Urusetia Jawatankuasa Induk 1
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS) PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN BIL.1/2020
Tarikh : 6 Julai 2020
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Kedah
SENARAI KEHADIRAN:
BIL NAMA JAWATAN
1 Abd Aziz bin Selaiman Pengarah Pendidikan Negeri Kedah
Timbalan Pengarah Sektor perancangan dan
2 Ropiah binti Jaafar (Wakil) Pengurusan PPD
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
3 Malek bin Abu Hassan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
4 Siti Aminah binti Ibrahim Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid
5 Ahmad Shukri bin Shafie Ketua Penolong Pengarah Kanan SPP
6 Turin bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan
Islam
7 Fazilah binti Mat Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan
Khas
8 Abdul Razak bin Mat Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan
Sumber Manusia
9 Saidi bin Shaari Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan
10 B.H. Ahmad Aris bin Epit Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi
11 Zahari bin Awang (Wakil) Pendidikan
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan
12 Wan Mahani binti Mahmood Maklumat
Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi
13 Mohd Azit bin Selamat dan Kaunseling
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains dan
14 Abd Aziz bin Mohamad Noh Matematik Sektor Pembelajaran
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Bahasa
15 Ahmad Shahir bin Haji Abdullah Sektor Pembelajaran
(Wakil) Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sains Sosial
Sektor Pembelajaran
16 Rusmalina binti Omar Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit TVET
Sektor Pembelajaran
17 Abd Razak bin Hussain (Wakil) Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Sektor Pembelajaran
18 Fadillong bin Mohamed Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi
Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu
19 Yusof bin Nayan (Wakil) Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar
20 Mahadhir bin Ismail Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap
21 Saadon bin Nayan (Wakil) Pegawai Pendidikan Daerah Pendang
22 Hadami bin Hamid (Wakil) Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan
23 Sarina binti Khalid (Wakil) Pegawai Pendidikan Daerah Baling
24 Mukhtar bin Mansor Pegawai Pendidikan Daerah Sik
25 Md Nor bin Hassan (Wakil) Pegawai Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu
26 Nor Zaidi bin Nordin (Wakil) Timbalan Ketua Nazir Negeri Kedah
27 Hamdi bin Mat Ali (Wakil)
28 Mohd Sarngi bin Khalil
Urusetia Jawatankuasa Induk 2
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
29 Suhaimi bin Haris (Timbalan) YDP Majlis Pengetua Sekolah Menengah
(Pengetua SMK Jitra)
30 Jaffri Johan bin Zainudin YDP Majlis Guru Besar Sekolah Rendah
(SK Tunku Raudzah)
31 Ng Guat Siew YDP Majlis Guru Besar SJKC (SJKC Yeok Chee)
32 Alagapan a/l Mahalingam YDP Majlis Guru Besar (SJKT Barathy)
Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid
33 Mohd Rizuan bin Ishak (PAJSK)
Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid
34 Hasnizam bin Zakaria (PAJSK)
Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid
35 Dr. Zainol Abidin bin Ishak (PPsi)
Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid
36 Muhammad Fazli bin Abu Bakar (PPsi)
Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran (PBD)
37 Khairul Anuar bin Abdullah Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran
38 Haslinda binti Mohamed Yusof (PAJSK/SEGAK)
Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam
39 Mohd Yusri bin Yusoff Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan
Peperiksaan (Pentaksiran Menengah Atas)
40 Mohamad Mahzur bin Megat Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan
Halim Peperiksaan (SPMU / SVM)
Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan
41 Mohamad Azran bin Abd Wahab Peperiksaan (Peperiksaan Luar Negeri)
Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan
42 Norhasniza binti Zainun Peperiksaan (Pentaksiran MPEI)
Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan
43 Mohammad Fisol bin Ariffin Peperiksaan (SPM)
Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan
44 Hasnani binti Mohammad Peperiksaan (PASR/PT3/MPAK)
Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan
45 Sarah Alwani binti Md Salleh Peperiksaan (UPSR)
Penolong PPD SPP Daerah Langkawi
46 Mohammed Kashrul bin Khazali Penolong PPD SPP Daerah Kubang Pasu
Penolong PPD SPP Daerah Kota Setar
47 Saidi bin Saidin Penolong PPD SPP Daerah Padang Terap
48 Ishak bin Md Amin Penolong PPD SPP Daerah Pendang
49 Ruzita binti Ahmad Penolong PPD SPP Daerah Kuala Muda Yan
50 Abd Halim bin Abd Majid Penolong PPD SPP Daerah Baling
51 Zulkifli bin Mat Penolong PPD SPP Daerah Sik
52 Mohd Nazri bin Haron Penolong PPD SPP Daerah Kulim Bandar Baharu
53 Abdul Nasir bin Shaari
54 Zurinah binti Zainal Abidin
55 Shafiee bin Mohd Yatim
TIDAK HADIR :
BIL JAWATAN
1 Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan
2 Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti
Urusetia Jawatankuasa Induk 3
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
URUS SETIA : SEKTOR
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
BIL NAMA Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
1 Naziroh binti Wan Dolah
2 Siti Noormala binti Zakaria
I. PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT
Mesyuarat dipengerusikan oleh Cikgu Abd Aziz bin Selaiman, Pengarah Pendidikan
Kedah.
