The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Folio : Pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qalhaq57, 2022-06-13 13:27:51

Mpu-23032 E-Folio

E-Folio : Pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar

Keywords: E-Folio

Ahli Kumpulan : Muhammad Adam Haiqal Bin Othman (21DDT21F1236)
Muhammad Syafiq akmal Bin Omar ( 21DDT21F1177)
Muhammad Alif Najmi Bin Sabarudin (21DDT21F1185)
Muhammad Shameer Bin Haruddin (21DDT21F1197)

1 Maksud Alam Sekitar 2 Maksud Pencemaran

3 Punca pencemaran 4 Kesan Pembangunan
alam sekitar terhadap alam sekitar

5 Langkah-langkah 6 Kesimpulan
mengatasi

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,
agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan
air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di
sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga
kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan
sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar
beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil

DEFINISI ALAM SEKITAR.

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment”
membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.Oleh itu, sekirannya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah
menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.Bagaimanapun, secara
khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yangmelingkungi
suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena
yangberkait dengan iklim dan cuaca

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Menurut islam ,”environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman
kesatuan yang menggabungkan manusia ,alam dan tuhan.Agama islam menjadi akhlak
sebagai teras hubungan antara manusia ,alam dan tuhan.Berasaskan dasar
itu ,sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada
kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya ,alam dan tuhan .Konsep manusia
sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak allah dan ciptaan-
nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu .Di samping itu,alam ini
merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan
kekuasaan allah

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi
dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan
masalah-masalah alam sekitar yang timbul oleh sebab proses pembangunan..Kesan-kesan negatif
akibat proses pembangunan dan modernisasi semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan
pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber
ekonomi dan kemandirian bumi. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau
bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan
atau kemandirian kehidupan.

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang
menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan
keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu . Keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma
lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai
bentuk pencemaran alam.Contoh jenis pncemaran alam ialah, pencemaran udara ,pencemaran
air ,pencemaran laut , pencemaran bunyi ,pencemaran tanah dan, pencemaran haba ,pencemaran
sungai dan kolam

Sikap tidak bertanggungjawab individu dan Dasar atau polisi kerajaan yang lemah
organisasi
Penggunaan Sumber tenaga yang tidak
Penguatkuasaan undang-undang yang boleh diperbaharui
lemah

Punca utama dalam berlakunya pencemaran ini adalah sikap tidak bertanggungjawab individu mahupun
sesebuah organisasi dalam pencemaran. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi seperti pembukaan kawasan
perumahan dan perindustrian yang baru diperlukan tetapi, ekosistem sesebuah kawasan tersebut perlu
dipelihara. Penebangan hutan dan penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan seperti
penanaman semula pokok telah menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat mereka. Hal ini
menyebabkan berlaku bencana seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana ketiadaan pokok-pokok
yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan tanah di kawasan tersebut. Justeru, kekayaan yang
kian mengaburi mata-mata orang yang tidak prihatin akan alam semula jadi ini harus dibukakan mata
dan ditunjukkan kesan dan akibat sekiranya pencemaran ini berlaku dan meniggalkan kesan terhadap
diri mereka sendiri.

Dalam pada itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga antara punca berlakunya
pencemaran yang semakin menjadi-jadi hari ini. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang dan
pemantauan yang tidak konsisten menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat
onar dan mengendahkan kedaulatan undang-undang. Intergriti pihak berkuasa perlu dipersoalkan
lantaran kes-kes penerimaan rasuah yang dikaitkan dengan penjawat-penjawat awam. Hal ini berlaku
kerana tekanan ekonomi dan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menawarkan wang haram
tersebut hanya kerana ingin melepaskan diri daripada tindakan undang-undang. Pihak kerajaan
sewajarnya lebih menumpukan perhatian dalam bab kebajikan pegawai-pegawai yang bertugas
menegakkan kedaulatan undang-undang negara.

Selain itu, punca pencemaan alam sekitar adalah penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam seperti diesel
dan bahan bakar yang lain. Faktor perindustrian dan pengangkutan yang bergantung pada bahan bakar petrol dan
diesel menyumbang kepada pencemaran udara dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke udara oleh
kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara berlebihan telah menyebabkan indeks udara
berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini. Kita boleh melihat contoh di negara
Norway yang menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik ataupun yang berasaskan tenaga yang boleh
diperbaharui. Mereka memberi pengecualian cukai dan kemudahan parkir untuk pengguna kenderaan tersebut
sekaligus mengurangkan pelepasan gas-gas yang mencemarkan udara dan memanfaatkan sumber tenaga yang
berpotensi untuk masa hadapan. Maka, pendekatan teknologi dan sistem yang mesra alam perlulah digalakkan agar
kita dapat bersama-sama mencegah pencemaran ini daripada terus berleluasa.

Pada masa yang sama, antara dimensi lain yang menyebabkan pencemaran ini adalah kelonggaran dasar atau polisi
kerajaan dalam kepentingan alam sekitar. Kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti
alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran
masih berlaku secara berleluasa. Bak kata peribahasa Melayu, seperti melepaskan batuk ditangga yang bermaksud
perlakuan kerja yang dilakukan secara sambil lewa. Jikalau kita lihat, kepupusan haiwan semakin menjadi-jadi,
pembangunan secara lestari tidak dilaksana sehinggakan berlaku pencemaran yang memakan diri. Misalnya, kejadian
yang berlaku di Pasir Gudang, Johor di mana kawasan perindustrian dibina hampir dengan kawasan perumahan dan
sekolah dan pencemaran udara yang teruk telah melanda dan mengakibatkan sekolah ditutup dan kanak-kanak
dihantar ke hospital. Harapan yang tinggi untuk pihak kerajaan hari ini mengutamakan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar di samping memacu ekonomi negara ke arah kegemilangan.

pembangunan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk
membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan
negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan
dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan
boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan.
Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi
dan pencemaran udara

jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan.
Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran
air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek
pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang
berdekatan .Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh
mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada
pencemaran alam sekitar.

MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan
penggunaan bahan kimia.Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar
selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.apa yang dimaksudkan ialah
penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius.Akibat
daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah
oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya.Kesannya, masyarakat mudah
dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.Hal ini turut memberi
impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos
perbelanjaan hospital.Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita
dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan.Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam
sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran.
Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita.Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang
telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?Hanya segelintir sahaja kilang
yang mematuhi piawaian kebersihan.Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke
dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan.Sikap pengilang ini bagai enau di
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut
menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen
di dalam air.Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah
kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali
sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali
lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah
disediakan.

Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan
pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam
minum air”.Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan
bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga
dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat
memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk
mengatasi pencemaran alam sekitar.

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat
menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.Melalui kempen kesedaran ini,
masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar.Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan
manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar.Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya
sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa
kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan
kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar

Secara kesimpulan, masalah pencemaran alam sekitar adalah daripada kita sendiri. Kita haruslah mempunyai
kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Melalui mengenali punca-punca pencemaran kita dapat mengambil langkah-
langkah pembetulan dan mengelak daripada terlibat dalam golongan yang merosakkan alam sekitar. Ia penting demi
memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya
membahayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna. Apabila alam sekitar kita bersih dan
bebas daripada segala pencemaran, ia akan menjaminkan generasi yang akan datang keindahan alam semula jadi
yang boleh mereka nikmati bersama.


Click to View FlipBook Version