The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Iffa Afiqah, 2023-07-10 10:10:04

PERATURAN PERTANDINGAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA MSSM18 TKB 2023

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA MSSM 18 TKB MSS BAHAGIAN BETONG 2023 PERATURAN PERTANDINGAN 1.0 PENGELOLAAN 1.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). 1.2 Bagi kejohanan peringkat MSS Bahagian Betong 2023, giliran SMK KABONG telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur. 2.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 2.1 Selain peraturan yang terkandung , pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Sepak Malaysia sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MSSM, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 2.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut: 2.2.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA. 2.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 2.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan adalah muktamad. 3.0 PENYERTAAN 3.1 Kejohanan ini dibuka kepada semua pasukan Sekolah Bahagian Betong yang bernaung di bawah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Bahagian Betong 3.2 Setiap sekolah hanya layak mendaftar satu pasukan sahaja. 3.3 Tarikh tutup penyertaan ialah pada pukul 5.00 petang, Jumaat 7 Julai 2023. 4.0 KELAYAKAN PEMAIN-PEMAIN 4.1 Semua pemain adalah pelajar yang menghadiri kursus sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah Bahagian Betong yang berdaftar dan bergabung dengan MSS Bahagian Betong adalah layak mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 4.2 Seorang pemain yang telah didaftarkan dalam satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak lagi mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang sama. 4.3 Kelayakan umur pemain 18 tahun ke bawah adalah lahir pada tahun 2005 sehingga 2007. 4.4 Untuk tujuan pengesahan, dokumen berikut hendaklah dikemukakan dalam Mesyuarat PengurusPengurus Pasukan


4.4.1 Kad Pengenalan asal 4.4.2 Kad Pengenalan Sementara atau resit sementara (Dokumen JPN 1/9 dan JPN 1/11) yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang mana gambar dan tarikh lahir yang sah di dalamnya. 4.5 Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen tersebut semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan menyebabkan pemain berkenaan tidak dibenarkan didaftarkan dan bermain dalam kejohanan ini. 4.6 Semua dokumen akan diperiksa oleh Jawatankuasa yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan sebelum kejohanan bermula. 5.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN WARNA PASUKAN 5.1 Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam Borang Pendaftaran M01 dan M02 sahaja boleh mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sebarang pertukaran pemain dalam Borang Penyertaan boleh dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan. Sebarang pindaan atau tambahan selepas itu tidak akan dilayan. 5.2 Semua borang penyertaan hendaklah disahkan oleh Pengetua Sekolah dan diserahkan kepada Pihak Pengelola pada tarikh yang telah ditetapkan. 5.3 Setiap pasukan mengandungi 18 orang pemain dan 4 orang pegawai. 5.4 Kesemua pemain boleh didaftarkan iaitu, 11 pemain utama dan 7 pemain simpanan. Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan. 6.0 FORMAT PERTANDINGAN 6.1 Bagi Pusingan Pertama Liga Kumpulan, sistem kejohanan adalah berdasarkan Peraturan 10 PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN MSSM. 6.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut: 6.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata 6.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu 10 pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan memperolehi 3 mata dan jaringan 3 – 0. 6.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan tidak diambil kira. 6.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan layak masuk pertandingan pusingan kedua. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan adalah mengikut hierarki berikut :-


