M OMENTOU
2023
JANUARI - FEBRUARI
“MELAHIRKAN KHALIFAH PROFESIONAL”
"Melahirkan Khalifah Profesional"
M OMENTOU
9 Januari 2023
EKSPLORASI RENTAS AKADEMIK DAN BUDAYA:
EXPLORE THE BEAUTY OF MALAYSIA
TANJONG MALIM – 9 JANUARI 2023. Pusat Ulul Albab UPSI dengan kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA)
telah menerima kunjungan seramai 103 orang guru-guru daripada Sekolah Phatna Wittaya Yala, Thailand dalam
satu program Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty of Malaysia yang diadakan di Dewan
Konvensyen e-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim. Program yang berlangsung dari 8 - 12
Januari 2023 ini antara lainnya untuk mempromosikan konsep Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik serta modul Ulul
Albab kepada para guru dan tenaga pengajar di Sekolah Phatna Wittaya Yala. Selain itu para peserta juga berkongsi
ilmu dalam meningkatkan lagi kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta dapat mewujudkan komunikasi berke-
san antara kedua- dua institusi. Delegasi dari Thailand ini diketuai oleh Tuan Rosdee Maengkaji, Pengarah Phatna
Wittaya Yala School, Thailand.
Menurut Dr. Sakinah, melalui program seperti ini dapat meningkatkan kualiti diri warga pendidik
dalam bidang perguruan sekaligus membantu dalam menyelesaikan masalah di institusi pendidikan
dengan kritis. Kejayaan program ‘Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty Of
Malaysia’ sejajar dengan matlamat Pusat Ulul Albab untuk menjadi pusat rujukan Ulul Albab serantau.
Matlamat program ini adalah jelas untuk mengetengahkan konsep Ulul Albab sebagai satu solusi
kepada pembentukan generasi bertaqwa yang mampu menjadi pemimpin dan memimpin generasi
pada masa hadapan.
Program ‘Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty Of Malaysia ini telah
dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan dalam
ucapan perasmiannya beliau menegaskan program ini sebagai salah satu program yang amat baik
dalam memantapkan lagi kualiti pendidik dan bakal pendidik pada masa hadapan. Dengan
menampilkan panel-panel yang arif dalam bidang pedagogi perguruan, saya yakin ianya akan
memberikan satu nilai tambah kepada warga pendidik bagi menimba seberapa banyak ilmu untuk
dijadikan bekal bagi meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada ujarnya.
Program selama lima hari ini akan mendedahkan para guru dari Sekolah Phatna Wittaya Yala kepada
Teknik pengajaran yang menggunakan modul Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik melalui ceramah dan
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akan dibimbing oleh Talent Pool Pusat Ulul Albab.
"Melahirkan Khalifah Profesional"
M OMENTOU
15 Januari 2023
MINGGU CELIK HATI SAHABAT
TANJONG MALIM, PERAK - Minggu Celik Hati Sahabat merupakan program anjuran bersama Kelab Sahabat Ulul
Albab UPSI, Universiti Selangor dan Bahasa Isyarat Malaysia #SIGNON yang dijalankan pada 14 dan 15 Januari 2023.
Program ini mengandungi tiga slot yang berbeza iaitu #SIGNWITHHEART bersama En. Mohd Armi Bin Rusli, Learn
Al-Quran With Braille bersama Ustaz Sumairi Bin Zainol dan terakhir Hand-To-Hand bersama Cik Farhanah Sukainah
Binti Abdul Wahab dan Pak Bayu Pamungkas daripada Indonesia. Slot pertama iaitu #SIGNWITHHEART merupakan
program pengenalan kepada bahasa isyarat di Malaysia khususnya huruf, nombor, kata ganti nama,
kata tanya, keluarga dan negeri. Panel turut menyediakan aktiviti latihan dalam kumpulan yang
memerlukan penglibatan daripada peserta untuk mempersembahkan bahasa isyarat di atas pentas.