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam dan selamat datang ke
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bil. 1/2020
yang diadakan pada 6 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Kenanga, SSTP Kedah.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini
dan mengucapkan selamat datang kepada Jemaah Nazir Negeri Kedah, MPSM dan
MGB. Tidak lupa juga kepada Timbalan-timbalan Pengarah JPN Kedah, KPPK, KPP,
semua PPD, urus setia dan semua ahli mesyuarat.
2. Terima kasih kepada urus setia dan pegawai meja bagi semua kastodian PBS yang
telah pun melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah Bil.1/2020 pada 28 Jun 2020 yang lepas.
3. Beliau juga mengambil kesempatan di dalam perutusan ini, mengucapkan terima kasih
kepada semua pegawai di JPN, PPD, MPSM, MGB, Jemaah Nazir dan semua agensi
yang terlibat membantu melancarkan operasi buka sekolah pada 24 Jun 2020 yang
lepas. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat bagi persediaan di
peringkat Negeri Kedah yang turut dilawati oleh YB Dr. Habibah binti Abdul Rahim
melawat 5 buah sekolah di daerah Kuala Muda Yan dan beliau sangat berpuas hati.
4. Sekarang kita berada dalam fasa PKPP yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos
nanti. Dalam fasa ini lebih banyak kelonggaran yang dapat dijalankan dalam kegiatan
seharian kita. Tetapi kita harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sama-samalah
kita bekerjasama dalam usaha kerajaan bagi menghapuskan covid-19, agar kita dapat
menjalani kehidupan seperti biasa nanti. InsyaAllah.
5. Pengerusi juga mengucap tahniah kepada PPD KMY kerana semasa lawatan beliau, di
dapati SMK Sungai Limau berjaya mematuhi penjarakkan sosial yang ditetapkan,
kebersihan dijaga, bilik darjah dibersihkan dan mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
6. Lanjutan daripada covid-19 ini, buat masa sekarang “Home-Based Learning” masih
berjalan untuk anak murid yang belum lagi kembali ke sekolah. “Home-Based Learning”
ini adalah sesuatu yang baharu kepada semua guru, murid dan ibu bapa. Kepada yang
terlibat haruslah sentiasa belajar kaedah baru pembelajaran secara maya ini, untuk
memastikan murid mendapat pembelajaran dengan lebih berkesan.
7. Ekoran daripada PKPP dan pertimbangan serta wajaran – wajaran daripada
kementerian, KPPM telah memutuskan bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan.
Penumpuan harus diberikan kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD merupakan
pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
Urusetia Jawatankuasa Induk 4
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan
membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran
murid dari semasa ke semasa, selaras dengan Naratif Baharu Amalan Pendidikan.
8. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) merupakan pentaksiran
aktiviti kecergasan dan kegiatan kokurikulum sekolah. Kegiatan kokurikulum ini
merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan
Sukan/Permainan. PAJSK bertujuan untuk menyediakan satu kaedah pentaksiran
aktiviti kokurikulum dan kecergasan murid yang standard dan boleh diterima pakai oleh
semua sekolah. PAJSK dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun.
9. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan satu kaedah sistematik yang digunakan
untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi
seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif. PPsi diperkenalkan untuk
mengukur kebolehan semulajadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh
(acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
10. Untuk komponen PAJSK dan PPsi pula fokus perlu diberikan kepada penyebaran
maklumat kepada pihak berkepentingan agar aktiviti/tindakan intervensi bagi maksud
membantu proses kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan.
11. Pentaksiran Pusat (PP) merupakan salah satu komponen dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran
murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. Pentaksiran Pusat
merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen
pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran,
penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelaksanaannya
berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. Untuk tahun 2020
kedua-dua kompenan Pentaksiran Pusat iaitu UPSR dan PT3 secara rasminya, telah
dibatalkan.
12. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Penjadualan Semula Kali Kedua
Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2020, berdasarkan Pindaan Takwim
Penggal Persekolahan Tahun 2020. Diedarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui
surat bertarikh 29 Jun 2020, untuk rujukan bagi perlaksanaan tahun 2020.
13. Sedikit imbasan. Berlaku peningkatan dalam keputusan SPM 2019. Pencapaian Gred
Purata Negeri Kedah meningkat daripada 5.05 (2018) kepada 5.02 (2019). Tahniah atas
kejayaan dalam SPM peningkatan sebanyak 0.03. Seramai 6 calon mendapat
pencapaian cemerlang tertinggi dan 393 calon memperoleh gred semua A ( A+, A, dan
A-). Sebanyak 15 buah sekolah mencapai Gred Purata di bawah 3.0. Terdapat
sebanyak 64 buah sekolah yang melepasi pencapaian Gred Purata Nasional (GPN)
4.90 daripada 197 sekolah. Sebanyak 5 buah sekolah memperoleh peningkatan Gred
Purata 0.75 dan ke atas ( Lonjakan Saujana ). Kita mensasarkan dengan pemantapan
perlaksanaan PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah, momentum
peningkatan keputusan SPM akan berterusan sehingga mencapai GP SPM Kedah di
bawah 5.0 dan melepasi GPN.
Urusetia Jawatankuasa Induk 5
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
14. Akhirnya, hasil mesyuarat ini nanti diharapkan dapat memberikan gambaran menyeluruh
kepada semua ahli mesyuarat tentang kepentingan semua komponen PBS, memberi
roh dan seterusnya dapat menghubungkan komponen-komponen tersebut bagi
melahirkan Kualiti Kemenjadian Murid melalui Keberkesanan Pelaksanaan dan
Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) selaras dengan hasrat KPPM untuk
bersama-sama melangkah lebih jauh.
15. Pengerusi juga merakamkan ucapan selamat datang kepada pegawai PPD Kuala Muda
Yan iaitu Cikgu Mokhtar bin Mansor dan PPD Langkawi Cikgu Azahari bin Abd. Rashid.
Terima kasih kepada mantan PPD Langkawi dan PPD Kuala Muda Yan serta Tn. Haji
Marzuki bin Daud Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas. Selamat
datang juga kepada Cikgu Amran. Terima kasih juga kepada YDP MPSM Cikgu Idris bin
Osman, Cikgu Ahmad Zahir bin Saad Ketua Penolong Pengarah BTP dan Cikgu Osman
Noor PPD Kota Setar yang telah bersara.
Tindakan : Makluman
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
16. Pembentangan minit mesyuarat oleh Tn. Haji Turin bin Ahmad. (rujuk edaran yang telah
disediakan). Rujuk muka surat 1 hingga 15.
17. Pengerusi meminta supaya semua ahli meneliti dan memaklumkan sekiranya terdapat
pembetulan.
18. Cadangan pengesahan : Tn. Haji Ahmad Shukri bin Shafie
(Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid)
Disokong oleh : Hajah Siti Aminah binti Ibrahim
(Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran)
III. PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MESYUARAT
19. Maklum balas mesyuarat dibentang oleh Tuan Haji Turin bin Ahmad selaku urus setia.
20. Semua PPD telah bertindak menyempurnakan keputusan mesyuarat lalu.
21. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua PPD, sektor–sektor yang
terlibat dan urus setia atas tindakan menyempurnakan maklum balas.
IV. PELAPORAN PENGURUSAN PBS TAHUN 2019
22. Pelaporan Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disampaikan oleh Encik Khairul
Anuar bin Abdullah dari Sektor Pembelajaran.
22.1 Selepas Mesyuarat PBS yang lepas telah dilaksanakan program “Coaching of
Coaches” (COC) yang berlangsung di 3 Zon iaitu :
22.1.1 Zon 1 – COC Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah pada
8 –11 April 2019
Urusetia Jawatankuasa Induk 6
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
22.1.2 Zon 2 – COC Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah pada
15 – 18 April 2019
22.1.3 Zon 3 – COC Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah pada
22 – 25 April 2019
Tindakan : Makluman
22.2 Lawatan Bimbingan Instruksional oleh SISC+ bersama dengan pensyarah IPG
yang dilantik sebagai pegawai meja PBD di IPG. Perkongsian amalan terbaik
dijalankan dan telah menjemput Guru Besar dari Kelantan dan Kedah untuk
berkongsi amalan pelaksanaan pengurusan di sekolah masing – masing.
