SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN
NAMA GROUP:
HAIQAL,AIMAN,INTAN,JUWA
NA
1 Maksud Sukan Pemangkin Perpaduan
2 Bagaimana Sukan boleh Membentuk
Perpaduan
3 Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Semangat
Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar
INDEKS
4 Bukti Menunjukkan Perpaduan dalam
Sukan
5 Tokoh Sukan
6 Faedah sukan terhadap perpaduan
7 Kesimpulan
MAKSUD PERPADUAN
v Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yg dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan.
v Perpaduan merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia
v Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza sama ada dalam masyarakat ringkas
ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi.
Maksud Sukan Pemangkin Perpaduan
v SUKAN merupakan medium perpaduan yang paling berkesan dalam menyatukan
masyarakat berbilang kaum di negara ini.Tanpa mengira bentuk sukan yang menjadi
pilihan sama ada bola sepak, badminton, olahraga dan bermacam-macam lagi aktiviti
sukan, rata-rata penggemarnya mampu mengeratkan hubungan silaturahim.Setiap kali
skuad negara bertarung di persada antarabangsa, pastinya rakyat pelbagai bangsa
bersatu dalam memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di
gelanggang sukan.Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dan meredah
perjalanan beribu kilometer atau setidak-tidaknya sekadar menjadi penyokong setia di
kaca televisyen demi sokongan padu kepada atlet negara tanpa mengira bangsa mereka
BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBENTUK
PERPADUAN
• Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan.Contohnya,aktiviti
bersukan dapat menggeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh
menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.Selain itu,Negara Malaysia yang
tercinta ini telah mengadakan Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali yang
mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain atau penonton.Di samping
itu,bersukan juga menyelami erti perpaduan,menghormati antara kaum yang mana kesannya
kita dapat mempertahankan kedaulatan. Negara yang tercinta ini dapat mencapai kemajuan
justeru mampu bersaing dengan negara lain.
Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Semangat
Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar
1. Penubuhan sekolah sukan bukit jalil untuk
menempatkan murid yang mempunyai potensi dalam
bidang sukan.
2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai
tahun 2011
3. Setiap tahun , kejohanan majlis sukan sekolah-
sekolah malaysia (MSSM) dianjurkan untuk
mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan.
4. Pengenalan rancangan integrasi murid untuk
perpaduan (rimup)sejak tahun 1986.
BUKTI MENUNJUKKAN PERPADUAN DALAM SUKAN
• Pelbagai bangsa dan agama dalam malaysia ini dapat disatukan melalui sukan.Ini
dapat dilihat melalui kumpulan yang ditubuhkan dalam sesuatu sukan tersebut.
Seperti bola sepak,diamana pasukan yang dibentuk oleh kumpulan bola sepak itu
bukan sahaja terdiri daripada satu bangsa malah terdiri dari pelbagai bangsa
iaitu India,Cina,Melayu dan juga bangsa lain. Dengan ini,kita dapat tahu bahawa
sukan mampu mengeratkan hubungan masyarakat malaysia yang berbilang
bangsa dan kaum. Bukan setakat dalam malaysia sahaja,malah hubungan yang
terbentuk melalui sukan juga terdiri daripada hubungan.
BUKTI MENUNJUKKAN PERPADUAN DALAM SUKAN
1.PEMINAT YANG BERSATU
DALAM MEMBERI
SOKONGAN BAGI
PERLAWANAN BOLA SEPAK
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.
semuanyabola.com%2Fbola-sepak-medium-perpaduan-
malaysia%2F&psig=AOvVaw1zE9oy_shHoCkpt-
FkN5NB&ust=1637596917667000&source=images&cd=vfe&v
ed=0CAsQjRxqFwoTCMCLlJLqqfQCFQAAAAAdAAAAABAD
BUKTI MENUNJUKKAN PERPADUAN DALAM SUKAN
2.KEMENANGAN YANG
DIRAIKAN OLEH NEGARA
YANG BERLAINAN SELEPAS
MEMENANGI PERLAWANAN
BADMINTON
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2
Fwww.gettyimages.com%2Fphotos%2Flee-chong-
wei&psig=AOvVaw2FvXcczip3xLCD3APdOJZY&ust=1637
597608604000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjR
xqFwoTCLDQhP7sqfQCFQAAAAAdAAAAABAD
Tokoh-tokoh sukan negara
•1) Datuk Lee Chong Wei
•2) Dato’ Mokhtar Dahari
•3) Datuk Nicol David
Datuk Lee Chong Wei
• Dilahirkan pada tanggal 21 Oktober 1982 di
Bagan Serai, Perak
• Merupakan antara lagenda badminton
negara dan dunia.
