The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHD SUFLI EMBONG, 2025-03-02 21:20:37

Minit Mesyuarat PGBM ZPB kali-2 2024/25

minit 2 pgbm DIS24

PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) ZON PERMAISURI BARAT 22100 SETIU, TERENGGANU. Kepada : Semua Guru Besar ZPB - seperti lampiran Daripada : Setiausaha Mesyuarat Persatuan Guru Besar ZPB SK Lembah Jaya, 22100 Setiu, Terengganu. Salinan Kepada : Guru Besar SK Panchor Merah ( mohon tuan mempengerusikan mesyuarat) Rujukan : PGB ZPB 100-06/01/01( ) Tarikh : 5 DISEMBER 2024 MESYUARAT PROFESIONALISME GURU BESAR ZON PERMAISURI BARAT DAERAH SETIU BIL. 2/2024 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan yang berikut: Tarikh : 10 Disember 2024 ( Selasa ) Masa : 10.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat SK Guntong Pengerusi : Ustaz Yaharuddin bin Jaffar (Guru Besar Panchor Merah) 3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. 4. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 4.1 Ucapan Pengerusi 4.2 Menerima dan Mengesahkan Peringatan Minit Mesyuarat yang lalu 4.3 Perkara-perkara berbangkit 4.4 Perancangan/ Laporan aktiviti 4.5 Laporan Kewangan 4.6 Hal-hal Lain. Kehadiran tuan dalam mesyuarat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ( MUHAMMAD SUFLI BIN EMBONG) Setiausaha MEMO DALAMAN


LAMPIRAN KEHADIRAN MESYUARAT BIL NAMA SEKOLAH 1 En. Yaharuddin bin Jaafar SK Panchor Merah 2 En. Nazri bin A Rahman SK Kampong Besut 3 En. Wan Mohd Luzi bin Wan lsmail SK Putera Jaya 4 En. Mohd Jamka bin Harun SK Permaisuri 5 En. Faizal bin Din SK Kampung Buloh 6 En. Muhammad Sufli bin Embong SK Lembah Jaya 7 En. Mohd Sabri bin Mat Jaya SK Bintang 8 En. Sukri bin Jusoh SK Guntong 9 Pn. Faidah binti Abdullah SK Guntong Luar 10. En. Mohd Suhaimi bin Endut SK Banggol


MINIT MESYUARAT PROFESIONALISME GURU BESAR ZON PERMAISURI BARAT DAERAH SETIU BIL. 2/2024 Tarikh : 10 Disember 2024 Masa : 10.30 pagi - 12.30 tgh. Tempat : Bilik Mesyuarat SK Guntong KEHADIRAN MESYUARAT 1. En. Yaharuddin bin Jaafar SK Panchor Merah ( Pengerusi) 2. En. Sukri bin Jusoh SK Guntong ( Tim. Pengerusi) 3. En. Muhammad Sufli bin Embong SK Lembah Jaya ( Setiausaha) 4. En. Mohd Jamka bin Harun SK Permaisuri 5. Pn. Faidah binti Abdullah SK Guntong Luar 6. En. Faizal bin Din SK Kampung Buloh 7. En. Ruzaidi bin Mustafa ( PK Ko) SK Bintang ( Wakil ) TIDAK HADIR DENGAN MAAF 1. En. Nazri bin A Rahman SK Kampong Besut 2. En. Wan Mohd Luzi bin Wan lsmail SK Putera Jaya 3. En. Mohd Suhaimi bin Endut SK Banggol 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab untuk memberkati majlis dan disedekah kepada Arwah Pn. Noraini bt Mohd Noor bekas GB SK.Kg.Buluh. 1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang 2 orang GB yang baru bertugas di ZPB iaitu GB Mohd Sabri bin Mat Jaya dan GB Faizal bin Din. 1.3 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan berkaitan perlantikan bendahari baru setelah bendahari lama Pn Siti Zulaila telah berpindah ke zon lain dan pertukaran nama dalam akaun Agrobank Setiu. 1.4 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada sekolah ZPB yang menyertai pertandingan samada peringkat zon atau peringkat daerah yang telah mencapai kejayaan. Begitu juga dalam bidang akademik dan ko –akademik. Tindakan: Makluman 2.0 Mencadang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu Cadang – Cikgu Faidah bt Abdullah Disahkan – Cikgu Jamka bin Harun 3.0 Perancangan Aktiviti 3.1 Pengerusi juga memaklumkan , mesyuarat ini diadakan bersekali dengan jamuan perpindahan GB Siti Zulaila ke SK Sungai Lerek.


