PAKK3424: TUGASAN 2 Evaleesya Nico Putri
Menurut Yaakob dan Koh (2021), Kelakuan dan pekembangan aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah amat penting bagi memastikan proses pertumbesaran seorang kanakkanak prasekolah berjalan dengan baik. Aktiviti fizikal merupakan salah satu aktivti yang sangat penting untuk perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti fizikal mempunyai banyak faedahnya kerana kanakkanak diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai pergerakan. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan aktiviti fizikal yang sesuai dengan perkembangan serta usia kanak-kanak. Dengan berbuat demikian, perkembangan fizikal kanak-kanak dapat berkembang secara holistik. Pengenalan
Menurut Ahmad Jumry dan Koh (2023), kemahiran motor halus merujuk kepada perkembangan individu yang melibatkan penglihatan khususnya kemahiran motor visual. Selain itu, kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot serta melibatkan koordinasi tangan dan mata. Kemahiran visual motor penting bagi kanak-kanak untuk mereka belajar melakukan aktiviti asas dalam kehidupan seharian kerana kanak-kanak akan belajar untuk menyelaraskan tangan, kaki dan seluruh badan (Ahmad Jumry & Koh, 2023). Motor Halus
Aktiviti ini merupakan salah satu contoh aktiviti yang sesuai untuk kemahiran motor halus kerana aktiviti ini melibatkan penggunaan jari untuk memegang chopstick serta melibatkan koordinasi mata untuk melihat serta fokus. Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk mengalihkan kacang tanah yang berada di atas pinggan kertas pertama ke pinggan kertas kedua yang diletakkan berjauhan dengan pinggan kertas pertama tadi. Kanak-kanak akan menggunakan chopstick untuk mengalihkan kacang tanah tersebut. Selain itu, guru perlu menyediakan ‘training chopstick’ bagi kanak-kanak yang tidak pandai menggunakan chopstick biasa. Dengan berbuat demikian, semua kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam aktiviti ini. Seterusnya, aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain serta dapat memupuk sikap bekerjasama dalam kumpulan. Mengalih Kacang Tanah Menggunakan Chopstick
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah-langkah Kanak-kanak dibahagikan secara berkumpulan Setiap kanak-kanak akan diberikan sepasang chopstick biasa atau training chopstick Terdapat dua pinggan kertas di mana pinggan pertama mempunyai kacang tanah, manakala pinggan kedua adalah kosong Langkah 4 Langkah 5 Kanak-kanak perlu mengalihkan kacang tanah ke pinggan kertas yang kosong sebiji demi sebiji secara bergilir-gilir Kumpulan yang mengalihkan kesemua kacang tanah ke pinggan kertas yang kosong dikira sebagai pemenang
Antara bahan-bahan yang digunakan ialah: Bahan-bahan untuk aktiviti motor halus ini sangat mudah didapati sama ada di kedai ataupun di rumah. Selain itu, harga bagi bahanbahan untuk aktiviti ini ialah murah. Jika guru mempunyai bahan-bahan tersebut di rumah, maka guru tersebut tidak mengeluarkan sebarang kos untuk melaksanakan aktiviti ini. Pemilihan Bahan pinggan kertas kacang tanah chopstick biasa training chopstick
Jenis bahan yang berkaitan dengan aktiviti motor halus ini ialah jenis bahan yang bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Jenis-jenis Bahan Bahan bercorak pengalaman: bahan atau peralatan yang direka khas untuk memberikan pengalaman langsung kepada kanak-kanak Bahan sebenar: bahan yang sebenar atau asli yang digunakan dalam aktiviti atau pembelajaran. Sepertimana yang kita tahu, penggunaan chopstick sering digunakan oleh masyarakat berbangsa cina semasa makan tetapi penggunaan chopstick ini semakin digunakan oleh masyarakat berbangsa lain. Oleh itu, guru menyediakan training chopstick untuk kanak-kanak yang tidak mahir menggunakan chopstick biasa.
