Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) SURUHANJAYA turut memainkan peranan dalam usaha membantu meringankan kesan peningkatan kos sara hidup dan tekanan inflasi khususnya terhadap barangan asas dan juga memastikan jaminan bekalan makanan dan barangan kepada rakyat yang terkesan. Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) adalah sebuah program yang merentas kementerian dan agensi yang bermatlamat mengimbangi bebanan ekonomi yang dihadapi rakyat. SURUHANJAYA telah diberi tanggungjawab sebagai penganjur tempatan oleh agensi pelaksana iaitu KUSKOP di dalam PJMKM melibatkan tiga (3) buah negeri iaitu Perak (59 DUN), Selangor (56 DUN) dan Pahang (42 DUN) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 157 Dewan Undangan Negeri (DUN)yang terlibat. Programiniyang bermula pada 19 Ogos2022telahmemberi manfaat kepada 446,822 orang. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah: i. Membantumeringankan beban perbelanjaan keperluan harian; ii. Menanganikadarkenaikan Inflasi; dan iii. Membantu komuniti setempat mendapatkan barangan keperluan harian asas dengan harga murah dan berpatutan dengan penjimatan sehingga 20% (barangan terpilih sahaja). Program Jihad Tangani Inflasi Sektor Pembangunan 49
Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) Suruhanjaya juga turut memberi tumpuan kepada pelajarpelajar universiti seramai 589,870 yang memulakan semester baharu pertengahan Oktober 2022. Program JMKMSiswa ini telah dilancarkan oleh YB Menteri KUSKOP bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 16 Oktober2022. Program ini dilaksanakan di 14 premis perniagaan koperasi di Universiti Awam (UA). Premis iniyang beroperasi sama ada di dalam kawasan kampus atau di luar kampus menyediakan keperluan pelajar pada harga yang lebih kompetitif. JMKMSiswa di koperasi ini mendekatkan golongan pelajar terhadap barangan keperluan. Seramai 92,625 orang pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini. Program JMKMSiswa ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh pelajar di kalangan B40 yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi. Program ini juga dapat mempromosikan peranan Suruhanjaya dan Gerakan Koperasi dalam membantu membangunkan sosioekonomi negara serta pertumbuhan ekonomi gerakan koperasi di kalangan pelajar yang berada Universiti Awam (UA). Sektor Pembangunan 50
Program Jualan Harga Patut Koperasi (JHP) telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya bermula sejak daripada tahun 2019 lagi. Program ini merupakan inisiatif KUSKOP melalui Suruhanjaya bagi meringankan beban masyarakat yang terdiri dari golongan isi rumah mengikut kumpulan pendapatan B40 dan M40 untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan asas. Objektif pelaksanaan JHP adalah: i. Membantu menanganikossara hidup rakyat termasuk anggota koperasi (terutama golongan B40 dan M40) yang semakin meningkat dan terjejas; ii. Menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian di antara 5% hingga 20% berbanding harga pasaran; iii. Mensasarkan lebih ramai penerima manfaat yang terdiri dari kalangan anggota koperasi dan masyarakat setempat; dan iv. Meningkatkan pendapatan koperasi seterusnya dapat meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dengan faedah yang diterima daripada koperasi. Nilai jualan sebanyak RM16 juta telah direkodkan yang merangkumi 174 buah koperasiyang mengambil bahagian dalam program ini. Program Jihad Tangani Inflasi Sektor Pembangunan 51
PRESTASI SEKTOR KOPERASI Pendapatan Sektor Pemborongan Dan Peruncitan Sehingga 31 Disember 2022, sektor ini telah mencatatkan nilai pendapatan sebanyak RM1.55 bilion. Butiran pendapatan bagi sektor ini adalah seperti berikut: Pendapatan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani Suruhanjaya komited dalam membantu usaha Kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan negara melalui penglibatan koperasi dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Sehingga 31 Disember2022,sebanyak172koperasi telah terlibatsecara khusus dalam sektor ini yang meliputi aktiviti penternakan, perikanan, tanaman dan pembekalan input pertanian. Suruhanjaya juga telah mengambil inisiatif dan tindakan bagi meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor ini termasuk menyediakan pembiayaan modal pusingan khas untuk agromakanan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta. Koperasi yang layak, boleh memohon pembiayaan sehingga RM3 juta bagi mengembang atau memperluaskan projek berkaitan pengeluaran makanan pertanian utama (upstream), pemprosesan atau pengilangan agromakanan atau aktiviti hiliran makanan lain; Suruhanjaya juga memperkasa sektor ini melalui penubuhan Federasi Koperasi Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia Berhad yang didaftarkan pada 1 April 2021 bertujuan untuk menggembleng sumber modal, kepakaran, kemahiran dan tenaga profesional yang dimiliki oleh koperasi pertanian bagi melaksanakan aktiviti pada skala yang lebih besar dan menguasai aktiviti di sepanjang rantaian bekalan. Sehingga 31 Disember 2022, Federasi Koperasi ini mempunyai lima (5) Koperasi anggota dengan modal syer sebanyak RM70,000. Antara aktiviti Federasi ini adalah khidmat nasihat dalam bidang pertanian untuk manfaat anggota. Suruhanjaya juga mengadakan kerjasama strategik dengan Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan (KPKM) untuk mengoptimumkan potensi sumber, khidmat nasihat teknikal dan pembangunan kapasiti. Kerjasama strategik ini antaranya bertujuan menyokong transformasi dan pemodenan projek pertanian oleh sektor koperasi yang akan menyumbang kepada keterjaminan pengeluaran makanan negara. Program kerjasama ini melibatkan 12 projek pertanian koperasi pada tahun 2022 seperti tanaman fertigasi, penternakan dan pemasaran hasil pertanian. Sektor Pembangunan 52
Program Mentoring & Coaching (M&C) – Fertigasi Koperasi mentor yang dilantik ialah Koperasi Bintang Makmur Berhad manakala sembilan (9) koperasi menti telah dilantik di bawah program ini. Program ini berkesan meningkatkan potensi koperasi untuk menceburi projek pertanian secara fertigasi. Mengikut perjanjian program, koperasi mentor yang dilantik perlu menyelesaikan programini dalamtempoh 18 bulan. Namun demikian, pelaksanaan program tidak dapat diadakan mengikut tempoh yang dirancangkan akibat kekangan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)yang berkuatkuasa pada ketika itu. Pendapatan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani Sehingga 31 Disember 2022, sektor ini telah mencatatkan nilai pendapatan sebanyak RM0.12 bilion. Butiran pendapatan bagi sektor ini adalah seperti berikut: 2021 bertujuan untuk menggembleng sumber modal, kepakaran, kemahiran dan tenaga profesional yang dimiliki oleh koperasi perladangan bagi melaksanakan aktiviti pada skala yang lebih besar. Sehingga 31 Disember2022,Federasi Koperasi ini mempunyai 21 Koperasi anggota dengan modal syer sebanyak RM63,000. Antara aktiviti Federasi ini adalah khidmat nasihat perladangan, pemudahcara pengambilan pekerja asing serta membangun ladang contoh untuk menfaat anggota. Program Mentoring & Coaching (M&C) – Pengurusan Ladang Koperasi Ladang Berhad telah dilantik sebagai koperasi mentor di bawah Program Mentoring & Coaching (M&C) – Pengurusan Ladang pada 24 Julai2020. Dua buah koperasi iaitu KoperasiWarisan Pegawai-pegawai Hutan Melayu Perak Berhad dan Koperasi Serbaguna Kebangsaan Berhad telah dipilih sebagai menti program. Mengikut perjanjian program, koperasi mentor yang dilantik perlu menyelesaikan program ini dalam tempoh 18 bulan. Namun demikian, pelaksanaan program tidak dapat diadakan mengikut tempoh yang dirancangkan akibatkekangan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada ketika itu. Perjalanan program ini tetap diteruskan secara terancang dan komitmen semua pihak adalah baik apabila negara memasuki fasa pemulihan. Program M&C ini telah memberi impak jelas kepada pemulihan plot ‘terabai’ di ladang menti di samping peningkatan hasil sebanyak purata 10%. Sokongan koperasi terlibat dalam pelaksanaan program adalah baik dan program ini telah ditamatkan pada 14 Oktober 2022 dengan jayanya. Sektor Perladangan Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengukuh dan memantapkan peranan koperasi dalam sektor ini. Antaranya adalah mengadakan kerjasama strategik dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Antara isu dan cabaran koperasi yang terlibat dalam Sektor Perladangan adalah isu berkaitan untuk mendapatkan pekerja. Masalah kekurangan tenaga kerja ladang telah menjejaskan kutipan Buah Tandan Segar (BTS) dan perolehan Koperasi. Mengikut rekod Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC), sehingga 31 Disember 2022 sebanyak 165 koperasi telah berjaya memiliki Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) melibatkan keluasan tanaman seluas 65,407.57 hektar. Suruhanjaya juga memperkasa sektor ini melalui Federasi Koperasi Perladangan Berhad yang telah didaftarkan pada tahun Sektor Pembangunan 53
