembaran ( tahap rendah ) Guru Matematik Guru subjek sediakan bahan MATEMATIK MINGGU 3 TEMA : EKONOMI DAN KEWANGAN SUB TEMA : MATA WANG MALAYSIA OBJEKTIF: ✓ Mengenal pasti nilai wang ✓ Menamakan nilai wang berdasarkan warna ✓ Mengenal pasti nilai yang rendah dan tinggi. AKTIVITI : ➢ Guru menunjukkan wang kertas dan berbincang tentang warna dan nilai wang. ➢ Murid menyebut warna dan nilai wang. ➢ Murid menyusun wang mengikut nilai rendah ke tinggi. ➢ Murid melaksanakan aktiviti secara individu berdasarkan tahap dan minat murid: ✓ Menyusun wang mengikut nilai rendah ke tinggi ( tahap tinggi) ✓ Menyatakan nilai duit berdasarkan warna ( tahap sederhana) ✓ Menyatakan warna yang terdapat dalam duit Ringgit Malaysia ( tahap rendah ) Guru Matematik Guru subjek sediakan bahan


MATEMATIK MINGGU 3 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN OBJEKTIF: ✓ Membandingkan kuantiti dua kumpulan objek ✓ Menamakan nombor bagi kumpulan objek ✓ Menyusun nombor dalam tertib menaik dan menurun ✓ Menulis nombor dalam angka dan perkataan. AKTIVITI : ➢ Guru menunjukkan dua kumpulan haiwan. Murid menyatakan sama ada “lebih” atau “kurang” ➢ Guru menyuruh murid membilang kumpulan model atau gambar haiwan yang diberi. ➢ Guru memberi beberapa kad nombor. Murid menyusun kad nombor mengikut tertib menaik atau menurun mengikut arahan guru. Guru Matematik Guru subjek sediakan bahan PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF: ✓ Menyatakan cara-cara mencuci tangan dengan betul ✓ Menyatakan kepentingan mencuci tangan dengan bersih. ✓ Menyatakan fungsi pensanitasi tangan AKTIVITI: ➢ Guru menunjukkan cara-cara mencuci tangan yang betul. ( tayangan video ) ➢ Guru dan murid melakukan simulasi cara mencuci tangan yang betul menggunakan sabun. ➢ Guru dan murid berbincang tentang kepentingan mencuci tangan dengan bersih. ➢ Murid menyusun gambar cara-cara mencuci tangan yang betul mengikut urutan. Guru PJK Guru subjek sediakan bahan


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : MAKANAN PILIHANKU OBJEKTIF: ✓Menyenaraikan makanan yang baik untuk kesihatan. AKTIVTI : ➢ Soal jawab tentang makanan yang baik unutk kesihatan. ➢ Soala jawab tentang makanan seimbang. ➢ Menggunting dan menyusun gambar piramid makanan yang betul. Guru PJK Guru subjek sediakan bahan Lembaran bergambar. Gunting Gam PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MINGGU 3 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN OBJEKTIF: ✓Mengenal pasti pergerakan haiwan yang ditunjukkan ✓Menyanyi lagu “ A E I O U” ✓Melakukan pergerakan kreatif bagi lagu “A E I O U “ AKTIVITI: ➢ Guru dan murid melakukan latihan memanaskan badan. ➢ Guru atau murid menunjukkan pergerakan haiwan secara kreatif ➢ Guru meminta murid meneka haiwan tersebut ➢ Guru memperdengarkan lagu “A E I O U”. Murid menyanyi dan menunjukkan pergerakan bagi lagu. ➢ Guru meminta murid memikirkan pergerakan lain yang sesuai untuk lagu tersebut ➢ Guru dan murid melakukan latihan menyejukkan badan. Guru PJK Bahan disediakan oleh guru subjek PENDIDIKAN SENI MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF : ✓Mengetahui cara-cara mencegah penyakit COVID 19 ✓Menghasilkan poster yang kreatif AKTIVITI : ➢ Guru menunjukkan poster pencegahan penyakit COVID-19. ➢ Guru dan murid berbincang tentang poster. ➢ Guru menyediakan kertas lukisan untuk murid hasilkan poster COVID-19 dengan kreativiti masing-masing. Guru Seni Bahan disediakan oleh guru subjek.