Program ini mendapat respon yang baik dari setiap guru besar yang hadir.
Tindakan : Makluman
22.3 Hasil dapatan yang diperolehi di sekolah terpilih oleh SISC+ beberapa isu telah
diselesaikan setelah dibuat intervensi atas bimbingan PPD, pensyarah, guru –
guru yang terlibat seperti ‘Senior Leader Team’ (SLT) dan ‘Middle Leader Team’
(MLT). Bimbingan akan terus dilaksanakan oleh SISC+ di peringkat PPD masing
– masing. Amalan pemansuhan peperiksaan dan didik hibur tidak dikuasai
sepenuhnya oleh SLT dan MLT
Tindakan : Makluman
22.4 Encik Khairul Anuar menyatakan bahawa tapak pelaporan sentiasa berubah-
ubah dan setiap perubahan akan dimaklumkan di sekolah. Perubahan tapak
disebabkan oleh masalah teknikal dan perubahan itu berlaku dalam tempoh
persekolahan. Bengkel tersebut telah dilaksanakan di setiap daerah pada bulan
Mei hingga Jun 2019.
Tindakan : Makluman
22.5 Cadangan intervensi meminta guru besar memberi penerangan yang lebih jelas
kepada ibubapa. Guru besar perlu berbincang dengan waris untuk mendapatkan
keputusan penyelesaian yang lebih baik.
22.6 Cikgu Khairul menerangkan bahawa waris masih kurang faham tentang
pemberian tahap penguasaan di dalam PBD. Antara cadangan intervensi
meminta guru besar memberi penerangan yang lebih jelas kepada ibubapa.
Guru besar perlu berbincang dengan waris untuk mendapatkan keputusan
penyelesaian yang lebih baik. Guru juga perlu merujuk rekod perkembangan
murid sebelum menerangkan kepada waris berdasarkan DSKP. Sesi lawatan
dan bimbingan telah dilaksanakan oleh SISC+ dan Pensyarah IPG di setiap
daerah bagi mengingatkan guru supaya merujuk DSKP semasa memberi tahap
pengusaan kepada murid.
Urusetia Jawatankuasa Induk 7
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
22.7 Encik Khairul Anuar menyatakan pelaksanaan PBD bermula Januari sehingga
Mac sebelum cuti sekolah bermula. Guru-guru juga telah melaksanakan Pdp dan
PBD pada masa yang sama. Tahap pelaksanaan PBD antara guru-guru adalah
berbeza.
22.8 Dalam tempoh PKP fasa pertama guru-guru masih ada yang tidak tahu
melaksanakan PdP secara online dan proses ulangkaji masih tidak dijalankan
dan guru-guru disarankan meneroka PdP secara online dengan menggunakan
pelbagai kaedah. Fasa 2 dan 3 pdp berjalan lancar seperti biasa dan
pelaksanaan PBD turut sama berlaku seperti yang dirancangkan. Semasa fasa 4
PKP telah menampakkan dapatan yang diperolehi dari sekolah yang
melaksanakan PBD sebanyak 30% hingga 35% bagi Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah.
22.9 Fasa 6 PKPP surat telah dikeluarkan meminta pihak sekolah melaksanakan
pelaporan pertengahan tahun PBD kepada waris mulai Jun hingga Julai
melaporkan perkembangan murid yang telah ditaksir sebelum dan semasa PKP.
Pelaporan PBD murid mesti dibentangkan kepada waris dua kali setahun seperti
yang terdapat di dalam Buku Panduan Pengurusan PBD.
22.10 Waris perlu main peranan dalam membantu murid melaksanakan PdP secara
maya. Terdapat juga masalah capaian internet di kampung yang agak sukar
untuk murid melaksanakan tugasan yang diberikan secara maya. Sekolah telah
melaksanakan pelbagai cara untuk mengedarkan tugasan bagi memudahkan
murid mendapat tugasan yang perlu dilaksanakan semasa tempoh PKP.
22.11 Bengkel pelaksanaan PBD akan diberikan kepada Setiausaha PBS Sekolah
Menengah Negeri Kedah selepas PKP dan akan dibuat di setiap daerah.
Pengerusi meminta supaya memberi tumpuan kepada daerah Baling semasa
Bengkel Pelaksanaan PBD dijalankan nanti.
