UNIT 8:
JATA NEGARA
Untuk Perhatian : Disediakan oleh :
Puan Aslina Binti Baharin
Muhammad Eiqmal Nazriq
Bin Helmey Tamizi
5 Arif
• ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
• Pengenalan 3
• Sejarah Jata Negara 4
• Perubahan Jata Negara 5
• Lambang dan Makna Pada Jata Negara 6 – 14
• Rumusan Tajuk 15
• Sumber Rujukan 16
1
Kenali Jata • Setiap negara mempunyai
Negara lambang negara masing-masing.
• Jata Negara merupakan lambang
rasmi kebesaran dan kedaulatan
Malaysia.
• Jata Negara juga merupakan
simbol perpaduan, kemegahan dan
identiti rakyat Malaysia.
• Jata Negara perlu dihormati dan
dihargai supaya kedaulatan negara
dapat dipertahankan.
• Jata ini juga digunakan dalam
dokumen rasmi Kerajaan
Persekutuan dan Panji-panji di Raja
2
Sejarah Jata Negara
• Jata Negara diperkenankan
oleh raja-raja Melayu pada 30
Mei 1952 dan menjadi
kemegahan seluruh rakyat
Malaysia.
• Jata Negara melalui beberapa
perubahan dari semasa ke
semasa.
3
1948 1963 1965
KINI 4
Perubahan Jata Negara
Lambang Dan • Jata Negara merupakan identiti
Makna Pada negara.
Jata Negara
• Lambang pada Jata Negara juga
menjadi simbol perpaduan dan
kebanggaan seluruh warganegara.
• Jata Negara berbentuk perisai yang
disokong oleh dua ekor harimau.
• Reka bentuk ini juga mempunyai
beberapa lambang yang lain.
• Setiap lambang dan warna
mempunyai maksud yang tersendiri.
5
• Bintang pecah 14
melambangkan
perpaduan 13 buah
negeri dan Kerajaan
Persekutuan dalam
Malaysia. Lambang bulan
sabit dan bintang
bermaksud Islam sebagai
agama Persekutuan
Malaysia.
6
• Dua ekor harimau
yang melambangkan
keberanian
7
• Lima bilah keris pada
perisai
melambangkan
negeri Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu
dan Johor yang
dahulunya dikenali
sebagai Negeri-negeri
Melayu Tidak
Bersekutu
8
• Empat jalur warna di tengah-
tengah perisai merujuk Negeri-
negeri Melayu Bersekutu.Warna
merah dan kuning
melambangkan negeri
Selangor, warna hitam putih
melambangkan negeri Pahang.
Warna hitam, putih, kuning
melambangkan negeri Perak,
manakala warna merah, hitam
dan kuning melambangkan
Negeri Sembilan.
9
• Di bahagian kiri
perisai, terdapat
sebatang pokok
pinang dan
jambatan yang
mewakili negeri
Pulau Pinang
10
• Di bahagian kanan
perisai, terdapat
sebatang pokok
melaka yang
mewakili negeri
Melaka
11
• Negeri Sarawak dan
negeri Sabah
dilambangkan dengan
jata negeri masing-
masing. Di antara
kedua-dua lambang
tersebut terdapat
sekuntum bunga raya
yang melambangkan
bunga kebangsaan
negara kita.
12
• Cogan kata “Bersekutu
Bertambah Mutu” di tulis
dalam tulisan rumi dan
jawi yang bermaksud
semangat permuafakatan
akan mempererat
perpaduan antara rakyat
di Malaysia.
13
RUMUSAN
• Jata ialah lambing kebesaran negeri atau negaranya
• Lambang dan makna pada Jata Negara perlulah
difahami agar kita dapat menghayati serta
mengamalkan dalam kehidupan harian.
• Penghayatan cogankata pada Jata Negara
mengukuhkan lagi keharmonian dalam masyarakat.
14
• SUMBER RUJUKAN
• 1. Buku Teks Sejarah Tahun 5 (Sekolah Kebangsaan)
• 2.
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/137?language=my
• 3. https://theinspirasi.my/jata-negara-malaysia/
• 4. Portal Rasmi SK Dato’ Klana Putra
15