IMTIYAZ EDUCARE PLT Suite 4803-0-06, Blok 4803, CBD Perdana 1, Persiaran Flora Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor. | No.Tel: 019-388 8496 | Email: [email protected] Laman sesawang: http://imtiyazeducare.edu.my | fb: http://fb.com/sriimtiyaz TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN 2024 ْي ُك اَل َسالُم م َعلَ ُ َوَب َر هللَا كات َو َر ْح َمة ِ Kepada ibu bapa yang dihormati, Terima kasih kerana telah memberikan kepercayaan kepada SRI Al-Imtiyaz sebagai penyedia perkhidmatan Program KAFA bagi anak-anak tuan/puan. Dokumen ini bertujuan memberi penerangan berkenaan terma, syarat dan maklumat berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sekolah Rendah Islam Al-Imtiyaz, Cyberjaya. Setelah memahami kandungan dan keterangan yang tertulis, ibu-bapa perlu menandatangani dokumen ini di ruangan yang disediakan dalam muka surat terakhir. Berkenaan SRI Al-Imtiyaz Cyberjaya Sekolah Rendah Islam Al-Imtiyaz merupakan sebuah sekolah rendah agama swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), beroperasi bagi memenuhi keperluan para pelajar muslim sekolah kebangsaan sekitar Cyberjaya terhadap pendidikan Islam. Dengan mengguna pakai silibus JAIS dan KAFA JAKIM, para pelajar akan menduduki ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) sewaktu tahun 6 dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sewaktu tahun 5. Keunikan SRI Al-Imtiyaz Cyberjaya berbanding KAFA atau Sekolah Rendah Islam yang lain adalah termasuk perkara yang berikut: ● Teknik asas membaca Al-Quran secara bersistem menggunakan buku Talaqqi ● Bilangan pelajar terhad kepada 2o orang bagi sebuah kelas ● Proses pembelajaran tidak terhad kepada kaedah tradisional ● Memberi penekanan terhadap aspek pembentukan sikap ● Mengaplikasikan kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBL) dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) Visi Melahirkan pelajar muslim yang mantap aqidah dan peribadinya, menghayati tanggungjawab sebagai hamba Allah serta mampu berdikari dan bermanfaat kepada orang lain. Misi ● SRI Al-Imtiyaz menyediakan persekitaran dan guru-guru yang soleh ● Membangunkan potensi pelajar melalui penghayatan sebagai hamba Allah ● Memastikan setiap pelajar terdidik dan tergilap potensinya berdasarkan keunikan dan kecenderungan mereka, tidak fokus hanya kepada aspek akademik ● Objektif SRI Al-Imtiyaz adalah membangunkan pimpinan muslim masa hadapan. 1. PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN SESI 2024 a) Proses pendaftaran dan penerimaan: ● Ibu-bapa melengkapkan borang permohonan online ● Ibu-bapa membuat bayaran RM130 sebagai deposit (bayaran penuh selewatnya pada 1 Januari 2024) ● Yuran bulanan semasa perlu dibayar selewatnya pada 7hb melalui Payment Gateway dengan menekan butang bayar online yang dipaparkan dalam invois.
IMTIYAZ EDUCARE PLT Suite 4803-0-06, Blok 4803, CBD Perdana 1, Persiaran Flora Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor. | No.Tel: 019-388 8496 | Email: [email protected] Laman sesawang: http://imtiyazeducare.edu.my | fb: http://fb.com/sriimtiyaz b) Operasi sekolah bergantung sepenuhnya kepada kutipan yuran bulanan. Oleh yang demikian ibu bapa bertanggungjawab menjelaskan yuran bulanan secara konsisten sepanjang tahun pengoperasian. c) Yuran bulanan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan atas ketidakhadiran pelajar dengan sebab sakit, cuti atau jika mempunyai niat untuk berhenti dari SRI Al-Imtiyaz. Sebarang Cuti sekolah adalah tertakluk kepada arahan kerajaan/JAIS. d) Sekiranya operasi sekolah diarah tutup oleh kerajaan/pihak berkuasa atas sebab tertentu (contoh: H1N1, demam campak dll) untuk tempoh kurang daripada 2 minggu, pihak sekolah tidak akan membuat pemulangan yuran bulanan yang telah dibayar. 