PENDIDIKAN MUZIK MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF : ✓ Mengenal alat perkusi ✓ Memainkan alat perkusi mengikut tempo ✓ Mendengar dan menyanyikan lagu dengan sebutan yang betul ✓ Menyanyikan lagu menggunakan alat perkusi AKTIVITI: ➢ Guru memperkenalkannama alat perkusi seperti kastenet, kerincing dan loceng. ➢ Guru dan murid mendengar lagu “ Di Sini Virus Di sana Virus” ➢ Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut dengan sebutan yang betul. ➢ Guru membimbing murid memainkan alat perkusi mengikut tempo lagu. ➢ Guru membimbing murid memainkan alat perkusi sambil menyanyikan lagu. Guru Muzik Bahan disediakan oleh guru subjek BAHASA ARAB MINGGU 3 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF : ✓ Menamakan peralatan kebersihan dalam bahasa arab. ✓ Menyurih perkataan bahasa arab. AKTIVITI: ➢ Murid ditunjukkan gambar peralatan kebersihan di rumah dan diminta menyebut nama benda tersebut. ➢ Guru menyatakan nama benda dalam bahasa arab dan murid ikut menyebut dengan sebutan yang betul. ➢ Murid menulis perkataan dengan betul dan kemas. Guru Bahasa Arab Bahan disediakan oleh guru subjek.


BAHASA ARAB MINGGU 3 TEMA :DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : WARNA OBJEKTIF: ✓ Menyebut warna dalam bahasa arab dengan betul. ✓ Memadankan warna dengan perkataan dengan betul. AKTIVITI : ➢ Murid ditunjukkan kad imbasan warna dan murid menyebut nama warna . ➢ Guru menyatakan warna dalam bahasa arab dan murid ikut menyebut dengan betul. ➢ Latih tubi menyebut nama warna dalam bahasa arab. ➢ Murid memadankan nama warna dengan gambar dengan betul. ➢ Murid mewarnakan gambar dengan warna yang diberi .( bahasa arab) Guru Bahasa Arab Bahan disediakan oleh guru subjek


HARI: ISNIN - JUMAAT TARIKH: 10 - 14 APRIL 2023 MINGGU : 4 HARI/TARIKH PERKARA TINDAKAN CATATAN BAHASA MELAYU (MINGGU 4 ) ISNIN 10 APRIL 2023 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : TUBUH SAYA OBJEKTIF : I) Menyebut huruf vokal dalam perkataan II) Menyebut huruf konsonan dalam perkataan III) Membaca perkataan dengan sebutan yang betul AKTIVITI: ➢ Guru menunjukkan anggota badan anak patung ➢ Guru meminta murid menamakan anggota badan yang ditunjukkan. ➢ Guru menyebut nama anggota badan dan murid menunjukkan anggota badan mereka. ➢ Guru meminta murid mengecam huruf vokal dan konsonan yang terdapat dalam kad perkataan. ➢ Guru meminta murid memadankan nama anggota badan dengan bahagian badan yang betul. ➢ * Guru meminta murid melaksanakan aktivti secara individu atau kumpulan berdasarkan tahap dan minat murid. ❖Menyebut frasa mudah berdasarkan anggota badan badan yang dipilih.( tahap tinggi) ❖Mengeja perkataan berdasarkan anggota badan dengan cara yang betul.( tahap sederhana ) ❖Menyebut huruf vokal dan konsonan yang terdapat pada kad perkataan yang diberi .( tahap rendah ) Guru BM Bahan disediakan oleh guru subjek BAHASA MELAYU MINGGU 4 SELASA 11 APRIL 2023 TEMA : MASYARAKAT SUB TEMA : KENALI MASYARAKAT OBJETIF : I) Menamakan kaum di Malaysia II) Menulis nama kaum di Malaysia III) Memadankan jenis pakaian dengan kaum di Malaysia AKTIVITI : ➢ Murid diminta menyatakan nama -nama kaum di Malaysia yang diketahui. ➢ Murid diminta bercerita tentang sesuatu kaum berdasarkan perayaan, pakaian, makanan dan adat ➢ Murid mengeja dan menyebut nama kaum dengan betul. ➢ Murid memadankan nama kaum dengan gambar yang sesuai. ➢ Murid kemudiannya memadankan jenis pakaian dengan kaum yang betul. Guru BM


