The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ronitarahimtbq9368, 2022-12-26 08:22:19

NOTA SIRAH T1

NOTA SIRAH T1

PELAJARA RIWAYAT HIDUP NABI
N 24 MUHAMMAD S.A.W

Biodata Nabi Muhammad S.A.W

NAMA Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Mutalib Zuhrah Kilab
NAMA LAIN Ahmad, Al-Mahi,Al-Hasyir,Al-Aqib Qusai
GELARAN Al-Amin
TARIKH 12 Rabiul Awal,Tahun Gajah Abdul Manaf
TEMPAT Di Mekah
LAHIR Abdul Manaf Hasyim
KUNIYAH Abu Qasimi
IBU Aminah Binti Wahab Wahab Abdul Mutalib
IBU Suaibatul Aslamiah, Halimatus Saadiah
SUSUAN Aminah Abdullah
PENGASUH Assyaima’, Ummu Aiman
ISTERI Khadijah Binti Khuwailid, Zainab Binti Jahsyin, Nabi Muhammad S.A.W
Saudah Binti Zamah,
ANAK Ummu Salamah Binti Abu Umayyah, Aisyah binti Salasilah keturunan sebelah bapa dan ibu Nabi Muhammad
Abu Bakar , Safiyyah Binti Huya, Hafsah binti
TARIKH Umar, Ummu Habibah Binti Abu Sufian, Zainab SIFAT FIZIKAL NABI MUHAMMAD S.A.W
DAN Binti Khuzaimah, Maymuna Binti Al- Harith,
TEMPAT Juwayriyya Binti Al-Harith, Mariyatul Qibtiya R.A Rasulullah S.A.W memilik rupa paras yang
WAFAT Qasim , Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah,Ummi amat tampan, sederhana tinggi dan berbadan
Kalsum dan Fatimah. tegap. Rambut baginda ikal mayang dan
12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa
Di Madinah kelihatan ceria dan segak. Mata hitam baginda
hitam pekat dan bulu mata baginda lentik.
GALERI KATA Para sahabat mneceritakan rupa paras
baginda pasti berkata, ‘Aku tidak pernah
Kuniyah ialah panggilan kepada seseorang disamping nama melihat orang lain yang setanding dengan
atau gelaran dengan meletakkan ‘Abu’ bagi lelaki dan ketampanan Nabi Muhammad S.A.W ‘.
‘Ummu’ bagi perempuan di awal sesuatu nama.

Nota Guru:

-Ceritakan riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W bermula dari kelahiran baginda.
–Nilai: Cinta kepada Rasulullah


Peristiwa Penting Dalam Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W

Seluruh kehiudpan nabi Muhammad S.A.W menjadi contoh teladan kepada umat
Islam. Terdapat beberapa peristiwa penting dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W
yang perlu kita hayati dan contohi. Antaranya termasuklah:

Sebelum Kerasulan

Kronologi peristiwa penting sebelum Nabi Muhammad S.A.W di lantik menjadi rasul
ialah:

Umur Tempoh Peristiwa
Selepas 2 Tahun Baginda di pelihara oleh Halimatus Saadiah di perkampungan Bani Saad
Kelahiran yang jauh daripada unsur negatif.
2-4 tahun 2 Tahun Dada baginda di bedah oleh malaikat Jibril.
4-6 Tahun Nabi Muhammad S.A.W tinggal bersama-sama dengan ibu baginda.
Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur bapa baginda
6-8 Tahun 2 Tahun di Madinah. Ibu baginda meninggal di Abwa’ dalam perjalanan pulang
12 Tahun ke Mekah.
Nabi Muhammad S.A.W di pelihara oleh datuk baginda, Abdul Mutalib,
20 Tahun hingga datuk baginda meninggal dunia. Selepas itu, Nabi Muhammad
S.A.W tinggal pula dengan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Nabi Muhammad S.A.W mengikut Abu Talib, ke Syam.Di pertengahan
jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada Buhaira Rahib ketika di
bandar Busra, sempadan Syam supaya membawa pulang Nabi
Muhammad S.A.W ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang
Yahudi.
Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda
menyaksikan Hifl Al-Fudhul, iaitu perjanjian untuk membela orang yang
teraniaya dalam perniagaan.
Baginda mengembala kambing bersama-sama dengan saudara susuan
di perkampungan Bani Saad kemudian di Mekah.

Iktibar Nabi Muhammad S.A.W di didik oleh Allah S.W.T dengan kehidupan
yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi Rasul yang
agung.

Nota Guru:

-Ceritakan kisah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W bermula dari kelahiran hingga berumur 20 Tahun.
–Bincangkan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.


25 BERDAGANG KE SYAM

TAHU
N

Ketika berumur 25 tahun, Nabi Muhammad S.A.W berkecimpung dalam perniagaan
di luar kota Mekah Al-Mukarramah . Baginda berurus niaga dengan Saidatina
Khadijah R.A, seorang wanita Quraisy yang sangat berharta dan berhati mulia.
Rasulullah S.A.W membawa barang dagangan Saidatina Khadijah R.A ke Syam
dengan di bantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina Khadijah R.A.
Semasa berada di Syam, Nabi Muhammad S.A.W menjalankan perniagaan dengan
penuh jujur dan amanah. Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W membawa pulang
keuntungan yang lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa ini ialah Nabi Muhammad S.A.W

Iktibar
-Menunaikan Amanah -Mendapat kepercayaan masyarakat
- -Mempunyai kerjaya -Menjalankan kerja dengan mahir dan bijaksana