Pada slot kedua Learn Al-Quran with Braille, peserta didedahkan dengan penerangan pengenalan de nisi Braille
dan mengenali asas dan cara bacaan huruf hijaiyah serta baris-baris dalam bacaan Al-Quran dengan melihat,
menyentuh dan merasai titik-titik timbul Braille sendiri secara nyata untuk menghayati serta menjiwai
diri pada golongan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami kurang penglihatan ketika membaca Al-Quran.
Pada hari kedua berlansungnya slot
ketiga iaitu Hand to Hand. Pada slot
tersebut ia mengetengahkan tentang
perbezaan bahasa isyarat dari negara
Malaysia dan Indonesia yang rupanya
ianya berubah mengikut kesesuaian
tempat. Antara bahasa isyarat yang digu-
nakan di Malaysia adalah Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) dan Kod Tangan Bahasa
Malaysia manakala Indonesia pula dike-
nali sebagai Sistem Isyarat Bahasa Indo-
nesia (SIBI) dan Bahasa Isyarat Indonesia
(BISINDO). Dalam slot tersebut panel
membawakan seorang pelajar daripada
Darul Ashom yang mempunyai masalah
pendengaran dan percakapan untuk
membacakan Al-Quran dengan meng-
gunakan bahasa Isyarat.
"Melahirkan Khalifah Profesional"
M OMENTOU
29 Januari 2023
PROGRAM BICARA IKON 1.0
TANJONG MALIM, PERAK - Program Bicara Ikon 1.0 , How To Be Professional Ikon yang telah
menampilkan panel-panel juara ikon Ulul Albab pada musim pertama dan kedua iaitu saudara Mohd
Khairul dan saudara Faris Mubeen. Program yang diadakan pada 29 Januari 2023 ini dihadiri oleh 100
orang pelajar yang juga merupakan pengisian perjumpaan Mingguan Khas Kelab Sahabat Ulul Albab.
Penganjuran program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab yang
boleh dijadikan inspirasi serta ikon kepada mahasiswa lain. Pencarian Ikon Ulul Albab telah diadakan
selama 4 Musim dan berjaya menghasikan empat orang IKON Ulul Albab UPSI.
Pengarah program, saudari Nur Nabilah Binti Zaimi, program bicara ikon katanya dapat dijadikan
sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa untuk menjadi individu yang mampu
memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. iayanya dianjurkan oleh exco kerohanian
Kelab Sahabat Ulul Albab sidang 22/23 bertujuan melahirkan seorang insan yang berani bercakap di
khalayak ramai serta mampu menonjolkan diri untuk menjadi seorang ikon profesional dalam
melahirkan generasi Ulul Albab. Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai IKON Ulul Albab yang
pastinya mempunyai ciri-ciri seperti berkeyakinan tinggi, kreatif, beretika, mempunyai pengetahuan
dalam elemen Quranik, Ensiklopedik Dan Ijtihadik (QEI) serta memiliki pemikiran seiring dengan
kemajuan dunia hari ini.
Antara pengisiannya, panel berkongsi pengalaman bagaimana cara untuk menjadi ikon yang profe-
sional berteraskan kepada 3 elemen utama iaitu QEI. Perkongsian yang diberikan adalah berdasarkan
pengalaman panel-panel semasa membuat persediaan dalam berentap di Pentas Misi Pencarian ikon
1.0 dan 2.0. Menurut panel pertama iaitu saudara Khairul antara cabaran yang tidak dapat dilupakan
adalah ketika mereka perlu berentap di pentas bitarasiswa yang merupakan kawasan umum tempat
pelajar berkumpul dan dipersetujui oleh panel kedua iaitu Saudara Faris Mubeen.
