The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by antalogi_zam, 2023-09-13 11:51:13

DIALOG PRESTASI BIL 2 SKSK 2023_2024

DIALOG PRESTASI BIL 2 SKSK 2023_2024

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK” Ruj Kami : SKSK(KUR)06/03/001 JLD.2( ) Ruj.Tuan : Tarikh : 12.06.2023 Jawatankuasa Induk Kurikulum SK Sungai Kepar Tuan, NOTIS DIALOG PRESTASI BIL 2 SESI 2023/2024 Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 19 Jun 2023 Hari : Isnin Masa : 1.45 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SKSK 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Pembentangan dan Pengesahan Dialog Prestasi Kurikulum Bil.1 Tahun 2023/2024 2.3 Perkara- Perkara Berbangkit 2.4 Perkara-Perkara yang Dibincangkan: 2.4.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2.4.2 Pelaksanaan Pendekatan Bertema 2.4.3 Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA)2023 2.4.4 Pertandingan Ko Akademik 2.5 Program Inklusif PPKI 2.6 Pusat Sumber Sekolah (NILAM) 2.7 Hal –Hal Lain 2.8 Ucapan Penangguhan 3. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut. Kerjasama dan komitmen daripada semua warga SKSK didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ….……………………… (NORHAZWANI BINTI KHAMIS) Setiausaha Kurikulum SK Sungai Kepar ‘ “PERAK SEJAHTERA 2030” SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KEPAR 34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEKOLAH : ABA3033 TEL/ FAX: 05-8902064


1 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KEPAR 34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGOL PERAK DIALOG PRESTASI JAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 2 2023/2024 Tarikh : 19 Jun 2023 (Isnin) Masa : 1.45 petang Tempat : Billik Mesyuarat SK Sungai Kepar Pengerusi : En. Sudirman Bin Saad Turut Hadir Bersama : Kehadiran : BIL. NAMA JAWATAN 1 EN. SUDIRMAN BIN SAAD PK PENTADBIRAN 2 PN. HJH. NORIHAN BINTI YUSOF PK HAL EHWAL MURID 3 PN. RAZELAH BINTI ABDULLAH PK KOKURIKULUM 4 PN. NORHAZWANI BINTI KHAMIS SU KURIKULUM, SU KBAT & i -Think 5 EN. PRABAKARAN A/L RAVIDAS SU PENGURUSAN PEPERIKSAAN, PENILAIAN & PENTAKSIRAN (PBS), SU PBD, KP PANITIA BI 6 EN. ABD. MALEK BIN MAT SU PENJAMINAN KUALITI PBS, SU PAJSK, KP PJK 7 PN. NOORIAH BINTI YAACOB SU KECEMERLANGAN AKADEMIK 8 PN. NASHIAH BINTI RAZALI SU PENINGKATAN PROFESIONALISME PDP GURU (PLC), GURU PEMULIHAN KHAS 9 EN. AHMAD AZIZI BIN MUMAMAD SU JADUAL WAKTU 10 PN. HJH. NORLIA BINTI OTHMAN SU MBMMBI (6P) 11 PN. MARZIAH BINTI ISMAIL SU JAWI AL-QURAN FARDU AIN (j-QAF) 12 PN. NOR LAILI BINTI NAYAN GURU MEDIA 13 EN. MOHD NIZAM BIN HUSSAIN KP PANITIA MATEMATIK 14 PN. NORHAYATI BINTI MOHAIDIN KP PANITIA SAINS 15 PN. HAMIDAH BINTI MOHD TAJUDDIN KP PANITIA REKA BENTUK TEKNOLOGI 16 PN. NAEMAH BINTI KAMIS KP PANITIA BAHASA MELAYU


2 17 PN. HJH. FADILAH BINTI SAARI KP PANITIA BAHASA ARAB 18 PN. JUNAIDAH BINTI ABDUL RAOF KP PANITIA SEJARAH 19 EN .ABDUL HALIM BIN MD. SAAD KP PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 20 EN. MOHD NOOR FAIZAL BIN YAACOP KP PANITIA MUZIK 21 PN. AIN SHAZWANI BINTI HARON PENYELARAS PRA SEKOLAH 22 PN. NORFAISZAH BINTI OTHMAN SU KURIKULUM PPKI 23 PN. CHITRA A/P SHANMUGAM 24 EN. FADZIL BIN SIDIK 25 PN. IRDAWANI BINTI ZAKARIA 26 PN. KHUSAILY BINTI ABDOL MOIN 27 EN. MOHD SHAHIRWAN BIN ABU BAKAR 28 PN. NOOR SHAHIRAH AZEMI BINTI AYUB 29 PN. NOR HASLINA BINTI MOHD HANIF 30 PN. NORADZIMAH BINTI ZAKARIA 31 PN. SABARIAH BINTI JAMALUDDIN 32 PN. SITI JAMILAH BINTI ABU HASSAN 33 PN. NORHAYANA BINTI MOHD TAHIR 34 PN. NORMALA BINTI AHMAD 35 PN. ZULIA BINTI AZNUNI 36 PN. ROZANA BINTI RADZALI 37 PN. NORMALA BINTI ABDUL RAHMAN