25 BERKAHWIN DENGAN SAIDATINA KHADIJAH R.A

TAHU

SNekembalinya Nabi Muhammad S.A.W pada kali kedua dari Syam, Saidatina Khadijah

R.A mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad S.A.W dan kemuliaan akhlak

yang diceritakan oleh Maisarah sudah cukup menjadikan hatinya terpikat dengan

Nabi Muhammad S.A.W. Saidatina Khadijah R.A KUNCI ILMU
menghantar salah seorang kawan rapatnya, Nafisah

Binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut Seorang lagi anak Nabi
kepada Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad Muhammad S.A.W yang bernama
S.A.W menerima hasrat mulia tersebut dan Ibrahim R.A ialah hasil
meminang Saidatina Khadijah R.A melalui bapa perkongsian hidup baginda S.A.W
saudaranya Amru Bin Asad. Hasil perkahwinan dengan Mariyatul Qibtiah.
dengan Saidatina Khadijah R.A Nabi Muhammad

S.A.W dikurniakan enam orang anak.

Antara akhlak mulia Nabi Muhammad S.A.W yang menerima perhatian Saidatina

Iktibar Khadijah R.A termasuklah:

-Jujur -Menghormati keluarga

-Menjaga adab dan batas pergaulan

Nota Guru:

-Ceritakan peristiwa perniagaan Nabi Muhammad S.A.W di Syam dan perkahwinan baginda.
–Bincangkan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.


35 PERISTIWA PELETAKAN HAJARUL ASWAD

TAHU Ketika Nabi Muhammad S.A.W
tahun, Mekah dilanda banjir besar
berumNur 35

sehingga meruntuhkan dinding Kaa’bah. Kabilah arab

berpakat untuk membaik pulih Kaa’bah. Nabi Akhirnya Abu Umayyah Al- Makhzumi,

Muhammad S.A.W turut membantu dalam pembinaan seorang yang dihormati dalam kalangan

tersebut . Apabila tiba masa untuk meletakkan semula kabilah arab mengajukan cadangan yang

Hajarul Aswad dipenjuru Kaa’bah,Berlaku perbuatan diterima sebulat suara . Mereka bersedia
antara ketua kabilah sehingga hampir berlaku menerima keputusan orang pertama yang
pertumpahan darah. masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu.

Dengan takdir Allah S.W.T orang pertama

Nabi Muhammad S.A.W menghamparkan yang memasukinya ialah Nabi Muhammad
Rida’(selendang) baginda kemudian meletakkan S.A.W. Semua yang melihat Nabi Muhammad
Hajarul Aswad ditengah-tengahnya. Baginda S.A.W masuk ke masjid berkata ‘Dialah
meminta ketua-ketua kabilah memegang hujung Al- Sadiq Al-Amin (orang yang benar lagi
rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke amanah)’.

penjuru Kaa’bah. Lalu baginda mengambil Hajarul

Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis

tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang

hadir berpuasa hati.

Pengajaran yang dapat di ambil daripada kisah ini ialah Nabi Muhammad S.A.W:

Iktibar • Bersifat Tawadha
• Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
• Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
• Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
• Mendamaikan kehidupan masyarakat

AKTIVITI

Buat simulasi peletakan Hajarul Aswad dengan
menggunakan rida’ dan replika Hajarul Aswad.

Nota Guru:
-Ceritakan peristiwa peletakan Hajarul Aswad dengan menggunakan replika Hajarul Aswad dan bahan
mujud.
–Bincangkan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W


40 MENERIMA WAHYU SELEPAS KERASULAN

TAHU
N
Era kerasulan Nabi Muhammad S.A.W bermula ketika baginda berumur 40 tahun.

Ketika itu baginda suka bersendiriian di gua Hira’ beribadat dan memikirkan cara
menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah. Pada suatu hari dalam bulan
ramadhan, baginda di datangi malaikat Jibril A.S. Jibril A.S memeluk erat Nabi
Muhammad S.A.W tiga kali dan menyuruh baginda membaca. Setiap kali Jibril

menyuruh baginda membaca, baginda menjawab, ‘Saya tidak tahu membaca’.
Akhirnya Jibril A.S mengajar Nabi Muhammad S.A.W wahyu pertama:

Terjemahan:

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang mencipta (sekalian
makhluk). Dia mencipta manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan
tuhanmu yang maha pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tuliasan .
Dia mengajar manusia apa-apa yang tidak diketahui.

Iktibar Setelah Nabi Muhammad S.A.W menerima perintah Allah KUNCI ILMU
S.W.T untuk menyampaikan dakwah, baginda menjalankan
tugas dakwah dengan gigih dan sabar. Dakwah yang Orang pertama yang beriman dan
disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada menyokong dakwah baginda ialah:
masyarakat arab terutama hamba abdi dan golongan yang
lemah. Namun begitu , ada juga yang menentang dakwah • Isteri baginda, Saidatina
Nabi Muhammad S.A.W. Khadijah R.A

Pengajaran yang dapat di ambil daripada kisah ini ialah Nabi • Sahabat karib baginda,
Muhammad S.A.W: Saidina Abu Bakar R.A

• Tidak suka dengan kesesatan masyarakat • Sepupu baginda yang masih
• Beribadat dan bermunajat kepada Allah S.W.T untuk kecil, Saidina Ali bin Abu
Talib R.A
memohon petunjuk
• Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah
• Bersabar dan Istiqamah menyampaikan dakwah

Nota Guru:

-Ceritakan peristiwa Nabi MUhammad S.A.W menerima wahyu pertama dan menyampaikan dakwah.
–Bincangkan Iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.