TANJONG MALIM, PERAK - Program Bicara Ikon 1.0 , How To Be Professional Ikon yang telah
menampilkan panel-panel juara ikon Ulul Albab pada musim pertama dan kedua iaitu saudara Mohd
Khairul dan saudara Faris Mubeen. Program yang diadakan pada 29 Januari 2023 ini dihadiri oleh 100
orang pelajar yang juga merupakan pengisian perjumpaan Mingguan Khas Kelab Sahabat Ulul Albab.
Penganjuran program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli Kelab Sahabat Ulul Albab yang
boleh dijadikan inspirasi serta ikon kepada mahasiswa lain. Pencarian Ikon Ulul Albab telah diadakan
selama 4 Musim dan berjaya menghasikan empat orang IKON Ulul Albab UPSI.
Pengarah program, saudari Nur Nabilah Binti Zaimi, program bicara ikon katanya dapat dijadikan
sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa untuk menjadi individu yang mampu
memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. iayanya dianjurkan oleh exco kerohanian
Kelab Sahabat Ulul Albab sidang 22/23 bertujuan melahirkan seorang insan yang berani bercakap di
khalayak ramai serta mampu menonjolkan diri untuk menjadi seorang ikon profesional dalam
melahirkan generasi Ulul Albab. Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai IKON Ulul Albab yang
pastinya mempunyai ciri-ciri seperti berkeyakinan tinggi, kreatif, beretika, mempunyai pengetahuan
dalam elemen Quranik, Ensiklopedik Dan Ijtihadik (QEI) serta memiliki pemikiran seiring dengan
kemajuan dunia hari ini.
Antara pengisiannya, panel berkongsi pengalaman bagaimana cara untuk menjadi ikon yang profe-
sional berteraskan kepada 3 elemen utama iaitu QEI. Perkongsian yang diberikan adalah berdasarkan
pengalaman panel-panel semasa membuat persediaan dalam berentap di Pentas Misi Pencarian ikon
1.0 dan 2.0. Menurut panel pertama iaitu saudara Khairul antara cabaran yang tidak dapat dilupakan
adalah ketika mereka perlu berentap di pentas bitarasiswa yang merupakan kawasan umum tempat
pelajar berkumpul dan dipersetujui oleh panel kedua iaitu Saudara Faris Mubeen.
"Melahirkan Khalifah Profesional"
M OMENTOU
2 Februari 2023
PINTA JALIN KERJASAMA BAGI MENUBUHKAN INSTITUT
PENDIDIKAN GURU TAHFIZ MALAYSIA
Kuala Lumpur – Gabungan Persatuan Institusi
Tah z Al’quran Kebangsaan (PINTA) bersama
delagasi UPSI seramai 9 orang yang diketuai
oleh Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni)
UPSI telah mengadakan sesi pembentangan
cadangan penubuhan Institut Pendidikan
Guru Tah z bertempat di Bilik Mesyuarat,
Dewan Perdana Felda D’Saji, Kuala Lumpur
pada 2 Februari 2023.
Hasrat PINTA untuk menubuhkan IPG Tah z
telah disambut baik oleh pihak UPSI. Menurut
TNC HEPA UPSI, pihak Pengurusan Tertinggi
UPSI bersetuju untuk menawarkan sebidang
tanah di dalam kampus baru UPSI bagi pihak
PINTA untuk membina bangunan IPG Tah z.
Pihak PINTA Kebangsaan secara asasnya
bersetuju untuk pihak UPSI membantu mer-
ancang penubuhan IPG Tah z. UPSI juga
menawarkan fasiliti yang sedia ada di kampus
yang boleh diguna pakai oleh PINTA sekiran-
ya memerlukan bagi mengadakan
program-program bagi guru dan pelajar
mereka.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengada-
kan bengkel di UPSI bagi membincangkan
penyediaan kertas kerja atau proposal
penubuhan IPG Tah z untuk diangkat atau
dibawa kepada perhatian Timbalan Perdana
Menteri 1 dan seterusnya akan dilancarkan
semasa program Perhimpunan Hu az 23000
orang pada 11 Mac 2023 oleh Perdana Ment-
eri Malaysia.