Pendapatan Sektor Perladangan Sehingga 31 Disember 2022, sektor ini telah mencatatkan nilai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion. Butiran pendapatan bagisektor ini adalah seperti berikut: Suruhanjaya juga memperkasa sektor ini melalui Federasi Koperasi Pelancongan Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad yang didaftarkan pada tahun 2021 bertujuan untuk menggembleng sumber modal, kepakaran, kemahiran dan tenaga profesional yang dimiliki oleh koperasi bagi melaksanakan aktiviti pada skala yang lebih besar. Sehingga 31 Disember 2022, Federasi Koperasi ini mempunyai 23 Koperasi anggota dengan modal syer sebanyak RM35,000. Antara aktiviti Federasi ini adalah khidmat nasihat dan promosi pakej pelancongan milikkoperasi anggota. Program Mentoring & Coaching (M&C) – Pembangunan dan Pengurusan Pakej/ Produk Pelancongan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad telah dilantik sebagai koperasi mentor di bawah Program Mentoring & Coaching (M&C)– Pembangunan dan Pengurusan Pakej/ Produk Pelancongan pada 26 Mac 2020. Mengikut perjanjian program, koperasi mentor yang dilantik perlu menyelesaikan program ini dalam tempoh 18 bulan. Namun demikian, pelaksanaan program tidak dapat diadakan mengikut tempoh yang dirancangkan kerana kekangan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)yang berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, koperasi mentor ini kekal komited dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan pelaksanaan program setelah negara memasuki fasa pelan pemulihan. Melalui Program M&C ini sebanyak 10 koperasi telah terlibat dalam pelaksanaan program ini pada tahun 2022. Modul dan Standard Operating Procedure (SOP) bagi pelaksanaan Projek Pengedaran Bahan Pembinaan (Hardware) juga telah disediakan dan memberi manfaat kepada koperasi berkaitan. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Sektor ini merupakan sektor yang paling terjejas berikutan penularan pandemik Covid-19 pada tahun 2020 - 2021. Pelaksanaan PKP yang menghadkan pergerakan orang ramai sama ada pelancong dari dalam mahupun luar negara telah menjejaskan lagi perniagaan koperasi dalam sektor ini. Penutupan sempadan negara dan sekatan rentas daerah/negeri telah membantutkan aktiviti perhotelan, homestay, ejen pelancongan dan perkhidmatan bas dan teksi yang dijalankan oleh koperasi. Pembatalan tempahan bilik, tiket dan perkhidmatan bas serta teksi merupakan antara faktoryangmenyebabkan perniagaan koperasimengalamikerugian. Program Mentoring & Coaching (M&C) – Farmasi KoperasiFarmasi Komuniti Kelantan Berhad telah dilantik pada Ogos 2020 dengan mengenal pasti koperasi menti melalui pelaksanaan fasa pemilihan iaitu bermula dengan menawarkan tawaran melalui taklimat pengenalan perniagaan farmasi dan menemuduga menti. Sebanyak 7 koperasi telah menyertai program ini. Sebagaimana ditetapkan dalam Standard Operating Procedure (SOP) bagi program M&C, tempoh 18 bulan merupakan jangka matang program. Walau bagaimanapun, program hanya dimulakan oleh Koperasi Mentor pada Ogos 2020. Ini kerana arahan PKP yang telah berkuatkuasa seluruh Malaysia daripada kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Sektor Pembangunan 54
Pendapatan Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Sehingga 31 Disember 2022, Sektor ini telah mencatatkan nilai perolehan sebanyak RM0.23 bilion. Butiran pendapatan bagi sektor ini adalah seperti berikut: Program Mentoring & Coaching (M&C) – Projek Pengedaran Bahan Pembinaan (Hardware) Koperasi Keluarga Hj Zabir Kelantan Berhad telah dilantik sebagai koperasi mentor di bawah Program Mentoring & Coaching (M&C) – Pengedaran Alatan dan Bahan Binaan (Hardware) pada 9 Februari 2018. Mengikut perjanjian program, koperasi mentor yang dilantik perlu menyelesaikan program ini dalam tempoh 18 bulan. Namun demikian, pelaksanaan program tidak dapat diadakan mengikut tempoh yang dirancangkan kerana kekangan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, koperasi mentor ini komited dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan pelaksanaan program setelah negara ini masuk ke fasa pelan pemulihan. Melalui Program M&C ini sebanyak 11 koperasi telah terlibat dan menyokong pelaksanaan program ini pada tahun 2022. Program ini telah selesai dilaksanakan pada 4 Februari 2022. Modul dan Standard Operating Procedure (SOP) bagi pelaksanaan Projek Pengedaran Bahan Pembinaan (Hardware) juga telah disediakan dan memberi panduan kepada koperasi berkaitan. Pendapatan Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan Sehingga 31 Disember 2022, sektor ini telah mencatatkan nilai pendapatan sebanyak RM0.15 bilion. Butiran pendapatan bagi sektor ini adalah seperti berikut: PROFIL 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA TAHUN 2022 Pada tahun 2022, Laporan Am Gerakan Koperasi telah dimuktamad dan diterbitkan sebanyak dua (2) kali iaitu laporan interim sehingga Jun 2022 dan laporan tahunan sehingga Disember 2022. Laporan Interim telah diterbitkan pada September 2022 manakala laporan tahunan diterbitkan pada April 2023. Laporan perangkaan ini merupakan satu medium yang sangat berguna sebagai sumber rujukan kepada banyak pihakseperti pembuatkeputusan, perancang dasar, pihak Kementerian, pegawai Suruhanjaya, penyelidik dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan Sektor ini juga diberi tumpuan khususnya dalam mengukuh dan memantapkan peranan koperasi dalam sektor ini. Suruhanjaya sedang merancang untuk mengiktiraf sebuah kawasan yang dibangunkan oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad di Pulau Pinang sebagai COOP City. Status semasa projek ini adalah sedang mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Suruhanjaya juga memperkasa sektor ini melalui Federasi Koperasi Hartanah dan Industri Pembinaan Malaysia Berhad yang didaftarkan pada tahun 2021 bertujuan untuk menggembleng sumber modal, kepakaran, kemahiran dan tenaga profesional yang dimiliki oleh koperasi bagi melaksanakan aktiviti pada skala yang lebih besar. Sehingga 31 Disember 2022, Federasi Koperasi ini mempunyai 33 Koperasi anggota dengan modal syer sebanyak RM195,000. Antara aktiviti Federasi ini adalah agen jualan hartanah, khidmat nasihat teknikal dan bimbingan berkaitan sektor untuk manfaat anggota. Sektor Pembangunan 55
Perbandingan prestasi gerakan koperasi secara perangkaan mendapati bilangan koperasi telah meningkat sebanyak 3% iaitu dari 14,834 koperasi pada tahun 2021 kepada 15,315 koperasi pada tahun 2022. Keanggotaan juga telah meningkat dari 7.08 juta kepada 7.31 juta iaitu pada 3% peningkatan. Syer dan yuran mengalami peningkatan pada kadar 3% iaitu dari RM16.54 billion kepada RM16.98 billion. Dari segi asset, terdapat peningkatan pada kadar yang sama iaitu 3% daripada RM155 billion kepada RM160 bilion pada tahun 2022. Manakala peningkatan yang besar berlaku pada perolehan pada kadar20%iaitu dari RM38 billion kepada RM46 bilion. Gerakan koperasi terus mencapai ke tahap yang lebih cemerlang walaupun terkesan dengan beberapa kekangan ekonomi dan era perubahan arus perniagaan yang semakin mencabar dan dinamik. Pada tahun 2022, sebanyak empat (4) koperasi telah dikategorikan sebagai koperasi premier dimana koperasi ini telah berjaya mengekalkan kedudukan carta lima (5) koperasi terbaik selama tiga (3) tahun berturut-turut. Kedudukan koperasi di peringkat premier dijadikan sebagai penanda aras dan ikon bagi gerakan koperasi di Malaysia. Pencapaian 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia pada 2022, menyaksikan 78 koperasi masih mengekalkan kedudukan dalam senarai tahun lepas disaingi oleh 18 koperasi yang menempatkan kembali diri ke dalam senarai sejak lima tahun lepas di samping empat (4)koperasi baru yang turut terpilih ke dalam senarai. Koperasi yang mewakili sektor perkhidmatan kewangan iaitu fungsi kredit tetapmengunggulicarta sebanyak 45 koperasi. Koperasi fungsi perkhidmatan pula diwakili oleh sebanyak 19 koperasi manakala fungsi pengguna dan fungsi pertanian menempatkan sebanyak 14 dan 12 koperasi. Pada kali ini, koperasi fungsi pengangkutan tersenaraisebanyaktujuh (7)koperasi diikuti dua (2)koperasi fungsi perumahan dan satu (1)koperasi fungsi pembinaan. Anugerah Koperasi Terbaik 2022 juga telah diadakan sempena Hari Koperasi Negara 2022 yang diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre pada Julai2022yang menyenaraikan sepuluh (10) anugerah yang diterima oleh koperasi dan tokoh. Anugerah Koperasi Terbaik boleh dijadikan sebagai penanda aras kepada koperasi-koperasi lain untuk berusaha meningkatkan imej, peningkatan aktiviti dan pengurusan berkualiti agar setara atau menjadi sebuah koperasi yang lebih cemerlang dan mendapat kedudukan yang lebih baikserta boleh dicalonkan sebagai penerima anugerah bagi tahun mendatang. Sektor Pembangunan 56
Indeks bagimengukurkesejahteraan anggota koperasi telah bermula sejaktahun 2018 dikenali sebagai Indeks Gerakan Koperasi Malaysia (IGKM). Ia kemudian telah dijenamakan semula pada tahun 2021 sebagai Indeks Kesejahteraan Anggota Koperasi (IndeKA). Indeks ini merupakan penanda aras kepada tahap kesejahteraan anggota berkoperasi. Laporan bagi IndeKA telah diterbitkan pada tahun 2022 dimana Skor IndeKA bagi tahun 2021 ialah 75 iaitu berada ditahap memuaskan. Skor ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2018 iaitu pada tahap sederhana dengan skor 70. Secara keseluruhan, gerakan koperasi di Malaysia sedaya upaya mengikut arus perkembangan perniagaan semasa dengan adanya koperasi mencuba bidang perniagaan baru yang mempunyai daya saing dan semakin banyak koperasi yang semakin menunjukkan kualiti pengurusan dan perniagaan yang lebih mantap disamping dapat mencapai kedudukan koperasi terbaik di Malaysia. Semoga dengan peningkatan yang dapat dilihat melalui data perangkaan dan penyelidikan yang dijalankan menerusi kajian dan penerbitan indeks ini memberikan batu loncatan yang lebih gemilang kepada gerakan koperasi amnya. PENGURUSAN KUMPULAN WANG AMANAH Selaras dengan seksyen 41 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665], Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) bertanggungjawab memegang dan mentadbir kumpulan wang berikut: (i) Kumpulan Wang Operasi; (ii) Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi; (iii) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi; (iv) Kumpulan Wang Likuiditi Pusat; (v) Kumpulan Wang Pusat Koperasi; (vi) Akaun Pelikuidasian Koperasi; (vii) Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi; (viii) Akaun Deposit Koperasi; dan (ix) Tabung Kebajikan Pegawai Suruhanjaya. Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) ditubuhkan di bawah perenggan 57(2)(a) Akta Koperasi 1993 dan ditadbir mengikut Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi) 2010 bagi tujuan untuk membiayai program berkaitan pendidikan dan pempromosian gerakan koperasi. Sumber KWAPd hendaklah terdiri daripada caruman koperasi yang memperoleh keuntungan bersih teraudit tahun semasa melebihi RM50,000 (tidak termasuk koperasi sekolah), derma dan pemberian oleh pihak ketiga dan hasil pelaburan yang dibuat menggunakan KWAPd. Arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bilangan 2 Tahun 2021 bertarikh 13 April 2021 memperuntukkan mulai tahun kewangan berakhir31 Disember2021, tiap-tiap koperasi(tidaktermasukkoperasi sekolah)yang memperoleh untung bersih teraudit RM50,000 ke atas hendaklah membayar kepada KWAPd pada kadar dua peratus (2%) daripada untung bersih teraudit. Caruman KWAPd pada tahun 2022 meningkat 15% berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah keseluruhan RM53,297,151. Usaha Kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia melalui pelaksanaan beberapa dasar dan inisiatif turut memberi impak positif kepada gerakan koperasi. Pembukaan aktiviti perniagaan secara meluas pada tahun 2022 tanpa sekatan seiring dengan dasar pemulihan ekonomi telah melonjakkan perolehan koperasi yang seterusnya meningkatkan caruman KWAPd. Sektor Pembangunan 57
Arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bilangan 2 Tahun 2021 bertarikh 13 April 2021 memperuntukkan mulai tahun kewangan berakhir31 Disember2021, tiap-tiap koperasi(tidaktermasukkoperasi sekolah)yang memperoleh untung bersih teraudit RM50,000 ke atas hendaklah membayar kepada KWAPd pada kadar dua peratus (2%) daripada untung bersih teraudit. Caruman KWAPd pada tahun 2022 meningkat 15% berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah keseluruhan RM53,297,151. Usaha Kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia melalui pelaksanaan beberapa dasar dan inisiatif turut memberi impak positif kepada gerakan koperasi. Pembukaan aktiviti perniagaan secara meluas pada tahun 2022 tanpa sekatan seiring dengan dasar pemulihan ekonomi telah melonjakkan perolehan koperasi yang seterusnya meningkatkan caruman KWAPd. KWAPd menyokong usaha Kerajaan dalam membantu masyarakat menangani kos sara hidup dengan pelaksanaan program Jualan Harga Patut di samping Program Tanggungjawab Sosial (CSR). KWAPd juga membiayai aktiviti bagi tujuan mempertingkatkan pendidikan koperasi melalui program latihan yang dilaksanakan oleh IKMa. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb) ditubuhkan dan ditadbir menurut perenggan 57(2)(b) Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi) 2010 bagi faedah dan pembangunan pergerakan koperasi. Sumber KWAPb hendaklah terdiri daripada caruman koperasi yang memperoleh keuntungan bersih teraudit tahun semasa melebihi RM50,000 (tidak termasuk koperasi sekolah), derma dan pemberian oleh pihak ketiga dan hasil pelaburan yang dibuat menggunakan KWAPb. Arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bilangan 2 Tahun 2021 bertarikh 13 April 2021 memperuntukkan mulai tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, tiap-tiap koperasi (tidak termasuk koperasi sekolah) yang memperoleh untung bersih teraudit RM50,000 ke atas hendaklah membayar kepada KWAPb pada kadar satu peratus (1%) daripada untung bersih teraudit. Pada tahun 2022, Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran bagi mengharungi pemulihan ekonomi, kesejahteraan hidup rakyat dan kelangsungan perniagaan. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan merupakan antara usaha untuk memulihkan ekonomi Malaysia. Sektor koperasi juga diberi keutamaan dalam proses pemulihan ekonomi Malaysia melalui beberapa langkah strategi yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Impaknya, sektor koperasi menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan meneruskan pelaksanaan aktiviti perniagaan bagi menjana perolehan kepada koperasi. Peningkatan caruman KWAPb pada tahun 2022 menjadi antara indikator perkembangan penjanaan perolehan sektor koperasi. Caruman KWAPb pada tahun 2022 meningkat 15% berbanding tahun 2021 atau keseluruhan berjumlah RM26,636,538. Peruntukan KWAPb pada tahun 2022 memfokuskan kepada pelaksanaan agenda memperkasakan gerakan koperasi dalam usaha memacu pemulihan dan mentransformasikan ekonomi koperasi berteraskan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi PEMULIH dan PEMERKASA dan perkhidmatan digital bersepadu berpandukan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021–2025. Programprogram khusus dan bersifat nasional juga diteruskan pada tahun 2022 sempena dengan Sambutan 100 Tahun Koperasi 1922–2022. Kumpulan Wang Likuiditi Pusat Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (KWLP) diwujudkan di bawah seksyen 42 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 dan ditadbir selaras dengan Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Kumpulan Wang Likuiditi Pusat) 2010 bagi tujuan untuk memberi sokongan likuiditi kepada koperasi yang mengalami kekurangan likuiditi luar biasa atau tidak disangka. Mana-mana koperasi yang dikehendaki oleh Suruhanjaya untuk mencarum dalam KWLP hendaklah mencarum sejumlah wang caruman atau apa-apa kadar caruman sebagai suatu peratusan modal syer, modal langganan, aset atau tanggungannya. Jumlah caruman KWLP yang diterima pada tahun 2022 daripada 26 koperasi adalah RM330,332,517 atau meningkat 1% berbanding tahun sebelum. Dana ini boleh digunakan bagi tujuan memberi pembiayaan kepada koperasi yang layak dan mengalami kekangan likuiditi. Bagi tahun kewangan 31 Disember 2022, Jawatankuasa KWLP telah mengesyorkan pengagihan pulangan atas caruman sebanyak 1% daripada jumlah caruman koperasi atau RM1,980,699. Kumpulan Wang Pusat Koperasi Kumpulan Wang Pusat Koperasi (KWPK) ditubuhkan menurut subseksyen 75(8) Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-Peraturan Koperasi 2010. Dana KWPK adalah wang lebihan daripada koperasi yang telah dibatalkan pendaftaran dan selepas dua (2) tahun dari tarikh pengeluaran notis tentang selesainya pelikuidasian disiarkan Sektor Pembangunan 58
dalam Warta sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 79(3) dan 79(4) Akta Koperasi 1993. Sumber KWPK juga termasuk apa-apa pendapatan daripada deposit atau pelaburan daripada KWPK. Fungsi KWPK boleh digunakan bagi tujuan membeli tanah dan bangunan serta faedah dan pembangunan pergerakan koperasi. Jumlah dana KWPK yang diuruskan adalah RM19,298,589. KWPK memperuntukkan RM2 juta kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi selaras dengan Peraturan-Peraturan Koperasi (Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi)2010. Akaun Pelikuidasian Koperasi Akaun Pelikuidasian Koperasi (APK) diwujudkan di bawah subseksyen 75(7) Akta Koperasi 1993 dan ditadbir berdasarkan peraturan 35 Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 bagi tujuan untuk menyimpan wang koperasi-koperasi yang telah dibubarkan sementara menunggu pembahagiannya kepada benefisiaribenefisiari mengikut suatu skim yang memerlukan kelulusan Suruhanjaya selaras dengan subseksyen 75(7) Akta Koperasi 1993. Jumlah dana yang diuruskan di bawah Akaun Pelikuidasian Koperasi sehingga 31 Disember 2022 adalah RM22,261,696. Dana ini merupakan hasil daripada pencairan aset-aset koperasi yang dalam pelikuidasian sebelum skim pembahagian aset dilaksanakan dan penamatan kerja-kerja pelikuidasian diwartakan. Selaras dengan seksyen 79(4) Akta Koperasi 1993, apa-apa baki wang sesuatu koperasi yang tinggal di dalam APK selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran notis dalamwarta hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Pusat Koperasi. Sektor Pembangunan 59
MEMPERKUKUH DAYA TAHAN KOPERASI MELALUI PERUNDANGAN DINAMIK SEKTOR KAWAL SELIA
SEKTOR KAWAL SELIA Sektor Kawal Selia MEMPERKUKUH DAYA TAHAN KOPERASI MELALUI PERUNDANGAN DINAMIK Tahun 2022 cukup bermakna buat seluruh warga koperasi dalam menzahirkan rasa bangga, meraikan sambutan 100 tahun kewujudannya. Sektor koperasi terus diterima dan kekal relevan sebagai nadi pembangunan sosioekonomi Negara secara inklusif serta memperluas keupayaan masyarakat untuk menyertai dan mendapat faedah daripada aktiviti ekonomi koperasi secara saksama. Bagi memastikan gerakan koperasi terus berkembang serta berdaya maju ke arah mencapai objektif pembangunan sosioekonomi Negara, sistem perundangan dan struktur tadbir urus koperasi yang sedia ada sentiasa diberi perhatian supaya seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa. Suruhanjaya, dalam menggalakkan kestabilan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan, meletakkan keutamaan dalam mengukuhkan asas perundangan bagi mengawasi ekosistem koperasi, melaksanakan rangka kerja penyeliaan yang berkesan dan meningkatkan penelitian terhadap rangka kerja sedia ada. PENGUKUHAN RANGKA KERJA PERUNDANGAN DAN PENYELIAAN Pindaan peruntukan Akta Koperasi 1993 [Akta 502] pada tahun 2021 telah mengukuhkan perundangan koperasi dalam menyokong pemulihan dan transformasi ekonomi koperasi yang mampan. Semakan dan pindaan Akta 502 ini telah mengambil kira peranan koperasi dalam aspek: (a) penciptaan kekayaan (wealth creation); (b) kemudahan bagi menjalankan aktiviti ekonomi (ease of doing business); dan (c) keterangkuman (inclusiveness) dalam menangani kos sara hidup anggota, tanpa menjejaskan prinsip dan nilaikoperasi. Perundangan baharu ini dengan jelas memperuntukkan di bawah seksyen 5 [Akta 502] pengurangan bilangan minimum anggota kepada 20 orang untuk mendaftarkan koperasi bagi memastikan elemen keperluan bersama (common needs) dipenuhi. Ia memberi manfaat dan peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mendaftarkan koperasi. Pindaan ini, seperti yang dijangka memberikan implikasi positif apabila sebanyak 2,064 permohonan prapendaftaran koperasi diterima sepanjang tahun 2022. Peningkatan jumlah permohonan prapendaftaran ini adalah 10% (1,609) lebih tinggi berbanding tahun 2021. Daripada jumlah ini sebanyak 898 koperasi atau 43% telah berjaya didaftarkan dan ia merupakan peningkatan sebanyak 3% berbanding tahun 2021. Akta 502 turut membenarkan agar pendaftaran koperasi dengan jumlah minimum lima (5) orang bagi koperasi tertentu. Secara kumulatif, bilangan koperasi berdaftar bagi tahun 2022 adalah sebanyak15,315. JUMLAH PENDAFTARAN KOPERASI MENGIKUT NEGERI TAHUN 2022 BILANGAN KOPERASI BERDAFTAR MENGIKUT NEGERI TAHUN 2022 62
