96 SENARAI TUGAS 1. Mengedarkan takwim tahunan dan menyelaraskan takwim bulanan. 2. Mengumpul maklumat untuk penyediaan buku Panduan Pengurusan & Pentadbiran, Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan PPKI. 3. Mendokumentasi dan mengedarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah pada mesyuarat pertama setiap tahun. A.16 : JAWATANKUASA PIBG & SARANA IBU BAPA Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Yang Di Pertua : Naib Yang Di Pertua : Setiausaha : Fatin binti Mat Halim : Nur Najwa Nabilah binti Che Mahmood Bendahari : Noorizan binti Hassan : Nur Atiqah binti Ahmad Suhairun Guru : Wan Nur Fikriyah binti Wan Mohd Badrin : Muhammad Azman bin Ismail : Yap Siew Yun : Shamsiah binti Hassan Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : : : : : Juruaudit (guru) : Juruaudit (ibu bapa) : SENARAI TUGAS 1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan. 2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum. 3. Membantu pihak sekolah mempertingkat disiplin dan sahsiah pelajar sekolah. 4. Membantu pihak sekolah mempertingkat keceriaan / kebersihan sekolah. 5. Membantu memperlengkap kemudahan - kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi mempertingkat pengajaran dan pembelajaran. 6. Mempererat hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. 7. Menghadiri upacara rasmi sekolah. 8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan baru.
97 A.17 : JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF (KGS) Penasihat : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Penyelaras : Dr. Ong Swee Ling GKMP Kemanusiaan Pengerusi : Naib Pengerusi : Setiausaha : Penolong Setiausaha : Bendahari : Penolong Bendahari : Audit Dalaman : Ahli Jawatankuasa : Biro Kebajikan & Kerohanian : Biro Kebajikan & Kerohanian : Biro ICT & Multimedia : Biro ICT & Multimedia : Biro Tajaan & Sumbangan : Biro Tajaan & Sumbangan : Biro Jamuan : Biro Jamuan : Biro Sukan & Rekreasi : Biro Jualan : Biro Jualan : Biro Tugas-tugas Khas : Biro Tugas-tugas Khas : Biro Tugas-tugas Khas SENARAI TUGAS 1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan yuran / sumbangan guru. 2. Menjadi orang perantaraan antara staf dengan Pengetua 3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staf 4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik guru. 5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staf yang akan bertukar / pencen dan menyambut staf baru. 6. Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staf yang meninggal dunia. 7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Penolong Kanan dan Lembaga Pengawas / Majlis Ketua Tingkatan/ Pengawas PSS/ Pengawas Koperasi. 8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan / kegiatan sukan atau riadah untuk ahli. 9. Memastikan semua guru dan staf sokongan menjadi ahli PSKPP. 10. Membantu pihak sekolah menguruskan Lawatan Terancang / Lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan rakan sejawat. 11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staf. 12. Melantik AJK bilik guru dengan pembahagian tugas-tugas yang jelas. 13. Tidak sama sekali membenarkan penjual / penjaja memasuki bilik guru dan menjalankan perniagaan mereka.
98 A.18 : JAWATANKUASA TS25 SEKOLAH Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila Binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 3 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 4 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Penyelaras : Vidyasini Nair a/p Jayaraman GKMP Teknik & Vokasional Setiausaha : Farah Wahiza binti Hamed Penolong Setiausaha : Hanani binti Munir Ahli Jawatankuasa : Rashidah binti A. Rahman GKMP Bahasa : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin GKMP Sains & Matematik : Dr. Ong Swee Ling GKMP Kemanusiaan : Narmeni binti Mahedin SU Kurikulum : Suzana binti Abdul Rahman SU HEM : Shamroh binti Misro SU Kokurikulum : Muhammad Akmal bin Afandi SU Sukan : Suhaila binti Sharudin SU Data : Zaharu binti Jusoh GBKSM : Rosmawati binti Zawawi SU STEM SENARAI TUGAS 1. Menetapkan matlamat dan hala tuju mengikut struktur TS25. 2. Merancang pembangunan profesionalisme berterusan. 3. Merancang, memantau dan menilai pelaksanaan program. 4. Melapor kepada PPD dalam urusan: i. Perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PinTaS) ii. Status perbelanjaan kewangan sekolah iii. Perkembangan prestasi guru dan AKP 5. Membantu Pengerusi merancang, melaksana, memantau dan menilai pembangunan profesionalisme berterusan. A.19. JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila Binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 3 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 4 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Penyelaras : Rashidah binti A. Rahman GKMP Bahasa Setiausaha : Zaharu binti Jusoh GBKSM Ahli Jawatankuasa : Vidyasini Nair a/p Jayaraman GKMP Teknik & Vokasional : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin GKMP Sains & Matematik : Dr. Ong Swee Ling GKMP Kemanusiaan : Semua Ketua Panitia dan Guru yang dilantik
99 SENARAI TUGAS 1. Memberi bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan kepada perkembangan kompetensi guru baharu dalam bidang PdPc, pengurusan kokurikulum, pengurusan sekolah (termasuk pengurusan hal ehwal murid) dan pembangunan profesionalisme. 2. Memberi sokongan dan bantuan kepada guru baharu dari aspek kebajikan, emosi, jati diri dan motivasi diri. 3. Melaksanakan pementoran secara formal dan tidak formal sekurang-kurangnya dua (2) waktu seminggu. 4. Membimbing guru baharu tentang asas menjalankan kajian tindakan berasaskan sekolah. 5. Melaksanakan pemantauan secara berkala dan berterusan terhadap PdPc dan perkembangan profesionalisme guru baharu. 6. Menyemak portfolio guru baharu sebanyak dua (2) kali dalam setahun, iaitu ada bulan ke-3 dan bulan ke-12 perkhidmatan guru baharu. 7. Melaksanakan pentaksiran dan penilaian sebanyak dua (2) kali dalam setahun, iaitu ada bulan ke6 dan bulan ke-12 perkhidmatan guru baharu.
100
101 KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah 'Core Business" bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sebuah sekolah harian di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ketetapan yang dibuat akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini. 2.0 OBJEKTIF 2.1. Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah. 2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Selangor dan JNJK. 3.0 KURIKULUM 3.1. Pengenalan Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan. Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. 3.2. Pernyataan Ketetapan 3.2.1. Ketetapan Kurikulum Sekolah hendaklah sepanjang masa selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.2.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana. 3.2.3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 3.2.4. Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Keadaan ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik . 4.0 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH 4.1. Pernyataan Ketetapan 4.1.1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di sekolah. (*Pindaan 2024) 4.1.2. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001: 2008.
102 4.1.3. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Jabatan Pendidikan Selangor ataupun berdasarkan SKPM. 4.1.4. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa . 4.1.5. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran berserta Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya. 4.1.6. Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8) elemen National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan sekolah . Sehubungan itu setiap guru mestilah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) iaitu perlu merangka aktiviti/projek, KPI dan sasaran kerja pada awal tahun. Pelaporan akan dibentang dan disemak dua kali setahun (bulan Jun dan November) untuk melihat ’outcome’ pencapaian akademik.