3.2 Pengerusi memaklumkan masih ada sekolah ZPB yang belum melunaskan bayaran penyertaan pertandingan permainan peringkat zon baru-baru ini. Oleh itu beliau mengharapkan sekolah berkaitan dapat menjelaskan dengan seberapa segera untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak sebelum ini. 3.3 Mesyuarat bersetuju untuk mengkaji balik yuran dan perbelanjaan peringkat zon memandangkan kos pengurusan semakin meningkat. Begitu juga pungutan ini melibatkan murid pra-sekolah dan PPKI kerana ada juga aktiviti yang melibatkan mereka. 3.4 Segala peralatan milik Zon mesti dipulangkan kepada sekolah Pengerusi Zon setelah tamat sesuatu acara atau permainan. 3.5 Mesyuarat bersetuju untuk melantik Pengerusi Teknik peringkat zon pada tahun depan untuk mengawal perbelanjaan. 4.0 Perlantikan Bendahari 4.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk melantik Cikgu Faizal bin Din, GB SK .Kampung Buluh sebagai bendahari PGBM Zon Permaisuri Barat ( ZPB) menggantikan Pn. Siti Zulaila Bt.Kasman yang telah bertukar ke SK Sungai Lerek. Tindakan: makluman 5.0 Pertukaran Penama Dalam Buku Akaun Agrobank Setiu 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perlu pertukaran nama bagi nombor akaun 1006363000014804 Majlis Guru Besar Zon Setiu Selatan kepada Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Zon Permaisuri Barat dan pemegang akaun tersebut. Ini kerana berlaku pertukaran perlantikan jawatankuasa setelah ada pemegang akaun lama telah bertukar ke sekolah lain. 5.2 Beliau mencadangkan tiga nama berikut dan setiap pengeluaran perlu ditandatangan dua dari tiga penama tersebut. 5.2.1 En. Yaharuddin bin Jaafar Jawatan : Pengerusi No.K/P : 690719065261 5.2.2 En.Muhammad Sufli bin Embong Jawatan : Setiausaha No.K/P :700102116475 5.2.3 En. Faizal bin Din Jawatan : Bendahari No.K/P :780317086755 5.3 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut dan perlu tindakan segera. 6.0 Laporan Kewangan 6.1 Bendahari memaklumkan baki terakhir dalam Agrobank sehingga 30 Nov 2024 adalah RM 7217.31 6.2 Laporan kewangan berakhir 30 Nov 2024 baki tunai ditangan adalah sebanyak RM 66.00


7.0 Hal-hal Lain 7.1 Cikgu Sukri mencadangkan supaya diadakan bengkel peringkat zon untuk melengkapkan buku Pelan Strategik Organisasi (PSO) memandangkan masih banyak sekolah yang masih tidak jelas format untuk menyiapkan buku tersebut. Tindakan: Pengerusi 7.2 Beliau juga menyarankan supaya PGBM ZPB dapat membuat persediaan awal untuk majlis persaraan Cikgu Wan Luzi GB SK Putera Jaya. Tindakan: Pengerusi 8.0 Ucapan Penutup Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama sepanjang mesyuarat ini berlangsung dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.23 tengahari.Makanan tengahari diadakan di kantin SK Guntong bersekali dengan jamuan perpindahan Cikgu Siti Zulaila. Disediakan oleh : .................................................... ( MUHD. SUFLI BIN EMBONG) Setiausaha


Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Zon Permaisuri Barat D/A SK Lembah Jaya 22110 Setiu, Terengganu Darul Iman Tel : 012-9667040 Ruj.Kami: PGBM/ZPB/16/07( ) Tarikh : 9 Januari 2025 Pengurus AGRO Bank Cawangan Setiu 22100 Bandar Permaisuri Setiu, Terengganu. Tuan, Memohon Pertukaran Penama Akaun Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Zon Permaisuri Barat. Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa PGBM ZPB kali-2 2024 telah bersetuju untuk menamakan semula akaun dan penama dalam akaun yang bernombor 1006363000014804 atas nama Majlis Guru Besar Zon Setiu Selatan kepada Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Zon Permaisuri Barat.Tujuan pertukaran ini kerana telah berlaku perubahan dalam penjenamaan persatuan dan perlantikan jawatankuasa baru yang telah diluluskan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. 3. Tiga nama berikut telah dipersetujui dan setiap pengeluaran perlu di tandatangan dua dari tiga penama berikut. 3.1 En. Yaharuddin bin Jaafar Jawatan : Pengerusi No.K/P : 690719065261 3.2 En.Muhammad Sufli bin Embong Jawatan : Setiausaha No.K/P :700102116475 3.3 En. Faizal bin Din Jawatan : Bendahari No.K/P :780317086755 4. Bersama ini dilampirkan bersama minit mesyuarat tersebut untuk tindakan pihak tuan. 5. Kerjasama dari pihak tuan dalam meluluskan permohonan ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian,terima kasih. “PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN” “ MALAYSIA MADANI” “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ………………………………………… ( MUHAMMAD SUFLI BIN EMBONG ) s.k : 1. Pejabat Pendidikan Daerah Setiu Setiausaha 2. Fail


Click to View FlipBook Version