Tindakan : Makluman
23. Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (SEGAK) disampaikan
oleh Puan Haslinda binti Mohamed Yusoff dari Sektor Pembelajaran.
23.1 Status untuk pengesahan ditangguhkan sehingga hari ini dan sistem masih
dibuka sehingga 31 Julai 2020. Bagi status terkini data pengisian SEGAK bulan
Mac untuk tahun 4 telah mencapai 61.21%.
Tindakan : Makluman
Urusetia Jawatankuasa Induk 8
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
23.2 Pengerusi meminta PPD daerah Kuala Muda Yan, Baling dan Padang Terap
mengambil tindakan kerana peratus SEGAK bagi daerah berkenaan adalah
rendah.
Tindakan : PPD Kuala Muda Yan, Baling dan PadangTerap
23.3 Puan Haslinda menyatakan bahawa kebanyakan sekolah menjalankan ujian
SEGAK. Disebabkan PKP ujian SEGAK tidak dilaksanakan menyebabkan
peratusan itu rendah.
Tindakan : Makluman
23.4 Tiada perancangan pelaksanaan PAJSK SEGAK di dalam takwim sekolah.
Pengerusi meminta Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan
PPD mengambil tindakan di atas permasalahan isu ini.
Tindakan : Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
23.5 Pengurusan PAJSK SEGAK di sekolah, masih wujud kekeliruan pengurusan di
antara PK Kokurikulum dan PK Pentadbiran. Pengurusan SEGAK ini sebenarnya
terletak di bawah PK Pentadbiran.
23.6 Semasa perjumpaan waris tiada laporan SEGAK yang dibentangkan kepada
waris berkaitan laporan anak mereka. Perkara ini perlu dibincangkan di dalam
mesyuarat PIBG bersama waris. Ini kerana kurangnya program intervensi yang
dilaksanakan di sekolah.
Tindakan : Makluman
23.7 Pengerusi meminta semua PPD, Guru Besar dan Pengetua membentang di
dalam mesyuarat kurikulum sekolah mengenai isu SEGAK.
Tindakan : Semua PPD , MGB dan MPSM
24. Pelaporan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) disampaikan oleh Dr Zainol Abidin bin Ishak
dari Sektor Pembangunan Murid
24.1 Pentaksiran Psikometrik terdiri daripada dua bahagian iaitu Ujian Aptitud dan
Inventori Personaliti. Ujian Aptitud terdiri daripada dua iaitu Aptitud Umum dan
Aptitud khusus. Ujian Aptitud tidak berjadual dan dicadangkan kepada semua
murid manakala inventori personaliti tidak berjadual dan tidak diwajibkan untuk
semua murid.
24.2 Pentaksiran Psikometrik digunakan bagi mendapatkan lebih maklumat tentang
kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat potensi, minat dan personaliti
seseorang individu. Selain itu ianya membantu mengembangkan potensi dan
pertumbuhan seseorang individu.
Urusetia Jawatankuasa Induk 9
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
24.3 Data yang diperolehi mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang
seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.
24.4 Tujuan menyediakan profil kerjaya murid adalah untuk merekod skor ujian
psikometrik berkaitan minat, sikap, personaliti dan kecenderungan. Memberikan
deskripsi tentang personaliti individu. Membantu individu membuat keputusan
yang sesuai berdasarkan data ujian psikometrik.
24.5 Memahami secara lebih mendalam keadaan semula jadi dan juga perbezaan
seseorang individu. Membantu individu mendapatkan maklumat berkaitan hala
tuju dan peluang kerjaya dengan lebih tepat.
24.6 Analisa keseluruhan mengikut tahap kecerdasan pelbagai di mana tahap Verbal
Linguistik murid tahun enam yang mendapat skor rendah sebanyak 14, 804
orang murid. Manakala logik matematik berjumlah 5, 328 orang. Peratus
keseluruhan skor rendah VB 47.68 %, Visual ruang 25.49%, Logik Matematik
17.16% dan sebagainya mengikut peratusan masing – masing.
24.7 Analisis keseluruhan Ujian Aptitud Khas Tahun enam menunjukkan skor markah
tinggi bagi Verbal Linguistik murid lelaki berjumlah 1998 orang murid lebih
rendah berbanding Verbal Linguistik murid perempuan iaitu 2357 orang murid.
Secara keseluruhan skor ujian aptitud khas bagi murid lelaki dan perempuan
menunjukkan skor murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki.
