The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2: PENDERAAN KANAK-KANAK
MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA (54215123197 & 54222123114)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasaqasya0511, 2024-01-28 08:03:09

PENDERAAN KANAK-KANAK

TUGASAN 2: PENDERAAN KANAK-KANAK
MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA (54215123197 & 54222123114)

TUGASAN 2 MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA SEMESTER OKTOBER 2023 TAJUK: PENDERAAN KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO.MATRIKS MUHAMMAD ANNAS AQASYA BIN MOHAMED ZAINI 54215123197 MUHAMAD AFIQ MIFZAL BIN MOHD AZLIE 54222123114 DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABDUL RASHID BIN ABDUL HALIM@JAAFAR


ISI KANDUNGAN: 1. PENDAHULUAN ........................................................................................................... 1 2. DEFINISI KANAK KANAK DALAM ISLAM...................................................................... 3 3. DEFINISI KANAK KANAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG .......................................... 5 4. DEFINISI PENDERAAN KANAK-KANAK (MENGIKUT SEKSYEN 17 (2), AKTA KANAK KANAK 2001)....................................................................................................................... 6 4. JENIS-JENIS PENDERAAN KANAK KANAK ................................................................. 8 5. KES SEBENAR PENDERAAN KANAK-KANAK ........................................................... 11 6. PUNCA-PUNCA BERLAKU PENDERAAN.................................................................... 14 7. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ............................................................................. 19 8. KESIMPULAN ................................................................................................................ 22 9. RUJUKAN ...................................................................................................................... 23


MAKLUMAT AHLI KUMPULAN NAMA: MUHAMMAD ANNAS AQASYA BIN MOHAMED ZAINI NO MATRIKS: 54215123197 KURSUS: BET AE NAMA: MUHAMAD AFIQ MIFZAL BIN MOHD AZLIE NO MATRIKS: 54222123114 KURSUS: BETA MECHATRONICS


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 1 1. PENDAHULUAN Penderaan kanak kanak merupakan isu yang semakin hangat bukan Sahaja di Malaysia bahkan pada peringkat antarabangsa. Penderaan kanak kanak merujuk kepada perbuatan atau pengabaian yang menyebabkan kesakitan fizikal atau mental kepada kanak kanak. Penderaan ini melibatkan kekerasan fizikal , seksual , emosi dan pengabaian. Ini merupakan pelanggaran hak asasi kanak kanak dan boleh melumpuhkan sistem pertumbuhan mereka sehingga boleh merosakkan generasi Baharu yang akan menggerakan sesebuah negara. Rajah 1: keratan akhbar berkaitan penderaan kanak kanak Setiap kanak-kanak berhak kepada kehidupan yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan. Di Malaysia, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak setiap tahun. Masalah besar di seluruh dunia ialah penderaan kanak-kanak. Ia menjejaskan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan perkembangan kanak-kanak sepanjang kehidupan mereka, menyebabkan ia menjadi isu masyarakat secara keseluruhan. Kes penderaan kanak-kanak telah meningkat kepada 6,740 berbanding 6,144 pada 2021, kata Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 2 Setakat Januari hingga Mei 2023, JKM mengendalikan 2,959 kes penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak. Ini termasuk angka yang dilaporkan dan tidak dilaporkan. Menurut Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ibu bapa kandung adalah pelaku tertinggi kes penderaan dengan 46%, diikuti oleh pengasuh atau pusat jagaan dengan 27% (2021). Rajah 2: statistik penderaan dari tahun 2010 sehingga 2018


