ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (AT 19)
2021 B
D20182 0 85 9 5 4
970110016116
PROFESOR MADYA DR NORDIN BIN MAMAT
KAQ 3073
MODUL
AKTIVITI
AWAL
MATEMATIK
HUBUNGAN KELUARGA, KOMUNITI DAN
BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
ANNUR KHALISAH BINTI MOHAMED RAFFEE (D20182085954)
PENGENALAN
Istilah matematik dalam bahasa Inggeris ialah mathematics yang
berasal daripada bahasa Latin (Yunani) iaitu matehematicus.
Menurut Mok Soon Sang (1995), matematik mengandungi unsur-
unsur yang utama iaitu simbol (nombor, bentuk). Bahasa matematik
merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada
proses penaakulan. Menurut Nor Azlan (1987), kebolehan matematik
adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan
seharian. Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula
daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda
konkrit/objek yang mengandungi kuantiti & kualiti objek seperti
warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi
nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.
OBJEKTIF
1.Meningkatkan pemahaman dalam bidang
Awal Matematik terutama bentuk asas.
2.Memberi peluang untuk mengira objek
yang berada di sekeliling.
3.Menyedari konsep warna-warna yang
mudah.
4.Memberi peluang mengembangkan
kemahiran mengelas saiz objek yang besar
dan kecil dengan betul.
KONSEP
1.Mengelaskan dan memadankan
objek melalui aktiviti mengasing saiz
objek yang kecil dan besar.
2.Mengenalkan ciri seperti warna dan
bentuk melalui aktiviti memerhati
serta menyentuh objek.
3.Mengenal bilangan nombor apabila
mengira sesuatu objek.
PANDUAN
AKTIVITI
KANAK-KANAK
KEPADA
IBU BAPA
RAINBOW
PINWHEEL
SHAPE
FINDERS
COUNT
COLOURFUL
ICE CREAM
BIG AND
SMALL
EASTER EGG
SORT
MODUL 1
RAINBOW PINWHEEL
KELEBIHAN:
1.Dapat merangsang minda kanak-kanak
dengan mengenal warna-warna asas.
2.Meningkatkan kemahiran motor halus
kanak-kanak kerana dapat memegang
penyepit baju dengan betul.
ALAT DAN BAHAN:
1.Kertas A4 warna-warni
2.Kadbod
3.Penyepit baju
4.Gam dan gunting
PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA:
1.Ibu bapa perlu menyediakan semua
bahan yang telah disenaraikan.
2.Ibu bapa diminta untuk mengajar warna
asas seperti biru, ungu, merah, jingga,
kuning dan hijau kepada kanak-kanak.
3.Kemudian, ibu bapa diminta untuk
meletakkan penyepit baju yang berwarna-
warni di dalam kotak.
4.Kanak-kanak diminta untuk menutup
kedua mata dan memilih satu penyepit
baju secara rawak.
5.Kanak-kanak melihat warna dan meneka
warna tersebut.
6.Kanak-kanak menyepit di roda yang
berwarna-warni dengan betul.
PENTAKSIRAN 1
Kanak-kanak haruslah mewarnakan gambar
mengikut warna yang telah ditetapkan.
MODUL 2
SHAPE FINDERS
KELEBIHAN:
1.Kelebihan bagi aktiviti mengenal bentuk ialah
kanak-kanak dapat menamakan bentuk dengan
betul.
2.Aktiviti ini juga dapat meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak kerana
mereka akan berfikir terlebih dahulu sebelum
menyatakan nama bentuk dengan betul.
ALAT DAN BAHAN:
1.Objek yang mempunyai
pelbagai bentuk.
2.Kertas tebal yang berwarna-
warni.
3.Kertas lutsinar.
PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA:
1.Ibu bapa perlu menyediakan semua
bahan yang telah disenaraikan.
2.Ibu bapa diminta untuk mengajar bentuk
asas seperti bulat, tiga segi dan empat
segi kepada kanak-kanak.
3.Kemudian, ibu bapa diminta untuk
meletakkan objek yang mempunyai
pelbagai bentuk di merata tempat.
4.Kanak-kanak diminta untuk mengambil
satu kanta yang berbentuk bulat.
5.Kanak-kanak haruslah mencari objek
yang berbentuk bulat dan menyebut
apakah bentuk dan nama objek tersebut.
6.Kemudian, kanak-kanak boleh
mengambil kanta yang berbentuk lain jika
mereka sudah menguasai bentuk tersebut.
