The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3431a
KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN NUR FATIN FASIHAH BINTI W MOHD FAUZI IPG-Pelajar, 2024-04-02 23:48:33

BUKU LOG PENGAKAP

MPU3431a
KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I

Kumpulan Pengakap Sekolah Majlis Pengakap Kumpulan Penaung : Guru Besar Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha : Pemimpin Kumpulan Bendahari : Penolong Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa : Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kepimpinan Kumpulan Pengakap Pemimpin Pengakap Kanak-kanak Penolong Pemimpin Pengakap Kanakkanak Ketua Kumpulan Pengakap Kanak-kanak (Ahli Pengakap Kanak-kanak) Majlis Ketua Patrol (COH) Ketua Patrol/Sekawan Penolong Ketua Patrol/Sekawan Kuarter Master Patrol/Sekawan Ahli-ahli STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH RENDAH (PENGAKAP KANAK-KANAK)


STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP IPG KAMPUS IPOH Pengerusi Timbalan Pengerusi Pesuruhjaya Penolong Pesuruhjaya Penolong Pesuruhjaya Ketua Majlis Sekawan Ketua-Ketua Sekawan Jurulatih Ketua Sekawan Penolong Ketua Sekawan Quarter Master Ahli-Ahli STRUKTUR DAN ORGANISASI SEKAWAN PENGAKAP


DASAR KEAGAMAAN


PENGERTIAN / MAKSUD Kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanNva dan penerimaan ajaran dan perintahNya Kepercayaan kepada Maha Kuasa Kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain yang dipuja dan sebagainya serta dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa


PENGERTIAN / MAKSUD Anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada atau benar Keyakinan terhadap sesuatu kebenaran KEPERCAYAAN Semangat intrinsik yang dikaitkan dengan perasaan dalaman/emosi kendiri Kejiwaan KEROHANIAN


DASAR KEAGAMAAN Tidak terhad kepada sesuatu agama 1 2 Mengamalkan ajaran masing-masing 3 Menghornati agama orang lain 4 Kumpulan yang mengandungi ahli-ahli yang mengamalkan agama yang sama boleh mengetuai ibadat dan pelajaran agama mereka 5 Galakkan mereka melakukan cara agama masing-masing DASAR KEAGAMAAN DALAM (P.O.R)


DASAR KEAGAMAAN DASAR KEAGAMAAN Perlu dititikberatkan kepada ahli kerana tanpa kepercayaan agama maka Pengakap itu tidak akan sempurna Diperingkat WOSM, syarat yang ditetapkan untuk sesebuah negara itu diterima dalam Pertubuhan Pengakap Sedunia adalah dengan memasukkan unsur “kepercayaan kepada Tuhan” di dalam Persetiaan Pengakap negara tersebut. Jangan diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemua agama dalam kumpulan itu


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat


Pengurusan dokumen Rekod-rekod Rekod Kehadiran Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana) Rekod Perancangan Semester dan Mingguan Rekod Kewangan Fail Surat Menyurat Fail Minit Mesyuarat Laporan Aktiviti


PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PENGAKAP


TUDUNG KELABU Dipakar masuk ke dalam baju SELUAR BIRU GELAP Jenis kain: HISOFY Warna: BIRU GELAP Kod Warna: TH3243/305 KASUT HITAM BAJU KELABU Jenis kain: VISCOCE Warna: KELABU Kod Warna: TL888/T308 BAJU PEREMPUAN Lengan panjang Dilepaskan keluar STOKIN HITAM STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP TATACARA PEMAKAIAN BAJU LELAKI Lengan pendek Dimasukkan ke dalam seluar


STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP


STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP PERSAMAAN ANTARA BUDAK LELAKI DAN BUDAK PEREMPUAN Pengakap Kanak-kanak Pengakap Muda Pengakap Remaja 1. FORAGE CAP Warna biru tua Lilitan pita kain merah 1/4 cm Lencana lambang pengakap kain 2. SKAF RASMI KEBANGSAAN Bentuk segitiga warna biru tua Berjalur merah dan putih tanpa logo pada skaf wogel PVC 3. SELUAR Seluar panjang Warna biru tua 4. STOKIN Bersaiz panjang Warna biru tua 5. KASUT Bertali Kanvas Warna hitam


STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP TATACARA PEMAKAIAN


STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP


STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP


PROTOKOL DAN PEMAKAIAN LENCANA


STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP TANDA PANGKAT DAN TAULIAH PERSEKUTUAN Hak memakai : Ketua Pengakap Negara Hak memakai : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Epolet 6 Lengkar Epolet 5 Lengkar Epolet 4 Lengkar Hak memakai : Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara; Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara; dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Hak memakai : Pesuruhjaya Antarabangsa; Pesuruhjaya Latihan Negara; dan Pesuruhjaya Program Negara.


Epolet 3 Lengkar Hak memakai : Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa; Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negara; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri; dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Hak memakai : Setiausaha Latihan Negara; Setiausaha Program Negara; dan Jurulatih. STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP TANDA PANGKAT DAN TAULIAH PERSEKUTUAN


Hak memakai : Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah. Epolet 2 Lengkar Hak memakai : Penolong Jurulatih STRUKTUR DAN ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN PENGAKAP TANDA PANGKAT DAN TAULIAH PERSEKUTUAN Hak memakai : Pemimpin Pengakap. Epolet 1 Lengkar Epolet Bunga Padi Hak Memakai : Penolong Pemimpin Pengakap.


SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK


SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 1.Lencana Keahlian Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkaraperkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujianujian berikut: Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 1. 2.Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3.Lima Prinsip Rukun Negara 4.Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. 5.Sejarah Pergerakan Pengakap. 6.Cerita Hutan 7.Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. 2.1. Ahli Renang Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 2. 3. Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6. 7. Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air. 2. LENCANA WAJIB


SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 2.2. Penunggang Basikal Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1.Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal. 2. 3.Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki. 6.


B. Kesihatan Dan Keselamatan 1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenal. 2. 3. Mengetahul bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 4. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis. Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 5. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain 6. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. A. Kesetian Menyanyi Lagu Kebangsaan "NegaraKu" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 1. Mengenai Bendera Malaysia dan Negeri di mana Pengakap Kanak-Kanak itu berada. 2. 3.Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar. Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 4. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 5. 3. LENCANA KEMAJUAN - KERIS GANGSA


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya). Pilih SATU hobi seperti contoh di bawah: 1.Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu). 2. 3.Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 4.Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). 5.Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis). Rupa Mata wang asing sama ada kertas I syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). 6. 7.Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis). Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori,Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-ain. (Sekurangkurangnya 10 jenis). Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 8. 9.Lain-lain hobi yang sesuai. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 4. LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ulian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minal dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Ahli Koleksi Hobi Ahli Kraf Tangan Peladang Kecil Pelukis Pembaca Buku Penghibur 4.1. AHLI KOLEKSI HOBI


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya. Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai Siku keluang. (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simmpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : 1 buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru ATAU 1. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU 2. 3.Membuat rekaan dari kertas Rekan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain. a. b.Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowoli”. Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas /burung ajaib (fantasi) dan lain-lain. c. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 4. LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN 4.2. AHLI KRAFTANGAN


Lencana ini diberikan kepada kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut: Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 1. Menyediakan batas yang berukuran 8x 3x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 2. Menunjuk cara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 3. Mengetahui dan menunjukan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 4. Tunjukan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu /bapa/ ahli keluarga sendiri. 5. Menunjukan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. 6. (a) Memelihara / membela dengan jayaПya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. 7. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 4. LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN 4.3. PELADANG KECIL


