The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurizzatidiyannah, 2022-05-28 05:21:24

BENDERA MALAYSIA

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

BENDERA

MALAYSIA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

Isi Kandungan

PERKARA MUKA SURAT

a) Pengenalan Ahli Kumpulan 1
b) Sejarah Bendera Malaysia 2
c) Sejarah Reka Bentuk Bendera 3
d) Sejarah Nama Jalur Gemilang 4
e) Maksud Warna dan Lambang pada 5-6
Bendera Malaysia
f) Kepentingan Bendera Malaysia

g) Cara Menghormati Bendera 7
h) Akta Bagi Melindungi agar 8 - 10
Penggunaan Jalur Gemilang Dihormati 11 - 12
dengan Sewajarnya
i) Susunan Bendera Malaysia dan

Negeri-Negeri Mengikut Protokal

i) Langkah Memupuk Rasa Cinta Pada 13
Bendera Malaysia

j) Rujukan 14


15

Pengenalan Ahli Kumpulan

NURASYURAH BINTI NURUL FAZLINA BINTI
MOHAMAD ZOLKEFLI AHMAD

23DBT21F2045 23DBT21F2020

NUR IZZATI DIYANNAH NURAFIQAH ADRIANA
BINTI AZLAN BINTI ZAIRULHISHAM

23DBT21F2023 23DBT21F2015

1

Sejarah Jalur Gemilang

Pada 1948, Majlis Raja-Raja dengan

kerjasama Majlis Perundangan

Persekutuan telah mengadakan

pertandingan mereka cipta bendera

peringkat kebangsaan dan seramai 373

karyawan telah mengambil bahagian.

Pada 15 November 1949, hanya tiga reka

bentuk yang Berjaya dipilih ke peringkat

akhir dan ciptaan Encik

Mohamed bin Hamzah yang merupakan arkitek Jabatan Kerja Raya
Negeri Johor telah dipilih sebagai pemenang kerana telah mendapat
majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23
Februari 1950.

Setelah mengalami beberapa fasa perubahan reka bentuk, King
George VI pada 19 Mei 1950 telah memberikan kelulusan. Pada 26 Mei
1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor.

Pertama kali bendera Malaysia secara rasmi dinaikkan dan
dikibarkan ialah pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring
dengan berkumandangnya lagu “Negaraku”. Bendera Persekutuan
Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna
merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik
sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963.

2

Sejarah Reka Bentuk Bendera

Gabungan unsur bendera Johor dan

juga umbul-umbul merah putih yang

berasal dari Pataka Gula Kepala iaitu

lambang kerajaan Majapahit di Jawa.

Oleh kerana sejarah Majapahit yang

terkenal sebagai kerajaan maritim

yang hebat, lambang tersebut

dipakai secara meluas di Nusantara

oleh pelaut dan masih digunakan

oleh tentera laut Indonesia

Satu jalur untuk setiap negeri atau

penempatan. Manakala, bintang kuning

dan bulan sabit mewakili pemerintahan

beraja kesultanan negeri-negeri, dan

agama negeri-negeri. Warna merah

"canton" melambangkan Perlindungan

British dan pemilihan warna merah,

putih, biru mengaitkan Persekutuan

dengan Komanwel. Pada 19 April 1950, Majlis

Perundangan Persekutuan telah

bersetuju untuk menukarkan jalur

biru kepada merah, Kanton merah

kepada Kanton biru dan bintang

berbucu lima digantikan dengan

bintang berbucu sebelas, sebagai

tanda jumlah negeri yang terdapat

dalam Persekutuan Tanah Melayu

pada ketika itu.

3

Pada jam 11.58 di Dataran Nama diusulkan pegawai dari
Merdeka, Kuala Lumpur 31 Jabatan Muzium Negara dan
Antikuiti, Redzuan Tamin
Ogos 1997 sempena
sambutan 40 tahun dalam satu peraduan
kemerdekaan negara, Tun Dr. membabitkan pihak tertentu ini
Mahathir Mohammad Perdana
Menteri Malaysia ketika itu berjaya menewaskan 28
telah mengukir sejarah dengan cadangan antaranya, Malaysia
mengumumkan nama baharu Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga
bagi bendera Malaysia iaitu
sebagai "Jalur Gemilang". Merah dan sebagainya.

Sejarah Nama Jalur Gemilang

JALUR - kerana Bendera GEMILANG - bermaksud
Malaysia yang mempunyai 14 bercahaya, terang-benderang
jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera dan cemerlang. Oleh yang
Malaysia menggambarkan satu demikian Bendera Malaysia Jalur
haluan yang lurus, hala tuju Gemilang memberi pengertian
yang sama dan arah yang sama
yang dianuti oleh rakyat negara bahawa jalur atau bendera itu
ini dari Perlis hingga ke Sabah melambangkan kecemerlangan
dalam menuju kegemilangan
negara Malaysia dan rakyat
bangsa dan negara. Malaysia dalam mengharungi
apa bidang kehidupan sekali pun

dan untuk menaikkan imej
negara sama ada di dalam atau

di luar negara. .

