DENGAN SIRI NILAI MURNI
SUKU
KATA KISAH SI
BERUANG YANG
BERHATI BATU
NOOR SYAHIRAH BINTI ROSLI
ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN KEMAHIRAN BERFIKIR
KISAH SI BERUANG YANG 4 ARAS TINGGI(KBAT)
5 KRAF TOPENG BERUANG
2 BERHATI BATU 6 RUJUKAN
3 NILAI MURNI
PENGENALAN
Buku cerita “Si Beruang yang berhati batu” ini mengisahkan seekor
anak beruang, Canzi yang sangat degil. Canzi tidak pernah mendengar
nasihat yang diberikan oleh ibunya. Di hujung minggu, Canzi berasa
bosan di rumahnya lalu keluar tanpa memberitahu ibunya ke hutan.
Ketika bersiar-siar di hutan, Canzi berasa lapar lalu ternampak sepohon
buah epal merah di tepi sungai. Tanpa berfikir, Canzi terus menuju ke
pohon buah epal dan memetik sebiji buah epal. Tiba-tiba, Canzi
tergelincir ke sungai yang berarus deras. Apakah tindakan ibu Canzi?
Buku cerita ini dibina berdasarkan nilai Pendidikan Moral Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu nilai kasih sayang.
Di Kampung Beluncai, terdapat seekor anak beruang, Canzi yang
tinggal bersama ibunya di rumah. Canzi seorang anak yang sangat
degil. Dia suka melakukan perkara sesuka hati tanpa memikirkan
akibat daripada perbuatan tersebut. Ibunya sering memberikan
nasihat tetapi tidak didengarinya.
KAMPUNG
BELUNCAI
Canzi juga sering melepak di rumah kawannya hingga lewat malam. Di rumah,
Ibunya kelihatan sangat risau lalu terus bertanya kepada Canzi. “Kemana
kamu pergi hari ini? Kenapa kamu sering pulang lewat?“ Aduh ibu! sibuklah!
semua nak ambil tahu! saya dah besar!” jawab Canzi dengan kasar. “Berapa
kali ibu pesan jangan pulang lewat. Nanti kalau apa-apa jadi, Ibu yang susah”
kata ibu Canzi. Canzi terus berlalu ke biliknya tanpa menghiraukan nasihat
ibunya. Ibunya kelihatan sangat sedih melihat perbuatan Canzi yang sangat
nakal itu.
Pada keesokan harinya, Canzi keluar bersiar-siar di hutan tanpa memberitahu
ibunya. Tiba-tiba, Canzi ternampak pemburu haiwan yang cuba menangkapnya
di hutan. Canzi berlari dengan pantas. “Aduh, bagaimanakah pemburu ini
boleh melihat aku” kata Canzi. Pemburu hutan itu kelihatan masih mencari
Canzi. “Aku akan cari beruang itu sampai dapat” kata si pemburu hutan
dengan bangga. Canzi kelihatan sangat takut lalu terus bersembunyi dibawah
pokok besar. Setelah melihat pemburu itu berlalu pergi dengan muka kecewa,
Canzi cepat-cepat berlari pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, Canzi ternampak kedai kek yang sangat sedap. “Wow, kedai kek!”.
Canzi masuk ke kedai tersebut lalu mengambil sepotong kek. Tanpa berfikir panjang, Canzi
makan kek tersebut sehingga kenyang. Setelah kenyang, Canzi mahu berlalu pergi tetapi
dihalang oleh tuan kedai, En Hion. “Kamu mahu kemana? Kamu masih belum bayar kek yang
telah kamu makan” kata En Hion kepada Canzi. Canzi membuat mimik muka yang sedih lalu
berbohong “Maaf En , saya sudah tidak makan tiga hari. Saya tidak ada duit”. En Hion berasa
sangat kasihan melihat keadaan Canzi lalu berkata “Tidak mengapalah, Hari ini saya maafkan
kamu tetapi kamu kena berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi. “Saya berjanji tidak
akan ulang perbuatan ini lagi”. Canzi berlalu pergi dengan perasaan gembira. Canzi masih tidak
kesal diatas perbuatan yang dilakukan.
Di rumah, ibunya kelihatan penat berkerja. Canzi pulang tanpa menoleh
kepada ibunya. Ibunya kelihatan sakit lalu terus memangil nama Canzi.
“Canzi!!! tolong ambil ubat di dalam peti sejuk” pinta ibunya. Canzi keluar dari
biliknya lalu berkata” Ambil sendirilah ibu! Saya baru sahaja pulang!”. “ Ibu
penat berkerja untuk kamu. Kamu sedikit pun tidak kisah”. Jawab ibunya
dengan suara yang sedih. Canzi terus masuk ke bilik tanpa menghiraukan
keadaan ibunya yang sedang sakit. Ibu Canzi berasa sangat sedih kerana
Canzi tidak pernah mendengar nasihat yang diberinya.
