KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
CHAPTER 1:
KESELAMATAN DITEMPAT KERJA
DISEDIAKAN OLEH :
NOOR HASLINA BINTI HASSAN
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
PENGENALAN
• Keselamatan merupakan satu aspek UTAMAKAN
yang sangat penting apabila berada KESELAMATAN
dalam bengkel.
• Kelalaian, sikap tidak mengambil
berat tentang keselamatan diri akan
memusnahan harta benda malah
kehilangan nyawa boleh berlaku.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
BERSAMBUNG
• Oleh sebab itu, semua orang perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran asas yang dapat membantu mengurangkan risiko
berlakunya kemalangan di tempat kerja.
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
PERATURAN KESELAMATAN
• Setiap bengkel mesti mempunyai
peraturan keselamatan sebagai
panduan dan peringatan kepada
pekerja.
• Kegagalan mematuhi peraturan
keselamatan boleh mengakibatkan
kehilangan nyawa, kemusnahan
harta benda atau cacat anggota
badan.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
BERSAMBUNG
• Biasanya peraturan keselamatan akan menyatakan perkara yang
dilarang dilakukan dalam bengkel terutamanya yang melibatkan
penggunaan alat elektrik.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
PAKAIAN DAN ALAT PELINDUNGAN
KESELAMATAN
• Memakai pakaian keselamatan dapat
membantu mencegah kecederaan
pada diri dengan memakai pakaian
yang memenuhi keperluan syarat-
syarat bagi kerja.
• Melindungi diri sendiri merupakan
satu daripada pertimbangan-
pertimbangan pertama sebelum
memulakan sebarang pekerjaan.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG
• Pakaian yang dipakai haruslah bersesuaian dengan
persekitaran dan kerja yang akan dilakukan.
• Pakai pakaian yang longgar agar ianya memudahkan
pergerakkan semasa melakukan kerja.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG
• Pastikan rambut disisir rapi dan diikat (jika panjang)
serta tidak memakai aksesori (barang perhiasan)
seperti jam, rantai, cincin dan sebagainya kerana ianya
boleh tersangkut pada bahagian mesin yang bergerak
dan boleh mendatangkan kecederaan.
• Dibawah adalah rajah bagi contoh pakaian keselamatan
ataupun dikenali sebagai Personel Protective
Equipment.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
BERSAMBUNG
Rajah 1: Contoh pakaian keselamatan
(Personel Protective Equipment)
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
SARUNG TANGAN
• Sarung tangan digunakan untuk melindungi tangan dari
sudut yang tajam atau mengerutu, berkarat, produk yang
panas dan habuk-habuk dari persekitaran tempat kerja.
• Sarung tangan dapat melindungi tangan
daripada sebarang kecederaan seperti luka,
lebam, melecur dan sebagainya.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
BERSAMBUNG
• Terdapat tiga jenis sarung tangan yang sering digunakan iaitu
sarung tangan kain, sarung tangan kulit dan sarung tangan
getah.
Rajah 2: Jenis-jenis sarung tangan
(dari kiri: sarung tangan kain, sarung tangan kulit, sarung tangan getah)
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
KASUT KESELAMATAN
• Kasut keselamatan adalah sejenis
kasut yang diperbuat khas dimana
ianya mengandungi pelapik yang teguh
di bahagian penutup jari.
• bertujuan untuk melindungi jari-jari
kaki apabila terkena alat atau bahan-
bahan berat yang jatuh di atasnya.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
ALAT PELINDUNG TELINGA
• Alat pelindung telinga adalah alat yang menyerap bunyi
dimana pemakainya tidak akan dapat mendengar dan ianya
dapat melindungi telinga pemakai.
• Ia bertujuan untuk mencegah dari kerosakkan telinga akibat
bunyi bising yang melampau.
• Terdapat dua jenis alat pelindung telinga yang biasa
digunakan iaitu ear plug dan ear muff.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
Rajah 4: Alat pelindung telinga iaitu Ear
plug (kiri) dan Ear muff (kanan)
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
ALAT PELINDUNG MATA
• Alat pelindung telinga adalah alat yang akan
melindungi mata dari habuk dan benda-benda yang
boleh mencederakan mata.
• Biasanya alat ini dipakai ketika membuat
kerja-kerja penghancuran produk reject
(crushing) dan semasa proses purging.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
Rajah 5: Jenis-jenis alat
pelindung mata
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
TOPI KESELAMATAN
• Topi keselamatan digunakan semasa Rajah 6: Topi keselamatan
memasang dan menurunkan acuan
pada mesin.
• Topi ini dipakai bagi melindungi
bahagian kepala dari ditimpa sebarang
alatan dan dapat mengurangkan risiko
kecederaan semasa melakukan kerja.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
PAPAN TANDA KESELAMATAN
• Dalam langkah-langkah keselamatan perlu juga diambil
kira tanda-tanda khas untuk dijadikan panduan.
• Berikut merupakan beberapa tanda keselamatan yang
perlu dipatuhi mengikut kategori.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
KATEGORI WARNA SIMBOL MAKSUD
AMARAN BAHAYA
MUDAH MELEDAK
KUNING VOLTAN TINGGI
LALUAN FORKLIT
MUDAH TERBAKAR
BAHAN TOKSIK
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
KATEGORI WARNA SIMBOL MAKSUD
LARANGAN DILARANG
MEROKOK
MERAH DILARANG MASUK
DILARANG
MENGGUNAKAN
TELEFON BIMBIT
DILARANG MAKAN
DAN MINUM
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
KATEGORI WARNA SIMBOL MAKSUD
MANDATORI
BIRU PAKAI PELINDUNG MATA
PAKAI
KASUT KESELAMATAN
PAKAI PELINDUNG
TELINGA
PAKAI
PENUTUP HIDUNG
PAKAI
SARUNG TANGAN
PAKAI
TOPI KESELAMATAN
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
KATEGORI WARNA SIMBOL MAKSUD
LALUAN KELUAR
KAWASAN SELAMAT HIJAU TEMPAT
BERKUMPUL /
BERHIMPUN
APABILA BERLAKU
KECEMASAN
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
KESIMPULAN
• Keselamatan merupakan perkara yang sangat penting tidak kira
dimana situasi kita berada. Oleh itu, langkah-langkah awal
perlulah diikuti dan diambil seperti mematuhi dan memahami
peraturan-peraturan keselamatan bengkel. Ianya dapat mencegah
sebarangan kemalangan-kemalangan seperti kemalangan
mekanikal, kemalangan kebakaran dan kemalangan elektrik serta
kejadian yang tidak diingini.
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS
TAMAT,
SEKIAN TERIMA KASIH
Penghargaan kepada :
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kolej kemahiran Pure Technics (KKPT)
Hak milik : NOOR HASLINA BINTI HASSAN