The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengenai perjuangan Tun Dr Hjh Fatimah dalam politik sehingga dilantik menjadi Menteri Kabinet Wanita Pertama dalam Jemaah Menteri Tunku Abdul Rahman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10466944, 2021-04-06 09:45:48

Jiwa Seorang Negarawan : Tun Dr Hjh Fatimah binti Hashim

Mengenai perjuangan Tun Dr Hjh Fatimah dalam politik sehingga dilantik menjadi Menteri Kabinet Wanita Pertama dalam Jemaah Menteri Tunku Abdul Rahman

Keywords: SK Pintas Raya,Bimbingan dan Kaunseling,Sejarah,Tokoh Negara,Sekolah Rendah

JIWA
SEORANG
NEGARAWAN

BIOGRAFI
TUN DR. HAJAH FATIMAH BINTI

HASHIM

KANDUNGAN

BIODATA PENULIS I
PENDAHULUAN 2
BIODATA NEGARAWAN MALAYSIA 3
PENDIDIKAN 4
PETIKAN: MAJALAH WANITA 5-6
BUKU BIOGRAFI: TUN FATIMAH HASHIM 7
PETIKAN: BERITA HARIAN 8-9
PETIKAN: NEWS SUNDAY TIMES 10
KERJAYA 11-12
SUMBANGAN 13
NILAI KEPIMPINAN 14
ANUGERAH DAN PENGHARGAAN 15
HILANG SEBUTIR PERMATA NEGARA 16
PENUTUP 17
SUMBER RUJUKAN 18

BIODATA
PENULIS

◦ NAMA PESERTA: Nur Qaseh Qistina Binti Julpi
◦ KELAS: 6 Cerdik
◦ ALAMAT E-MAIL: [email protected]
◦ NAMA SEKOLAH: Sekolah Kebangsaan Pintas

Raya
◦ ALAMAT SEKOLAH: KM 17, Jalan Kluang,

Kampung Tunggul Hitam, 86400 Parit Raja, Johor

PENDAHULUAN

Tun Fatimah dilahirkan pada

25 Disember 1924 di Parit Keroma, Muar, Johor. Tun
Fatimah merupakan anak ketiga daripada 24 orang
adik-beradik. Sejak dari kecil Tun Fatimah dijaga oleh
ibu saudara yang bernama Puan Habsah . Suami Puan
Habsah ialah Encik Marwi, seorang bilal.

Tun FatimahDisebabkan itu, mendapat didikan agama yang secukupnya

dari bapa angkatnya itu. Semasa Tun Fatimah berusia 13 tahun, ibu saudaranya meninggal dunia.
Oleh yang demikian, bapa angkatnya menghantar semula beliau kepada keluarga asalnya di
Mersing. Sewaktu di sekolah beliau telah menunjukkan sifat kepimpinan sehingga beliau dilantik
menjadi ketua darjah dan ketua murid perempuan.

Tun FatimahSifat kepimpinan dan kewibawaan telah membawa beliau

menyertai UMNO pada tahun 1945. Tun Fatimah telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Wanita
Pertama dalam Jemaah Menteri Tunku Abdul Rahman yang memegang portfolio Menteri Kebajikan
dari tahun 1969 - 1973. Beliau memegang kepimpinan Kaum Ibu UMNO (kini dikenali sebagai
Wanita UMNO) selama 16 tahun (1956 - 1972). Beliau menyertai UMNO pada tahun 1947 ketika
berusia awal 20-an sebagai ahli UMNO yang ke-315. Beliau dilantik sebagai Ketua Kaum Ibu yang
keempat menggantikan Khatijah Sidek.

BIODATA
NEGARAWAN

MALAYSIA

LAHIR BUTIRAN PERIBADI
MENINGGAL DUNIA
25 Disember 1924
Parit Keroma, Muar, Johor

9 Januari 2010 (umur 85)

TEMPAT PERSEMADIAN Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur

BANGSA Melayu

PARTI POLITIK Parti Perikatan
PASANGAN UMNO

Tan Sri Abdul Kadir Yusof

ANAK-ANAK Datin Mariam
Mohamed Shah
Prof Dato' Dr Khalid
Datuk Ali
Abdul Karim
Faridah

PENDIDIKAN

Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar
Sekolah Melayu Perempuan Mersing
Mempelajari bahasa Inggeris dari seorang guru Sekolah Convent Johor Bahru.

