DISKUSI KERIS ONLINE
KERIS TAJONG
17hb Jun 2021
Rizal Ross
Kembara Ilmu – Songkhla, Narathiwat dan Bangkok
Rizal Ross, 2021
Agenda Rizal Ross, 2021
Bahagian Pertama - Sejarah Umum Keris Tajong
• Sejarah Awal Keris
• Candi Jawa Tengah dan Jawa Timur
• Sejarah perkembangan Agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara
• Srivijaya dan Semenanjung Tanah Melayu
• Majapahit, Patani dan Semenanjung Tanah Melayu
• Sejarah perkembangan Agama Islam di Asia Tenggara
• Pengaruh Keris Pada Kerajaan Siam
Bahagian kedua - Keris Tajong - Asimilasi dan Pengaruh Budaya Dalam Kehidupan
Melayu Islam Selatan Thai, Pantai Timur dan Utara Semenanjung
• Langkasuka dari Segi Sejarah
• Langkasuka dari Segi Konsep
• Garis Masa Sejarah Mengikut Peredaran Zaman
• Pengaruh Islam Di Patani
• Kerajaan Melayu Patani
• Contoh-contoh pengaruh hasil Asimilasi budaya dan agama
• Contoh-contoh dari Wayang Kulit Kelantan Patani
• Evolusi Hulu Keris Tajong
• Rumusan/Penutup
• Bibliografi
SEJARAH UMUM KERIS TAJONG
“….Dan kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan
berbagai manfaat bagi manusia…
- Al Quran, Surah Al-Hadid, ayat 25.”
Rizal Ross, 2021
Sejarah Awal Keris
• Terdapat dokumentasi awal yang mencadangkan bahawa penciptaan Keris telah
bermula pada abad ke-8 di Jawa. Misalnya, terdapat dokumentasi arca ukiran batu
di Candi Borobudur yang memaparkan kehadiran keris (Frey 1986 & Shahrum Yub
2006).
• Menurut tafsiran Ostmeier (1911) berdasarkan catatan dalam enam manuskrip
Jawa, keris pertama telah dihasilkan sekitar Tahun Saka Jawa 152 dan 210
bersamaan 230-288 Masehi.
• Keris pertama berbentuk lurus dan kemudiannya diberi luk ini dilaporkan dalam
catatan bertarikh Tahun Saka Jawa 251 bersamaan 329 Masehi (Frey 1986)
• Terdapat bukti rekod penghasilan keris dari pertengahan kurun ke 2 hingga ke awal
kurun yang ke-17 di Jawa Tengah dan Jawa Timur
**Hipotesis : Keris terhasil seawal abad yang ke-2 dan dicipta di sekitar
pusat-pusat kerajaan semasa di Kepulauan Jawa Tengah dan Timur Rizal Ross, 2021
Sejarah Awal Keris
“Maka guru yang mula-mula datang memberi tiruan atau tuladan ka-
pada orang Melayu berkenaan dengan perkara-perkara kemajuan dan
tamaddun dan fikir-fikiran baharu yang tiada pada orang Melayu zaman
itu ia-lah orang Hindu; khabar-nya mereka mulai datang itu pada kurun
Masehi yang kedua (T.M. 200), tatkala Tanah Jawa sudah di-dudoki oleh
orang Hindu itu”.
– Kitab Tawarikh Melayu (1927) Karya Bahasa Melayu tulisan R.O.Winstedt
dengan bantuan Daeng Abdul Hamid Tengku Muhammad Salleh
- Karya ini dikategorikan oleh Za’ba (1940) sebagai “The first scientific work on
general Malay history ever produced in the Malay language” dalam makalah
beliau bertajuk “Modern Developments” yang disisipkan dalam karya tulisan
R.O.Winstedt (1940) ‘A History of Classical Malay Literature’.