4

Maksud Warna dan Lambang Pada Bendera
Malaysia

Bulan & Bintang Bintang Pecah Warna kuning
14 Anak Bulan &
melambangkan
agama islam menunjukkan Bintang

sebagai agama perpaduan 13 melambangkan raja-
persekutuan
negara. negeri dan 1 raja melayu dan agama

wilayah. islam sebagai agama

persekutuan.







Warna Biru Warna Merah Warna Putih

melambangkan melambangkan betapa menunjukkan kesucian dan
perpaduan rakyat beraninya rakyat kemurahan hati rakyat
Malaysia dalam
Malaysia. Malaysia yang pelbagai

mengharungi pelbagai kaum.
cabaran hidup demi
negara tercinta.

5

PANTONE MATCHING SYSTEM(PMS)

WARNA ASAS Warna Berdasarkan Pantone Matching

C:100 M:100
System(PMS)
M:100 199

2768

Y:100 108

6

Kepentingan Bendera Malaysia

Bendera bukan sekadar sebidang kain yang diwarnakan
dengan warna serta lambang tertentu tanpa sebarang nilai

dan makna.

Alat simbolik untuk menyampaikan makna untuk mengidentifikasi
suatu kelompok atau kawasan tertentu dan 41 simbol kuat yang

dapat menyatukan kita sebagai sebuah warganegara

Memudahkan bagi membentuk rasa kesatuan kalangan kita dan dalam
masa yang sama juga, mampu memancing emosi marah jika berlaku

penghinaan terhadap Jalur Gemilang.Walaupun kita berbeza kepercayaan
agama, budaya dan etnik, namun Jalur Gemilang merupakan identiti negara

kepunyaan bersama.

Tanpa perpaduan yang jitu, rakyat Malaysia yang berbeza bangsa,
latar belakang dan agama akan mudah diprovokasi dan

dipecahbelahkan oleh pihak yang mempunyai kepentingan mereka
sendiri

Setiap warganegara mesti mempunyai usaha dan mengambil inisiatif untuk menjadi penjaga

Jalur Gemilang. Malah Jalur Gemilang boleh menjadi medium untuk membina perpaduan

yang kuat di samping dapat meneutralkan politik kebencian, polarisasi kaum dan

kesenggangan budaya yang nampaknya semakin meningkat dalam iklim hubungan sosial

semasa 7

Cara Menghormati Bendera

a) Sebagai Lambang Kebesaran dan Kedaulatan Negara

Orang awam yang memakai baju Orang awam yang kurang
upaya
melayu bersongkok

Hendaklah berdiri tegak Seeloknya duduk dalam
dengan kedua-dua belah keadaan kepala dan badan

tangan diluruskan ke ditegakkan jika
bawah dan sebaiknya berkemampuan, kedua-
digenggam kemas dan dua belah tapak tangan di

rapat ke badan. atas paha dan kaki
dirapatkan.

Orang awam yang memakai Orang awam yang memakai
pakaian bertopi(serta topi rasmi lain-lain pakaian

badan beruniform)

Topi tersebut mestilah Mestilah berdiri tegak
dengan kedua-dua

dibuka dan dipegang belah tangan

dengan tangan kanan diluruskan ke bawah
dan sebaiknya

serta diletakkan di
digenggam kemas
dada sebelah kiri. serta rapat ke badan.
Tangan kiri pula
diluruskan ke bawah 8

dan sebaiknya
digenggam kemas
serta rapat ke badan.

b)Sebagai Tanda Berkabung

pemasangan bendera separuh tiang

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atau
peristiwa-peristiwa tertentu akan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
bagi pihak kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri-
negeri berkenaan. Terdapat beberapa situasi atau peristiwa yang
melibatkan pengibaran bendera separuh tiang antaranya seperti:


Kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri

Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Raja Permaisuri

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan isteri-isteri
YAB Perdana Menteri /Pemangku Perdana Menteri




9

c)Sebagai Tanda Menghormati Jenazah

Bendera Sebagai Tanda Menghormati
Jenazah

Bendera Malaysia boleh digunak
an untuk menutup keranda di

dalam Istiadat Pengebumian Negara. Penggunaannya adalah
sebagai satu tanda penghormatan terakhir negara terhadap
individu berkenaan yang telah berjasa kepada negara. Selain
daripada itu, bendera Malaysia juga boleh digunakan untuk


menutupkeranda individu-individu tersebut:

Duta-duta Malaysia yang meninggal di luar negara.

Anggota tentera dan polis yang meninggal semasa bertugas.


Membawa pulang jenazah rakyat Malaysia yang meninggal di

luar negara yang ditentukan oleh kerajaan.