• Telah memenangi banyak kejohanan seperti
All England sebanyak 4 kali, Pingat Perak
dalam kejohanan Olimpik sebanyak 2 Kali,
Kejohanan Terbuka Malaysia sebanyak 11
kali dan banyak lagi
• Beliau juga pernah menjadi pemain
badminton nombor 1 dunia selama 349
minggu yang merupakan rekod paling lama
yang dipegang oleh mana-mana pemain
badminton dunia
Dato’ Mokhtar Dahari - Nama penuh beliau adalah Mohd Mokhtar
bin Dahari
Mokhtar Dahari Bersama lagenda bola sepak dunia iaitu
Diego Maradona pada perlawanan persahabatan antara - Beliau juga dikenali sebagai “Supermokh”
Selangor dan Boca Juniors pada tahun 1982 - Dilahirkan pada tanggal 13 November 1953
di Setapak
- Merupakan antara lagenda bola sepak yang
terbaik di Malaysia sepanjang zaman
- Beliau merupakan penjaring terbanyak bagi
pasukan negara. Beliau juga merupakan
penjaring gol ketiga terbanyak pada
peringkat antarabangsa, hanya diatasi oleh
Cristiano Ronaldo dan Ali Daei
- Beliau memulakan kariernya di Selangor
dan mengakhirinya di pasukan Kwong Yik
Bank
- Beliau telah memenangi 10 Piala Malaysia
dan memenangi Anugerah Penyerang
Terbaik Asia pada tahun 1976
- Beliau meninggal dunia pada tanggal 11
Julai 1991 di Subang Jaya akibat
mengalami penyakit distrofi otot
Datuk Nicol David
• Nama penuh beliau ialah Nicol Ann David
• Dilahirkan pada tanggal 26 Ogos 1983 di
Pulau Pinang
• Merupakan lagenda skuasy negara dan
dunia
• Pencapaian:
Kejohanan Terbuka Dunia (8 kali), World
Games (3 kali), Pemegang Nombor 1 dunia
yang terpanjang (108 bulan)
Faedah sukan terhadap perpaduan
v1)Menjamin kesihatan diri
v2)Mengurangkan stress
v3)Menjadi Kerjaya
v4)Memupuk semangat setia kawan
1-Menjamin kesihatan diri
• Bersukan dapat menjamin kesihatan diri seseorang individu kerana ia
merupakan aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental individu
tersebut. Peluh dan toksik dalam badan dapat dirembes keluar dengan
melakukan aktiviti bersukan dalam tempoh masa yang tertentu. Tahap kardio
seseorang juga akan bertambah baik serta berat badan yang ideal dapat
dicapai sekiranya individu tersebut konsisten dalam bersukan. Tambahan pula,
bersukan adalah langkah yang jelas dalam mengelak daripada penyakit-
penyakit yang kronik seperti obesiti. Sediakan payung sebelum hujan adalah
peribahasa Melayu yang sesuai dalam menggambarkan faedah bersukan
kepada masyarakat dari segi menjamin kesihatan diri.
2-Mengurangkan stress
• Selain itu, aktiviti sukan dapat membantu mengurangkan stress kerana mental
seseorang individu itu memerlukan aktiviti yang berbeza dengan kerjaya
mereka. Majoriti daripada pengamal sukan melakukan aktiviti ini di waktu
santai dan sebagai hiburan. Psikologi seseorang juga mendapat input yang
positif dengan bersukan dimana gelak tawa dan peluh terhasil daripada
keseronokan melakukan aktiviti bersukan. Dengan kemudahan teknologi hari ini,
ada dalam kalangan kita suka berjoging sambil mendengar radio atau rakaman
suara yang berkongsi maklumat dan membincangkan isu-isu semasa yang
dapat kita manfaatkan dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah, sambil
menyelam minum air dimana satu pekerjaan mendapat hasil yang lebih.
