The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2022-03-03 21:06:02

L3 - CU1 INJ. MOULDING NEW MOULD SET UP

CU1 (7) PERALASAN PARAMETER PENGAPITAN

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

MC-101-3:2015
PLASTIC INJECTION MOULDING OPERATION START-

UP SUPERVISION

C01
INJECTION MOULDING NEW MOULD SET-UP

TAJUK :
PELARASAN PADA PARAMETER UNIT

PENGAPITAN “CLAMPING UNIT”

Disediakan oleh :
NOOR HASLINA BINTI HASSAN

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

1. OPERASI PERGERAKAN ACUAN

 Acuan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian tetap (fix
plate) dan bahagian bergerak (moving Plate), di mana
terdapatnya core dan cavity.

 Sewaktu acuan hendak dibuka ia perlulah
di laraskan mengikut “mould open speed
profile” iaitu pada kelajuan perlahan,
laju dan perlahan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 bertujuan untuk memastikan produk dikeluarkan dalam keadaan
baik selain menjaga keselamatan acuan.

 Jarak bukaan acuan mestilah sesuai agar produk yang akan
dilentingkan dapat dikeluarkan dengan mudah. Ini dapat
menjimatkan masa kitaran.

 Acuan perlu ditutup secepat yang mungkin. Terdapat empat
jarak ketika acuan ditutup iaitu sebelum core masuk ke cavity,
semasa acuan tutup, sebelum kedua bahagian di kunci

(before clamping) dan selepas di kunci (after clamping).

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Acuan perlulah ditutup dengan kelajuan
laju,sederhana dan perlahan.

 Selain dari itu ‘mould protection’ perlu diset di
fasa terakhir acuan ditutup, ini bertujuan jika
terdapat lebihan plastik pada acuan ia dapat
keluarkan.

 Bagi acuan yang memiliki ‘sliding’ profile
buka tutup acuan perlu diberi perhatian
terutama ketika sliding masuk ke tempat
yang sepatutnya

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Pelarasan Jarak Acuan Ketika Dibuka

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Pelarasan Jarak Acuan Ketika Ditutup

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Acuan akan mula terbuka apabila 'timer' untuk masa penyejukan
(cooling time) tamat.

 Pada peringkat awal adalah perlu untuk acuan bergerak perlahan (slow
speed).

 Ini boleh dicapai samada dengan menggunakan 'limit switch' atau 'timer'.
 Dalam kedua-dua kaedah, jarak untuk 'slow opening' ditentukan terlebih

dahulu. Kelajuan sebenar acuan untuk
'slow speed' boleh didapati dengan
menggunakan 'slow open flow valve’.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Apabila 'slow open limit switch' tersentuh atau tempoh masa telah tamat
(timer out), kelajuan cepat (fast speed) akan bermula sehingga kelajuan
perlahan diperlukan semula sebelum platen terbuka sepenuhnya.

 Ini penting bagi mengelakkan platen terlajak terlalu jauh (overriding) dan
untuk sistem lentingan (ejector system) mula berfungsi.

 Bagi mengatasi masalah overriding, tempat
pertukaran (change-over) dari keadaan
laju ke perlahan perlu dibuat sebelum
tempat sebenar perubahan itu
dikehendaki.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Pelarasan semula boleh dibuat apabila kelajuan cepat (fast speed) telah diset.
Biasanya injap (valve) yang sama digunakan untuk mengawal kelajuan
bukaan awal dan akhir.

 Jarak untuk platen terbuka ditentukan oleh 'limit switch' atau penahan
mekanikal.

 Jarak bukaan acuan mestilah sesuai dengan saiz produk yang hendak
dikeluarkan dari acuan di samping meminimumkan masa kitaran (cycle time).

 Terdapat juga 'limit switch' untuk memulakan pergerakan lentingan (ejector).
 Limit switch mengawal jarak dan injap aliran

(flow valve) mengawal kelajuan lentingan (ejector).

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

• Terdapat tiga perkara penting yang perlu
dilaraskan dalam parameter pengapitan iaitu
daya “force”, jarak “stroke” dan kelajuan
“velocity”.

• Kelajuan penutupan acuan yang dilaraskan
mestilah mengikut profile kelajuan yang
disarankan.

Turutan Unit Pengapitan

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Semasa parameter buka dan tutup acuan dilaraskan beberapa
aspek perlu diberi perhatian antaranya ialah :-
i. Jenis acuan
Perlarasan kelajuan parameter buka dan tutup acuan
bergantung kepada jenis acuan ini kerana
rekabentuk yang berlaianan
menyebabkan pelarasan juga
akan berubah.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Contohnya bagi acuan “two plate” mempunyai satu bukaan
dibandingkan dengan acuan “three plate” yang mempunyai
dua bukaan.
 acuan yang mempunyai sliding juga memerlukan peralasan

parameter dengan berhati-hati agar
sliding tidak patah dan acuan tidak rosak.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

ii. “Mould height”

 Ia merupakan ketebalan bagi acuan dan ia mestilah
bersesuaian dengan ruangan pada mesin.

 ketebalan acuan yang boleh dipasang pada sesebuah mesin
adalah bergantung kepada “mould height adjustment” yang
boleh diperolehi pada mesin tersebut.

