The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meenyunus, 2023-05-29 14:41:47

PERLEMBAGAAN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA ( PGBM )

PERLEMBAGAAN PGBM KUANTAN 2023

1 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN ( PPM-007-16-07122022 ) PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA ( PPM-007-16-07122022 )


1 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN (PPM-007-16-07122022) PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PPM-007-16-07122022) FASAL 1 : NAMA 1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA Selepas ini disebut " Pertubuhan ". 1.2 Takrif Nama : PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA 1.3 Taraf Pertubuhan : Kebangsaan FASAL 2 : TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah PRESINT 11(1), SK PUTRAJAYA JALAN P11J1, PRESINT 11, 62300 PUTRAJAYA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA dan alamat untuk surat-menyurat adalah JALAN P11J1, PRESINT 11, 62300 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2.2 Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubahtanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 : TUJUAN / MATLAMAT 3.1 Merapatkan hubungan muhibah antara Guru-Guru Besar di semua peringkat dan semua jenis sekolah rendah dalam Malaysia 3.2 Memastikan Persatuan Guru Besar Malaysia memberi kerjasama kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melicinkan pelaksanaan dan keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta program dan aktiviti pendidikan.


2 3.3 Membantu memastikan Persatuan Guru Besar Cawangan memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri 3.4 Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman pentadbiran dan pendapat yang boleh meningkatkan prestasi pengurusan sekolah dan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah rendah. 3.5 Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3.6 Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan dan profesion Guru Besar. 3.7 Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan meningkatkan tatasusila Guru Besar. FASAL 4 : KEAHLIAN 4.1 Kriteria keahlian persatuan ini adalah seperti berikut : A Ahli Biasa i Kewarganegaraan : Malaysia ii Umur Minima : 30 tahun iii Kawasan / Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia iv Keturunan / Bangsa : Semua v Jantina : Lelaki & Perempuan sahaja vi Agama : Semua vii Kriteria Keahlian Yang Lain : Semua Guru Besar yang berkhidmat denganKementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) 4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa sebarang sebab Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.


3 FASAL 5 : PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 5.1 Mana-mana ahli cawangan Persatuan Cawangan Negeri dan Persatuan Cawangan Daerah yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau arahan Jawatankuasa Tadbir Persatuan, maka keahliannya akan digantung ataupun diberhentikan daripada menjadi ahli cawangan persatuan negeri dan persatuan daerah oleh Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 5.2 Mana-mana ahli cawangan Persatuan Negeri dan Persatuan Daerah yang telah digantung atau diberhentikan keahliannya maka ia boleh membuat rayuan bertulis kepada Pengerusi untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan Guru Besar Malaysia. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan adalah muktamad. 5.3 Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh pendaftar, pindah tugas ke Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi telah lucut keahlian. FASAL 6 : SUMBER KEWANGAN 6.1 Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada : 6.1.1 Bayaran Keahlian Masuk : RM 50.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja ) dibahagikan : 6.1.1.1 Yuran untuk Daerah : RM 30.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja ) 6.1.1.2 Yuran untuk Negeri : RM10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja ) 6.1.1.3 Yuran untuk Kebangsaan : RM 10.00 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja ) 6.1.2 Yuran Tahunan : RM50.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja ) 6.1.2.1 Yuran untuk Daerah : RM30.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga puluh sahaja 6.1.2.2 Yuran untuk Negeri : RM10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja ) 6.1.2.3 Yuran untuk Kebangsaan : RM10.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Sahaja)


