The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CU1 (10) SPESIFIKASI DAN KAWALAN KUALITI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2022-03-03 21:17:32

L3-CU1 INJ. MOULDING NEW MOULD SET UP

CU1 (10) SPESIFIKASI DAN KAWALAN KUALITI

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

MC-101-3:2015
PLASTIC INJECTION MOULDING OPERATION

START-UP SUPERVISION

C01
INJECTION MOULDING NEW MOULD SET-UP

TAJUK :
SUBMINT PRODUCT FOR QUALITY APPROVAL
(SPESIFIKASI PRODUK DAN KAWALAN KUALITI)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

1. KAWALAN KUALITI

• Kawalan kualiti (Quality control) adalah satu cara atau kaedah
untuk memastikan pencapaian kualiti pada tahap tertentu yang
telah ditetapkan bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan.

• Ia termasuk apa-apa saja tindakan yang difikirkan perlu bagi
sesuatu perusahaan atau industri dalam menyediakan landasan
yang betul dalam mengawal dan mengesahkan sesuatu ciri atau
sifat (characteristics) bagi produk atau perkhidmatan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Matlamat asas kawalan kualiti adalah untuk memastikan
produk, perkhidmatan, dan proses yang disediakan menepati
keperluan khusus (specific requirements) yang telah ditetapkan
dan boleh dipercayai dan memuaskan

• kawalan kualiti melibatkan pemeriksaan barangan,
perkhidmatan atau proses sekurang-kurangnya mencapai tahap
kualiti minimum yang ditetapkan.

• Matlamat pasukan kawalan kualiti adalah untuk mengenalpasti
sesuatu barangan atau perkhidmatan yang tidak mencapai
tahap kualiti piawai yang ditetapkanoleh syarikat.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Jika masalah telah dikenalpasti, langkah pertama yang perlu diambil oleh pasukan
kawalan kualiti atau pegawai yang bertanggungjawab ini adalah menghentikan
pengeluaran buat sementara waktu.

• Biasanya memperbetulkan masalah isu kualiti bukanlah tangungjawab pasukan
kawalan kualiti ini tetapi isu kualiti ini perlu ditangani oleh individu yang terlibat
secara langsung dengan proses pengeluaran khususnya yang berhubungkait dengan
masalah yang timbul.

• Setelah masalah kualiti telah diatasi produk, perkhidmatan atau proses yang terlibat
boleh diteruskan seperti biasa.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Kawalan kualiti bukan hanya mampu menangani masalah produk,
perkhidmatan atau proses tetapi juga pekerja.

• Pekerja merupakan asset penting kepada mana-mana syarikat atau
organisasi.

• Jika sesuatu syarikat mempunyai pekerja yang kekurangan dari segi
kemahiran atau pengetahuan maka akan berlakulah salah faham, salah
maklumat dan sebagainya.

• Kebiasaanya quality control dan quality assurance

mempunyai pengertian yang hampir sama tetapi sememangnya

berbeza.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Quality control lebih tertumpu kepada kawalan barangan tetapi
quality assurance adalah berasaskan proses (process–oriented).

• quality control melibatkan penilaian terhadap produk, proses,
aktiviti atau ‘service’.

• Sebaliknya , quality assurance dicipta untuk memastikan
proses-proses yang terlibat adalah memadai bagi mencapai
objektif atau matlamat yang ditentukan.

• Ia juga berperanan bagi memastikan produk atau ‘service’
dihasilkan, dilaksanakan mengikut ‘acuan’ atau panduan yang
telah ditentukan.

• manakala quality control adalah menilai samada produk yang
telah dihasikan memuaskan atau menepati kehendak
pelanggan atau tidak

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

2. Perlabelan Sampel

• Setiap produk yang akan di jadikan sebagai sampel hendaklah
diasingkan daripada produk biasa, dan setiap produk yang
akan dijadikan sampel itu hendaklah dilabelkan.

