PENGURUSAN PRASEKOLAH Disediakan oleh: Evaleesya Nico Putri PAKK3453
Nama: Evaleesya Nico Putri Kelas: PAKK B No Matrik: P22232798 Angka Giliran: 2022232440158 Biodata Pelajar
Pengurusan prasekolah merupakan pengendalian program tindakan berdasarkan struktur perancangan. Selain itu, pengurusan juga merupakan proses menentukan tujuan ataupun matlamat organisasi di samping proses menggerakkan input organisasi dengan menggunakan strategi melalui proses merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal supaya matlamat tercapai. Oleh itu, pengurusan prasekolah memerlukan pemahaman yang mendalam tentang keperluan kanak-kanak prasekolah, standard pendidikan, dasar kerajaan serta kemahiran mengurus kakitangan, sumber dan program pendidikan PENGENALAN
PENGURUSAN REKOD Pengurusan rekod merupakan proses mengaplikasi, menyusun, menyimpan dan menyelenggara failfail bagi memudahkan pengurusan apabila diperlukan. Satu folder yang diberi tajuk, nombor, didaftar dan diindekskan dimana didalamnya surat-surat yang disusun dengan kemas dan teratur.
JENIS-JENIS REKOD Rekod Kewangan Lain-lain rekod Rekod Inventori Rekod perkembangan kanak-kanak Rekod peribadi kanak-kanak dan staff 1 2 3 4 5
Rekod atau dokumentasi yang merekodkan semua transaksi kewangan yang berkaitan dengan operasi prasekolah. Rekod ini penting untuk memantau dan mengurus aspek kewangan prasekolah dengan cekap dan telus REKOD KEWANGAN
TUJUAN Memantau Perbelanjaan dan Pendapatan membolehkan prasekolah menjejaki semua perbelanjaan yang ditanggung, termasuk pembelian peralatan, gaji kakitangan, kos operasi dan sebagainya. Sebaliknya, mereka juga merekodkan hasil prasekolah daripada yuran pendaftaran, tuisyen dan sumber pendapatan lain. Ketelusan dan Akauntabiliti Rekod kewangan yang betul dan terperinci membantu memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan prasekolah. Hal ini penting untuk membina kepercayaan dengan ibu bapa, kakitangan dan pihak lain yang terlibat, serta mengambil kira penggunaan dana prasekolah kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan pihak berkepentingan lain. Perancangan Belanjawan Dengan melihat perbelanjaan dan pendapatan sebelumnya, prasekolah boleh membuat unjuran belanjawan untuk tempoh akan datang, menentukan peruntukan dana yang sesuai untuk pelbagai keperluan, serta mengenal pasti aspek mana penjimatan atau perbelanjaan tambahan mungkin diperlukan.
REKOD INVENTORI Rekod atau dokumentasi yang merekodkan semua item atau peralatan yang dimiliki dan digunakan oleh prasekolah untuk menyokong aktiviti pendidikan dan operasinya. Inventori termasuk semua jenis barangan daripada bekalan bilik darjah, permainan pendidikan, buku, peralatan pembersihan, peralatan pejabat dan komputer. Oleh itu,Pembantu Pengurusan Murid (PPM) perlu mencatat kesemua keterangan aset dalam dan luar kelas beserta dengan kuantitinya.
ASET ALIH KERAJAAN Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) adalah tatacara bagi menguruskan Harta Modal dan INventori yg meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan , Penyimpanan dan Pemeriksaan Penyelenggaraan, pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira. Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang sekali dgn bangunan. Aset Alih terbahagi kepada dua kumpulan iaitu: 1)Harta Modal- harga perolehan RM 1000 ke atas 2) Inventori – Harga perolehan kurang dari RM 1000 dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual.