2. WAKTU OPERASI a) Waktu belajar : Isnin dan Rabu ● Tahap 1 – 08.10 pg hingga 10.40 pg ● Tahap 2 – 02.30 ptg hingga 5.00 ptg Selasa, Khamis dan Jumaat ● Tahap 1 – 08.10 pg hingga 11.10 pg ● Tahap 2 – 02.30 ptg hingga 5.30 ptg b) Waktu perkhidmatan transit ● 11.30 pg hingga 01.00 ptg (tahap 1) ● 01.30 ptg hingga 02.30 ptg (tahap 2) ● 05.00 ptg hingga 06.30 ptg (tahap 2) **tertakluk kepada perubahan jadual waktu SK c) Waktu kehadiran dan waktu pulang ● Waktu kehadiran adalah antara 07.40pg – 8.10 pg ● Waktu pulang paling lewat o Sesi Pagi – 01.00 ptg o Sesi Petang – 06.30 ptg ● Caj atas kelewatan menjemput adalah sebanyak RM10/jam, bermula daripada minit pertama dan perlu dibayar secara terus kepada guru bertugas. d) Waktu operasi pada bulan Ramadhan adalah seperti berikut: ● Isnin - Jumaat Tahap 1 – 08.10 pg hingga 10.40 pg Tahap 2 – 02.30 ptg hingga 5.00 ptg ● Waktu pulang paling lewat o Sesi Pagi – 12.30 tgh o Sesi Petang – 05.30 ptg e) Ibu bapa perlu memaklumkan guru kelas sekiranya anak tidak hadir ke sekolah. f) Pihak sekolah berhak memanggil ibu bapa sekiranya kekerapan pelajar lewat hadir ke sekolah mencecah 5x berturut-turut. 3. CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN a) Operasi sekolah ditutup sepanjang tempoh cuti persekolahan. b) Bagi cuti persekolahan yang bertempoh kurang daripada 2 minggu, ibu bapa perlu membayar penuh yuran bulanan Kafa, Intensif Al-Quran dan Kenderaan. Hanya perkhidmatan transit dikira secara prorata berdasarkan jumlah hari operasi bulan berkenaan. c) Sekolah menyediakan Program Cuti Sekolah (PCS) dengan bayaran, sebagai pilihan kepada ibu bapa. 4. KESELAMATAN DAN KESIHATAN ● Ibu bapa mesti memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah telah disambut oleh kakitangan sekolah, sebelum meninggalkan mereka.
IMTIYAZ EDUCARE PLT Suite 4803-0-06, Blok 4803, CBD Perdana 1, Persiaran Flora Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor. | No.Tel: 019-388 8496 | Email: [email protected] Laman sesawang: http://imtiyazeducare.edu.my | fb: http://fb.com/sriimtiyaz ● Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya mewakilkan individu lain bagi menjemput anak mereka. ● Pihak sekolah memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan para pelajar. ● Keselamatan pelajar yang telah dibenarkan keluar daripada premis sekolah atas permintaan ibu bapa adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa. Keselamatan pelajar bukan lagi di bawah tanggungjawab pihak sekolah. ● Apabila berlaku kemalangan, ibu bapa perlulah mengizinkan pihak sekolah menguruskan rawatan awal sekiranya perlu. ● Pihak sekolah juga sentiasa memberi perhatian kepada aspek kesihatan dan keselamatan dalam penyediaan makanan dan minuman. 5. SEKIRANYA ANAK TIDAK SIHAT ● Sekiranya pelajar terkena penyakit berjangkit, mereka tidak digalakkan hadir ke sekolah bagi mengelakkan masalah jangkitan kepada pelajar lain. ● Sekiranya pelajar terkena penyakit berjangkit, ibu bapa perlu memaklumkan kepada guru besar dengan kadar yang segera. 6. ETIKA PAKAIAN ● Pakaian ketika sesi persekolahan adalah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. ● Barang perhiasan yang berharga tidak digalakkan dibawa ke sekolah. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang berkenaan. ● Jam digital tidak dibenarkan dipakai ketika sesi persekolahan. Pihak sekolah berhak mengambil barang berkenaan. ● Ibu-bapa perlu membuat permohonan kepada pihak sekolah terlebih dahulu sekiranya membekalkan sebarang alat elektronik termasuk pengesan GPS dan lain-lain. Kebenaran adalah atas pertimbangan dan budi bicara pihak sekolah dan pihak sekolah tidak bertanggung jawab atas kerosakan dan kehilangan alat-alat yang berkenaan. ● Ibu bapa perlu menyiapkan kelengkapan persalinan anak-anak sekiranya mengambil pakej transit di SRI Al-Imtiyaz. 7. PERKHIDMATAN TRANSIT ● Pakaian, tuala dan lain-lain mesti dilabel nama oleh ibu-bapa bagi mengelakkan keciciran. ● Pihak sekolah akan membuat memo pemakluman berkenaan pakaian/barangan tercicir. Proses pelupusan akan dibuat selepas tempoh 2 minggu daripada tarikh memo dikeluarkan. 8. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN ● Pihak sekolah menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan pelajar ke/dari sekolah kebangsaaan sahaja, menggunakan kenderaan yang disediakan oleh pihak ketiga termasuk van, bas sekolah, kereta dan lain-lain.