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 3 2. DEFINISI KANAK KANAK DALAM ISLAM Istilah "kanak-kanak" dalam Islam merujuk kepada anak-anak yang belum mencapai usia baligh. Hukum Islam melindungi kanak-kanak daripada memikul tanggungjawab tertentu sehingga mereka mencapai usia baligh. Peringkat sebelum mumayyiz bermula selepas bayi dilahirkan dan berterusan sehingga tujuh tahun. Pada masa ini, kanak-kanak tidak dapat memahami kesan atau akibat sesuatu tindakan, tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, dan tidak mempunyai keupayaan untuk memahami (idrak). Kanak-kanak pada peringkat umur ini dikenali sebagai kanak-kanak yang belum mumayyiz. Apabila kanak-kanak cukup umur tujuh atau lapan tahun, mereka akan masuk ke peringkat mumayyiz. Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Rabic bin Sabrah dan ayahnya daripada datuknya menyatakan bahawa: ْم ْوالَ َد ُك ُم ُر ْوا ِة َ ُء ِ أ ال َّصالَ ْم ْبنَاْ ب َوهُ أ َ ِ ْم َسْبع ، ِر ِسنِ ْي َن بُ ْوهُ ُء ْم َعلَ َوا ْض ْي َها َوهُ ْبنَاْ َع ْشِر أ ِسنِ ْي َن َ “Ajarlah (atau suruhlah) kanak-kanak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun” Hadith di atas adalah suruhan Rasulullah SAW untuk ibu bapa supaya mengajar solat kepada mereka supaya mengajar solat kepada kanak kanak apabila usia mereka mencapai tujuh tahun. Pukul di atas bukanlah bermaksud niat untuk mendera melainkan untuk menekankan kepada mereka bahawa betapa pentingnya solat. Pukul di atas juga bukanlah merujuk kepada pukul untuk mendera fizikal dan hanya pukulan yang hanya untuk membuatkan mereka sedar dan lebih berdisiplin untuk solat. Dan konteks ini sering kali disalah erti oleh ibu bapa pada zaman sekarang yang memukul dengan niat untuk mendera dan didorong oleh nafsu semata semata dan perkara itulah yang menyebabkan penderaan fizikal dan emosi kepada kanak kanak.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 4 Sesungguhnya Islam sangat mencegah dan membenci penderaan terhadap kanak kanak kerana dalam islam kanak kanak yang belum baligh tidak mempunyai dosa dan umpama kain putih yang kosong dan tinggallah ibu bapa dan orang sekeliling untuk mencoraknya. Rajah 3: kanak-kanak diwajibkan belajar solat pada waktu kecil Islam menekankan hak dan perlindungan kanak-kanak. Anak-anak dianggap sebagai amanat dan amanah yang memerlukan perhatian, kasih sayang, dan perlindungan daripada orang tua mereka dan masyarakat secara keseluruhan. Islam memberikan garis panduan moral untuk mendidik dan memperlakukan anak-anak, serta menetapkan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan, perhatian, dan penjagaan yang mencukupi. Sangat penting untuk diingat bahawa peraturan-peraturan ini menggambarkan prinsip-prinsip umum dan nilai-nilai Islam yang berkaitan dengan melindungi, melindungi, dan menjaga anak-anak.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 5 3. DEFINISI KANAK KANAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG Definisi kanak kanak dalam undang undang yang termaktub dalam akta kanak kanak 2001 ialah sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun. Perlindungan kepada kanak kanak adalah wajib dan sebagai pencegahan terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak kanak. Rajah 4: Carta peranan Pelindung Kanak-Kanak oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia Beberapa sistem dalam undang undang juga turut memberikan perlindungan khusus kepada anak anak untuk memastikan keamanan, kesejahteraan dan hak hak mereka.contohnya seperti menurut kanun Subseksyen 91(2) Akta 611 , perkataan sabitan atau hukuman tidak boleh digunakan terhadap kanak kanak. Selain itu kanak kanak di bawah umur 14 tahun tidak boleh dikenakan hukuman penjara manakala bagi kanak kanak yang berumur 14 tahun ke atas boleh diperlakukan dengan apa apa cara lain yang sesuai jika disabitkan kesalahan contohnya seperti denda atau dihantar ke sekolah Henry Gurney.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 6 4. DEFINISI PENDERAAN KANAK-KANAK (MENGIKUT SEKSYEN 17 (2), AKTA KANAK KANAK 2001) Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, ia merupakan satu akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara- perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Seperti yang dinyatakan dalam Akta Kanak-Kanak 2001, seseorang yang di bawah umur 18 tahun dianggap kanak-kanak. Ia didefinisikan yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak 2001. Perlindungan kanak-kanak termasuk kaedah dan tindakan untuk mengelakkan dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi kanak-kanak. Pengabaian ialah istilah yang merujuk kepada kegagalan berterusan dan serius untuk memenuhi keperluan fizikal, emosi dan pembangunan kanak-kanak, termasuk kesihatan, pendidikan, pertumbuhan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak. Kanak-kanak boleh didedahkan kepada sebarang bahaya, termasuk ancaman nyawa, jika mereka diabaikan. Rajah 5: Cetakan Akta Kanak-Kanak 2001 dalam Perlembagaan Undang-Undang Malaysia