Sumber : Pengaruh Hinduisme dalam Kehidupan Masyarakat Melayu: Rujukan Khusus Karya Pilihan R.O. Winstedt’ oleh Mohd Farhan Abd Rizal Ross, 2021
Rahman, Muhd Imran Abd Razak (Ph.D), Ahmad Firdaus Mohd Noor (Ph.D), Mukhamad Khafiz Abdul Basir & Nurul Khairiah Khalid (2020)
Candi Borobudur
• Candi Borobudur merupakan candi Buddha Mahayana yang
dibangun pada pertengahan abad ke-8 (750M-824M)
• Peninggalan Kerajaan Sailendra awal kurun ke-8 sehingga
pertengahan kurun yang ke-9 di Jawa Tengah
• Sejarawan mengaitkan terbengkalainya pembinaan
Borobudur kerana kemerosotan pengaruh Hindu Buddha
berikutan kedatangan agama Islam ke Jawa Tengah pada
kurun ke-14.
• 1814M Thomas Stamford Raffles, Governor Jawa dikreditkan
dengan penemuan Candi Borobudur
Rizal Ross, 2021
Sumber : Edward Frey (1986), A.G.Maisey (1998), Arief Syaifuddin Huda (2010)
Candi Prambanan/Rara Jonggrang
• Candi Shiva Prambanan Jawa Tengah merupakan candi Hindu
yang dibangun pada abad ke-10
• Candi Rara Jonggrang sekarang merupakan sebuah tapak yang
dilindungi UNESCO, mulai tahun 1991.
• Candi Rara Jonggrang adalah candi Hindu yang terbesar di
Asia Tenggara. Bangunan utamanya setinggi 47 meter.
Kompleks candi ini terdiri daripada lapan buah candi utama
dan melebihi 250 buah candi kecil yang ukurannya berbeza-
beza dan disebut perwara. Tiga buah candinya yang utama
dipanggil Trisakti dan didedikasikan kepada Trimurti, tiga
kekuatan Brahman:
• Dewa Siva, Sang Pembinasa
• Dewa Vishnu, Sang Pemelihara
• Dewa Brahma, Sang Pencipta
Rizal Ross, 2021
Sumber : Edward Frey (1986), A.G.Maisey (1998), Arief Syaifuddin Huda (2010)
Candi Panataran
• Candi Panataran terletak berdekatan dengan Kota Biltar, dan merupakan
antara candi terbesar di Jawa Timur.
• Di percayai dibangunkan sebagai pusat kegiatan keagamaan sekitar
1197M ke 1454M
• Merupakan candi Jawa semasa era Empayar Majapahit. Candi yang
penting dan menjadi candi yang sering di lawat Raja Hayam Wuruk, Raja
ke-4 Majapahit
• Kewujudan candi utama Panataran direkodkan semenjak 1347M lagi
• Dihiasi ukiran bas-relief yang memaparkan babak-badak cerita dari karya
agung Ramayana
• Terdapat banyak contoh-contoh senjata, dari pedang, tombak dan keris
pada ukiran bas-relief di sini yang menyerupai hiasan bas-relief di Candi
Prambanan.
Rizal Ross, 2021
Sumber : Edward Frey (1986), A.G.Maisey (1998), Arief Syaifuddin Huda (2010)
Candi Jawi Pasuruan • Candi Jawi Pasuruan merupakan candi Proto Hindu yang
dibangun pada penghujung kurun ke-13 oleh
Sumber : Edward Frey (1986), A.G.Maisey (1998), Arief Syaifuddin Huda (2010) Kertanegara raja terakhir Kerajaan Singasari.
• Bertujuan sebagai candi persemadian Kertanegara
• Candi Shiva/Buddhist
• Patung Sang Durga isteri Sang Shiva
• Tangan memegang keris berbentuk Keris Bethok (lebar,
pendek)
• Patung Sang Durga ini kini berada di Muzium Mpu
Tantular di Surabaya.
*Contoh Keris Bethok
Rizal Ross, 2021
Candi Sukuh
• Watak Sang Bhima, Sang Ganesha dan Sang Arjuna dari
karya agung Mahabharata dan Ramayana dalam proses
menempa keris.