Sektor Kawal Selia undang-undang kecil koperasi ini melibatkan pertambahan aktiviti untuk lebih dinamik dan pelbagai, peluasan kawasan operasi dan pemantapan tadbir uruskoperasi. Penzahiran Koperasi Yang Tulen, Berkualiti dan Vibrant Selaras dengan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Koperasi serta mengambil kira kepentingan Prinsip Koperasi ke 5 iaitu pendidikan, latihan dan maklumat, Suruhanjaya telah mengambil inisiatif untuk menerapkan identiti, nilai dan prinsip koperasi dalam kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi (JAD) melalui pendidikan dan latihan. Sebagai tambahan, Bidang Tujahan Ke 3 Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 (TransKoM) turut menggariskan keperluan untuk melahirkan modal insan berpengetahuan, berinovasi, berintegriti dan berdaya maju yang merupakan komponen utama dalam memacu kecemerlangan koperasi. Justeru, GP5: Garis Panduan Menghadiri Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Untuk Menghadiri Modul Wajib Pendidikan dan Latihan diperhalusi dan ditambah baik pada tahun 2022 dengan menekankan elemen berikut: (a) Keutuhan Jati Diri; (b) Perundangan Koperasi; (c) Pengurusan dan Tadbir Urus; dan (d) Tatacara Pengauditan dan Perakaunan. Suruhanjaya dalam usaha memperkukuh dan memperkemaskan tadbir urus serta pengurusan koperasi, memberi perhatian terhadap kriteria kejujuran, reputasi dan integriti peribadi, keupayaan dan kompeten serta integriti kewangan calon ALK. Ia dilaksanakan melalui tatacara penentusahan bagi pelantikan atau pelantikan semula ALK sepertimana kehendak subseksyen 43(2) [Akta 502]. Pada tahun 2022, sebanyak 104 koperasi telah ditentukan oleh Suruhanjaya untuk diberi penentusahan kriteria layak dan sesuai bagi calon ALK yang melibatkan seramai 684 calon pelantikan baharu atau pelantikan semula ALK. Pelaksanaan penentusahan ini meletakkan satu piawaian kesusilaan dan akauntabiliti dalam kalangan ALK untuk menggalas peranan dan fungsi profesionalisme bagi memacu perkembangan koperasi. Dalam menjamin kestabilan dan keharmonian sektor koperasi, Suruhanjaya terus mempergiat usaha dan menggembleng tenaga bagi memastikan serta meningkatkan pematuhan koperasi ke atas keperluan perundangan melalui kelulusan di bawah peruntukan Akta 502 seperti berikut: Dalam pada masa yang sama juga, Suruhanjaya sentiasa prihatin dalam menggalakkan koperasi untuk sentiasa mengkaji peruntukan undang-undang kecilnya selaras kehendak dan keperluan pekembangan perniagaannya. Pada tahun 2022, sebanyak 636 permohonan pindaan undang-undang kecil koperasi telah didaftarkan oleh Suruhanjaya. Secara purata, permohonan pindaan Lonjakan pertumbuhan pendaftaran koperasi ini turut disumbang melalui penelitian tatacara pendaftaran yang memudahkan masyarakat awam untuk mendaftarkan koperasi. GP12: Garis Panduan Berkenaan Pendaftaran Koperasi dikuatkuasakan pemakaiannya bermula tahun 2022 dalammeningkatkan kecekapan Suruhanjaya bagi memproses dan meluluskan permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, di samping memberi galakan kepada masyarakatsupayamenjalankan aktiviti perniagaanmelaluikoperasi seterusnya menyokong hasrat Kerajaan untuk meningkatkan sumbangan koperasi dalam pertumbuhan ekonomi Negara. STATISTIK PENDAFTARAN KOPERASI BAGI 3 TAHUN PRESTASI PENDAFTARAN KOPERASI BAGI 3 TAHUN 63
(a) pembentukan subsidiari di bawah subseksyen 19(1); (b) pembiayaan/kemudahan kredit kepada subsidiari di bawah subseksyen 19(2); (c) pelaburan wang dan program usahasama (joint venture) di bawah subseksyen 54(2); (d) pelaburan dalam pembelian harta tak alih di bawah seksyen 54A; (e) kemudahan pembiayaan daripada bukan anggota (pembiayaan luar) di bawah perenggan 50(1)(e); dan (f) aktiviti lain yang memerlukan kelulusan Suruhanjaya di bawah Akta, peraturan dan garis panduan. Pendekatan Penyeliaan Mengikut Keutamaan Dalam Memperkukuh Daya Tahan Koperasi Bagi memastikan tadbir urus Co-opbank yang lebih efektif dan efisien, Suruhanjaya memberi tumpuan dalam mengukuh piawaian tadbir urus dan pengurusan risiko Co-opbank, selaras dengan polisi kehematan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya. GP 11: Garis Panduan Penubuhan dan Pengendalian Co-opbank (Pindaan) 2019 telahmenetapkan elemen dan piawaian kehematan (compliance with required prudential standards) dalam memastikan pengurusan dan operasi Co-opbank Pertama adalah mematuhi semua prosedur dan polisi pengurusan risiko serta nisbah kehematan yang ditetapkan oleh BNM. Suruhanjaya turut sentiasa memberi tumpuan kepada kecekapan dalam penyeliaan ke atas koperasi dengan lebih tersasar dan berstruktur. Rangka Kerja Penyeliaan Penilaian Risiko Koperasi (PRISKOP) diberi penekanan pada tahun 2022yangmerupakan polisi dan instrumen penyeliaan bersasar ke atas pengoperasian aktiviti perniagaan koperasi untuk memastikan kelestarian (sustainability) aktiviti utama koperasi. PRISKOP menekankan langkah pemeriksaan yang dilakukan secara berstruktur dan tersusun bermula dari langkah penentuan aktiviti utama koperasi, kemudian melalui proses penilaian risiko yang terperinci sehinggalah ke peringkat pelaporan dan tindakan intervensi. Pada tahun 2022, Suruhanjaya telah melaksanakan penyeliaan bersasar melalui PRISKOP ke atas empat (4)koperasikredit dalam kalangan koperasikluster besar. Koperasi menghadapi cabaran perniagaan yang mendedahkan koperasi kepada risiko kewangan dan operasi. Suruhanjaya sentiasa membantu mengesan dan menilai risiko sektor koperasi terus menumpukan usaha dalam mengesan isu penyeliaan di peringkat negeri sebagai “early warning system” seterusnya menganalisis prestasikoperasi melalui penyata terauditkoperasi. Memandangkan pada tahun 2021 Negara masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendekatan pemeriksaan secara offsite telah dilaksanakan ke atas 18 buah koperasi menerusi kaedah FLAE yang berdasarkan komponen Struktur Kewangan (F), Kecairan (L). Aset (A) dan Perolehan (E) bagimenilaikedudukan koperasisebelum koperasi tersebut dikenal pasti untuk dilaksanakan penyeliaan bersasar melalui PRISKOP bagi tahun 2022. Koperasi berkluster besar dan sederhana telah dianalis semula menggunakan kaedah Zskor yang bertujuan mengukur daya tahan kewangan sesebuah koperasi. Pegawai Penyelia di peringkat negeri menggunakan dapatan penilaian risiko ini bagi mensasarkan pemulihan koperasi dan tindakan penyelesaian kepada isu berbangkit. Di samping itu, penyeliaan Suruhanjaya turut terarah kepada semakan dan penilaian ke atas penggunaan dan pelaksanaan projek koperasi yang dibiayai oleh geran bantuan yang disediakan oleh Suruhanjaya. Aktiviti penilaian inimerupakan satu inisiatif penyeliaan projek koperasi secara curative yang menekankan kepada aspek pematuhan amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan projek koperasi. Bagi tahun 2022 sebanyak 185 koperasi yang telah menerima bantuan di bawah Program Supply Chain Empowerment For Co operatives (SCOPE), Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer) dan Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi telah dipantau dan dibuat penilaian oleh Suruhanjaya. MEMPERKUKUH KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELALUI PEMERKASAAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN Suruhanjaya komited dalam melaksanakan usaha berterusan ke arah meningkatkan tadbir urus yang baik serta memantapkan integriti dan akauntabilitikoperasisecaramenyeluruh dan konsisten. Suruhanjaya menyediakan ekosistem perundangan berkesan dan kondusif dalam memperkukuh kepercayaan masyarakat kepada gerakan koperasi. Sektor Kawal Selia 64
Kecekapan Pengurusan Aduan Suruhanjaya sentiasa peka kepada keluhan dan rintihan masyarakat serta sentiasa bersedia menerima pelbagai jenis aduan daripada anggota koperasi termasuk orang awam berhubung hak ehwal dalam gerakan koperasi Pendekatan “No Wrong Door Policy” yang menjadi prinsip utama Suruhanjaya membolehkan masyarakat mengemukakan aduan dan sebarang maklum balas dalam bentuk cadangan penambahbaikan kepada Suruhanjaya. Pada tahun 2022, sebanyak 97% aduan telah diselesaikan daripada 344 aduan yang diterima. Pengukuhan Tindakan Penguatkuasaan dan Perundangan Bagi aduan yang mempunyai elemen kelemahan tadbir urus, pemeriksaan dijalankan di bawah seksyen 64 Akta 502 bagi menambah baik ketelusan, kecekapan dan keberkesanan koperasi dalammenjalankan operasinya seterusnyamembantumeningkatkan keyakinan anggota koperasi dan masyarakat. Bagi tahun 2022 sebanyak 10 Kertas Pemeriksaan (KP) telah dibuka berbanding 11 KP tahun 2021. JUMLAH ADUAN TAHUN 2018 HINGGA 2022 JUMLAH ADUAN TAHUN 2018 HINGGA 2022 Hasil pemeriksaan di bawah seksyen 64 Akta 502 membolehkan Suruhanjaya mengeluarkan Perintah Bertulis di bawah seksyen 67 Akta 502 (Tindakan Pembetulan) dan tindakan Punitif di bawah seksyen 69 Akta yang sama. Sepanjang tahun 2022, Suruhanjaya telah mengeluarkan enam (6) pewartaan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] berhubung Perintah Koperasi (Pengambilalihan Kawalan) (Pelantikan), Perintah Koperasi (Pengambilalihan Kawalan) (Pelantikan Semula), Perintah Koperasi (Pengambilalihan Kawalan) (Penamatan Pelantikan) dan Perintah Koperasi (Pengecualian). Suruhanjaya juga menjalankan penyiasatan di bawah seksyen 45 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665] terhadap koperasi bagi memastikan kecurangan dalam tadbir urus koperasi dapat dibendung. Tindakan penyiasatan yang dijalankan ini adalah bagi tujuan pendakwaan dan kompaun. Sebanyak 219 Kertas Siasatan (KS) telah dibuka sepanjang tahun 2022. Keberkesanan Suruhanjaya menjalankan siasatan terbukti apabila 106% atau 233 kes berjaya disiapkan dalam tahun semasa. PEMERIKSAAN SELESAI TAHUN 2018 HINGGA 2022 Sektor Kawal Selia 65
Tahun 2022 turut menyaksikan 78 Kertas Siasatan juga telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk izin kompaun dikeluarkan bagi kes strict liability terhadap koperasi atas kegagalan mengadakan mesyuarat agung, mengaudit akaunnya, mengemukakan minit mesyuarat agung serta senarai Lembaga kepada Suruhanjaya dan keskeskesalahan Akta 502 yang lain. Suruhanjaya juga bertanggungjawab dalam urusan kompaun hasil daripada siasatan yang djalankan. Tindakan kompaun ini bukanlah suatu punitif bahkan untuk memastikan koperasi bergerak mengikut perundangan yang ditetapkan dan dalam masa yang sama memberi pendidikan dan pengajaran kepada gerakan koperasisecara kolektif. Tribunal Koperasi menawarkan sebuah sistem keadilan yang mesra pengguna sekaligus menjadi medium utama kepada koperasi untuk mendapatkan keadilan. Pada tahun 2022, jumlah keseluruhan kes berdaftar adalah 824 kes termasuk 553 kes yang belum selesai yang dibawa dari tahun 2021. Jumlah kes baharu pada tahun 2022 ialah sebanyak 1,377 kes. Daripada jumlah ini,sebanyak70 (5%)kestelah didaftarkan di bawah subseksyen 82(1) Akta 502 dan 1,307 (95%) kes telah didaftarkan di bawah subseksyen 82(2) Akta yang sama. Daripada bilangan ini sebanyak 46 atau 66% kes di bawah subseksyen 82(1) Akta 502 dan sebanyak 1,102 atau 84% di bawah subseksyen 82(2) Akta yang sama telah berjaya diselesaikan. Disamping tindakan perundangan, Suruhanjaya terusmelaksanakan langkah komprehensif dan proaktif melalui program kesedaran dan pendidikan berkaitan pematuhan perundangan koperasi bukan sahaja kepada para koperator malah meliputi setiap lapisan masyarakat. Tribunal Koperasi Pemangkin Keadilan, Ketelusan dan Perlindungan Lanskap ekosistem gerakan koperasi dilengkapkan dengan penubuhan Tribunal Koperasi di bawah seksyen 82 Akta 502 bermula tahun 1998.Tribunal ini berfungsi untukmendengar danmenentukan apa-apa pertikaian di bawah subseksyen 82(1) dan 82(2) Akta 502. TAWARAN KOMPAUN DARI TAHUN 2018 HINGGA 2022 JUMLAH KUTIPAN KOMPAUN TAHUN 2018 HINGGA 2022 Peningkatan pemfailan pertikaian dan kes Tribunal ini menggambarkan kecekapan pengurusan serta pengukuhan kepercayaan masyarakat terutamanya koperator terhadap Tribunal Koperasi khususnya dalam melindungi hak anggota koperasi di Malaysia. PRESTASI KES TRIBUNAL KOPERASI TAHUN 2020 HINGGA 2022 PERBANDINGAN JUMLAH KES DIDAFTARKAN DAN DISELESAIKAN DALAM TAHUN 2020 2022 Sektor Kawal Selia 66