PENTAKSIRAN 2
Kanak-kanak perlulah mengguntingkan gambar dan
melekatkan pada bentuk yang sama.
MODUL 3
COUNT COLOURFUL ICE
CREAM
KELEBIHAN:
1.Dapat merangsang kemahiran berfikir
seawal peringkat kanak-kanak kerana
mereka sudah dapat mengenal dan
mengira nombor dengan betul.
2.Meningkatkan kemahiran berfikir dan
dapat mencambahkan minat kanak-kanak
terhadap mata pelajaran matematik.
ALAT DAN BAHAN:
1.Penyepit plastik.
2.Kertas berwarna coklat.
3.Pompom berwarna-warni.
4.Dulang dan mangkuk.
PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA:
1.Ibu bapa perlu menyediakan semua
bahan yang telah disenaraikan.
2.Ibu bapa diminta untuk mengajar nombor
asas iaitu 1 hingga 10.
3.Kanak-kanak diberikan kertas yang
bertulis nombor pada kon aiskrim
tersebut.
4.Kanak-kanak perlulah meyebut nombor
tersebut.
5.Kemudian, kanak-kanak haruslah
menyepit bola pompom yang berwarna-
warni dan menyusun di atas kon aiskrim
yang disediakan.
6.Kanak-kanak haruslah menyusun nombor
1 hingga 10 dengan betul.
PENTAKSIRAN 3
Kanak-kanak haruslah mengira chocolate
chip yang berada di aiskrim.
KIT MEDIA MATEMATIK
Tajuk: Random Wheel 1-10
Arahan: Kanak-kanak haruslah klik pada "spin it" dan apabila roda
berhenti mereka haruslah menyebut nombor yang mereka dapati.
Link: https://wordwall.net/resource/49009/maths/random-number-
wheel-1-10
MODUL 4
BIG AND SMALL
EASTER EGG SORT
KELEBIHAN:
1.Menajamkan pemikiran kognitif
kanak-kanak dengan
mengasingkan objek yang
bersaiz besar atau kecil.
2.Menambahkan kemahiran
motor halus dengan memegang
objek yang disediakan.
ALAT DAN BAHAN:
1.Kad imbasan
2.Gambar objek besar dan kecil
PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA:
1.Ibu bapa perlu menyediakan semua
bahan yang telah disenaraikan.
2.Ibu bapa diminta untuk mengajar untuk
membezakan saiz yang besar dan kecil.
3.Kanak-kanak diberikan kad imbasan.
4.Kanak-kanak perlulah mengasingkan kad
imbasan yang bersaiz besar dan kecil.
5.Kemudian, kanak-kanak haruslah
menyebut adakah objek tersebut ialah
bersaiz besar atau kecil.
PENTAKSIRAN 4
Kanak-kanak haruslah membulatkan objek
yang bersaiz besar.
RANCANGAN
PENGAJARAN
HARIAN 1
RANCANGAN
PENGAJARAN
HARIAN 2
RANCANGAN
PENGAJARAN
HARIAN 3
RANCANGAN
PENGAJARAN
HARIAN 4
PENUTUP
Modul matematik awal ini disediakan untuk
memudahkan ibu bapa bagi melaksanakan aktiviti
secara tersusun dan mencapai Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dihasratkan.
Pengajaran dan pembelajaran ini juga membantu
dalam memberi idea kepada ibu bapa mengikut
keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak
prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun. Contoh
pengajaran ini bersifat fleksibel di mana ibu bapa
boleh menggunakan ia sepenuhnya tanpa sebarang
ubahsuai mengikut kesesuaian berdasarkan lokasi
setempat, kemampuan dan kebolehan kanak-kanak,
kreativiti ibu bapa, peruntukan waktu, Diharap
contoh modul pengajaran dan pembelajaran ini
dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan ia akan
membantu ibu bapa dalam mengahasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta
memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk
belajar.
PENCAPAIAN PENGGUNAAN MODUL:
Nama:__________________
Umur:__________________
MODUL 1 /10
MODUL 2 /10
MODUL 3 /10
MODUL 4 /10
JUMLAH MARKAH: /40
TKERAISMIHA
SEMOGA MODUL INI DAPAT MEMBERI MANFAAT
KEPADA PARA IBU BAPA DI LUAR SANA. SELAMAT
MEMBACA DAN MENCUBA SEGALA AKTIVITI YANG
TELAH DICADANGKAN BERSAMA ANAK-ANAK
DIRUMAH!