The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Media KAQSA, 2020-10-19 23:20:39

PERATURAN KHAS ASRAMA

PERATURAN KHAS ASRAMA

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

PERATURAN KHAS ASRAMA
KOLEJ AL-QURAN SAYYIDINA ALI (KAQSA)

KANDUNGAN

A. Peraturan-Peraturan Asrama KAQSA
B. Peraturan Pelajar Asrama KAQSA
C. Tatatertib Asrama
D. Pemakaian Kad Matrik
E. Kebersihan dan Keceriaan Asrama
F. Penggunaan Barangan Elektrik dan Elektronik
F. Penjimatan Air dan Elektrik
G. Peraturan Memasak
H. Iklan Tampalan
I. Pelawat
J. Etika Pakaian
K. Penggunaan Kasut dan Selipar
L. Keselamatan Harta Benda
M. Pendaftaran Tinggal Di Asrama Semasa Cuti
N. Menyimpan Alat-Alat dan Bahan-Bahan Yang Berbahaya Di Asrama
O. Peraturan Mengosongkan Bilik
P. Peraturan Keselamatan, Kebakaran dan Bantuan Kecemasan
Q. Peraturan Keluar Masuk Harian, Hujung Minggu dan Cuti Umum
R. Kebenaran Pulang Ke Kampung/Rumah Masing-Masing
S. Kelas Murajaah Malam
T. Solat
U. Riadah
V. Sopan-Santun

• Punca Kuasa
• Pertikaian

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 1

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

A. Peraturan-Peraturan Asrama KAQSA

1. Semua pelajar KAQSA DIWAJIBKAN tinggal di asrama sepanjang tempoh
pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua KAQSA untuk
tinggal di luar asrama.

2. Penempatan pelajar di asrama akan dipilih setiap sesi dan akan ditetapkan oleh Unit
Hal Ehwal Pelajar KAQSA.

3. Pelajar yang tinggal di asrama hendaklah mengisi borang khas penginapan asrama
dan hendaklah diperbaharui setiap sesi (setahun sekali).

4. Penempatan asrama akan dibuat pada setiap sesi melibatkan semua pelajar yang
menginap di asrama mengikut ketetapan pihak KAQSA.

5. Pihak Pentadbiran KAQSA berhak menarik balik tawaran tempat tinggal/penginapan di
asrama atas sebab-sebab kepentingan KAQSA disabitkan dengan tatatertib KAQSA.

6. Penghuni yang telah diberikan tempat penginapan, TIDAK BOLEH
BERTUKAR/PINDAH bilik kecuali mendapat kebenaran secara bertulis terlebih
dahulu daripada Pengetua KAQSA.

7. PERTUKARAN ASRAMA hendaklah mendapat kebenaran Pengetua KAQSA.

B. Peraturan Pelajar Asrama KAQSA

1. Setiap penghuni mesti mengesahkan butiran aset di dalam bilik semasa ia mula
tinggal di asrama. Bayaran denda atau gantirugi akan dikenakan sekiranya
berlaku kerosakan atau kehilangan perabot di bilik tersebut. Tindakan disiplin
akan diambil oleh Pengetua jika sabit kesalahan.

2. Hanya penghuni yang berdaftar/sah sahaja dibenarkan tinggal di asrama. Pengetua
boleh mendakwa penghuni jika didapati ada setinggan di biliknya. Penghuni
tersebut boleh dikeluarkan dengan serta merta dan tidak lagi dibenarkan tinggal di
asrama pada masa akan datang.

3. Setiap penghuni diwajibkan mendaftar keluar semasa cuti semester dan mendaftar
semula di buku rekod pendaftaran masuk di asrama setiap semester bermula.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 2

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

4. Pengetua KAQSA melalui Warden atau Unit Hal Ehwal Pelajar boleh dari semasa
ke semasa memberi apa-apa perintah atau arahan secara bertulis atau lisan yang
difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib asrama.

5. Warden dan Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA akan membuat pemeriksaan
mengejut di asrama pada bila-bila masa.

6. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera dengan mengisi Borang Aduan
Kerosakan Bangunan/Peralatan Asrama. Pentadbiran KAQSA akan memberikan
amaran atau denda kepada penghuni berkenaan jika kerosakan yang
mendatangkan mudarat tidak dilaporkan segera.

7. Pelajar dilarang mengancam, mengugut atau mendera (ragging) kepada mana-mana
pelajar atau kakitangan KAQSA.

C. Tatatertib Asrama

1. Bilik-bilik hendaklah dibersihkan sendiri oleh penghuni. Bilik yang didapati kotor akan
diberikan amaran atau denda.

2. Penghuni TIDAK DIBENARKAN memindah/mengubah/mengalih kedudukan
perabot di dalam bilik atau memasukkan perabot-perabot baru ke dalam bilik tanpa
kebenaran Pentadbiran KAQSA. Penghuni dibenarkan membawa RAK BUKU,
RAK PINGGAN DAN MEJA BELAJAR.

3. Penghuni TIDAK DIBENARKAN membuat/melakukan penyambungan pendawaian
elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik.

4. Penghuni TIDAK DIBENARKAN menampal semua jenis poster atau sebarang
bahan berbentuk kertas pada dinding bilik/unit/rumah atau memaku sebarang jenis
tampalan yang boleh merosakkan dinding/cermin dengan pin, paku, gam dan kertas
tampalan.

5. Penghuni TIDAK BOLEH BERADA DI LUAR ASRAMA SELEPAS JAM 11.00
MALAM kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

6. Pelajar lelaki TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan yang dikhaskan untuk
pelajar perempuan dan juga sebaliknya. (kecuali kakitangan KAQSA yang bertugas).

7. Pelajar lelaki HENDAKLAH berambut pendek dan kemas. Rambut hendaklah tidak
melebihi bawah aras telinga.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 3

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

D. Pemakaian Kad Matrik

1. Pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut bagi penggunaan
atau pemakaian Kad Matrik.

2. Setiap pelajar mestilah mempunyai kad matrik dan diwajibkan memakainya
semasa berada di kolej.

3. Kad matrik hendaklah dipakai atau disemat di bahagian dada serta
mempamerkan nama dan gambar pelajar.

4. Sebarang pindaan oleh pelajar pada kad matrik adalah menjadi satu
kesalahan dan dianggap tidak sah.

E. Kebersihan Dan Keceriaan Asrama

1. Setiap pelajar perlu memastikan bilik penginapan sentiasa dalam keadaan bersih dan
kemas setiap hari sebelum ke kuliah.

2. Pelajar dimestikan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan asrama dan
persekitarannya sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

3. Pelajar dikehendaki mengenakan/memasang cadar tilam serta sarung bantal yang
bersih.

4. Buku-buku, alat tulis dan peralatan-peralatan lain perlu disusun dengan kemas dan
tidak berselerak.

5. Pelajar mesti memastikan tiada penggunaan paku atau aktiviti melekatkan secara terus
ke dinding yang boleh menyebabkan kerosakan dan kecacatan kekal.

6. Langsir tingkap perlu diikat dengan kemas. Guna reben atau tali pengikat khas.
Perbuatan menanggal, menggulung, mengikat simpul dan menjulur keluar kain langsir
adalah tidak dibenarkan.

7. Tuala hendaklah disidai dengan kemas dan pelajar DILARANG menggantung pakaian
di katil atau di tempat yang tidak sepatutnya.

8. Pakaian basah tidak dibenarkan digantung di dalam bilik. Ianya hendaklah digantung
di ampaian yang disediakan.

9. Penghuni TIDAK DIBENARKAN membuang sampah atau benda yang tidak mudah
hancur seperti plastik, tuala wanita dan lain-lain ke dalam tandas atau saliran air/parit
(longkang).

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 4

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

10. Penghuni TIDAK DIBENARKAN membuang sampah di merata-rata tempat. Sisa-sisa
makanan hendaklah dimasukkan dalam plastik dan dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.