103 4.2. Jawatankuasa Kurikulum melibatkan personel berikut: Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi IV : Penolong Kanan Petang Naib Pengerusi V : Penolong Kanan PPKI Setiausaha : Setiausaha Kurikulum : Penolong Setiausaha Kurikulum AJK : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran : Semua Ketua Panitia : Semua GBKSM : Setiausaha Jadual Waktu dan MMI : Setiausaha Peperiksaan Dalaman/UASA / Headcount : Setiausaha Peperiksaan SPM/Awam : Setiausaha PBS/PBD : Guru Perpustakaan dan Media : Setiausaha NILAM : Setiausaha Pendigitalan : Setiausaha PAK 21 / KBAT : Setiausaha STEM : Setiausaha Perancangan Strategik Organisasi (PSO) : Setiausaha Professional Learning Community (PLC) : Setiausaha Kajian Tindakan : Setiausaha MBMMBI /Highly Immersive Programme (HIP) : Setiausaha Program Peningkatan Akademik SPM : Setiausaha Program Peningkatan Akademik Tingkatan 1-4 : Setiausaha Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) : Setiausaha Psikometrik : Setiausaha Pendekatan Bertema : Setiausaha Intervensi : Setiausaha Kurikulum PPKI : Setiausaha Inklusif
104 4.3. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum 4.3.1. Agenda yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum melibatkan perkaraperkara yang berikut berdasarkan format mesyuarat yang dikeluarkan oleh Unit Penjaminan Kualiti JPNS dan PKPA Bil.2/1991: 1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 3. Perkara-perkara Berbangkit 4. Perkara-perkara baharu i. Pembelajaran dan pengajaran: • Kaedah PdP • SP, HSP, DSKP, RPT dan PPPM (PBS) • Pencerapan • Semakan buku Latihan ii. Penilaian , Peperiksaan dan Pentaksiran • Analisis Peperiksaan SPM, UASA dan pentaksiran dalaman. • Postmortem Peperiksaan SPM, UASA dan pentaksiran dalaman. iii. Headcount iv. Belanjawan v. Perancangan program, projek dan aktiviti kurikulum. vi. Dapatan dan Laporan Dialog Prestasi. vii. Dasar-dasar KPM cth: PPPM, NILAM, MBMMBI - wajib dijalankan 5. Pembentangan Kertas kerja/Isu/Laporan 6. Hal-hal lain. 7. Penutup 4.3.2. Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum hendaklah dibincangkan semula dalam mesyuarat panitia. 4.3.3. Format Minit Mesyuarat adalah seperti berikut: 1. Senarai Kehadiran 2. Perutusan Minit Mesyuarat 3. Pengesahan Minit Mesyuarat 4. Perkara-perkara Berbangkit 5. Perkara-perkara Baharu 6. Pembentangan Kertas kerja/Isu/laporan 7. Hal-hal lain. 8. Penutup 4.3.4. Semua guru hendaklah menulis Laporan / Minit Curai setelah menghadiri kursus / bengkel / mesyuarat atau perkara yang seumpamanya dengan bertujuan tidak berlaku kecairan maklumat untuk disampaikan kepada guru yang berkaitan.
105 CONTOH: FORMAT NOTIS PANGGILAN MESYUARAT
106 CONTOH: FORMAT MINIT MESYUARAT
107 CONTOH: FORMAT MAKLUM BALAS MESYUARAT
108 CONTOH: FORMAT LAPORAN MINIT CURAI
109 Tarikh Disediakan oleh: ( ) Guru………………………………… SMK Puchong Permai Disahkan oleh: (Tandatangan dan Cop Jawatan )
110 5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 5.1. Pernyataan Ketetapan 5.1.1. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986. 5.1.2. Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2008. 5.1.3. Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran. 5.1.4. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata pelajaran dalam panitia-panitia. 5.1.5. Semua Panitia mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. 5.1.6. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir. 5.1.7. Ketua Panitia dibantu oleh Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail tegak (folder) panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekodrekod yang berkaitan. 5.1.8. Ketua Panitia bertanggung jawab memantau Fail Induk di bilik GKMP. 5.1.9. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran pelajar supaya tidak berlaku audit berteguran. 5.1.10. Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masingmasing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya
111 6.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT), PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID (PPPM) (untuk PBS) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH). 6.1. Pernyataan Ketetapan 6.1.1. DSKP, RPT, PPPM (untuk PBS) dan RPH ialah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran dan pengajaran. 6.1.2. Guru mestilah dapat menghayati, mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat dalam DSKP, kepada objektif pentaksiran dan juga proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk- konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar. 6.1.3. Salinan keempat-empat dokumen akan disemak oleh Pengetua. 6.1.4. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk PBS hendaklah direkodkan dalam RPH. 6.1.5. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran sebelum masuk ke kelas. oleh itu Rekod Rancangan Mengajar mestilah lengkap dan kemas kini sebelum PdPc mengikut SPK MS ISO 9001:2008 PK06, dan dihantar untuk disemak setiap hari Sabtu sebelum pukul 12.00 tengahari. 6.2. Penyelarasan Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) hendaklah selaras bagi semua warga sekolah dan disesuaikan mengikut mata pelajaran masing-masing. Sila rujuk Lampiran 1 untuk format penulisan RPH. 7.0 SISTEM FAIL 7.1. Pernyataan Ketetapan 7.1.1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum. 7.1.2. Semua fail panitia diletakkan di bilik yang sesuai dan mudah diakses di bawah seliaan Guru Kanan Mata Pelajaran dan Setiausaha Kurikulum. 7.1.3. Rujuk lampiran 2 untuk senarai fail panitia. 8.0 PAKEJ MATA PELAJARAN 8.1. Pernyataan Ketetapan a. Menengah Rendah: Teras Elektif Bahasa Melayu Asas Sains Komputer Bahasa Inggeris Reka Bentuk Teknologi Sejarah Bahasa Cina Sains Bahasa Tamil Matematik Geografi Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Seni Visual
112 b. Menengah Atas Aliran STEM A: Teras Elektif Bahasa Melayu Fizik Bahasa Inggeris Kimia Sejarah Biologi Matematik Matematik Tambahan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bahasa Tamil Aliran STEM B: Teras Elektif Bahasa Melayu Fizik Bahasa Inggeris Kimia Sejarah Prinsip Perakaunan @ Sains Komputer Matematik Matematik Tambahan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Bahasa Tamil Aliran STEM C: Teras Elektif Bahasa Melayu Sains Sukan Bahasa Inggeris Sains Rumah Tangga Sejarah Bahasa Cina Matematik Bahasa Tamil Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Aliran Sastera Kemanusiaan 1: Teras Elektif Bahasa Melayu Matematik Tambahan Bahasa Inggeris Prinsip Perakaunan @ Sains Komputer Sejarah Bahasa Cina Matematik Bahasa Tamil Sains Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
113 Aliran Sastera Kemanusiaan 2: Teras Elektif Bahasa Melayu Sains Rumah Tangga Bahasa Inggeris Pertanian Sejarah Bahasa Cina Matematik Bahasa Tamil Sains Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Aliran Sastera Kemanusiaan 3: Teras Elektif Bahasa Melayu Perniagaan Bahasa Inggeris Pendidikan Seni Visual Sejarah Bahasa Cina Matematik Bahasa Tamil Sains Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Aliran Sastera Kemanusiaan 4: Teras Elektif Bahasa Melayu Tasawwur Islam Bahasa Inggeris Pendidikan Seni Visual Sejarah Matematik Sains Pendidikan Islam/Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
114 9.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9.1. Pernyataan Ketetapan 9.1.1. Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu menjelang Tahun 2021 (Dasar MBMMBI bagi menggantikan Dasar PPSMI). Oleh itu dalam tempoh sepuluh tahun pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu akan menjadi mantap semula . Walaubagaimanapun guru dibenarkan mengajar dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, dwibahasa atau bahasa Melayu sepenuhnya semasa dalam tempoh peralihan ini . 9.1.2. Menyediakan kemudahan Pembelajaran dan Pengajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT) 9.1.3. Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan dalam menyokong Pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. 9.1.4. Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman sesawang (MOODLE-modular object – oriented dynamic learning environment) digalakkan dan akan diperluaskan 9.1.5. Pelbagai kaedah Pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan untuk menarik minat dan seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam pembelajaran. 9.1.6. Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif (i-Think) supaya tidak membebankan dan membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya . 9.1.7. Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta KBAT semasa proses Pembelajaran dan pengajaran (Amalan kepada Slogan Q - Quality Teaching Quality Learning) 9.1.8. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik (seperti pendekatan masteri, pendekatan penilaian kendiri menggunakan graf prestasi dan pembelajaran contextual) dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan keterampilan guru dan seterusnya keterampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. 9.1.9. Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’ dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada murid. 9.1.10. Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi mengenal pasti proses keberkesanannya berdasarkan 4 aspek dalam Standard 4 SKPM Kualiti@Sekolah.
