The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR
(SJKC NEW KOTA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joankoh_615, 2021-04-24 09:53:52

DATO' ONN JAAFAR, LAGENDA MALAYSIA

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR
(SJKC NEW KOTA)

Keywords: DATO' ONN JAAFAR NEW KOTA

BUKU
SKRAP
DIGITAL

DATO’ ONN JAAFAR,
LAGENDA MALAYSIA

Tokoh Pemimpin Johor

MAKLUMAT PESERTA

Nama : Chan Lub Shun
Kelas : 6H
E-mail : [email protected]
Nama sekolah : SJKC NEW KOTA
Alamat sekolah : SJKC New Kota, Jalan

Taib, Kota Kecil, 81900
Kota Tinggi, Johor.

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bangga dan bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan
Buku Skrap Digital ini dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para guru pembimbing saya iaitu Cikgu Joan Koh, Cikgu
Soh, Cikgu Foo dan Cikgu Tang. Mereka sentiasa memberi bimbingan dan
tunjuk ajar tentang cara-cara untuk menyiapkan buku skrap digital ini
mengikut kriteria yang ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu
ayah Chan Why Choong dan ibu Shu Lian Yik yang turut membantu saya
dalam menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan saya yang
mengajar saya cara-cara untuk menggunakan aplikasi komputer untuk
menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan buku skrap digital ini.

ISI KANDUNGAN

Perkara muka surat

1. Pendahuluan 1
2. Biodata Dato’ onn Jaafar 2-3
3. Pendidikan Dato’ onn Jaafar
4. Kerjaya Dato’ onn Jaafar 4
5. Sumbangan Dato’ onn Jaafar 5-6
6. NILAI KEPIMPINAN 7-10
7. Penutup 11
12

8. Sumber rujukan 13

PENDAHULUAN

Pada tahun 1895, seorang lagenda bangsa Melayu telah dilahirkan di Bukit Gambir,
Jalan Gertak Merah, Johor Bahru. Tak lain dan tak bukan, beliaulah Allahyarham
Dato’ Onn Jaafar, selaku Yang Dipertua pertama UMNO dan mantan Menteri Besar
Johor. Atas sumbangan dan jasa beliau dalam meniupkan semangat nasionalisme
orang-orang Melayu, beliau kini telah dimartabatkan sebagai Pengasas Sebuah
Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara.

Sejarah perjuangan dan kejayaan Dato’ Onn Jaafar dalam menyatupadukan
seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda malapetaka politik dan ancaman
Malayan Union haruslah dikenang, diingati dan dijadikan ikhtibar kepada seluruh
rakyat Malaysia sebagai pembakar semangat untuk terus mempertahankan
kedaulatan negara di persada antarabangsa.

“Hidup Melayu” merupakan cogan kata yang dilaungkan oleh Dato’ Onn
Jaafar. Dengan cogan kata ini, orang Melayu akan memelihara semangat, marwah
serta kesopanan bangsa. Walaupun Dato’ Onn Jaafar telah meninggalkan kita
selama-lamanya, idea kepimpinan dan inti perjuangan beliau yang terus relevan dan
menjadi ikutan dan pedoman generasi akan datang merupakan warisan yang amat
berharga dan tidak ternilai harganya.

1

BIODATA DATO’ ONN JAAFAR

Pengasas dan Presiden Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) yang pertama

Pernah dilantik sebagai Menteri Besar

Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau

telah meletakkan jawatan tiga tahun

kemudian untuk menumpukan

perhatiannya kepada UMNO

Dilahirkan pada 12 Februari 1895 di Bukit Gambir, Ayah Dato’ Onn Jaafar
Johor serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin
Haji Muhammad , Menteri Besar Johor yang pertama .
Beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu
Bakar sejak kecil dan mendapat pendidikan Melayu
sebelum melanjutkan pelajarannya ke England.

Ibu Dato’ Onn Jaafar

2

GALERI GAMBAR
DATO’ ONN JAAFAR

3

PENDIDIKAN DATO’ ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan melayu sebelum
melanjutkan pelajarannya di England. Beliau belajar Bahasa
Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika
menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1902, beliau telah
melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderburgh Lodge di Suffolk,
England. Dato’ Onn jaafar meneruskan lagi pelajarannya setelah
pulang ke tanah air pada ( 1910 - 1911 ) di Maktab Melayu Kuala
Kangsar. Setelah tamat pelajarannya, beliau pulang ke Johor Bahru
dan berkhidmat dengan Kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di
Pejabat Pos.

Maktab Melayu Kuala Kangsar

4

KERJAYA DATO ONN JAAFAR

Pada 1 September 1911, beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor
sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan
kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).

Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan
dan pada bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
sebagai Pembantu Kerani Besar.

1 Ogos 1913, beliau bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang
Johor, kemudian pada bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat
Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di
Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

Pada 1 Januari 1923, beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/
Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong
Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudian berpindah ke Johor Bahru.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam 5
Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof dari
tahun 1930 hingga 1933.

KERJAYA DATO ONN JAAFAR

Pada tahun 1936, Dato’ Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim
sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau
bagaimanapun, Dato’ Onn telah menerima dengan syarat
beliau bebas mengeluarkan pendapat.

Pada 1 Jun 1938, beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit
kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh
Sultan sama ada peribadi, kerja istana atau kerajaan.