• Candi Sukuh merupakan candi Hindu yang dibangun pada
kurun ke-15, zaman Majapahit
• Tidak seperti candi Hindu di Jawa Tengah yang lain, Candi
Sukuh memiliki gaya seni bina seperti zaman pra-sejarah
• Hipotesis candi ini dibangunkan antara masa keruntuhan
kerajaan Hindu dan semasa zaman awal Islam di Asia
Tenggara
Rizal Ross, 2021
Sumber : Edward Frey (1986), A.G.Maisey (1998), Arief Syaifuddin Huda (2010)
Sejarah perkembangan Agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara
• Pengaruh awal dari pertengahan kurun
ke-3 hingga kurun ke-11
• Pembentukan kerajaan berpengaruh
Hindu di sekitar Kedah Tua, Pesisir
Pantai Perak dan kawasan Lembah Kinta
antara kurun ke-7 hingga kurun ke-9.
Bukti arkeologi dalam bentuk arca
patung Hindu-Buddha sudah ditemui di
tempat-tempat ini. Manakala Sejarah
Melayu (Sulalat al-Salatin) merujuk
kepada serangan Chola ke atas kerajaan
Gangga Negara (Beruas) dan Klangkio
(Kota Gelanggi) yang diketahui terjadi
pada sekitar 1025M
Rizal Ross, 2021
Sumber : Sejarah Melayu / Sulalatus Salatin, Encyclopedia Britannica
Sejarah perkembangan Agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara
• Fahaman Agama jenis “Dharmic” merupakan fahaman agama yang paling awal di Asia Tenggara (Fahaman
pada Dharma, Karma dan Penjelmaan Semula selepas kematian)
• Jenis-jenis fahaman Agama “Dharmic” – “Hinduism”, “Jainism”, “Buddhism” dan “Sikhism”
• Pengaruh Hindu-Buddha adalah sangat kuat pada masyarakat zaman dulu, pengaruh ini dapat dilihat pada
tinggalan seni binaan, budaya dan juga bahasa.
• Selain agama Buddha, pengaruh Hindu yang paling dominan ialah fahaman “Shaivism” diikuti “Vaishnavism”
dan kemudian pada kurun ke 9 dan seterusnya “Tantrism”
• Hindu Shaivism – Fahaman mengenai Dewa Shiva (Sang Shiva/Batara Guru/Bentara Guru)
• Hindu Vaishnavism – Fahaman mengenai Dewa Vishnu (Sang Vishnu)
• Hindu Tantrism – berdasarkan tulisan-tulisan Sanskrit “Tantras”, “Samhitas” dan “Agamas”
• Agama Buddha – Beza fahaman mengikut pengaruh dan budaya setempat
• Kedua-dua agama Hindu dan Buddha berkembang pesat di seluruh Asia Tenggara dan setiap fahaman
berkembang secara evolusi mereka sendiri dan dengan asimilasi dengan budaya-budaya setempat
• Agama Hindu yang diamalkan di Nusantara dahulu, dan masih dipraktikkan ketika ini di beberapa tempat
seperti Bali, agak berbeza daripada Agama Hindu yang diamalkan di Benua India. Dan masing-masing telah
mengalami berbagai perubahan dan penafsiran dari zaman ke zaman kepada bentuk yang ada pada hari ini.
Sumber : Encyclopedia Britannica, Malay Magic, W.W.Skeat (1967) Rizal Ross, 2021
Srivijaya dan Semenanjung Tanah Melayu
Pengaruh Kerajaan Srivijaya
• Berdasarkan Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh tahun saka Jawa 605
(683M), kerajaan Sriwijaya didirikan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang
memimpin satu armada dengan 20,000 bala tentera dari Minanga Tamwan
ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di
Kota Kapur di Pulau Bangka (686M), Karang Birahi di Jambi Hulu (686M) dan
Palas Pasemah di selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama. Dari
keterangan batu-batu bersurat ini, dapat disimpulkan yang Jayanasa
mendirikan Kerajaan Srivijaya setelah mengalahkan musuh-musuhnya di
Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka. Asal usul Raja
Jayanasa dan kedudukan sebenar Minanga Tamwan masih diperdebatkan
ahli sejarah, ada yang berpendapat armada yang dipimpin Jayanasa ini
berasal dari luar Sumatera, dari Semenanjung Tanah Melayu.