 “mould height adjustment” merupakan

ruangan maksimum yang diperolehi

apabila “moving platen” bergerak

kehadapan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 “minimum mould thickness” ialah jarak apabila acuan
bergernak ke hadapan sepenunhnya dan jarak ini
menunjukkan ketebalan minimum bagi acuan.

Kedudukan “Mould Height”

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

iii. “Daylight”
 Ia merupakan jarak antara

bukaan maksimum antara
kedua-dua belah acuan.
 Biasanya jarak bagi “daylight”
ialah dua (2) kali ketinggian
produk pada acuan dicampur
dengan panjang “sprue”.

Kedudukan “Daylight”

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Semua aspek di atas perlulah diberi perhatian agar peralasan
parameter yang dibuat selamat, dan bersesuaian bagi
mencegah acuan dari mengalami pelanggaran ketika proses
buka dan tutup acuan.

 Selain dari itu ia juga dapat memendekkan masa kitaran dan
memanjangkan jangka hayat acuan.

 Setiap nilai yang dilaraskan ketika acuan buka dan tutup
haruslah dipertimbangkan agar nilai tersebut berpandukan
pada proflle buka dan tutup acuan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

2. “CLAMPING FORCE” DAYA PENGAPITAN

 Mesin injection moulding dilengkapi dengan “clamping force/pressure” boleh
dilaras antara nilai minimum dan maksimum.

 Mesin akan beroperasi pada tahap keberkesanan yang paling baik apabila
“clamping force” di setting dengan baik untuk mengatasi tekan suntikan “Specific
injection pressure” yang digunakan oleh mesin.

 Daya pengapitan “clamping force”
merupakan satu daya yang digunakan
bagi menahan acuan dari terbuka
semasa proses penyuntikan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Daya ini terhasil daripada sistem pengapitan mesin yang
mengunakan mekanisma minyak hidraulik bagi menahan
acuan dari terbuka.

TWO CAVITY MOLD
SHOT PROJECTION AREA

CLAMPING FORCE

SPECIFIC INJECTION PRESSURE

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Daya pengapitan berfungsi bagi menahan acuan
dari tekanan penyuntikan semasa proses
penyuntikan berlaku agar acuan tidak terbuka.

 Pelarasan nilai daya pengapitan yang baik adalah
pada nilai yang optimum, ini bertujuan menjaga
keselamatan acuan dan jangka hayat acuan
lebih panjang.

 Bagi mesin yang mempunyai system pengapitan
jenis terus “Direct hidraulik clamping” terdapat
injap yang berfungsi bagi memberi daya
pengapitan ketika acuan tutup.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Manakala bagi mesin injection yang mempunyai system pengapitan jenis
toggle pula pelarasan daya pengapitan akan dibuat secara mekanikal.

 Daya pengapitan mesin yang dilaraskan haruslah mampu menahan acuan
dari terbuka semasa proses penyuntikan berlaku.

 Daya pengapitan minimum yang diperlukan oleh acuan boleh ditentukan
berdasarkan formula pengiraan seperti berikut :-

F=AxP
Dimana :-
F (force) = Daya pengapitan
A (area) = Luas keseluruhan produk + runner
P (Pressure) = Cavity pressure bergantung pada kelikakan bahan plastik.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

“Low Pressure Closing / Opening”

 Keselamatan acuan perlu diberi
keutamaaan semasa acuan ditutup
dan dibuka.

 Tekanan yang rendah haruslah
digunakan semasa acuan hampir
bertemu dan permulaan acuan
dibuka.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 Tekanan ini juga dikenali sebagai mould protection atau mould
safety tekanan ini berfungsi bagi memastikan tiada bendasing
yang terperangkap ketika acuan ditutup sebelum clamping force
dikenakan.

 Mengelakkan acuan berlanggar semasa proses penutupan dan
produk melekat pada rongga kaviti semasa proses permukaan
acuan.

 Pelarasan parameter low pressure closing and opening
adalah penting bagi memastikan kualiti produk terpelihara.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

 keselamatan acuan terjamin dengan
penetapan jarak bagi mould protection atau
mould safety yang betul.

 Jarak mula dan tamat Low pressure closing
and opening akan di laraskan berpandukan
kepada pemerhatian kedudukan guide pin
masuk atau keluar dari guide bush.

 ketebalan produk dan rekabentuk acuan juga
diambil kira ketika low pressure closing and
opening di laraskan

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

Ejector Speed, Pressure And Stroke

 Setelah barangan membeku maka acuan akan dibuka untuk
proses melentingkan barangan.

 Cara melentingkan produk dapat dilakukan dalam dua cara iaitu
semi-auto atau automatik.

 Automatic ejection boleh dilakukan secara mekanikal, hidraulik
atau sistem pneumatik, ini bergantung kepada sistem lentingan
yang disediakan pada sesebuah mesin.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG

 Sistem lentingan secara angin digunakan untuk
barangan yang jernih dan nipis.