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 7 Penderaan kanak-kanak membahayakn kelangsungan hidup kanak-kanak dan merupakan pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak mereka untuk membesar dalam persekitaran yang sihat dan bermaruah. Penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian adalah beberapa kategori penderaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah seksyen 17 bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada kanak-kanak daripada dicabul dari segi fizikal, emosi atau seksual daripada mana-mana orang. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, penderaan fizikal berlaku apabila seseorang kanak-kanak mengalami kecederaan fizikal yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian badannya akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan ke atas tubuhnya. Menurut akta tersebut, pendedahan emosi ialah apabila seseorang kanak-kanak mengalami kecederaan emosi yang menyebabkan gangguan pada fungsi mental atau emosinya, seperti kecelaruan atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. Teraniaya dari segi seks ialah apabila seseorang kanak-kanak terlibat, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa sebab atau apabila mana-mana orang mengeksploitasi seks mereka untuk memuaskan nafsu seks mereka atau orang lain. Keganasan ditakrifkan sebagai tindakan yang bertujuan untuk menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi kepada kanak-kanak. Eksploitasi ialah istilah yang merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah kewangan, seksual atau politik selain daripada faedah lain yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak atau kelangsungan hidup mereka.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 8 4. JENIS-JENIS PENDERAAN KANAK KANAK a) Penderaan Fizikal Carta 1: Statistik Penderaan Fizikal Mengikut Jantina 2013-2018 Kecederaan fizikal (dari ringan hingga teruk, seperti patah atau kematian) akibat daripada tumbukan, libasan, sebatan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan, atau apa-apa cara lain yang boleh mencederakan kanak-kanak. Selalunya tidak ada niat untuk menyakitkan atau cedera.Ia mungkin akibat daripada disiplin yang berlebihan atau hukuman fizikal. Penderaan kanak-kanak di bawah umur mewakili 95% daripada kes "Shaken Baby Syndrome" disebabkan oleh goncangan yang kuat dan berulang oleh ibu bapa yang tidak tahan mendengar tangisan bayi.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 9 b) Penderaan Seksual Carta 2: Statistik Penderaan Seksual Kanak-Kanak 2013-2018 Sebarang aktiviti yang memberi kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja yang boleh bertanggungjawab dan dipercayai mengikut umur atau perkembangan. Mereka mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan moral, undangundang, dan tidak keagamaan. Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan dan penyimpanan gambar lucah. Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 10 c) Penderaan Emosi Suatu bentuk penderaan yang sering kali sukar untuk dibuktikan secara jelas. Ia kerap berlaku apabila penderaan jenis lain telah dikenal pasti. Terdapat pelbagai cara yang digunakan, termasuklah perlakuan seperti kaki buli di sekolah, di mana kanak-kanak menjadi mangsa persekutan dan penghinaan. Penderaan emosi juga melibatkan tabiat suka mengenakan orang lain dengan cara memperkecilkan dan memalukan mereka. Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan emosi cenderung menolak perawatan dan boleh menghadapi situasi di mana mereka diurung di dalam almari gelap, menggambarkan keadaan yang mencipta trauma emosional yang serius. d) Penderaan Pengabaian Keadaan di mana kanak-kanak yang tinggal di rumah tidak menerima keperluan asas yang sepatutnya diberikan oleh ibu bapa atau orang dewasa. Ini mencakupi kegagalan menyediakan keperluan fizikal seperti makanan, tempat perlindungan, dan pengawasan yang teliti, yang merupakan bentuk pengabaian fizikal. Seterusnya, pengabaian juga mencakupi aspek perubatan, seperti kegagalan dalam memberikan rawatan atau perawatan kesihatan mental, dan pendidikan serta penyeliaan, di mana tidak memberikan pendidikan yang mencukupi atau menawarkan perkhidmatan khas juga dianggap sebagai pengabaian. Tindakan pengabaian juga melibatkan aspek emosi, dengan kurangnya perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak, kegagalan menyediakan penjagaan psikologi, dan membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah. Kesemua ini dianggap sebagai pengabaian emosi yang merugikan perkembangan holistik kanak-kanak.