115 9.1.11. Proses Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ’content skill, language skill, ICT skill & pedagogy skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan. 9.1.12. Guru mata pelajaran , ketua panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’, GROW dan Graf Prestasi mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru. 9.1.13. PdPc di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian. 9.1.14. Proses PdPc di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu . 9.1.15. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT. 9.1.16. Ketua Panitia mestilah menetapkan Peraturan Penggunaan Bilik Khas selaras dengan program 3K supaya dapat digunakan secara optimum. 9.1.17. Murid boleh menilai PdPc guru untuk membantu sekolah meningkatkan kualiti PdPc sebagaimana yang disarankan oleh SPSK MS ISO 9001:2008 PK/13 (Pengurusan Maklum balas Pelanggan). 10.0 BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN 10.1. Pernyataan Ketetapan 10.1.1. Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik- topik hendaklah ditegaskan kepada murid. 10.1.2. Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993. (PEKELILING TAHUN 2000 UNTUK SEKOLAH RENDAH) 10.1.3. Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam PdPc sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. 10.1.4. Guru mestilah memberi latihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc. Latihan murid hendaklah disemak dan memastikan murid membuat pembetulan. 10.1.5. Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan hendaklah dihargai dengan apa juga cara yang boleh dibincangkan di peringkat panitia.
116 11.0 LATIHAN MINIMUM 11.1. Pernyataan Ketetapan 11.1.1. Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar. 11.1.2. Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan diterima dalam mesyuarat panitia berdasarkan keperluan dalam sukatan pelajaran mata pelajaran masing-masing. 11.1.3. Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, dan tinggi. 12.0 PENTAKSIRAN/PEPERIKSAAN 12.1. Pernyataan Ketetapan 12.1.1. Semua urusan pentaksiran yang dijalankan menepati prinsip kesamarataan ekuiti murid dalam pendidikan 12.1.2. Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. 12.1.3. Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan seperti dalam Lampiran 3. 12.1.4. Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ (TOV) dan meletakkan ’expected target result’ (ETR) bagi peperiksaan awam. 12.1.5. Guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam idMe, Sistem offline PPPM dan Sistem headcount dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua markah murid hendaklah dimasukkan dalam Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 12.1.6. Pentaksiran/Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 13.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI 13.1. Pernyataan Ketetapan 13.1.1. Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan SPI KPM Bil 9 Tahun 2016. 13.1.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum 13.1.3. Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam, penggubal soalan peperiksaan awam dan Guru Cemerlang. 13.1.4. Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah dilakukan secara adil.
117 13.1.5. Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI KPM Bil 9 Tahun 2016. 13.1.6. Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat /menjalankan tugas rasmi di luar sekolah akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti. Guru yang bercuti mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti 13.1.7. Tugasan dalam Modul Kelas Ganti hendaklah disemak oleh guru mata pelajaran dan pencapaian dimaklumkan kepada murid untuk tindakan susulan. 13.1.8. Jadual waktu mengajar dan Jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah. 13.1.9. Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras bilik khas. Satu salinan jadual yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pentadbir sekolah . 13.1.10. Pusat Sumber Sekolah hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong proses PdPc. 13.1.11. Yang berikut ialah jadual waktu pembelajaran bagi sesi pagi dan petang (mengikut ketetapan sekolah). 13.1.12. Jadual waktu di bulan puasa akan dipendekkan 5 minit bagi setiap masa pembelajaran (tertakluk kepada surat siaran KPM/JPN/PPD).
118 JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PAGI Guru-guru sesi pagi dikehendaki hadir ke sekolah sebelum jam 7:20 pagi dan dibenarkan pulang pada jam 1:50 petang (Jika tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti sekolah). Waktu Asal Isnin – Khamis Jumaat 1 7:30 – 8:00 7:40 – 8:10 2 8:00 – 8:30 8:10 – 8:40 3 8:30 – 9:00 8:40 – 9:10 4 9:00 – 9:30 9:10 – 9:40 5 9:30 – 9:50 REHAT (T3) 9:40 – 10.00 REHAT (T3) 9:30 – 10:00 (T4 &T5) 9:40 – 10:10 (T4 &T5) 6 9:50 – 10:20 (T3) 10.00 – 10:30 (T3) 10:00 – 10:20 REHAT (T4 & T5) 10:10 – 10:30 REHAT (T4 & T5) 7 10:20 – 10:50 10:30 – 11.00 8 10:50 – 11:20 11.00 – 11:30 9 11:20 – 11:50 11:30 – 12.00 10 11:50 – 12:20 12.00 – 12:30 11 12:20 – 12:50 12 12:50 – 1:20 13 1:20 – 1:50
119 SESI PETANG Guru-guru sesi petang dikehendaki hadir ke sekolah sebelum jam 12:40 tengah hari dan dibenarkan pulang pada jam 6:40 petang. Waktu Asal Ramadan Isnin – Khamis Jumaat Isnin - Khamis Jumaat 1 1:20 - 1:50 2:20 - 2:40 12:50 - 1:20 2:20 - 2:45 2 1:50 - 2:20 2:40 - 3:10 1:20 - 1:50 2:45 - 3:10 3 2:20 - 2:50 3:10 - 3:40 1:50 - 2:15 3:10 - 3:35 4 2:50 - 3:20 3:40 - 4:10 2:15 - 2:40 3:35 - 3:55 REHAT (T1) 3:35 - 4:00 (T2) 5 3:20 - 3:40 REHAT (T1) 4:10 - 4:30 REHAT (T1) 2:40 – 3:00 REHAT (T1) 3:55 - 4:20 (T1) 3:20 - 3:50 (T2) 4:10 - 4:40 (T2) 2:40 - 3:05 (T2) 4:00 - 4:20 REHAT (T2) 6 3:40 - 4:10 (T1) 4:30 - 5:00 (T1) 3:00 - 3:25 (T1) 4:20 - 4:45 3:50 - 4:10 REHAT (T2) 4:40 - 5:00 REHAT (T2) 3:05 - 3:25 REHAT (T2) 7 4:10 - 4:40 5:00 - 5:30 3:25 - 3:50 4:45 - 5:10 8 4:40 - 5:10 5:30 - 6:05 3:50 - 4:15 5:10 - 5:30 9 5:10 - 5:40 6:05 - 6:40 4:15 - 4:40 10 5:40 - 6:10 4:40 - 5:05 11 6:10 - 6:40 5:05 - 5:30
120 14.0 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 14.1. Pernyataan Ketetapan 14.1.1. Semua program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh JKKS hendaklah berdasarkan kepada 6 aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM. 14.1.2. Program kecemerlangan akademik yang dirancang hendaklah relevan dengan isu dan permasalahan murid yang telah dikenal pasti (Menggunakan Headcount, GROW, SpeeD- uP). 14.1.3. Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa. 14.1.4. Penglibatan Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik. 15.0 PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN 15.1. Pernyataan Ketetapan 15.1.1. Setiap guru akan dicerap dua kali setahun menggunakan instrumen Standard 4 SKPMKualiti@Sekolah. 15.1.2. Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual pencerapan melibatkan barisan pentadbir, ketua panitia, GC dan rakan sejawat. 15.1.3. Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara individu untuk penambahbaikkan. 15.1.4. Pengurusan panitia dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau oleh pentadbir dari semasa ke semasa. 15.1.5. Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul , buku latihan dan hasil kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa dan rekod penyeliaan hendaklah dilengkapkan. 15.1.6. Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan perlu membuat laporan lengkap pada pertengahan dan akhir tahun untuk dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan penambahbaikan . 16.0 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF 16.1. Pernyataan Ketetapan 16.1.1. Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa memajukan dan meningkatkan profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang . 16.1.2. Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagianbahagian KPM perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru
121 yang telah menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan. 16.1.3. GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan. 16.1.4. Semua guru hendaklah menghadiri 5 hari Latihan Personel (LP) dalam setahun. Lampiran 1: FORMAT PENULISAN RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN
122 PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SEWAKTU PEPERIKSAAN / UJIAN TARIKH MASA MATA PELAJARAN KELAS KEHADIRAN MURID Contoh: 32/36 AKTIVITI PdP Contoh: Mengawas Peperiksaan (Sila nyatakan mata pelajaran dan tempoh peperiksaan berjalan bagi mata pelajaran yang berkenaan) PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SEWAKTU KELAS RELIEF TARIKH NAMA KELAS MASA DIGANTI MATA PELAJARAN AKTIVITI PENYELARASAN FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PROGRAM SEKOLAH TAJUK / PERKARA Sukan Tahunan SMK Puchong Permai TARIKH 1 Januari 2024 CATATAN a) Pegawai Sukan b) Pembantu Pelepas
123 Catatan: • Guru-guru boleh membuat penambahan mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing setelah dibincangkan di peringkat panitia. • Penulisan dan sebarang tambahan yang dilakukan hendaklah selaras bagi setiap guru dalam panitia masing-masing. • Sekiranya ada aktiviti dijalankan di sekolah, RPH perlu ditulis seperti biasa tetapi di bahagian catatan sila nyatakan: “PdPc tidak dilaksanakan kerana aktiviti …” • Sekiranya guru cuti sakit atau CRK secara tiba-tiba, RPH perlu ditulis seperti biasa pada hari guru berkenaan cuti sakit / CRK dan tulis di bahagian catatan (bukan refleksi) – “PdPc tidak dilaksanakan kerana CUTI SAKIT / CRK”. • Sekiranya guru cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji, sila buat catatan seperti yang berikut: • “Cuti sakit berpanjangan/ cuti bersalin/ kursus jangka panjang/ cuti haji/ cuti tanpa gaji dari • ………………………….. hingga ………………………..PdP diambil alih oleh …………….(sekiranya ada guru ganti) • Guru yang mendapat relief perlu menampal slip relief dan mencatat aktiviti yang dijalankan dalam Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
124 Lampiran 2 SPSK PK 01/1 SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN PANITIA: ……………………………………………………………………………….