Rekod atau dokumentasi yang mengandungi maklumat peribadi tentang kanak-kanak yang menghadiri prasekolah dan kakitangan yang bekerja di sana. Matlamat utama rekod ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pengurusan yang cekap dalam persekitaran prasekolah. REKOD PERIBADI KANAK-KANAK DAN STAFF
ISI KANDUNGAN REKOD PERIBADI KANAK-KANAK Maklumat Pengenalan Hubungan Kecemasan dan Maklumat Keluarga Maklumat kesihatan Keadaan Khas atau Keperluan Khas Persetujuan Ibu Bapa Nota Perkembangan Kanak-kanak Nota Peribadi Lain
CONTOH REKOD PERIBADI KANAK-KANAK
ISI KANDUNGAN REKOD PERIBADI STAFF Maklumat Pengenalan Kelayakan dan Pendidikan Sejarah pekerjaan Rekod Kesihatan dan Keselamatan Rekod Latihan dan Pembangunan Maklumat Bank atau Gaji Nota Penilaian Prestasi
REKOD PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Dokumentasi sistematik kemajuan, pencapaian, dan pertumbuhan kanak-kanak dalam pelbagai aspek perkembangan, termasuk perkembangan fizikal, kognitif, sosial, emosi dan bahasa. Tujuan utama rekod ini adalah untuk memantau dan mendokumentasikan kemajuan setiap kanak-kanak dari segi perkembangan mereka sepanjang tempoh prasekolah. Antara rekod yang digunakan untuk menilai perkembangan kanak-kanak ialah: 1.Senari semak 2.Rekod Anekdot 3.Rekod berterusan
SENARAI SEMAK senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan
REKOD ANEKDOT Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku
REKOD BERTERUSAN Satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut turutan masa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian Aspek diperhatikan menyeluruh, meliputi kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran
LAIN-LAIN REKOD 1.Rekod Penggunaan ICT 2.Rekod keluar masuk murid 3.Rekod Pergerakan guru dan PPM 4.Minit mesyuarat waris 5.Buku pelawat 6.Minit mesyuarat Fail sukan/ potensi/ pintar bahasa/ lawatan 7.
Membolehkan guru mengesan kemajuan dan perkembangan setiap kanak-kanak secara individu serta mengenal pasti keperluan dan minat khusus kanak-kanak dan merancang pendekatan pembelajaran yang sesuai. Rekod dan fail prasekolah membantu memastikan pematuhan terhadap keperluan lesen, keselamatan dan kebersihan serta memudahkan untuk memenuhi keperluan pelaporan yang diperlukan. Maklumat yang didokumenkan dalam rekod dan fail prasekolah juga boleh digunakan untuk membangunkan dan menyokong kakitangan prasekolah, seperti latihan yang sesuai, penilaian prestasi dan pembangunan kerjaya. Maklumat tentang kemajuan kanak-kanak, kehadiran, aktiviti sekolah dan maklumat lain boleh diakses dengan mudah dan dikongsi dengan ibu bapa melalui rekod dan fail ini. KEPENTINGAN MENYELENGGARA REKOD DAN FAIL
PENGURUSAN RUANG
Jenis-jenis Ruang RUANG DALAM RUANG LUAR Ruang dalam kelas seharusnya dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak lebih jelas tentang pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti sudut keluarga untuk aktiviti main peranan. RUANG PEMBELAJARAN mempunyai kawasan yang menyediakan ruang kepada kanakkanak bergerak bebas Ruang dalam bangunan meliputi bilik darjah, penyediaan makanan (dapur) dan bilik air (tandas). 01 02 03
Ruang Dalam Bilik Darjah Dapur Tandas
Perabot disusun dengan kemas dan tidak menghalang laluan kanak-kanak Peralatan tajam disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanakkanak Semua punca elekktrik hendaklah tidak mudah dicapai atau dilindungi ASPEK YANG DIAMBIL BERAT KESELAMATAN PERSEKITARAN KONDUSIF Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk kanak-kanak menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap kawasan prasekolah dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih dan selamat
Ruang Luar Taman Permainan Kebun Sayur Kolam Renang
Ruang Pembelajaran Ruang Komunikasi Ruang Bacaan
Ruang Pembelajaran Ruang Bermain Ruang ICT
Ruang Pembelajaran Ruang Sains dan Matematik Ruang Kerohanian
Pelan Lantai Prasekolah
Pagar sentiasa berkunci sepanjang persekolahan Ciri-ciri prasekolah yang menepati panduan Kawasan taman permainan yang berpagar Taman permainan yang dialaskan dengan karpet diperbuat daripada bahan fiber Tempat main pasir yang bertutup Tempat main air yang bertutup Pusat permainan air mestilah bersih dan kosong jika tidak digunakan Tingkap dan pintu dipasang jeriji besi Guru memantau ketika murid sedang bermain
Alatan permainan yang rosak masih tidak diperbaiki Ciri-ciri prasekolah yang tidak menepati panduan Alatan permainan yang sudah berkarat dan rosak Taman permainan berhampiran dengan kawasan pembakaran sampah Kedudukan bangku yang berhampiran dengan longkang Prasekolah terletak bersebelahan dengan stor sekolah