• Selepas kejatuhan Srivijaya, ia dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak
pernah menganggap ada kerajaan bersatu yang besar pernah wujud di
Kepulauan Asia Tenggara.
Kerajaan Srivijaya, Kurun ke 7 hingga kurun ke 12 • Pada tahun 1918 oleh seorang ahli sejarah Perancis Georges Coedès dari
École française d'Extrême-Orient menerbitkan penemuannya dan
Sumber : George Coedes (1918) interpretasinya mengenai Sriwijaya dalam akhbar-akhbar berbahasa
Belanda dan Melayu, malah beliau turut mencatatkan adanya sebuah
kerajaan duluan sebelum Sriwijaya iaitu Kantoli
Rizal Ross, 2021
Majapahit, Patani dan Semenanjung Tanah Melayu
Pengaruh Kerajaan Majapahit • Setelah kejatuhan empayar Chermin
(Langkasuka) di utara dan pantai timur
Kerajaan Majapahit, 1293M hingga 1527M semenanjung, kerajaan Thai Ayutthaya cuba
menakluki keseluruhan Nusantara (Alam
Melayu) termasuk naungan Empayar
Majapahit
• Maha Patih Gadjah Mada dan tentera
empayar Jawa Majapahitlah yang
membebaskan wilayah-wilayah bekas
Empayar Melayu Langkasuka-Chermin di
utara semenanjung dari cengkaman empayar
Thai Ayutthaya pada kurun ke-15
• Maha Patih Gadjah Mada memerdekakan
kawasan Kelantan dan memberi gelaran
kepada kerajaan baru Kelantan yang
terbentuk itu dengan panggilan Majapahit
Barat pada kurun ke-15
Sumber : Hipotesis Syukri, Ibrahim (1958) Sejarah Kerajaan Melayu Patani; Syukri, Ibrahim History of the Malay Kingdom of Patani (2005), Rizal Ross, 2021
https://www.malaysiakini.com/news/436967, ulasan; Dr. Muhammad Faiz Na’aman
Sejarah perkembangan Agama Islam di Asia Tenggara • Raja Kedah Phra Ong Mahawangsa menjadi pemerintah
Pengislaman Asia Tenggara seawal kurun ke-12 tempatan pertama yang meninggalkan agama Hindu tradisional
dan memeluk agama Islam dan selanjutnya menubuhkan
pemerintahan Kesultanan Kedah yang didirikan pada 1136M
• Samudera Pasai memeluk Islam pada tahun 1267M.
• Raja Melaka Parameswara bernikah dengan seorang Puteri
Pasai, dan putera mereka menjadi Sultan Melaka I.
• Melaka lantas mula berkembang sebagai pusat perdagangan
maritim yang signifikan selain menjadi pusat pengajian Islam
yang penting pada ketika itu.
• Ada beberapa teori untuk proses Islamisasi di Asia Tenggara.
Teori pertama adalah perdagangan. Perluasan perdagangan
antara Asia Barat, India dan Asia Tenggara membantu
penyebaran agama sebagai pedagang Muslim membawa agama
Islam ke wilayah ini.
• Teori kedua adalah peranan ahli sufi penting dalam
menyebarkan agama dengan idealisma Islam bersama keyakinan
orang tempatan yang ada.