"Melahirkan Khalifah Profesional"
M OMENTOU
3 Frebruari 2023
MESYUARAT PEMERKASAAN
KEUNGGULAN PENDIDIKAN
UPSI- Sejajar dengan permintaan industri masa hadapan
dalam menghasilkan graduan yang mempunyai ciri
pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat
bagi meningkatkan jati diri dan kemahiran berkomunikasi
dengan baik justeru Pusat Ulul Albab mengambil inisiatif
melaksanakan mesyuarat Pemerkasaan Keunggulan
Pendidikan pada 3 hingga 5 Februari 2023.
Menurut Pemangku Pengarah PUA, Dr Sakinah Salleh, mesyuarat selama tiga hari ini disertai oleh 31 jurulatih (Talent
Pool) Ulul Albab dalam kalangan pensyarah dan pentadbir dari pelbagai kepakaran. Pada bengkel ini, Pusat Ulul
Albab telah merencanakan aktiviti seperti mengemaskini dan menambahbaik modul -modul sedia ada serta
merangka strategi bagi memastikan UPSI terus kekal relevan sebagai hab pendidikan pengajian tinggi di rantau ini.
Selain itu pada mesyuarat ini juga PUA mengadakan perbincangan bagi pencambahan idea baru dalam merangka
program-program berimpak yang dapat memberi ruang dan peluang kepada para pelajar supaya lebih berkepimpinan,
berkemahiran tinggi, bijak mengurus emosi, berfikiran matang, menguasai pelbagai bahasa, berdikari, berfikiran
krititis sekali gus dengan semua kemahiran ini . PUA juga merancang untuk mengadakan Pertandingan IKON KPT
bagi melahirkan seorang IKON yang boleh menjadi insan yang cemerlang dari setiap aspek meliputi akademik, kokuri-
kulum dan isaniah. Pusat Ulul Albab juga berjaya menerbitkan beberapa modul seperti Modul Pensijilan Asas, Perten-
gahan, Lanjutan , buku Akademik & Akhlak dan buku Smart Learning yang bertujuan bagi melahirkan generasi yang
seimbang dengan konsep 3 A ( Akademik, Adab dan Akhlak). Pusat Ulul Albab bergerak sejajar perubahan teknologi
dalam menghasilkan graduan kalis masa hadapan
berteraskan kasih sayang, keseronokan, kesegeraan
dan saling menghormati maka mesyuarat Pemer-
kasaan Keunggulan Pendidikan direalisaikan.
"Melahirkan Khalifah Profesional"
M OMENTOU
19 Februari 2023
KERAJAAN SASAR LAHIR 125,000 HUFAZ
PROFESIONAL MENJELANG TAHUN 2050
TANJUNG MALIM: Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan
125,000 hufaz yang berkebolehan dalam bidang profesional
seperti perubatan, perundangan dan korporat menjelang
tahun 2050.
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad
Zahid bin Hamidi berkata, bagi merealisasikan usaha itu
Pusat Ulul Albab (PUA) Universiti Pendidikan Sultan Idris
Shah (UPSI), bersama gabungan Persatuan Institusi Tahfiz
al-Quran Kebangsaan (PINTA) menyediakan modul-modul
pengajian khas berkaitan dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya sekiranya penghasilan modul-modul khas ini akan membantu dalam meluaskan pendidikan ulul
albab ke seluruh institusi pendidikan termasuklah tabika dan tadika kemas, Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) serta lebih 200 pusat pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di seluruh negara.Katanya,
pengenalan program itu adalah bermatlamat untuk membantu sebahagian besar daripada kira-kira 280,000
hufaz di maahad-maahad tahfiz di seluruh negara untuk keluar daripada garis kemiskinan.