MEMPERKASA INTEGRITI PENYATA KEWANGAN KOPERASI Suruhanjaya terus memperkukuh pemantauan dan penyeliaan dalam memastikan maklumat kewangan gerakan koperasi yang disedia dan dilaporkan adalah berkualiti dan berintegriti. Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, usaha berterusan melalui pengauditan ke atas penyata kewangan koperasi telah dijalankan sepertimana kehendak di bawah seksyen 60 Akta Koperasi 1993. Penggunaan Teknologi Dalam Penyediaan Maklumat Kewangan Koperasi Kluster Kecil dan Mikro Dalam era pendigitalan, Suruhanjaya sentiasa menggalakkan penggunaan teknologi di kalangan koperasi terutamanya dalam penyediaan penyata kewangan koperasi bagimemastikanmaklumat kewangan yang kemaskini dan berintegriti. Bagi mengatasi isu penyenggaraan akaun dan pematuhan seksyen 58 Akta 502 dalam kalangan koperasi kecil dan mikro, Sistem Easy Coop telah dibangunkan secara dalaman sebagai kaedah alternatif dalam penyediaan penyata kewangan secara komprehensif melalui perekodan terimaan dan bayaran. Dalam tahun 2022, pelaksanaan program Training of Trainers (ToT) Sistem Easy Coop telah disempurnakan kepada pegawai-pegawai Suruhanjaya di seluruh Malaysia yang akan bertindak sebagai tenaga pengajar kepada koperasi. Berdasarkan rekod pengauditan, jumlah keseluruhan koperasi yang layak diaudit bagi tahun 2022 adalah sebanyak 8,170 koperasi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,273 (65%) akaun koperasi telah berjaya diaudit berbanding 4,805 (54%) akaun koperasi dalam tahun sebelumnya. Prestasi keseluruhan ini adalah impak daripada keberkesanan program program penyeliaan dan pengauditan akaun koperasi yang dilaksanakan secara bersepadu di peringkat wilayah, negeri dan ibu pejabat. Strategi Meningkatkan Prestasi Audit dan Integriti Penyata Kewangan Koperasi Pada tahun 2022, sebahagian besar usaha telah dilakukan secara agresif untuk meningkatkan prestasi pengauditan dan memperkasakan integriti penyata kewangan koperasi dengan menumpukan kepada beberapa strategi berikut: (a) memantau secara efektif ke atas pematuhan penyediaan dan pengauditan akaun koperasi melalui kaedah penyeliaan secara bersepadu; (b) menyedia bantuan kewangan kepada koperasi kecil dan mikro yang mempunyai masalah tunggakan audit melalui Program Bantuan Perakaunan dan Pengauditan Koperasi (PAKAR); (c) memberikan tumpuan pengauditan oleh juruaudit Suruhanjaya ke atas koperasi baru serta koperasi kluster kecil dan mikro yang kurang berkemampuan; (d) menggalak penggunaan teknologi dalam penyediaan penyata kewangan koperasi kluster kecil dan mikro iaitu Sistem Perakaunan Koperasi iaitu Easy Accounting System for Cooperative Societies (Easy Coop); dan (e) mengembangkan pendekatan Program Pemerkasaan Akaun Koperasi (PKASA) yang seragam dan berskala kecil di peringkat negeri dan wilayah. Selain pengauditan ke atas koperasi kluster kecil dan mikro, Suruhanjaya turut melaksanakan pengauditan secara bersasar ke atas 11 koperasi kluster besar dan sederhana dalam tahun 2022. Suruhanjaya merekodkan peningkatan kutipan fi audit sebanyak RM1 juta atau 43% dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM3 juta (2021: RM2 juta). Peningkatan prestasi kutipan fi audit yang ketara ini disebabkan pelaksanaan program kutipan ke atas fi audit yang tertunggak dan pertambahan bilangan akaun koperasi yang diaudit dalam tahun 2022. PENGAUDITAN AKAUN KOPERASI TAHUN 2020 - 2022 KUTIPAN FI AUDIT SURUHANJAYA TAHUN 2020 - 2022 Sektor Kawal Selia 67
Mulai bulan Oktober 2022, Sistem Easy Coop ini juga telah mula digunapakai secara seragam dalam pelaksanaan Program Pemerkasaan Akaun Koperasi (PKASA) yang dijalankan di peringkat negeri dan wilayah. Secara keseluruhan, sebanyak 89 program PKASA telah dilaksanakan dalam tahun 2022 dengan penyertaan 1,446 koperasi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044 atau 72% akaun telah berjaya ditutup dan sedia untuk diaudit. Memperkukuh Program Pemantauan ke Atas Juruaudit Swasta Suruhanjaya juga bertanggungjawab untuk memberi kelulusan mengaudit akaun koperasi di bawah subseksyen 61(1) Akta Koperasi 1993kepada mana-mana orang yang layak dan berwibawa untuk mengaudit akaun koperasi. Pada tahun 2022, sebanyak 238 permohonan telah diterima oleh Suruhanjaya merangkumi 17 permohonan baru manakala 221 permohonan lagi adalah pembaharuan kelulusan mengaudit. PROGRAM PEMERKASAAN AKAUN KOPERASI MANUAL EASY COOP https://www.skm.gov.my/index.php/en/pusatmedia/galerimedia/easycoop TRAINING OF TRAINERS (TOT) SISTEM EASY COOP Sektor Kawal Selia 68
PEMBERIAN KELULUSAN DIVIDEN, HONORARIUM DAN SYER BONUS Berdasarkan jumlah tersebut,sebanyak218 permohonan telah diberi kelulusan dengan hasil kutipan berjumlah RM46,000. Suruhanjaya terus menggalakkan mana-mana firma juruaudit yang berdaftar dengan Suruhanjaya untuk sama-sama membantu mengaudit penyata kewangan koperasi. Suruhanjaya sentiasamemantau kualiti pengauditan yang dijalankan oleh juruaudit swasta. Sehubungan itu, semakan ke atas kertas kerja pengauditan juruaudit swasta telah dilaksanakan terhadap 19 juruaudit yang merangkumi 8% daripada 247 juruaudit swasta yang berdaftar. Hasil daripada semakan tersebut, Suruhanjaya boleh mengambil tindakan ke atas juruaudit swasta melalui surat peringatan, surat tunjuk sebab, temuduga khas dan sehingga menggantung atau membatalkan kelulusan mengaudit akaun yang telah diberikan kepada juruauditswasta sepertiyang diperuntukkan dalam subseksyen 61(3) Akta 502. Selain itu, pemantauan juga dilaksanakan melalui semakan ke atas penyata kewangan koperasi yang diaudit oleh juruaudit swasta bagi tujuan pemberian Pandangan Suruhanjaya di bawah subseksyen 59(2) Akta 502. Antara pandangan ke atas penyata kewangan koperasi adalah ketidak patuhan terhadap pematuhan perundangan koperasi, kesilapan pengiraan pembahagian berkanun dan persembahan akaun yang tidakselaras dengan GP23: Garis Panduan Pelaporan Penyata Kewangan Koperasi. Suruhanjaya juga telah membuat semakan ke atas 304 penyata kewangan koperasi yang diaudit oleh juruaudit swasta dalam tahun 2022. Ini juga merupakan pendekatan yang dilaksanakan Secara keseluruhannya, Suruhanjaya telah memberi kelulusan dividen sebanyak RM524 juta kepada 988 koperasi yang melambangkan kepada keuntungan yang konsisten dapat diperoleh daripada aktiviti perniagaan koperasi yang seterusnya memberi manfaatkepada anggota koperasi. oleh Suruhanjaya dalam memastikan pelaporan penyata kewangan koperasi adalah telus, berinformasi dan berintegriti dalammembantu proses perancangan dan membuat keputusan yang tepat oleh koperasi. Pemberian Kelulusan Dividen, Honorarium dan Syer Bonus Koperasi Bagi melaksanakan mandat Suruhanjaya seperti mana termaktub di dalam Akta 665 bagi memastikan kestabilan kewangan dan kemampanan sektor koperasi, Suruhanjaya bertanggungjawab memantau peruntukan berkaitan pengurusan kewangan koperasi seperti mana ditetapkan oleh Akta 502 bagi peruntukan berikut: (a) pembayaran dividen bagi koperasi yang menggunakan mana mana sumber di bawah perenggan 57(5)(b); (b) pembayaran dividen melebihi kadar 10% dan koperasi yang diiktiraf sebagai co-opbank sebagaimana Arahan Suruhanjaya Bilangan 1 Tahun 2011; (c) pembayaran dividen bagi koperasi yang mempunyai kerugian terkumpul di bawah subseksyen 57(8); (d) pembayaran honorarium di bawah perenggan 57(5)(c); dan (e) penerbitan syer bonus di bawah subseksyen 55(1) dan perenggan 57(1B)(b). Sektor Kawal Selia 69
Suruhanjaya telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Bahagian Syariah khusus bagi meningkatkan kecekapan pemantauan dan pematuhan syariah terhadap koperasiyang terlibat disamping menyokong fungsi penyeliaan Suruhanjaya dengan lebih berkesan dan efisien. Justeru, Suruhanjaya memainkan peranan penting dalam penyelidikan dan pengawasan berterusan ke arah pengukuhan dan pemantapan pematuhan syariah koperasi agar koperasi sentiasa berada dalam arus ekonomi islam semasa. Sebagai badan berautoriti yang mengawal selia perjalanan operasi Ar-Rahnu yang dijalankan oleh koperasi, Arahan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bilangan 2 Tahun 2022 dikeluarkan pada 23 November 2022 sebagai panduan kepada koperasi dalam memastikan pematuhan prinsip-prinsip syariah dalam menjalankan aktiviti Ar-Rahnu. Rangka kerja pengawalseliaan yang dinamik dan berhemat dirangka di samping menambah baik arahan dan garis panduan syariah dari semasa ke semasa dan memastikan gerakan koperasi terus bergerak secara progresif seiring dengan industri kewangan islam yang lain. PENUTUP Suruhanjaya komited akan terus mendukung mandat dalam memastikan penyeliaan dan pengawasan yang berterusan melalui kerangka perundangan yang dinamik, progresif dan relevan sejajar pertumbuhan, daya tahan dan kemampanan sektorkoperasi. PEMBERIAN KELULUSAN DIVIDEN DAN HONORARIUM TAHUN 2020-2022 Sektor Kawal Selia 70
TRANSFORMASI MODAL INSAN KEMAMPANAN KUALITI PENGURUSAN SEKTOR PENGURUSAN