• Akhirnya, kelas pemerintah memeluk Islam dan ini menyebarkan
agama Islam dengan lebih pesat
• Melaka Kesultanan dikatakan telah memeluk Islam pada awal
abad ke-15, lalu mempercepatkan penyebaran Islam di Asia
Tenggara. Rizal Ross, 2021
Pengaruh Keris Pada Kerajaan Siam
• Pemakaian Keris dan topi “Lomphok”pada abad ke-17 oleh Duta Siam Kosa Pan ke Versailles, Perancis 1686M. Rizal Ross, 2021
• Chao Pharaya Kosathibodi / Kosa Pan adalah Menteri Luar Negara dan Perdagangan Kerajaan Siam Ayutthaya pada 1686M ke 1687M
Sumber : Simon de La Loubère "Du Royaume de Siam’ 1691 ; Le Voyage du Comte de Forbin à Siam - 1685-1688 -
Pengaruh Keris Pada Kerajaan Siam
• Raja Mongkut Siam menghadiahkan sebilah keris
bertatahan emas kepada Presiden Amerika
Syarikat, Franklin Pierce sempena perjanjian
Thai-America “Harris Treaty” 1856
• Keris ini diberi nama dalam Bahasa Thai “Kris Lek
Lai yang di Khru’ Ang mai kiew pradap duai
thong”
Rizal Ross, 2021
Sumber : Harrie Treaty 1856
Pengaruh Keris Pada Kerajaan Siam
• The Royal Coat of Arms of The Kingdom Siam - Jata Negara
zaman Raja Chulalongkorn Siam Rama V (1853M-1910M). Raja
Pemodenan Siam
• Simbolisme 3 bahagian pada perisai, Gajah berkepala 3 Jajahan
Thai asal. Gajah tunggal jajahan Laos, Keris simbol jajahan
Melayu Selatan (Keris Berluk dan Keris hulu berbentuk burung)
• Bentuk gubahan jata ini telah digunapakai sehingga tahun
1990an
Rizal Ross, 2021
Lukisan 1900an
Keris Tajong
Asimilasi dan Pengaruh Budaya Dalam Kehidupan Melayu Islam Selatan Thai,
Pantai Timur dan Utara Semenanjung
Rizal Ross, 2021
Photo Credit : Tuan Saifol Nizam (Zam Kayukemuning)
Langkasuka dari Segi Sejarah
• Dipercayai wujud dari kurun ke-4 hingga kurun ke-8
• Kerajaan kuno awal sebelum Kerajaan Siam Ayutthaya atau
Kesultanan Melayu Patani
• Dirujuk dalam Hikayat Merong Mahawangsa pada kurun ke-19
• Kedudukan yang unik menjadikan lokasi ini sesuai sebagai
Pelabuhan dagangan bagi saudagar dari China
• Tiada tinggalan binaan bersejarah, seperti candi dan lain-lain
Lukisan Dinasti Liang Kurun ke-6M Rizal Ross, 2021
Sumber : Spirit of Wood, Farish.M.Noor, Eddin Khoo (2003), Keris Sebagai Senjata Silam, Nik Rashidin Nik Hussein, (1993)
Langkasuka dari Segi Konsep
• Di mana sebenarnya kedudukan dan kewujudan Langkasuka? Kedah Tua, Patani atau
Kelantan?
• Apa itu motif Langkasuka? Tinggalan adat lama? Tinggalan budaya lama?
• Konsep motif Langkasuka tidak bersempadan
• Konsep motif Langkasuka hasil pengaruh asimilasi kebudayaan, agama dan masyarakat.
• Karya-karya peninggalan dan seni yang terhasil tidak ada di tempat lain di dunia
• Keris Tajong itu Langkasuka?
Langkasuka pada kesenian dan budaya berkonsepkan motif bukan merujuk secara
khusus pada geografi dan sejarah kawasan
Rizal Ross, 2021
Sumber : Spirit of Wood, Farish.M.Noor, Eddin Khoo (2003), Keris Sebagai Senjata Silam, Nik Rashidin Nik Hussein, (1993)
Garis Masa Sejarah Mengikut Peredaran Zaman
Catatan terawal keris **Pada tahun 1357M, Raja Bharubhasa sebagai pemerintah Raja Patani Phya Tu Nakpa Thomas Stamford
di Jawa Chermin-Jiddah (Kelantan) bergabung kekuatan ketenteraan (Sultan Ismail Syah) Memeluk Raffles Penemuan
dengan pasukan tentera Jawa Empayar Majapahit yang Candi Borobudur
329M diketuai Maha Patih Gadjah Mada. Islam.