51 ISRA’ DAN MIKRAJ

TAHU
N
Saidatina Khadijah R.A sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad

S.A.W. Di samping itu, bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammmad
S.A.W walaupun beliau tidak memeluk Islam. Kematian mereka berdua
menyebabkan Nabi Muhammad S.A.W berdukacita. Kedukaan Nabi Muhammad
S.A.W ini terubat apabila baginda dibawa mengembara menyaksikan tanda-tanda

kebesaran Allah S.W.T dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj .Yang berikut ialah kronologi
ringkas peristiwa Isra’ dan Mikraj:

Nabi Muhammad S.A.W dibawa Dalam perjalanan, baginda Baginda menjadi Imam solat
pada waktu malam dari Masjidil ditunjukkan dengan pelbagai kepada para nabi di Masjid Al-
Haram di Mekah ke Masjid Al- gambaran yang akan berlaku Aqsa.
Aqsa di Palestin. kepada umat baginda.

Baginda turun ke Mekah sebelum Baginda menghadap Allah Baginda dibawa Mikraj
subuh dan menceritakan S.W.T dan menerima merentas tujuh lapisan langit
pengalaman baginda kepada kefardhuan solat lima waktu. sehingga ke Sidratul Muntaha.
penduduk Mekah.

Iktibar

Peristiwa Isra’ dan Mikraj memberikan iktibar
bahawa Nabi Muhammad S.A.W:

Terjemahan: • Menjalani Isra’ Mikraj dengan roh
dan jasad
Jabir Bin Abdullah R.A meriwayatkan bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila orang quraisy • Rasul terakhir yang membawa ajaran
mendustakanku, aku berdiri di Hajarul Ismail lalu tauhid seperti ajaran para rasul
Allah S.W.T memperlihatkan kepadaku Baitul sebelum baginda.
Maqdis. Lantas aku menceritakan kepada mereka
sifat-sifat Baitul Maqdis sambil melihat kepada- • Menerima kefardhuan solat secara
Nya. terus daripada Allah S.W.T sebagai
ibadat yang paling utama dalam
Nota Guru: Islam.

• Mendapat pertolongan Allah S.W.T
ketika menyampaikan kebenaran.

-Ceritakan peristiwa Isra’ dan Mikraj.
–Bincangkan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.


53 HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKKAN NEGARA ISLAM

TAHmUa
N
Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad S.A.W dengan
pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang diseksa dan dibunuh. Akhirnya
Nabi Muhammad S.A.W mendapat perintah Allah S.W.T untuk berhijrah bersama-
sama dengan para sahabat ke Madinah (Yathrib). Peristiwa ini berlaku !£ tahun
selepas kerasulan baginda. Demi kepentingan dakwah , Nabi Muhammad S.A.W
menyahut perintah tersebut mengharungi pelbagi halangan untuk berhijrah ke
Madinah bersama-sam dengan Saidina Abu Bakar As-Sidiq R.A. Dengan perancangan
yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke Madinah dengan selamat. Sebelum Itu,
baginda singgah di quba dan membina masjid yang pertama di sana.

Di Madinah Nabi Muhammad S.A.W membina GALERI ILMU
pemerintahan yang berteraskan wahyu. Baginda Peperangan pada zaman Nabi
membina Masjid Nabawi, mempersaudarakan Muhammad S.A.W:
Muhajirin dengan Ansar , dan menggubal Piagam
Madinah sebagai asas pembentukan negara. • Ghazwah: Pasukan tentera
Islam yang di pimpin sendiri
Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi oleh Nabi Muhammad S.A.W
Muhammad S.A.W menghadapi tentangan musuh (28 peperangan).
yang cuba menggugat keamanan Madinah. Nabi
MUhammad S.A.W bersama-sama dengan kaum • Sariyyah: Pasukan tentera
Muhajirin dan Ansar mempertahankan Madinah Islam yang tidak disertai oleh
daripada serangan musuh dengan semangat juang Nabi Muhammad S.A.W dan
yang hebat. Antara peperangan yang dipimpin oleh baginda melantik seorang
Nabi Muhammad S.A.W termasuklah peperangan ketua (Amir) untuk
Badar, Uhud Khaibar, pembukaan kota Mekah dan memimpin peperangan (54
Hunain. peperangan)

• Jumlah semua peperangan
ialah 82.

IKTIBARPengajaran yang dapat di ambil daripada peristiwa hijrah dan kepimpinan AKTIVITI
Nabi Muhammad S.A.W termasuklah:
Cara maklumat secara
• Nabi Muhammad S.A.W sanggup berperanan demi menegakkan berkumpulan berkaitan
agama Allah S.W.T dengan peperangan yang di
pimpin oleh Nabi
• Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah. Muhammad S.A.W dan
• Baginda membantu pemerintahan yang adil berteraskan wahyu. bentangkan dengan
• Negara Islam madinah menjadi model negara Islam terbaik. menggunakan carta alir.

Nota Guru:

-Imbasan kembali peristiwa hijrah dan pembentukan negara islam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
–Bincangkan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.