IMTIYAZ EDUCARE PLT Suite 4803-0-06, Blok 4803, CBD Perdana 1, Persiaran Flora Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor. | No.Tel: 019-388 8496 | Email: [email protected] Laman sesawang: http://imtiyazeducare.edu.my | fb: http://fb.com/sriimtiyaz ● Pihak sekolah bertanggungjawab terhadap kelancaran pergerakan pelajar perjalanan ke/dari sekolah kebangsaan. ● Kelewatan boleh berlaku disebabkan oleh pihak penyedia kenderaan. ● Perlindungan keselamatan pelajar tertakluk kepada pakej takaful yang telah dibayar oleh ibu-bapa sahaja, iaitu RM10 setahun seperti di dalam struktur yuran tahunan. ● Waktu penghantaran/pengambilan bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 2 petang. 9. SESI INTENSIF AL-QURAN/HAFAZAN ● Sesi intensif Al-Quran adalah pakej pilihan yang ditawarkan oleh SRI Al-Imtiyaz bagi membantu pelajar mempercepatkan kemahiran berikut: o Mengenal huruf hijaiyyah dan menguasai kemahiran asas membaca ayat Al-Quran o Membaca ayat Al-Quran dengan makhraj huruf yang betul o Membaca ayat Al-Quran dengan hukum tajwid yang betul o Membaca Al-Quran dengan lebih lancar o Memperdengarkan dan menyemak ayat-ayat hafazan ● Bagi pelajar yang mengambil pakej ini, sesi bersama guru akan dijalankan sebanyak 2x seminggu. Guru akan memperuntukkan masa selama 5 minit bagi setiap sesi dan setiap pelajar. ● Ibu-bapa boleh menyemak rekod perkembangan sesi Intensif Al-Quran anak-anak secara online melalui aplikasi SMAP. 10. SAMBUTAN HARI LAHIR ● Pihak sekolah boleh mengizinkan sambutan hari lahir pelajar di sekolah. ● Makanan yang dibekalkan mestilah dipastikan sihat dan mempunyai status HALAL yang sah. 11. KERJASAMA IBU BAPA ● Ibu bapa perlu memberi kerjasama samada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menjayakan Visi dan Misi SRI AL-IMTIYAZ yang memfokuskan pendidikan dan sahsiah anak-anak. ● Ibu bapa perlu memastikan anak-anak hadir ke sekolah pada masa yang ditetapkan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan pembelajaran di dalam kelas dan mengelakkan gangguan kepada pelajar yang lain. 12. KEBENARAN MENGIKUTI PROGRAM DI LUAR PREMIS SEKOLAH ● Untuk sebarang aktiviti luar, pihak sekolah akan mendapatkan kebenaran ibu-bapa menggunakan borang atas talian (google form). ● Ibu-bapa perlu memberi maklumbalas melalui borang atas talian dan menekan tanda tick pada bahagian akhir borang sebagai tanda bersetuju, tanpa perlu menurunkan tandatangan secara manual. 13. PROSEDUR MEMBUAT ADUAN ● Sebarang aduan perlu diajukan dan dibincang secara peribadi dengan ketua guru SRI Al-Imtiyaz terlebih dahulu sebelum dibawa kepada pihak pengurusan.
IMTIYAZ EDUCARE PLT Suite 4803-0-06, Blok 4803, CBD Perdana 1, Persiaran Flora Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor. | No.Tel: 019-388 8496 | Email: [email protected] Laman sesawang: http://imtiyazeducare.edu.my | fb: http://fb.com/sriimtiyaz 14. SENARAI NOMBOR PERHUBUNGAN Ibu-bapa boleh berurusan dengan pihak sekolah melalui nombor perhubungan yang berikut: Ustazah Zuli Nadia Binti Paimen (Guru Besar) Tel: 018-380 4005 En. Sharizan bin Sumuui (Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah) Tel: 019-388 8496 Kami amat menghargai kepercayaan yang tuan/puan berikan dan amat menggalakkan sebarang cadangan demi menambah baik perkhidmatan yang kami sediakan. هللاُ َج َزا َك َخْي ًرا Yang benar, ------------------------ SHARIZAN BIN SUMUUI Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan SRI Al-Imtiyaz Cyberjaya