24.8 Laporan Inventori Tret Personaliti murid sekolah menengah menunjukkan skor
tinggi bagi autonomi sebanyak 4729 orang murid, kreatif sebanyak 7675 orang,
agresif sebanyak 10, 335 orang murid, ekstrovet 10, 205 orang murid.
24.9 Antara perancangan pelaksanaan aktiviti pada tahun 2020 ialah :
24.9.1 Mengadakan Bengkel Pelaporan Psikometrik kepada JU Negeri pada
bulan Februari.
24.9.2 Taklimat Pelaporan Psikometrik dilaksanakan mengikut daerah. Daerah
Kulim Bandar Baharu, Baling, Sik, Kuala Muda / Yan dan Kota Setar
diadakan pada bulan Februari. Manakala bagi daerah Pendang, Padang
Terap, Langkawi dan Kubang Pasu pelaksanaan pada bulan Mac
24.9.3 IMK dan ITP Tingkatan 1 pada bulan Februari hingga November 2020.
Bagi IMK Tingkatan 3 bermula pada bulan Mei hingga Julai 2020. IKP
Tingkatan 3 pada bulan Julai hingga Oktober 2020
24.9.4 Pelaksanaan ITP Tingkatan 4 bermula pada bulan Mac hingga Oktober
2020. IKK Tingkatan 5 pada Julai hingga Oktober 2020. Manakala Ujian
Aptitud Am Tahun 6 bermula pada bulan Mac hingga November 2020.
24.9.5 Bagi perancangan IPPK bermula pada bulan Mac hingga November
2020. Pelaksanaan Jejak SPM 2019 bermula Julai hingga Oktober 2020.
Manakala Bengkel Semakan Data Online bersama JU Negeri pada bulan
Urusetia Jawatankuasa Induk 10
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
Mei, Julai dan November 2020. Bengkel Rumusan Data Negeri Kedah
pada bulan Oktober dan November 2020
24.10 Antara isu-isu semasa melaksanakan Pentaksiran Psikometrik ialah :
24.10.1 Guru Kaunseling tidak menguasai sepenuhnya pentaksiran
psikometrik
24.10.2 GBK tidak melaksanakan program berdasarkan dapatan
pentaksiran yang diperolehi.
24.10.3 GBK tidak membentangkan dapatan pentaksiran kepada sekolah
mahupun murid itu sendiri
24.10.4 GBK tidak melaksanakan intervensi berkaitan berdasarkan
dapatan pentaksiran
24.10.5 Murid masih tidak jelas dengan hala tuju kerjaya walaupun
pentaksiran dan penskoran telah dijalankan.
24.11 Pelan penambahbaikan Psikometrik ialah :
24.11.1 Mengadakan bengkel memperkasakan JU Psikometrik bagi
meningkatkan kemahiran dan penguasaan jurulatih utama agar
dapat membantu rakan-rakan yang lain.
24.11.2 Mengadakan kunjung bantu psikometrik bagi mengenalpasti isu-
isu yang merencatkan pelaksanaan pentaksiran psikometrik di
sekolah
24.11.3 Mengadakan Bengkel Penataran JU mengikut daerah bagi
meningkatkan bilangan JU Daerah yang lebih berkemahiran
dengan Pentaksiran Psikometrik.
24.11.4 Menyediakan tapak pelaporan yang lebih menyeluruh melibatkan
pelaksanaan program-program intervensi di sekolah.
Tindakan : Makluman
25. Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) disampaikan
oleh Encik Hasnizam bin Zakaria dari Sektor Pembangunan Murid
25.1 Laporan pencapaian markah PAJSK tahun 2019 bagi keseluruhan Negeri Kedah
bagi sekolah rendah mencapai sebanyak 99.32% yang terdiri peratus lulus A, B
dan C manakala sekolah menengah mencapai sebanyak 98.81%. Pecahan bagi
sekolah rendah, Sik sebanyak 99.97, Pendang 99.82%, Padang Terap 99.21%,
Langkawi 98.80%, Kulim Bandar Baharu 99.46%, Kubang Pasu 99.86%, Kuala
Muda Yan 98.65%, Kota Setar 99.49% dan Baling 99.94%
25.2 Bagi sekolah menengah pula 98.81% dan diikuti oleh pecahan daerah Sik
sebanyak 99.16%, Pendang 99.86%, Padang Terap 99.80%, Langkawi 99.76%,
Kulim Bandar Baharu 99.17%, Kubang Pasu 99.50%, Kuala Muda Yan 97.26%,
Kota Setar 99.10% dan Baling 99.97%.