11. Penghuni asrama TIDAK DIBENARKAN membawa makanan yang boleh mengotorkan
bilik tidur.

12. Menjemur pakaian di koridor atau tingkap adalah TIDAK DIBENARKAN.

13. Semua pelajar diwajibkan membersih dan mengemas bilik sebelum pulang bercuti.

F. Penggunaan Barangan Elektrik
1. Setiap pelajar dikehendaki mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran Peralatan
Elektrik/Elektronik.

2. Bayaran RM5.00 setahun dikenakan bagi setiap barangan elektrik yang disenaraikan
seperti dalam Borang Pendaftaran Peralatan Elektrik/Elektronik.

3. Pelajar yang telah mendaftar akan diberikan sticker dan pelajar wajib menampal
sticker tersebut pada barangan elektrik yang telah didaftarkan.

G. Penjimatan Air Dan Elektrik
4. Setiap penghuni asrama bertanggungjawab untuk menggunakan elekrik dan air secara
berhemah dan berjimat cermat.

5. Penggunaan bil air dan elektrik yang MELEBIHI RM100 pada setiap bulan akan
ditanggung sendiri kos pembayaran oleh setiap penghuni asrama.

6. Ketua rumah perlu menyerahkan bil air dan elektrik asrama SEBELUM 30HB pada
setiap bulan kepada pihak pentadbiran KAQSA.

H. Peraturan Memasak

7. Penghuni asrama adalah DILARANG memasak atau menggunakan sebarang alat
mudah terbakar seperti tong gas memasak atau dapur mudah alih.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 5

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

I. Iklan Tampalan

1. Sebarang iklan hanya boleh ditampal di papan notis yang disediakan sahaja dengan
kebenaran pihak Pentadbiran Asrama.

2. Semua notis yang ditampal hendaklah diturunkan setelah tamat tempoh notis
tersebut.

3. Notis yang ditampal mesti memaparkan nama pengiklan.

J. PELAWAT

1. Waktu melawat adalah seperti mana yang telah ditetapkan iaitu:

Sabtu dan Ahad : 8.00 pagi – 7.00 malam

2. Pelawat tidak dibenarkan mengunjungi pelajar pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali
atas urusan kecemasan sahaja.

3. Pelawat atau keluarga penghuni TIDAK DIBENARKAN bermalam di bilik pelajar.

4. Penghuni TIDAK DIBENARKAN menerima sebarang Pelawat atau keluarganya di
dalam bilik tidur.

5. Semua pelawat mestilah memakai pas pelawat yang dikeluarkan oleh Unit Pentadbiran
KAQSA.

6. Pelawat luar TIDAK DIBENARKAN berada dalam premis asrama kecuali dengan
kebenaran yang diberi oleh atau bagi pihak Pengetua atau wakilnya selepas jam 11.00
malam.

K. Etika Pakaian
1. Etika pakaian Pelajar KAQSA perlu dipatuhi setiap masa.

L. Penggunaan Kasut Dan Selipar

2. Penghuni diwajibkan meletakkan kasut dan selipar dengan teratur dan tersusun pada
rak kasut yang telah disediakan.

3. Penghuni hanya DIBENARKAN membawa 2 pasang kasut dan sepasang sandal
atau selipar.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 6

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

M. Keselamatan Harta Benda

1. Keselamatan harta benda penghuni adalah TANGGUNGJAWAB SENDIRI.
2. Untuk mengelakkan kecurian, penghuni hendaklah memastikan biliknya sentiasa

dikunci.
3. Pelajar TIDAK digalakkan menyimpan wang yang berlebihan dan peralatan

berharga di dalam bilik.
4. Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden.

N. Pendaftaran Tinggal Di Asrama Semasa Cuti
1. Bagi pelajar yang ingin memohon menginap di asrama semasa cuti semester,
pelajar dikehendaki mengisi Borang Permohonan Kebenaran Tinggal Di Asrama
(Waktu Cuti/Kecemasan dan Lain-Lain) dan disertakan dengan surat
permohonan sekiranya perlu. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Unit
Hal Ehwal Pelajar.

2. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tinggal di asrama secara
haram (tanpa mendaftar).