BAHASA MELAYU MINGGU 4 RABU 12 APRIL 2023 TEMA : KESENIAN DAN KEBUDAYAAN SUB TEMA : ALAT TRADISIONAL OBJEKTIF: ✓ Mengenal alat tradisional dahulu ✓ Mengetahui kegunaan alat tradisonal ✓ Mengeja dan menyebut nama alat AKTIVITI : ➢ Guru menayangkan video alat tradisonal masa dahulu. ➢ Murid menyebut nama alat yang ditunjukkan. ➢ Murid mengeja dan menyebut perkataan ➢ Murid memadankan alat dan nama alat dengan betul. Guru BM Bahan disediakan oleh guru subjek BAHASA MELAYU MINGGU 4 KHAMIS 13 APRIL 2023 TEMA : SUKAN DAN PERMAINAN SUB TEMA : SUKAN TRADISIONAL MALAYSIA OBJEKTIF : ✓ Mengenal jenis sukan tradisional di Malaysia ✓ Menamakan jenis-jenis sukan tradisional ✓ Menulis ayat mudah berkaitan sub tema. AKTIVITI : ➢ Guru menayangkan video permainan tradisional di Malaysia. ➢ Murid menyebut nama -nama permainan tersebut. ➢ Murid mengeja dan menyebut perkataan. ➢ Murid memadankan gambar dengan perkataan. ➢ Murid menulis ayat mudah dengan kemas. Ini congkak nenek. Ini gasing ayah. Ini wau datuk. Ini guli abang. Guru BM Bahan disediakan oleh guru subjek BAHASA MELAYU MINGGU 4 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : BADAN SAYA BERSIH OBJEKTIF : IV) Murid tahu cara penjagaan kebersihan diri yang betul. V) Mengeja perkataan dengan betul. VI) Menulis perkataan dengan kemas AKTIVITI : ➢ Bercerita tentang kepentingan menjaga anggota badan lain seperti gigi, kuku, rambut, telinga dan sebagainya. ➢ Bercerita tentang cara memberus gigi dengan betul berdasarkan gambar. ➢ Membaca dan menyalin / menulis perkataan berkaitan dengan anggota badan. ➢ Jom baca. Guru BM Bahan disediakan oleh guru subjek


BAHASA INGGERIS MINGGU 4 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : MY TOILETRIES OBJEKTIF : ✓ Mengetahui peralatan kebersihan dalam bahasa Inggeris. ✓ Menyebut perkataan dengan betul. ✓ Menulis perkataan dengan betul dan kemas. ACTIVITY : ➢ Murid diminta menyebut perkataan di papan tulis dengan bimbingan guru. ( towel, soap, bath,wash, syampo) ➢ Murid menyalin perkataan dengan betul dan kemas. ➢ Murid memadankan perkataan dengan gambar peralatan kebersihan yang betul. Guru BI Bahan disediakan oleh guru subjek BAHASA INGGERIS MINGGU 4 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN LIAR DAN JINAK OBJEKTIF: ✓ Mengenal jenis haiwan liar dan jinak. ✓ Menyebut perkataan dengan sebutan yang betul. AKTIVITI: ➢ Guru memperlihatkan beberapa haiwan liar dan jinak. ➢ Murid dibimbing menyebut nama haiwan tersebut . ➢ Latih tubi bacaan. ➢ Murid menulis perkataan pada gambar haiwan dalam lembaran. Guru BI Bahan disediakan oleh guru subjek. BAHASA INGGERIS MINGGU 4 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : THINGS IN THE CLASSROOM OBJEKTIF: ✓ Menyatakan peralatan yang ada di bilik darjah. ✓ Menyebut dengan betul perkataan AKTIVITI: ➢ Guru menunjukkan dan menamakan contoh-contoh barang terdapat di dalam kelas. ➢ Murid memberikan nama dalam bahasa Inggeris bagi peralatan yang ditunjukkan. ➢ Murid membuat latih tubi menyebut perkataan dengan bimbingan guru. ➢ Murid menjawab latihan dalam lembaran yang disediakan. Guru BI Bahan disediakan oleh guru subjek


