BAHAS PIALA TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA DR. ABDUL RAHMAN ARSHAD TAHUN 2023 PIALA TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA DR. ABDUL RAHMAN ARSHAD TAHUN 2023 BAHASA INGGERIS Pertandingan ANJURAN BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEDANG, TANGKAK 25, 26 DAN 27 JUN 2023
KATA-KATA ALUAN PPD TANGKAK Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadirat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya,dapatlah kita bersama-sama di Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak. Saya amat bangga dengan komitmen para guru dan murid di bawah kelolaan JPN Johor dalam medan perdebatan ini. Usaha gigih setiap peserta untuk mengharumkan nama daerah dan sekolah ini harus dipuji kerana mereka telah melakukan yang terbaik demi sekolah masing-masing. Pertandingan Debat Bahasa Inggeris sebegini adalah satu wadah melahirkan pelajar yang berketrampilan dan lebih berani untuk berkomunikasi di khalayak ramai dengan mengguna bahasa kedua iaitu selain bahasa ibunda kita. Keberanian untuk berkomunikasi ini sangat penting dalam pasaran kerja pada masa kini. Melalui pertandingan ini juga, kita dapat mencungkil idea-idea baru daripada isu yang diperdebatkan serta dapat menambah pengetahuan baru. Pertandingan seperti ini sangat diperlukan dalam merealisasikan program Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) selari dengan inisiatif PPPM iaitu kemahiran dwibahasa. Selain itu, usaha menganjurkan program-program berilmiah seperti ini harus dipergiatkan untuk melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia apabila memasuki alam universiti kelak. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas komitmen dan semangat kerja yang tinggi dalam menganjurkan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad Peringkat Negeri Johor Tahun 2023. Sekian dan Salam Hormat ENCIK AZMAN BIN SAFII PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TANGKAK
Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Ia merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul (cadangan). Wakil Rakyat daripada Pihak Kerajaan hendaklah mengemukakan hujah untuk menyokong usul tersebut manakala Wakil Rakyat daripada pihak Pembangkang pula akan mencadangkan pihak dewan untuk menolak usul berdasarkan hujah yang telah diberi. Pihak Pembangkang (yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan dan menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Di dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam Persidangan Dewan Rakyat/Parlimen. PENDAHULUAN
Memberi peluang yang lebih luas kepada murid sekolah menengah daripada pelbagai kaum untuk menyertai aktiviti kokurikulum Bahasa Inggeris. Melahirkan murid yang mampu menjana buah fikiran yang kritis dan kreatif bersesuaian dengan isu-isu yang diketengahkan. Menyediakan sebuah platform untuk murid bersaing dan berhujah secara profesional dan sihat. Merealisasikan program Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan (MBI) selari dengan inisiatif PPPM iaitu kemahiran dwibahasa. OBJEKTIF
Banyak pihak semakin mempertikaikan kemenjadian murid di sekolah menengah berkaitan dengan keterampilan diri. Menyedari hakikat itu, usaha harus dilakukan supaya sekolah dapat dijadikan medan bagi membina keterampilan diri murid sebagai seorang yang berani mengemukakan dan mempertahankan pendapat tersebut. Kemahiran berhujah secara spontan yang diutamakan melalui format bahas ala parlimen lebih sesuai dan tepat dalam usaha kerajaan untuk melahirkan murid-murid yang pintar dan cerdas dari segi kebolehan mental yang membolehkan mereka bertindak secara aktif, kreatif, dan kritis. RASIONAL Murid sekolah menengah yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja kecuali Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) SASARAN
Penasihat En. Md Said bin Md Daimon Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengerusi En. Musa bin Atan Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor Timbalan Pengerusi En. Azman bin Safii Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak Setiausaha 1 Pn. Suhaila binti Ramli Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor Setiausaha 2 Pn. Tads Mahar binti Ibnu Hajar Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor Penolong Setiausaha En. Azmi bin Giman Penolong Pegawai Pendidikan Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak JAWATANKUASA INDUK
Ahli Jawatankuasa Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak Pejabat Pendidikan Daerah Muar Pejabat Pendidikan Daerah Segamat Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat Pejabat Pendidikan Daerah Kluang Pejabat Pendidikan Daerah Pontian Pejabat Pendidikan Daerah Mersing Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Daerah Kulai Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang JAWATANKUASA INDUK
Penasihat En. Musa bin Atan Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengerusi En. Azman bin Safii Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak Setiausaha Pn. Suhaila binti Ramli Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor Penolong Setiausaha En. Azmi bin Giman Penolong Pegawai Pendidikan Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak Penyelaras Tn. Haji Kamaruddin Bin Mustafa Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMJK Pei Hwa JAWATANKUASA PENGELOLA
AJK Urusetia dan Pendaftaran SMJK Pi Hwa AJK Persiapan Tempat Pertandingan SMK Ledang AJK Persiapan Dewan dan Pentas Utama SMK Tengku Mahmud Iskandar AJK Majlis Perasmian Penutup SMK Tun Mamat AJK Teknikal Pertandingan SMA Shamsuddiniah AJK Pertandingan SM Sains Muar AJK Hadiah, Sijil dan Cenderamata SMJK Pei Hwa AJK Buku Program SMK Seri Tangkak AJK Siaraya SMJK Pei Hwa AJK PA Sistem dan Audio SMK Ledang dan Unit ICT PPD Tangkak JAWATANKUASA PENGELOLA
AJK Jamuan VIP dan Tetamu SMA Darul Ulum AJK Kawalan Keselamatan dan Disiplin SMK Lughatul Quran AJK Multimedia dan Fotografi SMK Sagil AJK Dokumentasi SMJK Pei Hwa JAWATANKUASA PENGELOLA
SENARAI PASUKAN
TENTATIF PERTANDINGAN
TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN RASMI Tarikh : 27 Jun 2023 Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Dato' Hj Abdul Ghani Othman, SMK Ledang Masa Perkara 2.00 petang : Ketibaan tetamu jemputan dan para peserta pertandingan 2.30 petang : Ketibaan perasmi Nyanyian Lagu Bangsa Johor Nyanyian Lagu Negaraku Persembahan 1 Bacaan Doa Ucapan alu-aluan Persembahan Multimedia (sorotan aktiviti) Ucapan Penutupan Rasmi Oleh; En. Azman bin Safi Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak Penyampaian Sijil Penghargaan Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah Kemenangan 4.00 petang : Bersurai
JADUAL PERTANDINGAN MATCHUPS FOR ROUND 1 MATCHUPS FOR EACH ROUND
SEKALUNG PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: Jabatan Prndidikan Negeri Johor Pejabat Pendidikan Tangkak Pejabat Pendidikan Muar Pejabat Pendidikan Kulai Pejabat Pendidikan Kluang Pejabat Pendidikan Pontian Pejabat Pendidikan Segamat Pejabat Pendidikan Mersing Pejabat Pendidikan Batu Pahat Pejabat Pendidikan Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Johor Bahru Pejabat Pendidikan Pasir Gudang Semua Ahli Jawatankuasa Pengelola dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan bahas ini.
Terima Terima kasih! kasih!