The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2021-08-04 22:53:27

BAB 1 JENIS-JENIS MESIN PENGACUANAN SUNTIKAN

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

NO 3673, JALAN RASAH JAYA 6/6, TAMAN RASAH JAYA,
70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

KOD & NAMA PROGRAM
MC-101-2:2015

PLASTIC INJECTION MOULDING
OPEATION START-UP

KOD UNIT KOMPETENSI
MC-101-2:2015-CO3
INJECTION MOULDING MACHINE

PREPARATION

Prepare By: Cik Nasrina

PENGENALAN

Proses pengacuanan suntikan (injection moulding)

plastik adalah satu kaedah untuk menghasilkan
barangan untuk produk plastik.
Proses ini disebut pengacuanan suntikan kerana ia
melibatkan suntikan panas leburan plastik ke dalam
acuan.
Acuan pula akan membentuk dan akan menghasilkan
bentuk produk yang diingini.

1. JENIS-JENIS MESIN
PENGACUANAN SUNTIKAN

1.JENIS MENDATAR (HORIZONTAL)

Pengacuan suntikan plastik (plastic injection moulding) merupakan
salah satu pilihan proses yang boleh digunakan dalam penghasilan
produk plastik.
Walaupun tidak semua bentuk dapat dibuat melalui proses ini tetapi
lebih 70% produk plastik dipasaran adalah melibatkan proses ini.
Antara kelebihan utama proses ini adalah ianya mampu menghasilkan
produk plastik yang berbentuk kompleks, permukaan produk yang
cantik dan juga julat dimensi yang sangat ketat.

2. JENIS MENEGAK (VERTICAL)

Mesin pengacuanan suntikan jenis Multi plug (vertical) banyak
digunakan untuk pengeluaran komponen yang kecil dan
komponen yang memerlukan pertambahan warna ataupun untuk
keperluan lainnya.
Antara cirinya ialah:-
Mesin vertical tidak memerlukan ruang yang luas. Boleh
menjalankan pengeluaran ditempat yang terhad.
❖ Mesin yang kecil menggunakan tenaga elektrik lebih sedikit,
terutamanya ketika menggunakan sistem motor servo untuk
menggerakkan pam hidraulik.
❖ Boleh digunakan untuk produk yang memerlukan
pertambahan warna kedua dan ketiga atau komponen lain yang
ingin dihasilkan.

2. BINAAN ASAS MESIN PENGACUANAN SUNTIKAN

Empat (4) bahagian asas mesin iaitu unit suntikan, panel
kawalan, acuan dan unit pengapitan.

Acuan Panel
Kawalan

Unit
Suntikan

Unit
Pengapitan

A. UNIT SUNTIKAN

Unit suntikan merupakan bahagian di mana material disuapkan,
dipanaskan, dileburkan serta disuntik ke dalam acuan untuk
dibentuk.

2.1.1 Bahagian-bahagian yang terdapat pada unit suntikan ialah:-

a) Gelang Pemanas (Heater Band)

- Memanaskan barel agar material plastik dapat dileburkan.

b) Nozel (Nozzle)

Material yang telah cair akan disuntik keluar melalui nozel.

c) Barel (Barrel)

Tempat material dicairkan.

d) Skru (Screw)

Menyuntik dan mengaul leburan material

e) Corong Suapan (Hopper)

Tempat resin dimasukkan

f) Sistem Kawalan (Control System)

Mengawal operasi mesin.

Terdapat 3 Jenis unit suntikan iaitu:-

a. Single Stage Plunger Unit
Ia menggunakan torpedo untuk menyediakan

satu laluan yang sempit di mana material akan

lebih cepat melebur. Plunger digunakan untuk

menolak resin atau leburan ke dalam acuan.

b. Two Stage Screw Plunger Unit

Ia merupakan gabungan antara skru dan plunger. Skru hanya boleh berputar sahaja iaitu
untuk mengaul material. Apabila material yang lebur bergerak ke bawah maka plunger
akan menolak masuk material tersebut ke dalam acuan.

c. In Line Screw Reciprocating Unit

Ia adalah sistem yang digunakan pada mesin-mesin sekarang dimana kesemua kerja-
kerja seperti memanas, melebur, mengaul dan menyuntik dilakukan secara berturut-turut
di dalam satu barel, maka masa dapat dijimatkan.

