The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2021-08-05 01:06:43

BAB 3 SISTEM PNEUMATIK

KOD DAN NAMA PROGRAM
MC-101-2:2015

PLASTIC INJECTION MOULDING OPERATION
START-UP

Disediakan oleh:

KOD UNIT KOMPETENSI

MC-101-2:2015-C05

INJECTION MOULDING AUXILIARY EQUIPMENT SET-UP

TUJUAN :

Dalam tajuk ini menerangkan

mengenai sistem asas

pneumatik yang digunakan di

dalam industri plastik

pengacuanan suntikan. Selain

itu, juga diterangkan langkah-

langkah keselamatan semasa

mengendalikannya.





Di dalam industri pengacuanan suntikan, sistem pneumatik dipasang untuk melakukan
dan memudahkan kerja-kerja pengoperasian. Ia dipasang pada sistem lentingan pada
acuan dan sistem robot. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja pembersihan.

Secara amalinya, sistem pneumatik selalunya digunakan untuk kerja-kerja yang ringan
kerana ketumpatan udara adalah jauh lebih rendah berbanding minyak. Sifat udara
yang boleh mampat menyebabkan penghantaran beban bagi sistem pneumatik
menjadi kurang tepat berbanding dengan sistem hidraulik.

Dalam sistem pneumatik, udara termampat digunakan sebagai tenaga. Udara dari
atmosfera dimampatkan oleh pemampat pada tekanan yang tinggi dan disimpan
dalam tangki. Udara termampat ini digunakan untuk menghasilkan kerja yang
digerakkan oleh alatan pengerak linear atau putaran.

Rajah 1:
Sistem Asas
Pneumatik

a) Sistem Penghasilan Angin (Consumption)

Bahagian komponen dan fungsi utamanya ialah:-
i) Kompressor

Udara yang diambil pada tekanan atmosfera,
dimampatkan dan dihantar pada tekanan yang lebih tinggi
ke dalam sistem pneumatik. Ia menukarkan
tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik.

ii) Motor Elektrik
Membekalkan kuasa mekanikal kepada
kompressor. Ia menukarkan tenaga elektrik
kepada tenaga mekanikal.

iii) Suis Tekanan
Mengawal motor elektrik dengan mengesan tekanan
di dalam tangki.
Ia memberi tekanan maksima dalam memberhentikan
motor, dan juga tekanan minima dikenakan semasa
ia memulakan motor sekali lagi.

iv) Check Valve
Membenarkan angin mampat daripada kompressor
mengalir masuk ke dalam tangki, dan mencegahnya
daripada mengalir balik apabila kompressor diberhentikan.

v) Tangki
Menyimpan angin mampat. Saiznya disesuaikan dengan
kemampuan kompressor. Lebih besar isipadunya, semakin
lama masa perjalanan di antara kompressor.

vi) Pressure Gauge
Menunjukkan tekanan di dalam tangki.

vii) Auto drain
Mengeluarkan ke semua penempatan air di dalam tangki.

Viii) Safety Valve
Meniupkan angin mampat keluar, jika tekanan
di dalam tangki dinaikkan lebih daripada tekanan
yang dibenarkan.

ix) Refrigerated Air Dryer
Menyejukkan angin mampat kepada beberapa
darjah lebih daripada tahap pembekuan yang
mengentalkan banyakan daripada kelembapan
udara. Ini mencegah daripada terjadi cecair
atau air mengalir kepada sistem aliran selepas ini.

iix) Line Filter
Ia berada dalam paip yang utama. Filter ini mestilah mempunyai kejatuhan
tekanan yang minima, dan berupaya mengeluarkan kabus minyak. Ia juga
menolong untuk meresap habuk, debu dan air daripada paip.

b) Sistem Menggunakan Angin (Consumption)
Bahagian komponen dan fungsi utamanya ialah:

i) Air take off
Angin dikeluarkan daripada paip utama.
Air dikeluarkan daripada bawah paip,
ia akan mengalir ke dalam automatic drain.