125
126 ARAHAN DAN PANDUAN PENTAKSIRAN DALAMAN UNTUK RUJUKAN GURU A. JENIS PENTAKSIRAN 1. Bagi kelas tingkatan 1, 2, 3 dan 4 jenis pentaksiran yang diadakan ialah: a. Pentaksiran Bilik Darjah b. Pentaksiran Pertengahan Tahun c. Peperiksaan Akhir Tahun (Ting. 4)/ Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) (Ting. 1, 2 dan 3) 2. Bagi kelas tingkatan 5, jenis peperiksaan yang akan diadakan ialah: a. Pentaksiran Bilik Darjah b. Pentaksiran Pertengahan Tahun c. Peperiksaan Percubaan SPM B. GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PENTAKSIRAN SUMATIF/ PEPERIKSAAN DALAMAN 1. PENGGUBAL SOALAN 1.1. Pastikan kertas soalan disediakan, disemak dan disahkan oleh pihak berkenaan mengikut tarikh yang ditetapkan untuk dihantar ke pejabat. 1.2. Kertas soalan yang disediakan mesti mengikut format soalan PT3 terakhir atau SPM yang terkini. 1.3. Penggubal kertas soalan bertanggungjawab : a) Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) sebelum menyediakan kertas soalan. b) Semua soalan mesti berpandukan JSU yang disediakan mengikut keperluan ujian/ peperiksaan. c) Analisis item soalan mengikut aras kesukaran soalan berikut:- iaitu 5:3:2 pada kadar 50% tahap mudah; 30% tahap sederhana dan 20% tahap tinggi. d) Soalan yang disediakan harus meliputi 20% soalan KBAT. e) JSU hendaklah disahkan dahulu oleh GKMP sebelum soalan dibuat. f) Skema jawapan yang lengkap mesti disediakan selepas kertas soalan siap. g) Kertas soalan mesti dihantar bersama dengan JSU dan skema jawapan kepada penyemak untuk semakan isi kandungan. 1.4. Format kertas soalan hendaklah seperti berikut : a) Semua kertas soalan mesti mengandungi maklumat seperti berikut di bahagian atas muka depan kertas soalan: (Rujuk Lampiran 3) b) Contoh muka hadapan/ cover page kertas peperiksaan untuk Menengah Atas (Ikut format SPM terkini) dan Menengah Bawah (Ikut format PT3 terakhir). c) Sila tinggalkan ruang kosong (margin) sebesar 2.5cm atau 1 inci di bahagian atas, bawah, kiri dan kanan kertas soalan (boleh diperolehi di ` page layout’).
127 d) Soalan ditaip menggunakan font `Times News Roman’ dengan menggunakan saiz 12 , normal spacing dan align Justify. e) Pastikan arahan atau cara menjawab ditulis dengan jelas dan betul serta nombor soalan disusun dengan betul dan menurut tempat / giliran yang sepatutnya. f) Pastikan ruang muka surat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengelakkan pembaziran kertas. g) Untuk penyediaan soalan aneka pilihan, soalan perlu dibuat secara dua lajur (column) untuk semua mata pelajaran, kecuali mata pelajaran yang mempunyai gabungan soalan objektif dan bertulis. h) Salinan soalan untuk diriso harus mengikut ketetapan seperti ini, iaitu gambar rajah tidak boleh ditampal, jika difotostat tiada garis hitam. i) Pastikan setiap muka surat digunakan secara maksimum. j) Nombor muka surat pada kertas soalan adalah pada bahagian bawah tengah. k) Pada bahagian akhir kertas soalan, mesti ditaip perkataan: Kertas Soalan Tamat. l) Kertas soalan hendaklah disemak oleh Ketua panitia atau guru subjek, sebaik-baiknya guru yang mengajar subjek yang sama pada tingkatan yang sama atau disemak oleh Guru Kanan Mata Pelajaran dan disahkan oleh sama ada Penolong Kanan Pentadbiran (sesi pagi) atau Penolong Kanan Petang (sesi petang). Keputusan sama ada kertas soalan layak untuk diriso bergantung kepada PK Pentadbiran/ PK Petang. Kertas soalan tidak akan diriso jika tidak mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan. m) Pada muka surat akhir, taipkan butiran seperti berikut : Disediakan oleh, (Nama penggubal) Guru Subjek/Ketua Panitia Disemak oleh, (Nama Penyemak) Ketua Panitia/GKMP Disahkan oleh, (Nama Penuh Pengesah) PK Pentadbiran/PK Petang
128 1.5. Selepas kertas peperiksaan siap dicetak, penggubal soalan bertanggungjawab untuk memastikan : a) Kertas soalan diklipkan dan dibungkus mengikut bilangan yang cukup bagi setiap kelas dalam tingkatan (Lebihkan 1 atau 2 kertas soalan bagi setiap kelas). b) Memastikan bilangan kertas jawapan objektif yang cukup disediakan bagi setiap kelas. Kertas jawapan objektif hanya akan dibekalkan untuk peperiksaan sahaja manakala kertas kajang untuk bahagian jawapan disediakan oleh murid. c) Isi semua maklumat dalam Borang Pengawasan Peperiksaan dengan lengkap. Bagi jawapan yang menggunakan kertas graf, penggubal perlu menulis bilangan helaian yang perlu diedarkan kepada setiap murid bagi memudahkan tugas guru yang memulakan kertas tersebut. Pengawasan peperiksaan adalah berdasarkan jadual persendirian guru. d) Simpan kertas soalan yang telah dibungkus di dalam almari peperiksaan di Bilik Kebal Unit Peperiksaan sekurang-kurang dua hari sebelum peperiksaan. e) Pastikan kertas soalan lebih disimpan di dalam bungkusan berasingan untuk kegunaan pada hari peperiksaan jika perlu. 1.6. Pada hari peperiksaan penggubal soalan juga harus memastikan: a) Jika guru penggubal soalan tiada kelas, rondaan perlu dibuat pada waktu peperiksaan. b) Sebarang pembetulan dimaklumkan sebelum peperiksaan. Sekiranya terdapat ralat / erata juga pada hari / masa peperiksaan, pembetulan soalan boleh dibuat dengan kadar segera. c) Sediakan skema jawapan dan skema pemarkahan yang lengkap untuk semua guru pemeriksa dan serahkan hanya sebaik sahaja ujian/ peperiksaan tamat. d) Menyediakan tiga set salinan tambahan bagi setiap kertas soalan, skema pemarkahan dan JSU. Setiap satu set lengkap akan diserahkan kepada Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (untuk simpanan bank soalan) dan Ketua Panitia (untuk tujuan simpanan soalan bagi fail panitia) masing-masing. 2. GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN 2.1. Pengawasan adalah mengikut jadual waktu persendirian guru. 2.2. Guru yang tidak hadir diminta menghubungi pihak sekolah sebelum 7.00 pagi atau 12.00 tengah hari bagi membolehkan jadual guru ganti disediakan. 2.3. Guru diminta menepati masa dan jangan meninggalkan kelas tanpa pengganti. 2.4. Guru diminta menepati masa dan mematuhi masa mula dan akhir kertas peperiksaan. 2.5. Kertas jawapan dan soalan wajib dikutip semula dan tidak boleh kutip awal atau sebelum tamat masa peperiksaan.