1814M
1457M
Penemuan Kerajaan
Majapahit/Chermin Majapahit . Srivijaya Georges Coedes
vs Kerajaan
Ayuthaiya 1511M 1918
1357M
Kesultanan Pasai
Memeluk Islam
1267M
200M 300M 400M 500M 600M 700M 800M 900M 1000M 1100M 1200M 1300M 1400M 1500M 1600M 1700M 1800M 1900M 2000M
Langkasuka Gangga Negara (Beruas) & Kesultanan Melayu
Klangkio (Kota Gelanggi) Melaka
Kurun ke 4 hingga 8
Kurun ke 8 hingga 11 1400M hingga 1528
Kerajaan Empayar Kesultanan Melayu
Chermin Patani
1516M hingga 1902
Empayar Srivijaya **Zaman kegemilangan Patani 1584 ke 1649
Kurun ke 7 hingga 12 Empayar Majapahit
Pengaruh Agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara 1293M hingga 1527M
Kurun ke 2 hingga 11 Pengaruh Agama Islam di Asia Tenggara
Kurun ke 11 hingga Zaman Moden Rizal Ross, 2021
Pengaruh Islam Di Patani
• Raja Sakranta (Raja Zainuddin) Kerajaan Jawaka, Langkasuka, Kelantan
dan Singgora (1253-1267M)
• Raja Sang Tawal (Raja Abdullah) Kerajaan Jawaka, Langkasuka, Kelantan
dan Singgora (1267-1335M)
• Raja Singha Dhiraja (Sultan Sulaiman Syah) (1356-1398M). Baginda
dibunuh oleh Raja Cau Seri Bangsa.
• Phya Tu Kurub Mahajana (1398-1415M). Baginda asalnya adalah
Gabenor Siam Ayutthaya, Kota Mahligai
• Phya Tu Antara (Phya Tu Nakpa) (Sultan Ismail Shah) (1415-1500)
• Phya Tu Indera (Intira) (Sultan Muhammad Shah) (1500-1530M). Baginda
adalah cucu Sultan Mohamad Tahir, Ligor dengan Dewi Cahaya, adinda
Phya Tu Nakpa.
• Sultan Muzaffar Shah (1530-1564M). Ada pengkaji mengatakan baginda
adalah putera Phya Tu Nakpa dan ada yang mengatakan baginda adalah
putera Phya Tu Indera.
• Raja-Raja Pelangi Patani
Rizal Ross, 2021
Sumber :The Kingdom of Patani : between Thai and Malay mandala / [Wayne A. Bougas] 1994, Ibrahim Syukri (1958)
Kerajaan Melayu Patani
Makam Sultan Ismail Syah, Ban Phare, • Raja awal – Phaya Tu Kerub Mahajana Kota Mahligai
Tambon Barahom, Patani, Thailand • Putera baginda Phaya Ta Antara / Phaya Tu Naqpa –
Memeluk Islam 1457M, Mengambil Gelaran Sultan
Ismail Syah
• Anak sulung baginda bergelar Muzaffar Syah
• Raja-Raja Pelangi
• 43 Jajahan pada zaman kegemilangan Kesultanan
Patani
Manuskrip Asal Hikayat Patani 1839 Rizal Ross, 2021
Sumber : Hikayat Patani, A.Teeuw & D.K.Wyatt, (1970) Ibrahim Syukri (1961) Siti Hawa Haji Salleh (1992)
Contoh-contoh Pengaruh Hasil Asimilasi Budaya dan Agama
Wujudnya satu budaya unik
• Wayang Kulit Kelantan Patani
• Gaya Tari Silat Patani
• Menora, Mak Yong, Main Puteri
• Seni Ukiran Daun Dewa – Masjid, Mimbar, Rumah, Kraftangan
• Seni Penulisan – Hiasan pada Al Quran dan Manuskrip lama
• Pada Batu Aceh dan Penanda Kubur
• Kraf Emas, Perak, Chutam (Niello) dan Tembaga
Rizal Ross, 2021
Contoh-contoh Pengaruh Hasil Asimilasi Budaya dan Agama
Makara/Makaira
• umumnya digambarkan sebagai suatu haiwan
kacukan; bahagian badan dan ekor makara
mengadaptasi haiwan-haiwan air bersisik seperti ikan
atau buaya sementara bahagian kepalanya
merupakan campuran dari mamalia yang meliputi
gajah, rusa, dan celeng. Rupa makara dengan ekor
ikan, rahang buaya, dan belalai gajah kemudian
harinya menjadi gubahan umum yang digunakan
dalam berbagai tradisi.
