The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BHG 4 (PENGERINGAN BAHAN PLASTIK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2021-07-29 23:23:34

POLIMER

BHG 4 (PENGERINGAN BAHAN PLASTIK)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

TAJUK :
PENGERINGAN BAHAN

MENTAH

DISEDIAKAN OLEH :
NOOR HASLINA BINTI

HASSAN

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

1. TEKNIK-TEKNIK PENGERINGAN

Semua bahan plastik akan menyerap wap air dari atmosfera, tetapi
pada paras yang berbeza.
Ada bahan yang mencapai paras keseimbangan yang sangat rendah
dan tidak mendatangkan apa-apa kesan semasa memproses bahan
tersebut manakala jika paras keseimbangannya tinggi, risiko untuk
produk menjadi reject adalah tinggi.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Bersambung

Bahan ini dikenali sebagai bahan higroskopik (hydroscopic).
Higroskopik adalah keupayaan bahan menyerap wap air atau
lembapan dari atmosfera.

Sesetengah resin plastik adalah bersifat higroskopik dan
akan menyerap wap air atau kelembapan dari atmosfera jika
ia didedahkan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Bersambung

Senarai resin yang bersifat higroskopik yang perlu dikeringkan sebelum
diguna adalah seperti berikut:

a) NYLON
b) ABS
c) ACRYLIC
d) PC
e) PET
f) SAN

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS Bersambung

KESAN

Apabila resin-resin ini tidak melalui proses pengeringan
terlebih dahulu, ia akan memberikan kesan-kesan atau
kecacatan pada produk yang akan dihasilkan. Antara kesan atau
kecacatan produk tersebut adalah seperti berikut:

Mica marks (silvering) Penyusutan ke atas sifat-sifat plastik
(reduction in properties) Kerosakan bahan
(degradation of material)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

2.KAEDAH-KAEDAH PENGERINGAN

A) Ketuhar pengeringan (Drying oven)
B) Heater hopper
C) Hopper driers dan dehumidifying driers

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

A) Ketuhar pengeringan (Drying oven)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

B) Heater hopper

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

c) Hopper driers dan dehumidifying driers

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

3. KETUHAR PENGERINGAN
(DRYING OVEN)

Ketuhar pengering atau drying oven terdapat dalam pelbagai
bentuk tetapi beroperasi menggunakan prinsip yang sama.

Udara panas dilalukan melalui resin plastik yang dimasukkan ke
dalam dulang (tray). Udara ini mengeringkan kelembapan yang
terdapat pada resin tersebut.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Kedalaman resin di dalam dulang mestilah tidak melebihi
25mm atau 1 inci supaya pengeringan dapat dilakukan
secara sekata. Proses pengeringan boleh dipercepatkan
dengan mengurangkan tekanan di dalam oven. Pengurangan
tekanan akan menurunkan tahap didih air dan ini
mengalakkan luapan. Oven jenis ini disebut vacuum oven.
Oven biasanya dilengkapkan dengan kawalan masa dan suhu,
dan ciri-cirinya agak unik di mana rujukan perlu dibuat
menggunakan katalog pembuat bagi memastikan pelarasan
(setting) suhu dan masa bagi bahan tertentu. Had atasan
suhu adalah antara 80-120˚C atas alasan tertentu,
bergantung kepada bahan. Ini adalah disebabkan:

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Bersambung

Bahan termoplastik akan melekat antara satu dengan lain
apabila panas. Udara yang panas mungkin menghilangkan
sesetengah aditif (bahan tambah) yang penting.Terdapat
risiko tinggi kepada kerosakan permukaan resin.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

4. HEATER HOPPER

Heated hopper adalah hopper biasa yang dipasang dengan unit
penghembus udara panas. Tetapi kurang efisyen, ia mungkin
akan mengeluarkan kelembapan di permukaan tetapi tidak
sesuai untuk bahan yang lembap dan hygroscopic.
Bagaimanapun bahan akan kekal kering setelah dikeringkan.
Terdapat juga jenis heated hopper yang stand alone yang
boleh memperbaiki ciri-ciri pengeringan terutama yang
digunakan bersama dengan pneumatic hopper loading.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

5. HOPPER DRIERS DAN
DEHUMIDIFYING DRIERS

Hopper drier beroperasi menggunakan prinsip yang sama
dengan drying oven, tetapi bentuk radas berbeza. Udara
panas memasuki dasar hopper yang berbentuk silinder dan
naik melalui ruang menegak yang mengandungi resin plastik.
Sebahagiannya udara dilepaskan keluar (vented) dan
selebihnya dipanaskan semula dan digunakan semula.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

TAMAT,
SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version