Jasa Nabi Muhammad S.A.W Tiada Tolok Banding KUNCI ILMU

Terlalu banyak sumbangan Nabi Muhammad Setiap muslim wajib mencintai Nabi
S.A.W kepada tamadun Islam. Antaranya Muhammad S.A.W. Antara tanda cinta kepada
termasuklah: baginda S.A.W termasuklah:

• Membina masyarakat bersatu padu -Mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W
mempertahankan negara mematuhi perintah dan menjauhi larangan
baginda
• Menjadikan masjid sebagai pusat
pemerintahan dan pusat kemasyarakatan -Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad
di samping tempat ibadat. S.A.W

• Membentuk umat yang patuh dan -Memuliakan dan bertawadhak apabila
sanggup berkorban demi kesucian Islam. mendengar nama Nabi Muhammad S.A.W
dengan berselawat ke atas baginda.
• Menjadikan Madinah sebagai negara
terunggul dan menjadi contoh tamadun -Mencintai Ahlu Bait (orang yang ada
yang gemilang sehingga dikenali sebagai pertalian keluarga dengan baginda ) dan para
‘Madinah Al-Munawwarah’ yang berbakti sahabat (orang beriman yang sempat bertemu
kota bercahaya. Nabi Muhammad S.A.W).

63 KEWAFATAN IKTIBAR

TAHU RASULULLAH S.A.W -Nabi Muhammad S.A.W diutuskan oleh Allah
N S.W.T untuk memimpin manusia kejalan yang
benar.
Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai
rasul, pada waktu dhuha hari Isnin 12 Rabiul -Kehidupan baginda dipenuhi dengan
Awal , tahun 11 Hijrah, di rumah Saidatina Aisyah perjuangan dan pengorbanan demi ketinggian
R.A , Nabi Muhammad S.A.W dijemput kembali agama Islam.
menemui penciptanya. Berita duka kewafatan
Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T ini -Baginda membantu tamadun yang seimbang
mengemparkan penduduk Madinah. Jasad Nabi dan sempurna yang menjadi asas
Muhammad S.A.W yang mulia di makamkan di kecemerlangan tamadun hari ini.
rumah Saidatina Aisyah R.A.
-Umat manusia amat terhutang budi dengan
AKTIVITI jasa Nabi Muhammad S.A.W yang tidka ada
tolok banding.
-Tulias ucapan puji-pujian dan menyatakan
kecintaan kepada Nabi Muhammad S.A.W

-Alunkan selawat kepada Nabi Muhammad
S.A.W beramai-ramai.

Nota Guru:
-Jelaskan sumbangan Nabi Muhammad S.A.W terhadap pembentukan tamadun Islam dan peristiwa
kewafatan baginda.
–Bincangkan iktibar daripada riwayat hidup, peristiwa penting dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.


AKTIVITI

Uji minda anda dengan permainan dibawah sambil berselawat kepada Nabi
Muhammad S.A.W.

Cara Permainan:

• Pilih kad(Tertera padanya nombor dan warna yang berbeza)
• Berdasarkan nombor dan warna yang terdapat pada kad pilihan, lakukan

aktiviti yang diminta pada papan permainan.

23 44 5 6
5 5• PERISTIWA 0 • 1IKTIBAR 3• NASYID 3

54 36 5 6
30 53 3 3

PENILAIAN

1. Nyatakan biodata Nabi Muhammad S.A.W.

2. Jelaskan peristiwa penting sebelum dan selepas kerasulan Nabi Muhammad
S.A.W.

3. Terangkan akhlak Rasulullah S.A.W dalam peristiwa sebelum kerasulan Nabi
Muhammad S.A.W.

4 Huraikan iktibar dripada peristiwa Isra’ dan Mikraj dan hijrah Nabi Muhammad
S.A.W.

5. Bagaimanakah anada mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W sekiranya anda
dilantik sebagai seorang pemimpin disekolah ?

Berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah antara bukti kecintaan kita kepada Nabi
Muhammad S.A.W.

6. Bagaimanakah anda membuktikan kecintaan anda kepada Nabi Muhammad S.A.W
dalam kehidupan anda selain ucapan selawat?


PEELRAJAARMAASYARAKAT JAHILIAH

N 25

Maksud Jahiliah

Jahiliah berasal daripada perkataan arab ‘Jahal’yang bermaksud tidak tahu,bodoh atau jahil.
Perkataan jahiliah ini digunakan dalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T:

Terjemahan:

Dan hendaklah kamu tinggal dirumah kamu dan janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah pada
zaman dahulu....

Kejahilan masyarakat arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu.
Mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah. Namun begitu, mereka
jahiliah akidah dan akhlak.

JAHIL AKIDAH JAHIL AKHLAK

Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim dan Mereka banyak melakukan perilaku buruk
Nabi Ismail A.S tetapi mencampuradukkan seperti suka menindas perempuan dan hamba,
dengan penyembahan berhala, amalan sihir berjudi serta minum arak.
dan khurafat.

Nota Guru:

-Paparkan gambar situasi Mekah yang sentiasa berubah sejak zaman jahiliah dan gambar-gambar
yang menunjukkan perubahan-perubahan fizikal binaan di Masjidil Haram. Minta murid berfikir
tentang perubahan selain perubahan tersebut.


Masyarakat Arab Sebelum Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W Dari Segi Akidah

Masyarakat arab sebelum kerasulan Nabi AGAMA HANIF
Muhammad S.A.W menganut banyak Agama
dan ajaran , antaranya: Pada mulanya, majoriti masyarakat arab
beragama dengan agama hanif. Agama hanif
AGAMA YAHUDI ialah agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail A.S. Agama ini agama samawi,
Agama Yahudi ialah agama samawi yang diubah sama seperti agama Islam. Buktinya dapat
suai daripad ajaran Nabi Musa A.S mengikut dilihat pada ciri-ciri kepercayaan agama hanif
keinginan para penganutnya. Mereka banyak yang sama dengan Islam, seperti:
menfitnah para nabi dan menolak ajaran Nabi
Muhammad S.A.W. Mereka datang dari Palestin • Percaya kepada Allah S.W.T, tuhan
ke negara arab. yang satu