129 2.6. Bagi sesi petang jadual waktu solat akan berubah sedikit semasa ujian. Sila patuhi jadual waktu solat dalam jadual ujian. Ambil kertas soalan dalam bungkusan di bilik peperiksaan, dengan mengisi ruang maklumat pada borang pengambilan di tempat tercatat “OUT” serta mengeluarkan bungkusan berkenaan dari pigeonhole yang disediakan. 2.7. Guru-guru bertanggungjawab menjaga keselamatan kertas soalan berkenaan dengan sepenuhnya. 2.8. Guru-guru tidak dibenarkan menanda kertas / buku atau membaca buku / surat khabar dan menggunakan telefon bimbit semasa pengawasan. 2.9. Guru pengawas juga diminta mengisi Buku Kawalan Kelas (BKK) seperti biasa. 2.10. Pada waktu tiada ujian atau peperiksaan, guru di dalam kelas mesti mengawal kelas dan memastikan murid membuat ulangkaji dengan senyap. 2.11. Keadaan kelas sebelum peperiksaan bermula : a) Pastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih. b) Kerusi meja tersusun mengikut susunan yang betul dan kemas dipandang. c) Meja guru diletakkan di bahagian tengah belakang kelas. d) Kedudukan murid disusun mengikut pelan kedudukan murid semasa peperiksaan yang disediakan oleh guru tingkatan seminggu sebelum mulanya musim peperiksaan. Satu salinan pelan harus ditampal pada papan kenyataan di hadapan kelas. Murid tidak dibenarkan menukar tempat duduk yang ditetapkan tanpa kebenaran guru. e) Semua nota dan buku murid dimasukkan dalam beg dan diletak di belakang kelas. f) Bekas pensel tidak dibenarkan dibawa masuk ke Dewan Peperiksaan. Hanya alat tulis yang perlu sahaja dibenarkan diletakkan atas meja tulis. g) Sekiranya guru pengawas mendapati murid disyaki meniru, guru pengawas seharusnya bertindak dan mengasingkan murid berkenaan dari tempat duduk asalnya. 2.12. Sebelum kertas peperiksaan diedarkan: a) Tulis maklumat berikut di papan putih • Jenis ujian/ peperiksaan, nama mata pelajaran, masa, tempoh ujian, tarikh dan kehadiran murid pada hari berkenaan. b) Pastikan murid berada dalam keadaan senyap dan bersedia. c) Edarkan kertas jawapan objektif jika berkenaan dan minta murid mengisikan maklumat dengan betul menggunakan pensel 2B. Bagi kertas jawapan subjektif, guru yang memulakan kertas perlu mengingatkan murid menyediakan test pad/ kertas kajang mengikut keperluan, serta mengedarkan kertas graf seperti yang tercatat pada borang pengawasan. d) Edarkan kertas soalan dan minta murid semak kertas soalan untuk memastikan nama mata Pelajaran dan tingkatannya betul, dan bilangan muka surat bercetak mencukupi serta bilangan yang diperlukan betul.
130 e) Maklumkan sebarang pembetulan atau errata jika ada dilampirkan sekali atau dimaklumkan pada borang pengawasan dan catatkan maklumat berkenaan pada papan putih. • Minta murid tuliskan nama pada kertas soalan. • Mula kertas mengikut waktu yang ditetapkan. 2.13. Semasa peperiksaan / ujian : a) Guru mengisi maklumat seperti kehadiran murid dan nama murid yang tidak hadir pada Borang Pengawasan Peperiksaan, serta menurunkan tanda tangan pada ruang mengikut waktu mengawas peperiksaan. b) Murid tidak dibenarkan keluar ke tandas semasa peperiksaan kecuali kes kecemasan dan mesti diberi pas kebenaran keluar kelas. c) Murid juga dilarang mendedahkan kertas jawapan sehingga boleh dibaca oleh murid lain serta meniru atau memberi peluang pada murid lain untuk meniru. 2.14. Sebelum tamatnya masa ujian / peperiksaan: a) Ingatkan murid masa menjawab hanya tinggal 10 minit sahaja sebelum tamat. b) Bila masa tamat, beri arahan untuk murid berhenti menulis dan menyemak butiran peribadi seperti nama, tingkatan dan mata pelajaran dituliskan pada kertas jawapan. c) Kutip semua kertas jawapan diikuti dengan kertas soalan. Pastikan semua kertas jawapan dikira dan bilangannya cukup mengikut bilangan murid yang hadir. d) Isikan borang pengawasan peperiksaan dan turunkan tanda tangan pada bahagian bawah borang pengawasan. e) Hantarkan bungkusan kertas soalan dan jawapan semula ke bilik peperiksaan, dengan mengisi ruang maklumat pada borang penyerahan/ pengambilan di tempat tercatat “IN” serta memasukkan bungkusan berkenaan dalam pigeonhole yang disediakan. f) Guru yang mengajar kelas berkenaan akan mengambilnya di tempat yang sama, setelah mengisi maklumatnya pada borang yang sama. Diingatkan supaya jangan hantar bungkusan kertas jawapan ke Bilik Peperiksaan melalui murid. 3. TANGGUNGJAWAB GURU MATA PELAJARAN 3.1. Pastikan guru mengambil semua kertas peperiksaan bagi kelas-kelas yang diajar selepas peperiksaan pada hari berkenaan dan juga sebelum balik ke rumah. Bilik Peperiksaan bukannya tempat menyimpan kertas jawapan. Sekiranya bungkusan kertas jawapan tidak dituntut pada hari kejadian, penyelaras akan menyimpan dalam almari berkunci bungkusan berkenaan di dalam Bilik Kebal. 3.2. Pastikan kertas jawapan disemak sendiri dengan teliti berpandukan skema jawapan yang telah diselaraskan dan skema markah yang telah disediakan oleh guru penggubal soalan supaya adil kepada semua murid. 3.3. Semua kerja menyemak kertas jawapan mesti siap dalam tempoh yang telah ditetapkan (sila rujuk jadual serah markah ujian/ peperiksaan).
131 3.4. Markah murid mesti dicatat di dalam Fail Rekod Persediaan Mengajar guru. 3.5. Semua kertas jawapan hendaklah dipulangkan kepada murid setelah disemak. Berbincang jawapan dengan murid di dalam kelas. Pastikan pembetulan jawapan dilakukan oleh murid. 3.6. Markah bagi murid yang tidak hadir peperiksaan bagi mana-mana kertas soalan akan direkod sebagai Tidak Hadir pada slip keputusannya. 4. TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN 4.1. Memaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan jika terdapat murid mewakili sekolah dalam pertandingan di luar sekolah. Sebab lain tidak diterima untuk pengisian markah idMe. 4.2. Guru pengiring / penasihat persatuan / kelab perlu menyerahkan satu senarai nama murid yang terlibat ke Bilik Peperiksaan untuk tindakan susulan. Antara maklumat yang perlu dilengkapkan adalah seperti nama murid terlibat, tingkatan, tarikh serta mata pelajaran yang perlu diambil untuk tindakan seterusnya. 4.3. Memastikan markah dimasukkan dalam sistem idMe mengikut takwim yang telah ditetapkan oleh Unit Peperiksaan (Sila rujuk jadual serah markah ujian/ peperiksaan) 4.4. Menyemak markah yang telah dicetak dan perlu ditanda tangani oleh murid. Sebarang pembetulan markah perlu disahkan oleh guru mata pelajaran sebelum dicetak. Satu salinan cetakan keputusan murid perlu disimpan di bilik kebal. 5. KES MENIRU 5.1. Jika berlaku kes meniru semasa peperiksaan, guru di dalam kelas pada masa itu akan bertanggungjawab mengendalikan kes tersebut. 5.2. Guru dikehendaki membuat aduan/ laporan kes tersebut dengan mengisi 2 salinan Borang Aduan Kes Salah Laku murid yang terdapat di Bilik Peperiksaan. 5.3. Borang tersebut perlu diserahkan bersama bahan bukti kepada Penyelaras Peperiksaan dan dipanjangkan kepada Unit Kurikulum murid untuk tindakan selanjutnya. 5.4. Markah peperiksaan bagi murid yang terlibat dengan kes peniruan akan ditetapkan oleh Unit Kurikulum. 5.5. Hasil siasatan akan dipanjangkan ke Unit Disiplin & Tatatertib Murid untuk tindakan seterusnya. 5.6. Markah bagi murid yang terlibat dalam kes peniruan setelah didapati sah dan bersalah ialah 0 %. 6. KES KHAS KEBENARAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN 6.1. Hanya murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan/ aktiviti/ program anjuran peringkat PPD/ JPN atau kebangsaan layak menduduki peperiksaan, atas sebab Kebenaran Khas. 6.2. Markah bagi murid tersebut akan diambil kira dalam sistem idMe/ Sistem Perekodan Peperiksaan Dalaman Sekolah.