PENGENALAN Pembentukan modal insan yang kompeten, berpengetahuan dan berintegriti dalam menjalankan tugas merupakan fokus dalam Pelan Strategik Suruhanjaya Pemantapan Modal Insan. Selaras dengan terasstrategikini pelbagai program pembangunan sumber manusia dirancang dan dilaksanakan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkualiti. Pembangunan Teknologi Maklumat (ICT) telah memberi perubahan dalam landskap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan yang mana Suruhanjaya mengadaptasikan penggunaan teknologi secara atas talian. Kemudahan dan ruang kerja yang kondusif telah meningkatkan prestasikerja pegawai serta imej Suruhanjaya. Suruhanjayamemastikan perbelanjaan dan hasil pendapatan di urus dengan baik dan berhemat. Pelaksanaan Kajian Audit utama (KAU) telah dilaksanakan sebagai satu kaedah kawalan dalaman untuk memastikan tadbir urus Suruhanjaya mengikut serta mematuhi prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa serta mencegah amalan rasuah dikalangan warga Suruhanjaya. PERANCANGAN TENAGA MANUSIA DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI Selaras dengan visi Suruhanjaya sebagai peneraju kecemerlangan koperasi, komitmen dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan modal insan berkualiti adalah penting dalam membangunkan gerakan koperasi. Program pembangunan sumber manusia dirancang dan dilaksanakan selaras dengan Pelan Strategik Suruhanjaya untukmelahirkanwarga kerja yang kompeten, profesional dan berintegriti. Kajian perjawatan sentiasa dijalankan untuk memastikan struktur Suruhanjaya mempunyai keupayaan dalam melaksanakan peranannya dengan berkesan. Maklumat perjawatan sehingga 31 Disember2022 adalah seperti berikut:- Pada tahun 2022 sejumlah 97 pegawai kontrak telah dilantik bagi memastikan operasi Suruhanjaya berjalan dengan baik. SEKTOR PENGURUSAN PERJAWATAN BERDASARKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN Sektor Pengurusan JUMLAH PERJAWATAN 2022 Jadual 1: Maklumat Perjawatan Sehingga 31 Disember 2022 72
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Suruhanjaya Tahun 2021 telah diadakan pada 5 Julai 2022 bertempat di Dewan MAKSAK, Presint 14, Putrajaya. Seramai 80 orang warga Suruhanjaya telah terpilihmenerima APC sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap prestasi kerja yang cemerlang serta sumbangan dalam perkhidmatan. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Haji Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2021. PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN Pengurniaan Darjah Kebesaran dianugerahkan kepada pegawai Suruhanjaya yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas pembangunan gerakan koperasi dan sumbangan di luar tugas rasmi. Tahun 2022 seramai tiga (3) orang pegawai Suruhanjaya dianugerahkan Darjah Kebesaran. JASAMU DIKENANG Sepanjang tahun 2022,seramai32 orang pegawai Suruhanjaya telah menamatkan perkhidmatan sama ada bersara wajib, bersara pilihan atau telahmeninggal dunia. Suruhanjaya merakamkan penghargaan atas sumbangan jasa bakti pegawai sepanjang berkhidmat di Suruhanjaya. DATO’ HAJI ZAZALI BIN HARON Pengerusi Eksekutif Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) ENCIK LIEW LIUK CHIM Pengarah SKM Cawangan Negeri Sarawak Dikurniakan Ahli Bintang Sarawak(A.B.S) ENCIK MOHD FIRDAUS BIN SHAARI Pengarah SKM Cawangan Negeri Melaka Dikurniakan Bintang CemerlangMelaka (B.C.M) Sektor Pengurusan Majlis Clock Out Jadual 2: Maklumat Pegawai Kontrak Sehingga 31 Disember 2022 Jadual 3: Maklumat Pegawai Bersara Wajib atau Bersara Pilihan sehingga 31 Disember 2022 73
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA [HRMIS] HRMIS merupakan sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompentesi bermula daripada proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan sehingga penamatan pegawai. Pengurusan HRMIS di Suruhanjaya telah mencapai prestasiyang baik. Tahun 2022 Suruhanjaya telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM155,613,582 seperti berikut : PENGURUSAN KEWANGAN Sejak tahun 2008 sehingga 2022, Suruhanjaya telah memperolehi sijil audit bersih berturut-turut yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara di atas pengurusan kewangan yang cekap dan telus. Penyata kewangan Suruhanjaya yang disediakan mematuhi piawaian Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) serta tatacara kewangan kerajaan. Peningkatan pendapatan sebanyak 32% pada tahun 2022 adalah daripada pelunasan Geran Kumpulan Wang Covid-19 PEMULIH sebanyak RM20,515,866 berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM2,460,649 dan peningkatan Pulangan Pelaburan dari RM3,891,928 kepada RM5,167,330. Jadual 4: Sumber data untukrajah 1 Sektor Pengurusan 74
Rajah 2: Perbandingan Pendapatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tahun 2021 dan 2022 Sejumlah RM140,388,928 telah dibelanjakan meliputi emolumen, program pembangunan, perkhidmatan dan pembekalan dan lain-lain. Jadual 5: Sumber data untukrajah 1 dan 2 Sektor Pengurusan 75
Rajah 3: Pecahan Perbelanjaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tahun 2022 Rajah 5: Perbandingan Perbelanjaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tahun 2021 dan 2022 Rajah 4: Perbandingan Pecahan Perbelanjaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi tahun 2021 dan 2022 Sektor Pengurusan 76
Tahun 2022, Suruhanjaya telah memperuntukan cukai pendapatan sebanyak RM2,810,184 sebagai tanggungjawab pembayar cukai, terdapat peningkatan sebanyak 18% dari tahun sebelumnya. Sehingga kini, jumlah terkumpul bagi pembayaran cukai pendapatan oleh Suruhanjaya sejak tahun 2013 adalah berjumlah RM13,280,405 yang disumbangkan untuk hasil negara. Suruhanjaya telah menerima pengiktirafan muzakki sebagai tanda penghargaan kepada para muzakkir iaitu pengeluar zakat di Selangor yang bersama-sama dengan ada Lembaga Zakat Selangor menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan. Pihak pengurusan Suruhanjaya memberikan komitmen tinggi dalam meneruskan programwakalah agihan zakat dan sumbangan kepada asnafyang layak. Majlis penyerahan plak dariLZS kepada SKM Plak Muzakki Jadual 6: Sumber data untukrajah 3 dan 4 Sektor Pengurusan 77
LATIHAN DAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN BAGI PENINGKATAN KAPASITI MODAL INSAN Program latihan kakitangan yang dilaksanakan secara terancang mampumemberi impak positifkepada Suruhanjaya terutamanya dari segi pembangunan modal insan bagi jangka masa panjang. Setiap kakitangan perlu dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan bersesuaian yang berteraskan pembangunan kompetensi serta pembelajaran berterusan. Ia adalah penting dalam memastikan modal insan Suruhanjaya berilmu, berintegriti dan berkemahiran selaras dengan transformasike arah kecemerlangan. Tahun 2022, Suruhanjaya telah melaksanakan 98 program dan latihan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 juta berbanding 102 program latihan pada tahun 2021. Seramai 622 orang kakitangan telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan sepanjang tahun (melebihi 60%). Latihan dan pembelajaran dilaksanakan dengan beberapa kaedah seperti latihan secara hands on dan amali serta Training of Trainers (TOT). Bagi meningkatkan pemantapan jati diri kakitangan Suruhanjaya, Persidangan Pegawai-Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2022 telah diadakan pada 1 hingga 4 September 2022 di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka melibatkan 660 orang kakitangan Ibu Pejabat dan Negeri. Persidangan kali ini juga turut melibatkan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya dalam sesi Townhall dan Seminar Hala Tuju Mengikut Sektor. Melalui platfom ini, dasar dan hala tuju Suruhanjaya dapat disampaikan secara terus kepada warga Suruhanjaya di samping memberi peluang untuk berinteraksi dengan AhliLembaga Pengarah secara bersemuka. PENINGKATAN KOMPETENSI PEGAWAI Modal insan yang celik minda dan berilmu pengetahuan merupakan aspek penting bagi melahirkan masyarakat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Justeru, Suruhanjaya sentiasa memberi galakan kepada kakitangannya untuk menambah ilmu pengetahuan dan melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. Tahun 2022, seramai sembilan (9) kakitangan telah diberi peluang melanjutkan pelajaran secara sepenuh atau separuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). MENAIKTARAF PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF Kemajuan kerja projek menaiktaraf prasarana pejabat dan kuarters Suruhanjaya telah berada di peringkat akhir pelaksanaannya. Sebanyak 22 buah projek telah siap sepenuhnya dan mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) oleh agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR). Jadual 7: Maklumat Pegawaiyang Melanjutkan Pengajian Sektor Pengurusan 78
PENSTRUKTURAN RUANG KERJA MENARA SURUHANJAYA Objektif pelaksanaan projek susun atur dan penstrukturan bilik-bilik dan ruang kerja di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah merupakan inisiatif dalam memastikan penempatan semula kedudukan bahagian-bahagian SKM Ibu Pejabat dan SKM Cawangan Wilayah Persekutuan di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari segi taburan pegawai mengikut waran dan ruang kerja. Peratus kemajuan kerja berakhir31 Disember2022 adalah seperti berikut: Rajah 1: Statistik pecahan peruntukan mengikut negeri dan wilayah Gambar2 : Perubahan sebelum dan selepas projek menaiktaraf pejabat SKM Wilayah Kuala Kangsar Perak Sektor Pengurusan Jadual 8: Maklumat Penstrukturan Ruang Kerja di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia 79
PENGUKUHAN SISTEM PENGURUSAN REKOD Suruhanjaya telah mengambil inisiatif dengan menaik taraf bilik pengurusan rekod dalam projek ubah suai Menara Suruhanjaya bagi fasa pertama dalam usaha untuk memastikan pematuhan dan pelaksanaan keatas semua Piawaian dan Prosedur Pengurusan Rekod Awam yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM). Suruhanjaya telah melaksanakan pelupusan rekod secara menyeluruh dengan melibatkan bahagian-bahagian di peringkat SKM Ibu Pejabat. Bengkel Pelupusan Rekod Awam Suruhanjaya telah diadakan pada 25 hingga 26 Januari2022 dengan kerjasama ANM dan hasil bengkel tersebut, sebanyak 5,300 fail rekod jabatan berjaya dilupuskan dengan kaedah pemusnahan rekod mengikut cara/prosedur yang digariskan oleh ANM dan pemindahan rekod ke Pusat Rekod ANM bagi rekod-rekod Suruhanjaya yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan yang boleh dijadikan rujukan untuk masa hadapan. MEMPERKASA PENGURUSAN ASET DAN STOR Dalam usaha memperkasakan dan memperkemaskan pengurusan aset Suruhanjaya, tatacara pengurusan aset yang terkandung di bawah Pekeliling Perbendaharaan 1PP (AM 2.1- 2.7) dan (AM 6.1-6.10) telah disemak semula meliputi aspek struktur pengurusan, kawalan, pemantauan dan perekodan aset alih Suruhanjaya. Terdapat keperluan untuk membuat pindaan melalui kandungan TPA dan TPS bagi mengikut kesesuaian ekosistem pengurusan sumber manusia dan struktur organisasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Melalui beberapa siri pelaksanaan bengkel, permukiman dan perbincangan oleh UPA sejak tahun 2018, beberapa penambahbaikan kepada kandungan TPA dan TPS dicadangkan untuk kelulusan bagi memantapkan TPS dan TPS Suruhanjaya secara keseluruhan. Gambar3: Pelaksanaan bengkel dan proses pelupusan fail rekod Jabatan di SKM Ibu Pejabat Sektor Pengurusan 80