4 6.2 Kutipan yuran tahunan ahli daripada Bendahari Persatuan Guru Besar cawangan negeri atau cawangan wilayah Persekutuan hendaklah diselesaikan sebelum 31 Julai setiap tahun kepada Persatuan Guru Besar Malaysia. 6.2.1 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas. 6.3 Sumbangan Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalambentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan. 6.4 Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, permit atau lesen, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi yang dibenarkan oleh undang-undang FASAL 7 : MESYUARAT PERWAKILAN 7.1 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan Guru Besar Malaysia hendaklah diadakan tiap-tiap tahun sebelum 31hb Oktober tahun tersebut kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan 7.2 Kourum Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan sekurang-kurangnya dua pertiga ( 2 / 3 ) daripada jumlah perwakilan yang ditetapkan. 7.3 Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan negeri adalah seramai 10 orang 7.4 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ini diadakan untuk membentang dan meluluskan hal- hal seperti berikut: 7.4.1 Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan Guru Besar Malaysia yang lepas. 7.4.2 Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Tadbir Persatuan 7.4.3 Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan Persatuan 7.4.4 Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahunan Persatuan


5 7.4.5 Setiap dua ( 2 ) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Persatuan bagi jawatan dalam Fasal 8 ( Ceraian 8.1.1 hingga 8.1.4 ). * Jawatan 8.1.1 hingga 8.1.4 ini hendaklah dipilih dari kalangan Pengerusi Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri-negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan. Jawatan dalam Fasal 8 ( Ceraian 8.1.5 hingga 8.1.7 ) iaitu Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah lantikan oleh Pengerusi dari kalangan mana- mana Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 7.4.6 Setiap dua ( 2 ) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam. Tidak boleh dipilih dari kalangan mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan 7.4.7 Setiap dua (2) tahun melantik seorang Pengerusi Tetap dan seorang Timbalan Pengerusi Tetap. *Tidak boleh dilantik dari kalangan mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 7.4.8 Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh Ahli- ahli Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan atau daripada Jawatankuasa Tadbir Persatuan 7.4.9 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit Dalam atau Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi Tetap, Jawatankuasa Tadbir Persatuanini diberi kuasa untuk melantik dengan kadar segera mana-mana ahli untuk menggantikannya. 7.4.10 Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) bulan sekali. Manamana Jawatankuasa Tadbir Persatuan yangtidak dapat hadir boleh diwakilkan dan hendaklah dinyatakan secara bersurat. 7.5 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Persatuan GuruBesar Malaysia Luar Biasa boleh diadakan dalam mana- mana keadaan berikut : 7.5.1 Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 7.5.2 Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua per tiga ( 2 / 3 ) daripada jumlah Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 7.5.3 Atas arahan Pendaftar Pertubuhan 7.5.4 Hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa Tadbir Persatuan, atau tarikh penerimaan permintaan Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar Pertubuhan mengikut manamana yang berkenaan. 7.5.5 Notis Bertulis Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Guru Besar Malaysia Luar Biasa hendaklah dikemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat Agung hendak diadakan dan perlu menyatakan tujuan diadakan.


6 7.5.6 Urusan Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Guru Besar Malaysia Luar Biasa hendaklah dihadkan kepada tujuan mesyuarat tersebut sahaja. 7.6 Mesyuarat Agung Perwakilan Persatuan Guru Besar Malaysia Biasa dan Luar Biasa hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan 7.7 Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung mempunyai hak undi pemutus yang muktamad sekiranya tiada majoriti. FASAL 8 : JAWATANKUASA PUSAT 8.1 Persatuan ini akan ditadbirkan oleh Pegawai Tadbir Persatuan seperti berikut : 8.1.1 Seorang Pegerusi 8.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi 8.1.3 Seorang Naib Pengerusi 1 8.1.4 Seorang Naib Pengerusi 2 8.1.5 Seorang Setiausaha 8.1.6 Seorang Penolong Setiausaha 8.1.7 Seorang Bendahari 8.2 Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan Majlis Guru Besar Malaysia terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan. 8.2.1 Sekiranya Pengerusi bersara atau meletak jawatan maka Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi 1 dan Naib Pengerusi 2 akan memutuskan pengganti Pengerusi. Pengganti Pengerusi adalah dalam kalangan Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi1 atau Naib Pengerusi 2. 8.3 Pegawai Tadbir Persatuan ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana Pegawai Tadbir Persatuan atau Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan jika berlaku kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Persatuan dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 8.3.1 Pegawai Tadbir Persatuan ini diberi kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Kecil. 8.3.2 Mana-mana Pengerusi atau Setiausaha Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan yang dipilih atau dilantik menjadi Pegawai Tadbir Persatuan, maka Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan tersebut perlu mencadangkan calon pengganti kuota Ahli Jawatankuasa