ii) Auto drain
Setiap tiub yang menurun mesti mempunyai drain di bawah. Cara yang
paling baik ialah dengan auto drain yang mencegah air berlebihan dari
bertakung di dalam tiub jika drain secara manual tidak diperlukan.



iii) Air service unit
Unit ini membekalkan angin mampat yang bersih pada tekanan optima
dan kadang kala menambahkan pelincir untuk memanjangkan jangka
hayat untuk komponen sistem pneumatik yang memerlukan pelinciran.

iv) Directional valve
Mengawal arah pengaliran angin mampat.
Jenis biasa injap ini iaitu 2/2, 3/2, 5/2 dll.

v) Actuator
Mekanisma yang menggunkan kekuatan udara bertekanan (udara
yang dimampatkan) untuk menghasilkan kekuatan gerakan piston
secara linear (keluar – masuk). Ia berfungsi untuk menukar tekanan
udara atau tenaga kepada tenaga gerakan atau kinetik.

vi) Speed controllers
Ia membolehkan larasan kelajuan silinder.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PNEUMATIK

Pneumatik banyak digunakan kerana mempunyai kelebihan.
Di antara kelebihan menggunakan pneumatik ialah:
i) Sistem pneumatik dapat dikerjakan dan dipraktikkan.

Kecekapannya tinggi pada suhu bawah 120oc.
ii) Sistem ini bersih dan selamat, jika berlaku kebocoran paip,

ia tidak menimbulkan masalah pencemaran alam kerana
ia hanya menggunakan udara.
iii) Pergerakan linear (linear actuator) dapat beroperasi dalam kelajuan yang tinggi.
iv) Injap pneumatik sesuai untuk fungsi logik dan digunakan untuk turutan yang
kompleks dan kombinasi mesin.
v) Elemen-elemen dan perkakasnya mudah dan ini menjadikannya ia murah.
vi) Mudah untuk diselenggarakan.

Namun begitu pneumatik mempunyai kekurangan.
Di antara kelemahan sistem pneumatik ialah:

i) Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkannya.
ii) Memerlukan pembersihan udara.
iii) Daya angkat yang rendah iaitu 25 kN.
iv)Kedudukan perantaraan yang susah untuk diubah.
v) Pencemaran bunyi dan memerlukan penyerap bunyi.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Semua udara bertekanan adalah merbahaya. Udara yang bertekanan tinggi

dan nitrogen adalah beracun tetapi tidak mudah terbakar. Oleh itu, ia perlulah
dikendalikan dengan penuh berhati-hati. Ada diantara sistem pneumatik yang
beroperasi pada udara yang mempunyai tekanan 3000psi.

Udara yang bertekanan tinggi ini boleh menyebabkan kecederaan pada
tubuh badan dan merosakkan harta benda. Beribu-ribu orang pekerja telah sesak
nafas dan buta mata kerana kecuaian semasa mengendalikan peralatan pneumatik.

Kecederaan dan kemusnahan harta benda dapat dikurangkan semasa
menggunakan peralatan pneumatik dengan menitik beratkan langkah-langkah
keselamatan semasa mengendalikannya.

Di antara langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ialah:
i) Jangan menggunakan udara bertekanan tinggi untuk membersihkan tubuh badan

dan pakaian.
ii) Jangan sesekali membaikpulih kebocoran semasa udara masih dalam keadaan

bertekanan tinggi. Sentiasa meletakkkan tag BAHAYA pada alatan yang sedang
dalam pembaikan.
iii) Elakkan haba yang panas terkena pada sistem saliran paip atau komponen dan
elakkan mengalir udara yang bertekanan tinggi pada paip secara mendadak.
iv) Elakkan membuka injap dengan cepat. Haba yang terhasil daripada tekanan yang
mendadak pada saliran paip yang kosong boleh menyebabkan berlakunya letupan.
v) Jangan sesekali meletakkan selinder gas yang bertekanan tinggi pada suhu melebihi
130˚F.



KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

HAK MILIK:
ROKIAH BINTI ISMAIL


Click to View FlipBook Version