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 11 5. KES SEBENAR PENDERAAN KANAK-KANAK PENDERAAN ADIK IMAN OLEH IBU KANDUNG DAN TEMAN ‘TOMBOY’ Rajah 6: Kes penderaan adik Iman yang tular pada Ogos 2023 Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikenali sebagai Iman telah menjadi mangsa penderaan hampir setiap hari di kediamannya di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, Johor. Iman didera oleh ibu kandungnya dan seorang teman 'tomboy’ yang merupakan warga asing. Wan Noor Badri Wan Yahya, seorang jiran, dan isterinya mendengar perbuatan tersebut hampir setiap hari, khususnya dalam 2 minggu kebelakangan sebelum serbuan dilakukan. Pasangan yang mendakwa sebagai suami isteri itu baharu pindah ke kediaman tersebut pada bulan April. Pada mulanya, keluarga tersebut kelihatan seperti keluarga biasa, tetapi Iman tidak dibenarkan bermain di luar rumah dan hanya dibenarkan bermain di kawasan tempat letak kereta. Pada akhir Jun, Iman terlepas bermain sehingga di luar kawasan taman perumahan, yang menyebabkan pasangan itu marah dan memarahi Iman hampir setiap hari. Rajah 7: Jiran perumahan menunjukkan kediaman pasangan yang mendera adik Iman


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 12 Wan Noor Badri dan jiran-jiran lain berasa sangsi dan memutuskan untuk menyerbu rumah pada malam Jumaat itu, bertarikh 12 Ogos 2023. Rahsia terbongkar apabila terdedah bahawa Iman telah menjadi mangsa penderaan, dipercayai oleh 'suami' keluarga tersebut yang juga merupakan seorang tomboy. Terdapat beberapa kesan luka yang teruk di badan Iman, termasuk luka lama di bahagian kaki, luka pada tangan, dan luka baharu di belakang badannya. Beberapa rakaman video insiden ini tular di media sosial memaparkan ramai jiran kawasan perumahan berkenaan berkumpul di hadapan rumah meminta kanak-kanak lelaki berkenaan dibawa keluar. Rajah 8: Video tular menunjukkan keadaan badan adik Iman ketika serbuan dibuat Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, mengumumkan bahawa pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman selama enam hari, manakala rakannya yang berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari. Jiran-jiran di kawasan tersebut bersyukur kerana dapat membantu menyelamatkan Iman daripada terus menjadi mangsa penderaan.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 13 Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun kepada seorang ibu tunggal, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27 tahun dan rakan serumahnya, Awiin Chua, 30 tahun iaitu warga Singapura, atas kes penderaan kanak-kanak. Dua suspek tersebut, yang pada awalnya mengaku tidak bersalah pada 16 Ogos, akhirnya menukar pengakuan kepada bersalah pada 27 September lalu. Hakim VM Mabel Sheela menjatuhkan hukuman tersebut dan beliau turut tidak dapat menahan sebak kerana mengenangkan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun, yang merupakan anak kandung ibu tersebut. Insiden ini membangkitkan kemarahan penduduk setempat malah negara juga turut tidak berpuas hati. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut meluahkan kesedihannya atas kes adik Iman. Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling serta melaporkan kes berkenaan ke talian kecemasan. "Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Pasukan Pelindung Kanak-Kanak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua pihak yang pantas bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu," katanya. Kejadian tersebut menunjukkan kepentingan intervensi awal dan perlindungan kanak-kanak dari penderaan serta keperluan hukuman yang setimpal bagi penjenayah penderaan kanakkanak. Kes ini menekankan kepentingan penglibatan komuniti dalam melibatkan diri untuk melindungi kanak-kanak dari penderaan.