i. Perbezaan gol ii. Jumlah jaringan gol iii. Pasukan yang pernah mengalahkan lawan (head-to-head) iv. Potongan mata untuk kad merah dan kad kuning yang diterima [ Kad merah terus = -5 , Kad merah (2 kad kuning = -3 ) , kad kuning = -1 ] v. Keputusan dari tanda penalti untuk pasukan yang seri di peringkat kumpulan. (3 orang). 6.3 Sekiranya dalam perlawanan kalah singkir, terdapat seri setelah tamat tempoh masa bermain, maka pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti ( mengambil kira masa yang tidak cukup untuk pemain ‘recovery’) mengikut peraturan yang berkuat kuasa, (kecuali untuk perlawanan akhir-ada masa tambahan). 7.0 JANGKAMASA BERMAIN 7.1 Masa permainan ialah 35 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 10 minit. Untuk perlawanan akhir (masa tambahan dikenakan tempohnya ialah 10 minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit dengan keizinan pengadil.) 8.0 PENGGANTIAN PEMAIN 8.1 Tidak lebih daripada 7 orang pemain yang didaftarkan dalam satu permainan boleh diganti dalam satu perlawanan termasuk masa tambahan. 8.2 Mana-mana pemain yang telah ditukar, tidak dibenarkan bermain semula termasuk mengambil tendangan penalti 9.0 PAKAIAN PEMAIN 9.1 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut sepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras, lambang/bertulis parti politik tidak dibenarkan di pamer. 9.2 Setiap pemain mesti memakai kasut bola, stoking panjang dan alas betis ‘shin guard’ hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan. 9.3 Pemain yang memakai ‘Thigh’ atau ‘Thermal’ atau ‘Body Fit‘ hendaklah bersamaan warna utama seluar dan warna lengan baju. 9.4 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih. 9.5 Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuah rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.


10.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN 10.1Sekiranya pengadil atau Jawatankuasa Pengelola pertandingan berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 11.0 PEGAWAI PERLAWANAN 11.1 Jawatankuasa Pengadil akan melantik pengadil, pembantu pengadil dan pengadil simpanan untuk semua perlawanan. Semua laporan hendaklah sampai kepada JK Pengadil tidak lewat 90 minit selepas perlawanan. 12.0 TINDAKAN TATATERTIB 12.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan membincangkan perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang membuat aduan dan pengadil bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan. 12.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik: 12.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan). 12.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan) 12.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib / tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak-(penggantungan 3 perlawanan). 12.2.4 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apabila seorang pemain menerima amaran bertulis keempat maka digantung satu perlawanan. Apabila seorang pemain menerima amaran bertulis kelima, beliau hendaklah tampil ke hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya. 12.2.5 Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan tanpa mengambil kira amaran bertulis yang diterima sebelumnya maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.


12.2.6 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa MSS Sarawak untuk tindakan seterusnya. 12.2.7 Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan kawasan teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan berikutnya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk kepada laporan pegawai perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib. 12.2.8 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan. 13.0 BANTAHAN 13.1 Sebarang bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit selepas perlawanan berkenaan berserta bayaran RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya. Borang bantahan akan disediakan. 13.2 Bantahan tidak akan diterima jika ia menentang keputusan-keputusan PENGADIL atau menyentuh perkara-perkara dalam bidang kuasa pengadilan pertandingan. 13.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad. 14.0 JURI RAYUAN 14.1 Juri rayuan terdiri daripada: 14.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola 14.1.2 Pengerusi Teknikal Bola Sepak MSSB Betong 14.1.3 Setiausaha Agung MSSB Betong 14.1.4 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola 14.1.5 Tiga pengurus berkecuali 15.0 ETIKA PEGAWAI 15.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan tulen. 15.2 Tertakluk kepada pengesahan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik, Jawatankuasa boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhan, dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari apa-apa penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai. 15.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain sama ada sengaja atau tidak dianggap sebagai


kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak. 15.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan bertindak keluar padang permainan adalah sebagai satu kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak. Begitu juga dengan tindakan memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan dengan tidak bermain atau enggan bermain. 16.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN 16.1 Segala hal yang diperuntukkan di bawah peraturan ini dan tafsiran peraturan ini hendaklah diselenggarakan oleh Jawatan Kuasa Pengelola MSSM Bahagian Betong yang keputusannya adalah muktamad, kecuali diputuskan selainnya oleh Jawatan Kuasa Sekolah Pengelola Kejohanan. Semua pengurus pasukan bola sepak sekolah hendaklah hadir semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus pasukan yang akan diadakan serentak semasa kejohanan.


Click to View FlipBook Version