AGAMA NASRANI • Percaya kepaada hari kebangkitan dan
hidup sesudah mati
Agama Nasrani ialah agama samawi yang diubah
suai daripada ajaran Nabi Isa A.S mengikut • Percaya kepada dosa dan pahala.
keinginan penganutny. Mereka mempercayai
Nabi Isa A.S sebagai anak tuhan. Mereka datang Ajaran agama hanif yang diteruskan
dari Habsyah dan Rom. Abrahah, Raja Nasrani amalannya dalam syariah Islam seperti Ibadah
membina tempat ibadat baharu di Yaman untuk qurban , Ibadah Haji dan Umrah.
menyaingi populariti Kaa’bah di Mekah, namun
gagal dengan pertolongan Allah S.W.T. Kisah ini AGAMA PENYEMBAH BERHALA
telah dipaparkan dalam surah Al-Fil.
Agama ini mula diperkenalkan oleh Amru bin
KEPERCAYAAN MAJUSI Amir bin Luhai, pemimpin Khuzaah. Dia
menemukan ajaran tersebut dari negeri syam
Majusi ialah kepercayaan yang dianuti oleh lalu membawa berhala bernama ‘Hubal’ ke
golongan penyembah api. Pada malam kelahiran Mekah dan meletakkan di dalam Kaa’bah.
Rasulullah S.A.W, api yang disembah oleh Kemudian , dia memerintahkan seluruh
penganut majusi di Pasri telah padam. Api penduduk Mekah supaya menyembah berhala
tersebut tidak pernah padam selama 1000 tahun tersebut. Agama ini dicampuradukkan dengan
sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W. agama hanif sehingga muncul sebagai agam
yang mensyirikkan Allah S.W.T.
KEPERCAYAAN ANEISME
Agama penyembahan berhala ini disebarkan
Aneisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda kepada selurh orang arab ketika musim haji.
mempunyai roh dan semangat. Oleh itu, Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi
penganut kepercayaan ini menyembah alam Muhammad S.A.W , ada sebanyak 360 berhala
seperti matahari, bintang dan pokok. disekitar Kaa’bah. Kesemuanya dimusnahkan
oleh baginda dan para sahabat.

Nota Guru:
-Jelaskan keadaan masyarakat arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dari segi akidah.
–Minta murid mencari maklumat tentang satu agama kemudian menerangkan dihadapan kelas.


Masyarakat Arab Sebelum Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W Dari Segi Akhlak

Masyarakat arab jahiliah terkenal dengan perilaku buruk. Namun, Mereka juga mempunyai
perilaku yang baik. Perilaku baik tersebut diiktiraf sebagai akhlak mahmudah dalam Islam.
Yang berikut merupakan akhlak buruk dan baik yang diamalkan oleh masyarakat arab
jahiliah.

AKHLAK BURUK AKHLAK BAIK KUNCI ILMU
Berjudi dan Minum Arak Menepati Janji
Penzinaan dan Pelacuran Berleluasa Berani, Kuat dan Pantang Menyerah Sebab Lain Rasulullah
Kalah S.A.W diutuskan
Mengamalkan Bigami Menjaga Kebersihan Mulut dan kepada masyarakat
Kuku arab ialah:
Pewarisan Harta Hanya Pada Lelaki Tidak Menghuni Mereka yang Ada
Pertalian Darah -Adanya Kaa’bah yang
Membunuh Anak Perempuan Menghormati Tetamu dikunjungi untuk tujuan
Mengamalkan Tenung Nasib Taat Kepad Pemimpin ibadat
Berperang Kerana Perkara yang Menghormati Bulan Haram
Kecil -Keistimewaan bahasa
dan budaya arab.

Pengutusan Rasulullah S.A.W Kepada Masyarakat Jahiliah

Rasulullah S.A.W diutuskan kepada masyarakat jahiliah kerana beberapa sebab,iaitu:

1. Masyarakat jahiliah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi, berzina, minum arak serta
merendahkan martabat wanita. Selain itu, mereka juga suka menngamalkan khurafat dalam kehidupan.
Rasulullah S.A.W datang membawa ajaran yang memandu mereka ke jalan yang benar. Baginda
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Masyarakat arab jahiliah lebih mudah dilentur kerana
mereka buta huruf. Hal ini secara tidak langsung menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad S.A.W
kerana baginda tidak pernah membaca atau mempelajari kitab agama samawi dan ajaran agama purba.

2.Semenanjung arab terletak diantara empat kuasa besar dunia pada waktu itu, iaitu Rom,Parsi,Grig
dan India. Kedudukan yang strategik ini menjadikan Islam mudah tersebar keseluruh tamadun dunia
dan pelbagai bangsa ketika itu.

Nota Guru:

-Jelaskan keadaan masyarakat arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dari segi akhlak.
–Terangkan sebab Rasulullah S.A.W diutuskan kepada masyarakat jahiliah.


AKTIVITI

1. Anjurkan forum didalam kelas anda bertajuk jahiliaj moden. Isi kandungan forum adalah
tentang:

✓ Perbandingan antara nilai yang ada pada masyarakat jahiliah dengan budaya yang

diamalkan oleh masyarakat moden pada hari ini
✓ Cara beristiqamah dengan nilai positif dan cara menghindari nilai negatif.