7 Tadbir Persatuannya dengan mengambil kira jawatanyang disandang oleh calon tersebut di cawangan negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan atau berdasarkan merit, kekananan, keperluan dan kepentingan kepada persatuan. FASAL 9 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI KEWAJIPAN PEGAWAI TADBIR PERSATUAN 9.1 Pengerusi 9.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 9.1.2 Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad. 9.1.3 Menyemak Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan yang diluluskan. 9.1.4 Mengawasi pentadbiran Persatuan. 9.1.5 Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan ini dipatuhi oleh ahli-ahli cawangan Persatuan. 9.1.6 Menghadiri mana-mana mesyuarat jika diundang oleh manamana pihak. 9.1.7 Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang maklumat mengenai perjalanan Persatuan ini dari semasa ke semasa. 9.1.8 Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Persatuan. 9.2 Timbalan Pengerusi 9.2.1 Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Pegawai dan 9.2.2 Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa. 9.2.3 Membantu Pengerusi Persatuan dan menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan 9.2.4 Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 9.1 kecuali 9.1.8. 9.2.5 Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 9.3 Naib Pengerusi 1 9.3.1 Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Pegawai dan 9.3.2 Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa 9.3.3 Membantu Pengerusi Persatuan dan Timbalan Pengerusi dan menjalankan tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaan mereka atau apabila diarahkan.


8 9.3.4 Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan 9.4 Naib Pengerusi 2 9.4.1 Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Pegawai dan 9.4.2 Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa 9.4.3 Membantu Pengerusi Persatuan dan Timbalan Pengerusi dan menjalankan tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi semasa ketiadaan mereka atau apabila diarahkan. 9.4.4 Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan 9.5 Setiausaha 9.5.1 9.5.2 9.5.3 9.5.4 9.5.5 9.5.6 9.5.7 9.5.8 9.5.9 9.5.10 9.5.11 9.5.12 Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi. Mencatat segala peringatan mesyuarat Persatuan dan peringatan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat. Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Pegawai Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa. Menyedia Laporan Tahunan. Menyimpan semua surat dan semua dokumen Persatuan. Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Persatuan apabila ketiadaan Pengerusi atau dalam keadaan mematuhi keperluan ketetapan pihak bank. Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran berita, mengenai aktiviti Persatuan kepada media setelah mendapat persetujuan Pengerusi. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan. Memanggil Mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila masa yang dikehendaki. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuaratmesyuarat dan dokumentasi. 9.6 Penolong Setiausaha 9.6.1 9.6.2 9.6.3 Penolong Setiausaha Membantu kerja-kerja Setiausaha. Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan seperti FASAL 9.6. kecuali 9.6.8.


9 9.6.4 Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 9.7 Bendahari 9.7.1 9.7.2 9.7.3 9.7.4 9.7.5 9.7.6 9.7.7 9.7.8 9.7.9 Menerima dan menyimpan wang di bank yang diluluskan oleh Pegawai Tadbir segala wang kepunyaan Persatuan. Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan Persatuan ini. Menyedia laporan kira-kira Tahunan Persatuan ataupun kirakira semasa jika dikehendaki oleh Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan. Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa Tadbir dan dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Membayar bil-bil Persatuan. Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Persatuan. Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Persatuan. Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli diterima sebelum bulan Julai setiap tahun. Menghadiri setiap mesyuarat Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan. 9.8 Jawatankuasa Tadbir Persatuan 9.8.1 9.8.2 9.8.3 9.8.4 9.8.5 9.8.6 9.8.7 Menjadi penghubung dan penyampai maklumat antara Persatuan Guru Besar Cawangan masing-masing dengan Persatuan. Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan dari semasa ke semasa. Menyedia Laporan Tahunan Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuan masing-masing. Menyediakan Laporan Aktiviti apabila dikehendaki. Membantu mengurus pembayaran Yuran Keahlian baharu dan Tahunan Ahli Persatuan Guru Besar Cawangan Negeri atau Cawangan Wilayah Persekutuanmasing-masing dibayar kepada Bendahari Persatuan Guru Besar Malaysia sebelum bulan Julai setiap tahun. Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan. Sentiasa bersedia dan aktif memberi buah fikiran dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan.