O. Menyimpan Alat-Alat Dan Bahan-Bahan Yang Berbahaya Di Asrama.
1. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menyimpan/membawa/memiliki bahan-bahan yang
mudah terbakar seperti minyak petrol dan bahan kimia di dalam bilik. Pelajar juga
dilarang menyimpan alat/ perkakas yang tajam seperti kerambit/ pedang dan lain-
lain.

2. Hanya pisau yang sesuai (potong buah atau sayur) sahaja yang dibenarkan.
Sebarang kecuaian yang berlaku adalah tanggungjawab individu.

3. Mereka yang didapati memiliki/menyimpan/membawa alat-alat tersebut akan
diambil tindakan tatatertib.

P. Peraturan Mengosongkan Bilik
1. Dalam masa seminggu sebelum bilik dikosongkan, Warden Asrama /wakil Unit
Hal Ehwal Pelajar akan memeriksa alat perabot dan lain-lain peralatan dan
kerosakan. Jika bersabit dengan kerosakan dan kehilangan, penghuni akan
dikenakan denda atau membayar gantirugi.

2. Setiap penghuni hendaklah MEMASTIKAN pintu dan tingkap dikunci sebelum
meninggalkan bilik.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 8

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

3. Kunci hendaklah diserahkan sendiri di pejabat berkenaan semasa penghuni
membuat pendaftaran keluar pada waktu pejabat dan menandatangani buku
rekod pendaftaran keluar.

4. Kunci yang hilang akan diganti oleh pihak asrama dan penghuni akan dikenakan
tindakan membayar ganti rugi.

5. Penghuni hendaklah memindahkan barang-barang milik sendiri daripada
bilik/almari dalam ruangan umum. Sebarang alat dan benda yang
ditinggalkan dianggap tidak diperlukan lagi dan Unit Hal Ehwal Pelajar
KAQSA boleh membuangnya.

Q. Peraturan Keselamatan, Kebakaran Dan Bantuan Kecemasan

1. Penghuni yang ternampak punca api hendaklah bertindak dengan bijaksana untuk

memadamkannya atau berhubung terus dengan warden atau Jabatan Bomba dan

Penyelamat. Penghuni hendaklah keluar dari bilik dan berkumpul di tempat yang

selamat.

BIL JENIS KEBAKARAN JENIS ALAT PEMADAM API

1 Kebakaran dari bahan kayu dan fabrik Gunakan alat pemadam Api (Fire

Extinguisher)

2 Kebakaran dari cecair yang Gunakan alat pemadam api yang
Karbo
mudah terbakar mengandungi Foam dan n

Dioksida Api yang
Gunakan Alat Pemadam

3 Kebakaran yang berpunca dari api mengandungi Foam, Karbon Dioksida
dan Bahan Kimia

2. Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat nyamuk,
pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan kebakaran
berlaku TIDAK dibenarkan.

3. Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, penghuni hendaklah
menghubungi Warden/Unit Hal Ehwal Pelajar/Pengetua sekiranya berlaku
kecemasan yang memerlukan rawatan. Sekiranya Warden/Unit Hal Ehwal
Pelajar/Pengetua tidak dapat dihubungi, pelajar bolehlah menghubungi mana-mana
ahli MPP atau ketua rumah masing-masing.

4. Warden bertanggungjawab menghantar penghuni yang berkenaan ke hospital/klinik
yang berdekatan sekiranya tiada perkhidmatan ambulan.

5. Jika penghuni sakit, rakan sebilik atau searasnya bertanggungjawab melaporkannya
kepada AJK asrama dan seterusnya melaporkan kepada warden.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 8

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020
6. Pihak Pentadbiran KAQSA akan menggeluarkan surat pengesahan bagi urusan

kemasukan penghuni ke wad hospital/ klinik.

7. Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman atau
ugutan hendaklah melaporkan segera kepada Warden Asrama atau Unit Hal Ehwal
Pelajar.

R. Peraturan Keluar Masuk Harian, Hujung Minggu Dan Cuti Umum

1. Semua penghuni asrama yang keluar dari kawasan asrama atas urusan harian
dikehendaki masuk semula ke asrama sebelum jam 7.00 malam pada hari yang
sama.