BAHASA INGGERIS MINGGU 4 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : FRUIT AND VEGETABLES ACTIVITY : ➢ Teacher introduces topic. ➢ Video clip projected ➢ Teacher guides pupils to sing the ‘Fruit Salad’ song. ➢ https://youtu.be/iIXjWJEjB00 ➢ Teacher and pupils sing the song song together. ➢ Teacher prompts pupils with question whether they like or dislike eating fruits and vegetables. ➢ Pupils are provided with picture cards : like or dislike. ➢ Pupils put cards responding to the questions. ➢ Colouring activity. Guru BI Bahan disediakan oleh guru subjek BAHASA INGGERIS MINGGU 4 TEMA : DUNIA SEKELILING KITA SUB TEMA : WARNA ACTIVITY : ✓ Identify colours ✓ Follow instructions when teacher recites “ Simon Says” ✓ Identify initial sounds of words ✓ Blend phonemes to spell words Guru BI Bahan disediakan oleh guru subjek SAINS MINGGU 4 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN OBJEKTIF: ✓ Menamakan haiwan ✓ Mengenal pasti bahagian tubuh haiwan. ✓ Bercerita tentang kegunaan bahagian tubuh haiwan. AKTIVITI : ➢ Guru menunjukkan keratan gambar satu bahagian tubuh haiwan.( puzzle). Contoh : ekor arnab. Murid meneka haiwan tersebut. ➢ Guru meminta murid melengkapkan cantuman keratan gambar haiwan tersebut. ➢ Guru dan muyrid melabel bahagian tubuh haiwan tersebut. ➢ Guru bercerita tentang kegunaan bahagian tubuh haiwan kepada haiwan tersebut. Guru Sains Guru subjek sediakan bahan


SAINS MINGGU 4 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : KENALI BUMI OBJEKTIF: ✓Menyebut 4 jenis bentuk muka bumi. ✓Menyurih perkataan bentuk muka bumi dengan kemas. ✓Memadankan gambar dengan bentuk muka bumi. AKTIVITI : ➢ Penerangan tentang bentuk muka bumi . ➢ Tayangan video ➢ Menyurih perkataan dengan kemas. ➢ Memadankan gambar dengan perkataan yang betul. Guru Sains Bahan disediakan oleh guru subjek AGAMA MINGGU 4 TEMA : KESIHATAN SUB TEMA : JAGA KEBERSIHAN OBJEKTIF : ✓ Mengetahui cara penjagaan kebersihan diri. ✓ Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri. ✓ Menyurih ayat penjagaan kebersihan diri dalam tulisan jawi. AKTIVITI : ➢ Murid diminta menyatakan cara-cara menjaga kebersihan diri yang betul. ➢ Murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri dan kesan jika tidak menjaga kebersihan diri. ➢ Murid membaca ayat dalam lembaran yang disediakan. ➢ Murid menyurih perkataan / ayat dalam lemabaran ( jawi ) Guru Agama Bahan disediakan oleh guru subjek AGAMA MINGGU 4 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : AGAMA PEGANGAN SAYA OBJEKTIF : ✓Menyebut rukun iman ✓Menyenaraikan 6 rukun iman dengan betul AKTIVITI : ➢ Tayangan lagu rukun iman. ➢ Penerangan tentang rukun iman ➢ Latih tubi menyurih 6 rukun iman Guru Agama Bahan disediakan oleh guru subjek


AGAMA MINGGU 4 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : BENDA DI KELAS OBJEKTIF: ✓ Mengeja dan menyebut perkataan dalam jawi. ✓ Menulis perkataan dengan betul dan kemas. AKTIVITI : ➢ Murid diminta menyebut peralatan dalam kelas. ➢ Guru menulis perkataan di papan tulis dalam jawi. ➢ Murid dibimbing mengeja dan menyebut perkataan. ➢ Murid melukis gambar dan menulis perkataan ( jawi) dengan betul. Guru Agama Bahan disediakan oleh guru subjek AGAMA MINGGU 4 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : CIPTAAN ALLAH OBJEKTIF: ✓ Menyatakan makhluk ciptaan ALLAH dan ciptaan manusia ✓ Cara bersyukur dengan ALLAH AKTIVITI : ➢ Murid diminta menyatakan apakah ciptaan Allah yang terdapat di dunia. ➢ Murid menyatakan benda ciptaan manusia. ➢ Guru menerangkan kenapa perlu bersyukur . ➢ Murid diminta menyatakan cara kita bersyukur dengan ALLAH. ➢ Murid menjawab latihan dalam modul transisi. Guru Agama Bahan disediakan oleh guru subjek MORAL MINGGU 4 TEMA : MASYARAKAT SUB TEMA : VANDALISME OBJEKTIF : ✓ Mengetahui contoh-contoh vandalisme ✓ Menyatakan kesan vandalisme AKTIVITI : ➢ Guru menayangkan video / gambar contoh vandalisme. ➢ Murid menyatakan apa perbuatan yang dilihat ➢ Guru dan murid berbincang punca dan kesan vandalisme. ➢ Guru menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian. Guru Moral Bahan disediakan oleh guru subjek