Rizal Ross, 2021
Contoh-contoh Pengaruh Hasil Asimilasi Budaya dan Agama
Burung Garuda
• Menurut agama Hindu, ia merupakan wahana Dewa Wisnu.
• Interpretasi fisik Garuda bermacam-macam. Kebanyakan, ia
digambarkan bertubuh tertutup bulu emas, berwajah putih,
dan bersayap merah. Paruh dan sayapnya mirip yang dimiliki
burung elang, tetapi tubuhnya seringkali seperti manusia.
Ukurannya besar sehingga dalam salah satu cerita ia dapat
menghalangi matahari
• Kisah Garuda terdapat dalam kitab Mahabharata dan Purana
yang berasal dari India. Di Thailand disebut sebagai Kruth
atau Pha Kruth
• Indonesia dan Thailand menggunakan Garuda sebagai
lambang negaranya
Rizal Ross, 2021
Contoh-contoh dari Wayang Kulit Kelantan Patani
Pohon Beringin/Budi
• Pohon beringin di dalam persembahan wayang kulit adalah
melambangkan kepada sebuah dunia yang sarat dengan segala
kehidupannya. Ada hidupan di air, di bumi dan juga di udara.
Dalam Wayang Kulit Kelantan, pohon beringin ini akan
dipacakkan di tengah-tengah kelir sebelum dan selepas tamatnya
persembahan.
Rizal Ross, 2021
Contoh-contoh dari Wayang Kulit Kelantan Patani
Rizal Ross, 2021
Contoh-contoh dari Wayang Kulit Kelantan Patani
**Pembetulan Ketopong = Kecopong Rizal Ross, 2021
Sumber : JMBRAS Vol XIV, Plate XIII, (1936)
Evolusi Hulu Keris Tajong Rizal Ross, 2021
1. Bentuk Raksaksa dipengaruhi oleh gaya hulu
jenis Cirebon, Buta Bajang
2. Berbentuk Lembaga penuh, hidung atau paruh
pendek gaya hulu Raja Mala, Jawa Tegal
3. Coteng bangunan patah dua bercorak
geometrik dan berciri budaya hindu buddha
4. Tajong zaman peralihan ke budaya Islam
gabungan motif geometrik dan flora dan fauna
(Chenuk/Channa)
5. Tajong motif flora fauna penuh, bangunan
patah tiga dan berwatak: Temenggong, Bothakala
dan Indera.
Sumber : Phongphaiboon, S., Thanasuk, S. & Kaewkhao, P. (2000). Knocking rust off the
dagger: A look at the way of life of the people of the lower south.
Rumusan/Penutup
• Seni dan budaya keris sudah lama bertapak dalam masyarakat Jawa Timur dan Tengah sejak kurun ke-2
lagi
• Agama Hindu yang diamalkan di Nusantara dahulu, dan masih dipraktikkan ketika ini di beberapa
tempat seperti Bali, agak berbeza daripada Agama Hindu yang diamalkan di Benua India. Dan masing-
masing telah mengalami berbagai perubahan dan penafsiran dari zaman ke zaman kepada bentuk yang
ada pada hari ini.
• PengIslaman sesuatu budaya atau masyarakat tidak berlaku serta merta dan memakan masa beratus-
ratus tahun
• Langkasuka adalah satu konsep seni dan budaya yang berasaskan kepada idea penciptaan sebuah
budaya dan sejarah hasil gabungan ciri-ciri Melayu-Siam-Jawa-Hindu yang berkembang unik di sekitar
rantau Utara Semenanjung dan Selatan Thailand
• Kebanyakan buku-buku dari ahli akademik berpaut pada dokumentasi sejarah yang mencerminkan had
pengetahuan dan pemikiran pada waktu buku-buku ini dikarang, tidak boleh dianggap sebagai 100%
tepat. Pendekatan yang wajar ialah sebagai sumber dokumentasi sejarah pada waktu tersebut. Semoga
dokumentasi sejarah lama boleh lebih diperbaiki dengan kemudahan yang ada pada masa kini.