2. Penghuni asrama TIDAK dibenarkan bermalam di luar asrama.

3. Penghuni DIMESTIKAN merekod maklumat yang dikehendaki di Buku
Keluar/Masuk Asrama yang telah disediakan.

4. Semua penghuni asrama yang ingin bermalam di luar kampus pada hujung minggu
cuti umum atau cuti pendek dikehendaki merekod dalam Buku Keluar Masuk
Asrama dan mendapat kebenaran daripada warden, dan dikehendaki masuk
semula ke asrama tidak lewat dari jam 7.00 malam hari terakhir cuti.

5. Buku Keluar/Masuk Asrama akan disemak oleh Warden pada setiap hujung minggu
dan bila-bila dirasakan sesuai untuk membuat pantauan di asrama. Rekod buku
tersebut juga akan disahkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA.

6. Sekiranya Buku Keluar/Masuk didapati hilang atau rosak, penghuni asrama akan
dikenakan denda membayar ganti rugi.

7. Pelajar TIDAK dibenarkan meninggalkan asrama sekiranya ada aktiviti yang di
anjurkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar atau Kolej Al-Quran Sayyidina Ali.

S. Kebenaran Pulang Ke Kampung/Rumah Masing-Masing

1. Pelajar hanya DIBENARKAN pulang ke kediaman masing-masing 2 hari setiap
bulan mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Sekiranya terdapat kecemasan atau urusan mustahak yang mengkehendaki pelajar
pulang ke rumah atau ke tempat yang dituju, pelajar perlu mengisi Borang
Kebenaran Pulang ke Kampung dengan memaklumkan pada Warden/Unit Hal
Ehwal Pelajar/Pengetua terlebih dahulu.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 8

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020

T. Kelas Murajaah Malam
1. Waktu Murajaah adalah pada setiap hari bermula pada jam 7.00 malam sehingga
10.30 malam.

2. Pelajar (banin) yang hadir ke kelas murajaah dikehendaki mencatat kehadiran pada
Buku Kehadiran Kelas Murajaah yang ada pada Warden Lelaki.

3. Pelajar perlu pulang ke asrama sebelum jam 11.00 malam setelah selesai Kelas
Murajaah.

U. Solat
1. Pelajar BANIN diwajibkan menunaikan solat fardhu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan
Subuh secara berjemaah di surau KAQSA setiap hari.
2. Pelajar BANAT diwajibkan menunaikan solat fardhu Zohor dan Asar di Masjid
Sayyidina Ali dan solat fardhu Maghrib, Isyak dan Subuh secara berjemaah di
asrama setiap hari.
3. Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar dikehendaki menunaikan Solat Terawih
secara berjemaah di surau KAQSA.

U. Riadah
1. Semua kegiatan sukan hendaklah bermula selepas waktu solat Asar (jam 5.00 petang)

dan hendaklah berakhir pada jam 6.30 petang. Pakaian pada waktu riadah hendaklah
bersesuaian, menutup aurat dan tidak menjolok mata.

2. Aktiviti sukan hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan.

3. Pelajar TIDAK DIBENARKAN melakukan aktiviti sukan atau riadah di kawasan asrama.

W. Sopan Santun
1. Pelajar diwajibkan menunjukkan sikap bersopan santun dengan sesiapa sahaja.
Sentiasalah bertegur sapa/memberi salam/hormat menghormati/menunjukkan
sikap berkerjasama dan bantu membantu.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 8

PERATURAN KHAS ASRAMA KAQSA 2020
Punca Kuasa

1. Peraturan Tatatertib Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Tahun 2011
Pindaan Tahun 2020

Pertikaian
Jika berlaku sebarang pertikaian berhubung pemakaian dan penguatkuasaan peraturan-
peraturan atau sub peraturan di atas, maka keputusan Jawatankuasa Tatatertib akan
digunapakai sebagai pemutus tindakan.

Unit Hal Ehwal Pelajar KAQSA 8


Click to View FlipBook Version