MORAL MINGGU 4 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : BAIK HATI AMALAN SAYA OBJEKTIF : ✓Dapat melakukan amalan yang baik dalam bermasyarakat. AKTIVITI : ➢ Guru dan murid berbincang tentang amalan baik yang patut diamalkan . ➢ Simulasi amalan baik di dalam kelas. ➢ Murid memadankan gambar dengan amalan yang baik. Guru Moral Bahan disediakan oleh guru subjek. MORAL MINGGU 4 TEMA : MASYARAKAT SUB TEMA : KAUM DI MALAYSIA OBJEKTIF : ✓ Menyatakan kaum yang ada di Malaysia ✓ Menyatakan agama dan kepercayaan diri ✓ Memadankan maklumat . AKTIVITI : ➢ Guru meminta murid bercerita tentang kaum apa yang ada di Malaysia berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. ➢ Murid mendengar penerangan guru tentang kepelbagaian kaum di Malaysia. ➢ Murid diminta menyatakan cara menghormati agama lain. ➢ Murid memadankan maklumat berdasarkan kaum yang betul. Guru Moral MORAL MINGGU 4 TEMA : KESELAMATAN SUB TEMA : KESELAMATAN DI JALAN RAYA OBJEKTIF : ✓ Mengetahui peraturan di jalan raya. ✓ Mengetahui larangan semasa di jalan raya. AKTIVITI : ➢ Guru dan murid berbincang cara selamat melintas jalan raya. ➢ Guru menayangkan video cara selamat melintas jalan. ➢ https://youtu.be/hDzck360OKc ➢ Guru memberi penerangan tentang larangan ketika di jalan raya. Guru Moral Bahan disediakan oleh guru subjek


MATEMATIK MINGGU 4 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : SAYA DAN WAKTU OBJEKTIF : ✓ Menyebut 7 hari dalam seminggu. ✓ Menulis hari dalam seminggu. AKTIVITI : ➢ Nyanyian lagu 7 hari dalam seminggu. ➢ Ejaan 7 hari dalam seminggu dengan bimbingan guru. ➢ Latihan menulis nama hari. Guru Matematik Guru subjek sediakan bahan MATEMATIK MINGGU 4 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : MENGIRA NOMBOR OBJEKTIF : ✓ Menamakan nombor berdasarkan gambar.. AKTIVITI : ➢ Murid menyebut nama gambar benda-benda yang terdapat dalam modul transisi ( aiskrim, gula-gula, burger, lilin , butang dan sebagainya ) ➢ Murid mengira gambar dan menulis nombor pada gambar dengan betul. ➢ Murid mengeja perkataan nombor dan memadankannya dengan angka Guru Matematik Bahan disediakan oleh guru subjek. MATEMATIK MINGGU 4 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : MENAMBAH DUA NOMBOR OBJEKTIF : ✓Mengira hasil tambah dua nombor. AKTIVITI : ➢ Murid membaling dadu gergasi 2 kali. ➢ Murid membuat operasi tambah dua nombor yang dibaling. ➢ Latih tubi mengira hasil tambah daripada dua nombor. Guru Matematik Bahan disediakan oleh guru subjek


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MINGGU 4 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : TUBUH SAYA OBJEKTIF : ✓Melabelkan anggota tubuh ✓Menjelaskan kepentingan menjaga kebersihan anggota tubuh. ✓Menyatakan kesan sekiranya mengabaikan penjagaan kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri AKTIVITI : ➢ Guru membimbing murid mengenal pasti dan melabelkan anggota tubuh. ➢ Guru dan murid berbincang tentang kepentingan menjaga kebersihan anggota tubuh. ➢ Berbincang tentang kesan sekiranya mengabaikan penjagaan kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri. Guru PJK Bahan disediakan oleh guru subjek. PENDIDIKAN JASMANI MINGGU 4 TEMA : SUKAN DAN PERMAINAN SUB TEMA : SAYA SIHAT SAYA CERDAS OBJEKTIF : ✓ Melakukan pergerakan lokomotor AKTIVITI : ➢ Guru menunjukkan cara beberapa pergerakan. ➢ Murid mengenal pasti dan meniru pergerakan dengan betul. Guru PJ Bahan disediakan oleh guru subjek PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MINGGU 4 TEMA : SUKAN DAN PERMAINAN SUB TEMA : KONSEP PERGERAKAN OBJEKTIF : ✓ Melakukan pergerakan berbentuk huruf . AKTIVITI : ➢ Murid dibimbing melakukan pergerakan berbentuk huruf berdasarkan gambar. ➢ Murid melakukan pergerakan dengan cara yang betul. ➢ Murid memadankan corak pergerakan dengan huruf yang betul. Guru PJ Bahan disediakan oleh guru subjek