3-Menjadi Kerjaya
• Dalam pada itu, sukan juga mampu menjadi kerjaya seseorang. Sukan
berkemampuan menjadi sebuah industri yang mampu menarik pelaburan serta
menjadi hiburan kepada masyarakat. Sebagai contoh, sukan bola sepak di
benua Eropah dan sukan bola keranjang di Amerika Syarikat yang menjana
keuntungan daripada hak-hak penyiaran di televisyen dan media massa. Maka,
dengan latihan yang jitu dan bimbingan yang tepat, kita mampu untuk
melahirkan atlet-atlet yang bersaing di peringkat dunia seperti Datuk Lee
Chong Wei dan Azizulhasni Awang. Atlet yang bersaing di peringkat dunia
mampu mendapat habuan yang banyak sekiranya konsisten bertanding dan
menjuarai kejohanan yang disertai. Namun begitu, ramai yang mempersoalkan
kerjaya atlet ini hanya bertahan kurang daripada 10 tahun. Mereka sebenarnya
berpeluang besar dalam mencari kerjaya yang sesuai seperti menjadi jurulatih,
komentator sukan dan juga menyambung pelajaran dalam sains sukan
sekaligus dapat membantu dalam perkembangan industri sukan negara.
4-Memupuk semangat setia kawan
• Aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat setiakawan dalam diri masing-
masing. Di sini kita dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita telah
menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah lagi. Penglibatan seseorang
dalam aktiviti sukan secara berpasukan seperti permainan hoki dan bola jaring
dapat membentuk dan menambah nilai berpasukan dalam mencari kemenangan
ke atas pihak lawan. Sukan secara berpasukan memerlukan strategi dan
disiplin yang baik supaya apa yang ingin dicapai dapat dipraktikkan dengan
baik. Secara tidak langsung semangat setia kawan, kerjasama dan kekitaan
akan timbul dan menjadi senjata penting dalam mencapai kemenangan dalam
aktiviti sukan yang disertai. Tambahan pula, sukan dapat merapatkan hubungan
antara satu sama lain di mana perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan diraikan
dengan lebih baik demi tanah air yang tercinta.
4-Memupuk semangat setia kawan
• Aktiviti sukan juga mampu memupuk semangat setiakawan dalam diri masing-
masing. Di sini kita dapat lihat bahawa sistem pendidikan kita telah
menerapkan perkara ini sejak dibangku sekolah lagi. Penglibatan seseorang
dalam aktiviti sukan secara berpasukan seperti permainan hoki dan bola jaring
dapat membentuk dan menambah nilai berpasukan dalam mencari kemenangan
ke atas pihak lawan. Sukan secara berpasukan memerlukan strategi dan
disiplin yang baik supaya apa yang ingin dicapai dapat dipraktikkan dengan
baik. Secara tidak langsung semangat setia kawan, kerjasama dan kekitaan
akan timbul dan menjadi senjata penting dalam mencapai kemenangan dalam
aktiviti sukan yang disertai. Tambahan pula, sukan dapat merapatkan hubungan
antara satu sama lain di mana perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan diraikan
dengan lebih baik demi tanah air yang tercinta.
Kesimpulan Faedah
• Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh daripada masyarakat
dalam menyertai aktiviti-aktiviti bersukan. Tiada halangan untuk kita bersukan
pada hari ini kerana banyak infrastruktur sukan yang lengkap dan boleh
digunakan samada di waktu siang atau malam. Sekiranya hujan ataupun udara
di luar tidak sihat, kita mempunyai pilihan untuk melakukan aktiviti sukan di
gelanggang yang bertutup dan teduh daripada cuaca yang tidak menentu.
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud tiada halangan
jika kita berusaha mencari jalan dalam mencapai apa yang dikehendaki.
Marilah kita bersama-sama ringan tulang dalam menyertai aktiviti bersukan
serta menyumbang sesuatu dalam perkembangan sukan supaya lahir rakyat
sihat, otak cerdas. Kesihatan fizikal dan mental membentuk rakyat yang efektif
sekaligus mampu memacu negara menjadi lebih maju dan berdaya saing.
Majulah sukan untuk negara.
Rumusan
• sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selaindaripada itu,
dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum.Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana
ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan
pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya.
• Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat
individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya
saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa
senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan
kerjasama antarabangsa.