Tatacara Pengurusan Aset dan Stor Suruhanjaya Koperasi Malaysia dipinda bagi mengikut kesesuaian ekosistem pengurusan sumber manusia dan struktur organisasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pemakaian Tatacara Pengurusan Aset dan Stor Suruhanjaya Koperasi Malaysia dikuatkuasakan bermula 3 Februari 2022 kepada semua unit pengurusan aset Pusat Tangungjawab (PTJ) di peringkat unit, bahagian dan negeri Suruhanjaya Koperasi Malaysia. MENGUKUH PERKEMBANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI Perkembangan teknologi terkini (IR 4.0) yang lebih canggih dan sofistikated juga mendorong Suruhanjaya mengadaptasi perkembangan ini bagi membolehkan terus bersaing dalam industri dan juga memastikan Suruhanjaya tidak ketinggalan dalam dunia ICT. Cabaran-cabaran ini memerlukan penerokaan model pengoperasian yang lebih inovatif dan kondusif dalam menghadapi keperluan dan kehendak norma baharu. Untuk itu, transformasi ke arah pendigitalan operasi bisnes koperasi menjadi kritikal dan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan sektor ini tidak ketinggalan dan terus menjadi penyumbang berkesan terhadap pembangunan sosioekonomi anggota dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan rakyat menerusi perkongsian kemakmuran bersama. Sehubungan itu, berdasarkan kepada Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 Bidang Tujahan 5: Pemerkasaan Badan Induk dan Sistem Penyampaian, Pelan Strategik SKM 2021- 2025 Teras III: Strategi 4: Mengadaptasi Penggunaan Teknologi dan Digitalisasi Operasi Organisasi dan Pelan Pendigitalan SKM 2021- 2025 akan menjadi panduan dan rujukan untuk pelaksanaan secara terancang dan teratur. Suruhanjaya telah melaksanakan transformasi besar dengan mengubah penggunaan desktop kepada laptop secara keseluruhan mengikut fasa. Setiap warga kerja Suruhanjaya dibekalkan dengan laptop dalammemastikan operasi Suruhanjaya berjalan dengan baik. Pelaksanaan perubahan ini dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan semua warga kerja Suruhanjaya dapat menguasai dan mengoptimumkan (fully utilised) penggunaan ICT seperti perisian Microsoft Office, Microsoft Teams/ Google Meet, emel MyGovUC dan sistem-sistem sedia ada. Langkah pelaksanaan ini dapat diadaptasi dengan sangat baik oleh semua warga kerja Suruhanjaya sebagai penerimaan perubahan (change management) terhadap penggunaan teknologi. Kursus Pengukuhan Pengurusan Aset Dan Stor Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tahun 2022 Peringkat Zon Selatan, Timur, Utara, Tengah, Borneo dan Ibu Pejabat merupakan kempen kursus bersiri dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran bersama Akademi SKM dan Bahagian Pengurusan Maklumat. Kursus ini merupakan satu usaha Unit Pengurusan Aset Suruhanjaya untuk memberikan pemahaman dan pemantapan pengurusan aset alih/stor di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ), SKM Negeri dan Bahagian. Objektif dan tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi: a) Menerangkan aspek-aspek penting dalam pengurusan aset alih dan stor; dan b) Menerangkan amalan-amalan pengurusan aset alih yang terbaik melalui perkongsian ilmu dan pengalaman. Gambar 4 : Kursus Pengurusan Aset & Stor Zon Utara/Tengah yang diadakan 14-16 Mac2022 Sektor Pengurusan 81
MENGEKALKAN PRESTASI SAGA COMPLIANCE Suruhanjaya telah berjaya mengekalkan prestasi pematuhan SAGA dengan menerima pengiktirafan Sijil Pematuhan bagi Sistem Kewangan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada 27 Oktober2022. MENGADAPTASI PERKHIDMATAN MYGOVUC Pada Ogos 2022, Suruhanjaya telah beralih ke arah penggunaan perkhidmatan guna sama emel MyGovUC yang melibatkan seramai 1,171 warga kerja Suruhanjaya. Hasil daripada penggunaan perkhidmatan MyGovUC, pembayaran lesen Microsoft bagi tahun ketiga dapat dikurangkan sebanyak 16%. Manfaat penggunaan perkhidmatan gunasama antara Suruhanjaya dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ini sebagai langkah penjimatan ke atas kos lesen, penggunaan saiz storage yang lebih besar serta perkhidmatan sokongan dan bantuan lebih efektif dan sistematik. Suruhanajaya boleh menikmati modul-modul lain yang terdapat di bawah perkhidmatan MyGovUC melalui program ini. PERKHIDMATAN MAPPING OF SUPPLY CHAIN - SISTEM PENGURUSAN PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN FEDERASI Bahagian Pembangunan Koperasi telah menyediakan perkhidmatan Mapping of Supply Chain (MOSC) yang mana merupakan satu strategi bagi mendigitalisasi rantaian bekalan koperasi menerusi sistem pengurusan sektor pemborongan dan peruncitan yang efisien menggunakan peruntukan Program Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi Covid-19 MEDAC. Pendigitalan rantaian bekalan ini akan memastikan pengurusan Pusat Pengedaran (DC) gerakan koperasi yang lebih sistematik dan seterusnya menyumbang kepada pembekalan produkyang stabilke kedai-kedaikoperasi. Platfom ini akan digunakan bagi pelaksanaan MOSC untuk memastikan impak pelaksanaan program secara menyeluruh bagi rantaian bekalan sektor pemborongan dan peruncitan. Program ini telah dilaksanakan oleh Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad (Federasi) secara berperingkat di mana 24 koperasi telah dipilih untuk terlibat dengan program ini dan akan dipertingkatkan mengikut fasa dan perancangan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Federasi dengan pemantauan Suruhanjaya bertujuan untuk membentuk sinergi gerakan koperasi yang terlibat dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan. Pelaksanaan MOSC melibatkan satu (1) Central Distribution Centre (CDC) iaitu Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad dan 24 distribution center (DC)/ sub-DC yang terdiri darikoperasi terpilih. Sektor Pengurusan 82
PENGHARGAAN KEPADA PEGAWAI MAKLUMAT (IO) Pegawai Maklumat (IO) dilantik dari setiap Negeri dan Bahagian/ Unit sebagai wakil Pengurusan ICT Ibu Pejabat. IO merupakan ‘first level support’ yang menyelesaikan sebarang masalah ICT yang timbul di peringkat negeri/ bahagian masing-masing. Semua pegawai maklumat yang dilantik adalah kumpulan sokongan serta tidak mempunyai latar belakang mahupun pengkhususan ICT. Peranan dan komitmen IO terutama di Negeri adalah untuk memastikan perkhidmatan ICT di SKMCawangan Negeri danWilayah berjalan dengan lancar dan memastikan operasi SKM tidakterjejas. Semua IO juga telah dibekalkan dengan pelbagai ilmu ICT oleh BPM dan oleh itu, pihak Pengurusan Tertinggi mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang baik diberikan oleh IO selama ini pada Kursus BPM dan IO yang diadakan pada November 2022 dan di dalam ucaptama Pengerusi Eksekutif SKM pada Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2023 bertarikh 9 Februari2023. Antara program yang telah dianjurkan ialah Taklimat Unit Integriti Berkenaan Akta Badan Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)2000 [Akta 605] kepada pegawai-pegawai lantikan baharu SKM. Selain itu program usahasama dengan pihak luar melibatkan Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) juga telah diadakan iaituMajlis Ikrar Integriti SKM & Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pegawai Lantikan Baharu yang telah diadakan pada 15 Februari 2022 bertempat di Melaka. Pendedahan berkenaan Akta Badan Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] bukan sahaja diberikan kepada pegawai pegawai baharu malahan pendedahan ini turut diberikan kepada semua pegawai SKM sebagai peringatan atau refreshment di mana satu program taklimat telah diadakan pada 12 Oktober 2022 kepada pegawai pegawai SKM Cawangan Negeri Pulau Pinang. Selain program anjuran dalaman, unit ini juga turut menghantar pegawai pegawai SKM bagi mengikuti program program anjuran agensi luar. Penyertaan dalam program anjuran agensi luar ini membolehkan perkongsian maklumat berlaku antara pegawai pegawai SKM dengan agensi yang berkenaan. Antara program luar yang disertai oleh pegawai pegawai SKM ialah Sambutan Hari Psikologi dan Integriti anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada 8 November2022. Hebahan integriti juga dilaksanakan melalui pengeluaran poster-poster berbentuk peringatan, makluman dan nasihat bagi memastikan warga SKM sentiasa meletakkan nilai-nilai integriti dalam diri. Antara tajuk hebahan integriti yang dikeluarkan sepanjang tahun 2022 adalah seperti berikut: (i) Integriti (Jujur pada diri sendiri) (ii) Awasi Penggunaan Peralatan ICT (iii) Integriti Melalui Penghayatan Ramadan (iv) Etika Berpakaian (v) Larangan Penggunaan Pengaruh Luar MEMANTAPKAN INTEGRITI SURUHAJAYA Bagi menyahut hasrat Kerajaan untuk memantapkan integriti penjawat awam, menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang, Suruhanjaya telah menubuhkan Unit Integriti pada 17 Oktober 2013. Penubuhan Unit Integriti SKM ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam. Melalui pekeliling ini, dinyatakan bahawa Unit Integriti akan bertindak sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Pelbagai program pendidikan dan kesedaran bagi memupuk dan membentuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga kerja SKMtelah dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Kaedah penghayatan, pengukuhan, pencegahan, punitif dan pengiktirafan menjadi asas dalam perencanaan program oleh Unit Integriti sepanjang tahun 2022. Sektor Pengurusan 83