Urusetia Jawatankuasa Induk 11
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
25.3 Daripada keseluruhan data tersebut pencapaian murid di Negeri Kedah 5 orang
murid mendapat 10% daripada SK Wan Kemara, SK Felda Bukit Tangga, SK
Padang Lumat dan sekolah menengah dari SMK Sin Min dan SMK Guar
Chempedak. Kelima – lima orang pelajar ini telah dibuat verifikasi pada awal
tahun yang lalu dan mengesahkan kelima-lima pelajar ini memang layak
mendapat A sebanyak 10%.
25.4 Data keseluruhan bagi 2019 ini dirumuskan masih ramai pelajar yang mendapat
D dan E sedangkan ini salah satu elemen PBS yang perlu kita selesaikan.
25.5 Bengkel dan dialog prestasi telah dilaksanakan pada awal tahun 2019 dan telah
turun ke 4 buah daerah dan telah selesai dilaksanakan. Terdapat 5 daerah yang
belum selesai dan tertangguh disebabkan PKP. Cadangan daripada Sektor
Pembangunan Murid adalah turun bimbing secara berterusan ke sekolah-
sekolah.
25.6 Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah dari segi integriti, kesediaan guru,
pengetahuan guru, profil guru, pelaksanaan PAJSK dan kemahiran guru seperti
yang telah dijalankan di PPD Kinta.
Tindakan : Makluman
26. Pelaporan Pentaksiran Pusat (PP) disampaikan oleh Encik Mohammed Kashrul bin
Khazali, Pegawai Meja UPSR, Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan.
26.1 Pada tahun 2020, pendaftaran UPSR dan PASR menggunakan sistem baharu
iaitu sistem SPPAT. Seramai 32, 911 orang calon UPSR yang mendaftar pada
tahun ini dan pendaftaran ditutup pada 30 April 2020. Pendaftaran calon PASR
juga menggunakan sistem atas talian iaitu SPPAT mengikut pecahan bilik kebal
digunakan. Jumlah calon PASR yang mendaftar pada tahun ini sebanyak 230
orang calon.
26.2 Pencapaian semua A meningkat 2.11% berbanding tahun 2018 merangkumi
semua calon SJKC, SJKT. Pencapaian calon MTM meningkat 68.12%
berbanding tahun 2018 64.29%. Pada tahun 2019 pencapaian calon yang
mendapat BMTM 31.88% berbanding tahun 2018 sebanyak 35.71%.
26.3 Pencapaian calon UPSR mengikut aliran SK mendapat semua A sebanyak
1.97% meningkat berbanding 2018. MTM meningkat pada tahun 2018 iaitu
sebanyak 64.71%. BMTM 3.99% berbanding dengan tahun 2018 dan 2019.
26.4 Aliran SJKC semua A meningkat 3.19% berbanding pada tahun 2018 iaitu
2.42%. Pada Tahun 2018 MTM peratusan aliran SJKC sebanyak 70.32% dan
pada 2019 meningkat kepada 72.88%. Ini berlaku berikut jumlah calon pada
Urusetia Jawatankuasa Induk 12
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
tahun 2018 dan 2019 tidak sama. Data ini juga dibuat berdasarkan jumlah calon
dan bukannya berdasarkan graf peratusan.
26.5 Bagi aliran SJKT pula, jumlah semua A menurun pada tahun 2019 iaitu
sebanyak 2.14% berbanding pada tahun 2018 sebanyak 2.64%. MTM pula
meningkat sebanyak 70.33% pada tahun 2019. Manakala tahun 2018 bilangan
MTM 65.66%.
Tindakan : Makluman
27. Pelaporan Pengurusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) disampaikan oleh Cik Sarah
Alwani binti Md Salleh, Pegawai Meja PT3, Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan.
27.1 Pada 15 April 2020 Menteri Pendidikan telah membuat pengumuman
pembatalan PT3 dan pihak Lembaga Peperiksaan telah menetapkan beberapa
garis panduan untuk perekodan data yang akan digunakan pada masa akan
datang.
27.2 Pendaftaran PT3 dianjakkan dari 12 Mei hingga 30 Ogos. Data ini digunakan
sebagai rujukan pihak Lembaga Peperiksaan dan KPM. Pelaksanaan PBD
dilaksanakan sepanjang tempoh PdP.
