LAMPIRAN 1
NOTA LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA
• Sintesis idea merupakan kemahiran menyatukan sesuatu unsur atau bahagian
membentuk satu kesatuan yang kompleks.
• Persembahan sintesis idea ini boleh didokumentasikan dengan merujuk Manual
Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta 3763/2 dalam Aspek 3.0 ( Mencipta dan Mereka
Bentuk Pelbagai Idea).
• Bagi memenuhi aspek 3.3 didalamnya, murid dikehendaki menjana beberapa lakaran
perkembangan idea bagi setiap lakaran idea dan berlabel yang jelas seperti dalam Rajah
1 di bawah.
Lakaran idea 1 Lakaran kembangan Lakaran kembangan
(lakaran dijana dari pertama kedua dinamakan IDEA 1
hasil akhir aspek
2.2)
Lakaran idea 2 Lakaran kembangan Lakaran kembangan
(lakaran dijana dari pertama kedua dinamakan IDEA 2
hasil akhir aspek
2.2)
Rajah 1 : Carta alir kembangan Lakaran Idea 1.
Rajah 2 dan rajah 3 menunjukkan contoh lakaran perkembangan Idea 1 dan Idea 2 berdasarkan
olahan rupa bentuk geometri/alam semula jadi/produk sedia ada daripada aspek 2.2 dalam
folio.
Lakaran Idea 1
Apa yang perlu ada dalam lakaran Apa yang perlu dikembangkan dalam
perkembangan tersebut?? lakaran perkembangan tersebut??
1. Lakaran 3D berlabel (ada anak 1. Fungsi – menjurus kepada fungsi yang
panah pada label) lebih baik, efisyen serta mesra pengguna
2. Reka bentuk – menjurus kepada reka
2. Ada penerangan ringkas mengenai
kelebihan perkembangan yang dijana bentuk yang ergonomik, selamat dan
mempunyai nilai estetika
Rajah 2 : Contoh lakaran kembangan Idea1 bagi menangani masalah pencemaran air dalam
longkang.
Lakaran Idea 2
Rajah 3 : Contoh lakaran kembangan Idea 2 bagi menangani masalah pencemaran air dalam
longkang.
• Kemudiannya, penilaian terhadap setiap lakaran idea yang terakhir dari Rajah 2 dan
Rajah 3 dilakukan. Penilaian ini penting supaya sintesis idea produk terbaik nanti akan
menyelesaikan masalah kajian.
• Proses menilai idea merupakan satu aktiviti untuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan reka bentuk atau membuat pertimbangan terhadap sesuatu idea.
• Semasa proses menilai, semua penyataan disokong dengan bukti-bukti yang sah dan
mencukupi. Beberapa elemen penting perlu dipertimbangkan semasa proses menilai
sesuatu idea, iaitu:
• Dalam Jadual 4 dan Jadual 5 adalah contoh analisis kekuatan dan kelemahan bagi
setiap lakaran idea yang dihasilkan.
Idea 1 Kekuatan / kelemahan Kesan
Kekuatan Kesan Kekuatan
• Jaring halus dan jaring kasar dapat • Sisa makanan ditapis dalam
menapis sisa makanan yang perangkap dan mengeluarkan air yang
berbeza saiz bersih daripada sampah sarah atau sisa
makanan
• Penetap pada permukaan produk • Penetap akan menetapkan kedudukan
dapat meningkatkan daya geseran produk supaya tidak bergerak
untuk menetapkan kedudukan mengikut arus aliran air longkang
produk. walaupun pada ketika air longkang
penuh.
Kelemahan
• Jaring mudah berkarat kerana Kesan Kelemahan
• Jaring sukar diganti kerana telah
direndam dalam air untuk jangka
masa yang lama. dipasang kekal pada produk
• Luas penapis minyak yang
dipasang adalah kecil untuk • Pengguna perlu kerap menukar alat
menampung kuantiti bahan penapis minyak supaya air longkang
buangan berminyak dan berlemak tidak tersumbat dalam perangkap.
yang banyak.
Jadual 4 : Contoh analisis kekuatan dan kelemahan lakaran idea 1
Idea 2 Kekuatan / kelemahan Kesan
Kekuatan Kesan Kekuatan
• Jaring kasar pada luar bekas • Sisa makanan bersaiz besar akan
dapat menapis sisa makanan terkumpul di luar bekas dan mudah
yang bersaiz besar dilihat pengguna.
• Penapis minyak direka dengan • Luas permukaan penapis minyak yang
memenuhi ruang permukaan besar akan meningkatkan jumlah tapisan
alat untuk menapis minyak sisa berminyak dan menghasilkan air
yang mengalir ke lubang kecil. longkang yang bersih dari sisa
berminyak.
Kelemahan Kesan Kelemahan
• Jaring halus tidak dapat • Sisa makanan akan tersumbat pada jaring
menapis sisa makanan bersaiz halus dan menyebabkan air longkang
sederhana. bertakung dalam perangkap.
• Kedua-dua jaring kasar dan • Jaring yang rosak sukar diganti dan
halus dipasang secara kekal pengguna sukar membersihkan sampah
pada produk. yang sangkut pada kedua-dua jaring.
Jadual 4 : Contoh analisis kekuatan dan kelemahan lakaran idea 1