2. Buat carian maklumat tentang asas kepercayaan agama yahudi dan nasrani yang berbeza
daripada Islam.

3. Temu bual Imam kampung anda tentang akhlak baik dan akhlak buruk yang diamalkan

masyarakat melayu Islam. Cari jawapan bagi persoalan KUNCI ILMU
berikut: Tamadun Islam berkembang kerana:

✓ Apakah akhlak baik amalan masyarakat melayu ❖ Iman yang tinggi
Islam pada masa dahulu yang tidak lagi ❖ Budaya amal soleh
diamalkan kini?kenapa? ❖ Ketinggian ilmu dan hikmah
❖ Perubahan (Islah) yang
✓ Apakah akhlak buruk amalan masyarakat
melayu Islam pada masa dahalu yang tidak lagi sesuai dengan zaman
diamalkan kini? Bagaimanakah akhlak buruk ❖ Jihad mempertahankan
tersebut berjaya dibendung?
ketamadunan daripada

serangan musuh


PENILAIAN

Soalan penilaian
Tajuk:Era Zaman Jahiliah

1 Nyatakan maksud jahiliah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2 Jelaskan keaadaan akidah dan akhlak masyarakat arab sebelum kerasulan Nabi
Muhammad S.A.W.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3 Terangkan sebab Rasulullah S.A.W diutuskan kepada masyarakat jahiliah
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4 Senaraikan 3 akhlak baik dan 3 akhlak buruk masyarakat jahiliah
Akhlak baik;
1._____________________________________________________________________
2._____________________________________________________________________
3._____________________________________________________________________
Akhlak buruk;
1._____________________________________________________________________
2._____________________________________________________________________
3._____________________________________________________________________


Suaikan nama agama dengan ciri agama di bawah

NAMA AGAMA CIRI AGAMA
KEPERCAYAAN ANEISME
ialah kepercayaan yang dianuti oleh
golongan penyembah api

AGAMA NASRANI mula diperkenalkan oleh Amru bin Amir
bin Luhai, pemimpin Khuzaah

AGAMA PENYEMBAH BERHALA kepercayaan bahawa setiap benda
mempunyai roh dan semangat

AGAMA YAHUDI agama samawi yang diubah suai daripada
AGAMA HANIF ajaran Nabi Isa A.S mengikut keinginan
penganutnya

agama samawi yang diubah suai daripad
ajaran Nabi Musa A.S


PELAJARA
N 26


KEUNGGULAN PERJUANGAN
KHULAFA’ AR-RASYIDIN

t Hidup Khulafa’ Ar-Rasyidin

Empayar Islam pada zaman Rasulullah S.A.W
Empayar Islam pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin

Khulafa’ Ar-Rasyidin ialah gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat Rasulullah yang
memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan baginda Rasulullah S.A.W.
Mereka ialah:

1. Khalifah Abu Bakar As-Sidiq R.A(632-634M/11-13H)

2.Khalifah Umar Bin Al-Khatttab R.A(634-644M/13-23H)

3.Khalifah Uthman Bin Affan R.A(644-656M/23-35H)

4.Khalifah Ali Bin Abu Talib R.A(656-661M/35-40H)

Khulafa’Ar-Rasyidin merupakan golongan yang terpilih untuk menyumbang gagasan dan
kepimpinan Rasulullah S.A.W. Antara keistimewaan mereka termasuklah sentiasa berdamping
dengan Rasulullah S.A.W sewaktu hidup baginda selain mempunyai hubungan kerabat
baginda. Corak pemerintahan mereka berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta
menitikberatkan konsep Syura yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W. Pemerintahan mereka
yang berpusat di Madinah mengambil masa selama lebih kurang 29 tahun.

Nota Guru:

-Bimbing murid menyatakan nama-nama Khulafa’ Ar-Rasyidin mengikut susunan.
–Minta murid merujuk ensiklopedia sirah berkaitan dengan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Biodata Dan Riwayat Hidup Khulafa’ Ar-Rasyidin

ABU-BAKAR AS-SIDIQ R.A KHALIFAH PERTAMA UMAR BIN AL-KHATTAB R.A KHALIFAH KETGA


❖ NAMA PENUH: Abdullah bin Uthman bin ❖ Nama penuh: Umar bin Al-Khattab bin
Amir bin Amru bin Ka’ab bin Said bin Taimi Nufail bin Abdul Uzzai
bin Murrah bin Ka’b
❖ Tempat Dilahirkan: Di Mekah
❖ Tempat dilahirkan: Di Mekah ❖ Tahun Lahir : Tahun 584 M, 13b tahun
❖ Tahun lahir: Tahun 572 M, dua tahun
selepas kelahiran Rasulullah S.A.W
selepas kelahiran Rasulullah S.A.W. ❖ Keturunan: Bani Adi, Quraisy
❖ Keturunan: Bani Taimi, Quraisy ❖ Nama Ibu: Hantamah binti Hasyim
❖ Nama Ibu: Ummu Khair Salma binti Sakhr ❖ Gelaran: ‘Al-Faruq’(pemisah antara hak
❖ Gelaran: ‘Atiq’(bebas daripada api neraka)
dan batil)
dan ‘As-Sidiq’(orang yang paling benar ❖ Meniggal dunia pada tahun 23 hijrah
dalam kata-katanya)
❖ Meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun akibat ditikam
ketika berusia 63 tahun. Belia dimakamkan oleh Abu Lu’Luah Fairuz Al-Farsi (Hamba
disisi Rasulullah S.A.W kepada Al-Maghirah bin Syub’ah).
Beliau dimakamkan disisi Saidina Abu-
UTHMAN BIN AFFAN R.A KHALIFAH KEDUA Bakar R.A

