TUJUH DIMENSI
BUDAYA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Ahli Kumpulan : Shahid, Sahli, Usman, Aniq
PENGENALAN
-Budaya IPG merupakan satu panduan yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia yang
bertanggungjawab melahirkan guru profesional yang mempunyai ciri-ciri budayanya tersendiri.
-Ia menjadi rujukan dan panduan kepada warga IPG ke arah memartabatkan profesion keguruan sejajar dengan usaha melahirkan
dan membentuk guru yang berilmu, beradab, beramal dan menjadi teladan kepada murid-murid.
-Budaya IPG ini dibentuk dengan tujuan mewujudkan identiti IPG sebagai sebuah institusi unggul yang melatih siswa pendidik agar
memiliki personaliti unggul, berkeupayaan dan berkepakaran, ke arah merealisasikan dasar-dasar kerajaan yang termaktub di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
-Selain itu, ia bermatlamat membentuk budaya kerja cemerlang dikalangan pensyarah IPG yang dapat diwariskan pula kepada
siswa pendidik yang bakal mengamalkannya di sekolah.
-Justeru, bagi memastikan matlamat ini menjadi realiti, satu rangka konsep budaya IPG yang bertunjangkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mengandungi tujuh dimensi budaya, iaitu: Ilmu, Kepimpinan, Kerja Profesional, Akhlak dan Moral,
Penyayang, Hidup Sihat dan Estetika.
7 DIMENSI BUDAYA IPG
ILMU PENYAYANG KEPIMPINAN
PROFESIONAL AKHLAK & MORAL HIDUP SIHAT
ESTETIKA
BUDAYA ILMU
Budaya ilmu merupakan amalan CIRI-CIRI BUDAYA ILMU:
mencintai ilmu dan mencari kebenaran
sepanjang hayat, sentiasa dahaga akan ● Pembelajaran sepanjang hayat
ilmu, keinginan untuk memiliki ilmu,
kesungguhan memperkembangkan ● Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan
ilmu, kepintaran memanfaatkan ilmu, terkini.
menghayati ilmu, menggunakan ilmu
pada tempatnya serta meletakkan ilmu ● Menguasai, mengamal, menghayati dan
sebagai nilai yang paling dihargai dalam berkongsi ilmu.
kehidupan.
● Menjana, mencetus, mengembang dan
menyumbang ilmu.
● Mengamalkan penyelidikan.
BUDAYA PENYAYANG
BUDAYA PENYAYANG CIRI-CIRI BUDAYA PENYAYANG
Nilai ihsan yang berasaskan konsep 1. Keperihatinan kepada makhluk.
cinta kepada Tuhan, kasih sayang dan 2. Sayang akan diri, keluarga dan
hormat menghormati sesama insan dan masyarakat.
alam sekitar. Keakraban dalam 3. Sayang akan profesion Penyayang.
kalangan warga IPG dan cinta akan 4. Sayang akan warga dan organisasi.
organisasi merupakan teras budaya 5. Sayang akan alam sekitar.
penyayang IPG. Nilai-nilai ini perlu 6. Sayang akan negara
digarap untuk melahirkan satu budaya
penyayang yang boleh mewujudkan
kerja sepasukan yang mampu memacu
IPG dalam mencapai visi dan misinya.
BUDAYA KEPIMPINAN
BUDAYA Budaya kepimpinan di IPG merujuk kepada keupayaan menerima dan
KEPIMPINAN melaksanakan tugas sebagai satu amanah dan tanggungjawab, serta
keupayaan mengurus sumber ke arah mencapai visi dan misi.
Organisasi kepimpinan di IPG memainkan peranan sebagai
transformational, situational dan instruktional mengikut situasi dan
keadaan.
CIRI-CIRI BUDAYA 1. Menghayati visi dan misi IPG serta aspirasi negara.
KEPIMPINAN 2. Mempunyai idea yang bernas dan pemikiran reflektif.
3. Kebolehan membuat keputusan dan menyelesai masalah.
4. Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan .
5. Menjalin kejelekitan antara warga IPG. Kepimpinan.
BUDAYA KERJA PROFESIONAL
BUDAYA PROFESIONAL CIRI-CIRI BUDAYA
PROFESIONAL
Budaya Kerja Profesional ialah satu tabiat
kerja yang mementingkan kecemerlangan, 1. Mendokong visi dan misi organisasi.
kualiti dan menekankan kerja berpasukan. 2. Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah.
3. Bersikap proaktif, kritis, kreatif dan inovatif.
Ahli-ahli mempunyai hubungan erat, 4. Optimis dan komited dalam pekerjaan.
sepakat, sefahaman dan bertanggungjawab 5. Mementingkan kualiti dan menepati piawaian
yang profesional ditentukan.
dalam menjalankan program dan aktiviti
IPG.
BUDAYA AKHLAK & MORAL
BUDAYA AKHLAK & MORAL CIRI-CIRI BUDAYA &
AKHLAK
Budaya akhlak dan moral merujuk kepada
tingkah laku terpuji seperti tutur kata, 1, Sentiasa bersyukur
tatatertib, sopan santun, akal budi dan
kebijaksanaan (mahmudah). Budaya ini 2. Merendah diri (tawadhuk)
mesti bertunjangkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan, keharmonian 3. Redha dengan Qada dan Qadar
perhubungan di antara manusia dengan
4. Taqwa
Pencipta dan hubungan manusia dengan
manusia dan alam sekitar. 5. Ikhtiar dan doa
6. Mematuhi etika
BUDAYA HIDUP SIHAT
Budaya hidup sihat bermaksud amalan CIRI-CIRI
menjaga kesihatan secara berterusan dari BUDAYA SIHAT
segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Tenaga kerja yang sihat akan meningkatkan 1. Kesihatan dan kecergasan
produktiviti dan mencetuskan suasana kerja fizikal
yang kondusif. Budaya hidup sihat mestilah 2. Kematangan emosi
bermula dari institusi keluarga kerana ia 3. Ketenangan rohani dan
bertaqwa
merupakan tapak semaian bagi 4. Keterbukaan minda, positif,
pembangunan insan sesebuah organisasi, matang dan rasional
5. Persekitaran mesra
masyarakat, bangsa dan negara.
BUDAYA HIDUP
SIHAT
BUDAYA ESTETIKA
BUDAYA ESTETIKA CIRI-CIRI BUDAYA ESTETIKA
Budaya estetika merujuk kepada 1. Kehalusan budi
ekspresi dan apresiasi terhadap 2. Keunggulan peribadi
nilai-nilai seni, keindahan dan 3. Kesempurnaan kerja
keharmonian. Amalan budaya ini 4. Kecantikan dan keindahan seni dan karya
dimanifestasikan menerusi kerja- 5. Keindahan kebudayaan dan bangsa
kerja seni, karya dan persekitaran 6. Keindahan persekitaran
kerja organisasi.
SEKIAN TERIMA KASIH