Oleh sebab itu, aktiviti ini dikatakan berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak kerana aktiviti motor halus ini memerlukan kanakkanak untuk mengalihkan kacang tanah di mana perbuatan itu sama seperti perbuatan mereka ketika makan menggunakan chopstick. Jenis-jenis Bahan Manakala bahan sebenar ataupun bahan maujud dalam aktiviti motor halus ini ialah kacang tanah, chopstick serta pinggan kertas di mana kanak-kanak dapat menyentuh dan menggunakan semua bahan tersebut.
Kesesuaian bahan Bahan yang digunakan adalah sesuai dengan objektif aktiviti motor halus ini. Antara objektif aktiviti motor halus ini ialah: Kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka akan menggunakan tangan untuk memegang chopstick, manakala menggunakan mata untuk fokus semasa mengalihkan kacang tanah . Kanak-kanak dapat meningkatkan ketepatan dan kawalan tangan. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa menggunakan chopstick, mereka perlu memegangnya dengan menggunakan jari yang betul. Tambahan pula, mereka perlu tahu untuk mengawalnya agar proses mengalihkan kacang tanah lebih cepat. Kanak-kanak dapat meningkatkan kesabaran dan ketahanan kerana semasa melakukan aktiviti ini, mereka memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengalihkan kacang tanah. Hal ini demikian kerana permukaan kacang yang licin boleh menyebabkan kacang terjatuh daripada chopstick ataupun kanak-kanak mengalami kesukaran untuk menyepit kacang tersebut menggunkan chopstick. Tambahan pula, kanak-kanak mungkin hilang kesabaran kerana tidak pandai menggunakan chopstick
Ciri-ciri Bahan Bahan mudah didapati di rumah dan di kedai. Bahan mudah alih iaitu aktiviti motor halus ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana bahan-bahannya ringan serta tidak memakan ruang jika ingin meletakkannya di dalam bag. Bahan yang digunakan adalah selamat untuk kanak-kanak. Contohnya: chopstick dan training chopstick diperbuat daripada plastik ataupun kayu serta tidak tajam yang boleh membahayakan kanakkanak. Kacang tanah selamat jika kanak-kanak termakan, tetapi berisiko untuk kanak-kanak yang mempunyai alergi terhadap kacang tanah. Pinggan kertas juga selamat kerana jika terjatuh, pinggan tidak pecah dan mencederakan kanak-kanak.
Aktiviti motor halus ini tidak menggunakan sebarang aplikasi digital semasa dilaksanakan. Hal ini demikian kerana guru akan menjadi pembimbing kepada kanak-kanak semasa aktiviti ini dijalankan. Selain itu, guru itu sendiri yang memberi demonstrasi cara bermain terhadap kanak-kanak dan tidak menggunakan apa-apa aplikasi seperti YouTube. Hal ini supaya guru dapat berinteraksi dengan kanak-kanak serta dapat mengawal mereka semasa aktiviti dijalankan. Aplikasi Digital
Dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna kerana kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti motor halus ini. Di samping itu, kanak-kanak juga dapat mewujudkan interaksi sosial dengan rakan-rakan yang lain kerana aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan. Dengan berbuat demikian, kanak-kanak akan berinteraksi dalam kumpulan untuk merancang strategi permainan serta membahagikan tugas. Selain itu, aktiviti sebegini dapat menarik minat kanak-kanak untuk mencuba sesuatu yang baharu. Contohnya, jika dulu kanak-kanak tidak pandai menggunakan chopstick, selepas aktiviti ini kanak-kanak dapat menggunakan chopstick dengan mahir serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian seperti menggunakannya semasa makan mee goreng. Kepentingan Bahan dalam PdP