3 GURU TIDAK HADIR: BIL GURU TIDAK HADIR JAWATAN SEBAB 1 EN. MOHAMAD SAUFI BIN SAIDIN GURU BESAR Menunaikan Haji 2 PN. ASZIMAH BINTI ZAKARIA PK PENDIDIKAN KHAS Persiapan tempat Pertandingan Merentas Desa PPKI Kerian 3 EN. AZIZ BIN ISMAIL SU PSIKOMETRIK, GURU BIMBINGAN & KAUNSELING (BKK), KP PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL & PEND. MORAL Menunaikan Haji 4 EN. MOHAMAD SUKRI BIN ABDUL LATIP GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM CRK 5 EN. MOHD HAFIZ BIN ROZALI GURU DATA/iCT Takraw 6 PN. NURUL HUSNA BINTI KAMARUDDIN PEN SU KURIKULUM, SU PENCERAPAN PDPC Cuti Bersalin 7 PN. NANI RAHAYU BINTI BADAWI GURU PPKI Kursus AGENDA MESYUARAT: 1. Ucapan Pengerusi 2. Pembentangan dan Pengesahan Dialog Prestasi Kurikulum Bil.1 Tahun 2023/2024 3. Perkara- Perkara Berbangkit 4. Perkara-Perkara yang Dibincangkan: • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) • Pelaksanaan Pendekatan Bertema • Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA)2023 • Pertandingan Ko Akademik 5. Program Inklusif PPKI 6. Pusat Sumber Sekolah (NILAM) 7. Hal –Hal Lain 8. Ucapan Penangguhan AGENDA MESYUARAT : AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI 1.1Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al fatihah untuk mendapat keberkatan. Encik Sudirman Bin Saad selaku pengerusi mesyuarat JKKS Bil.2 2023/ 2024 mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua panitia,semua Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan seterusnya semua guru kerana dapat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil. 2 bagi tahun 2023/2024. 1.2 Beliau mengingatkan semua guru bahawa samada guru dari aliran Perdana ataupun aliran PPKI adalah merupakan satu badan atau institusi maka kita perlu merancang aktiviti atau program untuk kemenjadian murid sesuai dengan situasi. 1.3 Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas usaha dan komitmen


4 dalam menjalankan amanah yang diberikan dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2022/2023. 1.4 Beliau juga berharap agar semua guru dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap bagi menyampaikan PdPc untuk kemenjadian murid. 1.5 ABC (Anak Baik lagi Cerdik) -melahirkan anak didik yang cemerlang akademik dan sahsiah seterusnya dapat menyumbang kepada kemenjadiaan murid SK Sungai Kepar. Tindakan dan Makluman AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU 2.1 Pn. Norhazwani Binti Khamis selaku Setiausaha Kurikulum membentangkan minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 2023/2024 bertarikh 13 Mac 2023. 2.2 Minit Mesyuarat Kurikulum/ Dialog Prestasi Bil.1 Tahun 2023/2024 telah dibentang dan diterima tanpa pindaan. Pencadang : Ustaz Abdul Halim Bin Md. Saad Penyokong : Puan Junaidah Binti Abdul Raof Tindakan dan Makluman AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT 3.1 Agenda 5.3.5 Guru Kelas, Penolong Guru Kelas dan Penyelaras tahun 2023/2024: 3.1.1 Encik Sudirman selaku pengerusi mesyuarat merangkap PK Pentadbiran berharap agar kekurangan seorang lagi guru Bahasa Inggeris dapat segera diatasi kerana masalah kekurangan guru itu boleh merencatkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, sekali gus mengundang risiko pelajar tercicir daripada aliran pendidikan nasional. Tindakan dan Makluman AGENDA 4: PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN 4.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) 4.1.1 Pentaksiran Bilik Darjah 4.1.1.1 PBD a) Semua guru perlu mengisi rekod PBD murid sehingga Jun b) Semua panitia perlu menyediakan JSI c) Semua guru perlu bersedia kerana pemantauan dari Pegawai PPD sedang dijalankan di Daerah Kerian 4.1.1.2 Pajsk a) Data Pajsk masih belum diisi atas sebab belum dibuka 4.1.1.3 Segak – telah selesai dilaksanakan 4.1.1.4 Psikometrik – masih belum dibuka. Tindakan dan Makluman