• Tujuan perlabelan ialah supaya kita dapat mengetahui
pengenalan atau butiran mengenai sesuatu produk itu.

• Butiran atau data-data yang perlu dituliskan pada label suatu
sampel itu ialah nama produk, tarikh sampel tersebut di
hasilkan, masa, nombor dan mesin serta tandatangan pegawai
QC (quality control) yang meluluskan produk tersebut untuk
dijadikan sebagai sampel.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

2.1 KAEDAH PERLABELAN

• Semua produk yang di isi dalam kotak hendaklah di labelkan.
• Satu format akan di sediakan untuk tindakan bahagian

pembungkusan.
• Semua item di dalam format tersebut hendaklah di isi seperti Nama

Syarikat, part name, part no, defect, quantity, date, shift, check by,
confirm by, remark.
• Contoh seperti dibawah, format ini bertujuan sebagai rujukan bagi
pengilang dan pelanggan. Dengan adanya label sedemikian di setiap
kotak, pengeluaranya dapat dikawal dan mudah di kendalikan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Rajah 1: Contoh label pada produk semasa proses pengeluaran

 SETIAP KARTON/KOTAK YANG DILABELKAN MESTILAH TEPAT.
 SEBARANG KECUAIAN YANG DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BARANG YANG

DI HANTAR MUNGKIN TERSALAH JENIS BARANG.
 INI TERJADI KERANA JENIS BARANG YANG TERDAPAT DALAM KARTON DI LABELKAN

JENIS BARANG YANG LAIN.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

3. “Statistical Process Control” (SPC)

• Dalam proses pembaikan kualiti, seseorang perlu tahu dimana ia berada, apakah
masalahnya dan apakah yang menyebabkan masalah itu berlaku sebelum
penyelesaiannya dapat dicari.

• Penyelesaian masalah perlu mengikuti satu kaedah yang berlogikal dan bersistematik.
• SPC dibezakan menjadi dua golongan besar sesuai dengan sifat data yang diperolehi

iaitu Variable dan Attribute.
• Teknik-teknik SPC yang termasuk dalam kategori data Variable adalah:

R Chart X Chart

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

3.1 R-chart

• R singkatan dari Range, mengukur beza nilai terendah
dan tertinggi sampel produk yang diperhatikan, dan
memberi gambaran mengenai kepelbagaian proses.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

3.2 X chart

• X Chart atau Mean Chart, menggambarkan turun naik
purata sampel berbanding purata keseluruhan
sampel.

• Penyimpangan ini akan memberi gambaran
kestabilan proses.

• Semakin dekat purata sampel ke nilai puratanya
maka proses adalah stabil, jika sebaliknya maka
proses tidak stabil.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

4. PENYEDIAAN SAMPEL RUJUKAN

• Sampel rujukan yang betul adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan sama ada
anda menerima atau menolak produk yang dihasilkan.

• Ini dilakukan dengan terlebih dahulu mewujudkan pelan sampel rujukan atau pelan yang
menggariskan kriteria penerimaan produk, dikenali sebagai peraturan keputusan.

• Peraturan keputusan ialah peraturan yang jelas menyatakan berapa banyak item di luar
spesifikasi yang boleh dihantar kepada pelanggan.

• Bergantung kepada jenis pelan sampel rujukan yang digunakan oleh
syarikat itu, mungkin terdapat lebih daripada satu keputusan
peraturan yang berkuat kuasa.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Pemilihan sampel rujukan boleh menjadi satu, dua atau lebih. Rajah 1 : Carta alir “sampling”

• “Master Sample” adalah sampel pertama yang dihasilkan dari
keluaran pertama (peringkat pengujian acuan) dengan kualiti
terbaik yang boleh digunapakai dan diterima dan disahkan oleh
pelanggan.