10 9.9 Pengerusi Tetap 9.9.1 Mempengerusikan Mesyuarat Agung Perwakilan Biasa dan Luar Biasa 9.9.2 Bertanggungjawab terhadap kelancaran, ketenteraman dan kesempurnaan Mesyuarat Agung 9.9.3 Perwakilan Tahunan mengikut etika mesyuarat. 9.9.4 Memastikan tiada gangguan dari luar. 9.9.5 Tugas Pengerusi Tetap boleh diamanahkan kepada Timbalan Pengerusi Tetap atau mana-mana anggota Jawatankuasa Tadbir, jika perlu. 9.10 Timbalan Pengerusi Tetap 9.10.1 9.10.2 Timbalan Pengerusi Tetap membantu kerja-kerja Pengerusi Tetap. Menjalankan tugas Pengerusi Tetap apabila diarahkan. FASAL 10 : KEWANGAN 10.1 Kewangan 10.1.1 10.1.2 10.1.3 10.1.4 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini. Wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, bayaran elaun atau saguhati kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) dan Pegawai Tadbir lain sebanyak RM500.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja ) setahun, sewaan, biayaan dan perbelanjaan pegawaipegawai serta kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimana pun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Persatuan Guru Besar Malaysia mestilah membuka akaun di mana-mana Bank Tempatan di Malaysia yang mudah bagi Persatuan Guru Besar Malaysia menyimpan wang atau harta atau urus niaga Pegawai-pegawai memegang amanah Persatuan terdiri daripada ; Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ( penandatangan cek ). Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga orang penandatangan cek yang mana Bendahari adalah penandatangan WAJIB. Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai ditangan Persatuan ini tidak lebih daripada RM5,000.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja ) dalam satu- satu masa.


11 10.1.5 10.1.6 10.1.7 10.1.8 10.1.9 Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih daripada RM3,000.00 ( Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja ) tanpa kebenaran Jawatankuasa. Wang yang lebih daripada jumlah itu, mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukan ke dalam bank yang diluluskan oleh Persatuan. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember setiap tahun. Perbelanjaan RM10,000.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja ) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha atau Bendahari. Perbelanjaan yang lebih daripada RM20,000.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh bayar tanpa dengan diluluskan di Mesyuarat Agung Penyata kewangan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari, disemak oleh Pengerusi dan diperiksa oleh juruaudit dalam yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan dan kunci kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli Persatuan. FASAL 11 : JURUAUDIT 11.1 Juruaudit Dalam 11.1.1 11.1.2 11.1.3 11.1.4 Juruaudit Dalam dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Memeriksa kira-kira Persatuan pada bila-bila masa dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan jika dikehendaki oleh Pengerusi. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Persatuan jika dikehendakiberbuat demikian oleh Pengerusi; dan Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir Persatuan. FASAL 12 : PENTADBIR HARTA 12.1 Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olahnya ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan


12 oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan. 12.2 Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan. 12.3 Pemegang Amanah adalah seperti berikut : 12.3.1 12.3.2 12.3.3 12.3.4 12.3.5 12.3.6 12.3.7 13.3.8 Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari ( 2 ) Ahli Jawatankuasa Tadbir Persatuan yang dilantik oleh Pegawai Tadbir Persatuan. FASAL 13 : PEMBUBARAN 13.1 13.2 13.3 13.4 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima ( 3 / 5 ) daripada jumlah ahli yang berhak mengundidalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan. Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan daripada Pendaftar Pertubuhan. FASAL 14 : PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN- CAWANGAN 14.1 Penubuhan 14.1.1 Persatuan boleh membenarkan penubuhan satu ( 1 ) cawangan di setiap Pejabat Pendidikan Daerah dan satu ( 1 )