❖ Nama penuh: Uthman bin Affan bin Abu Al- ALI BIN ABU TALIB R.A KHALIFAH KEEMPAT
As bin Umaiyyah bin Abdul Syamsin bin
Abdul Manaf Bin Qusai bin Kilb Bin Murrah ❖ Nama Penuh: Ali bin Abu Talib bin
bin Ka’b Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul
Manaf
❖ Tempat dilahirkan: Di Mekah
❖ Tahun Lahir: Tahun 576 M ❖ Tempat dilahirkan: Di Mekah
❖ Keturunan: Bani Umaiyyah, Quraisy ❖ Tahun Lahir: Tahun 599 M
❖ Nama Ibu: Arwa binti Kuraiz ❖ Keturunan: Bani Hasyim, Quraisy
❖ Gelaran: ‘Zu Nurain ‘(yang memiliki dua ❖ Nama Ibu: Fatimah bin As’Ad
❖ Gelaran: Abu Turab (Bapa Si Tanah)
cahaya kerana beliau berkahwin dengan ❖ Sewaktu kecil beliau diambil sebagai
dua puteri Rasulullah S.A.W, iaitu Ruqayyah
dan Ummu Kaslum) anak angkat oleh Nabi S.A.W.
❖ Meninggal dunia pada tahun 35 hijrah pada ❖ Berkahwin dengan Fatimah Al-Zahra,
usia 80 tahun keranan dibunuh oleh
pemberontak dan dimakamkan di puteri Rasulullah S.A.W
perkuburan Baqi’. ❖ Syahid kerana ditikam oleh Abdul Ar-

Rahman bin Muljam pada 17 Ramadhan
tahun 40 hijrah.

Nota Guru:
-Terangkan riwayat hidup Khulafa’ Ar-Rasyidin.
-Minta murid menjelaskan sifat utama setiap Khulafa Ar-Rasyidin dalam peta minda.

Sifat-Sifat Peribadi Khulafa’ Ar-Rasyidin


Setiap khlifah mempunyai ciri dan sifat-sifat yang penuh kemuliaan. Keperibadian merek hampir sama
antara satu sama lain , namun tidak terbanding oleh manusia biasa. Keempat-empat khalifah telah
dijanjikan syurga oleh Rasulullah S.A.W.

ABU-BAKAR AS-SIDIQ R.A KHALIFAH PERTAMA • Suka membantu orang-orang yang berada
dalam kesusahan khususnya kepada kaum
Seorang sahabat yang sangat pemurah. Contohnya keluarga dan sanak saudara terdekat.
beliau membeli dan memerdekakan setiap hamba
yang diseksa seperti Bilal bin Rabah dan Amar bin UMAR BIN AL-KHATTAB R.A KHALIFAH KETGA
Yasir. Sifat beliau yang pemurah ini telah mendapat
pujian Rasulullah S.A.W dengan sabda baginda: Seorang yang berperwatakan keras, suka
‘Saya tidak tahu, adakah masih ada orang yang beradu kekuatan dan sangat cekap
melebihi Abu Bakar dari segi kemurahan hati’. menunggang kedua.

• Seorang yang berani. Keberanian beliau • Seorang shabat yang sangat berani.
dapat dilihat ketika beliau selalu membela Contohnya beliau berhijrah pada waktu
Rasulullah S.A.W yang cuba dibunuh oleh siang dan secara terang-terangan.
kaum baginda semasa di Mekah.
• Memiliki kecerdasan yang luar biasa,
• Seorang hartawan yang dermawan dan sehingga banyak pendapat beliau yang
banyak membelanjakan hartanya kejalan bertepatan dengan firman Allah S.W.T.
Allah S.W.T.
• Seorang yang berpengetahuan tinggi
• Seorang yang cintakan kebenarab serta serta cukup agamanya.
mempunyai semangat setia kawan yang
tinggi. Merupakan panglima perang yang berani dan
gagah perkas. Contohnya dalam perang Khandak
• Seorang yang lembut hatinya dan mudah beliau telah berlawan satu lawan satu dengan
menangis terutama ketika membaca Al- pahlawan Quraisy yang lebih berpengalaman , iaitu
Quran. Amru bin Wid Amri dan berjaya menewaskannya.

UTHMAN BIN AFFAN R.A KHALIFAH KEDUA

Terkenal sebagai seorang yang sangat pemalu dan • Pandai berpidato,handal bermain pedang,
lemah lembut sehingga Rasulullah S.A.W pernah memanah dan menunggang kuda.
bersabda kepada para sahabat: ‘ Tidakkah engkau
malu kepada lelaki yang malaikat sendiri malu • Pandai menulis dan membaca sehingga
kepadanya?’ beliau dilantik menjadi salah seorang
penulis wahyu.
• Terkenal dengan sifat dermawan dan
pemurah.Buktinya beliau banyak • Sangat pintar dan mahir dalam bidang
menderma untuk perang Tabuk, membeli Faraid, Al-Quran, Hukum-hukum Syarak,
perigi raumah,untuk kegunaan umat Islam, bahasa dan sastera serta kuat daya ingatan
menderma 1000 ekor unta dengan muatan sehingga mampu menghafaz seluruh Al-
kepada umat Islam yang susah. Quran.

Sumbangan Khulafa’ Ar-Rasyidin
SUMBANGAN ABU-BAKAR AS-SIDIQ R.A


POLITIK ❖ Meneruskan cita-cita Rasulullah S.A.W menghantar pasukan Usamah bin Zaid
kesempadan negara Syam untuk memerangi kerajaan Rom Timur(Byzantine).
AGAM
A ❖ Memerangi golongan yang enggan membayar zakat , golongan yang murtad dan
nabi palsu. Khalifah Abu Bakar R.A telah membentuk pasukan angkatan perang
untuk menghadapi kaum Murtad yang memberontak diserata pelusuk tanah Arab.