27.3 Pemerkasaan PT3 dilaksanakan secara 2 kaedah iaitu mengekalkan pentaksiran
pusat sedia ada bagi 5 mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Hifz Al-
Quran, Pendidikan Kesenian dan LAM
Tindakan : Makluman
28. Pelaporan Pentaksiran Menengah Atas SPM disampaikan oleh Encik Mohamad Mahzur
bin Megat Halim, Pegawai Meja Pentaksiran Menengah Atas, Sektor Pentaksiran dan
Peperiksaan.
28.1 Penjadualan semula pentaksiran pusat telah dikeluarkan oleh LP dan
perancangan dibuat berdasarkan jadual pentaksiran pusat baharu di peringkat
SPM. Sebelum ini pentaksiran pusat mula dilaksanakan bermula pada bulan Mac
dan ditangguhkan disebabkan oleh pandemik covid-19.
28.2 SPM Ulangan calon persendirian perlu dilaksanakan pada bulan Ogos dan
diteruskan dengan ULKCP di peringkat SPM yang melibatkan 6 mata pelajaran
bagi calon-calon persendirian. Bagi pentaksiran pusat di peringkat sekolah
mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Tindakan : Makluman
Urusetia Jawatankuasa Induk 13
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
V. HAL-HAL LAIN
30. Pelaporan disampaikan oleh Tn Haji Mohd Sarngi bin Khalil, Jemaah Nazir Negeri
Kedah
30.1 Dapatan yang diperoleh daripada penarafan KSSR dan KSSM pada tahun 2019
terdapat 87 sampel PdP bagi semua mata pelajaran daripada 23 buah sekolah.
30.2 Secara keseluruhannya bila dicerakinkan aspek 4.5 penilaian dan pentaksiran
mendapati kualiti penilaian dan pentaksiran di dalam PdP guru berada pada
65.43% dimana aspek-aspek atau konstruk-konstruk yang ada di dalam aspek
4.5 mengikuti kegunaan pelbagai kaedah, menjalankan aktiviti pemulihan dan
penggayaan, memberi latihan tugasan dan menyemak.
30.3 Antara tindakan pada aktiviti pemulihan dan penggayaan itu, PBD mesti ada
pemulihan dan penggayaan. Sekiranya ditaksir dan diberhentikan setakat itu dan
tiada pemulihan dan penggayaan ianya akan menjadi sumatif serta mendapat
ranking sahaja
Tindakan : Makluman
31. Pelaporan YDP MGB disampaikan oleh Jaffri Johan bin Zainuddin, SK Tunku Raudzah
31.1 BPSH telah menghantar google form untuk mengambil maklumat dan
kebiasaanya di hantar melalui MGB. Adakah MGB boleh menghantar terus
kepada sekolah atau perlu memberitahu JPN atau PPD terlebih dahulu.
31.2 Pengerusi memaklumkan itu adalah kawalan di JPN dan sumber mesti daripada
Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Majlis Keselamatan Malaysia dan SUK Negeri
Kedah. Semua maklumat yang diberikan mesti disaring dan ditapis oleh
Pengarah Pendidikan dan akan disampaikan kepada Timbalan-timbalan
Pengarah, KPPK dan PPD. Dokumen yang diterima setelah disaring dan ditapis
boleh digunapakai terus. Sekiranya terdapat daripada tempat lain mestilah
mendapat kepastian daripada JPN terlebih dahulu.
Tindakan : Makluman
32. Pelaporan KPPK Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan disampaikan oleh Haji Turin bin
Ahmad, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan.
32.1 Ujian CEFR Kumpulan 1 telah selesai dijalankan dan keputusan yang diperolehi
tidak memberangsangkan. Seramai 8805 calon yang didaftarkan dan hanya 224
calon yang mendapat C1 dan C2. C1 hanya boleh mengajar murid sekolah
manakala C2 boleh mengajar pelajar universiti.
Urusetia Jawatankuasa Induk 14
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah
32.2 CEFR Kumpulan 1 boleh mengulang pada 7 November 2020 bersama calon
calon CEFR K2.
32.3 Tuan pengerusi memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBS seterusnya
diserahkan kepada Sektor Pembelajaran.
32.4 Pengerusi telah berbincang dengan Ybhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti
Abdol Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan mengumumkan
Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBS akan datang, diuruskan dan dipersetujui
oleh Sektor Pembelajaran
Tindakan : Makluman
VII PENUTUP
33. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa pada hari ini kerana
telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBS Bil. 1/2020
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang
Disediakan oleh :
Urus Setia Jawatankuasa Induk
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Negeri Kedah.
20 Julai 2020