UPSI di dalam kesinambungan sijil ke diploma akan membantu agar mereka mendapat kelulusan SPM kerana
ia termasuk sebahagian syarat SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) jika tidak ada SPM mereka tidak boleh
termasuk dan terjun dalam bidang kerjaya perkhidmatan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media
bersempena lawatannya ke UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, pada
Ahad. Hadir sama, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Md Amin Md Taff,
serta Presiden PINTA, Mohd Zahid Mahmood. Selain itu, Ahmad Zahid
yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata langkah
berkenaan amat baik dalam usaha mengetengahkan lagi pendidikan
tahfiz ke aliran pendidikan nasional.
Pada masa sama, Pengarah PUA UPSI, Dr Sakinah Salleh berkata pusat
ulul albab yang ditubuhkan pada tahun 2017 itu menyediakan latihan,
kursus, modul, penyelidikan dan aktiviti berstruktur berdasarkan yang
merangkumi komponen quranik, ensiklopedik dan ijtihadik (QEI).
Katanya pusat pengajian berkenaan juga tidak hanya terhad kepada
pelajar-pelajar daripada aliran agama sebaliknya ia turut terbuka kepada
pelajar daripada aliran-aliran pengajian lain.
"Melahirkan Khalifah Profesional"
M OMENTOU
23 Februari 2023
KUNJUNGAN ILMIAH PENTADBIRAN EKSPLORASI RENTAS AKADEMIK DAN BUDAYA: EXPLORE
THE BEAUTY OF MALAYSIA DARI ASSALAM SMART SCHOOL NETWORK OF YALA
TANJONG MALIM – 23 FEBRUARI 2023, Pusat Ulul Albab menerima kunjugan 26 orang kakitangan Pentadbiran
daripada Assalam Smart School Yala, Thailand dalam program Kunjungan Ilmiah Pentadbiran Eksplorasi Rentas
Akademik dan Budaya: Explore The Beauty of Malaysia yang diadakan di Bilik Seminar Aminuddin Baki, Blok 9,
Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim. Program yang berlangsung dari 22 -
25 Februari 2023 ini antara lainnya berfokus kepada perkongsian ilmu penubuhan sekolah swasta yang disam-
paikan oleh Dr. Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini telah
disusun bagi membekal dan meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran
serta dapat mewujudkan komunikasi berkesan antara para pentadbir sekolah. Peserta juga didedahkan tentang
kurikulum pendekatan neoterik bersama Dr. Anis Nazihah dari Fakulti Sains Matematik.
YM Raja Azman Raja Kadir, dari SMK Kemuning juga Penasihat Imtiaz Melaka berkongsi pengalaman dan kemahi-
rannya dalam pengurusan kewangan dan ko-kurikulum sekolah swasta. Menurut Dr. Sakinah, Penyelaras 2 Pusat
Ulul Albab berkata, program ini dapat meningkatkan kredibiliti para pentadbir dan pendidik dalam bidang penguru-
san dan pentadbiran sekaligus dapat membantu dalam menyelesaikan masalah di institusi pendidikan dengan
kritis. Kejayaan program ‘Kunjungan Ilmiah Pentadbiran Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The
Beauty Of Malaysia’ ini sejajar dengan matlamat Pusat Ulul Albab untuk menjadi pusat rujukan serantau. Matlamat
program ini adalah untuk mengetengahkan konsep Ulul Albab sebagai satu solusi kepada pembentukan generasi
akan datang.
Program ‘Kunjungan Ilmiah Pentadbiran Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty Of Malaysia
ini telah dirasmikan oleh Y.Brs. Prof. Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor (HEPA) dalam ucapanya, beliau
berkata kunjugan ini sebagai salah satu program yang amat baik dalam memantapkan lagi kualiti pentadbir dan
pendidik pada masa hadapan dengan menampilkan panel-panel yang mahir dalam bidang masing-masing, saya
yakin ianya akan memberikan satu nilai tambah kepada warga pentadbir ujarnya.