Fleksibel Bahan untuk aktiviti motor halus ini dikatakan fleksibel kerana guru dapat mengadaptasi penggunaannya untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan daripada aktiviti motor halus ini dalam subjek matematik untuk mengajar tentang nombor. Guru boleh menulis nombor di pinggan kertas dan kanak-kanak perlu meletakkan kacang tanah dengan menggunakan chopstick mengikut jumlah yang telah ditetapkan di pinggan kertas tadi. Kebolehpasaran Bahan PdP
Menurut Septiani et al (2019) yang merujuk Saputra dan Rudyanto (2005), motor kasar adalah kemampuan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti dengan menggunakan otot-otot besarnya. Di samping itu, kemahiran motor kasar juga memerlukan kanak-kanak untuk menggunakan kekuatan otot, pengawalan kedudukan, keseimbangan dan kemahiran persepsi diri. Perkembangan motor kasar penting kerana perkembangan ini akan berterusan sehingga kanak-kanak mahir dan selesa dengan sesuatu kemahiran atau gerakan dengan berkesan. Oleh itu, guru hendaklah merancang aktiviti yang melibatkan kanak-kanak melakukannya dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka Motor Kasar
Aktiviti ini merupakan salah satu contoh aktiviti yang sesuai untuk kemahiran motor kasar kerana aktiviti ini melibatkan otot-otot besar kanak-kanak iaitu kaki dan tangan. Dalam aktivti ini, guru telah menyediakan potongan tangan dan kaki yang diperbuat daripada kadbod serta telah mewarnakannya dengan menggunakan warna merah, biru, kuning, hijau, ungu dan jingga. Tambahan pula, guru telah menyediakan dadu yang mengandungi keenam-enam warna tersebut. Seterusnya, guru akan menyusun potongan tangan dan kaki tersebut secara rawak dan meletakkan apa-apa sahaja benda seperti patung, buku dan sebaginya di penamat potongan tangan atau kaki. Aktivti ini memerlukan kanak-kanak untuk membaling dadu bewarna tadi dan jika dadu itu jatuh pada warna merah, maka mereka hanya perlu meletakkan kaki dan tangan mereka di potongan kaki dan tangan yang bewarna merah. Selepas itu, kanak-kanak perlu mencari jalan penyelesaian untuk sampai ke garisan penamat untuk mengambil benda yang telah diletakkan oleh guru. Hands and Feet
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah-langkah Kanak-kanak akan membaling dadu bewarna untuk mengetahui warna Selepas mengetahui warna, kanak-kanak akan mula bermain Kanak-kanak perlu meletakkan kaki dan tangan di potongan kaki dan tangan yang telah ditetapkan warnanya melalui balingan dadu tadi Langkah 4 Langkah 5 Kanak-kanak perlu mencari jalan penyelesaian untuk sampai ke garisan penamat kerana potongan kaki dan tangan tersebut diletakkan secara rawak Setelah sampai di garisan penamat, mereka perlu mengambil benda yang telah diletakkan oleh guru sebagai tanda yang mereka telah selesai melakukan aktiviti tersebut
Antara bahan-bahan yang digunakan ialah: Bahan-bahan untuk aktiviti motor kasar ini merupakan bahan kitar semula yang kebanyakkannya mudah didapati di rumah, kedai ataupun sekolah. Hal ini menyebabkan guru tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membuat bahan untuk melakukan aktiviti motor kasar ini. Pemilihan Bahan Kadbod/kotak terpakai Warna air Dadu bewarna barang rawak
Jenis bahan yang berkaitan dengan aktiviti motor halus ini ialah jenis bahan yang bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Jenis-jenis Bahan Bahan bercorak pengalaman: bahan atau peralatan yang direka khas untuk memberikan pengalaman langsung kepada kanak-kanak Bahan sebenar: bahan yang sebenar atau asli yang digunakan dalam aktiviti atau pembelajaran. Sepertimana yang kita tahu, tangan dan kaki sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak untuk memegang sesuatu serta berjalan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak menggunakan sepenuhnya tangan dan kaki mereka.