132 6.3. Guru Penasihat/ Guru yang bertanggungjawab mengiringi murid dalam sesuatu aktiviti itu akan bertanggungjawab memaklumkan kepada Penyelaras Peperiksaan bagi tujuan penyelarasan waktu menduduki peperiksaan manakala pengendalian peperiksaan ini hanya akan dilakukan oleh Unit Peperiksaan, dan dibantu oleh guru pengiring. 6.4. Selain itu, murid yang disahkan positif Covid-19/ penyakit berjangkit lain atau kontak rapat dan disahkan perlu menjalani HSO/ kuarantin dibenarkan menduduki peperiksaan ulangan. 7. HAL-HAL LAIN 7.1. Untuk murid Menengah atas, GKMP sesuatu mata pelajaran / guru mata pelajaran perlu memaklumkan kepada Penyelaras Peperiksaan jika terdapat murid yang mengambil mata pelajaran tambahan untuk tindakan lanjut unit peperiksaan. 7.2. Bagi murid yang mengambil mata pelajaran tambahan perlu diingatkan supaya mendapat kebenaran pihak sekolah (Pengetua @ Penolong Kanan Pentadbiran ) dan disertakan dengan surat pengesahan daripada ibubapa. 7.3. Bagi murid berkenaan, mereka perlu melaksanakan tugasan/ projek seperti yang diperuntukkan bagi mata pelajaran tersebut. Ketua Panitia perlu memastikan murid tersebut selesai melaksanakan tugasan yang diarahkan, melakukan semakan dan markah direkodkan sama seperti murid lain yang mengambil mata pelajaran berkenaan. 7.4. Ketua panitia dikehendaki membuat analisis peperiksaan setelah semua keputusan peperiksaan diperolehi. Analisis berkenaan perlu diserahkan kepada SU peperiksaan/ GKMP/ Penolong Kanan pada suatu tarikh yang ditetapkan. Unit Peperiksaan Pindaan 16 Februari 2024
133 LAMPIRAN 3: FORMAT MUKA DEPAN KERTAS PENTAKSIRAN MENENGAH ATAS
134
135 LAMPIRAN 4: FORMAT MUKA DEPAN KERTAS PENTAKSIRAN MENENGAH RENDAH
136 LAMPIRAN 5: FORMAT BORANG PENGAWASAN PENTAKSIRAN/PEPERIKSAAN
137 PENGURUSAN KURIKULUM B: JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 3 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK HEM Naib Pengerusi 4 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Setiausaha : Narmeni binti Mahedin Penolong Setiausaha : Rozaini binti Mustaffar Ahli Jawatankuasa : Rashidah binti A. Rahman GKMP Bahasa : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin GKMP Sains & Matematik : Dr. Ong Swee Ling GKMP Kemanusiaan : Vidyasini Nair a/p Jayaraman GKMP Teknik & Vokasional : Semua GBKSM : Semua Ketua Panitia : Semua Penyelaras Tingkatan : Tuan Kamariah binti Raja Ismail SU Jadual Waktu dan MMI : Siti Rahman binti Md Yasin SU Peperiksaan Dalaman/UASA / Headcount : Wan Azidah binti Mohd Yusoff SU Peperiksaan SPM/Awam : Ili Amalina binti Abdullah SU PBS/PBD : Jumariah binti Jumadi Guru Perpustakaan dan Media : Siti Fatimah binti Ariffin SU NILAM : Muhammad Hazrin bin Hamdan SU Pendigitalan : Fadhilah binti Haji Md Saad SU PAK 21 / KBAT : Rosmawati binti Zawawi SU STEM : Fadhilah binti Haji Md Saad SU Perancangan Strategik Organisasi (PSO) : Hamidah binti Md Ali SU Professional Learning Community (PLC) : Hamidah binti Md Ali SU Kajian Tindakan : Azra binti Zakariah SU Highly Immersive Programme (HIP) / MBMMBI : Nur Athirah binti Shaik Amar SU Program Peningkatan Akademik SPM : Noor Zairin binti Shariffudin SU Program Peningkatan Akademik Tingkatan 1-4 : Nuraina binti Azahari SU Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) : Siti Hawa binti Ismail SU Psikometrik : Nur Nasrina binti Mohd Nasir SU Pendekatan Bertema : Siti Nur Ain binti Bahari SU Intervensi : Nurhanna binti Ishak Setiausaha Kurikulum PPKI : Rebecca a/p Mathialakan Setiausaha Inklusif
138 SENARAI TUGAS 1. Mengesan dan memastikan bahawa semua aspek program kurikulum sekolah dilaksanakan dengan sempurna supaya objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 2. Mengemukakan, mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-cadangan berkaitan dengan proses PdPc. 3. Membuat penilaian strategik untuk memperbaiki kualiti pendidikan bagi meningkatkan prestasi murid. 4. Mendapatkan bahan-bahan rujukan berhubung dengan pendidikan untuk disebarkan kepada semua guru dan murid terutama di Pusat Sumber Sekolah 5. Menganalisa laporan akademik selepas setiap kali proses peperiksaan/penilaian dijalankan. 6. Membuat perancangan untuk mempertingkatkan prestasi akademik berasaskan analisis peperiksaan. 7. Mewujudkan suasana PdPc yang kondusif, selesa dan menyeronokkan untuk murid. 8. Mengesan dan memastikan sukatan pelajaran dan rancangan mengajar dilaksanakan dengan sempurna. 9. Mengkaji dan menilai mutu bahan rujukan untuk menentukan kesesuaian B.0 PANITIA MATA PELAJARAN 1. Bidang Bahasa Ketua Panitia Penolong Ketua Panitia Bahasa Melayu : Zamzurianeey binti Abdullah Nur Hanani binti Daud Bahasa Inggeris : Azra binti Zakariah Nirmaladevi a/p Raja Manickam Bahasa Cina : Tan Sok Chan Bahasa Tamil : Sellam a/p Parasuraman 2. Bidang Sains dan Matematik Matematik : Rosmawati binti Zawawi Brenda Tang Tze Yiing Sains : Nor Azila binti Mat Noor Loh Sheou Nhiou Fizik : Mohd Hafizal bin Ibrahim Kimia : Nur Huda binti Rahmad Biologi : Rozihan binti Mohd Radzi Matematik Tambahan : Noorizan binti Hassan 3. Bidang Kemanusiaan Sejarah : Sharila Suhaida binti Mohd Sarid Nurnajwa Nabilah binti Che Mahmood Geografi : Nur Nasrina binti Mohd Nasir Teh Mooi Hoon Pendidikan Islam : Zunairah binti Awang Siti Aaishah binti Ahmad Tarmizi Pendidikan Moral : Yap Siew Yun Gomathi a/p Vanathan Pendidikan Seni Visual : Cik Mas Aini binti Che Muhammad Tengku Farah Norfadhilah binti Engku Azman PJPK : Nur Azlin Quraisah binti Jaafar Tengku Nur Sabrina Amirah binti Tuan Zamri Ekonomi : Yap Siew Mee Tasawwur Islam : Umi Azra binti Abd Rashid Sains Sukan : Muhammad Akmal bin Afandi
139 4. Bidang Teknik dan Vokasional Reka Bentuk Teknologi : Noor Zairin binti Shariffudin Nursyurita binti Awang Mat Asas Sains Komputer : Nadirah binti Nor Akmal Perniagaan : Nor Amriza binti Ma’amor Prinsip Perakaunan : Miza Hasrina binti Hassan Sains Komputer : Siti Zaleha binti Abu Bakar Sains Rumah Tangga : Rubiah binti Ismail Pertanian : Siti Nur Fatihah binti Mohd Razmi SENARAI TUGAS 1. Menyelaras kerja-kerja akademik guru mata pelajaran dalam menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan memberi bimbingan kepada guru-guru yang belum berpengalaman. 2. Menyemak kerja-kerja murid seperti buku-buku nota dan buku-buku latihan dari semasa ke semasa dengan kerjasama guru mata pelajaran sebagaimana jadual. 3. Mengambil tahu dan memberitahu guru-guru mengenai sebarang perubahan dalam sukatan mata pelajaran. 4. Mengkaji kesesuaian buku rujukan yang digunakan dan membuat pengesyoran dalam mesyuarat. 5. Menyediakan belanjawan tahunan. 6. Mencadangkan kepada pusat sumber sekolah mengenai ABM yang diperlukan dan buku rujukan yang sesuai. 7. Menyelaraskan pemarkahan dengan Setiausaha Peperiksaan. 8. Memilih dan melatih murid-murid dalam aktiviti koakademik 9. Mewakili Pengetua dalam mesyuarat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang dianjurkan oleh PPD, JPN dan KPM. 10. Memastikan peruntukan PCG mata pelajaran digunakan secara berhemah dan mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan. B.1 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU / JAWATANKUASA JADUAL GURU GANTI DAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 3 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK HEM Naib Pengerusi 4 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Setiausaha : Tuan Kamariah binti Raja Ismail Penolong Setiausaha : Nurul Azma binti Abdullah AJK : Rashidah binti A. Rahman Penyelaras Jadual Waktu /Relief/MMI : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin : Dr. Ong Swee Ling : Vidyasini Nair a/p Jayaraman : Rozihan binti Mohd Radzi AJK Jadual Waktu/Relief/MMI : Nur Adilah binti Rafiee AJK Relief/MMI : Wan Nur Fikriyah binti Wan Mohd Badrin AJK Relief/MMI : Yap Siew Mee AJK Relief/MMI : Husha a/p Shanmugam AJK Relief/MMI
