The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiezrokiah, 2021-08-05 00:41:53

BAB 2 KOMPONEN ELEKTRONIK

KOD DAN NAMA PROGRAM
MC-101-2:2015

PLASTIC INJECTION MOULDING OPERATION
START-UP

Disediakan oleh: KOD UNIT KOMPETENSI
MC-101-2:2015-C05

INJECTION MOULDING
AUXILIARY EQUIPMENT SET-UP

TAJUK PEMBELAJARAN:
SISTEM ASAS ELEKTRONIK (P2)

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan
untuk menerangkan mengenai
sistem asas elektronik yang
digunakan pada mesin
pengacuanan suntikan. Selain
itu, juga diterangkan fungsi-
fungsi, komponen asas serta
cara penyelenggaraannya.

PENGENALAN

Elektronik mengunakan transistor dan diod sebagai komponennya.
Seterusnya dikembangkan menjadi IC (Integrated Circuit). Elektronik
adalah alat yang dibuat berdasarkan prinsip elektronik. Penggunaan peranti
elektrik yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron / sebarang partikel
bercaj elektrik.
Elektronik adalah berbeza dengan elektrik. Elektronik kemampuannya
untuk menguatkan isyarat radio dan isyarat audio tanpa menggunakan
peranti bukan mekanikal. Sistem ini peka kepada isyarat dan boleh
bertindak pantas. Ianya boleh dimulakan, dilaraskan, dan diatur melalui
pelbagai punca tenaga seperti cahaya, haba dan magnet.

KOMPONEN ELEKTRONIK

i) Komponen Aktif
Boleh bertindakbalas apabila menerima arus elektrik dan dihasilkan untuk menghasilkan
produk utama litar seperti cahaya dan bunyi. Komponen Aktif adalah seperti:

a) Diod
b) Transistor
c) Integrated Circuit
d) Buzer
e) Switch

ii) Komponen Pasif
Tidak boleh bertindakbalas apabila menerima arus elektrik. Ia digunakan sebagai
pembantu pergerakan untuk komponen aktif.

a) Resistor
b) Kapasitor
c) Induktor

FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

A) Diod
• Diod merupakan satu komponen elektronik yang berfungsi

untuk membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.
• Komponen yang terhasil dari bahan separuh pengalir.
• Salah satu kegunaan diod yang paling penting adalah menukarkan

voltan arus ulang alik (AU) kepada voltan terus (AT).
• Diod adalah komponen elektronik dua pin terdiri daripada Anod dan

Katod.

BIL KAKI ANOD (A) K
A

KAKI KATOD (K)

1 Bercas Positif Bercas Negatif

2 Mempunyai kaki yang panjang. Mempunyai kaki yang pendek.
3 Jauh dari permukaan rata.
Berhampiran dengan permukaan
4 Bersambung dengan bahagian rata.
yang berbentuk kecil. Bersambung dengan bahagian
yang berbentuk bendera.

Diod terdiri dari pelbagai jenis iaitu:
❑ Kuasa
❑ LED
❑ Zener
❑ Terowong
❑ Varaktor





Diod digunakan dalam pelbagai kegunaan harian:





B) Perintang (Resistor)

• Perintang biasanya digunakan dalam litar untuk mengawal

arus dan menghadkan aliran arus dalam litar elektrik.

• Nilai rintangan disukat dalam unit ohm.
▪ Perintang tidak mempunyai kekutuban dan dapat dipasang

tanpa mengikut kekutuban.

Bil Perintang tetap Perintang boleh laras
1 Nilai rintangan tidak dapat
Nilai rintangan boleh diubah
diubah.

2 Digunakan untuk mengurangkan Digunakan untuk mengawal arus
dan voltan yang boleh dilaras di
arus eletrik yang melalui litar.

Terdiri daripada jenis karbon (karbon antara sifar hingga nilai maksimum.

dan tanah liat) dan jenis berlilit dawai Ada dua jenis, iaitu rheostat dan

(nikrom dan nagan). meter upaya .