5 4.1.2 Resolusi Konvensyen Libat Urus PBS 2023 4.1.2.1 Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan inisiatif KPM untuk memantapkan hasrat sistem pentaksiran kebangsaan yang bersifat holistik. Susulan daripada pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan Tiga mulai tahun 2022, KPM memberi tumpuan kepada PBS melibatkan empat (4) komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang direka bentuk selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) tercapai. 4.1.2.2 Konvensyen Libat Urus Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) Tahun 2023 telah diadakan secara bersemuka di Hotel Wyndham Acmar, Klang selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 Jun melibatkan guru, ibu bapa, pemegang taruh dan masyarakat umum untuk membincangkan isu dan perkara berkaitan PBS secara lebih terbuka. 4.1.2.3 Konvensyen libat urus ini merupakan satu landasan penting untuk KPM melihat keberkesanan dan impak pelaksanaan PBS serta penambahbaikan yang perlu dilakukan. Paling penting untuk KPM memastikan agar dalam setiap pembaharuan atau dasar yang diperkenalkan termasuk infrastruktur dan ekosistem perlu disediakan sebaik mungkin dalam mendukung hasrat KPM agar murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. 4.1.2.4Konvensyen ini telah berjaya menghasilkan 12 resolusi yang dipersetujui: 1. PBS diteruskan dengan penambahbaikan. 2. Latihan dalam pentaksiran perlu diberikan kepada pelaksana dan bakal pelaksana pentaksiran bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam mentadbir, mengurus, mentaksir dan melaksanakan intervensi. 3. Meningkatkan kapasiti dan keupayaan teknologi terkini dalam pentaksiran. 4. Kaedah dan pelaksanaan pentaksiran psikometrik perlu ditambah baik supaya data dan maklumat yang diperoleh adalah tepat, bermakna dan boleh dimanfaatkan untuk peningkatan perkembangan murid. 5. Menempatkan guru kaunseling sepenuh masa di semua sekolah. 6. Penglibatan murid dalam semua peringkat aktiviti dalam dan luar negara diberi pengiktirafan dalam PAJSK. 7. Autonomi diberikan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara fleksibel. 8. Meningkatkan kefahaman ibu bapa/penjaga dalam pelaksanaan PBS.


6 9. Sekolah perlu mempunyai pakar rujuk pentaksiran yang diktiraf oleh badan yang mempunyai autoriti dalam pentaksiran. 10.Ujian Akhir Sesi Akademik dimansuhkan dan sekolah terus diberi autonomi dalam pelaksanaan pentaksiran sumatif. 11. Perkara yang ditaksir dalam PBS adalah konstruk yang berkaitan dengan perkembangan potensi sebagai mana hasrat FPK dan seiring konsep Anak Baik lagi Cerdik, Karamah Insaniah dan objektif serta matlamat pembelajaran abad ke 21. 12. Untuk memperkasa PBS perkara-perkara berikut hendaklah direalisasikan: I) Pemastian siapa, mengapa dan apa yang ditaksir harus dilakukan pada PBS; II) Penjagaan ciri-ciri Psikometrik, Insanometrik dan kerangka III) Pensejajaran PBS dengan Incheon Declaration: Education 2030 IV) The Characteristics of the 21st Century Assessment, V) Pensejajaran PBS dengan Assessment Trends in Education A Shift to Assessment For Learning VI) Pensejajaran PBS dengan Declarations 2050 – Learning To Become VII) Membangunkan Ekosistem Pentaksiran VIII) Lembaga Peperiksaan menyediakan tangga keprofesionalan pentaksiran IX) KPM membangunkan makmal pentaksiran X) Lembaga Peperiksaan sebagai Autoriti Pentaksiran (Amalan, Agensi & Pengamal). 4.2 Pelaksanaan Pendekatan Bertema 4.2.1 Pelaksanaan pendekatan bertema dijadikan agenda tetap dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 4.2.2 Guru mata pelajaran melaksanakannya mengikut ketetapan tarikh/minggu instruksional yang telah dirancang ketika proses pemetaan RPT. Penyelaras mendokumentasikan setiap data yang diperolehi bagi tujuan pengumpulan data dan rujukan oleh pihak sekolah dan pihak yang berkenaan. 4.2.3 Setiap mata pelajaran akan menggunakan subtema berbeza berdasarkan tema utama yang sama dan dilaksanakan dalam mata pelajaran masing-masing. Pengajaran adalah untuk mencapai Standard Pembelajaran masing-masing tetapi menggunakan Subtema sebagai medium bagi mencapai Standard Pembelajaran tersebut