10

AKTA BAGI MELINDUNGI AGAR PENGGUNAAN JALUR
GEMILANG DIHORMATI DENGAN SEWAJARNYA




AKT[AKA19W3-ALLAAMNBMAENMGPKAEMBAERN]G10S9A4AN•Ms•ekakdeknoiespalaabe-lhamannjhyaagaanrsnnaaagkdapaibnrsneeadtmrbilidapiitsawakkdamainmnseeakrekdenlaeapdnbraieiddhynaaiag6rnadi gbnpaurlmmmelaemanhmniasdablia-etsmunneaasaderntikdoaaaeruansnydndmaagaralaasndetma/ilba-pmamienwarampnaneahiatr-/tRlmupaMbaem1unr0bihan0aat0nangh:



( [ M E N C E G AAHKPTEAN GA 1G5U2 N5 -A LAANMTBI DAANKG WD AA NJ ANRA] Mp iAn d a a n 2 0 1 7b o•Alm-aekmtathaaenudra4uidsp1ma4iapabkesniaetnaknkj aasiannyr akeddtkniaveai3nndpdudebainayggaygaaaninnngtttgei ikmmaatenipndloadadhkakeun3nmkgapteaanel enhnsbuaesnimesh,ukkibsaeadytdhueuuaanaknre-5iddsbbauaualaraihrnphiaynaaawgdngaai t



AKTA A152 5- LAMBANG D AN NAMA J A R ]
MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WA
[
pindaan 2017
emkesds-lyeaemesrbneuiiprah5uaitpdubRaaaMkkheAa2asnk0awt0laaaa0kh4tmaaa1at4nkapneubsaedeondumklgaeispaay-hennedadntnuijiaaasi3nnnar dyadbdaikiivgataikandnanupntteeiykdmanaeanpnngmoddhbmaea3enthligtaadaankanhukuk
s an
n,




11

HAK MENGIBARKAN JALUR GEMILANG



Setiap rakyat berhak mengibarkan bendera iaitu jalur gemilang
dengan syarat atau panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan
kesalahan protokol ketika bendera dikibarkan. Hal ini kerana, bendera
merupakan lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat
dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa,

agama dan ibu pertiwi. Oleh itu, penggunaan bendera dan
penghormatan ke atasnya adalah sebagai satu simbol nasionalisme

FAKTOR YANG MENGELAKKAN KESALAHAN PROTOKOL

MASA TEMPAT
SAIZ BENDERA
SUSUNAN BENDERA
SEKIRANYA MELEBIHI SATU

JENIS BENDERA



12

SUSUNAN BENDERA MALAYSIA DAN NEGERI-NEGERI
MENGIKUT PROTOKOL

13

Langkah Memupuk Rasa Cinta Pada
Bendera Malaysia

Untuk memupuk semangat rasa cinta terhadap bendera Malaysia,
kita perlu menghadirkan sifat sayang dan cinta terhadap negara.
Terdapat beberapa cara untuk memupuk perasaan itu dalam setiap

insan di negara ini.



Antaranya ialah dengan mewujudkan rasa patriotik dalam diri. Cara
untuk mewujudkan perasaan patriotisme dalam diri ialah dengan

menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan. Sebagai contoh, pada hari
Merdeka, akan diadakan sambutan di Dataran Merdeka untuk

menyambut bersama dengan rakyat-rakyat Malaysia. Hal ini dapat
menghadirkan perasaan cinta apatah lagi apabila mengibarkan

bendera Malaysia bersama-sama dan juga dapat menimbulkan rasa
hormat pada bendera kita.



Selain daripada itu, dengan menyertai kempen-kempen berkaitan
dengan menyayangi bendera Malaysia kita dapat menghayati dan
menghadirkan rasa sayang dan hormat pada bendera Malaysia dan

negara.



Peranan ibu bapa juga penting dalam hal ini. Ibu bapa perlu
memainkan peranan yang tinggi dalam memupuk rasa cinta dan
hormat pada bendera Malaysia. Misalnya, dengan menceritakan

tentang sejarah-sejarah Malaysia.

14

RUJUKAN

Bendera Malaysia Jalur Gemilang:Maksud Warna Dan Lambang.
(2022) .https://www.mysumber.com/bendera-malaysia-

BENDERA KITA (JUN 2017). JALUR GEMILANG.
https://www.pmo.gov.my/wp-
content/uploads/2019/12/bendera_kita_jalur_gemilang_2017_upscale
.pdf

jalur-gemilang.(2019).htmlhttps://www.pmo.gov.my/wp-
content/uploads//12/bendera_kita_jalur_gemilang_2017_upscale.pdf

Ipendidikan.my. 2022. Langkah Memupuk Semangat Patriotik Dalam

Kalangan Masyarakat. [online] Available at:

<https://www.ipendidikan.my/langkah-memupuk-semangat-

patriotik.html> [Accessed 28 May 2022].

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN
MALAYSIA. (2017). MyGOV - The Government of Malaysia’s Official
Portal. Https://Www.Malaysia.Gov.My/. Retrieved May 26, 2022, from
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/138?language=my

15


Click to View FlipBook Version