LAPORAN REFLEKSI VIDEO PEMBELAJARAN PAKK3443 Disediakan oleh: Evaleesya Nico Putri
KSPK TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI Subjek: Pendidikan Islam S.K: 3.0 Ibadah 3.4 Melakukan simulasi dalam solat 3.4.5 Menyebut bacaan semasa pergerakan dalam solat
KSPK
1 2 TEKNIK YANG DIGUNAKAN Kaedah Demonstrasi/Tunjuk Cara Guru menyebut bacaan dalam solat dan pada masa yang sama guru akan menunjuk pergerakan solat semasa membaca bacaan tersebut. Selepas guru menunjukkan cara, murid akan mencuba untuk membuat pergerakan dalam solat dan menyebut bacaan dalam solat. Kaedah Perbualan Guru memulakan kelas dengan sesi perbualan tentang solat dan bertanyakan soalan terhadap murid tentang bacaan dalam solat Dengan berbuat demikian, murid dapat mengetahuu tentang topik yang ingin dipelajari pada hari tersebut
3 4 TEKNIK YANG DIGUNAKAN Kaedah Bermain Pada akhir pembelajaran, guru melaksanakan aktiviti bermain tentang bacaan solat. Aktiviti tersebut dinamakan “surat cinta dari cikgu” di mana dalam setiap kertas ada jenis bacaan yang memerlukan murid untuk membacanya. Contohnya, jika murid mendapat kertas yang tertulis “doa qunut” , maka dia perlu membaca doa qunut. Kaedah Mengingat/ Hafalan Melalui aktiviti bermain tadi, murid secara tidak langsung telah mengingat dan menghafal bacan dalam solat. Dengan berbuat demikian, mereka boleh mengaplikasikannya dalam solat.
NILAI YANG DITERAPKAN Prihatin Tanggungjawab kerjasama peka baik hati Hormat menghormati toleransi
ISI AWAL SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru memberikan salam dan mengucapkan selamat pagi kepada murid Guru bertanyakan khabar terhadap murid Guru memulakan perbualan tentang topik yang ingin dipelajari Sesi soal jawab bersama murid Pada akhir PdP, guru membuat refleksi pembelajaran terhadap murid
Kesimpulannya, video pembelajaran ini telah menggunakan pelbagai kaedah dan kaedah utama ialah kaedah demonstrasi/tunjui cara. Dengan menggunakan kaedah ini, murid-murid dapat pengalaman langsung daripada guru. Selain itu, guru juga menggunakan kaedah perbualan sebagai set induktif bagi memperkenalkan murid-murid kepada topik yang ingin dipelajari. Aktiviti bermain membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP. Di samping itu, terdapat banyak nilai murni yang telah diterapkan dalam video pembelajaran. Nilai murni hendaklah diterapkan dalam sesi PdP untuk membentuk sahsiah diri murid-murid. KESIMPULAN
Sekian, Terima Kasih