Simbol Simbol











C) Kapasitor (Capacitors)

• Kapasitor juga dikenal sebagai pemuat dan berfungsi menyimpan
dan membuang cas elektrik.

• Keupayaan kapasitor untuk menyimpan cas ini disebut kapasiti
dan unit asas nilai kapasiti ialah Farad (F)

• Semakin tinggi nilai kapasiti sesuatu kapasitor, Semakin banyak
cas yang dapat disimpan.

Bil KAPASITOR BERKUTUB KAPASITOR TIDAK

1 Mempunyai dua kaki yang berlainan BERKUTUB
kutub.
Dua kaki sama panjang

2 Kaki yang lebih panjang adalah kaki Tidak perlu disambung mengikut

positif dan kaki yang pendek adalah kaki kekutuban.

negatif.

3 Kaki yang berhampiran dengan tanda Biasanya menyimpan cas yang

(-) pada kapasitor adalah kaki negative. lebih sedikit berbanding kapasitor
berkutub.

4 Kaki ini mesti bersambung mengikut Saiz badan lebih kecil.
kekutuban kaki.

5 contoh Simbol kapasitor tidak berkutub
• kapasitor elektrolitik
contoh
• kapasitor tantalum • kapasitor seramik

• kapasitor mika

KOD WARNA
CAPASITOR



D) Suis (Switch)

• Suis digunakan untuk menyambungkan dan memutuskan
bekalan arus eletrik di dalam litar.

• Suis disambung secara siri pada wayar hidup dan bahagian
luarnya biasanya dibuat daripada bahan penebat seperti plastik
atau bakelit.

• Apabila suis ditutup, arus akan mengalir di dalam litar.
Apabila suis dibuka, arus tidak akan mengalir di dalam litar.

• Suis yang biasa digunakan dalam litar termasuklah suis togel,
suis tekan buka, dan suis tekan tutup.

• Jenis suis dan keterangannya.
i) Arus mengalir apabila punat ditekan atau ditolak.
ii) Arus berhenti mengakir apabila punat ditekan atau ditolak ke arah
berlawanan.

• Terdapat dua jenis suis tekan

i) Suis Tekan Buka
▪ Apabila punat suis ditekan, arus tidak mengalir, sebaliknya
arus akan mengalir apabila punat suis dilepaskan.
▪ Digunakan dalam litar mentol pada peti sejuk dan litar
mentol pada kenderaan.

ii) Suis Tekan Tutup
▪ Apabila punat suis ini ditekan, arus akan mengalir dalam litar,
arus akan mengalir berhenti mengalir jika punat suis ini
dilepaskan.
▪ Digunakan pada litar loceng rumah.

E) Transistor

• Transistor digunakan dalam litar untuk meninggikan arus, voltan, kuasa dan berfungsi sebagai suis.
• Transisitor dibuat daripada bahan semikonduktor (separa pengalir) seperti silikon dan germanium.
• Transistor banyak digunakan dalam radio, televisyen dan komputer.
• Transistor mempunyai tiga kaki iaitu:

i) Kaki pemancar (E) atau emitt
Mengeluarkan arus untuk kembali ke punca negatif.

ii) Kaki pemungut (C) atau college
Menerima arus eletrik daripada punca positif bateri.

iii) Kaki tapak (B) atau base
Mengawal arus elektrik daripada kaki C ke kaki E.

• Biasanya disambung pada perintang tetap

• Terdapat dua jenis transistor, iaitu transistor jenis NPN dan transistor jenis PNP.

Binaan transistor jenis NPN :
Binaan trasistor jenis PNP :



F) Buzer
• Buzer ialah komponen yang menukarkan gelombang elektrik

ke gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.
• Buzer berkuasa rendah dan memerlukan arus elektrik

yang rendah. Buzer selalu digunakan untuk mengeluar
isyarat bunyi penggera.