• Tujuan diwujudkan master sample ini adalah menjadi rujukan
utama bagi produk yang dihasilkan, ia juga dijadikan sampel
perbandingan sekiranya apa-apa kerosakan berlaku pada acuan
semasa pengeluaran dijalankan.

• Bagi mengelakkan masalah-masalah kesilapan, kecacatan
produk, keluaran bervariasi dan sebagainya, keluaran sesuatu
produk perlulah menjalani pemeriksaan

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

4.1 Kaedah Pemeriksaan Kualiti

A : Pemeriksaan Menyeluruh
B : Pelan Persampelan (Acceptance Sampling Plan)

i. Kaedah persampelan tunggal (Single sampling plan)
ii. Kaedah persampelan berkembar (Dauble sampling plan)
iii. Kaedah persampelan berganda (Multiple sampling plan)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

5. Masalah Produk Dan Penyelesaian

• Mesin suntikan plastik ialah satu Kecacatan Nama Keterangan Sebab
teknologi yang kompleks dengan produk. alternatif.
pelbagai kemungkinan masalah
pengeluaran. Kelajuan suntikan yang tinggi.

• Ianya boleh terjadi disebabkan Mempunyai Suhu barrel yang agak tinggi.
kecacatan acuan atau pun proses
pengeluaran. Jetting Snake-like garisan seperti ular Suhu acuan rendah
pattern
di permukaan Sistem runner yang kecil.

produk. Kadar aliran leburan yang tidak

sesuai.

Tanda hitam atau

perang yang

Air Burn/ terdapat pada Kurang pengudaraan.
Burn marks Gas Burn/ produk disebabkan Kelajuan suntikan terlalu tinggi.
ada udara yang
Dieseling

terperangkap

dalam acuan.

Retak Keretakan yang Material telah rosak.
terdapat pada Kelembapan yang tinggi.
produk. Selalu Tempat persekitaran yang kotor.
dijumpai pada Masa penyejukan yang pendek.
garisan temu.

Permukaan produk

yang tidak Kebocoran minyak dan lelehan

sempurna gris.

Tercemar disebabkan ada Hopper yang tiada penutup

bendasing atau Hopper tidak dicuci dengan elok.

pun bahan yang Pelinciran berlebihan pada acuan.

telah tercemar.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

6. Penggunakan borang spesifikasi produk

• Spesifikasi adalah satu keperluan yang jelas dan mesti dipatuhi
oleh bahan, produk atau perkhidmatan.

• Jika terdapat kegagalan memenuhi satu atau lebih daripada
spesifikasi yang telah ditetapakn ia boleh dianggap tidak
menepati spesifikasi atau produk yang mempunyai kecacatan.

• Dalam sektor kejuruteraan, pengeluaran, pembentulan dan
perniagaan adalah menjadi satu keperluan kepada pembekal.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Pembeli dan pengguna bahan, produk atau perkhidmatan untuk memahami dan
mematuhi dengan semua syarat yang ditetapkan.

• Spesifikasi adalah jenis standard atau piawaian yang selalunya dirujuk sebagai
kontrak dokumen pembelian.

• Borang spesifikasi produk adalah merupakan aplikasi asas di sektor industry.
• Selain daripada senarai semak, Borang ini juga boleh digunakan sebagai arahan

kerja dibahagian pengetahuan .
• ia bukan sahaja melibatkan sector pengeluaran plastik malahan

melibatkan sector pengeluaran serta pembuatan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Tujuan pembinaan dan pengunaan borang i.
spesifikasi adalah sebagai rujukan.

• Semakan selain daripada menjadi arahan
kerja terhadap sesuatu produk.

• Oleh yang demikian borang yang dibina
mestilah mengikut standard dan piawaian
yang telah ditetapkan.

• Berikut adalah criteria borang spesifikasi
produk :-

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Borang spesifikasi produk direkabentuk untuk memberikan maklumat yang tepat dan jelas
mengenai keperluan terhadap produk yang hendak dikeluarkan.