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 14 6. PUNCA-PUNCA BERLAKU PENDERAAN a) Pertengkaran Ini bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi tekanan samada di tempat kerja, pertengkaran suami-isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa melepaskan geram. Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tertekan oleh keadaan atau masalah yang mereka hadapi, otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan segala-galanya yang mereka lakukan adalah memberontak. Ini menunjukkan bahawa teori psikologi telah digunakan. b) Masalah Kewangan Masalah kewangan atau tekanan kerja ibu bapa menjadi pencetus utama berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Tekanan ini menyebabkan ramai ibu bapa menjadi tidak waras. Mereka sering melepaskan tekanan dengan memukul atau merosakkan anak-anak. Memang penting untuk mempunyai keluarga yang sempurna kerana tanpa wang, kasih sayang dan prihatin yang kuat tidak akan bertahan. Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. c) Masalah Rumahtangga Ketika ibu bapa mangsa dalam proses penceraian, penderaan anak-anak berlaku lebih kerap kerana mereka mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan dendam mereka. Kanak-kanak menghadapi konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka kerana ini.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 15 d) Masalah Penagihan Dadah dan Arak Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa. e) Kurang Didikan Agama Terdapat segelintir individu luar selain ibu-bapa yang mendera kanak-kanak tidak mempunyai didikan agama. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh nampaknya tidak mempunyai haluan hidup. Dianggap tidak ada pembalasan untuk tindakan devian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini. Seseorang yang dididik secara agama pasti akan menganggap perbuatan atau tindakan mendera kanak-kanak ini sebagai satu kesalahan besar dalam agama mereka. Dilarang oleh agama Islam untuk menjadi kejam dan tidak adil terhadap orang lain. f) Gagal Mengawal Nafsu Seks Penyebab utama penderaan seksual kanak-kanak yang dilakukan oleh pelaku devian ini adalah ketidakupayaan untuk mengawal nafsu seks mereka. Banyak kes telah berlaku di Malaysia. Kes terbaru, Nurin Jazimin, adalah kes di mana kanak-kanak itu telah didera secara fizikal dan seksual, serta dibunuh dan dimasukkan ke dalam beg sukan dan diletakkan di pasaraya. Ini menunjukkan bahawa individu yang melakukan kesalahan ini tidak mempunyai akal, tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir, dan seolah-olah otak mereka telah membeku.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 16 g) Faktor Membalas Dendam Faktor ini menunjukkan bahawa pelaku ini melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak kerana dia marah terhadap bekas kekasihnya. Pelaku deviant mungkin pernah dikecewakan oleh kekasih mereka. Akibat tekanan yang mereka alami, mereka menyimpan dendam dan menggunakan kanak-kanak perempuan sebagai sasaran untuk melepaskan geram mereka. Mereka kelihatan berpuas hati dengan tindakan sedemikian. h) Faktor Ibu dan Ayah Tiri Faktor ini adalah salah satu faktor yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunya penderaan kanak-kanak. Ibu bapa kadangkala berkahwin dengan orang lain selepas mereka bercerai atau suami mereka meninggal dunia. Jadi ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak mereka kerana mereka telah mempunyai pasangan sebelumnya. Kanak-kanak yang ibu atau ayah tirinya tidak ada akan dianiaya oleh ayah atau ibu tirinya. Dia akan bercakap seolah-olah dia menyayangi kanak-kanak itu jika dia berada di depan. Dalam kebanyakan kes, ibu tiri melakukan penderaan fizikal, manakala ayah tiri melakukan penderaan fizikal dan seksual. i) Masalah Penagihan Dadah dan Arak Faktor penagihan dadah oleh individu bukan ibu bapa juga yang menjurus berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Perkara ini boleh berlaku akibat daripada ketidakwarasan individu tersebut setelah mengambil dadah atau arak. Islam sendiri telah mengharamkan pengambilan dadah dan arak ini. Ini kerana arak dan dadah adalah memabuk dan menghayalkan. Individu yang menggunakannya tidak akan dapat menggunakan otak mereka dengan baik. Maka mereka akan bertindak di luar batasan atau mungkin lebih kepada batasan kemanusiaan.