B. PANEL KAWALAN
Panel kawalan mempunyai skrin yang
mempamerkan proses yang berlaku pada
mesin, ia juga tempat untuk melaraskan
setiap operasi mesin. Mod operasi yang
terdapat pada panel kawalan ini adalah mod

manual, semi-auto, auto dan mould set.

C. ACUAN

Acuan diikat pada moving platen dan fixed
ptaten. Acuan akan menerima leburan dari

unit suntikan dan membentuk produk yang
diingini.

D. UNIT PENGAPITAN

Unit pengapitan akan mengawal pergerakkan acuan samaada
buka mahupun tutup, membuat lentingan untuk mengeluarkan
produk daripada acuan serta menyediakan satu daya untuk
mengunci acuan ketika suntikan berlaku. Ianya dikawal
menggunakan sistem hidraulik dan juga sensor.

1. Jenis-Jenis unit pengapitan.

a. Mekanisma Togel (Toggle Mechanism)

Ia merupakan satu sistem penyambungan, di mana ia akan
mengandakan kuasa yang dihantar padanya untuk memberikan
kuasa apitan yang diperlukan. Mekanisma ini terbahagi kepada
dua iaitu:

i. Single Toggle
Togel jenis ini mungkin akan mengakibatkan kedudukan
acuan condong kerana ia hanya memegang pada satu

bahagian sahaja pada acuan. Single toggle sesuai bagi

mesin 70 ton dan ke bawah.

ii. Double Toggle
Ia mempunyai dua lengan dan mempunyai kuasa yang

besar berbanding single toggle. Ia digunakan untuk

mesin-mesin yang besar sehinggalah kepada 1000 ton.

Kelemahan sistem toggle ialah lama kelamaan lengan
(toggle) akan haus dan menjadi lemah akibat pergerakan

buka tutup acuan yang kerap.

KELEBIHAN SISTEM TOGGLE KELEMAHAN SISTEM TOGGLE

• Tidak memerlukan ruangan yang • Agak sukar memasang acuan
besar untuk meletak mesin berbanding sistem hidraulik.
berbanding dengan sistem hiidraulik

kerana sistem toggle .

• Daya tekanan minimum menghasilkan • Daya pengapitan tidak konsisten
daya pengapitan maksimum kerana terutama apabila jangka hayat mesin
berlaku tekanan berganda hasil dari bertambah.
daya pengapitan elastik.

• Penggunaan minyak yang sedikit • Perlu melaras ketebalan acuan setiap
berbanding sistem hidraulik. kali penukaran acuan dibuat

3. APAKAH PROSES PENGACUANAN SUNTIKAN
Proses pengacuanan suntikan berlaku apabia resin
termoplastik dalam bentuk butiran dimasukkan ke

dalam hopper, turun melalui feed throat dan

kemudian jatuh ke dalam barel untuk dipanaskan dan
dicairkan dengan pemutaran skru untuk membentuk
leburan lembut.
Leburan cair akan ditolak keluar oleh skru melalui
nozel ke dalam acuan yang sejuk (dalam keadaan
acuan tutup) dengan bantuan tekanan hidraulik.
Apabila masa penyejukkan cukup dan produk telah
terbentuk, acuan akan terbuka dan produk dilenting
keluar dari acuan. Proses akan berulang semula.

3.1 ASAS PENGENDALIAN MESIN
PENGACUAAN SUNTIKAN

Langkah serta pengandalian mesin yang betul dapat menghindarkan dari
berlakunya beberapa gangguan terhadap mesin. Samada ianya sedang
bergerak atau sebaliknya. Pengendalian mesin hendaklah dilakukan dengan
teratur dan mestilah mengikut turutan yang betul bagi menjamin keselamatan
pada operator, mesin, acuan serta peralatan lain.

Mesin mestilah dipasang atau dilengkapi dengan kuasa elektrik yang amat

sesuai dengannya, air dan sambungan udara (jika perlu). Hopper mesti diisi

dengan bahan plastik (resin) menggunakan secara sistem automatik atau
manual.

Hidupkan Mesin Purging

Pelarasan

Pasang Acuan Panaskan Heater Hasilkan Produk
Shut Down
Masukan Resin
dalam Hopper

3.1.1 Aspek penting kitaran mesin pengacuanan suntikan.

❖ Pastikan kandungan resin di dalam hopper tidak melepasi dibawah paras

label yang ditetapkan.

