Dania Khayra, Dania Fakhira, Nurul Aliya LEBIH BAIK CEGAH: MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA SMK SETAPAK INDAH
BIODATAMURID DAN GURU WEA0235 KOD SEKOLAH NAMA PESERTA: NAMA PENGIRING: NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI: DANIA KHAYRA BINTI MOHD YASSIN DANIA FAKHIRA BINTI MOHD YASSIN NURUL ALIYA BINTI AHMAD KHAIRUDDIN (070410-14-0166) (070410-14-0174) (070318-14-0892) ZARINI BINTI HASSAN (860203-03-5036) 019-3905036
Pengenalan Tajuk Dewasa ini, masalah penyalahgunaan dadah bukan perkara baharu di negara kita malah di negara lain juga. Hakikatnya dadah dicipta sebagai bahan perubatan yang digunakan dalam arena perubatan dadah tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah mula timbul apabila segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan dadah untuk tujuan kepuasan dan hiburan sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Sehingga hari ini, kita masih lagi melihat berita yang menunjukkan percubaan menyeludup masuk dadah ke dalam negara.
Punca-punca Remaja Terjebak Dengan Dadah Sikap ingin tahu memang tidak boleh dinafikan lagi apabila usia kita menjelang keremajaan. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak perkara yang kita tahu dan pelajari. Dengan memantau dan membimbing oleh orang sekeliling terutamanya ahli keluarga akan tingkah laku remaja, kes penyalahgunaan dadah dapat dielakkan. Pastikan golongan remaja disibukkan dengan perkara-perkara yang memanfaatkan diri mereka di waktu lapang seperti bersukan, menyertai aktiviti sukarelawan atau menghabiskan masa bersama keluarga. Bak kata pepatah, berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Izharnya, remaja perlu berfikir dahulu akan kebaikan atau keburukan terhadap perlakuan mereka supaya kelak tidak menyesal di kemudian hari. 01- Sikap ingin tahu
Pada masa yang sama, penglibatan golongan remaja dalam salah guna dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi serius bak kata peribahasa, lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. Natijahnya, para remaja perlulah bersikap rasional dalam membuat keputusan. Punca lain yang menyebabkan remaja terjebak ke dalam kancah penagihan dadah adalah kerana mereka mengalami tekanan perasaan atau kemurungan. Harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini mendorong mereka mengambil dadah kerana kononnya ingin mencari ketenangan jiwa. Oleh itu, ibu bapa seharusnya lebih peka dengan tindakan mereka terhadap anak-anak untuk tidak terlalu memaksa mereka melakukan perkara yang berlebihan agar mereka tidak mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian mereka bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 03- Pengaruh rakan sebaya 02- Tekanan perasaan atau kemurungan
Cara-cara Mengatasi Rasional Yang Baik Hukuman berat seperti hukuman gantung kepada pengedar dadah perlu dititik beratkan oleh kerajaan. Ini dikatakan kerana pengedar dadah adalah punca penyalah gunaan dadah meningkat di negara kita. Tanpa pengedar dadah, penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. 'Membanteras lebih baik dari mengubati' adalah peribahasa yang perlu kita dan kerajaan amalkan dalam situasi ini. Namun kes keldai dadah di negara kita juga telah berlaku. Oleh itu, kerajaan perlulah mengambil kes yang berkenaan dadah ini dengan berat dan menjalani siasatan dengan lebih lanjut. 01- Hukuman yang berat dikenakan gantung
Pendidikan mencegah dadah perlulah diterapkan dari kecil lagi. Maka, pihak kerajaan mahupun swasta perlulah bersama untuk mengadakan pendidikan untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah ini. Pihak sekolah mahupun sesiapa pun perlulah bekerjasama dalam hal ini. Kita sebagai rakyat biasa juga boleh membanteras isu ini dengan membuat filem tentang dadah ataupun mendidik anak-anak supaya berkawan dengan orang yang baik dan tidak mendekati dadah bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. 02- Pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah Penubuhkan pusat atau rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain oleh pihak kerajaan. Dengan ini jumlah penagih-penagih dadah di Malaysia dapat dikurangkan dan tenaga kerja yang efektif dan bermotivasi juga dapat ditingkatkan oleh penagih yang sudah bebas dari penyalagunaan dadah ini. 03- Penubuhan pusat-pusat pemulihan dadah
Penutup Sebagai konklusi kepada perbentangan tadi, kita dapat simpulkan bahawa penagihan atau salah gunaan dadah sangatlah berbahaya. Kita seharusnya melihat masalah berkaitan dadah ini sebagai satu penyakit dan bukannya jenayah kerana ia melibatkan emosi dan faktor-faktor asing yang mempengaruhi pesalah laku. Sesungguhnya golongan remaja merupakan pemimpin dan pewaris generasi nusa bangsa pada masa akan datang. Masalah ini jika tidak dibendung masa hadapan yang diidam-idamkan kita hancur dek kerana kegagalan kita membentuk pemimpin negara, masyarakat mahupun keluarga pada hari ini. Semoga kenyataan tersebut menikam sanubari masyarakat konvensional dan mula untuk bertindak dalam memastikan orang-orang sekeliling kita tidak terjebak dalam perkara yang tidak memanfaatkan. Akhir kata, remaja harus tahu dan menghayati peribahasa Melayu, berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali.
Penghargaan Kami, Dania Khayra binti Mohd Yassin, Dania Fakhira binti Mohd Yassin dan Nurul Aliya binti Ahmad Khairuddin ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru pengiring kami iaitu Puan Zarini binti Hassan kerana tidak jemu mengiring dan mendidik kami dalam menyiapkan buku skrap ini. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu kami menyiapkan buku skrap ini. Akhir kata, semoga tugasan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan kami tentang bahayanya dadah.