Terdapat dua jenis buzer yang biasanya digunakan, iaitu :

Bil BUZER PIEZO BUZER ELEKTROMAGNET

1 Menghasilkan nada bunyi yang Menghasilkan nada bunyi

nyaring. yang rendah.
2 Berkutub positif dan negatif. Tidak berkutub.

3 Voltan antara 1.5v -12v untuk Voltan antara 6v-12v untuk
berfungsi. berfungsi.

G) Induktor

Selain Resistor dan Kapasitor, Induktor juga merupakan komponen
Elektronik Pasif yang sering ditemui dalam Rangkaian Elektronik,
terutama pada rangkaian yang berkaitan dengan Frekuensi Radio.
Induktor atau dikenal juga dengan Coil adalah Komponen Elektronik
Pasif yang terdiri dari susunan lilitan kawat yang membentuk kumparan
(coil). Pada dasarnya, Induktor dapat menimbulkan Medan Magnet jika
arus elektrik mengalir. Medan Magnet yang terhasil dapat menyimpan
tenaga dalam waktu yang singkat.

Keupayaan Induktor atau Gegelung menyimpan Medan Magne dipanggil kesan
bahawa satu unit adalah Henry (H). Unit Henry pada amnya terlalu besar untuk
Komponen Induktor yang terdapat di Litar Elektronik. Oleh itu, unit yang berasal
dari Henry digunakan untuk menyatakan kemampuan kearuhan Induktor atau
Gegelung. Unit terbitan Henry merangkumi milihenry (mH) dan microhenry (µH).
Simbol yang digunakan untuk mewakili Induktor dalam Litar Elektronik adalah
huruf "L".

Simbol Induktor

Nilai Kearuhan sebuah Induktor (Coil) bergantung pada 4 factor iaitu :

•Jumlah Lilitan - semakin banyak lilitannya semakin tinggi kearuhannya.

•Diameter Induktor - Semakin besar diameternya semakin tinggi pula kearuhannya.

•Kebolehtelapan Teras - iaitu bahan teras yang digunakan seperti Udara, Besi ataupun Ferit.

•Ukuran Panjang Induktor - semakin pendek inductor (Koil) tersebut semakin tinggi kearuhannya.

Fungsi Induktor (Coil) dan Aplikasinya
Dapat menyimpan arus elektrik dalam medan magnet, menapis (Filter)
Frekuensi tertentu, menahan arus ulang-alik (AC), meneruskan arus searah (DC)
dan pembangkit getaran serta melipatgandakan tegangan.

Induktor atau Coil ini pada umumnya diaplikasikan :
Sebagai Filter dalam Rangkaian yang berkaitan dengan Frekuensi
Transformer
Motor Listrik
Solenoid
Relay
Speaker
Microphone

H) Litar Bersepadu (Integrated Circuit)

Integrated Circuit atau singkatannya IC adalah Komponen

Elektronik Aktif yang terdiri dari gabungan ratusan, ribuan
bahkan jutaan Transistor, Diod, Resistor dan Kapasitor yang
diintegrasikan menjadi suatu Rangkaian Elektronik. Bahan

utama yang membentuk sebuah Integrated Circuit (IC)

adalah Bahan Semikonduktor. Silicon merupakan bahan

semikonduktor yang sering digunakan dalam Teknologi
Fabrikasi Integrated Circuit (IC).

Gambar IC (Integrated Circuit) dan Simbolnya :
IC terbahagi kepada dua jenis iaitu IC Linear (IC Analog) dan IC Digital

Sekiranya anda menghabiskan banyak masa
untuk memikirkan sesuatu, anda tidak akan

dapat menyelesaikannya.

If you spend too much time thinking about a
thing you’ll never get it done.

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KOLEJ KEMAHIRAN PURE TECHNICS

HAK MILIK:
ROKIAH BINTI ISMAIL


Click to View FlipBook Version