JAWATAN

TAHUN JAWATAN

1970 - 1972 Menteri Kebajikan Am

1959 - 1974 Anggota Parlimen Malaysia untuk Jitra-Padang Terap, Kedah
1959 - 1963
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Jitra-Padang
Terap, Kedah

PENDIDIKAN

Tun Fatimah menerima

pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Parit
Keroma, Muar, kerana ketika itu belum ada sekolah
untuk murid perempuan di kampung tersebut.
Beliau kemudian menyambung pelajarannya di
Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan belajar
Bahasa Inggeris di sekolah malam dengan seorang
Guru Sekolah Convent Johor Bahru.

Tun Fatimah mula Beliau pernah menerima latihan perguruan
yang dihadirinya pada tiap-tiap hari Sabtu
menunjukkan minat terhadap kerja-kerja di Sekolah Perempuan Mersing selama dua
kebajikan sejak di bangku sekolah lagi. tahun, tetapi beliau tidak mendapat peluang
Semasa bersekolah, beliau seorang murid menjadi guru kerana tercetusnya Perang
yang aktif dan pernah menjadi ketua darjah Dunia Kedua. Walaupun begitu, beliau
dan ketua kumpulan Sekolah Melayu pernah mengajar di Sekolah Perempuan
Perempuan Mersing, Ketua Kumpulan Mersing bagi menggantikan guru-guru yang
(murid perempuan) kegiatan berkebun bercuti atau sakit.
sayur, dan ketua rombongan pasukan
senaman sekolah-sekolah negeri Johor di
Sekolah Air Molek.

PETIKAN: MAJALAH
WANITA (Mac 2010)

Mengetuai barisan utama
sewaktu memeriksa

perbarisan Persatuan Bulan
Sabit Merah

Mempengerusi
mesyuarat ketika
menyandang Menteri
Kebajikan AM

PETIKAN: MAJALAH
WANITA (Mac 2010)

BUKU BIOGRAFI: TUN
FATIMAH HASHIM (2007)

Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Ipoh -Mengelembu, 1956

PETIKAN: BERITA
HARIAN (28.8.2006)

PETIKAN: BERITA
HARIAN (28.8.2006)

PETIKAN: NEWS SUNDAY
TIMES (30.8.2009)

TAHUN KERJAYA
1947
JAWATAN
1956
11 September 1956 i.Menyertai UMNO ketika berusia 21 tahun
hingga 1972 ii. Anggota Pergerakan Kaum Ibu (UMNO)

1959 Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru
sebagai Bendahari
20 Mei 1969 iii. Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru

Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak
dan Ketua Bahagian Ipoh

i.Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya
menggantikan tempat Khadijah Sidek

ii.Naib Yang Dipertua UMNO Malaysia
iii. Mendapat kerusi dalam Jawatankuasa Majlis

Kerja Tertinggi UMNO

Menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-
Padang Terap dan telah memenangi kerusi
Parlimen bagi kawasan tersebut sebanyak tiga
kali berturut-turut

Menteri Kebajikan Am selama empat tahun

KERJAYA

TAHUN PERISTIWA

Jun 1969 Memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung
Chubadak dan Kampung Chempedak di Sentul yang
menjadi mangsa semasa Peristiwa 13 Mei. Sebanyak
1000 orang dilaporkan menerima bantuan seperti
makanan, pakaian dan pelbagai peralatan lain

Jun 1972 Beliau telah ditewaskan sebagai Ketua Wanita UMNO
oleh Senator Aishah Ghani dalam Perhimpunan Agung
UMNO

7 Julai 1972 Mengumumkan perletakkan jawatan sebagai menteri

tetapi akan kekal sebagai ahli parlimen bagi

kawasan Jitra/Padang Terap. Perkara ini telah

dimaklumkan kepada Tun Abdul Razak selepas

pembentangan bajet
Tun FatimahSelaku pemimpin wanita Melayu pertama menjadi Menteri,
sering kali

diundang memberi ucapan dan ceramah dalam seminar-seminar, forum dan persidangan-persidangan
yang dianjurkan oleh pelbagai pertubuhan samaada di dalam mahupun di luar negara. Antara mesyuarat
dan persidangan yang pernah dihadirinya ialah Perjumpaan Wanita Antarabangsa di Tehran pada
tahun 1965.