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 17 j) Kurang Perhatian Dari Ibu Bapa Apabila ibu bapa tidak memberikan perhatian yang mencukupi kepada anak-anak mereka, terdapat banyak kes penderaan kanak-kanak yang berlaku. Ada ibu bapa yang tidak memberikan penjagaan yang mencukupi kepada anak mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa kanak-kanak belum mempunyai perkembangan kognitif yang baik. Kanak-kanak yang terlalu aktif mungkin tidak mengambil berat tentang siapa mereka bersama. Oleh itu, mereka yang mengambil kesempatan akan mencuri kanakkanak ini. Dalam kes Nurin Jazimin, kita juga boleh melihat contoh yang sama. Mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sendiri sehingga mereka mengabaikan anak-anak mereka. k) Faktor Pendidikan Rendah Individu yang melakukan kesalahan ini pada kebiasaannya melakukan jenayah akibat daripada tekanan hidup. Mereka pada permulaannya akan menculik kanak-kanak ini bagi menjadikan tebusan demi mendapatkan kekayaan dengan mudah. Namun apabila ibu bapa melaporkan kepada polis dan pihak polis telah memulakan menjejaki kanak-kanak ini, maka individu tersebut mungkin berasa marah lalu melakukan perkara di luar batas kemanusia seperti mendera kanak-kanak tersebut secara fizikal dan seksual. l) Jumlah pendapatan pelaku Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM1200. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang rendah menjadikan membesarkan anak-anak menjadi lebih sukar bagi ibu bapa. Ini disebabkan oleh keperluan mereka untuk memikirkan cara untuk mendapatkan wang untuk membiayai keluarga mereka setiap hari.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 18 m) Faktor Pengaruh Kisah Silam Terdapat juga penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh orang yang mengalami tekanan emosi akibat kenangan didera semasa kecil. Mereka kemudiannya mengabaikan perkara itu sehingga mereka mendera kanak-kanak lain. n) Penderaan Yang Dilakukan Pengasuh Selain itu, penderaan boleh berlaku di mana-mana termasuh di pusat asuhan kanakkanak. Ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak tanpa mengetahui sejarah mereka. Ini tidak sepatutnya berlaku. Sebelum menghantar anak mereka, ibu bapa harus mempertimbangkan latar belakang pengasuhnya dan tempat mereka dihantar. Apabila berlaku penderaan anak mereka barulah mereka mula sedar betapa silapnya cara mereka yang tidak terlalu mengambil endah perkara tersebut. o) Masalah Psikologi Tidak Menonjol Mengikut kajian luar negara juga berdasarkan kes-kes penderaan seksual yang wujud, kadang kala individu yang mendera kanak-kanak secara seksual ini luarannya sangat normal. seperti kes-kes yang berlaku di luar negara, yang paling tekenal adalah kes Natascha, gadis yang diculik ketika berusia 10 tahun dan dikurung sehingga 8 tahun sebelum berjaya membebaskan diri dari cengkaman penculiknya. salah satu faktor yang menyebabkan penculik atau pendera ini gagal dikesan kerana dia seorang yang normal pada lahiriahnya dan memiliki rekod bersih, baik kepada jiran tetangga tetapi agak suka menyendiri. barangkali ini juga faktor penyebab pembunuh Nurin Jazimin gagal dikesan, kerana pelaku devian tersebut tidak berada dalam senarai suspek polis mahupun rekod jenayah.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 19 7. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI a) Pendidikan Kesedaran Penjagaan Kanak-Kanak Sama ada mereka berada di rumah, di pusat jagaan atau di sekolah, penderaan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Oleh itu, pendidikan melalui media masa dan media sosial adalah penting untuk meningkatkan kesedaran tentang perkara ini. Sebagai contoh, ruangan iklan filem animasi Upin dan Ipin, yang mengajar kanakkanak apa itu penderaan dan bagaimana untuk mengadu. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat mencapai golongan yang berisiko seperti kanak-kanak untuk tahu bahawa mereka sebenarnya didera dan boleh meminta pertolongan. b) Perkhidmatan Kaunseling Masalah penderaan kanak-kanak dapat diatasi dengan membudayakan perkhidmatan kaunseling untuk semua lapisan umur masyarakat. Kebanyakan kes penderaan berlaku kerana pendera mengalami masalah kesihatan mental atau tekanan jiwa. Masyarakat kita terus menyatakan bahawa lelaki perlu bekerja keras untuk menampung keluarga mereka tanpa mengambil kira kesihatan jiwa dan raga mereka. Memendam masalah dan tekanan pada diri sendiri boleh menyebabkan mereka bertindak melampau. Oleh itu, setiap orang berhak untuk mendapatkan kaunseling untuk berkongsi kebimbangan dan tekanan mereka. Dengan kepakaran seorang kaunselor, pastinya fikiran seseorang yang berada dalam tekanan dapat ditenangkan dan menjadi lebih rasional dalam setiap tindakan yang diambil.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 20 c) Kesedaran dan Pengawasan Komuniti Penderaan kanak-kanak boleh diatasi dengan menjadi ahli masyarakat yang prihatin dengan persekitaran mereka. Kami bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang aktiviti atau perkara yang mencurigakan yang berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Budaya memberi perhatian kepada jiran perlu dihidupkan semula, bukan untuk menjaga tepi kain orang. Dalam masyarakat moden, kebanyakan orang menghabiskan masa di tempat kerja mereka dan tidak suka meluangkan masa untuk mengenali jiran tetangga mereka. Sebuah komuniti yang prihatin menghalang pendera daripada melakukan penderaan dalam keadaan yang berisiko untuk mereka. Jelaslah bahawa masyarakat yang mengambil berat tentang keadaan sekeliling mereka membantu mencegah penderaan kanak-kanak. d) Amalan Gaya Hidup Sihat Dari sudut pandang yang lain, masalah penderaan kanak-kanak boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Apabila masyarakat kita mengamalkan gaya hidup sihat, tindakan tidak bertanggungjawab ini pasti akan berlaku. Oleh itu, masyarakat yang menjalani gaya hidup sihat akan mempunyai pemikiran yang logik dan mengelakkan perbuatan yang sia-sia dan memudaratkan. Seseorang yang boleh mengekalkan kesihatan fizikal mereka juga boleh mengekalkan kesihatan mental dan rohani mereka. Secara ringkasnya, badan yang sihat akan menghasilkan akal yang sempurna, yang bermaksud badan yang cergas dan otak yang cerdas.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 21 e) Perkukuhkan Ilmu Agama dan Pendidikan Moral Penghayatan ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna adalah penting untuk memerangi penderaan kanak-kanak. Sebagai contoh, penghayatan agama Islam merangkumi pemahaman dan pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan harian. Orang boleh menjadi lebih sedar tentang tanggungjawab mereka terhadap agama dan ketuhanan dengan solat, membaca Al-Quran, dan mengamalkan nilai-nilai Islam. Pendidikan moral dan ilmu agama membolehkan penghayatan moral. Ini membolehkan seseorang menghayati aspek nilai sejagat dan nilai kemanusiaan. Ini termasuk prinsip seperti keadilan, empati dan kasih sayang, yang penting untuk menangani penderaan kanak-kanak. Dengan memahami dan mengamalkan nilai-nilai ini, individu dan masyarakat dapat membentuk persekitaran yang selamat dan penuh hormat untuk perkembangan kanak-kanak. f) Sifat Prihatin dan Sensitif terhadap Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga yang mengambil berat tentang keselamatan kanak-kanak mereka boleh mengurangkan penderaan. Kepentingan pendidikan tentang kesan fizikal dan emosi yang dialami oleh kanak-kanak akibat tindakan kekerasan harus ditekankan; ini akan membina asas untuk menjadi sangat prihatin terhadap kesejahteraan mereka. Selain itu, sifat-sifat ini membina piawaian dalam keluarga yang membantu mengekalkan hubungan yang baik dan mengelakkan penderaan berulang. Keprihatinan ini melindungi kanak-kanak daripada penderaan melalui tindakan proaktif seperti tindakan segera, melaporkan kepada pihak berkuasa, dan menyelamatkan mereka daripada keadaan berisiko. Prinsip penting ialah "mencegah lebih baik daripada mengubati." Ini bermakna tindakan pencegahan yang berkesan akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terjaga dengan baik.