Pada hujung minggu, Canzi berasa sangat bosan di rumahnya lalu keluar sekali lagi
tanpa memberitahu ibunya ke hutan. Di hutan, Canzi berjalan-jalan sehingga lewat
petang tanpa menghiraukan ibunya yang kelihatan sangat risau di rumah. Setelah
bersiar-siar di hutan, Canzi berasa lapar lalu ternampak sepohon buah epal merah
di tepi sungai. “ Emm, sedapnya buah epal ini”.kata Canzi .Tanpa berfikir panjang,
Canzi terus menuju ke pohon buah epal untuk memetik sebiji buah epal. Tiba-tiba,
Canzi tergelincir ke dalam sungai yang berarus deras . “Tolong !!Tolong!! Jerit Canzi
dengan kuatnya.
Setelah menyedari waktu menjelang malam, ibunya keluar
mencari Canzi di hutan. Ibunya terdengar bunyi suara yang
sedang meminta tolong berhampiran dengan sungai. “ Tolong!!
Tolong!!! “ Jerit anak itu dengan suara yang cemas. Ibunya
bergegas menuju ke sungai lalu terkejut melihat anaknya yang
hampir lemas.
Ibu Canzi berasa berbelah bahagi kerana teringat kejadian yang berlaku
kepada bapanya Canzi yang mati lemas di sungai ketika pulang dari bekerja.
Ibunya termenung seketika kerana trauma kejadian tersebut. Tanpa
melengahkan masa, ibunya mengambil sebatang kayu yang besar di pohon
buah epal lalu memberikan kepada anaknya yang kelihatan sangat lemah.
Setelah sampai di rumah, Canzi berasa kesal diatas segala tindakannya lalu memohon
maaf kepada ibunya. “Saya minta maaf, Ibu. Saya sangat kesal tidak mendengar nasihat
ibu.” kata Canzi dengar suara yang sayu. “Tidak mengapa, janji dengan ibu jangan
bersiar-siar tanpa pengetahuan ibu lagi”. Kata ibunya dengan suara yang lembut. Canzi
mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana berani mengadaikan nyawanya demi
menyelamatkan dirinya daripada lemas lalu terus memeluk ibunya dengan penuh
keikhlasan.
Setelah daripada kejadian itu, Canzi menjadi anak yang sangat taat
kepada ibunya. Canzi meminta izin untuk keluar kemana-mana
sahaja. Dia juga tidak sering pulang malam dan sentiasa menolong
ibunya membuat kerja rumah.
❑ Kita perlulah NILAI MURNI Kita janganlah bersikap
menyanyangi ibubapa berbohong kerana boleh
kerana mereka sudah Kita juga haruslah menghilangkan kepercayaan
sentiasa meminta izin seseorang terhadap diri
bersusah payah kepada ibubapa untuk
membesarkan kita pergi ke suatu tempat sendiri.
❑ Kita juga hendaklah bagi mengelakkan
taat dan sentiasa musibah bahaya yang
mendengar nasihat
berlaku
yang diberikan oleh
ibubapa
KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI(KBAT)
APLIKASI Lakonkan tindakan yang perlu
ANALISIS diambil sekiranya melihat rakan
PENILAIAN anda melawan cakap orang tua
Bandingkan sikap En Hion dan Ibu
Canzi yang perlu diamalkan dalam
kehidupan seharian
- Berikan pendapat anda tentang
sebab-sebab ibu Canzi menolong
anaknya yang hampir mati lemas di
sungai.
KRAF TOPENG
BERUANG
BAHAN-BAHAN PANDUAN MELAKUKAN
KRAF TOPENG KRAF TOPENG BERUANG
BERUANG 1)Ambil bekas yang berbentuk bulat lalu tekapkan
menggunakan pensel ke atas kad manila berwarna coklat.
2 KAD MANILA BERWARNA COKLAT DAN
HITAM, CAWAN KECIL, BEKAS BERBENTUK 2) Ambil cawan kecil berbentuk bulat kecil lalu tekapkan
menggunakan pensel ke atas kad manila berwarna coklat
BULAT, GUNTING, GAM,PENSEL,DUIT yang lain.
SYILING LAMA 5O SEN,PEN BERWARNA
3)Ambil duit syiling 50 sen lama lalu tekapkan menggunakan
pensel ke atas kad manila berwarna hitam
4)Potong kesemua bulatan tersebut menggunakan gunting
dengan kemas.
5) Gamkan bulatan berwarna coklat yang kecil di atas
bahagian bulatan berwarna coklat yang besar sebagai
telinga beruang
6) Gamkan dua kad manila berwarna hitam di tengah
bahagian bulatan berwarna coklat sebagai mata.
7) Ambil pen marker berwarna ,lukiskan mulut ,hidung
beruang dengan kemas.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia .2017.
Kurikulum Prasekolah Pendidikan
Kebangsaan, Putrajaya: Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Buku cerita “Si Beruang yang berhati batu” ini mengisahkan
seekor anak beruang, Canzi yang sangat degil . Canzi tidak
pernah mendengar nasihat yang diberikan oleh ibunya. Di
hujung minggu, Canzi berasa bosan di rumahnya lalu keluar
tanpa memberitahu ibunya ke hutan. Ketika bersiar-siar di
hutan, Canzi berasa lapar lalu ternampak sepohon buah epal
merahdi tepi sungai. Tanpa berfikir, Canzi terus menuju ke
pohon buah epal dan memetik sebiji buah epal. Tiba-tiba, Canzi
tergelincir ke sungai yang berarus deras. Apakah Tindakan
ibunya Canzi?
RM 10