Di samping itu, semasa melakukan aktiviti ini, kedudukan badan kanak-kanak akan berbeza akibat daripada kedudukan rawak potongan kaki dan tangan. Contohnya seperti kedudukan badan sedang merangkak ataupun duduk. Hal ini boleh dikaitkan dengan bahan bercorak pengalaman sebenar. Jenis-jenis Bahan Dengan berbuat demikian, kanak-kanak mampu mengawal otototot besar mereka dan secara tidak langsung telah bersenam meregangkan anggota badan mereka
Kesesuaian bahan Bahan yang digunakan adalah sesuai dengan objektif aktiviti motor kasar ini. Antara objektif aktiviti motor kasar ini ialah: Kanak-kanak dapat meningkatkan kekuatan otot kerana kanak-kanak akan melakukan aktiviti ini dengan kedudukan badan yang berlainan seperti kedudukan duduk ataupun merangkak. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan koordinasi tangan dan kaki. Kanak-kanak dapat meningkatkan keseimbangan dan kelincahan. Hal ini demikian kerana aktiviti yang melibatkan gerakan tangan dan kaki ini membolehkan kanak-kanak mengendalikan tubuh badan mereka dengan lebih baik semasa melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak dapat menggalakkan gaya hidup aktif kerana aktiviti motor kasar ini oleh dikira sebagai senaman. Hal ini demikian kerana semasa melakukan aktiviti ini kanakkanak akan mengeluarkan peluh. Dengan berbuat demikian, mereka akan lebih aktif untuk melakukan aktiviti lain yang boleh mendorong kepada gaya hidup sihat.
Ciri-ciri Bahan Bahan mudah didapati di rumah dan di kedai. Bahan mudah alih iaitu aktiviti motor kasar ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana bahan-bahannya ringan serta tidak memakan ruang jika ingin meletakkannya di dalam bag. Bahan yang digunakan adalah selamat untuk kanak-kanak. Contohnya: Kotak ataupun kadbod yang digunakan adalah tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut yang sesuai digunakan untuk kanak serta tidak mencederakan kanak-kanak. Bahan yang digunakan adalah menarik kerana mempunyai pelbagai warna yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.
Aktiviti motor kasar ini menggunakan beberapa aplikasi digital semasa menjalankan aktiviti ini. Aplikasi yang digunakan adalah aplikasi YouTube di mana guru akan menunjukkan demonstrasi cara untuk melakukan aktiviti ini. Hal ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti motor kasar ini kerana terdapat unsur teknologi yang digunakan semasa aktiviti hendak dijalankan. Namun begitu, guru masih perlu memberi bimbingan kepada kanak-kanak. Aplikasi Digital
Dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami situasi sebenar yang relevan dengan aktiviti motor kasar tersebut. Hal ini demikian kerana kanak-kanak menggunakan sepenuhnya tangan dan kaki mereka semasa melakukan aktiviti ini. Tambahan pula, kanak-kanak akan bertukar kedudukan badan. Contohnya daripada kedudukan merangkak kepada kedudukan duduk. Semua kedudukan tersebut akan digunakan dalam kehidupan seharian kanak-kanak Di samping itu, penggunaan bahan dalam aktiviti ini juga dapat merangsang pancaindera kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan yang digunakan mempunyai tekstur, warna dan bentuk yang berbeza. Contohnya, tekstur kotak ataupun kadbod adalah sedikit kasar pada permukaanya dan mempunyai sifat yang keras. Kepentingan Bahan dalam PdP
Kebolehpasaran Bahan PdP FLEKSIBEL Bahan mudah diubah suai untuk menyesuaikan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan gerakan tangan dan kaki. Contohnya, bahan untuk aktiviti motor kasar tadi dapat digunakan untuk aktiviti obstacles run di mana bahan-bahan tersebut boleh menjadi salah satu halangan dalam aktivti tersebut. REKA BENTUK YANG MENARIK Bentuk bahan yang menyerupai bentuk tangan dan kaki. Selain itu, bahan tersebut juga telah diwarnakan dengan menggunakan warna-warna yang terang. Hal ini dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk belajar
Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah penting untuk membentuk asas yang kukuh untuk kesihatan dan kesejahteraan mereka. Di samping itu, kanak-kanak dapat memperoleh kemahiran motor halus serta motor kasar melalui aktiviti yang telah dirancang iaitu aktiviti Mengalih Kacang Tanah Menggunakan Chopstick dan aktivti Hands and Feet. Selain itu, aktiviti fizikal yang dilaksanakan dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka. Oleh itu, guru hendaklah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sihat dan aktif pada masa depan. Rumusan
Rujukan