❖ Pastikan tie rods pada mesin dan leader pins pada acuan diminyak/gris.

❖ Sentiasa memeriksa suhu minyak hidraulik agar tidak terlalu panas kerana
dikhuatiri akan bocor dalam pam hidraulik.

❖ Suhu pada setiap zon hendaklah direkod pada setiap 4 jam.
❖ Sentiasa memeriksa saluran dan pergerakan air masuk dan keluar pada

acuan serta di cooling tower.

3.2 PERINGKAT ASAS PROSES
PENGACUANAN SUNTIKAN

Carta 2 merupakan kitaran asas untuk menghasilkan produk. Setiap operasi
pengeluaran akan melalui 6 proses ini untuk menghasilkan sesuatu produk.
Jika salah satu proses ini tertinggal maka produk tidak dapat dihasilkan.

Semua 6 proses ini perlu dilaraskan (setting) oleh juruteknik.

4. OPERASI MESIN

a. OPERASI MANUAL (MANUAL OPERATION)

Yang mana pengendalian setiap satu fungsi dan setiap satu fungsi
penyelarasan masa (timing) dikawal secara manual oleh operator.

b. OPERASI SEMI-AUTOMATIK (SEMI-AUTOMATIC OPERATION)

Yang mana operasi mesin dilengkapi dengan program kitaran (cycle) yang

berfungsi secara automatik dan boleh dihentikan. Memerlukan operator
hanya bagi permulaan operasi dan untuk kitaran seterusnya. Semi-auto ini

sesuai digunakan apabila acuan three plate digunakan.

c. OPERASI AUTOMATIK (AUTOMATIC OPERATION)

Menjalankan operasi mesin yang membekalkan dengan kitaran yang
lengkap, untuk memprogram fungsi pengacuanan dengan berulangkali.
Ianya akan berhenti jika mesin atau acuan menjadi pincang (rosak) atau
terganggu secara sentuhan oleh manusia dan sebagainya.

5. ASAS PENGENDALIAN MESIN

Pengendali boleh memilih mana-mana operasi untuk mengendalikan
mesin dan menghasilkan produk. Dibawah diterangkan langkah-
langkah pengendalian mengikut operasi yang dipilih.

LANGKAH UTAMA:
❑ Hidupkan suis utama

❑ Pastikan cooling tower telah dihidupkan.
❑ Panaskan pemanas (heater) dengan menekan suisnya

❑ Hidupkan pam motor (tekan suis pam motor).
❑ Buka saluran air keluar dan masuk.

OPERASI MESIN SECARA MANUAL
➢ Pastikan operasi dalam keadaan manual.
➢ Pastikan pintu keselamatan ditutup.
➢ Tekan suis acuan tutup (untuk tutup acuan).
➢ Tekan suis nozel kehadapan (untuk membawa hujung nozel menyentuh permukaan acuan).
➢ Pastikan skru telah mengambil material.
➢ Tekan suis suntikan (nozel akan menyuntik leburan masuk ke dalam kaviti acuan).
➢ Proses penyejukkan produk berlaku. Tekan suis putaran skru untuk mengambil semula material
bagi kitaran seterusnya.

➢ Tekan suis acuan buka (untuk membuka acuan).
➢ Tekan suis tolakkan ejector (untuk menolak keluar produk dari acuan).
➢ Tekan suis bebaskan ejector (untuk membawa kembali ejector ketempat asal sebelum pintu
dibuka).

OPERASI MESIN SECARA SEMI-AUTO
➢ Pastikan skru telah mengambil material.
➢ Tekan suis semi-auto.
➢ Buka dan tutup pintu keselamatan.
➢ Acuan akan tertutup untuk proses seterusnya.
➢ Selesai satu kitaran, untuk kitaran seterusnya hanya perlu buka dan tutup pintu.

OPERASI AUTOMATIK
➢ Acuan dalam keadaan terbuka
➢ Tekan suis automatik.
➢ Buka dan tutup pintu.
➢ Proses akan bermula secara automatik.

SEKIAN, TERIMA
KASIH

Hak Milik: Nasrina Bt Jabarudin


Click to View FlipBook Version