7 4.2.4 Semua guru perlu menghantar laporan pdpc Pendekatan Bertema dalam bentuk one page report (bergambar), CIDs atau RPH kepada PKP bagi tujuan dokumentasi mengikut perancangan sekolah iaitu bertemakan ‘Hari Sukan Negara’ yang akan berlangsung pada bulan Oktober. Tindakan dan Makluman 4.3 Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA)2023 4.3.1 Ujian Pertengahan Tahun Sesi Akademik(UPSA 2023) akan melibatkan murid tahap 2 sahaja. 4.3.2 Semua mata pelajaran terlibat termasuk RBT,PJPK,Muzik dan PSV. 4.3.3 UPSA akan dilaksanakan atau dinilai semasa pdpc. 4.3.4 Pengerusi mencadangkan tarikh UPSA pada 15 Ogos 2023 sehingga 18 Ogos 2023. 4.3.5 Guru yang terlibat perlu menghantar soalan sebelum atau pada 11 Ogos 2023 bagi tujuan fotocopy. 4.3.6 Guru yang lewat menghantar soalan boleh menghantar soalan sendiri ke kedai untuk difotocopy. Tindakan dan Makluman 4.3.7 Ketua panitia perlu membuat analisis PBD dan UPSA bagi mata pelajaran masing-masing serta mengenalpasti dan menyenaraikan nama murid yang belum menguasai tahap minimum(BMTM)serta berbincang untuk melaksanakan intervensi. Tindakan: Ketua Panitia 4.4 Pertandingan Ko Akademik 4.4.1 Pengerusi berharap agar semua guru perlu set dalam diri dan cuba untuk buat habis baik. 4.4.2 Beliau juga mohon agar semua ketua panitia bersama-sama ahli lain untuk membantu melatih murid-murid untuk mencapai matlamat. Kerjasama sangat penting dalam kumpulan. Tindakan: Ketua Panitia AGENDA 5 : Program Inklusif (PPKI) 5.1 Puan Khusaily Binti Abdol Moin wakil guru Pendidikan Khas memaklumkan bahawa seramai 54 orang murid PPKI dan 7 murid Pra PPKI akan mengikuti pendidikan inklusif untuk aktiviti fizikal. Program akan berjalan pada hari Selasa dan Khamis pada jam 8.00 sehingga 8.30 pagi. 5.2 Murid akan mengikuti subjek Bahasa Melayu, PJPK dan Matematik. 5.3 Berharap agar semua guru dapat berikan kerjasama yang baik untuk Program Inklusif. Tindakan dan Makluma


8 AGENDA 6 : PUSAT SUMBER SEKOLAH - NILAM 6.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan berharap agar PSS lebih mantap terutamanya dalam Perlaksanaan NILAM. 6.2 Beliau juga berharap agar semua guru dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh komitmen untuk kemenjadian murid seterusnya untuk kecemerlangan sekolah. Perlaksanaan Nilam melibatkan guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tindakan dan Makluman AGENDA 7: HAL-HAL LAIN 7.1 KURIKULUM :Pengerusi menegaskan lagi bahawa CIDS atau Rekod Mengajar perlu dihantar terutamanya untuk pdpc hari Isnin bagi setiap minggu persekolahan atau selewatlewatnya sebelum waktu PdPc bermula bagi tujuan penyemakan oleh Guru Besar atau pentadbir yang terlibat. Semua guru juga perlu memastikan impak ditulis diakhir pdpc. 7.2 Semua guru perlu kemaskini e-operasi dengan kadar segera dan klik untuk pengesahan. Tindakan: Semua Guru 7.3 HEM : Aktiviti Minum Air Kosong secara serentak yang teramai di Malaysia akan dilaksanakan pada 4 Julai iaitu seramai 4 juta murid yang akan terlibat dan akan direkodkan ke dalam Malaysian Book of Records. 7.4 KOKURIKULUM: PK Koku memaklumkan terdapat 2 pertandingan daerah yang akan dijalankan iaitu Pertandingan Sepak Takraw (En. Hafiz & Ustaz Halim) dan Pertandingan Merentas Desa (En. Mohd Nizam & Pn. Nashiah). 7.5 Pasukan PPKI juga akan terlibat dalam Pertandingan Merentas Desa pada 20 Jun 2023 (Selasa) di Ban Pecah. AGENDA 8: UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Pesanan dan harapan 8.1.1 Harapan semua guru dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita sebaik mungkin bagi mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. 8.1.2 Segala usaha murni kita semua akan sentiasa dirahmati Allah dan akan mampu melahirkan anak didik yang berkualiti.


9 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-Asr. Disediakan oleh, Disemak oleh, .......................................................... ..................................................... (NORHAZWANI BINTI KHAMIS) (SUDIRMAN BIN SAAD) Setiausaha Kurikulum SKSK 2023/2024 PK Pentadbiran SKSK 2023/2024


Click to View FlipBook Version