❖ Setelah tamat perang Yamamah, banyak tentera Islam mati syahid termasuklah
para penghafaz Al-Quran. Atas nasihat Saidina Umar Bin Al-Khattab R.A, khalifah
Abu Bakar R.A telah mengharapkan Zaid bin Thabit supaya mengetuai usahan
menghimpunkan Al-Quran yang tertulis pada batu, kulit haiwan , daun dan
hafazan para hafaz. Salinan ayat Al-Quran yang dihimpunkan itu kemudian
disimpan oleh khalifah Abu Bakar R.A, Saidina Umar bin Al-Khattab R.A, Saidina
Uthman bin Affan R.A dan Hafsah(Isteri Nabi Muhammad S.A.W).

SUMBANGAN UMAR BIN AL-KHATTAB R.A

Jangka masa pemerintahan khalifah Umar bin Al- Khattab dianggap sebagai zaman keemasan
kerajaan khulafa’ Ar-Rasyidin kerana banyak pembaharuan dan perubahan telah dilakukan.
Zaman pemerintahan beliau juga merupakan zaman peluasan wilayah Islam.

POLITIK SOSIAL EKONOMI KETENTERAAN
❖ Menubuhkan
❖ Menetapakan ❖ Menubuhkan ❖ Mengemas kini
majlis Syura
❖ Membahagikan wang sara hidup Baitul Mal angkatan tentera

jajahan Islam kepada rakyat ❖ Memperkenalkan ❖ Memberi gaji
kepada beberapa
wilayah dan berdasarkan pelbagai jenis cukai kepada gabenor

ditadbir oleh keutamaan dan seperti Jizyah dan dan tentera yang
gabenor
❖ Menubuhkan perjuangan Kharaj berjuang
Jabatan Tentera,
Jabatan Polis, mereka. ❖ Membina terusan
Jabatan ❖ Mengasaskan dan tali air untuk
Percukaian dan
Jabatan takwim Islam mengairi kawasan
Perbendaharaan
Negara ❖ Memperkenalkan pertanian

Undang-undang

Pentadbiran

Tanah

Nota Guru:
-Minta murid menerangkan sumbangan Khulafa’ Ar-Rasyidin dalam bentuk peta minda.
–Berbincang dengan murid tentang sumbangan mereka kepada negara.

SUMBANGAN UTHMAN BIN AFFAN R.A


Khalifah Uthman bin Affan R.A telah menggariskan beberapa polisi baharu pemerintahan beliau.
Beberapa perubahan yang dilakukan melibatkan kebajikan rakyat, politik, ekonomi, ketenteraan
dan pembaharuan dari sudut agama.

SOSIAL ✓ Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang
POLITIK
KETENTERAAN pekerjaan
AGAMA ✓ Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran
✓ Mengukuhkan peranan Baitul Mal untuk mebiayai pembangunan negara
✓ Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera

laut bagi membasmi pemberontakkan dan penaklukkan
✓ Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat Al-Quran yang

dikenali sebagai ‘Mushaf Usmani’
✓ Memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat dan mengambil zakat

berdasarkan nilai mata wang
✓ Membeli tanah untuk membesarkan masjid Nabawi.

SUMBANGAN UTHMAN BIN AFFAN R.A

Sebaik menjadi khalifah, Saidina Ali bin Abu Talib R.A telah berhadapan dengan krisis dalaman
negar sehingga menjejaskan tumpuan kepada pembangunan negara. Namun beliau telah
melakukan beberapa tindakan:

SOSIAL ✓ Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara
KETENTERAAN ✓ Membina markaz tentera di Parsi dan disempadan Syria
EKONOMI ✓ Meneruskan kutipan Jizyah

Kempat-empat khalifah ini telah menunjukkan corak kepimpinan yang bertanggungjawab.

Mereka berjuang untuk kemaslahatan dan kesejahteraan hidup rakyat jelata.

Nota Guru:

-Minta murid menerangkan sumbangan Khulafa’ Ar-Rasyidin dalam bentuk peta minda.
–Minta murid menyenaraikan nilai perjuangan yang dapat dicontohi daripada setiap khalifah.

PENGAJARAN


1. Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan dan sifat mulia para sahabat agar
diredhai Allah S.W.T
2. Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatalan yang
menyesatkan.
3. Umat Islam perlu sanggup berkorban tenag, harta dan nyawa untuk kepentingan agama.
4. Kita perlulah mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam yang banyak berjasa.

AKTIVITI

1.Sediakan buku skrap tentang ‘Khulafa’Ar-Rasyidin Kudwahku’.
2. Lengkapkan ‘Kad Azam’ seperti yang berikut:

Sekiranya saya menjadi pemimpin pada suatu hari nanti:
Azam Saya Ialah:
Saya Juga Tidak Akan:

PENILAIAN

1. Bina jadual riwayat hidup keempat-empat khalifah yang mengandungi nama penuh, tarikh
lahir, tempat lahir, gelaran , jawatan dan sifat peribadi.
2. Jelaskan dua sumbangan setiap khulafa’ Ar-Rasyidin.
3. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil daripada kisah khulafa’ Ar-Rasyidin.
4. ‘Para Khulafa’ Ar-Rasyidin Mempunyai Sifat Keberanian dan Kesabaran Yang Amat Tinggi’.
Bagaimanakah anda dapat mencontohi sifat tersebut untuk menjadi murid yang cemerlang di dunia
dan di akhirat?

Nota Guru:
-Minta murid menghuraikan pengajaran daripada perjuangan khulafa Ar-Rasyidin.
–Pastikan murid melaksanakan tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin.


Click to View FlipBook Version