13 cawangan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Wilayah Persekutuan. 14.1.2 Persatuan-persatuan cawangan ini mesti atas nama Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Daerah atau Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri dan WilayahPersekutuan mengikut nama daerah, negeri dan Wilayah Persekutuan. 14.2 Pembubaran 14.2.1 Persatuan boleh membubarkan cawangan: a. Jika cawangan tidak mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau Jawatankuasa persatuan atau jika Jawatankuasa Persatuan mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan persatuan 14.2.2 14.2.3 14.2.4 14.2.5 Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan, dengan syarat sebelum diambilkeputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 14.2.1.(a) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha.Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebutkecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran, boleh dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Persatuan boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan hal ehwal cawanganitu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan. Jika sesuatu cawangan dibubar atas sebab yang disebutkan dalam fasal 14.2.1.( a ) di atas, maka ahli-ahli cawangan tersebut akan diurus tadbir oleh Persatuan Guru Besar Malaysia. Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Persatuan Guru Besar Malaysia segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kewangan cawangan


14 itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran. FASAL 15 : MESYUARAT AGUNG CAWANGAN 15.1 Mesyuarat Agung Cawangan peringkat daerah mesti diadakan tidak lewat daripada 1 Jun tahun semasa. 15.2 Mesyuarat Agung Cawangan peringkat negeri mesti diadakan tidak lewatdaripada 1 Ogos tahun semasa. 15.3 Pemberitahuan Mesyuarat Agung Cawangan daerah dan negeri mesti dimaklumkan 14 hari sebelum Mesyuarat Agung. 15.4 Mesyuarat Agung Cawangan peringkat daerah dan negeri untuk : a. Menerima laporan Setiausaha Cawangan dan penyata kewangan Cawanganyang telah diaudit; b. Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan; c. Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan. 15.5 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar notis Mesyuarat Agung kepada tiap-tiap ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Cawangan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, untuk mengemukakan usul dan cadangan. 15.6 Pemilihan pegawai-pegawai diadakan dalam Mesyuarat Agung Cawangan. 15.7 Sekurang-kurangnya satu pertiga ( 1 / 3 ) daripada jumlah ahliahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa tadbir cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi kourum untuk mesyuarat. 15.8 Jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh ( tidak lebih daripada 7 hari ) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa


15 menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusanyang melibatkan semua ahli. 15.9 Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan: a. Atas arahan Jawatankuasa Tadbir Malaysia ; atau b. Apabila Jawatankuasa Tadbir Cawangan memikirkannya mustahak; c. Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1 / 2 ahliahli cawangan yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu. 15.1. 15.10 Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut. 15.2. 15.11 Fasal 15.7 dan 15.8 di dalam Perlembagaan ini berkenaan kourum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika kourum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahliahli tersebut, maka mesyuarat ituhendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini MesyuaratAgung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah bolehdiadakan. 15.3. 15.12 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiaptiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Khas Cawangan dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat 15.4. FASAL 16 : JAWATANKUASA CAWANGAN 15.5. 16.1 Seorang Pengerusi Cawangan 16.2 Seorang Timbalan Pengerusi Cawangan 16.3 Seorang Naib Pengerusi 1 Cawangan 16.4 Seorang Naib Pengerusi 2 Cawangan 16.5 Seorang Setiausaha Cawangan 16.6 Seorang Penolong Setiausaha Cawagan 15.6. 16.7 Seorang Bendahari Cawangan FASAL 17 : TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN


16 17.1 Pengerusi Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan 17.2 Timbalan Pengerusi atau Naib Pengerusi 1 atau Naib Pengerusi 2 Cawangan hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya. 17.3 Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja- kerja cawangan mengikut Perlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan Jawatankuasa Cawangan. Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat- menyurat dan menyimpan semua rekod serta dokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan maklumat ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiaptiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. 17.4 Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu SetiausahaCawangan dalam menjalankan kerja- kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaannya. 17.5 Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira. 17.6 Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Cawangan menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya. FASAL 18 : KEWANGAN CAWANGAN 18.1 Semua Cawangan dibenarkan membuka akaun di manamana bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan. 18.2 Semua Cawangan Negeri dan Wilayah Persekutuan dibenarkan mencari sumber kewangan sendiri dan semua