 Semua mesin injection moulding dilengkapi
dengan sistem lentingan.

 Aspek-aspek yang tertentu harus diberi

penekanan bagi mengelakkan kecacatan produk

berlaku.

 Ejector pin berfungsi untuk menolak produk keluar
daripada kedudukannya di dalam acuan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG

 Ejector pin itu mestilah cukup panjang
untuk menolak produk keluar, jika tidak
produk akan tersangkut di acuan dan
gerakkan acuan menutup seterusnya akan
terganggu.

 “Ejector rod” berfungsi untuk menolak plate
penolak ejector pin (ejector plate) semasa
gerakan melentingkan produk keluar dari
acuan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG

 Terdapat juga 'limit switch' untuk

memulakan pergerakan

lentingan (ejection).

 Limit switch mengawal jarak dan
injap aliran (flow valve)
mengawal kelajuan lentingan
(ejector)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG

Dalam proses pelarasan parameter bagi system lentingan terdapat beberapa
perkara harus diambil kira iaitu:-

I. Ketebalan produk
 Nilai kelajuan dan tekanan yang dilaraskan haruslah mampu menolak produk

yang dihasilkan tanpa meninggalkan kesan pada produk.
 Bagi produk yang nipis adalah disarankan nilai tekanan dan kelajuan

digunakan pada tahap optimum.
 Ini bagi bertujuan mengelakkan produk tersebut berlubang

akibat lentingan yang dilakukan oleh ejector pin dan
juga mengelakkan kecacatan kesan ejector pin (ejector mark)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG

II. Cooling Time, Ejection Tempreture and Mould
Tempreture

 Suhu juga diambilkira semasa proses lentingan

dijalankan. MTC

 Proses lentingan yang dijalankan pada produk
yang mempunyai suhu yang sesuai dapat
mengatasi masalah kecacatan pada produk.

 Suhu penyejukan haruslah mencukupi bagi

memastikan produk membeku sepenuhnya

sebelum di lentingkan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

3. “Setting Up Of Clamping Unit”

 Tiga perkara yang perlu diset untuk unit pengapitan ialah kelajuan,
tekanan dan jarak atau kedudukan.

 Acuan yang telah penah digunakan pada mesin tersebut, kad setting
“setting card of sheet” atau data yang tersimpan dalam disket
hendaklah digunakan.

 Acuan baru dipasang pada mesin dengan menggunakan kaedah
yang logical dan “Step by step” digunakan seperti seven (7) point
setting plan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG

seven (7) point setting plan

Tujuh titik perancangan pelarasan (7 “point setting plan”)

Setelah acuan baru telah ditempatkan ke mesin laraskan
pergerakan acuan berdasarkan tujuh (7) “point setting plan” iaitu :-

1. Minimakan parameter kelajuan acuan sebanyak 10%

 Untuk mendapatkan kelajuan yang

minimum selain untuk menguji

kesejajaran acuan.

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS BERSAMBUNG

2. Gerakkan platen acuan
 Gunakan perlarasan kelajuan yang minimum untuk gerakkan

acuan buka dan tutup berulang kali menguji kesejajaran acuan.

3. Laras kedudukan (jarak) –Set stroke/ limit swich
 Semasa menguji keselamtan acuan jarak bukaan maksima

hendaklah dilaraskan (jarak bukaan maksima yang disarankan
adalah dua kali tinggi produk) open day light
 Selain itu jarak pertukaran kelajuan acuan hendaklah di laraskan

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

4. Laras kelajuan – “set speed”
 Daripada kelajuan yang minimum, tingkatkan kelajuan

acuan berperingkat sehingga mendapat kelajuan yang
optimum.
 Profil kelajuan buka : perlahan, laju, perlahan
 Profil kelajuan tutup : laju, sederhana, perlahan
 Semasa acuan bergerak menutup tekanan dan masa
melalui zon keselamatan (safety zone) juga perlu
dilaraskan. (antara mula guide pin masuk ke
guide bush)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

5. Laraskan unit lentingan – ejector
 Laraskan kedudukan zero off set unit lentingan
 Laraskan jarak unit lentingan ke hadapan
 Laraskan kelajuan dan tekanan penolakan
 Laraskan jarak unit lentingan ke belakang
 Laraskan kelajuan dan tekanan balikan
 Tentukan berapa kali lentingan (multistroke)

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

6. Laraskan tekanan pengapitan (clamping force)
Terdapat dua kaedah utama melaraskan tekanan pengapitan

 Sistem pengapitan terus (direct clamp
 Sistem pengapitan toggle

7. Periksa keselamatan acuan
 Berdasarkan tekanan, kelajuan dan jarak yang

telah dilaraskan, gerakkan acuan buka dan tutup
beberapa kali untuk memastikan acuan dalam
keadaan selamat. (manual mode).

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

TAMAT,
SEKIAN TERIMA KASIH

Penghargaan kepada :
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
Kolej kemahiran Pure Technics (KKPT)
Had milik : NOOR HASLINA BINTI HASSAN


Click to View FlipBook Version