Tahun 2022, Unit Integriti dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya membangunkan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Pelan Pembangunan Antirasuah Organisasi (OACP) SKM. Bengkel OACP SKM (Sesi Pemurnian) telah diadakan bersama pihak SPRM bagi menilai draf pelan yang telah dirangka oleh Suruhanjaya pada 12 September2022. Majlis Perasmian OACP SKM telah dilancarkan pada 29 November 2022 oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM yang mana pelan ini akan menjadi nadi kepada integriti Suruhanjaya dan akan memberi impakyang besar terhadap perkara yang melibatkan tadbir urus dan rasuah. MEMPERKASAKAN SISTEM KAWALAN DALAMAN Tahun 2022, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam (UAD) adalah seperti berikut: 1) Pengauditan Prestasi yang meliputi fungsi utama Suruhanjaya iaitu Kajian Audit berkaitan Prestasi Penyeliaan Koperasi di Peringkat Negeri dan Wilayah. Kajian audit ini bertujuan untuk menilai tahap kecekapan dan keberkesanan penyeliaan oleh pegawai SKM di peringkat Cawangan Wilayah dan Negeri ke ataskoperasi-koperasi di bawah seliaannya; 2) Pengauditan Pematuhan ke atas fungsi sokongan Suruhanjaya iaitu Kajian Audit berkaitan Pengurusan Kenderaan SKM. Kajian audit ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan pengurusan aset kenderaan berdasarkan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dan mengkaji tahap kesesuaian peraturan dan tatacara yang diguna pakai berbanding ‘nature’ SKM; 3) Pengauditan Khas berkaitan Aduan Berlaku Pembayaran Dua (2) Kali (Double Payment) Bagi Bantuan Subsidi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Perak. 4) Program Semakan Audit Kendiri (SAK) merupakan initiatif baharu bagi menambahbaik kaedah, skop dan liputan audit selaras dengan transformasi yang dilaksanakan oleh UAD. SAK bertujuan untuk membudayakan urus tadbir yang baik serta meningkatkan tahap pematuhan peraturan oleh warga kerja SKM terutamanya bagi aktiviti sokongan yang bersifat rutin terutamanya di peringkat cawangan Negeri dan Wilayah. SAK tahun 2022 melibatkan aktiviti Pengurusan Aset Alih dan Stor SKM. UAD merupakan moderator bagi pelaksanaan SAK ini dan bertanggungjawab untuk: i. Merangka sistem pelaksanaan SAK; ii. Menyediakan Terma Rujukan program; iii. Memberi latihan kepada Pegawai Pemeriksa yang dilantik; iv. Menilai pelaksanaan SAK yang telah dibuat oleh Pegawai Pemeriksa; dan v. Memberikan laporan akhir berkaitan pencapaian KPI kepada urus setia KPI. Sektor Pengurusan 84
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DIARI KORPORAT
Diari Korporat JANUARI Tuan Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif SKM hadir menyampaikan sumbangan CSR SKM bersama Gerakan Koperasi berupa dapur di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dusun Tua, Hulu Langat. Turut Hadir Datuk Johan bin Abd Aziz, Penasihat SKM, semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir 4 Januari 2022 Majlis pelancaran pelan CCM safe bersama ANGKASA dan penyampaian surat endosmen SKM disaksikan oleh T.Y.T Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka,The Majestic Malacca, 11 Januari 2022.Turut Hadir Tuan Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif SKM 11 Januari 2022 86
Diari Korporat Majlis Perhimpunan Bulanan SKM Bil.1/2022 disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Antara amanat yang telah disampaikan pada hari ini adalah berkaitan KPI SKM, Penyampaian dalam Perkhimatan seperti Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), Pengauditan dan sistem pendigitalan koperasi. Tidak lupa juga disentuh mengenai perjawatan dalam SKM iaitu lantikan dan pertambahan pegawai dan kakitangan di SKM. SKM juga membayar kepada zakat perniagaan kepda Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM14,300. Pada hari ini juga diadakan sesi perkongsian ilmu oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Sukki Othman, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan tajuk Adab Ketika Musibah. 19 Januari 2022 FEBRUARI Tan Sri Noh Hj Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersiaran secara langsung di program Ruang Bicara BERNAMA. Kupasan pada kali ini membincangkan 100 Tahun Koperasi di Malaysia 7 Februari 2022 87
Selamat Pagi Malaysia , Promosi Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Bersama Dengan Tuan Rusli Bin Jaafar, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM 11 Februari 2022 Radio Nasional FM , Promosi Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Bersama Dengan En Amran Bin Abd Kadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Koperasi SKM 11 Februari 2022 Diari Korporat 88
Sesi Santai Interaktif Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersama 100 Koperasi Terbaik Malaysia. Sesi sembang santai ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada koperasi mengutarakan sebarang persoalan, pandangan dan juga penambahbaikan bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian SKM dalam membangunkan sektor koperasi tanahair.Semoga usaha yang digerakkan ini demi satu tujuan dan harapan agar Koperasi terus relevan dan menjadi penyumbang berkesan kepada pembangunan ekonomi negara. 12 Februari 2022 Diari Korporat Lawatan kerja YB Menteri ke Koperasi Anak Merdeka Johor Berhad. Koperasi telah mengusahakan tanaman kelapa pandan dengan menggunakan tanah rizab agensi dan tanah sewaan milik individu. Sebanyak 5,600 pokok kelapa pandan telah ditanam melibatkan 11 kawasan di 4 daerah di Johor. Turut hadir sama program lawatan YB Menteri, Ahli Parlimen Pontian YB Datuk Seri Ahmad bin Hj. Maslan yang juga merupakan ahli koperasi ini. Koperasi telah menerima bantuan TRANSFER sebanyak RM40,000. Kerajaan Negeri Johor juga telah membantu koperasi ini melalui Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES) sebanyak RM28,500 yang dikelolakan oleh Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB). 13 Februari 2022 89
Lawatan kerja YB Menteri ke Koperasi Kariah Masjid Impian Emas Berhad. Koperasi telah mengusahakan tanaman timun fertigasi sebanyak 2040 pokok dan 800 pokok cili fertigasi melalui bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian.Koperasi telah menerima bantuan TRANSFER sebanyak RM70,000. 14 Februari 2022 Kunjungan Hormat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Henry Sum Agong pagi tadi di pejabatnya di MOT, Aras10, Putrajaya. Delegasi SKM diketuai oleh Datuk Umar Sarim Saidin, Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) yang turut dihadiri oleh En Zainuddin Mohamad Ali, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat SKM serta para pegawai lain. Sesi kunjungan hormat tadi adalah bagi membincangkan kerjasama antara SKMdanMOT sempena Sambutan 100 Tahun Koperasi tahun ini.Turut dibincangkan cadangan pembangunan koperasiserta naiktarafkedaikoperasi diLawas, Sarawak menggunakan jenama COOP Mart yang akan diperluaskan ke setiap kawasan DUN sepertimana hasrat YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasisebelumini. 16 Februari 2022 Diari Korporat 90
MAC Perasmian Kilang Perusahaan Keropok Lekor dan Sumbangan CSR Koperasi Sahabat SMBT 90/94 Kuala Terengganu Berhad, disempurnakan oleh Tuan Haji Zazali Haron, Pengerusi Eksekutif SKM. Turut hadir Pengarah Korporat SKM dan Pengarah SKM Negeri Terengganu. 4 Mac 2022 Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi TMA Terengganu Berhad, disempurnakan oleh Tuan Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia 5 Mac 2022 Diari Korporat 91
Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif SKM, Tuan Haji Zazali Haron kepada Ketua Perangkawan Malaysia Dato’ Sri Dr. Uzir Mahidin bagi membincangkan berkenaan klasifikasisektor ekonomikoperasi di Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Negeri Pulau Pinang di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri P.Pinang di Aras 52 Menara KOMTAR 16 Mac 2022 17 Mac 2022 Diari Korporat 92
Perasmian Pusat pengedaran (SUB-DC) Koperasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang Berhad. Disempurnakan oleh Tn Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif SKM 18 Mac 2022 Saya mahu melihat pegawai SKM sebagai agen perubahan kepada gerakan Koperasi di Malaysia (Tn Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif SKM di perasmian pusat pengedaran(Sub-DC) Koperasi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Pinang Bhd, 18 Mac2022) Diari Korporat 93
Sesi Kunjungan Hormat YB Haji Nurkhuzaini bin Ab Rahman - Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu dan YBhg. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail - Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta delegasi kepada YB Tan Sri Noh bin Hj Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Pejabat YB Menteri di Menara Bank Rakyat. Majlis Perasmian Stesen Minyak Petronas bilangan ke-33 milik KPF Niaga anak syarikat penuh KPF yg terletak di Puspa Kencana, Alor Setar, Kedah. Majlis disempurnakan oleh YBhg Tn Hj Zazali bin Haron Pengerusi Eksekutif SKM dan turut dihadiri oleh Dato’ Hj Mohd Tajuddin Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah SKM 28 Mac 2022 31 Mac 2022 Diari Korporat 94
APRIL Majlis Perasmian Premises Perniagaan ArRahnu Koperasi Pegawai Kerajaan Melaka Berhad, disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka, turut hadir Tuan Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif SKM 4 April 2022 Program Penggalakan dan pengukuhan koperasi kariah masjid Zon Selatan, Sarawak* anjuran SKM Negeri Sarawak bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak ( JAIS) dihadiri lebih 180 orang peserta yang terdiri daripada Koperasi Kariah Masjid, Jawatankuasa Masjid / surau (Kuching & Samarahan) bertempat di Raia Hotel & Convention Centre 20 April 2022 Diari Korporat 95
Program Konsolidasi Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak. Program di pengerusi olh YBhg Hj PE, yg turut hadir Datuk SUPOL YBM, Dato Penasihat SKM, pengarah Perak, 11 orang Wakil Agensi Kuskop dan Pengerusi MPUKP Perak. Majlis juga di hadiri oleh YBM untuk Sampai Watikah Perlantikan Pengerusi MPUKP Perak Program Perhubungan Awam Gerakan Koperasi - Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ahli Lembaga Pengarah SKM YBhg. Dato Haji Mohammad Safie bin Haji Asnawi di Masjid At-Taufiqiah, Parit 4 Sungai Burong. Sumbangan dalam bentuk bakul makanan disampaikan oleh YBM KUSKOP kepada ibu tunggal & B40 PDM Sungai Burong 28 April 2022 29 April 2022 Diari Korporat 96
MEI Takbir Raya 2022 Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bersama Gerakan Koperasi. 1 Mei 2022 Siap pemasangan billboard mempromosi 100 tahun gerakan koperasi dimenara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara KL. 12 Mei 2022 Diari Korporat 97
JOM saksikan secara atas talian Zoom dan FB live ANGKASA, Seminar Aura, Fasa Peralihan Endemik: Memperkukuhkan Strategi, Mengupayakan Koperasi bersama panelis, Tn Hj Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif SKM dan Dato Hj Abdullah bin Hj Jusoh, CEO ANGKASA. Moderator Dr Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA. Mesyuarat Penyelarasan Pelaburan Masa Siaran TV dan Radio SKM bersama RTM sempena 100 Tahun Gerakan Koperasi. JOM SAKSIKAN BICARA NARATIF 100 Tahun Gerakan Koperasi “ Membangun Keluarga Malaysia” bersama Tuan Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia RTM TV1, Teman Setia Anda. 19 Mei 2022 30 Mei 2022 Diari Korporat 98