PENDIDIKAN SENI MINGGU 4 TEMA : DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : WARNA OBJEKTIF: ✓Melukis corak pada rama-rama ✓Mewarnakan rama-rama mengikut kreativiti AKTIVITI: ➢ Guru meminta murid menyebut pelbagai warna yang ada. ➢ Guru menunjuk cara melukis corak pada rama-rama. ➢ Guru menerangkan kombinasi warna yang sesuai . ➢ Murid mewarnakan rama-rama dengan kreativiti masingmasing. Guru Seni Bahan disediakan oleh guru dan murid PENDIDKAN MUZIK MINGGU 4 TEMA :DUNIA DI SEKELILING SAYA SUB TEMA : WARNA OBJEKTIF: ✓ Menyanyi dengan sebutan dan pic yang betul. ✓ Membuat pergerakan mengikut tempo AKTIVITI: ➢ Guru dan murid bercerita tentang warna yang terdapat di sekeliling mereka. ➢ Guru memilih lagu yang sesuai dengan tema ‘warna’. ( Buahbuahan tempatan) ➢ Guru dan murid menyanyi bersama. ➢ Murid diminta menyatakan warna yang terdapat pada buahbuahan dalam lirik lagu. Guru Muzik Bahan disediakan oleh guru subjek. BAHASA ARAB MINGGU 4 TEMA : ALAM SEKITAR SUB TEMA : HAIWAN OBJEKTIF: ✓ Menamakan haiwan dalam bahasa arab ✓ Menyebut nama haiwan dalam bahasa arab dengan betul AKTIVITI : ➢ Murid diperdengarkan lagu haiwan dalam bahasa arab. ➢ https://youtube.com/watch?v=MVMKr1CryOw&feature=share ➢ Murid mengikut lagu dengan sebutan yang betul. ➢ Murid menyebut nama haiwan dengan bimbingan guru. ➢ Murid menyurih perkataan nama haiwan dalam bahasa arab. Guru Bahasa Arab Bahan disediakan oleh guru subjek.


PENUTUP Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2023 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil kerjasama daripada semua pihak.Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/penjaga dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk mendaftar di Kelas Tahun 1 supaya mendapat pendidikan secara menyeluruh. Justeru,segala perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya. BAHASA ARAB MINGGU 4 TEMA : DIRI SAYA SUB TEMA : TUBUH SAYA OBJEKTIF : ✓ Mengenal nama anggota badan dalam bahasa arab ✓ Menyebut nama anggota badan dengan betul dalam bahasa arab. AKTIVITI : ➢ Murid diperdengarkan lagu anggota badan dalam bahasa arab. ➢ https://youtu.be/Uk3NF3voBOE ➢ Murid latih tubi menyebut nama anggota badan sambil menyanyi. ➢ Murid melengkapkan anggota badan dalam lembaran yang disediakan. Guru Bahasa Arab Bahan disediakan oleh guru subjek. MAJLIS PENUTUPAN MINGGU TRANSISI 14 APRIL 2023 AKTIVITI : ➢ Bacaan doa dan kata aluan Penolong Kanan Petang. ➢ Ucapan GB. ➢ Nyanyian ‘Kami Murid Baru’ ➢ Penyampaian Hadiah kepada : ❖Murid Terbaik Transisi ( 2 orang setiap kelas )


Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Nur Syuhada Binti Ahmad Othman Pn. Nor Afza Binti Harun ( Penyelaras Tahun 1 ) ( Penolong Kanan Petang ) Disahkan Oleh : Tn. Haji Yusri Bin Mohamad Abdul (Guru Besar SK Sungai Rokam)


Click to View FlipBook Version