• Borang ini juga menyediakan secara terperinci mengenai fungsi atau ketidakfungsian keperluan
produk termasuklah anggapan, halangan, prestasi, dimensi, berat, kebolehpercayaan dan
standard.

• Ia juga menyediakan kepada pengilang dengan semua maklumat dan rujukan yang diperlukan
kearah mencapai matlamat ditetapkan.

• Borang spesifikasi juga boleh digunakan sebagai salah satu alat
kawalan kualiti dibahagian pengeluaran .

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Rajah 3 : Contoh Lukisan Kejuruteraan Produk Rajah 4: contoh borang spesifikasi produk
Plastik

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

7. SPESIFICATION PRODUK

• Perkara pertama yang kita harus ingat ialah produk yang dihasilkan dari setiap kitaran tidak
akan sama atau serupa.

• Tidak kira samada perbezaan itu kecil atau besar, ia tetap tidak akan sama dari segi saiz, tinggi,
berat, warna atau panjang. Apabila dua komponen produk diambil dari sesuatu proses, ia akan
berbeza.

• Perbezaan yang terlalu besar adalah satupunca utama kepada masalah kualiti di industri.
• Kita boleh mengukur perbezaan atau variasi (variation) ini

dengan mengumpul data dan seterusnya menganalisa keputusan.
Biasanya, kajian mengenai variasi ini boleh dilakukan dengan
menggunakan kaedah ‘Statistical Process Control’ (SPC).

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Antara variasi yang 1. Untuk memudahkan penganalisaan, data-
biasa terdapat pada data yang dikumpul hendaklah dari kategori
produk ialah: yang boleh diukur.

• Kekemasan 2. Contoh criteria yang tidak dapat diukur
permukaan ialah no/no go basis dan contohnya criteria
komponen yang boleh diukur ialah berat.

• Ketebalan ‘washer’ 3. Oleh itu, saiz atau berat komponen perlu

• Panjang kain diukur untuk menentukan prestasi proses

• Berat produk plastik supaya langkah penambahbaikan

• dan sebagainya (improvement) dapat dilakukan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

7.1 Pengawalan Berat Produk

• Mengapa berat produk dipilih sebagai satu criteria yang paling sesuai untuk diukur
bagi Komponen Plastik ?

• Mesin ‘injection moulding’ dan peralatan sokongan mesti mampun menghasilkan
pelbagai jenis produk dan pelbagai kegunaan dari pelbagai jenis bahan mentah
plastik.

• proses ‘injection moulding’ mestilah serba boleh dan berkualiti

tinggi.
• Kriteria kualiti mestilah dikenalpasti dengan jelas

terlebih dahulu supaya toleran yang sepatutnya dapat
ditentukan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Kriteria ini perlu dipastikan tidak kira samada kita menghasilkan komponen
kejuruteraan yang jitu (precision) atau komponen murah untuk kegunaan harian.

• Pada amnya, lebih besar toleran maka lebih ekonomik proses tersebut.
• Fungsi mesin dan juga acuan adalah sebagai pengantara dalam proses pengeluaran

bagi mengeluarkan komponen yang berkualiti yang dihasilkan secara berulang dan
ekonomik.
• Acuan yang baik akan menghasilkan produk yang berkualiti.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Umum:
- Semasa pengisian acuan (mould filling), banyak mempengaruhi kemasan

permukaan (surface finish), orientasi dan tegasan (level of stress).
- - Semasa ‘packing’, lekuk (sink), void, kecutan (shrinkage) dan dimensi,

penghabluran (crystallinity) dan berat produk.

• Berat atau penampilan luaran produk memberi petunjuk yang baik kepada
kualiti produk.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

TAMAT,
KESIAN TERIMA KASIH

Penghargaan kepada :
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kolej kemahiran Pure Technics (KKPT)
Had milik : NOOR HASLINA BINTI HASSAN


Click to View FlipBook Version