SUMBANGAN

Tun Fatimah juga aktif dalam gabungan pertubuhan-pertubuhan wanita yang
bertujuan untuk menangani persoalan-

pergerakan sosial terutamnya dalam persoalan wanita semasa. Sebagai Presiden

pertubuhan wanita. Pada tahun 1962, sebagai NCWO, Tun Fatimah telah mengikuti

Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO beliau beberapa persidangan wanita antarabangsa.

telah memulakan perayaan Hari

Wanita pada 25 Ogos iaitu perayaan yang Tun Fatimah telah dipilih
masih disambut pada hari ini. Selepas
pelancaran Hari Wanita, Majlis Kebangsaan sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal
Pertubuhan-pertubuhan Wanita (National pertama (1962-1965), dan menerajui NCWO
Council of Women’s Organisations, NCWO) selama 24 tahun sehingga bersara daripada
ditubuhkan. NCWO merupakan sebuah badan jawatan pada tahun 1989.

JAWATAN YANG
DISANDANG OLEH TUN

FATIMAH

• Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan
Masyarakat

• Ahli Majlis Universiti Malaya

• Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta

• Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh

• Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya

• Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan
Malaysia

• Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.

• Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia
(1995)

NILAI
KEPIMPINAN

SABAR

IKHLAS RAJIN
MELAKUKAN BEKERJA
KERJA YANG
DIAMANAHKAN SEMANGAT
YANG
Nilai-nilai kepimpinan
Tun Fatimah yang KENTAL
wajar dicontohi oleh
generasi sekarang

BERPENDIRIAN
TEGUH

TABAH

ANUGERAH DAN
PENGHARGAAN

Tun Fatimah telah dianugerahkan Bintang Panglima Mangku Negara (PMN) yang

membawa gelaran Tan Sri pada 31 Ogos 1958 sempena kemerdekaan pertama. beliau merupakan
wanita pertama di negara ini yang mendapat gelaran Tan Sri. Penghormatan dari universiti-universiti
tempatan telah diberikan kepada Tun Fatimah seperti Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh
Universiti Malaya (1975) dan Ijazah Kehormat Doktor Pendidkan oleh UTM (2000).

Tun FatimahUTM telah melantik sebagai Pro-Canselor pada tahun 1995. Pada tahun

2003, beliau telah dikurniai darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (S.S.M) oleh Seri Paduka Baginda
Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran ‘Tun’. Anugerah-anugerah ini adalah sebagai
penghargaan di atas jasa dan sumbangan beliau di arena politik tanah air dan aktiviti kebajikan
masyarakat khususnya bagi wanita.

Menerima Anugerah Merdeka
kategori Pendidikan dan

Komuniti pada tahun 2009

HILANG SEBUTIR
PERMATA NEGARA

PENUTUP

Buku biografi beliau, Tan Sri Fatimah Hashim, tulisan Dr
Nik Safiah Karim dan Dr Rokiah Talib telah dilancarkan
oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
pada 2003.

Tun Fatimah meninggal dunia pada 9 Januari

2010, jam 11.35 malam dalam usia 85 tahun kerana sakit tua.
Jenazah dikebumikan di Masjid Negara di sebelah pusara
suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusof iaitu bekas Peguam
Negara Malaysia, Menteri Undang-Undang dan Menteri
Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Beliau adalah
wanita pertama yang dikebumikan di Makam Pahlawan.

Pada 18 Januari 2010, majlis peringatan jasa

Tun Fatimah Potrait of a Leader, diadakan

di PJ Hilton Hotel di Petaling Jaya. Turut hadir ialah
isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali, Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-
Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Prof Tan Sri Dr
Sharifah Hapsah Syed Hasan dan anak keduanya,
Mohamed Shah Tan Sri Abdul Kadir, 63

SUMBER RUJUKAN

BUKU RUJUKAN

 E-man, (2007). Tun Fatimah Hashim. Prinsip Taktik Sdn Bhd. m/s: 1-2, 36-44

KERATAN AKHBAR

 We had spirit and determination. (2009, August 30 ). News Sunday Times
 Tun Fatimah Hashim. (2010, Mac 1). Majalah Wanita

LAMAN SESAWANG

 https://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatimah_Hashim
 http://penatokoh.blogspot.com/2014/02/tun-fatimah-hashim.html

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version