140 : Syarmimi Arnie binti Aduka AJK Jadual Waktu/Relief/MMI : Monaliza binti Annuar AJK Relief/MMI : Gomathi a/p Vanathan AJK Relief/MMI : Loh Sheau Nhiou AJK Relief/MMI : Tengku Farahnorfadhilah binti Engku Azman AJK Relief/MMI SENARAI TUGAS 1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran. 3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. 6. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar. 7. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan dan dipaparkan. 8. Membuat pindaan, jika perlu. 9. Memastikan jadual waktu ditandatangani oleh Pengetua sebelum diedarkan. 10. Mendapatkan nama guru tidak hadir dan guru yang perlu direliefkan daripada Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Petang. 11. Menyediakan guru ganti/relief bagi kelas yang tiada guru. 12. Memastikan agihan relief seimbang bagi setiap guru dan tidak membebankan seseorang guru. 13. Memastikan helaian relief ditandatangani oleh penyelaras bertugas pada hari berkenaan. 14. Memuat naik helaian relief di Telegram rasmi sekolah dan menampal senarai relief pada papan kenyataan di hadapan pejabat. 15. Menyediakan pelaporan MMI. B.2 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN / PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 3 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 4 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Setiausaha : Siti Rahmah binti Mohd Yasin Setiausaha Pentaksiran Dalaman/APPI/ Headcount Penolong Setiausaha : Teh Mooi Hoon Penolong Setiausaha Pentaksiran Dalaman /APPI/Headcount AJK : Rashidah binti A. Rahman GKMP Bahasa : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin GKMP Sains & Matematik : Dr. Ong Swee Ling GKMP Kemanusiaan : Vidyasini Nair a/p Jayaraman GKMP Teknik & Vokasional : Wong Peck Wee Peperiksaan Dalaman/APPI : Norhidayah binti Sanusi Peperiksaan Dalaman/APPI : Wan Azidah binti Mohd Yusoff Setiausaha SPM : Tuan Kamariah binti Raja Ismail Penolong Setiausaha SPM : Nuraina binti Azhari AJK SPM/ Setiausaha PTRS : Ili Amalina binti Abdullah Setiausaha PBS/ PBD : Umi Azra binti Abd Rashid Penolong Setiausaha PBS / PBD : Nursyurita binti Awang Mat Penyelaras Tingkatan 1
141 : Zaharah binti Abdullah Penyelaras Tingkatan 2 : Hamidah binti Ali Penyelaras Tingkatan 3 : Siti Fatimah binti Daud Penyelaras Tingkatan 4 : Zamzurianeey binti Abdullah Penyelaras Tingkatan 5 : Semua Guru Tingkatan : Semua Guru Mata Pelajaran SENARAI TUGAS 1. Mengesan dan memastikan pendaftaran murid adalah terkini mengikut tingkatan 2. Memastikan markah dimasukkan dengan tepat. 3. Menganalisa data peperiksaan 4. Melapor data peperiksaan 5. Menyimpan fail-fail dan data peperiksaan dengan kemas, terkini dan teratur 6. Mengeluarkan data untuk pentadbiran, guru, dan murid 7. Melaporkan data kepada PPD 8. Merancang pelaksanaan semua jenis peperiksaan dalaman (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan dengan menentukan hal-hal berikut: a) Menentukan tarikh dan takwim/ jadual waktu peperiksaan b) Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan serta memastikan keselamatan. c) Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah tertentu jika guru yang tidak dapat mengawas disebabkan hal-hal tertentu. d) Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan e) Memastikan pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan. f) Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan. g) Mengenal pasti murid yang cemerlang, sederhana dan lemah untuk setiap mata pelajaran dan keseluruhan mata pelajaran bagi memudahkan guru membuat pengayaan, pengukuhan dan pemulihan. h) Menentukan pelaksanaan program yang dijalankan berjalan dengan lancar dan sempurna. i) Memantau pelaksanaan PdPc yang dijalankan di dalam kelas ataupun di luar kelas. j) Menilai tahap pencapaian sesuatu peperiksaan dan juga tahap pengajaran guru. SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SPM 1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan SPM kepada guru tingkatan 2. Mengedarkan borang kemasukan peperiksaan untuk diisi oleh murid dengan kerjasama guru tingkatan. 3. Menghadiri taklimat yang berkaitan oleh PPD, JPN dan Lembaga Peperiksaan. 4. Mengumpul dan menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan. 5. Mendaftar calon SPM 6. Menentukan dewan/bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan. 7. Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi dewan/bilik peperiksaan dalam 4 salinan. 8. Mengedarkan jadual waktu peperiksaan kepada semua calon dan memaparkan di papan kenyataan peperiksaan. 9. Menyediakan label meja calon untuk ditampal di atas meja (selepas kerusi dan meja siap disusun) 10. Mengedarkan slip peperiksaan kepada calon
142 11. Menyediakan perkara-perkara berikut di dewan/ bilik peperiksaan: a) Almari berkunci b) Jam dinding yang berfungsi c) Cop sekolah/ lakri d) White board e) Pen marker f) Pemadam white board g) PA sistem (jika dewan) 12. Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan 13. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua dalam menentukan kelancaran perjalanan Peperiksaan Amali 14. Mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat atau disimpan di bilik peperiksaan 15. Mengedar keputusan peperiksaan SPM, Sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil PBS SENARAI TUGAS SETIAUSAHA PBS/ PBD 1. Melantik Ketua Pentaksir bagi setiap mata pelajaran. 2. Menyediakan Jadual pelaksanaan PBS/ PBD 3. Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang mencukupi. 4. Menamakan pentaksir di kalangan guru mata pelajaran yang akan melaksanakan PBS berperanan menguruskan segala urusan berkaitan pentaksiran. 5. Memberi taklimat kepada calon dan mengedarkan edaran mengenai pelaksanaan PBS kepada ibu bapa. 6. Memastikan setiap murid ada fail PBS/ PBD 7. Memastikan PBS dijalankan serta penskoran direkodkan dan laporan dibuat. 8. Mengeluarkan sijil / pernyataan penskoran PBS calon. B.3 JAWATANKUASA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 3 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 4 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Penyelaras : Rashidah binti A. Rahman GKMP Bahasa : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin GKMP Sains & Matematik : Dr. Ong Swee Ling GKMP Kemanusiaan : Vidyasini Nair a/p Jayaraman GKMP Teknik & Vokasional Setiausaha : Narmeni binti Mahedin Setiausaha Kurikulum Penolong Setiausaha : Rozaini binti Mustaffar Penolong Setiausaha Kurikulum B.3.1 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SPM Penyelaras : Rashidah binti A Rahman GKMP Bahasa Setiausaha : Nor Athirah binti Shaik Amar Setiausaha PPA AJK : Zamzurianeey binti Abdullah Ketua Panitia Bahasa Melayu : Sharila Suhaida binti Mohd Sarid Ketua Panitia Sejarah