Rizal Ross, 2021
Bibliografi
Andaya, L.Y. & Andaya, B.W. (2001), A History of Malaysia, London: Palgrave MacMillan.
Arief Syaifuddin Huda (2010), Sejarah Keris, Jakarta: DFS Publisher.
B.R.Pearn (1963), An introduction to The History of South-East Asia New Edition, Longmans of Malaysia.
Bambang Harsrinuksmo (2004), Ensiklopedi Keris, Jakarta: Gramedia.
Bavanee Thiagarajan (1991)., Purba, Bilangan- 10, Keris: Sejarah dan Peranannya, Jurnal Persatuan Muzium Malaysia.,
Comas, X. & Bunnag, T. (2014), The House of the Raja: Splendour and Desolation in Thailand's Deep South, Bangkok: River Books.
Evans, Ivor, (1932) “A Note on the Kingfisher Keris” Journal of the F.M.S Museums. Vol 15, No.3 : page 137-139
Farish A. Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood: the Art of Malay Woodcarving : works by master carvers from Kelantan, Terengganu, and Pattani,
Hong Kong: North Clarendon.
Phongphaiboon, S., Thanasuk, S. & Kaewkhao, P. (2000). Knocking rust off the dagger: A look at the way of life of the people of the lower south.
Malay Magic: Being an introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay Peninsula, WALTER WILLIAM SKEAT
WITH A PREFACE BY CHARLES OTTO BLAGDEN Series: MBRAS Reprints Volume: 24 Copyright Date: 2005 Published by: Malaysian Branch of the Royal
Asiatic Society
SUGGESTED ORIGIN OF THE MALAY KERIS AND OF THE SUPERSTITIONS ATTACHING TO IT - G. C. GRIFFITH WILLIAMS Journal of the Malayan Branch of the
Royal Asiatic Society Vol. 15, No. 3 (129) (December, 1937), pp. 127-141 (15 pages) Published By: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
ORIGIN OF THE MALAY KERIS - G. C. WOOLLEY Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 16, No. 2 (131) (December 1938), pp. 36-39
(4 pages) Published By: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Rizal Ross, 2021
Bibliografi
Hanizah Jonoh (1997), Senjata-Senjata di Zaman Kesultanan Melayu Johor, Johor Baru: Yayasan Warisan Johor.
Hill, A.H. (et. al) (1998), The Keris & Other Malay Weapons, MBAS Reprint No. 16, Kuala Lumpur: MBRAS.
Inon Shaharuddin Abdul Rahman, Hikayat Mara Karma, Di ulang terbit : Tempo Publishing (M) Sdn Bhd, 1991
Jogjinder Singh Jessy (1975) Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959)., Dewan Bahasa Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur
Jory, P. (ed) (2013), Ghosts of the Past in Southern Thailand: Essays on the History and Historiography of Patani, Singapore: National University of
Singapore Press.
Keris Darjat & Kudrat (1999), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kersten Sejr Jensen (2007), Krisdisk; DVD.
Khalid Hussain, (1964) Hikayat Pandawa Lima., Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Khalid M.Hussain, (1992) Hikayat Purasara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Farish A. Noor (2009), What your teacher didn’t tell you: The Annexe Lectures, Petaling Jaya: Matahari Books.
Frey, E. (1988), The Kris, Mystic Weapon of the Malay World, Singapore: Oxford University Press.
G.P. Dartford, (1958) A Short History of Malaya, Longmans, Green and Co.Ltd., Third Hong Kong Impression 1962
Gardner, G.B, (1936) Keris and other Malay Weapons, Progressive Publishing Co.,Singapore.
Gimlette, J.D. (1915), Malay Poisons and Charm Cures, (Reprint of 3rd edition) Orchid Press 2011.
Rizal Ross, 2021
Terima Kasih
Rizal Ross, 2021