The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrhhnaa04, 2023-11-05 12:15:02

Teori Persuratan Baru

Kumpulan 7

TEORI PERSURATAN BARU Kumpulan 7


Gagasan Persuratan Baru yang ditunjangi Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan merupakan satu teori baru yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan penggiat sastera tanah air. Teori ini terhasil bagi menolak teori kesusasteraan gaya lama yang berkiblatkan barat. Persuratan Baru menekankan konsep ilmu yang benar yakni ilmu yang dapat mendekatkan diri dengan Tuhan. Karya yang sarat pengajaran dan mengangkat estetika tauhid dan taklif menjadi tunjang kepada gagasan ini. Apa itu Teori Persuratan Baru?


Unsur lagha (melalaikan) dan realisme yang melampau seperti kandungan teks bersifat tahyul (kayangan), lucah dan menjauhkan manusia dari kebenaran dan Pencipta ditolak sama sekali dengan pendirian gagasan ini. Kalau dalam sesebuah karya kesusasteraan plot dianggap penting bagi menyampaikan cerita yang di baliknya harus terkandung falsafah, maka persuratan baharu adalah sebaliknya, iaitu plot tidak lagi penting, tetapi hanya semata-mata sebagai alat bagi menyampaikan ilmu. Hal ini menjadikan karya yang ada nasihat dakwah mengajak manusia kembali mengingati Tuhan sebagai satu karya yang menjadi cerminan budaya bangsa.


Membaca tulisan - tulisan Mohd Affandi memahamkan kita tentang sifat dan bentuk kesusasteraan dan keintelektualan Melayu yang terperangkap dalam kerangka pemikiran orientalis yang ada pada Mohd Affandi sebagai kosong makna, mengelirukan dan kucar kacir Oleh itu, kelahiran teori Persuratan Baru dapat disandarkan kepada kekecewaan terhadap kedangkalan intelektualisme Melayu dan rasa tanggungjawab Mohd Affandi untuk memperbetulkan keadaan, dengan harapan kegiatan ilmu dan sastera Melayu tidak sia - sia, sebagainya dapat diarahkan kepada matlamat yang lebih jelas dan haq, beradab, terkawal, beretika dan menolong pemikiran tinggi. haq = kebenaran


Daripada Pendidikan Estetika Mohd Affandi memperkenalkan pula isitlah baharu yang dikenali dengan nama Sistem Persuratan Baru, kemudian diubah kepada teori Persuratan Baru hinggalah ke hari ini. Mohd Affandi tidak menyusun secara satu persatu prinsip teori, sebalik tergembeling dalam rangka pemikiran yang luas dengan pengolahan dalam bentuk kreatif dan non - kreatif. Namun begitu, secara umum, gagasan idea Mohd Affandi dalam teori Persuratan Baru berteraskan tauhid dengan dua prinsip yang diisbatkan dan empat prinsip.


Prinsip teori Persuratan Baru yang dimaksudkan itu ialah ; Persuratan yang mendokong ilmu, pemikiran dan kebijaksanaan Persuratan yang memakai gaya keintelektualan yang indah Persuratan yang mementingkan watak - watak baik yang mendokong ilmu dan kebijaksanaan Persuratan yang daya kreatif yang tinggi, intelek, beradab dan terkawal


Empat prinsip ini mendokong idealisme teks sebagai pendokong dan penyampai gagasan dan pemikiran. Dengan kata lain natijah daripada penghasilan teks kesusasteraan ialah untuk memaknakan perutusan yang bermakna (meantiful) pengarang bukan sekadar pencerita yang menceritakan semula apa yang tersedia ada dalam pengalaman, alam mahupun perasaan pengarang. Idea teori ini terjalur dalam dua konsep dengan satu teras, iaitu konsep ilmu dan konsep cerita. Kedua dua konsep ini melahirkan empat prinsip yang disebutkan tadi. Konsep ilmu dan cerita yang melahirkan empat konsep itu sebenarnya ditambat pada teras agama iaitu tauhid.


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version