143 B.3.2 PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS) Setiausaha PTRS : Nuraina binti Azahari Penolong Setiausaha : Muniratul Husna binti Ahmad B.3.3 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TINGKATAN 1,2,3 DAN 4 Penyelaras Tingkatan 3 dan 4 : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin GKMP Sains dan Matematik Penyelaras Tingkatan 1 dan 2 : Vidyasini Nair a/p Jayaraman GKMP Teknik & Vokasional Setiausaha 1 : Noor Zairin binti Sharifuddin Setiausaha 2 : Tan Sok Chan AJK : Nursyurita binti Awang Mat Penyelaras Tingkatan 1 : Zaharah binti Abdullah Penyelaras Tingkatan 2 : Hamidah binti Ali Penyelaras Tingkatan 3 : Siti Fatimah binti Daud Penyelaras Tingkatan 4 SENARAI TUGAS 1. Menyelaras program peningkatan akademik untuk murid tingkatan 1 hingga 5. 2. Merancang, menyusun, menyediakan dan melaksanakan semua program, kelas tambahan, bengkel teknik menjawab, jadual anjal dan sebagainya untuk murid SPM. 3. Merancang, menyusun dan melaksanakan semua program peningkatan akademik untuk murid tingkatan 1-4. 4. Menyelaras kelas tambahan Program Tuisyen Rakyat Selangor di bawah Kerajaan Selangor. 5. Memilih murid yang layak mengikut pendapatan (B40) dan murid yang gagal mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Peperiksaan Akhir Tahun Ting. 4. 6. Menyediakan Jadual Kelas Tambahan PTRS mengikut kesesuaian sekolah. 7. Menyelaras dan membuat tuntutan bayaran untuk guru - guru yang mengajar Kelas Tambahan PTRS. B.3.4 INTERVENSI Penyelaras : Rashidah binti A Rahman GKMP Bahasa Setiausaha : Siti Nur Ain binti Bahari AJK : Nursyurita binti Awang Mat Penyelaras Ting 1 : Zaharah binti Abdullah Penyelaras Ting 2 : Hamidah binti Md Ali Penyelaras Ting 3 : Siti Fatimah binti Daud Penyelaras Ting 4 SENARAI TUGAS 1. Menyelaras program Intervensi 3M untuk murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan memahami dalam bahasa Melayu. 2. Mengenal pasti murid intervensi dari semua kelas Tingkatan 1 hingga 4. 3. Menyediakan jawatankuasa pelaksana program, memilih guru mengajar berdasarkan jadual waktu guru terkini, menyusun jadual program, menyediakan bahan dan melaksanakan penilaian kemahiran murid. 4. Merekod dan membuat pelaporan perkembangan murid. 5. Membuat pelaporan keberkesanan program.
144 B.4 JAWATANKUASA PENCERAPAN Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 3 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 4 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 5 : Azuriyah Binti Saidin PK Pendidikan Khas Setiausaha : Fadhilah binti Haji Md Saad Penolong Setiausaha : Suhaila binti Sharudin AJK : Rashidah binti A. Rahman GKMP Bahasa : Siti Nor Akmar binti Mohd Jalaludin GKMP Sains & Matematik : Dr. Ong Swee Ling GKMP Kemanusiaan : Vidyasini Nair a/p Jayaraman GKMP Teknik & Vokasional SENARAI TUGAS 1. Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyiapkan jadual pencerapan. 2. Menyediakan dan memperbanyakkan borang pencerapan. 3. Menyiapkan dan mengemaskini fail pengurusan pencerapan SPSK PK 04. 4. Menghantar laporan pencerapan ke PPD. 5. Mengemaskini data pencerapan ke dalam sistem SKPM Kualiti@Sekolah. 6. Menghadiri mesyuarat SPSK. 7. Menghadiri mesyuarat kurikulum. B.5 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi 1 : Sharmila binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 3 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 4 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Setiausaha : Jumariah binti Jumadi Guru Perpustakaan dan Media Penolong Setiausaha : Amirah binti Harun AJK : Siti Fatimah binti Ariffin : Nuraina binti Azhari : Yusrina binti Hanafi : Wan Mazuein binti Che Mat
145 B.6 JAWATANKUASA NILAM Pengerusi : Aziza Zamzurina binti Mohd Zawawi Pengetua Naib Pengerusi : Sharmila binti Ali PK Pentadbiran Naib Pengerusi 2 : Sia Bee Loon PK Petang Naib Pengerusi 3 : Noor Shamshuriyani binti Hashim PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 4 : Suzrailin binti Sulaiman PK Kokurikulum Naib Pengerusi 5 : Azuriyah binti Saidin PK Pendidikan Khas Penyelaras Nilam : Rashidah binti A. Rahman GKMP Bahasa Setiausaha : Jumariah binti Jumadi Guru Media Penolong Setiausaha : Siti Fatimah binti Ariffin Penolong Guru Media AJK : Zamzurianeey binti Abdullah KP Bahasa Melayu : Azra binti Zakariah KP Bahasa Inggeris : Nur Hanani binti Daud PKP Bahasa Melayu : Nirmaladevi a/p Raja Manickam PKP Bahasa Inggeris SENARAI TUGAS 1. Pusat Sumber Sekolah hendaklah dikawal oleh sebuah badan yang disebut Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah. 2. Tugas-tugas jawatankuasa ini ialah: • Menentukan matlamat, objektif dan polisi Pusat Sumber Sekolah. • Mengkaji dan meluluskan program-program media yang dicadangkan. • Meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan program-program media. • Mengkaji laporan penggal tentang kemajuan Pusat Sumber Sekolah. • Merancangkan Rancangan Tahunan. 3. Pengerusi (Pengetua) • Sebagai ketua pentadbir, pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK induk PSS. • Memastikan PSS berjalan dengan berkesan demi mencapai objektif-objektif yang dirangka. • Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan bantuan Unit Teknologi Pendidikan (UTP). • Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat media serta kemudahankemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan yang progresif. • Merancang perbelanjaan tahunan. • Membuat penilaian yang berterusan terhadap penggunaan sumber-sumber PSS dalam PdPc 4. Naib Pengerusi (Penolong Kanan) • Membentuk satu dasar praktikal bersama penasihat mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan kerjasama dan bantuan PSS. • Berbincang secara kumpulan dengan Pengetua dan Guru PSS untuk menimbangkan Rancangan Tahunan yang telah dicadangkan oleh Pengetua. • Merancang perbelanjaan tahunan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa PSS. • Bergerak bersama Guru PSS untuk melahirkan suasana yang boleh mendorong guru-guru dan murid - murid menggunakan PSS. • Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan perkembangan Pusat Sumber Sekolah. • Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.