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul,membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. Pilih EMPAT (4) sahaja. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak. 1. Melukis pelangi dengan warnanya Serta menamakan tiap-iap warna itu dan satu rajah menunjukan pusingan warna (Colour Wheel). 2. Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan 'secondary colours' serta menunjukan cara pengandunan wana cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren,bi kundang. biru tua, hijau tua dll. 3. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm. 4. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima porayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kismas dan Hari Wesak. 5. 6.Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:- Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding. kola), yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. 7. Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj. topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. 8. Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan,ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar. 9. Menunjukan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurangsekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis. 10. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 4. LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN 4.4. PELUKIS


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Капак-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Pih EMPAT (4) sahaja. Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut : 1. a.Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman. pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. b. c.Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). d.Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden. e.Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / inggeris / Bahasa ibunda. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacan, dilahami serta berkesan. 2. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 3. Boleh menerjemah petikan yang penting daripada bacanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkatan 4. 5.Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan katakata baru yang dipelajari. 6. Menjadi ahli perpustakan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara. 7. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 4. LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN 4.5. PEMBACA BUKU


Lencana ini diberi kepada Ahi Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. Pilih LIMA (5) sahaja. 1.Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berkut :- a.Lagu kanak-калак, jeaka, asli dan patun Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat sepeti Rasa Sayang' atau lagu asing b. c.Lagu Tarían Asli. d.Lagu Pengakap. 2.Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu. Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kапак-kanak. 3. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 4. 5.Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. 6.Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing. kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor,melodían, loceng rekoder dan serunai. 7. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 4. LENCANA KEPANDAIAN- KATEGORI KEGEMARAN 4.6. PENGHIBUR


SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan Mengetahui nama penuh D.YM.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.YM.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 1. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 2. Mengetahui rukun sembahyang agama masingmasing. 3. LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK B. Kesihatan dan Keselamatan Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 1. 2. Mengetahui faedah senaman. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung. 3. Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. 4. C. Kecekapan Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan :. 1. a. Buka Barisan b. Tutup Barisan Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta Kegunaannya. 2. Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. 3.


SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK LD. Penyertaan Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat hususnya. 1. Mengetahui cara tumbuhan mendapalkan makanan serta cara menyimpan makanan. 2. Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. 3. Mengetahui asas penggunaan komputer. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang sling/ kad telefon ketika mendail dan faham mengunakan Buku Panduan Telefon, 4. LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK E. Perkhidmatan Mengetahui dan memahami isyarat wisel, 1. Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan. 2. Mengetahui cara memberi pertolongaЛkepada seseorang di air dengan mengunakan peralatan. (ingatan: Perfolongan ini adalah latihan asas sahaja) 3. 6. Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian pagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti dibawah mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1. Ahli Olahraga 2. Ahli Pasukan Permainan. 3. Ahli Sains 4. Pencinta Alam Semulajadi 5. Pembaca Peta 6. Pemeliharaan Alam Sekitar 7. Pengembara.


Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan Dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi,melontar peluru Dan sebagaimya. Mengetahui apakah MSSD/ MMSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap KanakKanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan. Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara Sukan: 1.Lari 100 meter 20 Saat 2.Lari 200 meter 50 Saat 3.Lompat tinggi 0.8 meter 4.Lontar peluru 6 paun 5 meter Catatan:Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini 6.1 AHLI OLAHRAGA SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak dalam sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring. 1. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan. 2. Menunjukan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. 3. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainanya. 4. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. 5. 6.Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. 6.2. AHLI PASUKAN PERMAINAN SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji,membuat kamera lubang halus,menyambung litar; elektro magnet Dan sebagaimya. Pilih EMPAT (4) sahaja. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara. 1. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra. 2. Mnunjukkan bagaimanaenyambungkan litar elektrik dengan bateri Dan menghubungkan litar itu ke bateri Dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. 3. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 4. Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua keping cermin. 5. 6.3. AHLI SAINS SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai,mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Pilih TIGA (3) sahaja. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang Dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini : 1. Tumbuh-tumbuhan 2. Kehidupan burung 3. Kehidupan di tepi pantai,perigi,kolam dan kehidupan dalam sungai 4. Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar. 5. Kupu-kupu,rama-rama,gegat dan lain serengga 6. Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun 7. Pokok pakis rumput-rampai lain-lain. 2. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya.Pengakap Kanak-kanak boleh membicarakan perhatianya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 3.Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU (1) sahaja): 1.Membersihkan tempat perkelahan,tepi jalan,pantai,tepian tasik ATAU 1.Menanam pokok bersama Pengakap Muda.Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal/kawasan sekolahnya. ATAU 1.Membersihkan kawasan rumah dan halaman/kebun di belakang rumah dan sekolah. . 1.Membuat carta cuaca di dalam Buku log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadaan tumbuhan dan alam sekitar teribat dengan cuaca. 2.Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar. 6.4. PENCINTA ALAM SEMULAJADI SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin,bearing,jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih TIGA(3) sahaja. 1.Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan Mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU Melukis Mata angin 16 pecahan yang menunjukkan Mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas.Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. 1. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna sebuah peta, 1.Jalan raya,jambatan 2.Jalan keretapi 3.Bangunan (kediaman,masjid,gereja,tokong,kui. 4.Sungai dan tali air. 5.Tumbuhan (getah,nenas,kelapa,padi,kelapa sawit dan hutan). 2.Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. 3.Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075° , 025 ° , 120° dan 245 ° dan lain-lain 4.Berjalan kaki sejauh 5 Kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran: sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. 6.5.PEMBACA PETA SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


6.6. PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. Pilih TIGA (3) sahaja. Jawab satu sahaja dai (a)(b) dan © Menyatakan kepada Penilal / Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan "Alam Sekitar". Apakah yang dikatakan"Kitaran Oksigen' (Oxygen Circle). Menyatakan apakah yang dikatakan "Kitaran Air~ (Water Circle). Isikan dalam Buku Log Peribadi beberapa rajah dan gambar tentang bagaimana cahaya, air, udara dan mineral (galían) tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan untuk kehidupan manusia. Senaraikan nama benda-benda yang ditemui dalam ekspedisi yang dirancangkan seperti benda-benda hidup, haiwan, tumbuhan ke dalam Buku Log Peribadi Keluar ke satu kawasan tanah lapang bersama rakan sebaya sama ada dalam atau bersama Pengakap Muda dan menerangkan di dalam Buku Log (Kepada Penilai / Pemeriksa) sekurang-kurang 8 jenis binatang yang kamu temui (binatang kehidupan luar) seperti mamalia, repilia, burung / unggas dan moluska.


SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Nyatakan punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berkenaan. 1.Mengarmbl bahagian dalam SATU aktiviti benikul - Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanakkanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat. 2. Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah. 3. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam Buku Log. Dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan. 4. Menyenaraikan di dalam Buku Log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan. 5. Bagi diri sendiri Bagi Keluarga Bagi masyarakat Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patro! Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokok-pokok saka / rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya. 1. Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu ; menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam di tempat sendiri. 2. Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar / majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. 3. Buat buku skrap mengenai SATU daripada perkara berikut4. a.Pembuangan bahan sisa kilang b.Pembuangan Sampah-sarap c.Pembuangan bangkal d.Pembuangan atau tumpahan minyak


JLencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. Pilh LIMA (5) sahaja. 1. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung: membuat peruntukan perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, alas kaki, bekalan peribadi, lain-laín alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan. 2. Mengambil bahagian dalam pengembaran jauh. (Pengembaraan Pengakap Kanak-kanak. 3. Menghidupkan api di luar / di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang djumpai dan membuat minuman panas. 4. Merintis jalan ke satu tempat yahg jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat ditulis di atas tanah. 5. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. 6. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah ponco dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari. 7. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki. 5.7. PENGEMBARA SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian,mengecat dan sebagainya. Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan. 1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. 2. tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal. 3. Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai. 4. Menunjukkan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan 5. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. 6. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak. 7. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna, 8. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah. 9. Menunjukkan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana Mencuci berus cat yang telah digunakan. 10. Mencucidan menggosok baju dengan setrika. 11. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. 12. Menyusun-atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan istor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. 7.1. PEKERJA AM SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 7. LENCANA KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak mengakui pengetahuan dan kesungguhan sebagai memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemaskan bilik tidur dan sebagainya. Plih LIMA (5) sahaja. 1. Menyediakan SATU jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkanya kepada tetamu. 2. Menyediakan SATU jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lainlain. 3. Menyediakan sup (rebusan) yang tingkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti Burger dan Hotdog. 4. Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang. 5. Menggoreng ikan / udang / sardin / keledek / pisang / tauhu untuk hidangan dua orang. 6. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain 7. Menyapu, mengibas habuk dan mengemaskan bilik tempat tidur. 8. Mencuci pakaian seragam Pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stokin, kasut dan lain-lain. 7.2. PENGURUS RUMAH SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR,berenang. Memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM. 1. Pemegang Lencana Ahli Renang. 2. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan tenaga Pengajar diperlukan semasa tunjuk cara ini dan berenang Sejauh sekurang-kurangnya 50 meter). 3. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaían meniarap, kual dada di dalam air. 4. Menunjukkan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara: 1. Memegang rambut si malang dari belakang: 2. Mengangkat kepala si malang dari belakang 3. Memegang baju si malang 4. Menyelamat menggunakan tali 5. Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu. 5. Menunjukkan cara memulihkan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut. 6. Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki yang beracun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya. 7. Memahami / mengetahui cara menyelamat dari api : Memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca pengera kebakaran. 8. Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran. 7.3. PENYELAMAT NYAWA SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


Lencana ini diber kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh 1. Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas. 2. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dariorang dewasa yang berpengalaman. 3. cara bertindak member rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada Pemeriksa l Penilai sekurang-kurangnya cara yang diperlukan. 4. Menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung. 5. Mengetahui sekurang-kürangnya 5" tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar daripada badan pesakit. Sebagai perawat sementara. Pengakap Kanak-капак hendaklah menunjukkan cara penahan darah keluar dari bahagian arten paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala. 6. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalut tiga segi dan membuat anduh. 7. Menunjukkan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan. 8. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur. 9. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun. 10. Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik. 11. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Pemeriksa / Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan aau lain-lain kecemasan pelangaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan. 7.4. AHLI PERTOLONGAN CEMAS SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


SeteLah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. A. Kesetiaan 1. Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masingmasing. 2. 3.Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 4. 5.Mengamalkan ajaran agama masing-masing. SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 8. LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS B. Kesihatan dan Keselamatan Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia. 1. Mengetahui bagaimana mengalasi sakit selsema dan menjauhkannya. 2. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. 3. Mengetahui bagaimana membuat anduh; (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). 4. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang ada mesej: Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan. 5.


SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 8. LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS D. Penyertaan Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaanya kepada manusia. 1. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri : 2. Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk suratsurat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. a. ATAU Membuat patung sarung jari pupet / patung puppet bertali yang boich digerak- gerakan dan membuat panggung puppet. 1. ATAU 1.Membuat layang-layang yang boleh dinaikan ke udara. ATAU Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bater. 1. Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysía. 2. C. Kecekapan Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak da seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah" "Cepat Jalan", "Berhenti' dan "Hormat". 1. Mengetahui lathan asas Ala Komando seperti : Merangkak, merangkak di bawah jaring /jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 2. Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 3. Demontrasi sendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan, 4.


SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK 8. LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS E. Perkhidmatan Bersama sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. 1. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti/Perkhemahan 2. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri. 3.


Click to View FlipBook Version