17 wang yang dikutip akan menjadi aset di peringkat cawangan masing-masing. 18.3 Persatuan Cawangan peringkat Negeri perlu menjelaskan sekali sahaja yuran keahlian baharu sebanyak RM10.00 ( Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja ) kepada Persatuan Guru Besar Malaysia bagi setiap bilangan ahli baharunya. 18.4 Persatuan Cawangan peringkat Negeri perlu menjelaskan yuran tahunan ahli sebanyak RM10.00 ( Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja ) kepada Persatuan Guru Besar Malaysia bagi setiap bilangan ahlinya. 18.5 Tiap-tiap Bendahari Cawangan Negeri akan menjelaskan yuran keahlian baharu dan yuran tahunan ahli kepada Bendahari Persatuan Guru Besar Malaysia sebelum 31hb. Julai tahun semasa. 18.6 Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang dalam tangan tidak lebih daripada RM500 ( Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tadbir Cawangan. Kira-kira bankitu hendaklah di atas nama Cawangan. 18.7 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawangan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Cawangan berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang persatuan semasa ketiadaan mana- mana penandatangan tersebut. 18.8 Perbelanjaan yang lebih daripada RM100,000.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus Ribu Sahaja ) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang lebih daripada RM300,000.00 ( Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Ribu Sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung Cawangan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM500.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja ) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan


18 18.9 Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Cawangan dan diperiksa oleh juruaudit dalam yang dilantik di bawah Fasal 11Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahunkewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Cawangan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan persatuan yang berdaftar. 18.10 Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember setiap tahun. 18.11 Semua wang, buku dan harta-harta lain persatuan yang dipegang oleh mana- mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Persatuan Guru Besar Malaysia,bersama- sama dengan penyata kewangan. FASAL 19 : PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN 19.1 Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Persatuan, Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran maka Ibu Pejabat Pertubuhan akan membuat keputusan dan diikuti sejauh mana yang sesuai 19.2 Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Guru Besar Malaysia akan memberi arahan kepada Jawatankuasa Persatuan Cawangan mengenai pentadbirannya. FASAL 20 : PINDAAN PERLEMBAGAAN 20.1 Sebarang pindaan Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh dilakukan kecuali mendapat kelulusan sekurang- kurangnya dua per tiga ( 2 / 3 ) jumlah Perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Biasa atau Luar Biasa. 20.2 Sebarang permohonan pindaan perlembagaan Persatuan ini mengikut FASAL 20.1. hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk kelulusan terlebih dahulu. 20.3 Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan.


19 20.4 Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada tarikh permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 21 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 21.1 Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat perwakilan, Jawatankuasa Persatuan Guru Besar Malaysia boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini, jika perlu boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini 21.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan, keputusan Jawatankuasa Tadbir Persatuan Guru Besar Malaysia ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan FASAL 22 LARANGAN 22.1 Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis Persatuan dan Cawangan-cawangan. 22.2 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja1959. 22.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli- ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa Tabir tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan 22.4 “Faedah” seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 23 : BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera - Keterangan : - 2. Lambang :


20 Keterangan : 1. Perkataan dalam bentuk bulat : Pemuafakatan dalam kalangan ahli Persatuan 2. 5 Bulat :Persatuan mendukung prinsip Rukun Negara. 3. Bentuk bintang berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam profesyen. 4. Bentuk Pentagon : Berazam menjaga kebajikanahli. 5. Warna kelabu : Mengamalkan keseimbangan dalam pengurusan 6. Warna kuning : Perpaduan dalam kalangan ahli 7. Warna hitam : Guru Besar sentiasa kelihatan segak dan anggun. 8. Warna merah : Guru Besar sebagai pemimpin yang berani, berwawasan dan berintergriti. 3. Lencana - Keterangan : SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version