Pada tahun 1942-1945, beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat
Kawalan Makanan negeri Johor semasa pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1946-1951, beliau menubuhkan UMNO dan
menjadi presiden yang pertama. Pada masa yang sama, beliau
dilantik sebagai menteri besar Johor.

Selepas letak jawatan sebagai Menteri Besar dan presiden

UMNO, beliau menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti

Negara. Kedua-dua parti ini kurang mendapat sambutan dan Dato'

Onn Jaafar akhirnya semakin lenyap dalam arus politik 6

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR

7

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR

Gerakan UMNO pada masa itu berjaya membangkit perasaan antipenjajah dalam
kalangan masyarakat. Rapat umum telah dijalankan di seluruh Tanah Melayu dan
hasil daripada itu, UMNO berjaya membuat persetujuan dengan kerajaan British
bersama raja-raja Melayu untuk memansuhkan Malayan Union dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula
kedudukan Raja-Raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi
orang-orang asing dan memberi beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang
Melayu.

8

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR

Dari aspek ekonomi, Dato’ Onn Jaafar telah menyumbang kepada pembangunan
ekonomi masyarakat Melayu melalui penubuhan Lembaga Perusahaan dan
Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat
(MARA).

Kewujudan institusi ini secara tidak langsung telah menggalakkan
masyarakat Melayu terutamanya di luar bandar untuk bergiat menghasilkan
produk berkualiti dan pihak RIDA akan memasarkan produk tersebut di pasaran
domestik. Bantuan ini akan dikekalkan sehingga masyarakat Melayu dapat
mengurus dan mengambil alihkan perniagaan tersebut.

Pada masa yang sama, RIDA juga memastikan peluang pendidikan
masyarakat Melayu terjamin supaya dapat mengubah nasib serta masa depan
mereka. Biasiswan UMNO juga diwujudkan sewaktu perkhidmatan Dato’ Onn
Jaafar untuk membantu masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan.

9

SUMBANGAN DATO’ ONN JAAFAR

Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dari aspek sosial dapat dilihat
daripada prinsip utuhnya dalam menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan.

Usaha beliau dapat dilihat melalui penubuhan parti politik
seperti Parti Kemerdekaan Negara dan Parti Negara. Ideologi
beliau pada ketika itu mengharapkan agar penduduk Tanah
Melayu dapat memperjuangkan kemerdekaan untuk satu
kerakyatan dan bukan memperjuangkan kemerdekaan mengikut
kaum masing-masing.

Usaha beliau akhirnya menjadi landasan kepada penyatuan
masyarakat berbilang kaum di bawah satu parti gabungan
perikatan yang melibatkan UMNO, MIC dan MCA, dan
seterusnya menjadi asas kepada pemerintahan Tanah Melayu
selepas kemerdekaan.

10

NILAI KEPIMPINAN 11
YANG BOLEH

DICONTOHI OLEH
GENERASI
SEKARANG

PENUTUP

Jasa Dato’ Onn Jaafar kepada bangsa dan nusa tidak akan dilupai zaman. Laungan perjuangan
“HIDUP MELAYU” yang dicetuskan tidak sekadar slogan tetapi terhimpun dengan perjuangan
membela nasib bangsa Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu, mempertahankan agama,
bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Walaupun dalam sejarah politiknya beliau telah keluar dari UMNO dan menubuhkan dua parti
lain, menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan tetapi jangan dilupai warisan perjuangannya
teah menjadi teras sebagai landasan yang menentukan arah serta hala tuju perjuangan bangsa
Melayu.

Dato’ Onn Jaafar telah dilahirkan pada zaman penjajahan di mana pertelingkahan dan
pertumpahan darah berlaku merata-rata. Namun, beliau meninggal dunia pada zaman kemerdekaan,
di mana bangsa yang dicintainya membebaskan diri daripada penjajahan asing dengan penuh
kedaulatan. Tidak dapat dinafikan sumbangan beliau berjaya mengubah semangat dan konsep
perjuangan kebangsaan daripada “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”.

Oleh itu, kita sebagai generasi sekarang dan pewaris akan datang haruslah sentiasa
menghargai pengorbanan dan jasa yang telah diberikan oleh para pemimpin kita dengan cara
sentiasa sematkan semangat patriotik dan cinta akan negara dalam diri kita.

12

Sumber Rujukan

Anwar Abdullah (2004). Biografi Dato’ Onn Jaafar. Diperoleh pada April 2, 2021
daripada https://sgpl.digitalocceanspace.com/proletarian-library/Singapore-
malaysia/Anwar%20Abdullah/Biografi%20Dato`%20OOnn% 20Hidup%20
Melayu%20%28267%29/Biografi%20Dato%20Onn%20Hidup%20Melayu%20-
%20Anwar%20Abdullah.pdf.
Kelahiran Dato’ Onn Jaafar (2018). Diperoleh pada April 2, 2021 daripada
https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/.
Pergerakan Melayu (1946, Mei 25), Utusan Melayu Online. Diperoleh pada April
2, 2021 daripada https://upnih.pnm.pov.my/myrepo public/welcome/content/
browse-content/full-metadata/33963.
Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil (2018). Buku teks Sejarah
Tingkatan 3. Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13


Click to View FlipBook Version