The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2021-08-05 01:58:29

BAB 5 PENGATURCARAAN PERALATAN TAMBAHAN

Disediakan oleh: KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS(L01403)
NO.3673 JALAN RASAH JAYA 6/6, TAMAN

RASAH JAYA, 70300 SEREMBAN, NSDK

KOD & NAMA PROGRAM
MC-101-2:2015

PLASTIC INJECTION MOULDING
OPERATION START-UP

KOD UNIT KOMPETENSI
MC-101-2:2015-C05 :

INJECTION MOULDING
AUXILIARY EQUIPMENT SET-UP

TAJUK PEMBELAJARAN (P5):
PENGATURCARAAN PERALATAN TAMBAHAN

TUJUAN :

Dalam tajuk ini menerangkan mengenai jigs dan lekapan,
pemasangannya dan fungi penggunaannya di dalam mesin
pengacuanan suntikan.

PENERANGAN :

1. JIG AND FIXTURE

Jig dan lekapan berfungsi sebagai alatan yang akan menjadi

garis panduan kepada sesebuah bahan kerja. Terdapat dua
bahagian yang akan mengepit, dan benda kerja akan diletak di
bahagian tengah. Alatan ini juga boleh dijadikan sebagai bahan
penguji kualiti.

Jigs dan lekapan adalah satu alat meletak dan memasang
bendakerja / komponen dengan cepat dan tepat. Kebiasaanya
diperbuat dari logam dan bukan logam seperti kayu, PVC, fiber,
besi tuang, keluli dan sebagainya.

Jigs dan lekapan kebiasaannya memerlukan ketepatan yang
tinggi. Boleh dikatakan jigs dan lekapan untuk memasang
bendakerja dan memandu mata alat dan tidak pula diikat
pada mesin.

a) Fungsi Jig
Fungsi utama jigs ialah untuk memandu mata alat. Jig sebagai
peralatan khusus yang memegang atau di tempatkan pada
komponen yang akan dimesin. Jig adalah alat bantu pengeluaran
yang dibuat bukan hanya untuk menempatkan dan memegang
bendakerja tetapi juga mengarahkan alat potong ketika operasi
berjalan.

Contoh jig : Jig plate, jig sandwich, jig angle plate, jig tumble, jig
multistation dll.

b) Fungsi Lekapan (Fixture)

Fungsi utama bagi lekapan ialah untuk meletak atau memperkuatkan
dan memegang benda kerja. Lekapan yang diikat pada mesin dan
bukan berfungsi untuk memandu mata alat. Pada umumnya lekapan
adalah ragum.

Lekapan merupakan peralatan pengeluaran yang menempatkan,
memegang dan menyangga benda kerja dengan kuat sehingga
operasi pemesinan boleh dilakukan dengan baik. Lekapan dibuat lebih
kuat dan berat dari jig kerana perkakasnya lebih tinggi.

Contoh fixture : Fixture pelat, Fixture pelat sudut, fixture
vise-jaw, fixture indexing, fixture multistation dan fixture profil

Klasifikasi Fixture biasanya diklasifikasikan berdasarkan jenis mesin

yang menggunakannya. Misalnya, fixture yang digunakan pada

mesin milling disebut fixture milling. Fixture juga diklasifikasikan

dengan subklasifikasi. Misal, jika pekerjaan yang dilakukan adalah

milling stradle maka fixture disebut straddle milling fixture. Berikut

ini adalah senarai operasi pengeluaran yang menggunakan fixture:

™Assembling Lapping
™Boring Milling
™Broaching Planing
™Drilling Sawing
™Forming Shaping
™Gauging Stamping
™Grinding Tapping
™Heat treating Testing
™Honing Turning
™Inspecting Welding

c) Kebaikan jigs dan lekapan (fixture)

❑ Kegunaan utama menggunakan jigs dan fixture ialah untuk
mengurangkan kos pengeluaran dan meninggikan penggunaan

affiency (pertalian).

❑ Dengan menggunakan peralatan ini, ia dapat membantu
menghasilkan pengeluaran dengan cepat dan tidak lagi perlu
menghabiskan masa untuk memasang bendakerja seperti
menanda dan menyelaras bendakerja pada mesin: Kebaikan
i. Ekonomi
ii. Menghasilkan komponen
iii. Penghasilan mudah alih
iv. Mudah dikawal

c) Prinsip Lukisan Jig dan Lekapan
Jig dan lekapan yang direka mestilah mempunyai ciri-ciri ini:
i. Selamat untuk digunakan.
ii. Penempat bendakerja yang tepat.
iii. Pengikat bendakerja yang berkesan.
iv. Pelepasan bendakerja yang tepat.

2. KEGUNAAN JIGS DAN FIXTURES (LEKAPAN)
i) Mengurangkan kos pengeluaran
ii) Bagi meningkatkan pengeluaran.
iii) Untuk memastikan ketepatan.
iv) Buruh kurang mahir.
v) Penjimatan buruh.
vi) Meningkatkan keselamatan di tempat kerja, sekaligus

menurunkan kadar kemalangan.
vii) Memudahkan sistem kawalan kualiti.

Contoh Jigs dan Fixture

Pengujian Jigs PCB pada Fixture

Sistem Jigs

Sistem Fixture

3. PENGGUNAAN JIG AND FIXTURE

Jig And Fixture digunakan oleh setiap industri. Begitu juga dengan industri
plastik. Ia digunakan dalam proses degating. Proses degating secara

manual boleh dilakukan dengan menggunakan alatan pemotong seperti

pisau tajam (thin-bladed), side cutters atau alatan yang serupa dengan
mata pemotong pada blok pengalas yang diperbuat dari besi (anvil).

4. KAEDAH PEMOTONGAN

Apabila sprue memerlukan penyediaan pemotongan yang
mempunyai ketinggian yang tetap, jig pemotong diperlukan.
i) Degating dengan menggunakan hot blade atau swing.

Circular saw

Degating menggunakan Hot
Blade dan Circular saw

Proses degating menggunakan Hot Blade

Proses degating menggunakan Circular Saw

ii) Cropping Jigs

Proses degating bagi rangkaian atau cabang bahan sisa

(sprue, runner dan gate) memerlukan cropping jig. Selepas
diperiksa, produk berserta bahan sisa yang memuaskan

akan diletakkan pada jig dan gate-gate akan dipatahkan

atau dipotong oleh bilah pemotong.
Proses pemotongan ini kebiasaannya dilakukan selepas

proses post-moulding yang lain (produk dibiar beserta sprue,
runner dan gate) untuk memudahkan pengendalian.

Proses degating menggunakan Sistem Cropping Jigs

Pengujian bahan kerja pada jigs

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

HAK MILIK:
ROKIAH BINTI ISMAIL


Click to View FlipBook Version