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 22 8. KESIMPULAN Kesimpulannya, agama melarang keras perbuatan keji penderaan kanak-kanak. Ini disebabkan oleh fakta bahawa tindakan seperti itu seolah-olah bertujuan untuk memusnahkan aset penting negara untuk generasi akan datang serta memusnahkan generasi akan datang. Hak kemanusiaan terjejas oleh penderaan kanak-kanak. Ia juga berkaitan dengan nilai-nilai Islam yang menekankan keadilan, kasih sayang, dan penjagaan terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Nilai-nilai Islam harus digunakan untuk menekankan pencegahan dan perlindungan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dalam konteks Malaysia, negara yang majoritinya beragama Islam. Masyarakat perlu dimaklumkan tentang hak-hak kanak-kanak dan kesan buruk penderaan terhadap pertumbuhan dan masyarakat. Tambahan pula, kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat tempatan perlu dipertingkatkan untuk menyokong mangsa penderaan kanak-kanak dan menggalakkan pelaporan lebih kerap tentang kejadian itu. Ingatlah bahawa anak-anak adalah amanah yang sangat suci dan suci daripada Allah. Oleh itu, kita mesti membentuknya menjadi orang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif apabila mereka kecil, adalah mungkin mereka akan menjadi lebih ganas apabila mereka dewasa. Oleh itu, jaga anak-anak dan elakkan penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah ia membawa dosa yang akan kita tanggung di akhirat.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 23 9. RUJUKAN Ana. (2013, February 22). Definisi Kanak-kanak Menurut Pandangan Islam. Retrieved from Blogspot: https://budakbahagia.blogspot.com/2013/02/definisi-kanak-kanak-menurutpandangan.html Azlina, M., & Basmin, M. (2023, December 22). PENDERAAN KANAK-KANAK: IBU BAPA MUDA PERLU URUS TEKANAN. Retrieved from Bernama: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2256381 Cheah, D. I. (28 August, 2020). Apakah Penderaan Kanak-kanak? Retrieved from MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA: http://myhealth.moh.gov.my/penderaan-kanak-kanak/ Hussein, I. L. (2023, August 12). Ibu, 'tomboy' ditahan dera budak 7 tahun. Retrieved from Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/998641/ibu-tomboyditahan-dera-budak-7-tahun iRujukan. (2022). Langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-Kanak. Retrieved from iRujukan: https://www.irujukan.my/penderaan-kanak-kanak/ JKM. (2016, August 2). Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara. Retrieved from Jabatan Kebajikan Masyarakat: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=TlFwUVczN0RLQ3VlRDFqRT FmVENuZz09 Karangan.net. (2022). Faktor Kes Penderaan kanak. Retrieved from Karangan.net: https://karangan.net/kes-penderaan-kanak/ Khairul, A. (2023, November 1). Hakim sebak kenang nasib budak didera ibu kandung, tomboi. Retrieved from Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2023/11/01/hakim-sebakkenang-nasib-budak-didera-ibu-kandungtomboy/#:~:text=Hakim%20V.M.,serumahnya%2C%20Awiin%20Chua%2C%2030.


MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA 24 Khairul, A. (2023, August 2023). Iman didera hampir setiap hari – Jiran. Retrieved from Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/berita/2023/08/iman-didera-hampirsetiap-hari-jiran/ Mary, D. V. (2023, August 2023). 'Luluh hati saya lihat keadaan adik Iman'. Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1140492/luluhhati-saya-lihat-keadaan-adik-iman Norsaleha, S., Hafizah, H., Zetty, R. N., Kamal, A. R., Norbahiah, M., & Nabilah , Z. H. (2019). FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: SATU ANALISIS. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, 12-15. Nurhakimah, M., & Siti Zaidatul, M. A. (2021, February 28). Analisis terhadap Statistik Kanak-Kanak yang Memerlukan Pemeliharaan & Perlindungan di Malaysia. Retrieved from Wanita Ikram: https://wanita.ikram.org.my/wpcontent/uploads/2021/05/Analisis-bhg.-2-Jenis-Kes-dan-Statistik-Penderaan-danPengabaian-Kanak-Kanak-2.pdf Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia. (2006). Akta kanak-kanak 2001. UNDANG-UNDANG MALAYSIA, 1-137. Sinar Harian. (2021, February 3). Kes dera libat ibu bapa kandung paling tinggi. Retrieved from Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-dera-libat-ibubapa-kandung-paling-tinggi-281019? Zulkifli, Y. P. (2021, November 26). KES PEDOFILIA. Retrieved from Dewan Selangor: https://dewan.selangor.gov.my/question/kespedofilia/#:~:text=Jabatan%20Kebajikan%20Masyarakat%20di%20bawah,seksual% 20daripada%20mana-mana%20orang.


Click to View FlipBook Version