Kepentingan Ruang Pembelajaran Memudahkan guru merancang pelbagai aktiviti Mewujudkan pusat pembelajaran Membolehkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran Mewujudkan iklim bilik darjah yang teratur, kemas dan kondusif Merangsang minat murid untuk datang dan bersedia untuk belajar Membantu menceriakan persekitaran sekolah
Pengurusan Makanan Pengurusan perkhidmatan makanan untuk kanak-kanak prasekolah penting kerana kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan. Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang kerana makanan yang tidak berkualiti boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
Bagaimana untuk Memilih Bahan Mentah yang Selamat? Pilih Bahan Mentah yang Segar Sayur-sayuran dan buah-buahan Tidak layu, bertukar warna dan busuk Ikan Cerah dan mata tidak tenggelam Tidak berbau busuk Insang berwarna merah cerah Isi yang kenyal Telur Tidak retak atau bocor Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit telur Bijiran/Kekacang Tidak berkulat Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah
Panduan untuk Menyimpan Makanan dengan Selamat Menyimpan makanan dengan betul penting kerana: Untuk memastikan makanan berada dalam yang selamat sehingga dimakan Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut Untuk mengekalkan khasiat makanan Bahan Mentah boleh disimpan di: Penyejukan Pembekuan Penyimpanan pada suhu bilik
Amalan Pemakanan Berkhasiat Makan lebih sayursayuran dan buah-buahan 1. Pilih makanan rendah lemak dan kurang manis 2. 3.Minum banyak air kosong
Pengurusan Dapur
PENGURUSAN KESIHATAN PENGURUSAN KESIHATAN
Menurut WHO, kesihatan didefinisikan sebagai satu keadaan yang sempurna dari segai fizikal, mental/emosi, rohani dan sosial Satu proses dinamik yang sentiasa berubah serta boleh diperoleh melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap, amalan yang seimbang dan berterusan. KONSEP KESIHATAN
Mengawal vektor dan agen yang menyebabkan penyakit Menyediakan air yang mencukupi Mewujudkan persekitaran kerja yang sihat Mengawal pencemaran Memastikan persekitaran yang sihat, selesa dan selamat PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK
PEMERIKSAAN GIGI DI PRASEKOLAH PEMERIKSAAN GIGI DI PRASEKOLAH
Membantu dalam pencegahan masalah gigi seperti karies gigi dan penyakit gusi Memberi peluang untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada kanak-kanak Menggalakkan kesedaran awal terhadap penjagaan kesihatan gigi sejak kecil Mengurangkan ketakutan kanak-kanak untuk membuat pemeriksaan gigi KEPENTINGAN PEMERIKSAAN GIGI DI PRASEKOLAH KEPENTINGAN PEMERIKSAAN GIGI DI PRASEKOLAH
CARA MENCUCI TANGAN DENGAN BETUL
Membantu mencegah penularan penyakit seperti flu dan selesema di kalangan kanak-kanak Dapat menggalakkan amalan kesihatan yang baik Mengelakkan keracunan makanan disebabkan oleh tangan yang kotor KEPENTINGAN MENCUCI TANGAN KEPENTINGAN MENCUCI TANGAN
PENGURUSAN KESELAMATAN
langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untukmengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan KONSEP KESELAMATAN
KESELAMATAN PERSEKITARAN Peralatan tajam perlu disimpan di tempat yang selamat Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan Susun atur perabot tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid Ruang di luar prasekolah harus dipagar Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali. 0ubungi pihak yanglebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak dikenali Ruang dalam dan ruang luar
KESELAMATAN PERSEKITARAN Pastikan bilik pembelajaran dilengkapi dengan kemudahan yang selamat seperti perabot yang stabil, lantai tidak licin, dan peralatan yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Memastikan terdapat penyeliaan berterusan oleh kakitangan yang sesuai di ruang pembelajaran untuk memantau aktiviti kanak-kanak dan mengesan sebarang situasi yang berpotensi berbahaya. Pastikan bahan pembelajaran dan alat permainan yang digunakan di dalam bilik pembelajaran adalah selamat dan mematuhi piawaian keselamatan kanak-kanak. Elakkan menggunakan bahan yang mungkin terhidu atau menyebabkan kecederaan. Ruang Pembelajaran
Mengajar kakitangan dan kanak-kanak tentang perkara yang akan berlaku semasa latihan kebakaran, termasuk prosedur pemindahan, tempat pertemuan, dan peranan masing-masing. LATIHAN KESELAMATAN Jelaskan secara praktikal prosedur pemindahan kepada kanak-kanak dan kakitangan. Tunjukkan titik keluar dan laluan selamat untuk keluar dari bangunan. Latih kakitangan dalam penggunaan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api, dan tunjukkan kepada kanak-kanak cara memadam kebakaran menggunakan peralatan yang sesuai untuk kanak-kanak. Mengadakan latihan simulasi kebakaran di mana kakitangan dan kanak-kanak berlatih menjalankan prosedur pemindahan seolaholah berlaku kebakaran sebenar. LATIHAN KEBAKARAN
CONTOH LATIHAN KEBAKARAN